Vous êtes sur la page 1sur 18

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN ................................................................................................................. 2

2.0 PENDAHULUAN .................................................................................................................. 2

3.0 SEJARAH PENGHIJRAHAN DAN KEUNIKAN KEHIDUPAN MASYARAKAT PERANAKAN


DI MELAKA ................................................................................................................................ 4

3.1 Sejarah Penghijrahan ....................................................................................................... 4

3.2 Amalan Agama ................................................................................................................. 5

3.3 Sistem Masyarakat ........................................................................................................... 5

3.4 Budaya Dan Bahasa ......................................................................................................... 6

3.5 Seni Bina Dan Tempat Ibadat ..........................................................................................10

3.6 Pekerjaan / Pergantungan Ekonomi ................................................................................13

4.0 KESIMPULAN .....................................................................................................................14

5.0 RUJUKAN ...........................................................................................................................15

6.0 LAMPIRAN..........................................................................................................................17

1
1.0 PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah S.W.T kerana dengan sifat yang Maha Pengasih meletakkan
saya di antara orang yang dapat menyelesaikan kerja ini dengan jayanya. Selawat dan salam ke
atas rasul yang dikasihi Nabi Muhammad S.A.W. kerana dengan berkat menjadi umatnya dapat
saya menyelami kerja yang diberi ini dengan bersungguh-sungguh..

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada ibu saya iaitu Noor Jahan Binti Hussain serta kepada semua rakan- rakan saya yang
banyak menyokong saya tidak kira sama ada semasa susah mahupun senang. Di kesempatan
ini,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu yang banyak membantu saya
iaitu Ustazah Zaiton binti Mat Deris . Beliau merupakan pensyarah yang sangat baik dan paling
memahami. Pengorbanan beliau yang tidak pernah kenal erti penat melayan kerenah pelajar
seperti saya yang menyambung pengajian di sini patut dihargai dan dikenang.

Sekalung penghargaan kepada sahabat-sahabat lain yang banyak memberi bantuan dan
dorongan sepanjang proses untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka banyak memberi idea dan
buah fikiran sehingga kerja ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Kepada individu-individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung ucapan
terima kasih dihulurkan. Jasa baik semua pihak amatlah bererti kepada saya. Hanya Allah yang
Maha Mengetahui segalanya akan membalas semua sumbangan yang diberikan. Insya-Allah.
Saya juga berharap agar pensyarah yang menilai hasil kerja saya akan berpuas hati dan
memberikan markah yang setimpal dengan apa yang saya lakukan. Segala kekurangan dan
kelemahan datang dari diri kami sendiri. Hanya yang baik itu datang dari Allah.

Sekian, syukran jazilan.

2.0 PENDAHULUAN
Secara umumnya, Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik
kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Malaysia, khususnya di negeri Melaka

2
dan Pulau Pinang. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka
adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat
berbangga dengan kedudukan ini. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau
"Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina,
mempunyai unsurunsur pengaruh kebudayaan Melayu. Perkataan Peranakan bermaksud
keturunan Cina bercampur dengan Melayu. Peranakan lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya.
Kaum lelaki masyarakat ini digelar Baba manakala kaum wanita dikenali sebagai Nyonya.
Perkataan Nyonya dipinjam daripada perkataan Donadalam bahasa Portugis yang bermaksud
perempuan. Manakala perkataan Baba dipinjam daripada bahasa Hindu yang bermaksud
bapa atau lelaki dewasa. Oleh itu, pada tugasan kali ini saya akan mengupas dengan lebih lanjut
mengenai sejarah penghijrahan dan keunikan kehidupan orang Cina berketurunan Baba dan
Nyonya. Dengan itu, saya dan rakan-rakan telah membuat kajian secara perpustakaan dan kajian
lapangan mengenai kehidupan Baba dan Nyonya di Melaka.

3
3.0 SEJARAH PENGHIJRAHAN DAN KEUNIKAN KEHIDUPAN MASYARAKAT
PERANAKAN DI MELAKA
Menurut Kamus Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999), Baba adalah keturunan Cina yang
menetap di Melaka sejak pemerintahan Sultan Mansur Syah dan mengamalkan kebudayaan
Melayu iaitu termasuk pertuturan, pakaian, makanan dan sebagainya. Nyonya pula adalah
panggilan yang biasanya dipanggil untuk perempuan Cina yang sudah bersuami iaitu perempuan
Cina dari golongan Baba. Mereka adalah golongan unik di antara kalangan kaum Cina yang
terdapat di Malaysia. Kehidupan mereka yang unik kerana menerima pelbagai unsur budaya
daripada pelbagai bangsa di Malaysia sangat menarik untuk dikaji. Berikut merupakan sejarah
penghijrahan dan keunikan kehidupan masyarakat peranakan di Melaka :

3.1 Sejarah Penghijrahan


Perkembangan masyarakat Cina Peranakan di Asia Tenggara bermula sejak abad ke12 lagi
melalui kedatangan pedagang China Selatan ke bandar-bandar di kepulauan Jawa manakala
pada abad ke 13, pedagang China tersebut mula bertapak di semenanjung Tanah Melayu. Identiti
masyarakat Cina Peranakan mula terbentuk apabila berlakunya perkahwinan antara pedagang
China dengan wanita tempatan dan seterusnya bertutur dan mengamalkan budaya sosial
masyarakat tempatan. Di Malaysia, perkembangan masyarakat Baba dan Nyonya bermula
sewaktu berkembangnya zaman kesultanan Melayu pada kurun ke-15 iaitu ketika kepulauan
Melayu cuba untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara membangun yang
lain termasuklah negara China. Pada waktu itu, rombongan Laksamana Cheng Ho bersama
dengan Puteri Hang Li Po dan para pengiringnya tiba di tanah Melayu. Lalu, Puteri Hang Li Po
telah dikahwinkan dengan Sultan Melaka iaitu Sultan Mansor Syah sebagai tanda penghargaan.
Kesannya, pengiring-pengiring yang hadir bersama Puteri, tinggal di Bukit Cina lalu berkahwin
dengan wanita tempatan dan dikurniakan anak yang berdarah kacukan Melayu-Cina atau lebih
dikenali sebagai Baba-Nyonya atau Cina Peranakan. Oleh hal yang demikian, banyaklah
masyarakat Baba-Nyonya boleh dijumpai di Melaka. Namun, setelah Pulau Pinang dan
Singapura dikembangkan serta dimajukan, kebanyakannya telah berhijrah ke negeri- negeri
tersebut terutamanya ke Singapura.

4
3.2 Amalan Agama
Walaupun masyarakat Baba-Nyonya terkenal dengan perkahwinan campur antara lelaki cina
dengan perempuan tempatan, kebanyakan daripada mereka menganuti serta sangat mentaati
agama Buddha dan akan meraikan Tahun Baru Cina dengan meriah sekali. Hal ini kerana mereka
sering menziarahi tokong-tokong Buddha untuk bersembahyang. Selain itu ,masyarakat Baba-
Nyonya akan meletakkan satu sudut di ruang rehat mereka sebagai tempat pemujaan kerana
mereka akan bersembahyang pada setiap pagi sebelum melakukan sebarang pekerjaan. Amalan
ini dikatakan untuk menjauhi maksiat dan memohon restu agar dapat mengelak dari sebarang
kecelakaan atau perkara yang tidak diingini.

Selain itu, masyarakat Baba-Nyonya jugak sangat menghormati nenek moyang mereka kerana
telah memberi kehidupan kepada mereka sehingga ke beberapa generasi. Mereka percaya jika
tidak melakukan upacara penyembahan kepada nenek moyang mereka, pasti keadaan keluarga
akan kucar-kacir dan huru hara sehingga boleh menyebabkan penceraian. Justeru, upacara
penyembahan nenek moyang akan diakan sebanyak tujuh kali pada setiap tahun dan di sembah
mengikut upacara masyarakat Cina.

Baba-Nyonya sangat mempercayai “fengshui”. Kebanyakan rumah Baba-Nyonya seperti di


Melaka, terdapat perigi dan tempat untuk takungan air di pertengahan rumah untuk mengisi air
hujan dan dipercayai air tersebut melambangkan kekayaan. Mereka juga mempercayai ikan
boleh membawa tuah kepada keluarga. Oleh itu, kebanyakan mereka mengukir corak ikan di
sekeliling perigi

3.3 Sistem Masyarakat


Masyarakat Baba-Nyonya mengamalkan sistem kejiranan dimana kebanyakannya rumah
mereka dan rumah jiran bercantum. Malahan, Di ruang atas rumah mereka terdapat satu pintu
yang boleh menghubungkan antara rumah mereka dengan rumah jiran. Namun begitu, ada juga
sesetengah daripada mereka yang membezakan pangkat iaitu dengan meletakkan jurang seperti
masyarakat yang kaya, tingkap rumahnya akan lebih tinggi berbanding dengan masyarakat
bawahan. Hal ini kerana untuk mengelakkan daripada masyarakat bawahan mengintai
pergerakan mereka di dalam rumah.

Dalam sistem keluarga pula, masyarakat Baba-Nyonya lebih memberatkan pihak lelaki iaitu
menasabkan sebelah bapa. Namun begitu,anak perempuan tetap akan diberi hak yang
sepatutnya, Sebagai contoh, anak lelaki akan mewarisi harta pusaka keluarganya, sementara

5
anak perempuan akan mewarisi harta dalam bentuk barangan kemas dan wang tunai bagi
menyara kehidupan mereka.

Masyarakat Baba-Nyonya mengamalkan sistem nama yang unik iaitu nama tengah dan nama
akhir akan dikongsi bersama ahli keluarga yang lain. Oleh itu, kita dapat lebih mengenalpasti
bahawa individu ini daripada keluarga siapa dengan hanya mengetahui nama kerana namanya
yang hampir sama dalam satu satu keluarga. Perkara ini juga secara tidak langsung dapat
membezakan antara masyarakat Cina dengan masyarakat Baba-Nyonya.

Masyarakat baba-Nyonya gemar tinggal dengan satu keluarga yang besar di dalam sebuah
rumah besar. Isteri Baba-Nyonya sering bermain judi di dalam rumah dan tidak akan membuat
kerana tidak dinarkan untuk menonjol kepada dunia luar. Segala tugasan dibuat oleh orang gaji.
Manakala anak gadis pula dilarang untuk menjemput dan menyambut tetamu. Mereka hanya
dibenarkan untuk melihat kedaan luar melalui sebuah lubang kecil khas yang terdapat dalam bilik
tersebut. Contohnya semasa peminangan dilakukan, anak-anak gadis hanya boleh melihat rupa
paras bakal suami mereka melalui lubang kecil tersebut.

3.4 Budaya Dan Bahasa


Bahasa

Masyarakat Baba-Nyonya kebiasaannya bertutur dalam “bahasa mereka” iaitu campuran bahasa
Melayu , Hokkien dan bahasa Inggeris. Selain bahasa Melayu, mereka juga mampu bertutur
dalam bahasa Hokkien kerana kebanyakan Baba-Nyonya berketurunan Hokkien.

Sejak beberapa kurun, kaum Cina Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan
mengekalkan tradisi kaum Cina seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina dan perayaan
Tanglung iaitu dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat tanda-tanda
pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia dalam budaya masyarakat Baba dan
Nyonya. Budaya mereka termasuk pemakanan dan pakaian, permainan dan perkahwinan kaum
Baba dan Nyonya ini sangat unik kerana nebdapat banyak pengaruh daripada pelbagai bangsa.

Pakaian

Dari segi pemakaian, masyarakat Baba-Nyonya banyak menerima pengaruh pemakaian


masyarakat Melayu iaitu Nyonya cantik dan manis mengenakan kebaya dan kain sarong
manakala pemakaian Baba pula lebih mengambil pengaruh Barat dengan mengenakan Kot (rujuk
rajah 1). Pemakaian Baba-Nyonya lebih tertumpu kebapada pemakaian Nyonya itu sendiri. Bagi
Nyonya, warna yang menjadi pilihan dan sering dipakai adalah warna-warna yang terang dan

6
mempunyai corak bunga-bunga kecil yang berwarna kelabu, putih dan merah manakala
rambutnya pula akan disanggul dengan cantik dan kemas. Baba-Nyonya yang kaya
kebiasaannya akan memakai tiga lapisan pakaian. Lapisan pertama adalah pakaian dalam,
lapisan kedua adalah baju yang dijahit dengan benang emas dengan benda-benda yang boleh
melindungi tubuh mereka, lapisan ketiga adalah pakaian yang dipakai mengikut adat resam
mereka seperti baju kebaya dengan baju Melayu. Kasut yang dipakai Baba-Nyonya adalah kasut
manik dan dijahit dengan manik-manik kaca kecil bersegi-segi halus. Sesetengah daripada
mereka mengekalkan tradisi Cina dengan mengikat kaki anak-anak perempuan mereka sejak
kecil untuk membolehkan anak-anak perempuan memiliki kaki yang kecil dan cantik. Kaki yang
kecil menandakan budi pekerti yang tinggi. Kaki yang besar biasanya dimiliki orang-orang gaji
yang selalu membuat kerja-kerja kasar.

Rajah 1 Pemakaian Baba dan Nyonya

Selain itu, masyarakat peranakan ini juga mempunyai baju khas untuk para pengantin. Menurut
“Baba&Nyonya Heritage Museum”, persalinan untuk pengantin masyarakat peranakan di Melaka
diimport dai Shanghai,China atau dibuat oleh tukang jahit dari Shanghai yang menetap di
Singapura. Berikut merupakan persalinan perkahwinan masyarakat peranakan yang diinspirasi
berdasar zaman Dinasti Qing (1644-1912)( Rajah 2):

7
Rajah 2 Persalinan pengantin Baba Nyonya

Pemakanan

Dari segi pemakanan, masyarakat peranakan berasal dari masakan Cina tetapi diubahsuai
mengikut selera mereka yang sukakan masakan pedas. Masakan Baba-Nyonya juga banyak
menerima pengaruh Melayu. Contohnya, penggunaan belacan, bauh keras, asam, lengkuas,
serai dan acar. Jenis-jeins masakan dan kuih-muih yang sering dimasak adalah seperti seperti
inci kabin (ayam goreng cara Nyonya), pindang bandeng (kuah ikan), itik tim (itik yang dimasak
dengan sayur jeruk), itik sioh (itik yang disalut rempah) dan nasi lemak, onde-onde, dodol wajik,
tapai dan sebagainya. Penggunaan daging khinzir juga membezakan identiti masakan mereka
dan Melayu. Selain itu kuih cang nyonya dan kuih cang abu juga merupakan masakan istimewa
bagi masyarakat peranakan. Selain itu masyarakat ini turut mengamalkan budaya Melayu dimana
mereka akan makan dengan tertib dan sopan seperti masyarakat Melayu. Mereka juga
mengamalkan makan menggunakan tangan kerana bagi mereka makan menggunakan tangan
lebih sedap.

Perkahwinan

Perkahwinan tradisional Baba-Nyonya merupakan satu majlis yang memenatkan dan akan
berlangsung selama 12 hari. Menurut mereka, jika orang yang sama berkahwin sekali lagi pun,
dia tidak akan berpeluang untuk mempunyai upacara sebegini sekali lagi. Segala urusan mencari
jodoh bagi anak perempuan akan diuruskan oleh ibu bapa mereka, mereka tidak boleh
membantah keputusan orang tua. Jika seseorang perempuan itu belum berkahwin sebelum usia

8
20 tahun mereka akan dianggap sebagai anak dara tua, mereka juga akan mengalami kesukaran
dalam soal mencari jodoh. Bagi pihak lelaki pula, mereka selalunya akan berkahwin dalam usia
20 tahun. Masyarakat Baba mempunyai adat istiadat perkahwinan yang hampir menyamai adat
istiadat perkahwinan masyarakat Melayu tetapi masih lagi tidak meninggalkan adat perkahwinan
masyarakat Cina.

Permulaan majlis perkahwinan Baba-Nyonya bermula apabila pihak pengantin perempuan


menerima rombongan peminangan daripada pihak pengantin lelaki. Merisik calon menantu akan
dilakukan oleh orang tengah yang diupah oleh ibu bapa, tugasnya adalah untuk merisik tentang
latar belakang gadis tersebut dari segi budi bahasa, tutur kata, perlakuan dan paras rupa bagi
memastikan gadis tersebut sesuai dengan teruna. Seterusnya adalah bertunang. Hari
pertunangan ditentukan oleh kedua belah pihak mengikut calendar Cina, ianya ditentukan
mengikut kesesuaian bintang kelahiran kedua-dua pasangan. Setelah menyetujui peminangan
tersebut, orang tua pasangan pengantin akan menguruskan tarikh melangsungkan perkahwinan
dan mereka memilih satu hari yang baik (bertuah) dengan menggunakan kalendar Cina.
Masyarakat Baba amat mementingkan tarikh menentukan hari bertunang kerana kaum Baba
percaya pertunangan yang dijalankan pada hari yang tidak sesuai akan mempengaruhi
kebahagiaan bakal pengantin. Setelah berlakunya adat merisik dan pertunangan, seterusnya
pasangan akan melalui majlis perkahwinan.

Masyarakat Baba akan melangsungkan perkahwinan dengan penuh istiadat, pengantin akan
memakai pakaian yang lengkap dengan dihias pelbagai aksesori yang menarik dan tradisional.
Pakaian pengantin biasanya diperbuat dari kain sutera yang disulam dengan benang emas, kasut
pengantin perempuan pula ditekat dengan benang emas atau perak. Jemputan akan dikeluarkan
kepada mereka yang terlibat, jemputan ini dipanggil “antah sireh”. Masyarakat Baba-Nyonya tidak
menggunakan kad jemputan sebaliknya mereka menghantar wang yang mengandungi kacang,
limau dan daun sirih (sekapur sirih) sebagai ganti. Seorang Nyonya tua akan diberi tugas ini iaitu
pergi ke rumah-rumah tertentu untuk menghantar jemputan yang unik ini, walaupun setiap
keluarga menerima sehelai daun sirih tetapi ia bermaksud untuk menjemput seluruh keluarga ke
majlis perkahwinan itu. Sehari sebelum perkahwinan tersebut, pasangan Nyonya tua akan
dijemput untuk memberi kata-kata hikmah sambil menyikat rambut pengantin tersebut dengan
harapan perkahwinan tersebut dapat kekal lama. Rambut pengantin lelaki juga akan disikat dan
dicukur untuk menggambarkan bahawa pengantin sudah dewasa dan bersedia memikul
tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Mencukur rambut adalah untuk membuktikan kepada

9
masyarakat bahawa pengantin lelaki adalah dari golongan yang baik serta untuk menghilangkan
unsur jahat yang terdapat pada diri pengantin lelaki.

Permainan

Mahjong dan Cherki adalah antara permainan kegemaran masyarakat Nyonya di Melaka.
Mahjong merupakan permainan yang memerlukan 2-6 pemain dalam satu masa. Kebanyakan
Nyonya sanggup untuk menjual barang kemas mereka semata untuk bermain permainan ini.

Selain itu, masyarakat peranakan ini juga gemar bermain congkak. Permainan Congkak
merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu yang diserap ke dalam budaya permainan
masyarakat peranakan.

Rajah 3 Permainan masyarakat peranakan (dari kiri : congkak, mahjong dan Jerki)

3.5 Seni Bina Dan Tempat Ibadat


Di Melaka, walaupun masyarakat Baba-Nyonya kini telah banyak menganut agama Kristian,
namun, mereka masih lagi percaya, dan menghormati serta mengamalkan kepercayaan yang
terdahulu iaitu campuran dari Daoism, Buddhism dan kepercayaan nenek moyang terdahulu. Di
ruangan selepas pintu masuk terdapat satu bilik yang menempatkan satu tempat untuk
bersembahyang yang dipanggil “Thia Abu” (rajah4). Tempat inilah yang dilakukan untuk
bersembahyang tujuh kali dalam setahun iaitu sewaktu menyambut kelahiran ahli keluarga,
kematian, upacara menyembah nenek moyang, tahun baru Cina dan perayaan “Hungry Ghost”.

10
Rajah 4 Thia Abu

Rumah kaum Baba-Nyonya bersaskan stail “Dutch”. Rumah mereka panjang tetapi agak pendek
di ruang hadapan. Ini adalah kerana geran tanah dikira dari segi lebar dan bukan dari segi
panjang rumah tersebut (rajah 5).

Rajah 5 Pelan rumah Baba Nyonya di Melaka

Pertengahan rumah baba terdapat ruang terbuka untuk membolehkan cahaya memasuki ruang
rumah mereka kerana rumah mereka tidak terdapat tingkap kerana tinggal bersebelahan dengan
jiran mereka. Bilik tidur tuan rumah biasanya terdapat lubang kecil di tingkat atas untuk melihat
siapa yang datang menziarahi (rajah 6).

11
Rajah 6 Lubang kecil di bilik tuan rumah (tingkat atas)

Tangga rumah Baba terdapat corak yang diukir dengan emas dan papan kunci untuk mengunci
tangga tersebut (rajah 7). Baba-Nyonya mengunci tangga mereka untuk menghalang anak-anak
mereka daripada jatuh dan menghalang suami mereka naik ke atas bilik kerana balik lewat (rajah
7).

Rajah 7 Tangga di rumah Baba Nyonya

Antara ukiran corak adalah seperti burung phoenix, bunga dahlia, bunga mawar, lipan, gabungan
lapan jenis benda berharga serta bunga boyan. Di setiap pintu masuk bilik akan terdapat satu
bonggol di mana dalam kepercayaan mereka, bonggol itu dapat menghalang roh-roh jahat untuk
melalui pintu tersebut (rajah 9).

12
Rajah 8 Bonggol di setiap pintu bilik didalam rumah

Manakala di rumah bahagian rumah atas mereka juga terdapat pintu yang dapat
menghubungkan rumah mereka dengan rumah jiran yang lain. Tingkap orang yang berada pada
kebiasaannya lebih tinggi berbanding tingkap masyarakat baba nyonya yang biasa.

3.6 Pekerjaan / Pergantungan Ekonomi


Masyarakat baba-Nyonya sangat terkenal dengan aktiviti perdagangan kerana sememangnya
masyarakat Cina datang ke Tanah Melayu untuk menjalinkan hubungan dan untuk berdagang.
Namun menurut Straits Chinese Jewellery Museum, golongan baba pekerjaannya akan keluar
berniaga, bertani, berdagang dan bekerja sebagai peguam. Terdapatjuga sebilangan daripada
mereka yang bekerja dengan pihak British. Golongan nyonya pula akan tinggal di rumah dan
bertindak sebagai ketua rumah, membuat aktiviti menyulam seperti kain meja dan kasut manik,
menjahit baju kebaya dan pakaian, menganyam tikar dan bakul serta membuat kraf tangan.
Masyarakat Bab-Nyonya juga dikatakan menceburi nidang perniagaan seperti perkapalan,
perlomnongan bijih timah, perladangan, insudtri minyak kelapa sawit, insurans dan sector
penanaman padi. Kini, masyarakat Bab-Nyonya lebih memfokuskan kepada kesahawananseperti
membuka kedai cenderamata, dan pelancongan seperti menubuhkan museum Baba-Nyonya.

13
4.0 KESIMPULAN
Budaya masyarakat Baba dan Nyonya semakin pudar kerana sebahagian generasi kini
tidakmewaridi tradisi dan adat mereka. Namun begitu, masih ada lagi yang memperjuangkan
usahadalam membudayakan hidup Baba dan Nyonya ini. Percampuran budaya dan adat
antaramasyarakat Cina dan masyarakat Melayu dalam masyarakat Baba dan Nyonya
telahmembuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut,
malahmereka mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat. Sekiranya
percampuranantara kaum Melayu dan Cina tidak berlaku, maka masyarakat Baba dan Nyonya
tidak akan wujud.

14
5.0 RUJUKAN
Buku

Arbak Othman. (1999). Kamus Bahasa Melayu. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Felix Chia. 1980. The Babas. Singapore : Time Books.

Tan Chee Beng. (1988). The Baba Of Malacca: Culture and Identity of a Chinese Community in
Malaysia

Temu Bual

Chan Cheng Siew. (24 Februari 2018). Budaya Baba dan Nyonya di Melaka [Temu bual]

Internet

http://babanyonyamuseum.com/. [diakses pada 2 Mac 2018]

https://www.academia.edu/8526027/Asal_Usul_Baba_Dan_Nyonya. [diakses pada 2 Mac 2018]

Brosur/Risalah

Straits Chinese Jewellery Museum Melaka. [Brochure].(n.d.).Melaka: Straits Chinese Jewellery


Museum sdn. Bhd.

Baba & nyonya HERITAGE MUSEUM. [Brochure].(n.d.).Melaka: Baba & Nyonya Heritage
Museum Sdn. Bhd.

Tempat Bersejarah

Straits Chinese Jewellery Museum Melaka.[museum]. Melaka (24 Februari 2018)

Baba & Nyonya Heritage Museum. [museum]. Melaka (24 Februari 2018)

15
16
6.0 LAMPIRAN

17
18

Vous aimerez peut-être aussi