Vous êtes sur la page 1sur 2

Termizi Bin Abdullah

730 Kim San Garden,


Kampung Baru,
97000 Bintulu, Sarawak
______________________________________________________________________

Policyowner Services Dept


Level 8
Menara AIA
99, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur 9 OGOS 2018

Tuan,

INGIN MEMBUAT PEMBATALAN POLISI INSURANS 5663523A03

Merujuk kepada perkara di atas, saya , NO IC 910510136251, dengan nombor polisi


insurans 5663523A03 yang berkuatkuasa pada 30 JULAI 2018 ingin membuat pembatalan
polisi insurans ini.

2. Alasan saya ingin membuat pembatalan polisi insurans ini ialah saya Saya juga
merasa terbeban untuk membayar polisi ini kerana perlu membayar satu lagi polisi
TAKAFUL IKHLAS yang mempunyai pelan perlindungan yang sama dengan polisi insurans
AIA pada setiap bulan. Polisi insurans AIA ini juga kurang menepati keperluan kesihatan
saya dan keluarga saya. Walaupun saya tidak mempunyai sebarang penyakit, namun ayah
saya menghidap kencing manis dan saya ingin membuat Medical Card supaya beliau boleh
mendapatkan rawatan di hospital swasta. Saya mendapati polisi insurans AIA tidak menepati
keadaan kesihatan dan keperluan saya dan keluarga saya.

3. .Saya berharap pihak tuan akan menghantar surat pengesahan bertulis yang
menyatakan polisi akaun saya telah dibatalkan dalam masa dua minggu. Saya juga ingin
meminta pihak tuan memulangkan kembali bayaran yang telah dipotong daripada akaun bank
saya selama 1 bulan iaitu sebanyak RM92.00 dan menghentikan pemotongan premium
bulanan polisi ini daripada akaun bank saya mulai bulan Ogos 2018.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

_______________________________
(TERMIZI BIN ABDULLAH)