Vous êtes sur la page 1sur 30

PENULISAN LAPORAN KAJIAN TUGASAN (50%)

Isu: Kesedaran mengenai alam sekitar masih kurang di Malaysia terutamanya di peringkat rendah
dan ini sekaligus menjejaskan kepekaan tingkah laku mereka terhadap alam sekitar.

Topik kajian:

Kajian Mengenai Pengetahuan dan Amalan Hijau dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

1.0 Abstrak:

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran amalan alam sekitar dalam kalangan
pelajar-pelajar sekolah rendah. Kajian ini melibatkan 100 orang murid (berumur 10 hingga 12
tahun) di empat buah sekolah rendah di daerah Kuala Lipis, Pahang. Terdapat dua instrument
soal selidik yang digunakan yang pertama soal selidik berskala Likert 1 hingga 5 yang digunakan
untuk mendapatkan maklum balas iaitu dari sangat setuju hingga sangat tidak setuju dan kedua
berskala Likert 1 hinga 3 iaitu kerap, kadang-kadang, tidak pernah. Pemboleh ubah amalan alam
sekitar yang dikaji adalah pengetahuan amalan hijau di dalam kehidupan seharian. Pemboleh
ubah pengetahuan terdiri daripada empat sub pemboleh ubah, iaitu pengetahuan penjimatan
tenaga elektrik, pengetahuan penjimatan air, pengetahuan menjaga alam sekitar dan
pengetahuan amalan Recycle, Reduce, Reuse (3R). Sub pemboleh ubah amalan hijau terdiri
daripada amalan penjimatan tenaga elektrik, amalan penjimatan air, amalan menjaga alam
sekitar dan amalan 3R.

Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan amalan hijau murid adalah tinggi. Sebaliknya,
tahap pemboleh ubah amalan hijau, bagi keempat-empat sub pemboleh ubah (amalan
penjimatan elektrik, amalan penjimatan air, amalan penjagaan alam sekitar dan amalan 3R)
adalah berada pada tahap sederhana. Analisis hubungan antara pemboleh ubah kajian
menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang sederhana antara pengetahuan penjimatan
tenaga elektrik, pengetahuan penjimatan air dan pengetahuan amalan 3R dengan amalan
penjimatan tenaga elektrik dan amalan 3R. Hal ini membuktikan tidak semua pengetahuan
memberi hubungan terhadap amalan penjimatan. Dapatan kajian ini membimbangkan jika tidak
ada usaha penerusan yang konsisten untuk menerapkan kesedaran amalan hijau. Malah pihak
sekolah, ibu bapa dan masyarakat juga turut terlibat memberi contoh teladan amalan hijau yang
betul khususnya dalam konteks penjimatan tenaga, penjimatan air dan amalan 3R.
2.0 Pengenalan:

Pembangunan tanpa had kini merupakan sasaran bagi setiap negara membangun tidak
terkecuali negara kita, Malaysia dalam menghadapi alaf globalisasi ini. Pembangunan yang
semakin banyak turut menjejaskan kelestarian alam sekitar dan memberikan kesan yang negatif.
Pencemaran, perubahan iklim serta pemanasan global dan sumber bahan yang terhad
merupakan antara isu sejagat yang telah dibangkitkan kesan daripada pembangunan (Haliza,
2010). Bukan itu sahaja, kegiatan manusia juga dalam aktiviti pembangunan seperti pemusnahan
dan pembasmian hutan untuk pelbagai tujuan seperti pertanian, pembandaran, perindustrian dan
penggunaan kenderaan bermotor secara tidak langsung telah mengakibatkan kesan yang lebih
negatif. Menurut Ghazi & Haliza (2011), kesannya adalah kenaikan suhu dunia telah
menyumbang kepada peningkatan gas rumah hijau di atmosfera yang menyebabkan pemanasan
global. Hal ini juga turut mengakibatkan berlakunya pelbagai bencana alam yang mengancam
kesihatan dan kesejahteraan manusia seperti kemarau, tsunami, banjir dan pencemaran udara
yang mana telah mengorbankan ribuan manusia di seluruh dunia (Grove 2002).

Di samping itu, masalah pemanasan global menyebabkan pelbagai pihak berlumba-


lumba untuk mengurangkan penggunaan tenaga yang menyumbang kepada gas rumah hijau.
Usaha kerajaan dalam menyokong penggunaan sumber secara mampan dapat dilihat melalui
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Dalam RMK-10 ini, usaha pertumbuhan tenaga boleh
baharu (TBB) sebagai sumber tenaga alternatif telah dipertingkatkan di samping usaha
menggalakkan kecekapan tenaga juga dilaksanakan bagi menyokong peningkatan permintaan
tenaga yang berterusan (RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH 2011-2015, 2010). Dalam
RMK-11 pula, kerajaan masih meneruskan dengan usaha-usaha sebelum ini. Agensi kerajaan di
Malaysia yang bertanggungjawab dalam memberi maklumat atau pendidikan berkaitan jejak
karbon adalah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA) yang berfungsi
sebagai agensi yang menjana pertumbuhan teknologi hijau negara. Dasar-dasar teknologi hijau
telah dilancarkan di bawah KeTTHA bagi memperkasakan penggunaan teknologi hijau di
Malaysia. Dasar ini merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan
kesan negatif daripada aktiviti manusia (KeTTHA 2015).

Justeru, kesedaran menjaga alam sekitar melalui pendidikan merupakan agen perubahan
yang paling berpengaruh dalam masyarakat dalam mempertingkatkan pembangunan mapan dan
memperbaiki keupayaan manusia dalam menangani isu-isu alam sekitar dan pembangunan.
Institusi pendidikan seperti sekolah menjadi saluran utama pendidikan alam sekitar kepada
masyarakat yang ada pada hari ini supaya pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni dan tindakan
yang betul dalam menangani isu alam sekitar (Hanifah et al. 2015). Kanak-kanak di sekolah harus
dilibatkan secara langsung dalam usaha kelestarian alam sekitar kerana kelompok ini juga
menerima kesan krisis tenaga, perubahan iklim dam pencemaran alam sekitar dan pengetahuan
amalan kelestarian golongan awal usia ini amat berpontensi mempengaruhi amalan mereka pada
masa hadapan bersama ibu bapa. Oleh itu, ilmu pengetahuan berkaitan alam sekitar amat
penting diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia di kerana jika pengetahuan tersebut diiringi
dengan kesedaran yang tinggi ianya akan mampu membentuk amalan yang baik dalam interaksi
ahli masyarakat dengan alam sekitar sejak di bangku sekolah lagi.

3.0 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian telah dikemukakan bagi menentukan objektif kajian yang hendak
dicapai:

1. Apakah tahap pengetahuan amalan hijau dalam kalangan murid-murid sekolah rendah?

2. Apakah tahap amalan hijau dalam kalangan murid-murid sekolah rendah?

3. Adakah terdapat hubungan antara tahap pengetahuan amalan hijau dengan tahap
amalan hijau dalam kalangan murid-murid sekolah rendah

4.0 Tujuan kajian:

Mengetahui bahawa masyarakat semakin tidak mengamalkan amalan hijau, kajian ini ingin
meneliti sejauh mana murid-murid yang berada di sekolah rendah berilmu dalam pengetahuan
dan mengamalkannya. Untuk mencapai tujuan tersebut, kajian disasarkan untuk meneliti apakah
tahap pengetahuan lestari dan tahap amalan lestari murid-murid sekolah rendah ini. Seterusnya
kajian juga menganalisis perkaitan hubungan antara pemboleh ubah pengetahuan amalan lestari
dan amalan lestari.

5.0 Metodologi

Kajian ini ingin meneliti tahap kesedaran amalan hijau murid sekolah rendah dan hubungan setiap
pemboleh ubah kajian. Penggunaan soal selidik bagi mendapatkan data telah difokuskan di 4
sekolah rendah daerah Kuala Lipis, Pahang iaitu SK Penjom, SK Clifford, SK Kuala Lanar dan
SK Wan Ibrahim. Sebanyak 100 murid di Tahun 5 dan 6 yang dipilih secara rawak mudah.
Namun, hanya responden yang boleh membaca dipilih untuk menjawab soal selidik.

6.1 Soal Selidik

Soal selidik melibatkan dua pemboleh ubah kesedaran amalan hijau iaitu pengetahuan dan
amalan hijau itu sendiri. Bagi pemboleh ubah pengetahuan amalan hijau, terdiri daripada empat
sub pemboleh ubah iaitu pengetahuan penjimatan tenaga, pengetahuan penjimatan air,
pengetahuan menjaga alam sekitar dan pengetahuan amalan 3R. Setiap sub pemboleh ubah
terdiri daripada lapan item dan jumlah item keseluruhan bagi pemboleh ubah pengetahuan
amalan hijau sebanyak 32 item. Bagi amalan hijau, sub pemboleh ubah hanya terdiri daripada
satu kumpulan yang berkaitan dengan amalan penjimatan tenaga, amalan penjimatan air, amalan
menjaga alam sekitar dan amalan 3R. Sub pemboleh ubah ini terdiri daripada 20 item. Secara
keseluruhannya, terdapat 52 item yang disediakan di dalam kajian ini. Bagi amalan hijau, sub
pemboleh ubah turut terdiri daripada empat kumpulan iaitu amalan penjimatan tenaga, amalan
penjimatan air, amalan menjaga alam sekitar dan amalan 3R. Setiap sub pemboleh ubah terdiri
daripada lapan item dan jumlah item keseluruhan bagi pemboleh ubah pengetahuan amalan hijau
sebanyak 32 item.

Item-item yang dibina dalam soal selidik ini diubahsuai daripada amalan hijau yang telah
digariskan oleh KeTTHA dan Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER). Item
diukur dalam bentuk Skala Likert lima mata bagi pemboleh ubah pengetahuan amalan hijau (1-
Sangat Tidak Setuju, 2-Tidak Setuju, 3-Kurang Setuju, 4-Setuju dan 5-Sangat Setuju) dan Skala
Likert 3 mata bagi pemboleh ubah amalan hijau (1-Tidak Pernah, 2-Kadang-kadang dan 3-
Kerap).

7.0 Dapatan Kajian:

Perbincangan dapatan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu meneliti tahap
pengetahuan hijau responden, keduanya meneliti tahap amalan hijau dan akhir sekali
menganalisis hubungan antara sub pemboleh ubah pengetahuan amalan hijau dengan amalan
hijau menerusi graf histogram. Pembahagian tahap dalam kajian ini terbahagi kepada tiga, iaitu
tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Tahap-tahap pengetahuan dan amalan akan
berpandukan kepada jadual dan rajah histogram.
7.1 Pengetahuan Amalan Hijau

Bagi menganalisis tahap kesedaran amalan hijau dalam kalangan murid, soal selidik berskala
Likert 1 hingga 5 digunakan untuk mendapatkan maklum balas iaitu dari sangat setuju hingga
sangat tidak setuju. Jadual akan digunakan untuk tujuan pengelaskan hasil jawapan daripada
respondan. Histogram juga digunakan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai
data-data yang dikumpul.

Jadual 1. Peratusan pengetahuan penjimatan

Soalan Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat


setuju tahu setuju tidak
(%)
(%) setuju
(%) (%)
(%)

1. Elektik boleh dijimatkan sekiranya lampu dan 80 20


kipas dipadamkan apabila tidak digunakan

2. Elektrik boleh dijimatkan sekiranya peralatan 90 10


televisyen dipadamkan apabila tidak digunakan

3. Elektrik boleh dijimatkan sekiranya dapat 50 40


kurangkan mengecas bateri telefon

4. Elektrik boleh dijimatkan sekiranya tidur tanpa 100


membuka lampu

5. Penjimatan tenaga elektrik tanggung jawab 100


bersama semua pihak

6. Penggunaan peralatan elektrik yang jimat 30 70


tenaga penting bagi mengurangkan kadar
penggunaan elektrik

7. Amalan penjimatan elektrik boleh 20 50 30


menyelamatkan alam sekitar dan bumi kita
8. Penjimatan elektrik adalah penting 40 60

Pemboleh Ubah: Pengetahuan Penjimatan Elektrik


120

100 100
100
90
80
80
70
60
60
50 50
40 40
40
30 30
20 20
20
10
000 000 000 0000
0
1 2 3 4 5 6 7 8

Sangat setuju Setuju Tidak tahu Tidak setuju Sangat tidak setuju

Rajah 1

Jadual 1 dan rajah 1 menunjukkan peratusan-peratusan pengetahuan penjimatan elektrik dalam


kalangan pelajar yang menggambarkan tahap kesedaran mereka terhadap alam sekitar. Secara
keseluruhannya, hasil kajian awal mendapati bahawa tahap pengetahuan pelajar adalah pada
peringkat sangat tinggi. Ini dapat dilihat secara keseluruhan bahawa tidak ada seorang pelajar
pun yang menjawab selain daripada sangat setuju dan setuju pada borang soal selidik ini selain
daripada item 7.

Bagi item yang pertama, terdapat 80% pelajar yang sangat setuju dan 20% pula bersetuju
dengan item tersebut. Ini memberi kita kefahaman bahawa para pelajar di sekolah sangat
mengetahui bahawa elektrik dapat dijimatkan sekiranya lampu dan kipas dipadamkan apabila
tidak digunakan. Bagi item kedua, 90% pelajar sangat setuju manakala 10% lagi setuju bahawa
menutup televisyen ketika tidak digunakan dapat menjimatkan elektrik. Untuk item ketiga, hampir
separuh perbezaan yang dilihat antara jawapan setuju (40%) dan sangat setuju (50%) bagi
penyataan elektrik boleh dijimatkan sekiranya dapat kurangkan mengecas bateri telefon. Dalam
kalangan pelajar sekolah rendah, mereka sepatutya mengurangkan penggunaan telefon untuk
meminimumkan pengecasan bateri telefon disamping dapat melakukan aktiviti yang lebih
berfaedah. Bagi item 4 dan 5, kesemua pelajar (100%) bersetuju bahawa elektrik boleh dijimatkan
sekiranya tidur tanpa membuka lampu serta penjimatan tenaga elektrik tanggungjawab bersama
semua pihak. Kefahaman ini mungkin telah dibiasakan oleh ibu bapa/guru mereka. Bagi item 6,
terdapat jurang yang jauh sedikit berbanding dengan item yang lain iaitu 30% menjawab sangat
setuju manakala 70% lagi hanya setuju dengan “penggunaan peralatan elektrik yang jimat tenaga
penting bagi mengurangkan kadar penggunaan elektrik”. Hal ini kerana kemungkinan para pelajar
masih belum terdedah dengan peralatan yang dapat menjimatkan tenaga elektrik seperti
penggunaan mentol lampu cekap jimat tenaga (LED) berbandingan dengan mentol lampu yang
biasa. Bagi item 7, terdapat 30% daripada pelajar yang masih tidak tahu akan amalan penjimatan
elektrik boleh menyelamatkan alam sekitar dan bumi. Walaupun begitu, 20% sangat setuju dan
50% setuju mengenai penyataan tersebut. Bagi item 8, pelajar memahami bahawa penjimatan
elektrik adalah penting dimana 40% sangat setuju dan 60% lagi setuju.

Jadual 2: Peratusan pengetahuan penjimatan air

Soalan Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat


setuju (%) tahu setuju tidak
(%) (%) (%) setuju
(%)

1. Air boleh dijimatkan sekiranya paip air ditutup 100


apabila tidak digunakan.

2. Air boleh dijimatkan sekiranya penyiraman 64 20 16


tumbuhan yang berlebihan dapat dikurangkan.

3. Air boleh dijimat sekiranya menggunakan 60 40


penyapu untuk membersihkan kawasan halaman
dan bukannya menggunakan air.

4. Air boleh dijimat sekiranya mengehadkan 65 45


penggunaan mandi setakat untuk membersihkan
diri sahaja.

5. Air boleh dijimatkan sekiranya kebocoran di 100


tandas dibaiki dengan segera.
6. Air boleh dijimatkan sekiranya basuh pinggan 30 40 30
mangkuk anda dengan suku atau separuh penuh
sahaja.

7. Amalan penjimatan air boleh menyelamatkan 74 26


alam sekitar dan bumi kita.

8. Penjimatan air adalah penting. 100

Pemboleh Ubah: Pengetahuan Penjimatan Air

120
100 100 100
100

80 74
64 65
60
60
45
40 40
40 30 30
26
20
20 16

0000 0 0 000 000 0000 00 000 0000


0
1 2 3 4 5 6 7 8

Sangat setuju Setuju Tidak tahu Tidak setuju Sangat Tidak setuju

Rajah 2

Berdasarkan dengan jadual 2 dan rajah dua, menunjukkan peratusan-peratusan pengetahuan


penjimatan air dalam kalangan pelajar. Secara keseluruhannya, pelajar mempunyai pengetahuan
penjimatan air yang tinggi kerana dimana jumlah pelajar yang menjawab sangat setuju dan setuju
adalah sangat ramai jika dibandingkan dengan jawapan yang lain. Hanya terdapat beberapa
pelajar sahaja yang menjawab tidak tahu mengenai satu perkara yang terdapat pada item 2 dan
6.

Bagi item 1,5 dan 8, 100% peratusan pelajar berpendapat sangat setuju mengenai air
boleh dijimatkan sekiranya paip air ditutup apabila tidak digunakan dan sekiranya kebocoran di
tandas dibaiki dengan segera serta penjimatan air adalah penting. Bagi item 2, 64% pelajar
sangat setuju manakala 20% setuju dan 16% tidak setuju mengenai air boleh dijimatkan
sekiranya penyiraman tumbuhan yang berlebihan dapat dikurangkan. Masih terdapat pelajar-
pelajar yang tidak memahami penyiraman berlebihan adalah satu pembaziran dan boleh
mengakibatkan akar menjadi pendek dan sukar untuk hidup. Bagi item 3, 60% pelajar sangat
bersetuju dan 40% lagi cuma bersetuju bahawa air boleh dijimat sekiranya menggunakan
penyapu untuk membersihkan kawasan halaman dan bukannya menggunakan air. Bagi item 4,
65 % pelajar sangat setuju bahawa air boleh dijimat sekiranya mengehadkan penggunaan mandi
setakat untuk membersihkan diri sahaja dan selebihnya (40%) setuju. Bagi item 6, terdapat 30%
yang masih tidak tahu mengenai penjimatan air sekiranya basuh pinggan mangkuk anda dengan
suku atau separuh penuh sahaja. Namun ini tidak menjejaskan majoriti yang lain untuk
berpendapat sangat setuju 30% dan setuju 40%. Bagi item 7, 74% pelajar sangat setuju dan 26%
lagi setuju bahawa penjimatan air adalah penting. Oleh itu, penggunaan air yang baik haruslah
dititikberatkan kerana ianya penting bagi semua aspek kehidupan.

Jadual 3: Peratusan pengetahuan penjagaan alam sekitar

Soalan Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat


setuju (%) tahu setuju tidak
(%) (%) (%) setuju
(%)

1. Saya tahu tindakan manusia terhadap alam 94 6


sekitar ada masanya mendatangkan mudarat
daripada kebaikan.

2. Saya tahu bahawa melindungi alam sekitar 80 20


terkait secara langsung dengan kualiti kehidupan
manusia.

3. Saya sedar bahawa sebab utama untuk 100


memelihara sumber semula jadi adalah untuk
memenuhi keperluan generasi masa depan.
4. Pada pendapat saya, pelupusan sisa ialah 80 20
sumber pencemaran paling penting yang memberi
kesan terhadap kualiti air sungai dan laut.

5. Pemahaman saya bahawa perubahan suhu 2 5 75 15


ialah penyebab paling biasa bagi tumbuhan dan
haiwan menjadi pupus.

6. Saya yakin bahawa penggunaan sumber 60 40


semula jadi secara berlebihan menjadi ancaman
kepada kesejahteraan generasi masa depan.

7. Amalan penjagaan alam sekitar boleh 100


menyelamatkan alam sekitar dan bumi kita.

8. Penjagaan alam sekitar adalah penting. 100

Pemboleh Ubah: Pengetahuan Penjagaan Alam sekitar

120
100 100 100
100 94
80 80
80 75

60
60
40
40 30
26
20 20
20 15
6
000 000 0000 000 25 0 00 000 0000
0
1 2 3 4 5 6 7 8

Sangat setuju Setuju Tidak tahu Tidak setuju Sangat Tidak setuju

Rajah 3
Berdasarkan pada jadual 3 dan rajah dua, menunjukkan peratusan-peratusan pengetahuan
penjagaan alam sekitar dalam kalangan pelajar. Secara keseluruhannya, pelajar mempunyai
pengetahuan penjagaan alam sekitar yang tinggi seperti mana dapat dilihat pada graf dan jadual
di atas. Walaupun begitu, terdapat dua item yang telah mengenal pasti antara kelemahan dari
segi pengetahuan para pelajar iaitu item 5 dan item 6.

Bagi item 1, 94% sangat bersetuju dan 6% bersetuju bahawa tindakan manusia yang
negatif akan memberi kesan yang bahaya kepada alam sekitar. Bagi item 2 dan 4, 80% sangat
setuju dan 20% setuju bahawa melindungi alam sekitar terkait secara langsung dengan kualiti
kehidupan manusia dan pelupusan sisa ialah sumber pencemaran paling penting yang memberi
kesan terhadap kualiti air sungai dan laut. Bagi item 3,7 dan 8, 100% pelajar berpendapat sangat
setuju bahawa sebab utama untuk memelihara sumber semula jadi adalah untuk memenuhi
keperluan generasi masa depan, amalan penjagaan alam sekitar boleh menyelamatkan alam
sekitar dan bumi dan akhir sekali penjagaan alam sekitar adalah penting. Bagi item 5, majoriti
(75%) menjawab tidak tahu bahawa perubahan suhu ialah penyebab paling biasa bagi tumbuhan
dan haiwan menjadi pupus sementara 15% menjawab tidak setuju dan sejumlah kecil yang
menjawab setuju (5%) dan sangat setuju (2%). Ini bermaksud, para pelajar masih belum lagi
diperkenalkan mengenai cara penjagaan alam sekitar ini. Bagi item 6, 60% sangat setuju, 40%
setuju, dan 30% tidak tahu bagi soalan penggunaan sumber semula jadi secara berlebihan
menjadi ancaman kepada kesejahteraan generasi masa depan.

Jadual 4: Peratusan pengetahuan amalan kitar semula

Soalan Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat


setuju (%) tahu setuju tidak
(%) (%) (%) setuju
(%)

1. Amalan kitar semula dapat mengelakkan 94 6


pencemaran alam sekeliling.

2. Pemeliharaan keindahan alam sekitar menjadi 100


salah satu dorongan bagi mengitar semula.
3. Amalan kitar semula dapat mengelakkan 40 60
pemanasan global dan kemusnahan habitat.

4. Amalan kitar semula dapat menyelesaikan 40 60


masalah pembuangan sampah-sarap yang
berleluasa.

5. Amalan kitar semula dapat menjimatkan kos 30 45 25


pemprosesan sampah.

6. Amalan kitar semula perlu digalakkan oleh 9 88 3


negara disebabkan kapasiti tapak perlupusan
sampah yang terhad.

7.Amalan kitar semula dapat mengelakkkan 12 23 45 18 5


pembaziran sumber asli

8. Amalan kitar semula adalah penting. 100

Pemboleh Ubah: Pengetahuan Penjagaan Kitar Semula

120
100 100
100 94
88

80
60 60
60
45 45
40 40
40 30
25 23
18
20 9 12
6 300 5
000 0000 000 000 00 0000
0
1 2 3 4 5 6 7 8

Sangat setuju Setuju Tidak tahu Tidak setuju Sangat Tidak setuju

Rajah 4
Berdasarkan jadual 4 dan rajah 4, keputusan yang dapat dilihat mempunyai perbezaan yang
paling ketara iaitu semakin ramai pelajar yang menjawab item soalan selain daripada sangat
setuju dan setuju. Walaupun begitu, tahap pengetahuan pelajar bagi kitar semula berada dalam
tahap baik dan sederhana.

Bagi item 1, dapat dilihat bahawa 94% menjawab sangat setuju dan 6% lagi setuju. Ini
bermaksud pelajar mengetahui bahawa kitar semula dapat mengelakkan pencemaran alam
sekeliling dan mungkin sudah terdedah dengan perkara-perkara seperti ini. Bagi item 2 dan item
8, kesemua pelajar (100%) menjawab sangat setuju. Pelajar-pelajar di sekolah ini sudah berjaya
memahami bahawa pemeliharaan keindahan alam sekitar menjadi salah satu dorongan bagi
mengitar semula serta amalan kitar semula adalah penting. Bagi item 3 dan 4, 40% pelajar
menjawab sangat setuju dan 60% lagi menjawab setuju. Ini memberi gambaran bahawa pelajar-
pelajar memahami bahawa amalan kitar semula dapat mengelakkan pemanasan global dan
kemusnahan habitat serta menyelesaikan masalah pembuangan sampah-sarap yang berleluasa.
Di samping itu, bagi item 5, terdapat 5% yang tidak tahu mengenai amalan kitar semula dapat
menjimatkan kos pemprosesan sampah di mana 30% dan 25% yang lain dapat memahami
bahawa pemprosesen sampah memerlukan kos tinggi dan ini haruslah dielakkan tambah-tambah
lagi pada keadaan ekonomi yang tidak menentu. Bagi item 6 pula, hanya 3% sahaja yang tidak
tahu tentang keadaan semasa iaitu amalan kitar semula perlu digalakkan oleh negara disebabkan
kapasiti tapak perlupusan sampah yang terhad. Majoriti pelajar mengetahui tentang hal itu dan
menjawab sangat setuju 9% dan 88% lagi bagi setuju. Akhir sekali, bagi item 7, terdapat jawapan
yang berbeza-beza diberikan iaitu terdapat 12% sangat setuju, 23% setuju, 45% tidak tahu, 18%
tidak setuju dan 5% tidak setuju. Keputusan ini membimbangkan kerana masih ramai pelajar
yang tidak mempunyai pengetahuan bahawa masih amalan kitar semula dapat mengelakkkan
pembaziran sumber asli sedangkan pelbagai maklumat mengenai perkara ini telah disalurkan di
televisyen, radio dan sebagainya.

7.2 Tahap Amalan Hijau Dalam Kalangan Murid

Bagi menganalisis tahap amalan hijau dalam kalangan murid, soal selidik berskala Likert 1 hingga
53 digunakan untuk mendapatkan maklum balas iaitu kerap, kadang-kadang, tidak pernah.
Jadual akan digunakan untuk tujuan pengelaskan hasil jawapan daripada respondan. Histogram
juga digunakan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai data-data yang
dikumpul.
Jadual 5 – Amalan penjimatan elektrik

Soalan Kerap Kadang- Tidak


(%) kadang pernah
(%) (%)
1. Tutup atau cabut plag peralatan elektrik apabila 12 48 40
tidak digunakan.
2. Menyeterika pakaian dengan banyak sekaligus 25 75
3. Bersihkan peralatan anda lebih kerap. 6 43 51
4. Menutup suis lampu bilik air apabila tidak 80 5 5
digunakan.
5. Tolong tutup suis lampu atau peralatan elektrik 64 22 14
kawan yang terlupa menutupnya.
6. Menasihati kawan yang gagal mengambil usaha 47 45 8
menjimatkan elektrik.
7. Terlibat dalam sebarang kempen berkaitan 8 64 28
dengan usaha penjimatan elektrik yang
dilaksanakan
8. Sentiasa mencari maklumat bagaimana untuk 2 13 75
menjimatkan tenaga.
Pemboleh Ubah: Amalan Penjimatan Elektrik

90
80
80 75 75
70 64 64
60
51
48 47 45
50 43
40
40
28
30 25
22
20 12 14 13
6 8 8
10 5 5
0 2
0
1 2 3 4 5 6 7 8

Kerap Kadang-kadang Tidak pernah

Rajah 5

Berdasarkan jadual 5 dan rajah 5, kita dapat lihat peratusan pelajar yang mengamalkan amalan
penjimatan elektrik dalam kehidupan. Secara keseluruhan, amalan penjimatan elektrik dalam
kalangan pelajar adalah dalam keadaan sederhana dimana kebanyakkan pelajar mempraktikkan
amalan-amalan tersebut secara kadang-kadang dan tidak kerap. Walaupun begitu, terdapat
beberapa item yang telah mengenal pasti bahawa majoriti pelajar-pelajar tidak pernah sama
sekali mengamalkannya seperti item 2, 3, dan 8.

Bagi item 1, 12% yang kerap mengamalkannya, 48% kadang-kadang mengamalkan dan
40% tidak pernah mengamalkan amalan bagi item iaitu menutup atau mencabut plag peralatan
elektrik apabila tidak digunakan. Pelajar seharusnya mengamalkannya kerana semua peralatan
seperti pemain DVD, television, dan radio menggunakan sedikit tenaga apabila dalam mod rehat
(tidak dimatikan) dan mod rehat biasanya menggunakan hampir 20% tenaga berbanding
kegunaan biasa. Bagi item 2 pula, kebanyakkan pelajar (75%) tidak pernah menyeterika pakaian
dengan banyak sekaligus dan hanya (25%) sahaja yang melakukannya kadang-kadang. Ini
bermakna kebanyakkan pelajar tidak mengelakkan pembaziran pemanasan semula seterika
setiap kali digunakan. Bagi item 3 iaitu membersihkan peralatan elektrik dengan lebih kerap, 51%
pelajar menjawab tidak pernah, 43% kadang-kadang dan 6% kerap. Bagi item 4, 5 dan 6 yang
berkaitan dengan menutup lampu bilik air dan juga membantu rakan menutup lampu bilik air yang
terlupa menutupnya serta memberi nasihat kepada rakan yang tidak mengamalkan penjimatan
tenaga, peratus yang mengamalkannya dengan kerap adalah 80%, 64% dan 47%. Ini
menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar berupaya untuk mengelakkan daripada pembaziran
tenaga elektrik serta menjadi tanggujawab mereka untuk menyampaikan amalan ini kepada yang
lain. Bagi item 7, terdapat 8% yang kerap, 64% kadang-kadang dan 28% lagi yang tidak pernah
terlibat dalam sebarang kempen berkaitan dengan usaha penjimatan elektrik yang dilaksanakan.
Bagi item 8, 2% kerap, 13% kadang-kadang, dan 75% tidak pernah. Ini menunjukkan bahawa
kebanyakkan pelajar tidak pernah sama sekali mengambil inisiatif untuk mencari maklumat dan
cuba mengamalkannya walaupun mereka mengetahui akan kepentingannya.

Jadual 6 – Amalan Penjimatan Air

Soalan Kerap Kadang- Tidak


kadang pernah
1. Menutup pili air ketika memberus gigi 66 20 14
2. Menggunakan gelas minuman untuk berkumur 20 15 75
selepas menggosok gigi.
3. Kumpulkan air hujan untuk menyiram pokok dan 22 8 70
tanaman
4. Menggunakan pili air hujan (shower) untuk 100 0 0
mandi
5. Membasuh pinggan di dalam sinki yang diisi 0 8 76
dengan air, bukan yang mengalir dari pili air.
6. Menasihati kawan yang gagal mengambil usaha 50 45 5
menjimatkan air.
7. Terlibat dalam sebarang kempen berkaitan 8 64 8
dengan usaha penjimatan air yang dilaksanakan
8. Sentiasa mencari maklumat bagaimana untuk 2 13 75
menjimatkan air.
Pemboleh Ubah: Amalan Penjimatan Air

120
100
100

80 75 76 75
70
66 64
60 50
45
40
20 20 22
20 14 15 13
8 8 5 8 8
0 0 0 2
0
1 2 3 4 5 6 7 8

Kerap Kadang-kadang Tidak pernah

Rajah 6

Berpandukan jadual 6 dan rajah 6 adalah peratusan amalan penjimatan air yang
diamalkan oleh pelajar. Secara keseluruhan, amalan penjimatan air dalam kalangan pelajar
berada dalam keaadan sederhana dimana dapat dilihat bahawa terdapat item-item yang
menunjukkan bahawa pelajar kebanyakkannya mengamalkan amalan penjimatan alam sekitar
secara kerap mahupun kadang-kadang. Walaupun begitu, masih terdapat juga amalan-amalan
yang tidak pernah dilaksanakan oleh para pelajar seperti pada item 2, 3, 5, dan 8. Ini bermaksud
pelajar tidak pernah mengamalkannya disebabkan kurangnya pendedahan sebagaimana dapat
dilihat oada dapatan item 8 dimana mereka kurang mencari maklumat seperti menggunakan air
hujan untuk menyiram pokok dan menggunakan gelas minuman untuk berkumur. Bagi item 1 dan
4 iaitu berkenaan dengan penjimatan air dengan menutup pili air ketika berus gigi dan
menggunakan pili air hujan (shower) untuk mandi, jumlah yang kerap mengamalkannya adalah
66% dan 100%. Ini menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar sudah mengamalkan beberapa
amalan penjimatan air. Walaupun begitu, ini tidak mempengaruhi sifat mereka dalam menasihati
kawan yang gagal mengambil usaha dalam penjimatan air iaitu pada item 6 apabila dapatan
kajian bagi item 6 menunjukkan 50% yang kerap, 45% kadang-kadang dan 5% tidak pernah.
Jadual 7: Amalan Penjagaan Alam sekitar

Soalan Kerap Kadang- Tidak


(%) kadang pernah
(%) (%)
1. membuang sampah di tong sampah dan tidak 92 8 0
membuang merata-rata.
2. Membawa bekas sendiri apabila membeli 0 6 94
makanan.
3. Berbasikal atau berjalan kaki untuk 8 92
mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor.
4. Mengelak mengambil beg plastik ketika membeli 6 2 92
barang.
5. Menggunakan kedua-dua belah muka surat 89 11
kertas untuk mengelakkan pembaziran.
6. Menanam pokok di halaman rumah. 12 46 32
7. Terlibat dalam sebarang kempen berkaitan 8 64 8
dengan usaha penjagaan alam sekitar.
8. Sentiasa mencari maklumat bagaimana untuk 2 13 75
menjaga alam sekitar.
Pemboleh Ubah: Amalan Penjagaan Alam Sekitar

100 92 94 92 92
89
90
80 75
70 64
60
50 46

40 32
30
20 11 12 13
8 6 8 6 8 8
10 2 2
0 0 0 0
0
1 2 3 4 5 6 7 8

Kerap Kadang-kadang Tidak pernah

Rajah 7

Berdasarkan pada jadual 7 dan rajah 7, dapat dilihat dapatan kajian yang menunjukkan peratusan
tahap amalan penjagaan alam sekitar. Secara keseluruhannya, amalan penjagaan alam sekitar
adalah sederhana dimana terdapat beberapa item yang menunjukkan kekerapan yang sangat
tinggi (item 1&5) dan terdapat juga item-item yang menunjukkan pelajar langsung tidak pernah
(2, 3, 4 & 8) mengamalkannya. Manakala item 6 dan 7 menunjukkan bahawa pelajar masih
mengamalkannya tetapi tidak begitu kerap.

Bagi item 1, 92% pelajar kerap mengamalkannya dan selebihnya (8%) masih
mengamalkannya tetapi kurang kerap. Ini menunjukkan bahawa rata-rata pelajar mempunyai
budaya membuang sampah di tong dan tidak membuang merata-rata tempat agar dapat
mengelakkan daripada pencemaran berlaku. Bukan itu sahaja, pelajar juga menggunakan kedua-
dua belah muka surat kertas untuk mengelakkan pembaziran apabila dapatan kajian
menunjukkan 89% yang kerap mengamalkannya dan 11% lagi kadang-kadang. Dengan ini, para
pelajar sudah dapat dibiasakan dengan amalan alam sekitar yang bakal digunakan sewaktu
bekerja nanti iaitu mencetak di kedua-dua bahagian kertas demi penjimatan. Di samping itu, bagi
item 2, 3, 4 dan 8, peratus yang tidak pernah tentang amalan dalam item masing-masing adalah
94%, 92%, 92% dan 75%. Ini menunjukkan kebanyakkan pelajar masih tidak pernah membawa
bekas sendiri apabila membeli makanan, berbasikal atau berjalan kaki untuk mengurangkan
penggunaan kenderaan bermotor, mengelak mengambil beg plastik ketika membeli barang dan
sentiasa mencari maklumat bagaimana untuk menjaga alam sekitar. Bagi item 6 pula, terdapat
12% kerap, 46% kadang-kadang dan 32% tidak pernah menanam pokok di halaman rumah.
Penanaman pokok di halaman rumah seharusnya diperbanyakkan kerana ia mampu
menstabilkan suhu persekitaran disamping mengurangkan kesan pemanasan global melalui
penyerapan karbon dioksida. Bagi item 7, majoriti pelajar (64%) hanya terlibat kadang-kadang
dalam sebarang kempen berkaitan dengan usaha penjagaan alam sekitar manakala separuh
(8%) terlibat dengan kerap dan separuh (8%) lagi tidak pernah terlibat.

Soalan Kerap Kadang- Tidak


kadang pernah
1. Mengasingkan bahan buangan seperti kertas, 3 60 37
tin, pembungkus minuman dan lain-lain.
2. Menyimpan semula surat khabar lama untuk di 76 14 10
hantar/jual di kilang untuk dikitar semula.
3. Menjadikan sisa makanan sebagai makanan 88 8 4
penternakan haiwan.
4. Saya pastikan kawasan sekolah atau rumah 54 24 12
sentiasa bersih dengan menggunakan tong
sampah
5. Menggunakan barang terpakai untuk digunakan 10 66 24
untuk menjadi barang yang lain seperti
menggunakan botol plastik sebagai ruangan untuk
menyimpan alat tulis.
6. Menghasilkan baja kompos dengan sisa 12 88
pepejal.
7. Beli produk yang boleh dikitar semula 4 92 4
8. Beli produk yang dibuat daripada bahan kitar 30 70
semula
Pemboleh Ubah: Amalan Kitar Semula

100 92
88 88
90
80 76
70
70 66
60
60 54
50
37
40
30
30 24 24
20 14 12 12
10 8 10
10 3 4 4 4
0 0
0
1 2 3 4 5 6 7 8

Kerap Kadang-kadang Tidak pernah

Rajah 8

Berikut merupakan peratusan bagi amalan kitar semula dalam kalangan pelajar. Secara
keseluruhan, amalan kitar semula berada dalam tahap sederhana di mana rata-rata pelajar masih
mengamalkan amalan ini tetapi dalam tahap sekali-sekala (. Ini menggambarkan ketidakpastian
mereka adakah amalan-amalan tersebut menyebabkan kesan kepada alam sekitar.
Kemungkinan yang lain ialah mereka yang mengetahui amalan-amalan tersebut merupakan
amalan murni alam sekitar tetapi kurang mengambil perhatian terhadapnya. Jika dilihat pada item
2, 3 dan 4, dapatan kajian menunjukkan kebanyakkan pelajar mengamalkan amalan-amalan
dengan kerap sekali. Walaupun begitu, masih kebanyakkan juga yang masih tidak melaksanakan
dengan kerap seperti pada amalan di item 6 dan 7.

Item 1 ialah mengasingkan bahan buangan seperti kertas tin, pembungkus minuman dan
lain-lain. Bagi item ini, kebanyakan pelajar tidak mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Hasil kajian mendapati peratus yang mengamalkannya terlalu rendah iaitu 3.7% sahaja.
Kebanyakan mereka kadang-kadang sahaja mengamalkannya iaitu sebanyak 59.3% manakala
37% tidak mengamalkannya langsung. Mereka mungkin membuang sampah sebagaimana
dapatan daripada item 4 tetapi tidak mengasingkannya bahan buangan tersebut. Kemungkinan
besar sekolah tidak menyediakan tong sampah yang berasingan untuk kertas, kaca, logam dan
plastik. Bagi item 2, 3 dan 4, dapatan kajian menunjukkan kekerapan 76%, 88% dan 54%. Ini
menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar mengamalkan nilai murni dari segi penyimpanan
semula surat khabar lama untuk di hantar/jual di kilang untuk dikitar semula, menjadikan sisa
makanan sebagai makanan penternakan haiwan dan memastikan kawasan sekolah atau rumah
sentiasa bersih dengan menggunakan tong sampah. Bagi item 5, 10% kerap, 64% kadang-
kadang dan 26% lagi tidak pernah. Kebanyakkan pelajar masih tidak mengamalkan perkara yang
mudah seperti menggunakan barang terpakai untuk digunakan untuk menjadi barang yang lain
seperti menggunakan botol plastik sebagai ruangan untuk menyimpan alat tulis. Bagi item 6,
kebanyakkan pelajar tidak pernah (88%) dan segelintir lagi (12%) hanya kadang-kadang
menghasilkan baja kompos dengan sisa pepejal. Bagi item 7, dapatan kajian menunjukkan 4%
kerap, 92% dan 4% tidak pernah membeli produk yang boleh dikitar semula. Ini bermaksud
kebanyakkan pelajar tidak membeli barang dalam bekas yang boleh dikitar semula seperti tin,
bekas plastik dan bekas kaca ketika membeli barang di pasar raya. Bagi item 8, 30% menjawab
kerap, 30% dan selebihnya (70%) kadang-kadang. Secara positifnya, tidak ada pelajar yang tidak
sesekali mengamalkan amalan membeli produk yang dibuat daripada bahan kitar semula.

7.3 Hubungan Antara Pemboleh Ubah Kesedaran Amalan Hijau

Analisis hubungan setiap pemboleh ubah kajian bertujuan meneliti kekuatan hubungan dan arah
hubungan setiap pemboleh ubah. Jadual-jadual di bawah menunjukkan perbandingan daripada
keputusan dari segi pengetahuan amalan hijau serta amalan hijau dalam kalangan murid
menggunakan histogram bagi setiap pemboleh ubah.

Jadual 9: Perbandingan pengetahuan penjimatan elektrik dengan amalan penjimatan elektrik


Jika dibandingkan pengetahuan penjimatan elektrik dengan amalan penjimatkan elektrik,
hampir kesemua item soalan dijawab dengan sangat setuju dan setuju dan tidak ada seorang
pun yang menjawab selain daripada pilhan jawapan tersebut. Ini memberi kita gambaran bahawa
pelajar-pelajar mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai penjimatan elektrik. Walaupun
begitu, daripada 8 item, hanya 3 item sahaja dimana majoriti pelajar mempunyai kekerapan dalam
sesuatu amalan dan selebihnya (5 item) dijawab di antara tidak pernah dan kadang-kadang.
Jelasnya, pengetahuan penjimatan elektrik adalah tinggi namun pengetahuan ini tidak
mempunyai hubungan yang baik dari segi amalan dalam kehidupan seharian.

Jadual 10: Perbandingan pengetahuan penjimatan air dan amalan penjimatan air.

Berdasarkan pada jadual 10, murid mempunyai pengetahuan yang cukup tinggi mengenai
penjimatan air. Kesemua pelajar rata-ratanya sangat setuju dan setuju bagi semua item dan
hanya segelintir sahaja yang tidak setuju dan tidak tahu pada item soalan yang berlainan. Ini
menunjukkan bahawa mereka masih mempunyai pengetahuan yang tinggi akan penjimatan air.
Tetapi, pengetahuan tersebut seolah-olah tidak dipraktikkan pada setiap masa kerana hanya dua
item sahaja yang menunjukkan majori pelajar yang mengamalkannya dengan kerap.
Kebanyakkannya masih lagi tidak pernah melakukan cara-cara penjimatan air yang betul dan
segelintir lagi kadang-kadang. Secara keseluruhan, tahap pengetahuan adalah tinggi tetapi
pengetahuan ini tidak mempunyai hubungan yang baik bagi pengamalannya kerana amalan
penjimatan air masih pada tahap sederhana.
Jadual 11: Perbandingan pengetahuan penjagaan alam sekitar dan amalan penjagaan alam
sekitar

Bagi amalan penjagaan alam sekitar, pengetahuan yang tinggi dapat ditunjukkan dimana
hanya ada satu item sahaja yang majoriti pelajar menjawab tidak tahu manakala item yang lain
dijawab sangat setuju dan setuju dan segelintir lagi menjawab tidak setuju iaitu pada item 5.
Secara kasarnya, pengetahuan penjagaan alam sektar dalam kalangan pelajar adalah tinggi.
Namun demikian, bagi amalan penjagaan alam sekitar, hanya dua item yang dijawab kerap
secara majoriti, 4 item pula tidak pernah dan 2 lagi kadang-kadang. Jelaslah bahawa
pengetahuan yang tinggi tidak semestinya mempunyai pengamalan yang tinggi.

Jadual 12: Perbandingan pengetahuan kitar semula dan amalan kitar semula

Berdasarkan jadual 12, dapat dilihat bahawa pengetahuan penjagaan kitar semula dalam
kalangan murid adalah tinggi. Walaupun hanya 3 daripada 8 item dijawab sangat setuju, 4 item
yang dijawab setuju dengan majoriti tinggi selain daripada soalan 7 yang rata-ratanya menjawab
tidak tahu. Ini bererti pelajar-pelajar mempunyai pengetahuan untuk bersetuju item-item soalan
yang membawa kepada kebaikan. Bagi graf amalan kitar semula pula, amalan yang sederhana
dapat dilihat secara kasar dimana majority pelajar mengamalkan amalan hijau secara kadang-
kadang dan selebihnya mengamalkannya dengan kerap dan terdapat satu item dijawab tidak
pernah secara majoriti. Ini memberi kita gambaran bahawa para pelajar mengamalkan amalan
alam sekitar tetapi dalam tahap yang sederhana. Secara keseluruhan, tidak ada hubungan yang
positif dapat dilihat melalui pengetahuan penjagaan alam sekitar dan juga amalan kitar semula.

Berdasarkan pada jadual-jadual diatas, dapatan kajian ini membuktikan tidak semua
pemboleh ubah pengetahuan mempunyai hubungan dengan amalan hijau. Perhatian harus diberi
bagi pemboleh ubah pengetahuan yang tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan
amalan yang jelas mendedahkan responden (dalam kalangan murid usia antara 10 hingga 12
tahun) harus diberi bimbingan dan pendedahan yang terpimpin berhubung amalan hijau
(melibatkan amalan penjimatan tenaga elektrik, amalan penjimatan air, amalan menjaga alam
sekitar dan amalan 3R).

8.0 Perbincangan

Dapatan kajian bagi tahap pengetahuan amalan hijau murid adalah tinggi secara keseluruhannya.
Ini jelas membuktikan murid telah menerima maklumat berhubung amalan hijau secara langsung
atau tidak langsung daripada pelbagai sumber. Dapatan kajian ini adalah seiring dengan saranan
UNESCO (2012) yang menyatakan bahawa kanak-kanak adalah sebahagian daripada ahli
komuniti dan merupakan bahagian penting dalam usaha pendedahan dan penerapan pendidikan
untuk pembangunan lestari. Hal ini bermakna dalam konteks Malaysia (walaupun dalam skala
kajian yang kecil) pengetahuan amalan hijau murid adalah baik. Malah, pengetahuan amalan
hijau murid yang tinggi ini hampir seiring dengan kajian Nurul Hidayah (2012) yang mendedahkan
pengetahuan murid terhadap alam sekitar juga adalah tinggi. Dalam memastikan pengetahuan
amalan hijau murid ini terbimbing dengan baik, proses kesedaran akan kepentingan memelihara
dan memulihara alam sekitar harus berterusan sehingga mencapai umur dewasa. Pelbagai
aktiviti pendedahan pengetahuan yang diiringi dengan amalan yang positif ke arah kelestarian
khususnya kepada murid dalam mengurangkan perlepasan karbon dalam bentuk bil elektrik perlu
dilaksanakan seperti saranan Energy Saving Trust (Richard 2016).

Seterusnya, analisis tahap amalan hijau murid mendedahkan kesemua sub pemboleh
ubah berada pada tahap sederhana. Dapatan ini seiring dengan dapatan kajian Mohd Zaid (2015)
yang juga mendapati amalan murni alam sekitar murid Tingkatan 4 di Terengganu adalah pada
peringkat yang sederhana. Hal ini merumuskan bahawa pengetahuan hijau responden ini tidak
seiring dengan amalan hijau mereka. Perkara ini membuktikan bahawa wujud faktor lain seperti
faktor-faktor psikologi amalan menjaga alam sekitar oleh ibu bapa yang menjadi contoh kepada
kanak-kanak (Ai et al. 2014). Faktor persekitaran dan reka bentuk sekolah yang hijau turut dapat
meningkatkan amalan hijau dalam kalangan murid di sekolah seperti penggunaan tong kitar
semula air, penggunaan cahaya semula jadi dan aktiviti tanaman hijau. Aktiviti yang dilaksanakan
di sekolah ke arah kelestarian alam yang dilakukan secara menyeluruh dan berterusan akan
memberi kesan yang lebih positif kepada komuniti sekolah lebih-lebih lagi kepada murid.
Kebimbangan amalan hijau murid di tahap sederhana ini jika tidak diambil tindakan sewajarnya
akan terus membawa kepada kesedaran alam sekitar murid di peringkat menengah yang masih
di tahap yang belum boleh dibanggakan (Lim 2005; Nor Aznan et al. 2010) dan seiring dengan
dapatan kajian Mohd Zaid (2015) yang juga mendapati amalan murni alam sekitar murid
Tingkatan Empat di Terengganu adalah pada peringkat yang sederhana.

Dapatan analisis hubungan bagi sub pemboleh ubah pengetahuan amalan hijau dengan
amalan hijau membuktikan tidak semua pemboleh ubah pengetahuan mempunyai hubungan
dengan amalan hijau. Perhatian sewajarnya harus diberikan bagi pemboleh ubah pengetahuan
yang tidak mempunyai hubungan dengan amalan hijau. Ini jelas mendedahkan responden harus
diberi bimbingan dan pendedahan yang terpimpin berhubung amalan hijau yang melibatkan
amalan penjimatan tenaga elektrik, amalan penjimatan air, amalan menjaga alam sekitar dan
amalan 3R. Pendedahan pengetahuan dengan contoh teladan yang baik berhubung amalan hijau
dengan bimbingan guru amat penting dan perlu (Hanifah et al. 2015; Lampa et al. 2013). Malah
model tingkah laku yang dibentuk oleh Kollmuss dan Agyeman (2002) jelas menegaskan bahawa
dengan membekalkan pengetahuan akan meningkatkan kesedaran dan sikap seterusnya akan
mempengaruhi individu untuk lebih bertindak positif terhadap alam sekitar. Begitu juga menerusi
Model Tingkah laku Tanggungjawab Alam Sekitar telah membuktikan bahawa sikap seseorang
dapat diubah melalui pendidikan, terutamanya pendidikan berkaitan alam sekitar. (Hines et al.
1987). Justeru, dalam konteks dapatan kajian ini, untuk memastikan pendidikan kelestarian ini
berkesan, murid-murid perlu diberikan pengetahuan dan amalan kelestarian yang tepat dan
bersifat berterusan.

9.0 Kesimpulan

Kewajaran meletakkan kesedaran amalan hijau dalam kalangan murid sekolah khususnya di
peringkat sekolah rendah merupakan titik tolak penerapan amalan hijau dalam kehidupan.
Bersandarkan kajian ini dalam konteks kajian yang kecil (tidak melibatkan seluruh responden di
Malaysia) telah meletakkan satu aras kebimbangan bagaimana generasi muda ini tidak
meletakkan atau menjadikan amalan hijau sebagai satu rutin atau keperluan. Pengetahuan dan
sumber maklumat yang diterima berhubung amalan hijau cukup baik berdasarkan dapatan tahap
kajian ini seharusnya ditunjukkan dalam amalan. Begitu juga analisis hubungan setiap sub
pemboleh ubah kajian pengetahuan dan pemboleh ubah amalan menjelaskan beberapa sub
pemboleh ubah ini tidak berhubungan. Amalan kelestarian menjadi faktor terbesar yang
menyumbang kepada pelepasan jejak karbon di sekolah berbanding pengetahuan kelestarian
dan persekitaran hijau. Hal ini menunjukkan penekanan yang lebih serius kepada amalan
kelestarian harus dilaksanakan bagi mengurangkan pelepasan jejak karbon dalam konteks bil
elektrik. Jelas dibuktikan dalam skala penyelidikan yang kecil ini murid yang telah didedahkan
pengetahuan amalan hijau harus dibimbing amalan hijau secara berterusan.

Justeru, dalam usaha mempertingkatkan kesedaran amalan hijau dalam kalangan kanak-
kanak, golongan dewasa dan pihak sekolah turut berperanan dalam usaha ini. Ibu bapa dan guru
haruslah menjadi teladan dan suri teladan dalam meningkatkan pengetahuan amalan hijau dalam
kalangan kanak-kanak di samping pendidikan yang diperoleh secara formal di sekolah. Oleh yang
demikian, implikasi jangka panjang dalam agenda kelestarian perlu bermula sekarang menerusi
pendekatan pendidikan pembangunan lestari. Untuk mencapai agenda kelestarian tersebut,
pihak sekolah harus merencana aktiviti menerapkan kelestarian dalam kurikulum dan
kokurikulum sekolah.

10.0 Cadangan untuk meningkatkan kesedaran dan amalan terhadap murid melalui
Pendidikan Alam Sekitar

Pendidikan alam sekitar dapat didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan bagi menyelamatkan
alam sekitar daripada terus dirosakkan. Hal ini penting bagi membendung kerosakan yang
dilakukan oleh manusia terhadap alam sekitar. Berbalik kepada perbincangan tadi, masyarakat
di Malaysia masih tidak mempraktikkan pengetahuan yang mereka miliki mengenai alam sekitar
dalam mengamalkannya dalam kehidupan mereka dan telah menjejaskan alam sekitar dengan
aktiviti-aktiviti seperti pencemaran air, pembaziran penggunaan tenaga elektrik, pembuangan
sisa pepejal dengan tidak terancang dan sebagainya. Kajian yang dibuat juga mendapati murid-
murid sekolah rendah tidak mengamalkan pengetahuan alam sekitar dalam kehidupan mereka.
Oleh yang demikian, terdapat beberapa cadangan aktiviti/langkah yang mampu meningkatkan
kesedaran dan amalan alam sekitar melalui aktiviti penerapan pendidikan alam sekitar di sekolah.
Antaranya adalah dengan mengadakan kempen “Minggu Alam Sekitar Sedunia”. Bagi
menguruskan kempen ini, maka Persatuan Alam Sekitar boleh bekerjasama dengan pihak
sekolah bagi melicinkan perjalanan program yang dirancang. Sebagai contoh, sekolah
SMK.Majakir Papar telah mengadakan kempen minggu alam sekitar yang dianjurkan oleh
Jawatankuasa Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) dan Sekolah Lestari Anugerah Alam
Sekitar (SLAAS) SMK Majakir ini telah diadakan pada 09 – 23 April yang lalu (Fareed69, 2018).
Beberapa aktiviti telah dianjurkan seperti pertandingan digital fotografi, menulis esei bertemakan
alam sekitar, membuat pamphlet, sudut hijau dan sebagainya. Kesemua aktiviti ini menjurus
kepada satu matlamat, iaitu memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Tegasnya, kempen sebegini harus dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan agar
kesedaran yang ingin ditanam ranum di sukma mereka sebagai pemegang amanah kepada
kelangsungan hijaunya alam sekitar.

Selain itu, Kementerian Pelajaran perlu mengkaji keperluan mewujudkan mata pelajaran
Pendidikan Alam Sekitar sebagai subjek elektif di sekolah. Hal ini disebabkan oleh sikap remaja
masa kini yang memandang enteng akan kepentingan menjaga alam sekitar. Mereka juga kabur
akan rasionalnya, di samping diburukkan lagi dengan sikap tidak bertanggungjawab terhadap
alam sekitar. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, Sains, dan Geografi yang telah memasukkan topik berkenaan alam sekitar,
maka pengekalan perlu dilakukan. Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri
Wan Junaidi Tuanku Jaafar, subjek alam sekitar dalam sukatan pelajaran peringkat sekolah
rendah dan menengah akan diperkenalkan bermula tahun depan dan ia juga bertepatan
Transformasi Nasional 2050 yang mengutamakan kepentingan penjagaan alam sekitar
(Sarabatin & Nokman, 2018). Seandainya cadangan mewujudkannya sebagai mata pelajaran
elektif tidak dilaksanakan, maka sekurang-kurangnya kita sudah ada persediaan ke arah
mengangani masalah pencemaran alam sekitar yang semakin meruncing. Ringkasnya, silibus
tentang pendidikan alam sekitar perlu diwujudkan, tidak kiralah sebagai subjek tunggal mahupun
sisipan memandangkan kepentingannya dalam jangka panjang.

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan gotong-royong memghijaukan


kawasan sekolah. Program penghijauan ini boleh dilakukan dengan menanam pokok-pokok di
sekitar kawasan sekolah. Antara pokok-pokok yang boleh ditanam ialah pokok buah-buahan dan
pokok perhiasan, seperti pokok bunga. Selain mencantikkan sekolah dan memberi hasil untuk
dimakan, penanaman pokok ini sebenarnya telah membantu penambahan pengeluaran gas
oksigen yang diperlukan oleh tubuh badan manusia (Ahmad, 2017). Program ini sebegini juga
mampu mendidik remaja agar mengawal aktiviti penggondolan hutan secara berleluasa seperti
yang didepani oleh dunia dewasa ini. Ringkasnya, aktiviti seperti ini sememangnya penting dalam
mendidik tabiat sayang akan alam sekitar sejak di bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah
dari rebungnya.

Bukan itu sahaja, sekolah boleh mengenakan peraturan baru bagi penggunaan air dan
elektrik di sekolah. Hal ini bertujuan bagi mengawal penggunaan elektrik dan air daripada terus
dibazirkan. Penggunaan elektrik dan air yang tidak terkawal merupakan salah satu bentuk
kerosakan terhadap alam sekitar. Hal ini demikian kerana penggunaan elektrik yang berlebihan
telah membebaskan gas-gas beracun seperti monoksida yang mampu mengancam ekosistem
dan kesihatan manusia juga (Pencermaran Alam Sekitar, 2014). Sekolah boleh menggariskan
beberapa peraturan seperti menutup lampu setiap jam 8.30 pagi misalnya, kecuali pada hari
hujan dan mendung. Kipas pula perlu dihentikan sekiranya pelajar tidak berada di dalam kelas,
umpamanya pergi ke makmal dan ketika waktu rehat. Bagi memastikan pelaksanaan peraturan
ini berjaya, maka pengawas perlu prihatin dan bertanggungjawab memantau dan memastikan
lampu dan kipas telah dimatikan sebelum meninggalkan kelas. Jelasnya, tindakan sebegini bukan
sahaja mampu menjimatkan penggunaan air dan elektrik tetapi dapat memupuk sikap berjimat
cermat dalam kehidupan seharian.

Malahan, Kementerian Sumber Asli boleh bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran


bagi menjalankan program kitar semula di sekolah. Walaupun program ini pernah diperkenalkan
suatu tika dahulu, tetapi kali ini kerajaan perlu lebih proaktif. Sebagai contoh, kerajaan perlu
menjelaskan konsep kitar semula dengan jelas, sama ada melalui media elektronik, media cetak,
mahupun buku teks. Bahkan, kerajaan perlu melabelkan tong-tong kitar semula dengan
perkataan, bukan lagi sekadar lambang dan simbol. Menurut Hati (2016), ternyata simbol yang
terdapat pada setiap tong tidak banyak membantu kerana masih terdapat remaja, malah
masyarakat yang keliru dan tersalah meletakkan bahan buangan ke dalam tong lain. Antara
bahan buangan yang boleh dikitar semula di sekolah ialah, surat khabar, kertas, tin aluminium,
botol minuman plastik, dan kaca. Hal ini secara tidak langsung menjimatkan sumber dan
mengelakkan penerokaan serta penebangan hutan secara berleluasa.

Sebagai intiha, pelestarian alam sekitar sebenarnya bukan bermula di bangku sekolah,
sebaliknya harus disemai, dibaja dan disiram di rumah. Lebih-lebih lagi, tidak mungkin kayu yang
bengkok mampu menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Atas dasar itu, ibu bapa perlu
mencitrakan perlakuan yang boleh dijejaklangkahkan oleh anak-anak. Kerajaan dan guru hanya
melengkapkan pengisian yang telah dicurahkan semasa anak-anak di rumah. Ingatlah, alam ini
hanya pinjaman daripada generasi mendatang. Lantaran itu, seandainya semua pihak
memainkan peranan masing-masing, tidak mustahil pencemaran alam sekitar hanya menjadi
kenangan.

Vous aimerez peut-être aussi