Vous êtes sur la page 1sur 6

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

PERTANDINGAN PETANQUE
KARNIVAL SUKAN 1 MURID 1 SUKAN (1M1S) DAERAH SEBAUH
TAHUN 2018

1. PENGUASAAN
Undang-undang dan peraturan pertandingan Petanque Berpasukan telahditetapkan oleh
Jawatankuasa Pertandingan Petanque Berpasukan Karnival Sukan 1 Murid 1 Sukan (1M1S)
menurut peraturan FIPJP 2010 dan Persekutuan Petanque Malaysia berpandu kepada undang-
undang dan peraturan am MSSR.

2. PENGELOLAAN
2.1 Kejohanan ini dikelolakan oleh SK Kuala Kebulu, Tubau.
2.2 Sebarang keputusan yang dibuat oleh AJK ini adalah muktamad dan mengatasi keputusan
terdahulu mengikut keadaan.
2.3 Adalah menjadi tanggungjawab AJK ini untuk menerangkan secara lengkap dan jelas
Peraturan pertandingan Petanque berpasukan kepada semua pasukan / peserta.

3. PENYERTAAN
Pertandingan ini terbuka untuk penyertaan semua pelajar sekolah rendah di Daerah Sebauh.

4. KELAYAKAN
4.1 Semua pelajar berdaftar di sekolah-sekolah Daerah Sebauh.
4.2 Setiap sekolah layak menghantar satu (1) pasukan sahaja.
4.3 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 2 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan.
Setiap pasukan dibolehkan menghantar tidak lebih daripada 3 peserta lelaki (1 simpanan )
dan 3 peserta perempuan ( 1 simpanan ). Jumlah kesemua peserta tidak lebih daripada 6
orang pemain.

5. PENDAFTARAN
5.1 Semua pasukan diwajibkan menggunakan borang pendaftaran pasukan yang
disediakan oleh pihak pengelola.
5.2 Sebarang pertukaran pemain dalam borang boleh dilakukan semasa pendaftaran peserta.
Sebarang pindaan atau tambahan selepas itu tidak akan dilayan.
5.3 Para peserta mesti mendaftar diri 30 minit sebelum pertandingan bermula di tempat
pertandingan. Sebarang pertukaran pemain yang didaftarkan boleh dilakukan
menggunakan borang pertukaran pemain yang dikeluarkan oleh urusetia pertandingan.

5.4 Berikut merupakan kategori yang dipertandingkan:


a. Beregu (Double) Lelaki ……………………………... .(2pemain+ 1 simpanan)
b. Beregu (Double)Perempuan ……………….………. (2 pemain+ 1 simpanan)

5.5 Mana-mana pemain yang telah didaftarkan dalam satu pasukan tidak dibenarkan
untuk bermain dalam pasukan lain.

6. FORMAT PERTANDINGAN
6.1 Acara akan dipertandingkan secara berpasukan.
6.2 Pusingan awal akan dijalankan secara liga kumpulan
6.3 Penentuan kemenangan bagi system ligakumpulan
6.3.1 Satu (1) mata diberikan kepada beregu yang menang dan kosong (0) mata
kepada yang kalah setiap pusingan.
6.3.2 Pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menjadi johan kumpulan dan
pasukan dengan mata kedua tertinggi menjadi naib johan dan seterusnya.
6.3.3 Sekiranya 3 pasukan atau lebih berkongsi mata yang sama, pemenang
ditentukan berdasar urutan berikut :
1. Kutipan mata bagi setiap perlawanan antara kategori antara pasukan
terlibat.
2. Pasukan yang mempunyai jumlah skor tertinggi antara pasukan terlibat, akan
diangap pemenang.
6.4 Undian pertandingan akan ditentukan semasa mesyuarat penyelaras oleh pihak
penganjur.
6.5 Perlawanan akan dijalankan dengan kiraan 13 mata bagi setiap “ends”.
6.6 Mana-mana pasukan yang hanya seorang yang hadir selepas 15 minit perlawanan bermula
boleh meneruskan perlawanan tersebut tetapi hanya dibenarkan menggunakan 2 boule
sahaja.
6.7 Pemain yang baru datang ketika perlawanan telah dimainkan hanya boleh bermain
setelah tamat “endster”sebut.
6.8 Perlawanan pusingan kedua akan diberhentikan apabila pemenang telah diketahui.

7. PENGGANTIAN PEMAIN
7.1 Setiap pasukan boleh membuat pertukaran pemain setengah jam (30 minit) sebelum
sesuatu perlawanan dimulakan.
7.2 Pertukaran / penggantian pemain hanya dibenarkan bagi pemain yang didaftarkan
menggunakan borang pendaftaran pasukan sahaja.
7.3 Setiap pasukan yang ingin menukarkan pemain hendaklah mengisi borang pertukaran
pemain yang dikeluarkan oleh pihak urusetia.
7.4 Penggantian pemain hanya dibenarkan sekali sahaja bagi tiap-tiap perlawanan.

8. KOD ETIKA PEMAIN


8.1 Bermainmengikutperaturan yang telah ditetapkan oleh Jawatan kuasa Penganjur.
8.2 Pemain – pemain mesti memakai pakaian seragam pasukan yang terdiri daripada baju T
berkolar dan seluar slack / track bottom yang dibenarkan dan berkasut.
8.3 Pemain / Penonton adalah DILARANG menggunakan kata-kata kesat kepada
pihak lawan, pengadil atau penonton yang lain.
8.4 Matlamat permainan ini adalah untuk menunjukkan sikap semangat kesukanan yang tinggi
dalam kalangan pemain.

9. BANTAHAN
Sebarang bantahan kepada keputusan mestilah dibuat secara bertulis kepada Setiausaha
Urusetia Pengelola Pertandingan serta hendaklah diterima 20 minit selepas perlawanan tamat
berserta bayaran RM200. Wang berkenaan tidak akan dipulangkan sekiranya bantahan tersebut
tidak berjaya.

10. JURI RAYUAN


10.1 Juri rayuan terdiri daripada :
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
Dua pengurus yang berkecuali

10.2 Sebarang keputusan Juri Rayuan adalah MUKTAMAD.


10.3 Segalahal - hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan ini adalah diselenggarakan
oleh Jawatankuasa Pengelola.

11. KAWASAN PERTANDINGAN

Pihak penganjur akan menyediakan kawasan permainan. Di dalam kawasan permainan ini
hanya pemain-pemain dan seorang jurulatih sahaja dibenarkan memasuki kawasan ini dalam
sesuatu pertandingan. Mana – mana pemain atau penyokong yang tidak terlibat di dalam
pertandingan tersebut tidak dibenarkan memasuki KAWASAN PERTANDINGAN tersebut.
CONTOH FORMAT PERTANDINGAN

LIGA KUMPULAN
Liga kumpulan akan dibahagi kepada 2 atau 3 kumpulan. (Bergantung kepada jumlah pasukan yang
bertanding)

KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C

PUSINGAN KEDUA
2 pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan melayakkan diri ke pusingan kedua / kalah mati.
**Kedudukan pasukan akan ditentukan dengan cabutan undi

FINAL
BORANG PENDAFTARAN

PERMAINAN : PETANQUE
PASUKAN : ______________________________
PENGURUS : ______________________________
WARNA JERSI : ______________________________

1. KATEGORI LELAKI
BIL NAMA PEMAIN NO. K/P NO. H/P

1.

2.

3.

1. KATEGORI WANITA
BIL NAMA PEMAIN NO. K/P NO. H/P

1.

2.

3.

______________________________________

Pengurus Pasukan : _____________________


Pejabat / Sekolah : ______________________ Nombor telefon : ________________________

Vous aimerez peut-être aussi