Vous êtes sur la page 1sur 5

SOALAN OBJEKTIF

1. Antara yang berikut, perkara manakah yang berkaitan dengan maksud perniagaan?
I Melibatkan urus niaga jual beli keluaran
II Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
III Menghasilkan pelbagai barang dan perkhidmatan
IV Aktiviti urus niaga menjamin keuntungan untuk peniaga

A I dan II B I dan III


C II dan IV D III dan IV

2. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?


A Mewujudkan faedah kepada pihak pengguna
B Mengagihkan barang daripada pengeluar
C Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan
D Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan

3. Komponen manakah yang berkaitan dengan konsep asas perniagaan?


I. Melakukan pertukaran nilai
II. Melatih tenaga kerja mahir
III. Menyediakan barang danperkhidmatan
IV. Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna

A I, II, dan III B I, II, dan IV C I, III, dan IV D II, III, dan IV

4. Pasangan manakah yang tidak benar tentang perbezaan antara barang fizikal dan perkhidmatan?

5. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan dua aktviti perniagaan

Apakah aktiviti perniagaan I dan perniagaan II?

I II
Aktiviti berasaskan barang Aktiviti berasaskan perkhidmatan

Aktiviti berasaskan Aktiviti berasaskan barang


perkhidmatan
Aktiviti berasaskan perdagangan Aktiviti berasaskan sumber alam
Aktiviti berasaskan perdagangan Aktiviti berasaskan perdagangan
dan perkhidmatan dan sumber alam
6 Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pertukaran nilai?

A Urus niaga antara penjual dan pembeli melibatkan pertukaran wang semata-mata
B Pembeli mendapat kualiti barang yang tinggi bagi wang yang dibayar kepada penjual
C Pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual untuk keluaran yang diterimanya
D Penjual menyediakan barang dan perkhidmatan yang bermutu tinggi sebelum bertukar dengan
pelanggan

7. Apakah itu milikan tunggal?


I Perniagaan yang dikawal oleh seorang individu
II Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang individu
III Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang tetapi dikawal beberapa orang
IV Perniagaan yang ditubuhkan oleh beberapa orang tetapi dikawal oleh seorang individu

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV


8. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan satu bentuk pemilikan perniagaan.
FIRMA GUAMAN RAJES DAN RAIHAN

Antara yang berikut, manakah yang benar tentang bentuk pemilikan berkenaan?
I Bilangan pemilik tidak boleh melebihi 50 orang
II Keuntungan perniagaan tertakluk kepada cukai syarikat
III Perniagaan didaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
IV Tanggungan pemilik terhad kepada modal yang dilaburkan sahaja

A I dan II B I dan III

C II dan IV D III dan IV

9. Apakah kelebihan perniagaan perkongsian berbanding dengan perniagaan milikan tunggal?

A Tanggungan terhad C Perniagaan berterusan

B Berkongsi kepakaran D Mudah untuk membuat keputusan

10. Rajah di bawah ini menunjukkan perubahan bentuk milikan perniagaan.

Diubah kepada

Mengapakah peniaga tersebut mengambil tindakan seperti di atas?


I Perniagaan berterusan
II Risiko dapat disebarkan
III Dapat berkongsi kepakaran
IV Menanggung liabiliti terhad

A I dan II B II dan III


C I dan IV D II dan IV

11. Maklumat yang berikut adalah pernyataan tentang sejenis rakan kongsi.

Nama digunakan sebagai rakan kongsi tanpa perlu mengeluarkan modal


Apakah jenis rakan kongsi berkenaan?
A Rakan kongsi lelap
B Rakan kongsi biasa
C Rakan kongsi berhad
D Rakan kongsi nominal

12. Maklumat yang berikut berkaitan dengan satu bentuk pemilikan perniagaan.

• Bilangan ahli tidak melebihi 50 orang


• Sekiranya perniagaan muflis, ahli hanyakehilangan modal yang dilaburkan sahaja

Manakah yang merupakan contoh bentuk pemilikan perniagaan tersebut?


A Kedai Runcit Ahmad
B Pasar Raya Ali dan Rakan-rakan
C Syarikat KMK Sendirian Berhad
D Koperasi Runcit Kg Awah Berhad

13. Apakah 'kelebihan syarikat sendirian berhad berbanding syarikat awam berhad?
A Beban cukai yang rendah
B Syer boleh dipindah milik secara bebas
C Laporan kewangan tidak perlu diumumkan kepada orang ramai
D Liabiliti pemegang saham terhad kepada modal yang dilaburkan

14. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan suatu bentuk pemilikan perniagaan.

• Ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela


• Melaksanakan kegiatan untuk memenuhi keperluan ahli-ahli

Manakah yang merupakan contoh perniagaan tersebut?


A Maxis Berhad
B Pasar Raya Daren
C Bank Simpanan Nasional
D Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad

15. Mengapakah perniagaan yang terlibat dalam pemberian perkhidmatan seperti firma perakaunan dan
guaman ditubuhkan secara perkongsian?
A Risiko dapat disebarkan
B Dapat saling berkongsi kepakaran
C Mudah mengumpulkan modal
D Dikecualikan daripada pembayaran cukai
SOALAN STRUKTUR
1. Isikan tempat kosong dengan elemen-elemen perniagaan.

[4 Markah]

2. Nyatakan enam komponen asas yang membolehkan wujudnya sesuatu proses urus niaga
a) ___________________________________________________________________________
b) ___________________________________________________________________________
c) ___________________________________________________________________________
d) ___________________________________________________________________________
e) ___________________________________________________________________________
f) ___________________________________________________________________________
[6 Markah]

3. Lengkapkan rajah di bawah ini bagi menerangkan tanggungjawab perniagaan.

[3 Markah]

4. Nyatakan 4 kelebihan milikan tunggal


a) _________________________________________________________________________
b) _________________________________________________________________________
c) _________________________________________________________________________
d) _________________________________________________________________________
[ 4 markah]
5. Lengkapkan rajah di bawah ini bagi menerangkan proses pendaftaran perniagaan milikan tunggal.

[3 Markah]

Vous aimerez peut-être aussi