Vous êtes sur la page 1sur 3

Amalan gaya hidup sihat merupakan satu siri aktiviti atau program yang mesti dilakukan secara

konsisten dan berterusan dan amat baik dari sudut kesihatan. Ia termasuklah pengambilan makanan
seimbang, aktiviti senaman, melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala, menjaga kebersihan,
tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan kesihatan, rehat yang mencukupi dan sebagainya.

Pemakanan yang seimbang merupakan kunci utama ke arah amalan gaya hidup sihat. Sewajarnya
kita mengambil makanan yang seimbang dalam diet harian dan menjadikannya budaya hidup setiap
hari. Makanan yang tidak seimbang akan menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit
bahaya seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit kencing manis. Sesungguhnya,
tubuh kita akan mendapat zat dan vitamin mencukupi serta dapat mengelakkan penyakit berbahaya
jika kita mengamalkan pemakanan seimbang.Kita juga mesti meminum sekurang-kurangnya 8 gelas
air masak setiap hari.

Amalan gaya hidup sihat juga meliputi aktiviti senaman. Aktiviti senaman membolehkan darah
mengalir dengan lancar dan jantung dapat berfungsi dengan baik. Peluh yang keluar ketika bersenam
dapat membuang sisa toksik dalam badan seseorang. Aktiviti senaman boleh kita lakukan dimana
sahaja umpamanya di taman permainan, kawasan lapang, dalm gimnazium atau di dalam rumah -
menggunakan peralatan senaman yang sesuai. Untuk mendapat kesan yang terbaik, kita mesti
bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit bagi setiap sesi.

Mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala juga merupakan amalan gaya hidup. Seseorang
itu tidak sewajarnya hanya berjumpa doktor setelah mendapat penyakit. Oleh itu, kita perlu
mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahui tahap kesihatan kita agar
dapat mengambil tindakan yang sewajarnya jika kita mula diserang penyakit. Sesungguhnya, tahap
kesihatan yang baik membolehkan seseorang itu menjalani kehidupan dengan lebih sempurna dan
ceria.

Menjaga kebersihan rumah dan persekitaran tempat tinggal juga merupakan amalan gaya hidup
sihat. Tempat tinggal kita seharusnya bersih dan terhindar daripada hidupan serangga seperti
nyamuk, lalat atau lipas. Persekitaran yang bersih membolehkan kita mendapat udara yang nyaman
dan bersih. Kita boleh menjaga kebersihan tempat tinggal kita dengan membuang sampah sarap
yang terdapat di rumah kita ke tempat yang sesuai. Selain itu, air bertakung yang menjadi tempat
nyamuk membiak juga perlu dihapuskan. Amalan menjaga kebersihan rumah patut diterapkan
kepada anak-anak sejak kecil lagi.

Amalan gaya hidup sihat juga dapat diamalkan jika kita tidak melakukan perkara yang boleh
menjejaskan kesihatan. Antara perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah merokok,
mengambil dadah dan minum arak. Di samping menjejaskan kesihatan, amalan ini juga
menyebabkan seseorang membazir wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara-perkara
yang lebih berfaedah. Perbuatan menagih dadah juga boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan
dalam keluarga dan dijangkiti penyakit AIDS. Oleh itu, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen
untuk menghindarkan rakyat daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan
kesihatan.

Mengambil rehat yang mencukupi

Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan sambil
memegang gelas dengan tangan kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air
tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman
dan bacteria yang merbahaya kepada kesihatan. Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan
meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun
setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari
terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan
dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan
keserian wajah dan awek muda.

RAS 1

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks,
yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat
dan sedikit protein. Setiap hidangan makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak.
Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, roti, mi, mihun, biskut, pasta, bijirin sarapan,
capati, thosai, ubi keledek, keladi dan kentang.

ARAS 2

Aras 2 Piramid Makanan mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat.
Makanlah makanan di aras ini dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.
Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

ARAS 3

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan
protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua
lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan
kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya
dan hasilnya seperti tauhu dan tempe, kacang dhal dan kacang merah.

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih.
Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil
tenusu rendah lemak.
ARAS 4

Lemak, minyak, coklat, gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid.
Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.

Kepentingan Gaya Hidup Sihat Yang Lain..

a) Rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat dapat melahirkan sebuah negara yang maju.

b) Mewujudkan keluarga yang dapat memenuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, sosial, dan psikologi
secara optimum.

c) Mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat.

d) Mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.

a) Memastikan tahap kesihatan yang baik

b) Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan

FIZIKAL:

* Menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan,persekitaran dan alam sekitar

MENTAL:

* Mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspek ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran

Vous aimerez peut-être aussi