Vous êtes sur la page 1sur 4

SETIAP BORANG PELANCONGAN 1957 MESTI DISAHKAN OLEH PENGETUA /GURU BESAR

ATAU PENOLONG KANAN DAN COP

KERTAS KERJA TERAPI BERKUDA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


(PPKI)
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PRISTANA

1.0 PENGENALAN

Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Seri Pristana


mempunyai 34 orang murid, 11 orang guru dan 3 orang pembantu pengurusan murid.
Objektif utama program berkuda ini diadakan adalah bertujuan untuk melatih dan
mendidik pelajar supaya boleh berdikari dan menyedari potensi diri serta dapat
menyesuaikan diri dengan masyarakat. Latihan berkuda ini juga amat baik untuk
meningkatkan tahap keyakinan dan kestabilan fizikal murid-murid pendidikan khas.

2.0 RASIONAL

2.1 Murid-murid lebih fokus dan dapat melatih daya keseimbangan diri.
2.2 Memberi keseronokan kepada murid.
2.3 Murid-murid dapat membina keyakinan diri.

3.0 MATLAMAT

Murid dapat membentuk konsep kendiri yang positif dan sedar akan potensi diri sendiri
dan seterusnya akan dapat meningkatkan keyakinan diri untuk bersosial dengan
masyarakat sekeliling.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi peluang kepada murid-murid yang pasif dan yang selalu mengasingkan
diri berinteraksi serta memupuk sikap keyakinan diri.
4.2 Memupuk sikap disiplin diri di kalangan murid sewaktu menjalankan aktiviti luar.
4.3 Membantu murid dari segi perkembangan fizikal dan sosial.

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

5.1 Tarikh : 12 September 2018


5.2 Masa : 8.00 pagi – 1.30 tengah hari
5.3 Sasaran : a. 34 orang murid
b. 11 orang guru
c. 3 orang PPM
5.4 Jumlah : 48 orang
5.5 Tempat : Kelab DARC, Shah Alam
6.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn Zazaluma Bt Harun (Guru Besar)


Tim. Pengerusi : Pn. Norlela binti Mohamad Salleh (PK PPKI)
Setiausaha : Cik. Shantini A/p Raman (Guru PPKI)
Bendahari : Pn. Siti Syalida Maisarah binti Mohamad (Guru PPKI)
AJK : En. Muttakin Akmal bin Maarof (Guru PPKI)
Pn. Dahlia binti Mohamad Salleh (Guru PPKI)
Pn. Ezatul Aini binti Mohamed Yusof (Guru PPKI)
Pn. Nurulhuda binti Ismail (Guru PPKI)
Pn. Rashidah binti Mohamed Rashid (Guru PPKI)
Pn. Aida Zameraa binti Anuar (Guru PPKI)
Cik Kalaivaani A/P Sunmugam (Guru PPKI)

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn Zazaluma Bt Harun (Guru Besar)


Tim. Pengerusi : Pn. Norlela binti Mohamad Salleh (PK PPKI)
Setiausaha : Cik. Shantini A/P Raman (Guru PPKI)
Bendahari : Cik. Shanmuga Priya A/P Rajkumar (Guru PPKI)

Ahli Jawatankuasa : Pengangkutan


Pn. Ezatul Aini binti Mohamad Yusof (Guru PPKI)

Keselamatan dan Disiplin


En. Muttakin Akmal bin Maarof (Guru PPKI)
Cik Kalaivaani A/P Sunmugam (Guru PPKI)
Semua guru dan PPM

Makanan Dan Minuman


Pn. Rashidah binti Mohamed Rashid (Guru PPKI)
Pn. Dahlia binti Mohamad Salleh (Guru PPKI)
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

10.1 Tambang 34 orang pelajar X RM. 30 = RM. 1020

10.2 Makan 34 orang pelajar X RM. 10 = RM. 340

10.3 Lain-lain bayaran 34 orang pelajar X RM. 20 = RM. 1190

JUMLAH BESAR RM. 2550

8.0 JADUAL AKTIVITI

8.00 Pagi : -Sarapan


9.00 Pagi : -Taklimat keselamatan
9.30 Pagi : -Terapi kuda
10.30 Pagi : -Stable tour
12.30 Petang : -Carrot time
1.00 Petang : -Bergambar
1.30 Petang : -Bertolak pulang ke SK Seri Pristana
9.0 SENARAI NAMA MURID

Rujuk lampiran 1

10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan bahawa dengan pelaksanaan program berkuda ini dapat memberi manfaat
kepada setiap murid Pendidikan Khas dari segi sosial dan emosi.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………… ………………………..
(SHANTINI A/P RAMAN) (NOLELA BINTI MOHAMED SALLEH)
Guru Pendidikan Khas, Penolong Kanan Pendidikan Khas,
SK Seri Pristana. SK Seri Pristana.

Di semak / disahkan oleh:

……………………..........
(ZAZALUMA BT HARUN)
Guru Besar,
SK Seri Pristana.

Vous aimerez peut-être aussi