Vous êtes sur la page 1sur 4

Strategi berurusan dengan Singapura

Azmi Hassan

LEE HSIEN LOONG

23 Ogos 2018 12:00 PM

BEGITU menarik sekali ucapan Hari Kebangsaan Singapura yang


dibuat oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong Ahad lalu kerana ia
dilafazkan dalam tiga bahasa iaitu dimulakan dengan bahasa Melayu,
diikuti Mandarin dan diakhiri dengan bahasa Inggeris. Menarik juga
apabila Hsien Loong memulakan ucapan bahasa Melayu beliau dengan
ungkapan pengenalan dengan menegaskan beliau akan memulakan
ucapan dalam bahasa kebangsaan Singapura iaitu bahasa Melayu dan
tidak kelihatan kekok semasa beliau berbicara kerana tutur kata dan
maksud adalah begitu jelas sekali.
Tidak syak lagi isi kandungan ucapan dalam tiga bahasa berbeza itu
mempunyai sasaran pendengar yang berlainan kerana ucapan dalam
bahasa Melayu dan Mandarin banyak berkisar kepada isu tempatan
manakala ucapan dalam bahasa Inggeris pula berbicara tentang isu
geopolitik serantau dan global.

Ucapan Hsien Loong mengenai geopolitik serantau banyak berkisar


mengenai hubungan Singapura dengan dua jiran terdekat iaitu Malaysia
dan Indonesia. Tetapi intipati ucapan beliau mengenai hubungan dua
hala dengan Malaysia adalah agak terperinci berbanding Indonesia jika
hendak dikaitkan dengan semangat lazim Hari Kebangsaan sesebuah
negara yang bersangkut paut dengan kedaulatan.

Jika Hsien Loong memperkatakan hal pilihan raya presiden dan


parlimen Indonesia yang bakal dilaksanakan pada April 2019 yang
sudah pasti akan mewarnai hubungan Singapura dan Indonesia, tetapi
dalam hal hubungan dengan Malaysia pula beliau menyentuh secara
spesifik beberapa isu yang agak sensitif yang timbul apabila Tun Dr.
Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Hsien Loong mengakui asas hubungan dua negara ini yang mempunyai
pertalian persaudaraan, sejarah, geografi dan ekonomi yang rapat tidak
berubah walaupun berlaku perubahan kerajaan Malaysia.

“Kita perlu bekerjasama untuk menangani cabaran yang sama dan


apabila kepentingan kita berbeza, kita mesti mencari cara yang
konstruktif untuk menyelesaikan perbezaan itu. Jika hubungan
Singapura-Malaysia terus rapat dan stabil, kita boleh meneruskan
kerjasama, sama-sama menang dan kita juga boleh memberi tumpuan
kepada keutamaan dalam negara masing-masing” tegas Hsien Loong
lagi.

Hsien Loong begitu spesifik apabila menyebut cabaran yang sedang


dihadapi terutama sekali mengenai projek Kereta Api Berkelajuan
Tinggi (HSR) dan rangkaian RTS (Rail Transit System) ke Johor. Beliau
menegaskan apabila kedua-dua negara memeterai perjanjian kedua-dua
projek ini, ia berlandaskan dengan niat yang baik kerana ia memberi
manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Perjanjian HSR dan RTS yang ditandatangani kedua-dua pihak adalah


sah daripada perundangan antarabangsa dan Hsien Loong bertegas
kedua-dua pihak mempunyai tanggungjawab untuk melunaskan terma
perjanjian bahagian masing-masing. Perjanjian tersebut menurut Hsien
Loong hanya boleh diubah apabila kedua-dua pihak memberikan
persetujuan.

Kenyataan Hsien Loong itu ada kena mengena dengan niat Malaysia
untuk berbincang mengenai terma projek HSR dan dalam hal ini Menteri
Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah
bertemu secara rasmi dengan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw
Boon Wan pada 11 Ogos lalu tetapi tiada kata putus dicapai kecuali
perbincangan lanjut perlu diadakan pada masa hadapan.

Jika status projek HSR mendapat tempat khas dalam ucapan Hari
Kebangsaan Hsien Loong, maka sudah pasti Singapura membuat
anggapan isu ini adalah kritikal dan isyarat yang disampaikan ini sudah
semestinya difahami tafsirannya oleh Malaysia. Tetapi menjadi tanda
tanya kerana apabila Hsien Loong menegaskan perjanjian HSR adalah
perjanjian yang perlu dilunaskan kedua-dua pihak dan hanya boleh
diubah melalui persetujuan kedua-dua pihak, apakah ini membawa
maksud bahawa Singapura mempunyai kelebihan kerana pihak yang
hendak mengubah adalah Malaysia.

Ucapan Hsien Loong menjadi lebih menarik dan dianggap begitu


strategik apabila beliau turut mengaitkan isu kadar harga air yang
dibekalkan oleh Malaysia kepada republik itu. Seperti mana isu projek
HSR, Hsien Loong turut menegaskan Perjanjian Air 1962 yang
menyaksikan Singapura hanya membayar kadar 3 sen per 1,000 gelen
untuk sebanyak 250 juta gelen air yang diambil dari Johor setiap hari
adalah penting dan Singapura akan menghormati terma perjanjian
tersebut. Bagi pihak Malaysia pula, Dr. Mahathir sering menyatakan
kadar harga air tersebut adalah tidak logik dan mahu mengkaji semula
terma perjanjian air tersebut.

Pendirian Singapura mengenai kedua-dua isu iaitu HSR dan Perjanjian


Air 1962 pernah diungkit oleh Menteri Luar, Vivian Balakrishnan di
Parlimen Singapura awal bulan ini. Tetapi apabila Hsien Loong
mengaitkan isu HSR dan kadar harga air dalam ucapan Hari Kebangsaan
Singapura dengan menekankan ungkapan perjanjian perlu dihormati,
apakah ini penunjuk isyarat awal bahawa Singapura tidak mahu
mengubah terma perjanjian, kecualilah perubahan tersebut memberi
manfaat kepada mereka?

Lebih menarik lagi apabila agak jelas strategi Hsien Loong menjurus
kepada kaedah untuk mengaitkan isu HSR dan kadar harga air secara
bersama yang membawa maksud bahawa rundingan HSR mesti
dikaitkan sekali dengan kadar harga air. Asasnya, Singapura dikatakan
mempunyai kelebihan kerana Malaysia yang inginkan perubahan terma
tetapi hakikatnya adalah apabila kedua-dua isu ini dikaitkan secara
bersama, maka kelebihan akan berpindah kepada pihak yang inginkan
perubahan iaitu Malaysia. Jika pintar perunding Malaysia mencuri
peluang yang ada maka sudah pasti Singapura tersilap perhitungan
mengaitkan isu HSR dengan kadar harga air.

Vous aimerez peut-être aussi