Vous êtes sur la page 1sur 11

KERTAS KERJA PROGRAM SAMBUTAN BULAN

KEMERDEKAAN

KE - 61

PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BAGING

TAHUN 2018

SAYANGI MALAYSIAKU

ANJURAN :

PANITIA SEJARAH
1.0 PENDAHULUAN

Panitia Sejarah akan mengadakan Program Kemerdekaan semperna bulan kemerdekaan


bagi mengisi takwim Sekolah Kebangsaan Sungai Baging bagi tahun 2018. Justeru,
pihak Panitia Sejarah akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena sambutan
Hari Kemerdekaan Ke-61 bertemakan “Sayangi Malaysiaku”. Program Sambutan
Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua Tahun iaitu dari
Tahun 1 hingga Tahun 6. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan
akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin
untuk memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama
dalam kalangan murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Baging.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi


memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru-guru Sekolah
Kebangsaan Sungai Baging serta meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep
dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha
meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjuran dalam peringkat sekolah supaya
dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Sungai Baging secara menyeluruh.
Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan
nama baik SK Sungai Baging di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang
dianjurkan antara sekolah dan daerah.
3.0 OBJEKTIF

i. Menyemai semangat 1 MALAYSIA


ii. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.
iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa
tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan yang
dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat
kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
vii. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
viii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih
atas jasa-jasa mereka.
ix. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati
tema sambutan kemerdekaan.
x. Mencungkil bakat murid.
xi. Menguji pengetahuan am para murid.
xii. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
xiii. Mengetahui dan menilai kepekaan para murid terhadap perkembangan isu semasa.
xiv. Membantu para murid meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan
audien.
xv. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat
tradisional daripada luput ditelan zaman.

4.0 PENGANJURAN

Panitia Sejarah

5.0 TARIKH

Sempena Bulan Kemerdekaan dari 13 Ogos 2018 hingga Majlis Penutupan Bulan
Kemerdekaan pada 13 September 2018.

6.0 PENYERTAAN

Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Sungai Baging.


7.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan murid
secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua
kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan
pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama guru-guru
Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.

8.0 JADUAL PERLAKSANAAN


CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Bil Aktiviti Panitia / Tempat Perincian Cadangan Tarikh


1. Pertandingan Menghias Kelas Sejarah / Kelas Semua murid dan semua 13 Ogos- 12
(mengikut tema masing-masing guru kelas. September 2018
Kemerdekaan)
2. Nyanyian Lagu Patriotik Semua murid dan semua Sepanjang Bulan
oleh semua murid (pada guru. Kemerdekaan
waktu perhimpunan )
3. Pertandingan Fesyen Sejarah/Dewan Semua Murid sekolah 30 Ogos 2018
Merdeka Terbuka
-Persembahan Pakaian
Rakyat Malaysia
Berbilang kaum

4. Pelancaran mengibarkan Jalur Sejarah Semua murid, guru dan staf Sepanjang Bulan
Gemilang - sekolah. Ogos
Menghiasi persekitaran
sekolah dengan Jalur
Gemilang , poster
Kemerdekaan dan lain-lain

5. Pameran Merdeka (Sudut Sejarah Semua Kelas Sepanjang Bulan


Sejarah) Kemerdekaan

7. Pertandingan Buku Skrap Sejarah Tahun 4 13 Ogos- 10


Tokoh Tahun 5 September 2018
Tahun 6
8. i. Kuiz Kemerdekaan Murid Tahun 1 hingga 7 September 2018
Tahun 6

9. Sambutan Hari Kemerdekaan Semua murid dan guru 30 Ogos 2018


Ke-61 berhimpun di dewan terbuka
i. Perhimpunanan Khas
sekolah
10. Perhimpunan Hari Malaysia / 13 September 2018
Majlis Penutupan Hari
Kemerdekaan

4. Pertandingan lagu kior Muzik/dewan Semua murid dan guru kelas 10 september 2018
kemerdekaan dan guru muzik

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BI AKTIVITI KOS BILANGAN ANGGARAN
L HADIAH PERBELANJAAN
1. Pertandingan Hadiah Tahap 1 ( Tahun 1,2,3)
Koir Merdeka
(berkumpulan) Tempat Pertama
(kotak pensil + box fail)
RM 7.00 X 4 set RM 28.00
Tempat Kedua
(kotak pensil + buku catatan)
Tempat Ketiga RM 5.00 X 4 set RM 20.00
(kotak pensil + buku tulis)
RM 4.00 X 4 set RM 16.00

Hadiah Tahap 2 ( Tahun 4, 5, 6)

Tempat Pertama
(kotak pensil + box fail)
Tempat Kedua RM 7.00 X 3 set RM 21.00
(kotak pensil + buku catatan)
Tempat Ketiga RM 5.00 X 3 set RM 15.00
(kotak pensil + buku tulis)
RM 4.00 X 3 set RM 12.00

Pertandingan Hadiah Tahap 1 (Tahun 1,2,3)


Menghias
3. Kelas. Tempat Pertama
Hamper Alat Tulis RM 50.00
Tempat Kedua RM 30.00 x 1 set RM 30.00
Hamper Alat Tulis RM 30.00
Tempat Ketiga
Hamper Alat Tulis RM 20.00 RM 25.00 x 1 set RM 25.00
Saguhati RM 20.00 x 1 set RM 20.00
Hamper Alat Tulis RM15.00
RM 15.00X 1 set RM 15.00
Hadiah Tahap 2 (Tahun 4, 5, 6)

Tempat Pertama
Hamper Alat Tulis RM 50.00
Tempat Kedua RM 30.00 x 1 set RM 30.00
Hamper Alat Tulis RM 30.00
Tempat Ketiga RM 25.00 x 1 set RM 25.00
Hamper Alat Tulis RM 20.00
RM 20.00x 1 set RM 20.00

Hadiah Tahap 1( Tahun 1, 2 ,3)


Pertandingan
Tempat Pertama
4 Fesyen Jalur (Set Pensil Warna)
Gemilang Tempat Kedua
(kotak pensil + box fail+pensil) RM 40.00
RM 10.00 X 4 set
Tempat Ketiga
(kotak pensil + box fail) RM 32.00
RM 8.00 X 4 set
Saguhati
(kotak pensil + buku catatan) RM 28.00
RM 7.00 X 4 set
Hadiah Tahap 2 (Tahun 1,2,3)
Tempat Pertama RM 5.00 x 4 set RM 20.00
(set pensil warna)
Tempat Kedua
(kotak pensil + box fail+ pensil)
Tempat Ketiga RM 10.00X 3 set
(kotak pensil + box fail)
RM 30.00
Saguhati
(kotak pensil + buku catatan) RM 8.00 X 3 set
RM 24.00
RM 7.00 X 3 set
RM 21.00
Hadiah Tahap 1 (Tahun 1,2,3)
Tempat Pertama RM 5.00 x 3 set RM15.00
(Kotak pensil + buku catatan)
Kuiz Tempat Kedua
Kemerdekaan (Kotak pensil + buku tulis)
Tempat Ketiga
5. (kotak pensil) RM 5.00X 4 set RM 20.00

Hadiah Tahap 2 (Tahun 4,5,6) RM 4.00 X 4 set RM 16.00


Tempat Pertama
(kotak pensil + buku catatan) RM 3.00 X 4 set RM 12.00
Tempat Kedua
(kotak pensil + buku tulis)
Tempat Ketiga
(kotak pensil)
RM 5.00 X 3
Hadiah Tahap 2 (4,5,6) RM 15.00
Tempat Pertama RM 4.00 X 3
Hamper Alat Tulis RM 20.00 RM 12.00
Tempat Kedua RM 3.00 X 3
Buku Skrap Hamper Alat Tulis RM15.00
Tempat Ketiga RM 9.00
Berkumpulan
Hamper Alat Tulis RM 12.00
(Tahap 2)
RM 20.00x3 set
RM 60.00
6. RM 15.00x3 set
RM 45.00
RM 12.00x3 set
RM 36.00
Jumlah RM 712.00

10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah:

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn. Narina Jan binti Mustafa Kamal (Guru Besar SKSB)
Pengerusi : Pn. Norfidah bt Mohammad ( Guru Penolong Kanan 1 SKSB)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Ghuzni bt Hashim (Guru Penolong Kanan HEM SKSB)
Naib Pengerusi 2 : En. Mohammad Zamri bin Ahmad
Penyelaras : Pn. Solehah bt Ibrahim
Setiausaha : Pn. Zuraiha bt Mapol
Bendahari : Pn. Rozila binti Abdul Rahman

AJK PELAKSANA

Pengacara Majlis : Guru Bertugas Mingguan

Pembaca Doa : En. Mohd Rozaimi bt Mahmood

Ajk Hadiah : Pn. Solehah bt Ibrahim


Pn. Norazlina bt Che Muda
Pn. Zuraiha bt Mapol
Pn. Wan Nurul Aisyah
Pn. Nurazizah bt Omar

Ajk Dokumentasi : Pn. Siti Zarinah bt Abdullah (Jurufoto)


Pn. Fatihah binti Shukri (Pelaporan)

Ajk Persiapan Tempat/


PA Sistem : En. Mohd Zuhari bt Jusoh
Pn. Ku Masitah bt Ku Will

Ajk gimik penutupan : Pn. Khatijah binti Ali


(Majlis Penutupan) Pn. Rozila binti Abdul Rahman
Pn Maryam Jamilah
Pn. Noor Faeizah binti satar

Ajk Buku Program : Cik Zatil Aqmar bt Mohammad (Majlis Penutupan)


Ajk Disiplin & : En. Mohd Rezaie bt Rostam
Kebersihan Pn. Noor Faezah bt Satar

: Pn. Noraidah bt Hasim


Ajk Backdrop / Cik Raqayyah bt Zulkepeli
Banner/ gimik Pn. Siti Zarinah binti Abdullah
Pelancaran Pn. Mashitah bt Zainon
En, Mohd Rezaie bt Rostam

Penyelaras Pertandingan
: Pn Noraidah bt Hashim (Program Koir Kemerdekaan)
: Pn. Solehah bt Ibrahim (Program kuiz Kemerdekaan)
Pn Norfiza bt Jusoh (Program Seni Visual)
Cik Raqayyah bt Zulkepeli (Program PPKI)
Pn. Khatijah binti Ali (Keceriaan Kelas)
Pn. Siti Zarinah binti Abdullah (Program Prasekolah)
11.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Sungai Baging ini


memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan
pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang
postif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi
budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Sungai Baging
diharapkan dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program itu nanti di
samping memupuk budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.

Disediakan Oleh.

__________________________
(SOLEHAH BINTI IBRAHIM)
Ketua Panitia Sejarah,
Sekolah Kebangsaan Sungai Baging.

Disemak oleh,

__________________________
(NORFIDAH BINTI MOHAMAD)
Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Sekolah Kebangsaan Sungai Baging.

Diluluskan oleh,

_______________________________________
(NARINA JAN BINTI MUSTAFA KAMAL)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Baging.

Vous aimerez peut-être aussi