Vous êtes sur la page 1sur 12

Kerangka kasar

Perkara Huraian

1. Pengenalan Latar Belakang :

 Taman Pandan Maju, Lorong Pandan, Bandaraya


Melaka, 75250 Melaka
 Taman ini adalah sebuah taman kecil yang terletak
di Lorong Pandan, Bandaraya Melaka di daerah
Melaka Tengah. Terletak di kedudukan geografi
dengan koordinat 2° 13' 2'' Utara, 102° 13' 49''
timur.

 Daerah Melaka Tengah mempunyai keluasan 314


km persegi merupakan daerah termaju di Melaka
dan mempunyai kepadatan penduduk sekitar
500,000 ribu orang.

 Daerah Melaka Tengah merupakan tumpuan utama


ekonomi terutama dari sektor perindustrian dan
pelancongan.

 Mempunyai sistem perhubungan jalan raya seperti


Melaka Sentral dan kemudahan asas yang lengkap
dan modenn dimana bekalan air dan elektrik
dislaurkan disemua kawasan daerah Melaka
Tengah manakala kemudahan telekomunikasi
adalah 98%.

 Kemudahan pendidikan amat dititik beratkan


dimana terdapat 87 buah sekolah rendah, 35 buah
sekolah menengah dan 10 buah institusi pendidikan
tinggi.

 Kemudahan kesihatan juga disediakan secukupnya


dimana terdapat 59 kemudahan kesihatan dengan
114 klinik dan 4 buah hospital swasta.

 Semua faktor di atas telah menjadikan Taman


Pandan Maju yang terletak di daerah Melaka
tengah semakin pesat membangun.

 Tambahan pula, taman ini terletak di Bandaraya


Melaka iaitu ibu negeri Melaka,yang telah
diistiharkan sebagai UNESCO Tapak Warisan
Dunia, menjadikan taman ini mempunyai
kedudukan yang strategik

 4km dari pusat bandar, 3km dari Melaka Sentral ,


10km dari plaza tol ayer keroh dan 4km ke pusat
pelancongan seperti pantai puteri, tanjung Kling.

 Taman Pandan Maju terletak dalam Parlimen Kota


Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri Dun
Kesidang.

Pembentukan dan Asal usul Taman Pandan Maju:


Perkembangan masyarakat
setempat  Taman ini asalnya adalah kawasan kebun-kebun sayur
dan sawah-sawah padi.
 Atas inisiatif kerajaan, tanah sawah dan kebun sayur ini
telah ditimbus dan cerucuk telah ditanam untuk
mewujudkan sebuah penempatan baharu yang kekal.
 Penempatan terawal disekitar taman ini adalah Taman
Kesidang yang dibina pada awal tahun 70an yang telah
dirasmikan oleh bekas ketua menteri Melaka iaitu Tan
Sri Rahim Tamby Chik.
 Kemudian pada tahun 1990, sebuah taman baru dibina
bersebelahan dengan Taman Kesidang iaitu Taman Saga
Sek 1 dan 2 dan Taman Anika.
 Kemudian Taman Pandan Jaya dibina sekitar akhir
tahun 90an yang merupakan kawasan perumahan kos
rendah dan sederhana.
 Lanjutan dari itu barulah Taman Pandan Maju
dibangunkan pada tahun 2002 dan mula diduduki pada
tahun 2004.
 Taman ini dibina atas tanah dengan keluasan 6 ekar dan
pemaju perumahan yang telah diberi tanggjungjawab
oleh Majlis Bandaraya Melaka adalah Tetuan
Tohrockson Maju Berhad.
 Taman Pandan Maju merupakan kediaman jenis berkembar
satu tingkat dengan rekabentuk yang moden dan pada mula
ianya dibina menawarkan rumah jenis Type B iaitu “Standard
Premier” yang berharga kurang dari RM250,000.
 Taman ini mempunyai hak milik kekal dan tanah adalah tanah
rezab melayu.
 Taman ini dibina atas inisiatif kerajaan untuk
meningkatkan kualiti hidup masyarakat bumiputera
dengan menawarkan pemilikan rumah jenis kos
sederhana tinggi iaitu rumah berkembar dengan harga
yang mampu milik.
 Taman Pandan Maju mendapat namanya hasil gabungan
nama Lorong Pandan diasaskan oleh Datuk Wira Poh Ah
Tiam dan dari nama syarikat pemaju itu sendiri iaitu
Tohrockson Maju. Hasil gabungan antara keduanya maka
wujudlah Taman Pandan Maju.
 Mercu tanda utama Taman Pandan Maju adalah lorong
pandan yang menjadi penghubung lebuhraya AMJ
 Manakala mercutanda lain adalah Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina, Pusat Kesihatan Tengkera, Kedai pemborong Buah-
buahan dan Stesen Petrol BHP.

Pembentukan Masyarakat:

 Bentuk muka bumi yang sesuai iaitu tanah pamah amat


sesuai dijadikan pusat penempatan dan menjadikan Taman
Pandan Maju tumpuan pembeli. Kesemua rumah yang
ditawarkan disini telah habis terjual.
 Kedudukan yang strategik ditengah2 bandar memberi
kepelbagaian ekonomi yang menawarkan pelbagai peluang
pekerjaan yang baik terutama dari segi perindustrian dan
pelancongan.
 Jaringan Hubungan yang baik- yang mana menjadi
penghubung untuk Lebuhraya Alorgajah-Melaka-Jasin (AMJ)
-
 Kemudahan pendidikan dimana terdapat hampir 12
buah sekolah rendah dan menengah serta sekolah
swasta.
 Kemudahan kesihatan seperti klinik kesihatan, klinik2
swasta dan juga hospital kerajaan dan swasta yang
berhampiran.
 Kemudahan perkhidmatan seperti pejabat pos dan
institusi perbankan.
 Suasana kawasan ini juga sangat damai dan
menenangkan yang menjadi salah satu tarikan
pembentukan masyarakat di Taman Pandan Maju.

 Kesemua penduduk disini adalah berbangsa Melayu dan


beragama Islam kerana tanahnya adalah tanah MCL yang
khas untuk orang Melayu sahaja.

 Mengamalkan budaya yang sama dari segi pakaian, adat


resam, makanan, tradisi dan perayaan.
Perkembangan dari segi Fizikal :
 Pada tahun 2008, pembinaan Fasa 2 Taman Pandan maju
telah siap dibina dengan menawarkan rumah berkembar
setingkat jenis Type C iaitu “Deluxe” dengan harga tidak
melebihi RM400,000.
 Jumlah keseluruhan rumah disini adalah 57 unit dimana 28
unit dari fasa 1 dan 29 unit dari fasa 2 dengan jumlah
penduduk dianggarkan sekitar 300 orang.

 Keluasan tapak perumahan telah berkembang dari 6 ekar ke


12 ekar dengan kos pembinaan keseluruhan dianggarkan
sebanyak 25 juta.
 Asalnya taman ini hanya mempunyai satu jalan raya 2
hala sahaja tetapi pada tahun 2000, akibat
pembangunan yang pesat sekitar lorong pandan,
jalanraya yang asalnya mempunyai 2 hala ini telah
diperlebarkan menjadi jalan raya 4 hala.
 Uniknya jalanraya ini masih lagi menggunakan nama
Lorong Pandan.

Perkembangan dari segi ekonomi:

 Struktur umur penduduk yang berubah di Taman Pandan


Maju berbanding tahun 2004 telah mengubah kumpulan
penduduk yang tidak bekerja kepada bekerja.
 Pertumbuhan pesat pusat-pusat komersial sekitar Taman
Pandan Maju seperti Hatten Square, telah merancakkan lagi
perkembangan ekonomi di Taman Pandan Maju dan
membuka pelauang pekerjaan yang lebih besar.

Perkembangan dari segi sosial:


Kemudahan Pengangkutan:

 Lebuhraya AMJ telah siap dibina pada tahun 2007 yang mana
lorong pandan menjadi salah satu jalan penghubung yang
penting. Rangkaian jalanraya yang baik ini telah membantu
meningkatkan taraf sosial penduduk di Taman pandan Maju.
 Taman Pandan Maju terletak berhampiran dengan Melaka
Sentral iaitu pusat perhentian bas dan teksi utama di
Melaka. yang telah siap dibina pada tahun 2004.
 Di Melaka Sentral terdapat perhentian bas untuk syarikat
pengangkutan awam bagi bas ekspress,bas henti-henti
serta kemudahan teksi
 .Ia lengkap dengan kemudahan seperti tandas,surau,
mesin ATM, kedai-kedai makan dan sebagainya.
 Jalan pesisiran pantai telah siap dibina pada tahun 2015
yang dapat mengurangkan kesesakan jalan raya ke pusat
bandar.
 Pembinaan jalan raya ini juga memudahkan penduduk
Melaka dan pelancong untuk ke Dataran Klebang, Pantai
Puteri dan lain-lain pusat perlancongan.

Kemudahan Perkhidmatan

 Sebuah surau yang dinamakan Surau Al-Hikamh telah dibina


pada tahun 2006 yang mana surauini dikongsi bersama
penduduk di taman Seri Pandan. Selain menjadi pusat
beribadat, surau ini sabagai satu alat untuk merapatkan
perpaduan antara penduduk taman pandan maju dan
penduduk di taman seri pandan.
 Selain itu, taman ini juga terletak berhampiran dengan Masjid
Tengkera dan masjid kampong Hulu bagi memudhakan
penduduk lelaki menunaikan solat jumaat.
 Pejabat Pos Tengkera telah diwujudkan bagi memudahkan
penduduk di sekitar taman pandan maju melakukan pelbagai
transaksi.
 Kehidupan serba moden di sekitar taman pandan maju telah
menyebabkan wujudnya kedai makanan segera Mc Donald
yang beroperasi 24 jam. Kekangan waktu telah menjadikan
kedai ini sentiasa menjadi pilhan masyarakat sekitar taman
pandan maju.
 Institusi perbankan juga tumbuh bagai cendawan seperti
Bank Muamalat, bank OCBC, maybank yang memudahkan
penduduk untuk melakukan transaksi perbankan.
 Kewujudan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan
seperti kelengkapan umrah, restoran, kedai-kedai runcit,
salon dan lain-lain memudahkan penduduk disini untuk
mendapatkan pelbagai jenis bahan keperluan.
 Pertambahan stesen minyak iaitu Stesen Minyak petronas
yang dibina pada tahun 2010 membuktikan pertambahan
penduduk yang pesat disekitar taman pandan maju.
 Pasar Tani telah diwujudkan pada tahun 2016 iaitu pada
setiap hari ahad bagi memeudahkan penduduk untuk
mendapatkan bahan keperluan kering dan basah tanpa perlu
pergi ke pasar besar Melaka.

Kegiatan Sosioekonomi  Taman Pandan Maju mempunyai kelas pertengahan yang
Masyrakat Setempat besar dimana kebanyakan disini terlibat dalam sektor
pekerjaan moden iaitu samada bekerja sendiri, bekerja
di syarikat swasta atau berkhidmat dengan kerajaan
 Taraf sosioekonomi di taman ini adalah baik samada
dari segi kualiti kehidupan atau kesejateraan
masyarakatnya hasil dari meningkatnya kegiatan
ekonomi disini.
 Kuasa membeli penduduk Taman Pandan Maju juga dapat
dilihat meningkat akibat peningkatan pendapatan per kapita.
Ini dapat dilihat dengan jumlah bilangan kereta yang
semakin bertambah serta bilangan rumah yang melakukan
pengubahsuaian. Pertambahan pusat membeli belah seperti
Dataran pahlawan dan hatten Square yang berhampiran
dengan taman ini juga membukti kuasa membeli penduduk
telah meningkat.
 Kehidupan penduduk di Taman Pandan Maju semakin
selesa dengan kewujudan pelbagai kemudahan dan
prasaarana yang lengkap dan moden seperti kewujudan
Melaka Sentral dan jalan pesisirian pantai dan juga
lorong pandan yang menjadi penghubung kepada
Lebuh raya AMJ.
 Kemudahan Pendidikan yang banyak samada sekolah
kerajaan seperti sekolah tun tuah, sekolah rendah
Methodist atau sekolah swasta seperti Melaka
International school membuktikan penduduk taman
pandan maju mempunyai taraf pendidikan yang baik.
 Taraf kesihatan penduduk taman pandan maju juga
adalah baik dengan penekanan kepada kesihatan oleh
kerajaan megeri Melaka dimana pusat kesihatan
tengkera telah dibina untuk memudahkan penduduk
sekitar lorong pandan mendapatkan pebagai rawatan
kesihatan.
 Di sekitar taman ini juga terdapat beberapa hospital
swasta seperti Hospital mahkota dan Oriental Medical
Center. Terdapat juga banyak klinik-klinik swasta yang
berhampiran seperti Klinik Ummi, Klinik Farmosa dan
lain-lain.
 Pertambahan penduduk di taman pandan maju ini telah
menyebabkan seorang pengerusi taman iaitu Tn hj
Ruslam bin Hussin dilantik bagi tujuan mengelolakan
segala aktiviti taman.
 Rukun tertangga secara sukarela juga telah diwujudkan
bagi memastikan keselamatan penghuni di taman ini
terjaga.

Menilai Semangat Perpaduan  Masyarakat didefinasikan sebagai sekumpulan manusia


dalam kalangan masyarakat yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan
setempat aturan dan cara tertentu.
 Kepentingan mengkaji masyarakat: i. Memahami cara
hidup bermasyarakat ii. Memahami budaya dan
masyarakat lain iii.memupuk kerjasama antara
masyarakat
 Taman Pandan Maju terdiri dari kelompok masyarakat
yang mempunyai agama dan budaya yang sama. Ini
adalah kerana semua penduduk disini adalah melayu.
 Masyarakat disini sememangnya hidup bersatu padu
dan saling bekerjasama antara satu sama lain.
 Perpaduan yang kukuh ini sememangnya telah
membentuk kesejateraan serta kemakmuran di taman
ini.
 Berbagai aktiviti kemasyrakatan yang telah dijalankan di
taman pandan maju bagi mengukuhkan lagi semangat
perpaduan di kalangan penduduk disini. Antaranya
adalah:

a. Jamuan Hari Raya
Pada setiap tahun, taman ini akan mengadakan
sambutan hari raya dimana semua ahli akan
bekerjasama menyediakan pelbagai hidangan dan
bersama-sama menyumbang untuk memberikan duit
raya kepada kanak-kanak di taman ini. Aktiviti ini dapat
mengeratkan silahturahim dikalangan ahli taman.

b. Jamuan tahunan
Di taman ini akan diadakan jamuan tahunan pada setiap
bulan Disember. Semua ahli taman di galakkan
membawa “pot luck’ agar pelbagai hidangan dapat
disediakan. Selain dapat berkumpul sebagai sebuah
keluarga, ajk taman juga akan membincangkan
program-program yang bakal dijalankan untuk tahun
mendatang. Masalah keselamatan taman turut
dibincangkan agar penduduk disini mengecapi suasana
yang aman dan tenang.

c. Aktiviti Kunjung Mengunjung


Aktiviti ini selalu dilaksanakan jika terdapat ahli taman
yang ditimpa musibah seperti kematian, sakit dan
sebagainya. Penduduk taman akan sentiasa ringan
tangan untuk menghulurkan bantuan dari segi
kewangan dan masa bagi meringankan beban yang
dihadapi oleh penduduk taman. Aktiviti ini secara tidak
langsung mengikis sikap mementingkan diri dikalangan
penduduk tanam bila mana semua ahli taman salin
bantu membantu antara satu sama lain.

d. majlis Berbuka Puasa


Selain menjalankan tuntutan agama iaitu berpuasa di
bulan ramadhan, ajk taman juga menganjurkan majlis
berbuka puasa. Majlis ini selalunya diadakan secara
bersama-sama dengan ahli penduduk di taman seri
pandan dan diadakan di surau al hikmah. Penduduk
taman akan berbuka puasa bersama-sama dan
melakukan solat Jemaah maghrib, isyak dan solat
terawih. Ia juga sebagai satu wadah untuk mengeratkan
lagi silahturrahim antara penduduk di du ataman ini
sambil mengimarahkan aktiviti di surau al hikmah.
Inilah yang dinamakan kenikmatan kehidupan bersosial.

e. Aktiviti Sukan Memanah


Perpaduan juga dapat dilaksanakan melalui
sukan.Justeru ajk taman telah mengambil inisiatif
mengadakan aktiviti sukan memanah. Aktiviti ini dipilih
sebagai mengikut sunnah nabi (saw) yang mengemari
sukan memanah. Iannya dapat memupuk semangat
keberanian,kekuatan dan ketangkasan dalam
menghadapi sebarang anasir yang tidak elok jika berlaku
di taman pandan maju.

f. Percutian
AJK taman juga telah berupaya mengadakan satu
percutian ke Kelantan yang melibatkan hampir setengah
dari penduduk taman ini. Tujuan utama aktiviti ini agar
ahli dapat meluangkan sedikit masa yang berkualiti
untuk mengeratkan hubungan sesame ahli dan juga
menyelesaikan masalah yang wujud. Aktiviti ini juga
secara tidak langsung membantu penduduk taman
membebsakan diri dari tekanan aktiivti harian. Ini
secara tidak langsung membentuk masyarakat yang
harmoni.

g. Komunikasi melalui aplikasi “whats app”.


Bagi memastikan semua pemasalahan atau apa sahaja
perkara dapat dibincangkan dengan segera, pengerusi
taman telah membentuk aplikasi “whats app’ sesama
ahli taman. Bukan sahaja saluran ini digunakan untuk
berkomunikasi tetapi saluran ini juga digunakan untuk
meniaga. Ini secara tidak langsung dapat juga memberi
pendapatan kepada suri rumah yang berniaga secara
kecil-kecilan.

Walaubagaimanapun, terdapat juga cabaran yang


menghalang atau menjadi masalah dalam memupuk
semangat perpaduan di taman ini. Masalan yang paling
utama adalah dari segi kekangan masa yang mana ada
segelintir ahli yang bekerja tidak tentu masa yang
menyebabkan usaha untuk memupuk semangat
perpaduan ini agak sukar untuk dilaksanakan.

Antara cadangan yang boleh lagi dilaksanakan oleh ahli


taman ini untuk memperteguhkan jalinan kemesraan
sesama ahli taman adalah dengan mengadakan aktiviti
bergotong royong untuk membersihkan kawasan taman.
Aktiviti ini dapat menjimatkan masa kerana semua
bergading bahu bersama-sama membersihkan kawasan
taman agar taman ini sentiasa bersih, nyaman dan
suasana yang segar. Amalan gotong royong secara tidak
langsung dapat melatih masyrakat muda di taman
memupuk nilai murni seperti menghormati orang yang
lebih tua, amalan berjimat cermat dan bekerjasama.

Ulasan Tokoh  Taman pandan maju adalah taman yang tediri dari penduduk
yang semuanya berbangsa melayu.
 Walaubagaimanapun,masyarakat disekitar taman ini adalah
masyarakat yang terdiri dari masyarakat majmuk yang terdiri
dari pelbagai kaum terutamanya kaum cina. Ini disebabkan
kedudukan taman ini ditengah-tengah bandararaya Melaka.
 Penduduk di taman ini dapat menghayati petikan yang telah
disampaikan oleh Tunku Abdul Rahman iaitu keunikkan
Negara ini yang mempunyai masyarakat majmuk.
 Ini dapat dilihat bilamana ada sahaja majlis-majlis seperti
jamuan hari raya atau kenduri kahwin di dalam taman,
bangsa-bangsa asing ini juga akan dijemput untuk sama-
sama meraikan majlis ini.
 Deretan kedai yang ada di sekitar taman pandan maju juga
dipelopori oleh kaun cina yang mana semua masyarakat
menyokong aktiviti perniagaan mereka tanpa sebarang
pergeseran yang boleh mewujudkan konflik antara kaum.
 Persefahaman yang telah dicapai sepertimana persefahaman
yang telah dicapai oleh Tunku semasa membentuk parti
perikatan telah berjaya menghakis perassan curiga antara
kaum di sekitar taman ini dan membentuk suasana yang
aman dan harmoni.
 Semua kaum bergabung bak kata pepatah” Serumpun bak
serai, sesusun bak sirih” demi melestarikan ekonomi dan
kehidupan sosial masyarakat setempat disini.
 Tunku juga telah menitik beratkan perpaduan kaum melalui
kelonggaran hak warganegara bagi mengekalkan masyrakat
yang adil, sopan dan bersusila.
 Perkara ini dapat dilihat di dalam masyarakat Taman pandan
Maju khasnya dan masyarkat sekitar taman ini umumnya.
 Semua masyarakat disini menghormati hak kaum cina dan
india sebagai warganegara dengan menunjukkan sifat saling
hormat menghormati antara satu sama lain.
 Bak kata pepatah : Bersatu Teguh, Bercerai Roboh”
menjadikan masyarakat disekitar taman ini hidup dalam
keadaan aman walaupun berbilang bangsa, agama dan
budaya.
 Semangat perpaduan yang mendalam ini, menyebabkan
masyarakat di sekitar taman ini hidup dalam harmoni,
selamat dan selesa yang secara tidak langsung meningkatkan
kualiti dan kesejahteraan hidup masyarakat disini.

Rumusan  Kajian tentang masyarakat setempat di tempat tinggal saya


iaitu di Taman Pandan Maju memberikan saya pengetahuan,
pengajaran dan nilai yang positif.
 Pengajaran yang saya dapat perolehi semasa mengkaji
tentang masyarakat setempat di tempat tinggal saya serta
pembentukan dan perkembangan masyarakat disini adalah
saya dapat memahami dan mengenali asal usul taman saya
dan kawasan persekitaran dengan lebih dekat lagi.
 Ini secara tidak langsusng memupuk perasan bangga saya
terhadap usaha- usaha serta tanggungjawab sosial yang
ditunjukkan oleh setiap ahli masyarakat di taman saya ini
terutama dari pengerusi dan AJK Taman Pandan Maju demi
memupuk hubungan harmoni di kalangan ahli masyarkat
disini
 Saya juga lebih menghargai peranan yang dimainkan oleh
setiap ahli masyarakat yang bersungguh-sungguh
mewujudkan semangat kekitaan dan hubungan erat yang
menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kemakmuran
di taman saya ini.

 Melalui kajian ini juga saya dapat mengenal pasti dan


memahami taraf sosio ekonomi di taman saya ini yang
membentuk kepada ciri-ciri masyarakat seperti hidup
berkelompok,berinteraksi, melahirkan kebudayaan dan
perubahan.

 Melalui kajian tentang ucapan yang telah diucapkan


oleh Tunku Abdul Rahman telah
telah membuka mata saya bahawa semua masyarakat
harus hidup dalam keadaan aman dan harmoni serta
perlu berasa bersyukur kerana dapat hidup
dalamsebuah negara yang aman dan damai dengan
masyarakat yang berbilang kaum tetapi tetap bersatu
padu demi untuk kemakmuran negara yang tercinta
untuk mengelakkan berulangnya peristiwa 13 mei.

 kajian tentang ucapan tokoh ini juga telah


menyemarakkan semangat nasionalisme saya dimana
sebagai rakyat kita mestilah menunjukkan ketaatan dan
kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Negara dan
bersama-sama mempertahankan Negara dari serangan
pihak luar.
 Kajian tentang masayrakat setempat ini memngajar saya
tentang kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara
yang betul untuk mendapatkan maklumat melalui laman
sesawang dan penyelidikan melalui buku ilmiah yang saya
perolehi dari perpustakaan. Disamping itu juga semasa
melawat tempat kajian saya dapat meningkatkan kemahiran
komunikasi saya semasa menjalankan sesi temu bual dan soal
selidik.
 Kajian ini juga membantu saya menerapkan sifat
sabar,tabah, jujur dan semangat kerjasama diantara rakan
dimana kami dapat berkongsi dan menceritakan pengalaman
masing-masing semasa mendapatkan segala informasi
berkenaan tempat tinggal masing-masing.

 Secara kesimpulannya, apa yang boleh saya rumuskan dari


kajian ini ialah perpaduan dan intergrasi antara kaum
memainkan peranan yang penting terutamanya bermula
dari masyarakat setempat dalam memastikan keamanan
Negara dipelihara kerana tidak akan ada kemajuan dan
kemakmuran tanpa keamanan yang terhasil dari perpaduan.

 Perpaduan merupakan kunci yang menjana ekonomi


dan sosial yang setrusnya melestarikan kemakmuran
dan kesejahteraan Negara.

 Justeru, saya sedar berbagai usaha yang telah dijalankan di


Taman Pandan Maju yang berpaksikan kepada keagamaan,
kebudayaan, pendidikan, kesihatan ,ekonomi dan sosial
adalah demi untuk memelihara kawasan tempat tinggal
saya serta memupuk semangat kemasyarakatan. bukanlah
sesuatu yang mudah dan perlu dipertahankan.

 Akhir kalam, saya berharap supaya hubungan akrab dan


semangat tolenrasi di taman saya ini dapat dijaga ,
dipertahankan dan dikekalkan bagi memastikan ahlinya
sentiasa bersatu padu, komited dan dedikasi untuk terus
membentuk suasana yang harmoni.

.
 .

Vous aimerez peut-être aussi