Vous êtes sur la page 1sur 6

Banding beza Sejarah Melayu dengan Malaya: The Straits Settlements and The

Federated and Unfederated Malay States

1.0 Pendahuluan

Hasil pensejarahan Malaysia penulis tempatan amat berbeza dengan hasil


karya penulis kolonial. Petikan ini akan membuat banding beza antara karya penulis
tempatan dengan karya penulis kolonial, iaitu Sejarah Melayu dengan Malaya: The
Straits Settlements and the Federated and Unfederated Malay States (akan
dipendekkan sebagai “Malaya” dalam perbincangan di bawah). Sejarah Melayu
merupakan sebuah karya agung Melayu yang telah disusun dan ditulis semula oleh
Tun Seri Lanang. Manakala “Malaya” merupakan hasil karya R.O. Winstedt yang
merupakan pegawai British di Tanah Melayu.

2.0 Perbezaan

2.1 Tema

Dalam Sejarah Melayu, tema karya tersebut adalah sempit dan terikat kepada
asal-usul dan salasilah raja-raja yang memerintah. Sejarah Melayu yang bercorak
istana hanya tertumpu kepada golongan kerabat diraja (sifat topical). Contoh petikan
yang menunjukkan salasilah raja-raja adalah:

“Hatta setelah empat puluh dua tahun umur Sultan Muzaffar Syah di atas kerajaan,
maka baginda pun mangkatlah. Maka anakanda baginda Raja Abdullah kerajaan,
menggantikan ayahanda baginda. Gelar baginda di atas kerajaan Sultan Mansur
Syah…beberapa hari, maka Sultan Mansur Syah pun mangkadah…maka Raja
Hussainlah kerajaan, gelar baginda di atas kerajaan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.”

Petikan ini menunjukkan salasila raja-raja Melayu Melaka secara langsung


bahawa kedudukan raja diwarisi oleh puteranya selepas sultan Melaka mangkat.
Contohnya, selepas Sultan Muzaffar Syah mangkat, maka diwarisi oleh Sultan Mansur
Syah turut diwarisi oleh Sultan Alauddin Riayat Syah.

Manakala tema “Malaya” adalah lebih luas berbanding dengan Sejarah Melayu
yang mengutamakan salasilah raja-raja pemerintah. Bukan sahaja pentadbiran British
dipentingkan dalam penulisan tetapi terdapat juga kandungan yang lain dalam buku
“Malaya” contohnya alam semula jadi, budaya masyarakat tempatan dan lain-lain yang
berkaitan dengan Tanah Melayu pada masa itu.

1
“Muslim traders, the Portuguese, the Dutch all used and spread Malay as a lingua
franca.” (ms. 93)

Petikan ini menceritakan bahasa Melayu sebagai lingua franca.

“The Malay retains beliefs from the time when, as an animist, he believed all things
possessed souls, from Hinduism and from Islam.” (ms. 101)

Manakala petikan ini menceritakan tentang pengamalan agama masyarakat


Tanah Melayu yang bersifat animisme.

Kedua-dua petikan telah menunjukkan bahawa tema buku “Malaya” tidak


mengehadkan skop temanya terhadao satu sahaja tetapi mengandungi pelbagai
aspek seperti bahasa dan agama.

2.2 Sifat Pensejarahan

Sejarah Melayu telah masuk unsur mitos-legendaris ke dalamnya demi


menyukakan hati pemerintah Johor.Menurut Norazimah Zakaria (2005), Unsur mitos
penting sebagai pengawalan politik diraja. Mitos telah mengangkat peribadi raja
sebagai dewaraja yang mempunyai daulat dan tulah yang sangat digeruni oleh rakyat
supaya patuh dan taat kepada raja. Unsur ini dapat diperhatikan melalui petikan:

“Syahadan termasyhurlah pada segala negeri bahawa Demang Lehar Daun


mendapat anak raja tiga bersaudara dari Bukit Si Guntang dan daripada anak cucu
Raja Iskandar Zul Karnain.”

Petikan ini menjelaskan bahawa keturunan raj-raja Kesultanan Melayu Melaka


sebagai anak cucu tokoh politik legenda(Raja Iskandar Zul Karnain dan Raja Suran).

Manakala “Malaya” mementingkan kesahihan dan keobjektifan penulisan dan


menolak penulisan yang berbentuk legenda dan mitos dalam penulisan sejarah.
Penulisan sejarah adalah berpandukan kepada data-data yang direkodkan tanpa
membuat pemalsuan. Contohnya, penggunaan rekod-rekod data tentang jumlah hujan
dalam bentuk carta telah digunakan semasa penulisan.

“RAINFALL – The chatrs below have been constructed from published


statistics, and are selected to show the general drop in rainfall south of Kedah in the
middle of the year and also the local effects of topography.”

(sila rujuk lampiran 1)

2
2.3 Cara Penggunaan Sumber dalam penulisan

Sebenarnya, Tun Seri Lanang pernah menggunakan sumber dalam penulisan


contohnya teks Sejarah Melayu yang dibawa dari Goa. Walau bagaimanapun,
penggunaan sumber tidak dinyatakan dengan jelas dalam Sejarah Melayu. Syed
Ismail Syed Mustapa dan Meor Aris Meor Hamzah (2016) berpendapat bahawa
ketiadaan sumber rujukan menyukarkan karya tersebut layak menjadi sumber sejarah.
Ini telah merendahkan mutu karya tersebut sebagai karya sejarah.

Manakala penggunaan sumber dinyatakan secara jelas dalam “Malaya”. Hal


ini dapat dilihat melalui petikan:

“Chao Ju Kua, writing about A.D. 1225, mentions Pahang along with
Terengganu and Kelantan as being subject to the old Buddhist Sumatran kingdom of
Sri Vijaya.”

Petikan ini menunjukkan bahawa penggunaan sumber dalam penulisan


pensejarahan Malaysia yang berdasarkan fakta yang sah. Ini menepati sifat penulisan
barat yang mementingkan keobjektifan dan kesahihan dalam penulisan pensejarahan.

2.4 Penggunaan Tarikh dan Kronologi

Sejarah Melayu tidak mementingkan penggunaan tarikh dan kronologi. Menurut


Raja Hassan (1972), penulisan histografi Melayu tradisional merupakan hasil “kolektif”,
tarikh-tarikh tidak dipentingkan. Tidak ada konsep pentarikhan yang tepat dalam teks
Sulalatus Salatin. Ada yang berpendapat bahawa Sulalatus Salatin dikarang pada hari
Khamis, iaitu yang terdapat dalam pendahuluan hikayat yang berbunyi “… seribu dua
puluh satu tahun kepada tahun Dal, pada dua belas haribulan Rabi’ul Awal kepada
hari Khamis…”, iaitu bersamaan 13 Mei 1612. Namun, terdapat juga pendapat yang
mengatakan bahawa Sulalatus Salatin dikarang pada hari Ahad.

Manakala penulis kolonial beranggapan bahawa tarikh dan kronologi merupakan


sebahagian daripada fakta sejarah. Dalam “Malaya”, penggunaan tarikh sebagai fakta
sejarah adalah jelas seperti petikan di bawah:

“Only between 1914 and 1915 was the birth-rate higher than the death-rate…” (ms
249,250)

Tahun 1914 hingga 1915 telah menunjukkan penggunaan masa tepat dalam
penghasilan karya.

3
2.5 Cara Mengkritik

Dalam Sejarah Melayu, cara mengkritik adalah secara implisit. Unsur mitos
dan legenda merupakan kaedah mengkritik raja dan membina kuasa ketuhanan.
Contohnya seperti petikan di bawah:

“Maka dicelupkan baginda (Seri Teri Buana) ibu kaki ke dalam lingkaran rotan
itu. Dengan anugerah Tuhan Yang Maha Kuasa, berkat pancar Nabi Sulaiman 'alaihi
s-salam, air masin itu menjadi tawar.”(pg 31)

Petikan ini menunjukkan unsur mitos yang dicampuk aduk dalam Sejarah
Melayu telah membentuk ketuhanan Seri Teri Buana.

Manakala kritikan dalam “Malaya” dilakukan tanpa bercampur dengan unsur


mitos dan legenda yang tidak rasional dan objektif. Kritikannya biasa dilakukan secara
berterus terang. Contohnya:

“The “Malay Annals” give a spirited picture of the time…An aged minister, full
of honours, was murdered because he did not offer his daughter to his dissolute
Lord.”(pg132)

Petikan ini mengkritik sultan sebagai seorang yang berfoya-foya secara


berterus terang. Ini sangat berbeza dengan cara Sejarah Melayu yang implisit dan
memerlukan bantuan unsur mitos dan legenda.

3.0 Persamaan

3.1 Bersifat bias

Dalam Sejarah Melayu, sifat bias telah ditunjukkan melalui kecenderungan


kepada golongan pemerintah. Taraf golongan pemerintahan dan istana sentiasa
diangkat supaya memastikan perintahnya digeruni oleh raja-raja lain. Hal ini dapat
dibuktikan melalui petikan di bawah:

“Syahadan bagindalah yang pertama-tama meletakkan “kekuningan larangan”;


tidak dapat dipakai orang keluaran, dan diambil akan saru tangan… dan tidak
dapat orang memakai penduk dan teterapan keris.”

Petikan Sejarah Melayu ini telah menunjukkan pantang larang rakyat


berkenaan dengan “kekuningan larangan” bahawa hanya golongan pemerintah yang
boleh memakai baju berwarna kuning dan penduk serta membawa keris. Perbuatan

4
ini telah membezakan rakyat jelata dengan golongan pemerintah turut menunjukkan
sifat kecenderungan penulisan kepada golongan pemerintah.

Sementara itu, “Malaya” telah mengangkat dan mengetengahkan kejayaan


British di Tanah Melayu contohnya kejayaan kedatangan kuasa Barat di Tanah Melayu
seperti petikan di bawah:

“In 1595 Cornelis de Houtman…reached Java and then visited the islands of
Bawean and Bali.” (ms 136)

Petikan ini telah mempamerkan kejayaan kuasa barat, Belanda datang ke Asia
Tenggara. Kejayaan ini secara tidak langsung mengetengahkan kejayaannya turut
menunjukkan sifat bias terhadap pemerintah kolonial.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, Sejarah Melayu dan “Malaya” mempunyai kurang persamaan


dan banyak perbezaan antaranya. Ini menunjukkan perbezaan yang besar antara hasil
penulis tempatan dengan penulis kolonial.

( 1166 patah perkataan )

5.0 Rujukan

Kassim Ahmad. ( ). Sejarah Melayu (Sulatus Salatin). Malaysia: Dewan Bahasa


dan Pustaka.

Meor Aris Meor Hamzah,Syed Ismail Syed Mustapa. (2016). Pensejarahan Malaysia.
Kuala Lumpur, Malaysia: Sasbadi

Norazimah Zakaria. (2005). Sejarah Melayu: Sebuah Genre Sintesis yang Baik bagi
Memenuhi Tuntutan Moral Islam dan Aspek Pengawalan Politik. Jurnal
Pengajian Melayu, 16, 319-334. Dicapai melalui url:
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24040/Article_18.PDF

Raja Hassan Raja Noor. (1972). Pola-pola Histografi Tradisional dalam Pensejarahan
Melayu. Jebat. 2, 16-24. Dicapai melalui url:
http://journalarticle.ukm.my/545/1/1.pdf

5
Winstedt, R.O. (1923). Malaya: The Straits Settlements and the
Federated and Undefederated Malay States. London: Constable
& Co.Ltd.

Vous aimerez peut-être aussi