Vous êtes sur la page 1sur 19

SEPTEMBER 2013

OUMM2103

ENTREPRENEURSHIP

NO. MATRIKULASI :720221035238001

NAMA :ZETY ATHKA BT CHE SOH

NO. KAD PENGENALAN :720221035238

NO. TELEFON :0179442385

E-MEL :zetyathka@yahoo.com.my

1
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN…………………………………………………3

2.0 DEFINISI ‘MICRO ENVIRONMENT’……………………………………….... 4

3.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM ‘MICRO ENVIRONMENT’………4

4.0 ANALISIS UNSUR-UNSUR ‘MICRO ENVIRONMENT’ DAN KESAN KEPADA


NESTLÉ………………7

5.0 CADANGAN UNTUK MENGURUSKAN ELEMEN ‘MICRO ENVIRONMENT’


DALAM NESTLÉ…………………………………………………………14

6.0 RUMUSAN……………………………………………………………..18

RUJUKAN …………………………………………………………………19

2
1.0 PENDAHULUAN

Nestlé ialah sebuah syarikat pembuat makanan berpakej multinasional yang ditubuhkan dan
beribu pejabat di Switzerland. Penubuhannya wujud pada tahun 1905 hasil gabungan antara
Anglo-Swiss Milk Company, sebuah syarikat susu yang ditubuhkan oleh adik-beradik Page di
Cham, Switzerland, pada tahun 1866 dan Farine Lactée Henri Nestlé Company yang didirikan
pada tahun 1867 oleh Henri Nestlé yang menghasilkan produk makanan bayi. Sebutan yang tepat
bagi nama Nestlé ialah (ˈnɛstle), dan ianya diambil sempena nama seorang tokoh ahli farmasi
yang berbangsa Swiss dan berasal dari negara Switzerland. Henri Nestlé telah menggunakan
lambang keluarganya sebagai tanda perniagaan pada tahun 1867 dan perkataan ‘Nestlé’ yang
bermaksud “sarang kecil” dalam bahasa ibundanya hari ini difahami di serata dunia sebagai
lambang kemesraan, keselamatan, khasiat, kekeluargaan, pemupukan nilai-nilai murni dan
keprihatinan. Di samping itu, syarikat Nestlé sangat komited untuk memperkembangkan
perniagaan sebagai syarikat pemakanan, kesihatan dan kesejahteraan yang terkemuka di dunia,
berdasarkan nilai-nilai kemanusiaan dan prinsip-prinsip yang bernas.

Menurut ‘Annual Result 2010’ (2011), reputasi korporat Nestlé merupakan antara yang tertinggi
di kalangan syarikat-syarikat besar Switzerland. Saham-saham syarikat ini disenaraikan dalam
SWX Swiss Exchange. Ia beroperasi hampir di setiap negara di dunia ini dan mempunyai
280,000 warga kerja di seluruh dunia. Sehubungan dengan ini, syarikat Nestlé terdiri daripada
449 buah kilang di 83 buah negara serta menghasilkan lebih daripada 10,000 produk yang
berbeza. Di Malaysia, lebih kurang 1 bilion produk dijual setiap hari. Nestlé di Malaysia
ditubuhkan pada tahun 1912 yang beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor. Di samping itu juga,
ia mempunyai 7 kilang dan 6 pejabat jualan. Selain daripada itu, terdapat juga 1 Pusat
Pengedaran Kebangsaan. Ia merupakan peneraju pengeluaran makanan halal dan mencatat
perolehan sebanyak RM3.9 bilion bagi tahun 2008 (Nestle Malaysia Berhad, 2013).

Di Malaysia, hampir semua orang membesar dan menggunakan bersama barangan syarikat
Nestlé. Oleh itu, sebagai syarikat makanan yang terulung di Malaysia, Nestlé berkomited untuk
menjana khasiat rakyat Malaysia dengan menawarkan makanan yang bernilai, berkualiti dan
selamat. Di samping menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi dalam masa jangka
masa panjang, ia juga dapat memelihara alam sekitar untuk generasi yang akan datang. Selaras
dengan janji syarikat membawa “Good Food, Good Life” (Makanan Berkhasiat, Hidup Sihat),

3
Nestlé berusaha untuk memenuhi keperluan pengguna bagi mencapai pemakanan yang seimbang
dan berkhasiat, serta kesejahteraan yang menyeluruh melalui produk yang penuh khasiat,
pelbagai, lazat dan mudah.

Nestlé telah menghasilkan lebih dari 300 produk Halal. Antara produk yang dihasilkan oleh
Nestlé ialah Kit Kat, Wafer Milo, ‘Lactogen’, ‘Drumstick Techno’, ‘Drumstick Retro’ dan
Konfeksi Ais Mat Kool Tangle, ‘Mat Kool Super Blaster’ dan ‘Tropicana Plus’. Selain daripada
itu, Nestlé juga mengeluarkan produk Nutrien untuk diabetik dan Paptamen untuk membantu
dalam proses penyembuhan. Manakala produk minuman tenusu dingin seperti ‘Yogurt Bliss’,
‘Yogurt Nestlé serta minuman susu berkultur iaitu ‘Yoco’ dan Yogurt Nestlé Tanpa Lemak. Bagi
kanak-kanak pula, Nestlé menghasilkan Coklat Susu dalam Kelongsong Gula Rangup Tanpa
Pewarna Tiruan (Smarties), ‘Susu Tepung Neslac Excella Gold’, bijirin Nestum dan Kopi segera
‘Nescafé Classic Baru’. Namun begitu, syarikat ini turut memiliki pesaing –pesaing dalam
pengeluaran produk pemakanan. Antaranya ialah, Yeos dan Dutch Lady. Syarikat Nestlé juga
terlibat dalam program kebajikan iaitu program ‘Nestlé Healthy Kids’ dan acara ‘World Walking
Day’

2.0 DEFINISI ‘MICRO ENVIRONMENT’

Menurut ‘Business Dictionary’ (2011), ia merupakan faktor-faktor atau elemen-elemen yang


dekat dengan kawasan organisasi yang beroperasi. Di samping itu, ia juga memberi kesan kepada
prestasi dan kebebasan dalam membuat keputusan. Faktor-faktor ini termasuklah pesaing,
pelanggan, saluran pengedaran, pembekal, dan orang awam. Organisasi ini mesti menganalisis
dan memantau semua unsur-unsur mikro persekitaran secara tetap.

3.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM ‘MICRO ENVIRONMENT’

Unsur-unsur mikro persekitaran adalah seperti berikut:

3.1 Pelanggan

Tiada organisasi boleh hidup tanpa pelanggan dan pengguna. Seorang pelanggan adalah orang
yang membeli produk atau perkhidmatan untuk pengguna yang akhirnya menggunakan produk
atau perkhidmatan organisasi. Oleh itu, pengguna sebenarnya berada pada kedudukan tengah dan
dianggap sebagai raja dalam sesebuah organisasi yang berjaya. Sehubungan dengan ini

4
pelanggan merupakan aset yang paling penting dalam memastikan perniagaan mereka dapat
terus beroperasi. Oleh itu, tanpa pelanggan maka organisasi tidak mungkin akan dapat
menjalankan apa pun jua bentuk perniagaan. Kenyataan ini turut disokong oleh Barjoyai (2002)
dan Norashidah et al. (2008). Dalam hal ini adalah menjadi tanggungjawab organisasi untuk
untuk memenuhi apa jua kehendak pembeli atau pelanggannya (Jaafar et al. 2000). Pemantauan
dan penganalisaan terhadap tingkah laku pelanggan adalah sangat penting dan perlu selari
dengan kemajuan teknologi yang ada sekarang.

3.2 Pesaing

Pesaing sebenarnya mempunyai kesan yang besar ke atas prestasi syarikat ataupun organisasi.
Sebagai contoh, apabila pesaing harga mengurangkan daya tarikan, pasaran boleh jatuh dan
keupayaan mereka untuk melakukan pembaharuan boleh merosakkan jenama produk yang
dikeluarkan. Syarikat-syarikat pemasaran bukan sahaja memantau dan berusaha untuk
memahami pelanggan tetapi juga kajian tentang pesaing dan jenama mereka bagi memahami
kekuatan , kelemahan , strategi dan corak tindak balas.

Pesaing setiap syarikat ataupun organisasi menghadapi pelbagai saingan. Syarikat mesti berada
dalam keuntungan strategik berbanding dengan kedudukan pesaing untuk berjaya dalam
pasaran. Syarikat juga perlu mengenali dan mengkaji kekuatan, kelemahan dan ketidakcekapan
pesaing dalam mengorganisasikan sesebuah syarikat atau organisasi. Ia dapat membantu
sesebuah organisasi ataupun syarikat untuk menpertingkatkan mutu perkhidmatan yang sedia ada
kepada yang lebih baik.

3.3 Pembekal

Pembekal merupakan kuasa penting dalam persekitaran mikro terutamanya dalam operasi
sesebuah organisasi ataupun syarikat. Pembekal adalah orang-orang yang membekalkan input
seperti bahan-bahan mentah utama dan sumber bekalan yang boleh dipercayai supaya perniagaan
dapat berjalan dengan lancar. Selain daripada itu, pembekal juga mempunyai kuasa dalam tawar
menawar harga dan juga syarat – syarat perjanjian perniagaan kepada pembeli bahan mentah.

5
Dalam sesebuah organisasi ketidaktentuan masalah bekalan seperti penyelenggaraan inventori,
boleh menjejaskan bekalan inventori untuk sesebuah organisasi. Keadaan ini secara tidak
langsung boleh menyebabkan kos industri juga turut terjejas.

Dalam hal ini, kebergantungan sesebuah organisasi perniagaan kepada pembekal tunggal
menyebabkan berlakunya risiko di mana sekiranya berlaku penyekatan masuk bekalan bahan
mentah ataupun mogok para pemebekal maka organisasi perniagaan yang dijalankan terpaksa
menanggung kerugiaan kos operasi yang berlipat ganda. Ini akan memberi kesan yang negatif
kepada organisasi perniagaan untuk meneruskan operasi sesebuah syarikat perniagaan ataupun
industry. Oleh itu pembekal sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menentuhkan
jatuh bangun sesebuah syarikat perniagaan.

3.4 Pihak Institusi Kewangan

Insitusi kewangan seperti pihak bank menyediakan pinjaman kepada syarikat perniagaan untuk
mengembangkan perniagaan yang sedia ada ataupun untuk membiayai perniagaan baharu. Walau
bagaimanapun, pinjaman daripada institusi kewangan sukar untuk diperolehi terutamanya bagi
perniagaan baharu. Ini adalah kerana perniagaan yang baharu bukan sahaja tidak mempunyai
rekod prestasi tetapi juga kerana pembayaran faedah yang membebankan perniagaan baharu.
Oleh itu, sangat jelas bahawa institusi kewangan sememangnya mempunyai pengaruh secara
langsung terhadap usahawan dalam sesebuah syarikat perniagaan.

3.5 Organisasi Bukan Kerajaaan

Terdapat pelbagai kumpulan ataupun organisasi bukan kerajaan yang mempunyai kepentingan
dan boleh mempengaruhi organisasi perniagaan. Antaranya ialah persatuan pengguna, persatuan
perniagaaan, kumpulan pencinta alam sekitar, organisasi politik dan juga kumpulan agama,
Dalam hal ini, organisasi bukan kerajaan yang terdiri daripada pelbagai kumpulan akan
menyebabkan dan mempengaruhi syarikat perniagaan melalui kempen terhadap produk atau
perkhidmatan tertentu serta penyebaran maklumat mengenai sesuatu produk yang dikeluarkan
oleh sesebuah syarikat perniagaaan itu. Apabila ini berlaku, ianya secara tidak langsung dapat
mempengaruhi pengguna dan memberikan tekanan kepada pihak kerajaan untuk mengambil
tindakan dalam isu - isu tertentu.

6
3.6 Pihak Kerajaan Dan Agensi Yang Terlibat

Pihak kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam mempengaruhi aktiviti
keusahawanan ataupun syarikat perniagaan melalui pelaksanaan polisi dan dasar. Di antaranya
ialah Dasar Ekonomi Baru, Polisi Penswastaan dan juga Dasar Pertanian yang telah dilaksanakan
di negara kita. Polisi dan peraturan yang dikenakan oleh pihak kerajaaan dan juga agensi-agensi
yang terlibat ini sebenarnya mempunyai objektif dan juga tujuan yang tertentu. Ia sememangnya
memberi kesan secara langsung kepada aktiviti-aktiviti organisasi sesebuah syarikat perniagaaan.
Walaupun kerajaan mengenakan dan mengadakan polisi dan peraturan namun pihak kerajaan
juga turut menyokong syarikat perniagaan yang ingin menjalankan operasi perniagaan.

4.0 ANALISIS UNSUR-UNSUR ‘MICRO ENVIRONMENT’ DAN KESAN KEPADA


NESTLÉ

4.1 Pelanggan

Syarikat Nestlé sangat mementingkan pengguna ataupun pelanggan dalam penghasilan produk
contohnya ialah susu dan nutren untuk diabetik. Matlamat utama Nestlé adalah untuk
meningkatkan kualiti kehidupan para pengguna ataupun pelanggan setiap hari dengan makanan
dan minuman kesihatan. Dalam hal ini, Nestlé bukan sahaja menawarkan pilihan makanan dan
minuman yang lebih lazat dan lebih berkhasiat tetapi juga menggalakkan gaya hidup sihat. Ia
dizahirkannya menerusi saranan korporat Nestlé iaitu ‘Good Food, Good Life’. Berdasarkan
komitmen ini Nestlé berusaha untuk meningkatkan nilai khasiat, rasa dan kenikmatan produk
terhadap pemakanan, kesihatan serta kesejahteraan khususnya apa yang terbaik untuk para
pelanggan.

Apa yang penting juga ialah Nestlé turut membina komunikasi dan maklumat jenama bagi
menggalakkan dan memperkasakan pengguna untuk membuat pilihan mengenai diet mereka
berdasarkan makumat yang diberi. Menyahut keperluan pengguna moden terhadap kesihatan,
pemakanan dan kesejahteraan yang mudah serta menyeronokkan pada tahun 2008, Nestlé
melakukan pencapaian penting perniagaan apabila ia menjadi yang pertama dalam industri untuk
menawarkan rangkaian penuh produk tenusu dingin dengan “Tiada Pewarna Tiruan” di bawah
kempen komunikasi ‘Sesetengah Perkara Adalah Yang Terbaik Apabila Dibiarkan Dalam
Keadaan Semulajadi’ yang menerima maklum balas sangat positif daripada semua pengguna.

7
Malaysia
Selain daripada itu, syarikat perniagaan Nestlé juga mendidik pengguna tentang pentingnya
sajian yang seimbang dari segi karbohidrat, protein, dan sayur-sayuran serta buah buahan dalam
setiap menu hidangan.

Bergerak selari dengan evolusi pesat perniagaan yang disertai persaingan yang semakin
meningkat dalam pasaran, tumpuan diberikan bagi memastikan perkhidmatan pengguna berada
pada tahap yang tertinggi kepada pelanggan tempatan dan eksport, iaitu mengekalkan atau
meningkatkan bahagian pasaran dengan pelbagai kategori produk. Satu faktor penting dalam
memastikan kepuasan pengguna ataupun pelanggan ialah dengan menyediakan bekalan produk
dalam kuantiti, masa, kualiti, rasa, kesegaran, kemudahan dan kos yang tepat.

Di samping itu juga pihak Nestlé berusaha untuk mendekati pengguna melalui penyelidikan dan
pembangunan seterusnya membentuk masa depan menerusi tindakan dan penemuan syarikat.
Oleh itu, adalah sangat jelas bahawa kesan yang paling besar kepada syarikat perniagaan Nestlé
ialah dapat menghasilkan produk makanan dan juga minuman yang terbaik bukan sahaja
mementingkan keselamatan malah juga mesra dan menepati citarasa pengguna. Keadaan ini
secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi produk dan juga nama Nestlé sebagai sebuah
syarikat perniagaan yang mendahulukan pelanggan ataupun pengguna dalam memasarkan
produk serta perkhidmatan lain terutamanya yang melibatkan pelanggan.

4.2 Pesaing

Setiap perniagaan yang diwujudkan pastinya ada persaingan. Ini kerana perniagaan tanpa
persaing sudah pasti akan berada dalam prestasi yang sama dan tidak akan melangkah
kehadapan. Syarikat Nestlé juga menghadapi persaingan daripada beberapa pihak antaranya ialah
‘Seven Eleven’, ‘Best One Frozen Product Enterprise’, TESCO dan juga GIANT. Oleh itu
syarikat Nestlé senantiasa membuat penambahbaikan untuk memajukan syarikat dengan
melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi dan reinovasi terhadap produk
pengeluaran yang dihasilkan contohnya dari segi pembungkusan, pengiklanan, promosi jualan
dan strategi promosi seperti berkomunikasi dengan syarikat dan juga pengguna untuk
memudahkan syarikat menyampaikan mesej kepada pengguna ataupun pelanggan serta dapat
mengetahui maklumbalas daripada pelanggan terhadap produk yang dihasilkan.

8
Selain daripada itu, pihak syarikat juga menjadikan persaingan yang wujud sebagai pemangkin
semangat ahli syarikat supaya lebih gigih dalam menjalankan promosi dan juga aktiviti yang
boleh melariskan jualan produk. Persaingan yang dihadapi juga adalah untuk melatih setiap ahli
lembaga pengarah syarikat Nestlé memainkan peranan masing-masing semasa sedang
menjalankan amanat dan juga tanggungjawab mengikut prinsip-prinsip perniagaan korporat
Nestlé. Ini dapat dibuktikan apabila Nestlé telah memasuki kesemua sepuluh prinsip ‘Global
Compact Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu’ yang telah disesuaikan mengikut perubahan arus
dunia di mana operasi perniagaan yang melibatkan prinsip, polisi, piawaian dan garis panduan
yang lebih terperinci dihubungkan khusus kepada salinan dalam talian kepada setiap pihak dalam
web. Nestlé juga turut mengadakan dialog yang berterusan dengan rakan niaga dan juga
pembekal bagi memastikan kepentingan pelanggan dan juga produk yang dihasilkan benar-benar
menepati citarasa pengguna serta berkualiti. Di samping itu, ia juga dapat memastikan syarikat
Nestlé kekal releven kepada aorang awam.

Syarikat Nestlé juga mengadakan dan mengekalkan hubungan yang baik dengan rakan niaganya
seperti MICCI (‘Malaysian International Chamber of Commerce and Industry’), FMM (‘The
Federation of Malaysian Manufacturers’) dan juga BCSDM (‘Business Council for Sustainable
Development in Malaysia’). Tujuannya adalah untuk menjaga reputasi syarikat dan sama-sama
membangun sebagai industri perniagaan yang berjaya serta mampu memenuhi impian dan
citarasa pelanggan khususnya.

Kesan daripada persaingan ini syarikat Nestlé sebenarnya bukan sahaja dapat mengetahui dan
juga menguji kekuatan dan kelemahan yang ada pada syarikat ini malah ia juga dapat membantu
syarikat ini untuk lebih berdaya saing secara positif dengan syarikat-syarikat lain yang sama
berada dalam industri perniagaan.

Menurut Nadzri (2000), organisasi perniagaan ataupun usahawan yang mempunyai minat
terhadap pesaingnya dapat bersaing secara efektif dan berkeyakinan dalam menghadapai cabaran
peniagaan.

4.3 Pembekal

Dalam usaha untuk memberi dan mengekalkan produk yang terbaik dan selamat kepada
pelanggan, syarikat Nestlé juga perlu kepada pembekal yang dapat menjamin sumber bekalan

9
yang berkualiti dan mencukupi terhadap penghasilan barangan produk Nestlé. Oleh yang
demikian syarikat Nestlé telah memperkenalkan Kod Pembekal Nestlé dan juga Polisi Nestlé
mengenai Kemampanan Alam Sekitar. Sehubungan dengan ini, pihak syarikat Nestlé
memastikan para pembekal, ejen, subkontraktor dan warga kerja untuk mempamerkan kejujuran,
integriti dan keadilan, serta mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Ia juga
menetapkan piawaian yang minimum daripada pembekal, ejen, subkontraktor dan warga kerja.

Disamping itu, Kod Pembekal merangkumi integriti perniagaan, amalan operasi dan pertanian
yang berterusan, piawaian buruh serta amalan keselamatan, kesihatan dan persekitaran. Syarikat
Nestlé berhak untuk memastikan pembekal mengamalkan dan mematuhi Kod Pembekal secara
berterusan. Selain daripada itu, syarikat Nestlé juga menyumbang kepada pertanian dan
pembangunan luar bandar dengan membantu dalam penambahbaikan pengeluaran pertanian,
status sosial, ekonomi kaum petani, masyarakat luar bandar dan dalam sistem pengeluaran untuk
menjadikannya lebih mampan dari segi alam sekitar. Tujuannya adalah untuk memastikan kilang
syarikat Nestlé memperoleh bahan mentah secara kompetitif, pada kualiti dan spesifikasi
keselamatan yang diperlukan. Ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pengeluaran
jangka panjang terhadap sumber bahan mentah. Apa yang nyata, syarikat Nestlé telah terlibat
dalam ‘Usaha Pertanian Mampan Nestlé’ (SAIN) di mana ianya memberi panduan tentang
penglibatan dalam sistem perladangan untuk menyokong amalan pertanian, pembangunan luar
bandar, proses pemerolehan serta amalan yang mampan untuk jangka masa yang panjang.

Selain itu, syarikat Nestlé juga telah merasionalisasikan jaringan pengedaran dan mengurangkan
kos dengan meningkatkan penghantaran secara langsung daripada kilang kepada pelanggan.
Syarikat Nestlé berjaya menghantar produk melalui darat daripada Thailand kepada pengedar di
Malaysia Barat dan melalui laut ke Malaysia Timur. Usaha ini adalah sejajar dengan objektif
Nestlé dalam memastikan bekalan, penghantaran dan juga rangkaian bekalan adalah mencukupi
bagi menampung produk yang akan dihasilkan. Sehubungan dengan ini juga, syarikat Nestlé
telah bekerjasama dengan pembekal-pembekal untuk menerima bahan mentah sesegar mungkin
dan mengilangkan bahan mentah ini menjadi bahan siap dalam tempoh paling singkat. Produk
yang telah siap dihantar kepada pelanggan sejurus selepas pengeluaran, bagi memastikan ia
boleh didapati di rak barangan di pasar raya dan kedai serbaguna secepat mungkin.

10
Pembekal yang berkualiti dan mampan mampu mengangkat syarikat Nestlé menjadi sebuah
syarikat yang dapat memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan ataupun pengguna terutamanya
dalam bidang pemakanan dan minuman.

4.4 Pihak Institusi Kewangan

Institusi-institusi kewangan terdiri daripada bank-bank perdagangan, syarikat-syarikat kewangan,


syarikat-syarikat sewa pajak dan syarikat pemfaktoran. Syarikat-syarikat dan bank yang dimiliki
sepenuhnya oleh kerajaan yang menjalankan urusan pinjaman ditakrifkan sebagai institusi
kewangan. Syarikat-syarikat yang terlibat ialah MIDF atau Malaysian Industrial Development
Finance dan Pembangunan Leasing Sendirian Berhad. Bank-bank yang berkaitan ialah Bank
Pertanian Malaysia Berhad, Industrial Development Bank, Bank Bumiputra Malaysia Berhad,
Sabah Development Bank dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad. Kemudahan pembiayaan
kewangan untuk modal tetap dan modal pusingan perniagaan disediakan oleh institusi-institusi
kewangan dan agensi serta badan kerajaan yang tertentu sahaja.

Bank Islam Malaysia Berhad yang turut terlibat dalam memberi kemudahan kewangan kepada
sektor perniagaan dan perindustrian bagi mengukuhkan lagi kegiatan urusan bank dan
perniagaan secara keseluruhan. Institusi-institusi kewangan menyediakan lapan kemudahan
utama untuk kegunaan perniagaan iaitu, ‘Overdraf Bank’, Pinjaman Bermasa, Skim Pinjaman
Khas (CGC), Tabung Pelaburan Baru, Kemudahan Diskaun Akaun Belum Terima, Surat Kredit
,Sewa Pajak dan Sewa Beli.

Antara contoh bentuk pinjaman yang diberikan ialah dalam bentuk ‘overdraf bank’. Kemudahan
overdraf bank ini membolehkan perniagaan yang mempunyai akaun semasa dalam sesebuah
bank perdagangan mengeluarkan cek melebihi simpanan sebenar yang dimiliki dalam akaun
semasanya. Had jumlah overdraf yang dibenarkan tertakluk kepada rekod pelanggan dengan
bank yang berkenaan dan budi bicara bank tersebut. Dalam keadaan yang tertentu bank-bank
mengenakan syarat cagaran bagi kemudahan overdraf. Kemudahan ini dapat digunakan bagi
membiayai modal pusingan. Overdraf bank terhad sehingga RM50,000.00 Lazimnya bank
memerlukan cagaran daripada pemohon yang baru. Faedah yang dikenakan adalah berdasarkan
baki overdraf setiap hari.

11
Syarikat Nestlé juga tidak terlepas daripada institusi kewangan ini namun, dengan pelbagai
penganugerahan dan kedudukan kewangan syarikat Nestlé sebagai syarikat yang berjaya
membuktikan bahawa status kewangan syarikat ini berada dalam kedudukan yang teguh. Antara
contoh penganugerahan yang dirangkul oleh syarikat Nestlé ialah pada pada tahun 2012 iaitu
telah memenangi Anugerah Platinum untuk CSR di bawah Anugerah NACRA. Semua ini akan
menambahkan lagi komitmen para pemegang saham dalam syarikat ini tentang pulangan nilai
yang akan dinikmati oleh ahli-ahlinya. Keadaan ini juga turut menambat hati para pemegang
saham untuk terus menyokong supaya syarikat ini menjadi lebih berjaya.

Nestle mengumumkan keuntungan bersih RM113.187 juta pada suku kewangan ketiga berakhir
30 September 2010, meningkat 42 peratus daripada RM79.760 juta pada suku sama tahun
sebelumnya (Suffian, 2010). Oleh itu, syarikat Nestlé merupakan sebuah syarikat yang
mempunyai dana yang kukuh dan tidak menjadi masalah sekiranya pihak institusi kewangan
hendak meluluskan pinjaman bagi memajukan syarikat ini ke arah yang lebih efisien, berdaya
saing dan juga unggul bukan sahaja diperingkat tempatan malah di mata dunia luar.

4.5 Organisasi Bukan Kerajaaan

Terdapat organisasi bukan kerajaan khususnya swasta yang memainkan peranan penting dan
juga menawarkan perkhidmatan kepada syarikat Nestlé. Di antara agensi-agensi yang
menyediakan khidmat runding cara ini ialah Institut Piawaian Perindustrian Malaysia (SIRIM),
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia
(MARDI), Pusat Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Pusat Penyelidikan Logam Malaysia
(MIDEC), Perbadanan Pengeluaran Negara (NPC) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Dalam sektor swasta terdapat beberapa syarikat yang menjalankan khidmat runding cara dalam
industri-industri yang khusus, termasuk juga syarikat-syarikat asing di Malaysia. Sehubungan
dengan ini, terdapat pihak institusi pengajian tinggi yang turut menyediakan khidmat runding
cara dari segi pengurusan serta perkhidmatan teknikal kepada sesebuah syarikat. Antaranya ialah
Unit Penyelidikan dan Perundingan Perindustrian (IRCU), Universiti Sains Malaysia, Fakulti
Kejuruteraan, Universiti Malaya, Pusat Pembangunan Perusahaan Kecil (SBDC), Universiti
Pertanian Malaysia, Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) dan Universiti

12
Teknologi MARA. Agensi-agensi tertentu akan mengenakan bayaran minimum untuk
kemudahan khidmat nasihat ini.

Pada tahun 2008, Nestlé Malaysia menandatangani dua perjanjian bersama Institut Penyelidikan
dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk kerjasama pertanian mengenai
penyelidikan dan pembangunan (R&D). Di antaranya ialah Skim perladangan kontrak beras
merah tradisional Nestlé di Serikin, Sarawak yang dapat mempertingkatkan taraf kehidupan dan
punca pendapatan bagi kaum petani secara mampan serta mencipta peluang untuk menambahkan
tahap pendapatan. Ini jelas menunjukkan bahawa syarikat Nestlé juga turut mengakui yang
organisasi bukan kerajaan merupakan badan yang penting dan perlu dalam membantu dan
menjayakan misi dan visi sesebuah oganisasi perniagaan.

4.6 Pihak Kerajaan Dan Agensi Yang Terlibat

Pihak kerajaan dan agensi yang terlibat juga menyediakan kemudahan kursus-kursus dan latihan
keusahawanan sebagai bantuan sokongan. Ini secara tidak langsung dapat membangunkan
sektor perniagaan kecil dan juga usahawan. Kursus-kursus keusahawanan ini merangkumi
kursus-kursus yang khusus dalam aspek-aspek pengurusan yang tertentu.

Kerajaan dan sektor swasta menawarkan kemudahan bagi mengikuti kursus-kursus


keusahawanan ini. Agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam mengendalikan kursus
keusahawanan ini ialah Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC, UiTM), Pusat Daya
Pengeluaran Negara (NPC), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Belia Dan Sukan
(KBS) serta Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.

Badan-badan profesional seperti Institut Pemasaran Asia (AIM), Institut Pengurusan Malaysia
(MIM), Institut Pengurusan Personel Malaysia (MPIM) dan Syarikat-syarikat Rundingan turut
mengendalikan kursus yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan dan keusahawanan.

Nestlé juga turut melibatkan syarikatnya dalam mengadakan hubungan perniagaan secara
langsung ataupun tidak langsung dengan badan-badan kerajaan ini seperti Kementerian Belia
Dan Sukan iaitu dengan memberi tajaan kepada persatuan atau pertandingan sukan seperti sukan
sekolah, negeri dan peringkat negara. Selain daripada itu juga, tajaan ini memberi kepentingan
kepada syarikat penaja seperti pengecualian cukai. Tajaan Nestlé Milo adalah seperti minuman

13
milo, pakaian dan piala pertandingan. Antara contohnya ialah Nestlé Supermeet iaitu temasya
sukan, Le Tour de Langkawi 2008, Kejohanan Ping Pong Jr. Asia Tenggara 2008, Kejohanan
Hoki Indoor Asia Pertama, Kejohanan Bowling Tenpin All Stars Junior Antarabangsa MILO dan
Kejohanan Skuasy All Stars Junior MILO.

Kesan yang dapat dilihat dengan ketara daripada sokongan dan penglibatan Nestlé dengan pihak
kerajaan serta agensi yang terlibat ialah pengecualian cukai. Walaupun sumbangan yang diberi
oleh syarikat Nestlé dengan menaja pertandingan sukan seperti menyediakan baju dan minuman
tetapi ia juga mampu memperkenalkan produk keluaran terbaru Nestlé seperti MILO GRAB ‘N
GO kepada pelanggannya.

5.0 CADANGAN UNTUK MENGURUSKAN ELEMEN ‘MICRO ENVIRONMENT’


DALAM NESTLÉ

Sehubungan dengan ini, Syarikat Nestlé juga turut menghadapi pelbagai masalah dan rintangan
dalam usaha untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan disukai ramai. Walaupun terdapat
idea yang kreatif, namun mengambil inisiatif yang efektif untuk berfikiran terbuka dalam
menerima sesuatu risiko adalah intipati yang sangat penting dalam sesebuah organisasi
perniagaan. Berikut adalah beberapa cadangan untuk menguruskan elemen ‘micro environment’
terutamanya dalam syarikat Nestlé. Antaranya ialah seperti pada muka surat seterusnya:

5.1 Menjadikan pelanggan adalah fokus utama

Pelanggan merupakan aset yang paling bernilai dalam menentukan jatuh bangun sesebuah
perniagaan, malah tanpa pelanggan perniagaan akan lumpuh dan tidak boleh beroperasi. Oleh itu
pelanggan atau pengguna adalah nadi ataupun raja dalam urusniaga serta perniagaan. Walaupun
begitu, pelanggan juga turut menyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan.

Walaupun pihak syarikat Nestlé sangat mementingkan pelanggannya namun masih lagi terdapat
kekangan iaitu kekurangan pelanggan kerana jualan produk hanya tertumpu pada satu tempat
sahaja dan kesannya, tidak semua pelanggan yang datang untuk membeli produk atau
mendapatkan khidmat daripada pihak Nestlé. Pelbagai bentuk promosi telah pun dilakukan
untuk melariskan jualan produk namun tidak dinafikan masih lagi terdapat kepincangan dalam
mengungguli para pelanggan.

14
Dalam hal ini, pihak Nestlé bukan sahaja perlu malah hendaklah mewujudkan dan juga
menambahkan lebih banyak lokasi perniagaan yang mengadakan promosi hebat tentang produk
yang dihasilkan. Antaranya ialah ‘loyalty program’ di mana anjaran kepada pelanggan yang setia
menggunakan produk anda. Ia juga boleh mengadakan tawaran untuk pelanggan baru seperti
menghantar emaill kepada pelanggan-pelanggan yang belum pernah melayari laman web anda.
Sertakan maklumat mengenai kempen jualan anda serta tawaran-tawaran yang akan diperoleh.
Selain itu, penggunaan facebook sebagai medium perantaraan dengan pelanggan. Ini dapat
menjalinkan rangkaian serta memperluaskan promosi jualan barangan anda.

Selain daripada itu, faktor layanan dan tawaran harga juga sebenarnya amat penting dijadikan isu
dalam mengangkat syarikat Nestlé sebagai sebuah organisasi perniagaan yang unggul di mata
orang ramai. Pihak Nestlé mesti mengadakan sesi kaunseling kepada semua pekerja yang telah
dikenalpasti menghadapi masalah yang berkaitan dengan sikap. Ini kerana amalan sikap layanan
yang tidak menghiraukan kehadiran pelanggan adalah sangat merugikan syarikat. Menurut
Norhatta (2003), layanan yang baik merupakan perkara penting untuk mengatasi pesaing dalam
perniagaan yang berorientasikan perkhidmatan. Demikian juga dengan harga yang ditawarkan
oleh pihak syarikat hendaklah berpatutan dengan kualiti barangan yang dihasilkan.

5.2 Mewujud dan meningkatkan persaingan yang lebih positif

Menurut Nor aishah (2002), terdapat sesetengah usahawan yang berpendapat lokasi perniagaan
yang paling sesuai ialah tempat di mana wujud pemusatan pelanggan iaitu suatu tempat yang
sering dikunjungi orang ramai. Persaingan dapat mendorong sesebuah perniagaan itu untuk
saling bekerja keras bagi memajukan syarikat masing-masing. Selain itu ia juga mewujudkan
persaingan secara sihat di kalangan usahawan. Oleh yang demikian, dapat meluaskan skop
pasaran produk melalui talian e-dagang terhadap target group (kumpulan sasaran) yang telah pun
dilakukan kajian dan menjadi sasaran syarikat.

Ini akan melengkapkan lagi peningkatan mutu barangan keluaran Nestlé di mana tumpuannya
adalah terhad terhadap perkhidmatan dan keluaran yang mempunyai kelebihan daya saing dan
berkeupayaan menjadi pengeluar terbesar dunia. Tanggal Januari 2012, akta persaingan akan
mula berkuatkuasa sekaligus menggalakkan peningkatan persaingan, pelaburan asing serta

15
merancakkan lagi pasaran semasa. Ia juga direka bagi melindungi para peniaga dari sebarang
amalan tidak sihat dan salah guna kuasa.

Secara tidak langsung, dengan adanya persaingan yang positif syarikat juga boleh melakukan
pelaburan di luar negara. Mengadakan kontrak dengan syarikat di luar negara juga dapat
membantu dalam pengaliran wang asing. Ia bukan sahaja dapat bertukar-tukar maklumat
berkaitan dengan pelanggan masing-masing malah dapat mempelajari kepakaran dan kemahiran
syarikat luar negara dalam menguruskan syarikat.

Menghantar kakitangan ke luar negara untuk mengikuti latihan di sana, dan mereka pula akan
menghantar kakitangan untuk memantau dan membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan
dalam negara

5.3 Mengenalpasti dan meningkatkan inovasi produk

Meningkatkan daya tarikan kreativiti dan juga inovasi bagi sesuatu produk boleh menambahkan
peningkatan dalam penghasilan produk. Ini kerana dengan pelbagai inovasi baru membolehkan
pelanggan mencuba produk yang dihasilkan mengikut citarasa dan juga keperluan pelanggan.
Sehubungan dengan ini juga, pihak syarikat Nestlé akan mengenalpasti produk yang unik dan
tiada di pasaran Malaysia, Asia dan juga dunia amnya. Dalam hal ini Program Peningkatan
Kualiti Produk dan Perkhidmatan (Program Groom Big) cuba membantu bagi mengeluarkan
produk yang mematuhi kehendak dan piawaian antarabangsa serta memasarkannya dengan harga
lebih kompetitif. Dalam syarikat Nestlé sendiri terdapat pelbagai inovasi produk yang telah pun
berada di pasaran dengan tujuan untuk memenuhi permintaan pelanggan secara global.

5.4 Mewujudkan ‘Global awareness’, ‘International negotiation skills’ dan ‘International


finance’ di kalangan pengurus.

Pengurus merupakan orang yang penting dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah
syarikat. Oleh yang demikian, seseorang pengurus itu mesti mempunyai ‘Global awareness’ iaitu
mempunyai pengetahuan dan maklumat tentang perubahan- perubahan yang berlaku di dunia.
Malah bukan itu sahaja, pengurus juga mestilah mampu mengetahui kerumitan yg wujud serta
mempunyai `competitive mind’ iaitu mempunyai keupayaan untuk bersaing dan mempunyai visi
mengenai standard- standard yang hendak dicapai. Selain daripada itu, seorang pengurus

16
mestilah mempunyai ‘international strategies’ iaitu visi antarabangsa yang mana bentuk
pemikiran untuk masa depan yang jelas supaya pendekatan yang diambil untuk memajukan
syarikat adalah tepat dan tidak merugikan.

Dalam hal ini sebagai pengurus, ‘international negotiation skills’ juga adalah amat penting.
Pengurus mestilah mempunyai kemahiran dalam perundingan di peringkat antarabangsa supaya
dapat memastikan organisasi dan negara mendapat faedah daripadanya. ‘International marketing’
juga sangat penting diketahui oleh seorang pengurus yang mana pengetahuan serta kefahaman
yang mendalam tentang kaedah yang diamalkan dalam pasaran yang berbentuk global. Syarikat-
syarikat besar yang bertaraf dunia termasuklah syarikat Nestlé mengambil pendekatan pemasaran
yang agresif seperti pengiklanan, melobi, kaedah pemasaran terus dan jaminan selepas penjualan.

Apa yang penting ialah, pengurus mesti dan perlu mempunyai keupayaan untuk terus mencari
pasaran-pasaran baru serta berupaya menarik para pelabur baru. Peranan dan fungsi seorang
pengurus juga bertindak sebagai ‘international finance’ iaitu pengurus perlu memahami serta
mempunyai kebolehan untuk menggunakan kesempatan dan peluang yang boleh diperolehi
daripada pasaran kewangan antarabangsa. Pengurus perlu memahami mekanisma tertentu seperti
`exchange rate’ ataupun kadar pertukaran wang. Pengurusan `cash flow‘ atau aliran tunai dan
pengurusan sumber kewangan terutama di peringkat antarabangsa mestilah difahami dan juga
diperdalami.

5.5 Merancang strategi pemasaran secara menyeluruh

Strategi pemasaran hendaklah dilakukan secara menyeluruh iaitu dengan mengeksploitasikan


sumber-sumber yang ada dan menggunakan pelbagai kaedah agar dapat memberikan khidmat
dan juga bantuan yang terbaik kepada klien supaya berpuashati dengan layanan dan
perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat. Ini secara tidak langsung menggalakkan
pelanggan memberitahu kebolehan sesebuah syarikat itu kepada rakan-rakan, ahli keluarga dan
juga sesiapa sahaja yang ingin menggunakan perkhidmatan ataupun membeli keluaran produk
yang dihasilkan.

Selain daripada itu, kempen-kempen promosi tentang kejayaan syarikat melalui iklan dan brosur
boleh membantu dalam perkembangan syarikat itu sendiri. Syarikat juga menawarkan
perkhidmatan yang terbaik berbanding dengan syarikat pesaing yang wujud. Ini dapat

17
direalisasikan dengan memberikan latihan, kursus kepada para pekerja sebelum mereka
mengendalikan kerja-kerja dalam organisasi. Oleh itu, dengan mengrekrut dan memilih para
pekerja yang terbaik iaitu sesuai dengan kemahiran serta pengalaman pekerja itu sendiri yang
melayakkan mereka diterima oleh syarikat menyebabkan syarikat pesaing akan berasa gerun
untuk bersaing. Oleh itu, dalam menghadapi persaingan pada peringkat global, pihak persatuan
industri dan perdagangan bumiputera perlu memainkan peranan yang lebih proaktif serta inovatif
dalam usaha untuk membantu dalam pemasaran produk dan perkhidmatan ke luar negara.

6.0 RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, elemen-elemen yang ada dalam ‘micro environment’ seperti pelanggan,
pesaing, pembekal, institusi kewangan, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan merupakan
item-item yang penting dalam memastikan kejayaan sesebuah syarikat. Walau bagaimanapun,
terdapat juga halangan-halangan yang terpaksa dihadapi oleh syarikat Nestlé seperti persaingan
dengan syarikat pengeluaran makanan yang lain dan juga kesukaran untuk mendapatkan
pinjaman daripada institusi kewangan. Walaupun begitu, dengan reinovasi dan inovasi yang
berterusan disertai dengan kewibawaan pengurus yang berkelibar dalam syarikat tersebut
membolehkan syarikat ini muncul sebagai sebuah syarikat yang terunggul dari segi penghasilan
dan pengeluaran produk makanan bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara.

Kejayaan sebenar bagi sesebuah syarikat adalah gabungan elemen yang terdapat dalam ‘micro
environment’ itu sendiri. Di samping itu, apa yang pasti ialah bukan sahaja penghargaan dan
pengiktirafan yang menjadi kayu ukur dalam perkembangan sesebuah syarikat namun lebih jauh
daripada itu ialah kebolehan sesebuah syarikat itu dalam memenuhi dan menangani
permasalahan yang dihadapi para pengguna produk dan juga perkhidmatan yang dihasilkan.

(4673 patah perkataan)

18
RUJUKAN

Barjoyai, B. (2002). Keusahawanan dan perniagaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Business Dictionary. (2011). Definition of ‘micro environment’. Retrieved Nov 2, 2013, from

http://www.businessdictionary.com/definition/microenvironment.html # ixzz2gQzlfO1J

Jaafar, Mohd, I., & Zafir. (2000). Pengantar pengurusan. Kuala Lumpur: Leeds Publication.

Nadzri, M. (2000). Program pembangunan kerajaan. Retrieved Nov 8, 2013, from

www.geocities.com/haji_nadzri/mohamad.html

Nestlé (Malaysia) Berhad. (2013). Retrieved Nov 4, 2013, from www.nestle.com.my

Norashidah, H., Noraishah, B., & Norasmah, O. (2008). Conceptualizing entrepreneurial

readiness for Malaysian higher learning institution. International Joint Conference on e-

Commerce, e-administration, e-soceity, and e-Education.

Nor Aishah, B. (2002). Asas keusahawanan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Norhatta, M. (2003). Pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam perniagaan dan keusahawanan

di kalangan pelajar-pelajar sekolah di sekitar Lembah Klang. Tesis sarjana pendidikan.

universiti Kebangsaan Malaysia.

Suffian, A. B. (2010). Analisis Saham: Pendapatan Nestle lepasi unjuran. Retrieved Nov 10,

2013, from

http://www.bharian.com.my/articles/AnalisisSaham_PendapatanNestlelepasiunjuran/Acl/

19

Vous aimerez peut-être aussi