Vous êtes sur la page 1sur 2

Sudah kita mengetahui bahawa Nabi Muhammad S.A.

W, merupakan rasullah yang


mempunyai akhlak yang terpuji dan keindahan dalam akhlak nya. Sahabat-sahabat nabi juga ,
telah tidak pernah menafikan bahawa nabi mempunyai akhlak yang baik malah orang-orang
kafir juga tidak menafikan hal tersebut. Oleh hal yang sedemikian,kita sebagai umat nabi
Muhammad haruslah menjadikan akhlak nabi sebagai tauladan yang dalam kehidupan kita.
Sebagai contoh, saya sebagai seorang pelajar, haruslah menjadikan akhlak nabi sebagai
panduan dalam kehidupan. Contohnya, nabi Muhammad S.A.W merupakan seorang yang
suka menolong. Allah pernah berfirman dan bermaksud bahawa:
“dan hendaklah kamu bertolong-menolong untuk kebajikan dan bertakwa, dan janganlah
kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa(maksiat) dan pencerobohan.dan bertakwalah
kepada allah,kerana sesungguhnya allah maha berat azab-nya(bagi sesiapa yang melanggar
perintah-nya”
(al-ma’idah [5]:2)
Bagaimana saya ingin mempratikkan sikap tolong menolong ketika saya masih bergelar
seorang mahasiswa? Sebagai seorang pelajar,saya haruslah menolong rakan-rakan saya
khususnya dalam bidang pelajaran. Sebagai contoh, apabila kawan saya tidak faham apa yang
penyarah ajar dalam kelas,saya boleh membantunya untuk memahami sesuatu tajuk yang
diajar oleh pensyarah. Tolong menolong bukanlah hanya harus, dalam bentuk tenaga dan
wang,malah,memberi tunjuk ajar dalam pelajaran juga termasuk dalam perbuatan tolong-
menolong. Abdu daud bersumber dari jabir ada disebutkan dan bermaksud: “ Rasulullah
berjalan dibelakang,baginda menuntut orang yang lemah ,memboncengkan, serta menyeru
untuk membantu mereka”. (Hadis riwayat Abu Daud)
Nabi muhammad juga mempunyai akhlak yang terpuji iaitu rasulullah merupakan seorang
yang murah hati dan dermawan. Sifat yang baik ini allah telah terapkan dalam setiap jiwa
hambanya. Kalau dalam jiwa nafsunya kuat muthmainnah,semestiya kedermawanan dan
murah hatinya akan tumbuh dengan suburnya. Didalam dunia ini, tiada seorang, yang paling
kaya dengan sifat dermawannya kecuali Nabi Muhammad S.A.W. Sejak kecil lagi,baginda
telah dididik supaya menjadi seorang yang murah hati.
Nabi Muhammad juga kaya dengan akhlak sifat siddiq iaitu sifat benar dalam semua perkara.
Disebabkan itulah semua umat haruslah mengikuti akhlak rasululah dalam bersifat benar.
Dengan adanya sifat benar dalam diri kita, sudah pasti agama islam akan dipandang dengan
megah oleh agama lain dan sudh pasti ramai yang terikut dengan akhlak yang baik yang
dilakukan oleh orang islam. Nabi tidak pernah berbohong dalam percakapan. Oleh
disebabkan itu, kita tidak seharusnya melakukan dosa secara “free” dengan bercakap bogonh
dan memungkiri janji. Kerana imam bukhari dan muslim telah meriwayatkan daripada Abi
Hurairah RadiyaLlahu’anhu bahawa Rasulullah pernah bersabda dan bermaksud : “Tanda
munafiq, itu ada tiga:apabila dia bercakap dia bohong,apabila dia berjanji,dia ingkari,dan
apabila dia diamahkan,dia khianat.”. dan rasulullah telah memberikan berita kegembiraan
kepada umat islam iaitu menjadikan amanah itu jalan kemenangan ke syurga.Ahmad Ibnu
Habban dan Al-Hakim meriwayatkan daripada ‘Ubadah bin As-Samit
Radiyallahu’anhu,bahawasanya Nabi telah bersabda dan bermaksud: “berilah kamu jaminan
enam perkara kepada daku,akan aku jamin pula bagi kamu syurga iaitu hendaklah kamu
tunaikan janji apabila berjanji,dan hendaklah kamu tunaikan amanahbapabila diamanahkan”.
Saya menghuraikan serba sedikit tentang akhlak Rasulullah kerana ingin berkongsikan jepada
anda semua tentang kemuliaan akhlak rasulullah yang boleh dijadikan tauldan kepada semua
umat.

Vous aimerez peut-être aussi