Vous êtes sur la page 1sur 5

aga Kesihatan dan Kuatkan

Semangat
MASALAH KESIHATAN ATAU KECACATAN DAPAT MENJEJASKAN
KEHIDUPAN SESEORANG. Ulf dahulunya sihat dan cergas, tetapi
setelah menjadi lumpuh, dia berkata, “Saya sangat murung. Saya tiada
tenaga, keberanian, atau kekuatan . . . Saya rasa seperti hidup saya
dihancurkan.”

Pengalaman Ulf mengingatkan kita bahawa meskipun kita berusaha


untuk mencegah penyakit, kesihatan kita tidak terjamin sepenuhnya.
Maka, jika kesihatan kita semakin merosot, adakah hal itu bermaksud kita
tidak mungkin bahagia? Tidak. Sebelum membincangkan hal itu, mari
kita lihat nasihat-nasihat yang menyumbang kepada kesihatan yang baik.

“BERSIKAP SEDERHANA.” (1 Timotius 3:2, 11) Jika kita selalu makan


dan minum secara berlebihan, kesihatan kita akan merosot dan dompet
kita akan menipis. “Janganlah tergolong sebagai orang yang minum
terlalu banyak wain, atau orang yang makan daging dengan gelojoh,
kerana orang mabuk dan orang gelojoh akan jatuh miskin.”—Amsal
23:20, 21.

JANGAN CEMARI TUBUH. “Marilah kita menyucikan diri daripada


semua perkara yang menajiskan jiwa dan raga.” (2 Korintus 7:1) Orang
yang mengunyah tembakau, merokok, menyalahgunakan alkohol, atau
mengambil dadah, akan mencemari tubuh. Contohnya, merokok
“membawa penyakit dan merosakkan hampir setiap organ dalam badan,”
kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S.

MENGHARGAI TUBUH DAN NYAWA. “Kita hidup, bergerak, dan wujud


kerana [Tuhan].” (Kisah 17:28) Oleh itu, kita tidak akan sengaja
membahayakan diri semasa bekerja, memandu, atau berhibur. Tidak
berbaloi menjadi cacat seumur hidup demi sesaat keseronokan!

KAWAL EMOSI YANG NEGATIF. Fikiran akan mempengaruhi tubuh


badan. Maka elakkan daripada terlampau khuatir, marah, atau cemburu,
dan jauhilah emosi negatif yang lain. Mazmur 37:8menyatakan,
“Singkirkanlah kemarahan dan keberangan daripada dirimu.” Matius
6:34 menasihati kita, “Janganlah khuatir tentang hari esok, kerana hari
esok mempunyai kekhuatirannya sendiri.”

BERFOKUS KEPADA HAL YANG POSITIF. Amsal 14:30 menyatakan,


“Hati yang tenang menyihatkan badan.” Bible juga kata, “Hati yang
gembira bagaikan ubat yang mujarab.” (Amsal 17:22) Nasihat itu terbukti
benar dalam bidang sains. Seorang doktor di Scotland berkata, “Jika
kamu gembira, badan kamu akan lebih sihat berbanding orang yang
tidak gembira.”

KUATKAN SEMANGAT. Seperti Ulf, kita mungkin terpaksa berdepan


dengan kesusahan yang berlanjutan. Namun kita masih dapat mengawal
sikap kita. Ada yang hilang semangat kerana terlalu tawar hati, dan reaksi
itu mungkin memburukkan lagi keadaan. Amsal 24:10menyatakan, “Jika
kamu tawar hati pada masa kesusahan, kekuatanmu akan berkurang.”

Sesetengah orang pula bangkit semula walaupun berasa kecewa pada


mulanya. Mereka mencari jalan untuk menangani masalah dan
menyesuaikan diri. Itulah yang dilakukan Ulf. Dia kerap berdoa dan
memikirkan mesej Bible yang positif, maka dia “mula melihat peluang
dan bukannya halangan.” Seperti ramai orang yang pernah menanggung
cubaan yang berat, Ulf telah belajar menunjukkan belas kasihan dan
empati. Hal itu mendorongnya untuk memberitahu orang lain tentang
mesej Bible yang melegakan hati.

Steve juga pernah hidup sengsara. Semasa berumur 15 tahun, sebuah


kemalangan menyebabkannya lumpuh dari leher ke kaki. Kedua-dua
lengannya beransur-ansur pulih sehingga dapat digunakan lagi semasa
dia berusia 18 tahun. Setelah pergi ke universiti, dia mula mengambil
dadah, menjadi kaki botol, dan hidup tidak bermoral. Dia tidak memiliki
harapan, tetapi selepas belajar Bible, dia mula berpandangan positif dan
dapat membuang tabiat buruknya. “Kekosongan yang telah saya rasai
untuk begitu lama sudah tiada,” katanya. “Sekarang, hidup saya aman,
bahagia, dan puas.”

Kata-kata Steve dan Ulf mengingatkan kita akan Mazmur 19:7, 8, “Hukum
Yehuwa itu sempurna dan menyegarkan jiwa. . . . Peraturan Yehuwa itu
adil dan menggembirakan hati; perintah Yehuwa itu murni dan
memberikan pengertian.”

ISI PENTING
Perintah dan prinsip Tuhan dapat ‘menyegarkan jiwa,
menggembirakan hati, dan memberikan pengertian’ kepada orang
yang menurutinya.—Mazmur 19:7, 8.

Bible menggalakkan kita untuk . . .

 Bersikap sederhana

 Menjaga tubuh

 Menghargai nyawa

 Mengawal emosi yang negatif

 Bertumpu kepada hal yang positif

 Menguatkan semangat

Sebelumnya
Seterusnya

Topik yang Berkaitan


Kesihatan Fizikal & MentalKedamaian & Kebahagiaan
Cetak
Kongsi

PILIHAN UNTUK MUAT TURUN


Pilihan untuk muat turun bahan bacaan digital



Kongsi

Podcast

Sebelumnya
KANDUNGAN
Seterusnya
 Mencari Jalan Itu
 Berpuas Hati dan Bermurah Hati
 Jaga Kesihatan dan Kuatkan Semangat
 Kasih
 Rela Mengampuni
 Tujuan Hidup
 Harapan
 Maklumat Lanjut

Rencana yang Berkaitan


Saya Jemu dengan Gaya Hidup Sendiri
JW.ORG/ LAMAN WEB RASMI SAKSI-SAKSI YEHUWA

Ajaran Bible
 Jawapan kepada Soalan Bible
 Alat Bantu Pembelajaran Bible
 Kedamaian & Kebahagiaan
 Perkahwinan & Keluarga
 Remaja
 Kanak-Kanak
 Iman kepada Tuhan
 Sejarah & Bible
 Sains & Bible
Bahan Terbitan
 Bible dalam Talian
 Majalah
 Buku & Brosu

Vous aimerez peut-être aussi