Vous êtes sur la page 1sur 11

Konsep Falsafah Pendidikan Guru

Konsep Falfasah Pendidikan Guru (FPG) ialah untuk menghasilkan guru yang akan
merealisasikan segala konsep yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara. FPG
di Malaysia digubal berdasarkan Model Konseptual Pendidikan Guru, iaitu 3 dimensi
utama iaitu, Ketuhanan, Kendiri dan Kemasyrakatan.Sub-konseptual pula terdiri
daripada jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping itu, terdapat pula unsur
pengetahuan, nilai dan kemahiran. Perkara-perkara ini merangkumi tanggungjawab
guru di bawah tiga dimensi iaitu :

 Ketuhanan
Peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan
kepatuhan kepada ajaran agama.
 Kemasyarakatan
Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan.
 Kendiri
Penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism , pemupukan budaya ilmu serta
pembentukan sahsiah murni dan berperkerti mulia.
Dibawah dimensi-dimensi ini, Model Konseptual Pendidikan Guru merangkumi tiga
aspek asas iaitu :
Pengetahuan dikaitkan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam

kehidupan
Kemahiran Ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan

pelajaran dengan hasrat utnuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.


Nilai-nilai murni merujuk kepada perlakuan nilai murni, pengamalan guru yang

penyayang dan mempunyai nilai integriti yang tinggi.

Aspek-aspek ini digabung jalinkan untuk membentuk satu disiplin perguruan yang
terancang. Konsep FPG terdiri daripada 5 elemen iaitu perwatakan yang mulia,
berkembang maju dan berpandangan saintifik, berkomited menegakkan aspirasi
Negara, mengekalkan warisan budaya kebangsaan, dan pembangunan individu dan
pengekalan disiplin masyarakat yang bersatu.
FPG yang bersandarkan Model Konseptual tersebut bermatlamat menghasilkan
guru yang berkualiti dari segi personaliti sehinggalah kepada amalan individu, berilmu
serta mempunyai nilai keguruan dan berupaya memacu generasi kini untuk mencapai
WawasanPendidikan dalam abad ke-21.

Analisa Elemen Falsafah Pendidikan Guru

1. Perwatakan yang mulia


Seorang guru mestilah berperawakan mulia dan berdisiplin kerana guru akan menjadi
contoh kepada murid-muridnya.Guru juga haruslah pandai menghargai anak-anak
murid dan meraikan fitrah mereka yang mempunyai beraneka ragam sifat.

2. Berkembang maju dan berpandangan saintifik


Guru hendaklah mempunyai kemahiran professional dalam menyediakan bahan
pengajaran dan pembelajaran untuk menarik perhatian pelajar. Aktiviti dalam kelas yang
kreatif dan menarik juga menunjukkan bahawa guru tersebut berpengetahuan dalam
bidangnya.

3. Berkomited menegakkan aspirasi Negara


Integriti hendaklah dipupuk dalam diri seorang guru untuk memastikan guru tersebut
cekap, jujur, boleh dipercayai , amanah , patuh kepada Negara dan mempunyai kualiti
untuk melakukan sesuatu tugasan. Dengan ini, guru tersebut akan komited terhadap
tugas yang digalasnya sebagai pendidik anak bangsa Negara.

4. Mengekalkan warisan kebudayaan


Sudah menjadi kewajipan bagi guru untuk menerapkan nilai-nilai kebudayaan rakyat
Malaysia terhadap anak murid mereka. Sambutan Kemerdekaan, misalnya , hendaklah
disambut dengan penuh sifat patriotisme. Dengan ini, rakyat yang bersemangat
patriotisme dapat dilahirkan hasil didikan daripada guru mereka.
5. Pembangunan individu dan pengekalan disiplin masyarakat yang bersatu
Guru sebagai ejen perubahan hendaklah membangunkan disiplin murid-muridnya agar
mereka patuh kepada peraturan dan menjelaskan kepada mereka akan kepentingan
mematuhi peraturan-peraturan. Guru juga hendaklah menegaskan anak-anak muridnya
mengenai rasa hormat antara satu sama lain walau berbeza warna kulit, agama dan
kaum.

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan


Guru kepada Pendidikan Negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru, kedua-duanya


penting dalam system pendidikan di Malaysia. Matlamat yang terkandung dalam kedua-
dua falsafah ini memberi impak besar kepada sistem pendidikan Malaysia. Menurut
Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon (2005), kandungan, hasrat dan
cita-cita yang dinyatakan dalam FPK dan FPG akan memberikan kesan kepada
keseluruhan perjalanan system pendidikan . Elemen dalam FPK dan FPG digabungkan
dan mempunyai implikasinya seperti yang dinyatakan di bawah.
 Perkembangan potensi individu
Terdapat sesetengah individu dilahirkan dengan bakat dan potensi. Dengan itu, guru
harus berungsi sebagai mentor untuk menggilap potensi pelajar demikian. Bakat dan
potensi boleh terjelma melalui interaksi sosial dan alam sekeliling. Implikasi
perkembangan potensi individu akan menjadikan pendidikan sebagai medium untuk
menzahirkan bakat mereka.
 Rakyat Malaysia yang berpengetahuan
Rakyat yang cinta akan ilmu merupakan rakyat yang mampu maju. Dengan itu, FPK
dan FPG mampu menjana rakyat yang cinta akan ilmu pengetahuan melalui usaha
memupuk budaya membaca. Dengan ini, rakyat dapat mempunyai minda yang luas dan
terbuka.
 Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan
Dengan mengakui wujudnya Tuhan, seseorang itu akan mengakui Tuhan sebagai
Pencipta manusia dan alam. Selain itu, individu tersebut juga akan mengamalkan
ajaran agama yang dianuti dan menyedari bahawa dia bertanggungjawab sepenuhnya
ke atas dirinya sendiri dan perbuatannya.

 Rakyat Malaysia yang berketrampilan


Rakyat Malaysia yang berketrampilan mempunyai daya keyakinan yang tinggi,
kecekapan san kompetensi kendiri. Berbekalkan kemahiran dan kebolehan, mereka
mampu menjalankan tugas dengan sempurna serta mempunyai personality yang baik.
Mereka juga berpandangan jauh dalam segala hal yang mereka lakukan.
 Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
Akhlak mulia akan menjadikan seseorang itu berperwatakan yang sopan dan
bertatasusila.Individu tersebut juga akan berpegang teguh kepada nila-nilai moral
sebagai prinsip diri.
 Mampu mencapai kesejahteraan diri
Rakyat yang mampu mencapai kesejahteraan diri ini mempunyai daya tahan mental
dan fizikal yang cukup kuat. Dengan ini, mereka berkebolehan untuk mengharungi liku-
liku dalam hidup mereka.
 Sumbangan rakyat menerusi FPK
Dengan menjadikan Rukun Negara sebagai amalan kehidupan, seseorang itu mampu
memberi sumbangan kepada keluarganya, masyarakat dan Negara. Mereka dapat
memupuk kesefahaman dan kasih saying dalam keluarga, mematuhi norma dan
peraturan masyarakat serta mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
 Pendidikan suatu usaha berterusan
Proses pemerolehan ilmu berlaku sejak kecil hingga ke akhir hayat dan sepanjang
prose situ, individu tersebut akan sentiasa belajar perkara yang baru dalam hidupnya.
Dengan ini, pembentukan sahsiahnya berlaku sepanjang proses menuntut ilmu berlaku
menjadikan seseorang itu lebih dewasa apabila banyak ilmu di dada. Proses pendidikan
sepanjang hayat inilah yang membantu setiap individu menyesuaikan diri dalam
pelbagai keadaan tidak kira sama ada senang atau susah.
Falsafah : Cabang, Persoalan dan Penyelesaian
Pada amnya, falsafah diklasifikasikan kepada empat cabang atau bidang kajian, iaitu :
1. Metafizik yang berkaitan dengan kajian realiti.
2. Epistemologi yang berkaitan dengan kajian ilmu.
3. Aksiologi yang berkaitan dengan kajian nilai.
4. Logik yang berkaitan dengan penaakulan.

Ada ahli falsafah membahagikan aksiologi kepada dua cabang lagi, iaitu aksiologi etika dan
aksiologi estetika. Terdapat pula ahli falsafah lain yang tidak mengakui logik sebagai cabang
falsafah dengan sebab logik merupakan kaedah atau pendekatan berfalsafah. Mereka
berpendapat logik ialah kaedah yang digunakan dengan metafizik, epistemologi dan aksiologi
dalam kajian realiti, ilmu dan nilai masing-masing. Bagi mereka, cabang falsafah sebenarnya
diklasifikasikan di bawah tiga bidang kajian sahaja, iaitu metafizik, epistemologi dan aksiologi.

Metafizik
Metafizik adalah salah satu cabang falsafah yang berkaitan dengan kajian sifat dan asal usul
mengenai realiti mutlak. Istilah ini berasal daripada nama tajuk Meta ta physica dalam karya
Aristotle ‘Prinsip Pertama’. Oleh sebab tajuk itu bermakna ‘Selepas Fizik’, maka pengertian
metafizik ialah berkaitan perkara yang keluar daripada fizik.

Metafizik Aristotle (384 – 322 SM) pada asasnya berkaitan dengan masalah-masalah seperti
bahan dan penyebabnya (temasuk sebab pertama, atau Tuhan), serta kewujudan yang telah
menjadi kajian dalam ontologi, sesuatu cabang atau bidang kajian metafizik.

Mengikut istilah falsafah, ontologi ialah pengajian kewujudan (existence) atau kejadian (being).
Ahli ontologi sentiasa berusaha mengetahui makna apabila kita mengatakan kewujudan sesuatu.
Misalnya, epistemologi dan aksiologi Plato (421 – 347 SM) adalah berlandaskan ontologi.

Mengikut Immanuel Kant (1724 – 1804), konsep metafizik tentang persepsi ‘kebenaran’
sebenarnya hasil struktur kognitif dalam minda manusia.
Masa kini, pengertian metafizik ditafsir sebagai cabang falsafah mengenai kajian realiti yang
muktamad. Cabang falsafah metafizik ini mengkaji realiti dengan mempersoalkan perkara
seperti:
1. Apa dia alam semester?
2. Apa dia kehidupan?
3. Apa dia pemikiran?
4. Apa dia demokrasi? dan sebagainya.

Di samping itu, ia juga mempersoalkan perihal Tuhan; misalnya, adanya Tuhan atau tiada
Tuhan?

Rumusan yang didapati daripada soalan-soalan tersebut dikaitkan dengan falsafahnya, misalnya
metafizik pragmatisme, metafizik idealisme, metafizik eksistensialisme dan sebagainya. Sebagai
contoh, mengikut metafizik idealisme, semua realiti dapat digolongkan kepada satu perkara iaitu
kerohanian.

Epistemologi
Epistemologi ialah cabang falsafah yang mengkaji ilmu pengetahuan. Epistemologi
mempersoalkan perkara seperti Apa dia ilmu? Bagaimana kita memperoleh ilmu? Bagaimana
kita bukti kesahihannya? Apakah perkaitan ilmu dengan pembelajaran?

Di dalam proses perkembangan epistemologi, sejak tamadun zaman purba kala, telah wujudnya
mazhab materialisme dan idealisme, iaitu pendekatan-pendekatan dialektik dan metafizik yang
bertentangan. Melalui kedua-dua pendekatan ini, maka materialisme dan idealisme berkembang
bersama dengan empirisisme dan rasionalisme yang mana idea mereka dianggap lebih mantap
dan lebih sistematik.

Secara umumnya, epistemologi yang berlandaskan mazhab idealisme menekankan penguasaan


ilmu daripada kesedaran kepada kefahaman. Ahli mazhab idealisme berpendapat ilmu didapati
daripada pemikiran rasional atau pengalaman yang subjektif. Mereka menolak ilmu sebagai
refleksi otak manusia terhadap dunia secara objektif. Manakala, epistemologi yang berlandaskan
mazhab materialisme menekankan pendekatan ilmu daripada kefahaman kepada kesedaran. Oleh
sebab ahli materialisme memandangkan ilmu sebagai sesuatu persepsi secara langsung dan
refleksi yang pasif, maka teori epistemologi mereka tidak dapat menghuraikan masalah ilmu
rasional dengan tepat.

Teori epistemologi yang berlandaskan materialisme dialektikal, meletakkan perlaksanaan


teorinya sebagai tempat pertama, menggunakan pendekatan dialektik (proses interaksi di antara
tesis dan antitesis demi menghasilkan sintesis) untuk menyelesaikan masalah semasa proses
ilmu, iaitu mulai daripada persepsi yang menggerakkan pemikiran abstrak, demi mendapat
penyelesaian secara saintifik berkenaan masalah sumber, proses, tujuan dan fungsi ilmu.

Teori epistemologi yang berlandaskan emperisisme dan rasionalisme merupakan dua mazhab
yang paling berpengaruh terhadap pendidikan masa kini. Kedua-dua teori merupakan huraian
falsafah secara sistematik yang berkembang di bawah konteks revolusi sains pada abad ke-17.
Kedua-dua pendekatan memberi pertimbangan utama kepada pencarian ilmu asas yang kekal.
Model rasionalisme yang menarik perhatian ahli falsafah pendidikan mereka seperti Descartes,
Leibniz dan Spinoza adalah didapati daripada demonstrasi formal dalam logik dan matematik
tanpa pemerhatian atau eksperimen. Mereka berusaha membentuk semula secara kritis segala
ilmu manusia dengan mengaplikasikan pemikiran tulen asas dan aksiomnya, sebagaimana yang
dinyatakan oleh Descartes : ‘Saya memikir, maka saya wujud.’ Sedangkan, ahli emperisisme
seperti Locke, Berkeley dan Hume menggunakan persepsi yang diperoleh daripada pengalaman
sensori sebagai ilmu yang benar.

Perbahasan antara ahli rasionalisme dan ahli emperisisme adalah berpusatkan khasnya ke atas
kemungkinan ilmu yang dilahir secara semula jadi, sama ada ilmu diperoleh sebagai a priori,
iaitu didapati melalui penaakulan tanpa pengalaman dahulu, atau a posterior, iaitu ilmu didapati
daripada pengalaman atau sesuatu yang tidak terpisah daripada pengalamannya. Ahli
emperisisme menekankan minda manusia sebagai lembaran kosong sehingga kesan persepsinya
ditinggalkan daripada pengalaman sensorinya.

Immanuel Kant (1724 – 1804), seorang ahli falsafah dari Jerman dalam abad ke-18,
menggabungkan emperisisme dan rasionalisme dalam teori epistemologi beliau, dan
mensintesiskannya di antara pengalaman dengan konsep. Mengikut beliau, tanpa organ-organ
deria manusia, kita tidak dapat mengenal pasti kesan dan kesedaran benda yang terwujud, tetapi
tanpa kefahaman, kita tidak dapat membentuk konsep daripadanya. Maka, proses memperoleh
ilmu ialah menggabungkan sesuatu yang melibatkan persepsi, imaginasi dan kefahaman yang
berinteraksi dengan proses penaakulan. Menurut Kant, struktur mengorganisasikan konsep asas
tidak boleh diperoleh daripada pengalaman sahaja. Tetapi, ia perlu digunakan untuk
membolehkan kita menginterprestasikan pengalaman dunia secara keseluruhan. Maka, konsep
ini adalah sebenarnya telah wujud sebelum pengalaman yang diperoleh seseorang.

Aksiologi
Cabang falsafah aksiologi merupakan kajian terhadap nilai, dengan mempersoalkan perkara
seperti apakah yang bernilai? Sebagaimana yang telah dihuraikan, cabang falsafah aksiologi ini
adalah diklasifikasikan kepada dua bahagian, iaitu etika dan estetika.

Cabang etika mengkaji perkara seperti nilai-nilai moral, prinsip moral dan tingkah laku serta sifat
murninya. Maka cabang etika ini pula dikenali sebagai falsafah moral. Istilah etika diperoleh
daripada perkataan Yunani ethos, yang membawa maksud adat resam dan kelakuan. Etika
sebagai suatu disiplin pula dibahagikan kepada etika normatif dan metaetika. Etika normatif
mengkaji dan mencadangkan prinsip-prinsip kelakuan yang betul dan salah, baik dan jahat.

Pada masa dahulu, kebanyakan ahli falsafah menumpukan kajian berasaskan etika normatif.
Sejak abad ke-19, metaetika semakin mendapat perhatian ahli falsafah dengan menggunakannya
untuk mempersoalkan perkara seperti peranan etika dalam kehidupan, asas logikal tentang
sesuatu sistem etika dan kesahihannya.

Di dalam kebanyakan sistem organisasi sosial, kelakuan etika biasanya dipandang sebagai
penyempurnaan kendiri melalui usaha mengejar kebaikan, kewajiban terhadap orang lain atau
menerima prinsip-prinsip kebaikan, atau kedua-duanya. Penyempurnaan kendiri mungkin boleh
diperoleh daripada kegembiraan atau keseronokan, atau daripada usaha mengejar sesuatu yang
ideal. Kewajiban biasanya termasuk bukan sahaja kehormatan kepada orang lain dan norma
masyarakat, tetapi juga sebagai perkhidmatan kepada Tuhan.

Estetika mengkaji nilai-nilai mengenai kecantikan dan seni. Istilah estetika pula diperoleh
daripada perkataan Yunani yang membawa maksud persepsi deria.
Estetika mempersoalkan perkara seperti “apakah kecantikan”, “Apakah nilai-nilai kecantikan?”,
dan sebagainya. Tentang persoalan seni, Plato dan Aristotle memandangnya sebagai peniruan dan
kecantikannya sebagai ungkapan kualiti universal. Plato pula membezakan seni dari segi
kecantikan yang ideal dengan objek yang cantik. Manakala, Aristotle menganggap kecantikan
adalah direka bentuk dalam harmoni kerja seni.

Kepada orang Yunani, konsep seni merangkumi semua kraf tangan, bentuk simetri,
keseimbangan dan perpaduan dalam tenunan, seni tembikar, puisi dan seni pahat. Sejak abad ke-
19, seni menjadi sesuatu yang berkaitan dengan lukisan, seni pahat dan sastera, dan dikenali
sebagai seni halus.

Immanuel Kant memberi tafsiran baru kepadanya dengan memandang penikmatan seni bukan
semata-mata persepsi kecantikan instrinsiknya, tetapi sebagai penglibatan penilaian yang
subjektif.

Hari ini seni tidak lagi digunakan dalam upacara agama atau sivil sahaja, tetapi dipandang
sebagai refleksi psikologikal, sosial dan politikal. Di dalam mazhab Marxisme, seni sering
digunakan untuk tujuan sosial, menyokong atau melemahkan keadaan ekonomi yang sedia ada.

Konsep nilai etika atau estetika adalah berbeza-beza dengan falsafah yang berlainan. Misalnya,
dalam aksiologi idealisme, nilai adalah mutlak dan kekal secara abadi. Manakala, aksiologi
pragmatisme memandang nilai sebagai relatif atau tertakluk kepada keadaan.

Logik
Logik adalah pengkajian terhadap perkara-perkara yang berbentuk penaakulan sah. Ia adalah
berkaitan dengan usaha mencari kaedah yang boleh membezakan penaakulan sah dengan
penaakulan tidak sah atau tidak rasional.

Perkataan logik berasal daripada perkataan Yunani ‘logik’ dan Aristotle merupakan seorang ahli
falsafah yang pertama mengorganisasikan hukum-hukum penaakulan. Aristotle dikatakan
menyusun dunia dalam beberapa kategori, yang membawa ilmu-ilmu dengan mengenal pasti
kualiti-kualiti am di dalam entiti yang berbeza. Lantaran itu, perkataan silogisme dicipta dengan
membawa idea logik Aristotle seperti berikut :

“Diberi dua premis, sesuatu kesimpulan (atau inferens) akan diikutinya.”

Misalnya :
Premis 1 : Semua manusia ialah makhluk yang fana.
Premis 2 : Socrates ialah seorang manusia.
Premis 3 : Jadi, Socrates ialah makhluk yang fana.

Berdasarkan huraian di atas, jelaslah pendekatan logik Aristotle digunakan mirip dengan kaedah
deduktif, iaitu menggunakan sesuatu prinsip am untuk membuat kesimpulan terhadap perkara
khusus. Logik deduktif serupa ini adalah sering berkait dengan mazhab falsafah idealisme dan
realisme.

Selain kaedah deduktif, logik induktif sebaliknya digunakan untuk membuat kesimpulan
berasaskan perkara-perkara yang khusus. Seperti kaedah deduktif, kaedah induktif juga banyak
digunakan dalam pemikiran falsafah idealisme dan realisme. Sesungguhnya, pendekatan
penaakulan tidak terhad kepada deduktif dan induktif sahaja. Misalnya, di bawah pemikiran
falsafah rasionalisme, ahli-ahli falsafah yang menggunakan pendekatan rasionalis berusaha
mencari kebenaran atau prinsip dengan cara penaakulan ataupun melalui perhubungan dengan
logik.

Logik berkait rapat dengan ketiga-tiga cabang falsafah, iaitu metafizik, epistemologi dan
aksiologi. Sesungguhnya, logik merupakan kaedah yang digunakan dalam setiap pemikiran
mazhab falsafah. Ia digunakan untuk mengkaji peraturan-peraturan falsafah yang membolehkan
ahli-ahli falsafah berfalsafah dengan membentuk dan mengesahkan usul-usul atau hujah-hujah
falsafah.
Morris dan Van Cleve (1961) yang mengaitkan cabang-cabang falsafah dengan beberapa mazhab
falsafah umum seperti jadual di bawah.

Mazhab Metafizik Epistemologi Aksiologi (Nilai)


Falsafah (Realiti) (Kebenaran) Etika Estetika
Idealisme Alam fikiran Kebenaran sebagai Mematuhi yang Refleksi
idea Maha Kuasa keunggulan
Realisme Alam Kebenaran sebagai Hukum-hukum Refleksi tabii
kebendaan fakta yang dapat tabii (menurut (sifat keadaan
dipersepsi sifat semula atau bentuk
jadi) semula jadi)
Pragmatisme Alam Kebenaran sebagai Nilai-nilai Citarasa umum
pengalaman pengalaman yang umum
berlaku
Eksistensialisme Alam Kebenaran sebagai Berdasarkan Penjelmaan
kewujudan pilihan individu kebebasan daripada nilai
(kebebasan individu dan norma
individualiti) masyarakat
Perkaitan cabang-cabang falsafah dengan mazhab-mazhab falsafah.
(Sumber : Morris & Van Cleve (1961) Philosoply and the American Schools, Houghton Mifflin
Co. New York, US)
Kesimpulan
Falsafah barat memainkan peranan penting terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.
Falsafah pendidikan Kebangsaan mempunyai beberapa ciri-ciri yang diterapkan dari falsafah
barat. Falsafah pendidikan barat terbahagi kepada dua bahagian iaitu falsafah tradisional dan
falsafah barat. Falsafah tradisional pula diri daripada essensialisme dan parennialisme manakala
falsafah moden terdiri daripada progressivisme dan eksistensialisme. Kedua-dua bahagian ini
mempunyai mazhab-mazhab tertentu dan secara keseluruhannya penumpuan kesemua mazhab
berdasarkan faktor kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan murid. Di dalam
falsafah pendidikan barat terdapat mazhab yang memberikan penumpuan pembinaan insan yang
berketerampilan dan aspek ini juga terdapat dalam falsafah pendidikan kita. Keempat-empat
falsafah yang telah dibincangkan ini boleh dikatakan sebagai asas kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Walau bagaimanapun, falsafah-falsafah ini digabungkan dan diubahsuai mengikut
keperluan negara kita. Hanya mengambil aspek-aspek yang penting dan berguna sahaja yang
diambil kira dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan juga meletakkan kembali asas kepada perkembangan insan berjiwa kemerdekaan
iaitu kepercayaan kepada Tuhan

Vous aimerez peut-être aussi