Vous êtes sur la page 1sur 2

Ruj.

Tuan :
Ruj. Kami: Pemuda.MasjidKD.( 9 )
Tarikh : 23 Mei 2016
16 Sya’ban 1437H

Tuan Radzlan Bin Jalaludin


Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Damansara,
No. 29-1-8, The Core Sun Suria,
Jalan Teknologi 3/6E,
Seksyen 3, Kota Damansara,
Petaling Jaya, Selangor.

Ybhg. Tuan,

PER : PERMOHONAN SUMBANGAN BANTUAN KEWANGAN.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pemuda Masjid Kota Damansara


2016-2018 yang telah dilantik pada pemilihan lepas ingin memohon sumbangan bagi
menjayakan program Hari Mukjizat al-Quran yang akan diadakan pada maklumat di
bawah:-

Tarikh : 19 Jun 2016 / 11 Ramadhan 1437

Masa : 8.00 Pagi – 1.30 Petang

Tempat : Masjid Kota Damansara

3. Suhubungan dengan itu, saya mewakili Lajnah Pemuda Masjid Kota Damansara
dengan ini memohon jasa baik dan kerjasama daripada pihak tuan agar sudi
menyumbang bantuan kewangan kepada pihak kami untuk menjayakan program Hari
Mukjizat al-Quran ini dengan anggaran kos sebanyak RM10,000. Bersama-sama ini
juga kami sertakan kertas kerja untuk rujukan pihak tuan. Pihak kami berjanji akan
menjemput pihak tuan sebagai tetamu VIP pada majlis tersebut. Segala rujukan
bolehlah hubungi pihak kami di talian 013 629088. Sebarang sumbangan bolehlah
disalurkan melalui akaun Masjid Kota Damansara No. Akaun 12030002674714 (Bank
Muamalat).
4. Segala kerjasama yang pihak tuan berikan kepada kami didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

------------------------------------
(MOHD HAZWAN MUHAMMAD)
Pengerusi Lajnah Pemuda
Masjid Kota Damansara

Vous aimerez peut-être aussi