Vous êtes sur la page 1sur 3

soalan 1

Antaranya, adalah disebabkan oleh faktor alam ataupun fizikal iaitu kedudukan bentuk muka
bumi. Hal ini disebabkan keadaan bumi yang berbentuk bulat mempengaruhi penerimaan bahangan
sinaran matahari yang berbeza. Kedudukan Negara-negara yang terletak di kawasan Khatulistiwa
menyebabkan tidak mengalami kemarau yang melampau berbanding dengan Negara-negara yang
berada di garisan artik dan antartika. Sebagai contoh Negara Malaysia menerima pancaran matahari
sepanjang tahun menyebabkan keadaannya lembap sepanjang tahun.

Penyebab seterusnya adalah berpunca daripada faktor budaya atau manusia. Hal ini kerana
aktiviti manusia yang melakukan pembalakan secara tidak terkawal, penyahhutanan yang
berleluasa menyebabkan suhu setempat semakin bertambah akibat terganggunya proses
fotosintesis oleh tumbuhan-tumbuhan yang berfungsi sebagai penyerap karbon dioksida. Keadaan
ini ditambah lagi dengan pembebasan asap-asap daripada kenderaan berenjin setiap hari, kilang-
kilang perindustrian yang mana mengeluarkan gas-gas karbon dioksida dan monoksida dengan
jumlah yang besar. Sebagai contoh Negara jepun, amerika syarikat dan rusia adalah salah satu
contoh Negara yang tertinggi dalam membebaskan gas-gas karbon di atmosfera yang mana
menjadi punca perubahan iklim berlaku.

Soalan 2

Antara kesan perubahan iklim ialah menyebabkan berlakunya kemusnahan flora dan fauna.
Hal ini demikian kerana, peningkatan suhu panas matahari yang melampau dan panjang akibat
pembebasan gas-gas seperti gas karbon dioksida dan monoksida disebabkan aktiviti penyahhutanan
secara tidak terkawal menyebabkan sumber air mengalami kekeringan akibat tanah menjadi gondol
dan fungsi hutan sebagai system akuifer musnah. Keadaan ini juga turut mengakibatkan kesuburan
tanah dan tanaman musnah serta masalah kebakaran mudah berlaku sehingga memusnahkan
habitat ekosistem di hutan mahupun habitat akuatik seperti ikan, udang, ketam, dan sebagainya.

Selain daripada itu kesan peru bahan iklim juga menyebabkan berlakunya masalah penyakit.
Hal ini demikian kerana perubahan iklim panas yang ataupun pemanasan global menyebabkan bumi
lebih panas berbanding kebiasaannya. Keadaan ini menyebabkan manusia lebih mudah dijangkiti
pelbagai jenis penyakit terutama kepada mereka yang mempunyai imunisasi badan yang lemah.
Secara tidak langsung peningkatan suhu ini mengakibatkan penyebaran penyakit lebih aktif
berbanding sejuk seperti penyakit ketarak mata, demam panas,batuk kering, malaria, jangkitan
kulit dan lain-lain yang mana menyebabkan penyakit yang serius dan membawa maut.
Seterusnya, dampak perubahan iklim juga menyebabkan berlakunya musim La-lina. Hal ini
dimana musim hujan lebih lama daripada biasanya dan ditambah lagi dengan suhunya yang
menjadi sejuk. Oleh itu, turunya hujan yang lebih lama mengakibatkan berlakunya banjir,lalarian air
permukaan dan gelongsoran tanah dari cerun sehingga mengakibatkan kerosakan pelbagai harta
benda dan juga meragut nyawa.

Akhir sekali, dampak paling jelas sekali akibat perubahan iklim adalah berlakunya pencairan
glasier atau ais. Hal ini kerana, pemanasan global atau suhu bumi yang meningkat akibat
pembebasan pelbagai gas-gas ke atmosfera seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan sulfur
dioksida oleh tangan-tangan manusia yang rakus mengakibatkan ais di kutub utara dan juga di
kutub selatan menjadi cair. Keadaan ini secara tidak langsung paras air meningkat menyebabkan
berlakunya banjir besar sehingga menenggelamkan beberapa daratan. Sebagai contoh, beberapa
ribu pulau telah hilang dan salah satunya adalah ubeberapa daratan di Negara belanda telah
ditenggelami air akibat melelehnya ais di kedua-dua kutub.

Soalan 3

Salah satu cara yang paling berkesan untuk berhadapan dengan perubahan iklim adalah
dengan cara mengubah sikap manusia atau masyarakat itu sendiri ke arah yang lebih
bertanggungjawab dengan alam dan juga pemahaman yang tinggi tentang dampak perubahan iklim
yang akan berlaku. Misalnya, di Malaysia sendiri sering terjadinya hujan dan banjir setiap tahun,
maka persediaan yang rapi perlu di lakukan sebelum berlakunya bencana.

Antara, langkah yang perlu dilakukan bagi mengurangkan berlakunya perubahan iklim
adalah penggunaan teknologi hijau atau tenaga solar yang lebih bersifat mesra alam. Hal ini
demikian, Negara-negara maju seperti Amerika syarikat, jepun, China, Singapura, Rusia, Korea dan
Negara maju yang lain yang menpunyai teknologi yang mesra alam perlu bekerjasama dengan
negara-negara yang mundur dan sedang membangun seperti Malaysia, Indonesia dengan
pemindahan teknologi hibrid ini. Dengan Pemindahan teknologi yang mesra alam ini akan
membantu mengurangkan lagi perubahan iklim berlaku di dunia. Sebagai contoh, penggunaan
kereta api elektrik seperti LRT, Komuter dapat mengurangkan kebergantungan ke atas penggunaan
minyak dan diesel yang banyak menghasilkan gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan
monoksida.
Seterusnya, penguatkuasaan undang-undang yang ketat. Hal ini kerana pihak berkuasa
yang terlibat seperti pihak jabatan alam sekitar perlulah menguatkuasakan undang-undang yang
lebih tegas kepada pihak-pihak tertentu yang melakukan pembalakan secara haram dan juga
pembakaran secara terbuka yang mana akhirnya akan menyebabkan masalah kepada pencemaran
udara akibat pembakaran yang membebaskan gas-gas rumah hijau dan juga mengakibatkan
kemusnahan flora dan fauna akibat pembalakan secara tidak terkawal. Sebagai contoh memberi
denda yang tinggi kepada pesalah-pesalah dan juga hukuman penjara.

Tambahan lagi, langkah yang wajar untuk dilakukan bagi mengurangkan daripada
berlakunya masalah perubahan iklim adalah dengan cara pemuliharaan dan pemeliharaan sumber
alam. Hal ini demikian, pemeliharaan dan pemuliharaan adalah penting bagi mengekalkan habitat
flora dan fauna daripada musnah. Disamping itu juga penting bagi mengekalkan keseimbangan
ekosistem dan alam. Dengan itu, pengekalan dan corak penyelenggaraan alam itu adalah penting
bagi mewujudkan suasana yang nyaman dan harmoni jika cara pengurusannya sistematik. Sebagai
contoh, mewujudkan hutan simpan, taman Negara, pelaksanaan penanaman semula pokok-pokok
terutama di kawasan Bandar, dan juga kesedaran pembelajaran pemuliharaan dan pemeliharaan di
peringkat sekolah rendah lagi.

Vous aimerez peut-être aussi