Vous êtes sur la page 1sur 11

FAKULTI SAINS SOSIAL

SEMESTER 4 / TAHUN 2018

OUMM2203

PROFESSIONAL ETHICS

NO. MATRIKULASI : 920501025479001


NO. KAD PENGNEALAN : 920501-02-5479
NO. TELEFON : 0134029649
E-MEL : shidi_radzali@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PP ALOR STAR


ARAHAN
 Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.
 Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN
(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK
TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Fakulti bagi
tugasan kursus berkenaan.
 Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan (bergantung
kepada bilangan patah perkataan pada arahan di soalan tugasan) TIDAK
termasuk rujukan.
 Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan
langkau baris 1.5.
 Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
 Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
 Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS.

1
Manusia sebagai makhluk yang turut sama mendiami bumi bersama makhluk makhluk
yang lain boleh dikatakan sebagai insan sosial yang membezakannya dengan makhluk
ataupun haiwan biasa. Pertama,manusia dikurniakan dengan akal fikiran yang mampu
berfikir dengan rasional. Keduanya, setiap perlakuan manusia ditentukan oleh pelbagai
peraturan sosial dan budaya setempat mengikut tempat kediamannya. Menurut Emmet,
d.(1996) dalam buku “Rules, Roles, and Relations” mengatakan bahawa peraturan
manusia tidak wujud sendiri, tetapi dikumpul dan dijadikan panduan berdasarkan ilmu
pengetahuan dan pengalaman baru dan lama yang dialami oleh manusia tersebut.
Manusia tidak dapat lari dari kehidupan bersosial ataupun bermasyarakat. Sebagai insan
sosial yang saling memerlukan antara satu sama lain, keperluan terhadap perhubungan
serta komunikasi penting dalam memastikan setiap manusia mendapat keperluan mereka
dengan sempurna. Bermula dari kehidupan berseorangan, berkeluarga dan seterusnya
bermasyarakat yang menjadi penghuni sesuatu tempat, perhubungan antara manusia
walaupun dapat menyediakan keperluan pada mereka, namun tidak dapat lari daripada
masalah yang timbul. Walaupun manusia merupakan satu spesies yang sama, namun
tidak bermakna cara pemikiran serta nilai dan etika juga sama. Setiap manusia
mempunyai set norma, kepercayaan dan nilai yang mana membentuk pemikiran dan
moral mereka. Norma, kepercayaan dan nilai ini dibentuk melalui budaya atau agama,
sosial atau politik dan ekonomi atau teknologi. Perbezaan antara tiga ini yang
mempengaruhi setiap manusia dengan cara berbeza menjadikan setiap manusia itu
berbeza dan unik antara satu sama lain, juga menjadikan setiap manusia itu berbeza
moral, pemikiran serta etikanya. Kehidupan bersosial dan bermasyarakat yang
memerlukan setiap manusia tetap pada satu nilai dan norma yang sama menjadi susah
dan kompleks jika setiap manusia berbeza cara pemikirannya. Keperluan yang
memerlukan pada satu peraturan yang menyatukan setiap dilema moral yang terjadi ini
membawa kepada penciptaan undang undang yang dijadikan sebagai panduan serta
peraturan yang perlu digunakan serta dipatuhi oleh manusia. Pengimplementasian undang
undang boleh dilihat di sesebuah masyarakat apabila setiap orang ramai dikehendaki
berkelakuan mengikut norma dalam perhubungan dengan orang lain. Oleh itu, undang
undang boleh dijelaskan sebagai set peraturan universal yang tetap(konsisten),
diterbitkan, boleh diterima oleh umum, dan selalunya dikuatkuasakan. Terdapat lima ciri

2
ciri undang undang seperti konsisten, universal, diterbitkan, diterima, dan
dikuatkuasakan. Konsisten boleh dijelaskan sebagai ketetapan sesebuah undang undang
tersebut tidak berubah. Keperluan untuk bertindak atau tidak yang menjadi dilema moral
perlu konsisten dan tidak bergerak atau berubah secara relatif. Keperluan ini juga
perlulah tidak bercanggah antara satu sama lain. Jika terdapat percanggahan, maka
undang undang tersebut tidak dikira tetap dan konsisten dan tidak boleh ditakrifkan
sebagai undang undang kerana seseorang pasti tidak dapat mematuhi kedua duanya
sekali. Ciri kedua pula ialah universal atau menyeluruh. Undang undang yang digubal
perlu menjadikan ianya boleh diterima dan digunakan oleh semua orang yang memiliki
sifat yang sama serta keadaan yang sama. Sebagai contoh, peraturan jalan raya yang
digubal bagi setiap pengguna boleh menggunakannya dengan selamat dan selesa. Ciri
ketiga iaitu diterbitkan dapat dihuraikan sebagai dijadikan bahan bacaan kepada umum
dengan dicetak dan di war warkan di media massa. Undang undang yang diterbitkan dan
dapat diakses dengan mudah oleh semua orang dalam masyarakat dapat membuat setiap
mereka mengkaji dan memahami setiap peraturan yang digariskan lalu dapat memberi
kerjasama dalam mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Ciri seterusnya pula iaitu
diterima pula dapat dijelaskan sebagai keperluan bagi setiap orang dalam masyarakat
untuk mematuhi dan mengikut garis panduan undang undang yang telah ditetapkan. Jika
ada yang tidak mengikutinya, maka mereka akan dipaksa supaya mengikutinya. Ciri
kelima iaitu dikuatkuasakan dapat dihuraikan sebagai keperluan terhadap pemaksaan
kepada anggota masyarakat yang tidak dapat mengikuti arahan dan undang undang yang
telah ditetapkan. Terdapat hukuman yang telah ditetapkan jika anggota masyarakat
terbabit tidak dapat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Penciptaan undang undang yang digaris sebenarnya datang dari kegagalan manusia
sebelum ini yang tidak mampu menyelesaikan dilema moral sesuatu masalah. Apabila
undang undang dicipta dan dijadikan garis panduan mengikut moral majoriti manusia
dalam masyarakat, terdapat perbahasan dalam isu ini yang menyatakan adakah undang
undang sekarang telah menjadi wakil keputusan moral kolektif anggota masyarakat atau
tidak. Perbahasan ini telah membuka ruang terhadap kajian mengenai hubungan antara
undang undang dan piawaian moral. Terdapat tiga kesimpulan yang boleh dicapai dalam
mempertimbangkan kemungkinan kemungkinan dalam hubungan antara keputusan moral

3
dan kehendak undang undang. Kesimpulan pertama ialah sebahagian besar keperluan
undang undang adalah bertindih. Kebanyakan undang undang yang digubal selalunya
bertindih dengan piawaian moral yang mungkin wujud dalam masyarakat. Sebagai
contoh, undang undang tidak boleh mencuri adalah sama dengan moral setiap orang yang
menegah perbuatan mencuri. Undang undang selalunya bertindih kerana jika dilihat
kembali penggubalan undang undang, ia memang dilakukan bagi menyelesaikan dilema
moral yang berlaku dalam masyarakat. Jadi, kemampuan undang undang untuk sama
dengan piawaian moral amat kerap berlaku. Seperti undang undang terhadap penggunaan
dadah, kelakuan seks, dan liabiliti produk sama dengan kepercayaan moral yang
dipegang oleh golongan majoriti dalam masyarakat. Namun begitu, terdapat juga undang
undang yang tiada kaitan langsung dengan kaitan moral dan nilainya. Seperti di atas jalan
raya, keperluan memandu di sebelah kiri jalan tidak mempunyai kaitan dengan moral dan
tidak ada ketetapan sama ada betul atau tidak, tetapi dilakukan untuk memudahkan
pengguna jalan raya dan mendapat persetujuan oleh semua golongan masyarakat.
Kesimpulan kedua pula ialah keperluan undang undang sering dilihat lebih cenderung ke
arah negatif, dan sebaliknya pula pada piawaian moral. Piawaian moral dilihat lebih ke
arah positif dan menggalakkan, manakala keperluan undang undang lebih kepada
melarang. Sebagai contoh, dalam undang undang, kita dilarang mencuri, merompak,
membunuh, mengganggu ketenteraman awam, mengkhianati negara. Namun begitu tiada
undang undang yang menggalakkan masyarakat melakukan sesuatu perkara yang postif
seperti membantu orang lain dalam keadaan terdesak. Tiada undang undang yang
menegaskan mesti membantu mangsa dalam kebakaran, tetapi kepercayaan moral
majoriti manusia dewasa akan membantu mangsa kebakaran mengikut kemampuan
mereka. Kesimpulan ketiga pula ialah keperluan undang undang agak ketinggalan
berbanding piawaian moral masyarakat. Menurut Syed Hussien Al-Attas di dalam buku
Cita Sempurna Warisan Sejarah, perbezaan moral dan pemahaman cita sempurna yang
berbeza antara manusia yang menjadikan cita sempurna iaitu kehidupan manusia yang
bermoral itu bergerak lambat. Sebagai contoh, perbuatan John Brown (1800-59) di
Amerika yang cuba menghapuskan perhambaan dihukum bunuh ketika itu. Syed Hussien
menyatakan lagi, dalam masyarakat yang mengizinkan sistem perhambaan, terdapat
orang yang tidak menerima kezaliman dalam tingkah laku terhadap hamba. Penentangan

4
ini tidak bersifat relatif(berubah) kerana kepercayaan moral manusia normal yang
membenci kezaliman sesama sendiri, walaupun ketika itu masyarakat kebanyakannya
menerima perhambaan. Penentangan ini melanggar cita masyarakat sedia ada, dengan
dasar kemanusiaan dan kepercayaan moral. Kira kira seribu tahun selepas itu baru
undang undang mengenai perhambaan dikuatkuasakan dan menghalang mana mana
manusia dijadikan hamba abdi. Disebabkan penggubalan undang undang, banyak
masalah moral seperti diskriminasi jantina dan bangsa, pencemaran alam sekitar dan
rasuah boleh dikawal dan diatasi dengannya. H.L.A Hart di dalam In the Concept Of Law
ada membahaskan mengenai hubungan antara moral dan undang undang. Menurutnya,
hubungan antara piawaian moral dan undang undang merupakan suatu hubungan yang
mutlak, lebih lagi di dalam keadilan ketika menjatuhkan hukuman. Sebagai contoh, telah
tertulis dalam undang undang bahawa sesiapa yang didapati bersalah membunuh, maka
hukumannya ialah dipenjara. Dari sini kita dapat lihat bahawa pesalah tersebut dihukum
kerana tindakannya yang datang dari keputusan atau niat si pesalah tersebut untuk
membunuh dan bukan kerana warna kulit atau jenis rambut pesalah tersebut. Jika
keputusan ini tidak dilaksanakan mengikut apa yang telah ditetapkan dalam undang
undang, ia boleh dikira melanggar etika dan moral dan juga tidak berlaku adil seperti
yang ditetapkan.
Kita mengetahui bahawa undang undang terhasil apabila berlaku dilema moral yang tidak
mampu diselesaikan. Undang undang menjadi suatu panduan untuk setiap anggota
masyarakat yang mana perlu dipatuhi bagi memastikan keharmonian seluruh anggota
masyarakat terjamin. Pembentukan undang undang berlaku melalui beberapa proses.
Proses pertama ialah proses individu. Setiap individu mempunyai piawaian moralnya
sendiri yang dipengaruhi oleh norma, kepercayaan dan nilai masing masing. Norma
bererti kriteria perbuatan. Ini merupakan salah satu cara bagaimana seseorang individu
menjangka bagaimana reaksi semua orang apabila menghadapi sesuatu keadaan. Seperti
contoh norma masyarakat Melayu apabila datang bertandang ke rumah orang lain, akan
membawa buah tangan serta tidak memakai kasut ketika berada di dalam rumah.
Kepercayaan pula ialah pandangan atau pemikiran seseorang individu. Kepercayaan tidak
sama dengan norma kerana kepercayaan melibatkan pemikiran dan bukannya tindakan
atau perbuatan seperti norma. Ia juga merupakan cara setiap individu menjangka

5
bagaimana orang ramai akan berfikir tentang konsep konsep tertentu. Sebagai contoh
bagaimana kita berfikir mengenai konsep demokrasi berparlimen dan menjangkakan
orang lain akan mengenali konsep tersebut dan akan menerimanya juga. Pegangan yang
kuat terhadap norma dan kepercayaan oleh setiap individu akan melahirkan nilai yang
mana seseorang itu akan berpegang kuat dengan norma dan kepercayaannya dan
menjadikannya perkara pertama yang akan diikut apabila terdapatnya sesuatu perkara
berlaku. Piawaian moral setiap individu walaupun berbeza tetapi ia tetap akan mencari
seseorang atau satu kelompok yang sama pemikiran dan kepercayaan moral dengannya.
Apabila setiap individu yang mempunyai persamaan kepercayaan moral berkumpul,
maka akan terjadi pula proses kumpulan dalam membentuk undang undang. Kita sudah
mengetahui bagaimana norma, kepercayaan dan nilai mempengaruhi kepercayaan moral
seseorang individu. Di dalam sesebuah kumpulan yang sama kepercayaan moral,
kepercayaan moral mereka berubah dan beradaptasi melalui perhubungan antara
kepercayaan moral dengan konteks. Konteks boleh didefinisikan sebagai latar belakang
umum atau persekitaran sekeliling sesuatu keadaan. Terdapat enam faktor konteks yang
berhubung kait iaitu ajaran agama, tradisi budaya, keadaan ekonomi, pembangunan
teknologi, organisasi sosial dan proses proses politik. Sifat konteks yang berhubung kait
secara tidak langsung memastikan setiap faktor berhubung dan berinteraksi antara satu
sama lain. Sebagai contoh bagaimana perubahan teknologi akan membawa kepada
perubahan dari sudut politk, lalu akan membawa kepada perubahan ekonomi dan
seterusnya akan memberi kesan kepada budaya untuk mengalami perubahan. Tidak ada
satu kajian yang tepat mengenai bagaimana setiap faktor dan kepercayaan ni berhubung
atau berinteraksi, namun ia dapat dilihat bagaimana perubahan status wanita masa kini
kerana peralihan aktiviti ekonomi daripada perlombongan, pembuatan berat kepada
pengetahuan dan perkhidmatan. Proses seterusnya pula ialah proses sosial. Proses sosial
ini merupakan interaksi seseorang individu terhadap persekitarannya. Walapun
mempunyai kepercyaan sosial yang sama dalam masyarakat, tetapi setiap individu pasti
berbeza cara pendedahannya dengan individu lain dari faktor faktor ekonomi, teknologi,
sosial, politik, budaya dan agama. Perbezaan pendedahan ini selalunya berpunca daripada
kedudukan individu, unit keluarga, kumpulan rakan sebaya dan organisasi organisasi
normal. Seseorang yang berpegang pada kepercayaan moral yang sama selalunya

6
cenderung untuk bersatu dalam kumpulan kumpulan kecil. Selaras dengan pergerakan
zaman dan masa, kumpulan kumpulan kecil yang membesar ni akan kembali berpecah
menjadi organisasi organisasi kecil supaya boleh berkompromi. Kumpulan kumpulan
kecil ini merupakan sub kepada organisasi yang besar seperti firma perniagaan, kesatuan
kerja, parti politik, badan amal, institusi agama dan persatuan veteran. Organisasi yang
besar ini akan mencapai satu kompromi pada suatu masa nanti dan akan berpecah kepada
organisasi yang lebih kecil. Proses seterusnya pula ialah proses politik. Proses politik
boleh dihuraikan sebagai sesebuah organisasi yang diwartakan menggunakan norma,
kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh mereka menjadi undang undang sebagai satu
cara untuk mengatasi konflik. Perwartaan undang undang walaupun perlu diikut oleh
setiap anggota masyarakat, tetapi kita masih tidak dapat menolak ada dalam kalangan
anggota yang tidak sependapat dengan kepercayaan moral yang dijadikan undang undang
tersebut. Terdapat teori teori alternatif yang boleh digunakan untuk menyesuaikan
perbezaan perbezaan pendapat yang timbul agar tidak mendatangkan konflik seperti
kepimpinan ketua kerajaan, kompromi institusi, rundingan badan perundangan dan
desakan para pengundi. Perbezaan pendapat yang dipegang oleh orang awam ini perlu
diambil peduli memandangkan setiap daripada mereka hidup di kawasan yang berbeza
dan keperluan juga berbeza dan tidak mampu untuk diselaraskan. Orang awam boleh
menyatakan pendapat mereka dengan cara mengundi sesetengah pegawai pentadbir dan
kesemua ahli penggubal undang-undang disamping menyampaikan secara tidak langsung
melalui kaji selidik awam, surat dan media.
Proses pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan 1970 tidak melalui proses yang
mudah. Semenjak kemasukan kaum India dan Cina sewaktu pemerintahan British
sebelum merdeka, perbahasan mengenai sistem pendidikan seringkali diperkatakan.
Orang melayu hanya terbatas pendidikan mereka setakat menjadi petani yang moden dan
maju, manakala orang Cina kebanyakannya menggunakan silibus dari China, manakala
orang India hanya setakat aktiviti perladangan dan penerokaan estet semata. Pendidikan
merupakan elemen yang amat penting untuk kemajuan negara dan juga penyatuan kaum,
tambahan pula sewaktu itu Tanah Melayu belum mencapai kemerdekaan, maka isu
pendidikan menjadi isu utama untuk diperbahaskan. Disebabkan tiga kaum ini
sebelumnya belajar menggunakan sistem yang berbeza, maka penyatuan antara kaum

7
amat susah untuk dilaksanakan. Pengamalan sistem vernakular sewaktu zaman penjajah
masih lagi sebati dalam jiwa masyarakat Malaysia. Oleh itu usaha kesepaduan sistem
pendidikan secara sistematik telah dicadangkan dan diperdebatkan semenjak zaman
penjajahan British lagi. Bermula dengan Dasar Cheeseman 1946, kerajaan British
menggubal dasar yang menggalakkan penggunaan bahasa ibunda masing masing. Namun
dasar ini diperdebatkan oleh komuniti Cina yang mana setiap pihak perlu diberi peluang
juga untuk belajar di sekolah Inggeris sama ada peringkat rendah mahupun menengah.
Kemudian, Jawatankuasa Car-Saunders 1947 pula dibentuk untuk merancang pendidikan
tahap universiti di Tanah Melayu. Matlamat untuk menjadikan penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar dilihat tidak berjaya kerana masing masing dari
komuniti Cina dan India beranggapan bahawa penggunaan satu bahasa tersebut akan
menggugat bahasa ibunda mereka. Tahun 1949, Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
ditubuhkan bagi memupuk perpaduan dalam masyarakat majmuk untuk membina sebuah
negara baharu. Walau bagaimanapun, setiap komuniti etnik masih mempertahankan
sistem pendidikan yang diwarisi menyebabkan penyatuan ini amat sukar. Pada tahun
1951, Laporan Barnes telah diperkenalkan. Laporan ini mencadangkan dua jenis sekolah
sahaja iaitu sekolah Melayu dan sekolah Inggeris. Bahasa Cina dan dan bahasa Tamil
diajar sebagai satu matapelajaran sahaja. Disebabkan terdapat bantahan daripada kaum
Cina dan India, dan cuma masyarakat Melayu sahaja yang bersetuju, maka satu
jawatankuasa lain telah diperkenalkan iaitu Laporan Fenn Wu bagi mengkaji sistem
pendidikan pelbagai kaum di Tanah Melayu. Laporan Fenn Wu 1951 yang dilihat banyak
memberi peluang kepada orang Cina untuk mengekalkan adat, bahasa, sistem
pembelajaran itu mendapat reaksi daripada pelbagai pihak sementara orang Melayu
menolak Laporan Fenn Wu ini kerana hanya menguntungkan komuniti Cina. Pada tahun
1956, laporan Razak telah dijadikan Dasar Pendidikan yang pertama di tanah Melayu.
Kandungan Laporan Razak ini yang dilihat memuaskan hati semua kaum kerana tidak
menghapuskan sistem vernakular sebaliknya masih mewujudkan Sekolah Jenis
Kebangsaan bagi kaum Cina dan India, dalam masa yang sama bahasa Melayu dijadikan
bahasa pengantar di sekolah rendah dan menengah. Laporan Rahman Talib pada tahun
1960 telah diwujudkan bagi mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran yang terkandung
dalam Penyata Razak. Laporan ini dilihat menumpukan kepada golongan susah dan tidak

8
berkemampuan untuk pergi ke sekolah bagi meningkatkan taraf hidup. Dan akhirnya
Dasar Pendidikan Kebangsaan 1970 telah digubal dan diguna pakai dalam sistem
pembelajaran di Malaysia ini. Penggunaan dasar ini dalam menyatupadukan masyarakat
berbilang kaum serta mewujudkan negara bangsa agar setiap penduduk menghayati dan
bersama sama menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang harmoni walaupun
mempunyai masyarakat berbilang kaum.
Keperluan undang undang sebagai suatu dasar yang menjadi panduan pilihan moral
merupakan suatu dasar yang tidak sempurna, tetapi amat diperlukan ketika dilema moral
terjadi. Setiap anggota perlu sedar dan seterusnya akur dengan keperluan undang undang
yang digubal bukan untuk menyekat kebebasan, tetapi bagi memudahkan urusan
perhubungan antara sesama manusia yang kadang kala mempunyai banyak masalah.
Tindakan moral manusia yang berbeza tidak dapat dinafikan lagi kerana setiap individu
terdedah oleh faktor konteks dalam kehidupan mereka yang berbeza. Disebabkan itu,
undang undang dijadikan simbolik teratas dalam menegakkan keadilan, berlandaskan
etika dan kepercayaan moral. Pembentukan undang undang juga melalui beberapa proses
yang bersandarkan juga kepada keperluan moral majoriti manusia pada sesuatu tempat.
Proses pembentukan seperti proses individu, proses kumpulan, proses sosial dan akhirnya
proses politik yang menggunakan kuasa bagi menggubal undang undang agar mampu
menjaga keharmonian dan keselamatan setiap anggota masyarakat.
2530 Words.

9
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Syed Hussien Al-Attas, (2001), Cita Sempurna Warisan Sejarah, UKM

Saari Sungib, (2011), Islam, Demokrasi dan Hak Asasi Manusia, Kemilau Publika.

Mohd Syariefudin Abdullah, (2014), Hubungan Etnik, OUM.

Peter Cane, (2012), Morality, Law and Conflicting Reasons For Action, Cambridge Law

Journal, 71(1), 59-85.

10

Vous aimerez peut-être aussi