Vous êtes sur la page 1sur 2

APRESIASI KARYA

HAL BENDA
Di dalam karya, terdapat seorang ahli yang sedang merenung tajam ke arah suatu
tempat. Terdapat juga sepasang sarung tinju yang besar yang menunjukkan jenis sukan
yang diceburi. Perkataan “CHAMPION” yang terdapat dalam karya juga menunjukkan
matlamat peninju tersebut untuk menjadi juara. Bintang-bintang juga terdapat di dalam
karya. Posisi subjek yang menegak seperti tangga dan trofi menunjukkan bahawa untuk
berjaya bukanlah mudah. Terdapat banyak halangan yang perlu ditempuh.

KOMPOSISI

Beberapa prinsip rekaan yang terdapat dalam karya. Contohnya seperti harmoni.
Terdapat keharmonian dari segi corak latar belakang iaitu garisan memancar. Terdapat
juga prinsip rekaan penegasan iaitu subjek utama. Subjek utama karya ini ialah
Muhamad Ali iaitu tokoh sukan tinju. Selain itu, terdapat prinsip kesatuan. Ia dapat
dilihat dari segi bidang sukan iaitu tinju. Terdapat peninju dan sepasang sarung tinju
dalam karya tersebut.

KANDUNGAN

Karya ini menceritakan makna, perasaan atau mesej yang ingin disampaikan oleh
pengkarya. Karya ini ingin menunjukkan kita perlulah fokus dalam mencapai kejayaan.
Terdapat banyak rintangan yang perlu dihadapi untuk melangkah ke hadapan.
Muhamad Ali telah berusaha keras untuk menjadi juara dalam sukan tinju dan beliau
kini menjadi seorang lagenda.

APRESIASI KARYA
HAL BENDA

Di dalam karya terdapat seorang ahli sukan sedang mencuba menjaringkan gol
untuk mendapatkan mata pasukan. Karya ini juga mempunyai satu lambang Sukan SEA
2017. Lambang tersebut ialah Wau yang merupakan salah satu permainan tradisional
rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, bola dan jaring gol menunjukkan bidang sukan yang
diceburi oleh ahli sukan tersebut.

KOMPOSISI

Terdapat beberapa prinsip rekaan yang digunakan dalam karya. Antaranya


penegasan iaitu antara subjek utama dengan latar belakang. Latar belakang bertemakan
putih untuk menimbulkan kesan estatik pada karya itu. Selain itu, prinsip rekaan
harmoni. Harmoni yang terdapat dalam karya ini merupakan pengulangan bentuk
geometri pada lambang Sukan SEA. Di samping itu, prinsip kesatuan dalam karya itu
ialah sukan bola jaring. Terdapat seorang pemain yang memakai jersi serta bola dan
jaring gol yang menunjukkan bidang sukan yang diceburi.

KANDUNGAN

Karya ini mengandungi makna, perasaan, mesej dan mood yang ingin disampaikan
oleh pengkarya. Berdasarkan karya dapat dilihat bahawa untuk mencapai impian bukan
suatu yang mudah. Sebaliknya, kita mestilah berusaha gigih untuk menjadikan impian
tersebut satu kenyataan. Karya menunjukkan salah seorang pemain bola jaring
Malaysia telah membuktikan bahawa pasukan beliau mampu mengharumkan nama
negara dengan meraih pingat emas di Sukan SEA.

Vous aimerez peut-être aussi