Vous êtes sur la page 1sur 21

NEW TAKAFUL BASIC EXAMINATION (TBE) Online (BM)

Q1: Yang manakah di antara risiko berikut, boleh diinsurankan?

I. Risiko Tulen
II. Risiko Khusus
III. Risiko Spekulatif
IV. Risiko Harta

a. I, II dan III
b. I, II dan IV
c. II, III dan IV
d. Semua di atas

Q2: Sijil Takaful Perbelanjaan Perubatan utama biasanya membayar:

a. Perbelanjaan dari Ringgit yang pertama


b. Manfaat tunai harian
c. Berkongsi kos
d. Deduktibel yang telah dipersetujui

Q3: Yang mana satu di antara penyataan berikut adalah BENAR berkenaan penyelaras/penilai
kerugian?

I. Mereka biasanya dilantik oleh pengendali takaful untuk menilai tahap kerugian sesuatu
kerosakan dan jumlah penyelesaian kerugian
II. Mereka selalu membantu peserta dalam persediaan dan rundingan berkenaan tuntutan
III. Mereka menjalankan perniagaan penyelaras iaitu menyiasat penyebab dan keadaan
kerugian serta menentukan jumlah kerugian
IV. Mereka bebas daripada sebarang ikatan dengan mana-mana pihak

a. I dan II
b. II dan III
c. III dan IV
d. Semua di atas

Q4: Dana takaful akan dilaburkan di dalam:

I. Pelaburan Terbitan Kerajaan


II. Sukuk Terbitan Kerajaan
III. Dana Pemegang Saham
IV. Akaun Pelaburan Am

a. I, II dan III
b. I, II dan IV
c. II, III dan IV
d. Semua di atas

Q5: Berikut adalah matlamat penubuhan persatuan dalam industri insuran Islam:

I. Mempromosikan landasan yang kukuh kepada industri Takaful di Malaysia


II. Mewakili kepentingan ahli dalam semua hal yang berkaitan dengan Takaful
III. Memberi dan menyediakan nasihat dan bantuan bila diperlukan
IV. Menjalankan audit dalaman ke atas operasi ahli-ahlinya

Yang manakah dari matlamat di atas adalah peranan utama Persatuan Takaful Malaysia (MTA)?

a. I, II dan III
b. I, II dan IV
c. I, III dan IV
d. II, III dan IV

Q6: DUA (2) jenis riba yang utama adalah _______.

a. Riba Buyu’ dan Riba Sahih


b. Riba Wahyu dan Riba Soleh
c. Riba Duyun dan Riba Buyu’
d. Riba Sufi dan Riba Dai’

Q7: Yang manakah di antara faktor berikut akan meninggikan risiko Takaful Perubatan dan
Kesihatan?

I. Umur II. Pekerjaan III. Faktor persekitaran IV. Majikan

a. III dan II
b. II dan III
c. I, II dan III
d. Semua di atas

Q8: Semua pernyataan berikut adalah BENAR berkenaan konsep takaful, KECUALI:

a. Ianya adalah pelan perkongsian keuntungan pelaburan dengan peserta


b. Ianya bermaksud dana dikumpulkan dari peserta supaya kerugian seseorang Ahli boleh
dibayar gantirugi
c. Ianya berdasarkan konsep saling membantu dan penyatuan
d. Ianya adalah pelan yang hanya memberi keuntungan kepada pengendali takaful dan
pengendali takaful semula

Q9: Berikut adalah syarat-syarat penting untuk kontrak jual beli:

I. Pembeli dan penjual


II. Ijab dan qabul (tawaran dan penerimaan)
III. Barangan dan harga
IV. Keuntungan dan modal

a. I dan II
b. II dan IV
c. I, II dan III
d. Semua di atas

Q10: Apabila seseorang (muwakkil) itu mewakilkan kepada individu (wakil) lain menjalankan
tugas-tugas perniagaan bagi pihaknya, akad ini dipanggil ______________.

a. Hibah
b. Aqad
c. Wakalah
d. Tabarru’

Q11: Antara penyataan berikut, yang manakah BUKAN syarat-syarat yang perlu ada dalam
prinsip sumbangan (principle of contribution)?

a. Sijil mesti melindungi kepentingan yang sama.


b. Sijil mesti berkenaan perkara pokok yang sama.
c. Dua atau lebih sijil melindungi peserta yang berbeza.
d. Sijil mesti melindungi peril yang sama.

Q12: Skop Garis Panduan Perniagaan Takaful Perubatan dan Kesihatan meliputi perkara berikut
KECUALI:

a. Pengunderaitan sijil takaful


b. Had manfaat yang perlu ditetapkan
c. Pengkadaran ke atas program takaful semula
d. Penetapan harga dan rezab ke atas sijil

Q13: Di antara pernyataan berikut yang manakah BUKAN menerangkan takaful semula?

a. Takaful semula adalah pilihan menggantikan reinsuran konvensional yang patuh Shariah
b. Takaful semula adalah alat menguruskan risiko yang digunakan peserta takaful untuk
memindahkan sebahagian risiko dilindung kepada pihak ketiga
c. Takaful semula adalah sejenis takaful dan sah sebagai kontrak takaful
d. Matlamat utama takaful semula adalah mengurangkan pendedahan risiko dan liabilitI dari
pemberi sekiranya berlaku tuntutan

Q14: Faedah utama takaful semula adalah:

I. Membolehkan pengagihan risiko yang lebih luas.


II. Kelebihan kewangan melalui kesamarataan
III. Berperanan menyumbang kearah mengurangkan beban kewangan dana takaful
IV. Memanfaatkan sepenuhnya kelebihan peraturan bilangan jumlah besar

a. I dan II
b. I, II dan III
c. I, III dan IV
d. Semua di atas

Q15: _________ adalah perjanjian di mana pengendali takaful dan pengendali takaful semula
menyertai pada kadar tertentu di dalam sumbangan dan kerugian atas setiap risiko di bawah
skop perjanjian.

a. Triti Fakultatif
b. Triti Lebihan Kerugian
c. Triti Proposional
d. Triti Takaful

Q16: Sesetengah pengendali takaful menambah perlindungan sijil Takaful Perbelanjaan


Perubatan untuk melindungi perkara berikut, KECUALI

a. Pesakit luar
b. Perbelanjaan pergigian
c. Perbelanjaan bersalin
d. Pembedahan kosmetik

Q17: Konsep disebalik insurans adalah dimana sumbangan dibuat oleh sekumpulan individu
yang berkongsi risiko yang sama dan dikumpulkan oleh syarikat insurans dalam bentuk
__________.

a. Pampasan
b. Premium
c. Denda
d. Faedah

Q18: Di antara berikut yang manakah BUKAN contoh risiko tulen?

a. Kebakaran
b. Banjir
c. Kecurian
d. Menguruskan Restoran

Q19: Yang manakah di antara berikut BUKAN risiko tulen?

a. Peribadi
b. Harta
c. Bahaya
d. Liabiliti
Q20: Di antara institusi berikut yang manakah menawarkan produk takaful?

I. Pengendali takaful
II. Syarikat insurans
III. Institusi perbankan yang menjalankan bankatakaful dengan pengendali takaful.
IV. Syarikat amanah saham

a. I dan II
b. II dan III
c. II dan IV
d. Semua di atas

Q21: Berapakah bilangan prinsipal boleh diwakili oleh seorang Ejen takaful yang
mempromosikan kedua-dua takaful keluarga dan takaful am?

a. Satu pengendali takaful keluarga dan tak lebih dua takaful am.
b. Satu pengendali takaful am dan tak lebih dua takaful keluarga.
c. Tak lebih dua pengendali takaful keluarga dan takaful am.
d. Satu pengendali takaful keluarga dan satu takaful am.

Q22: Dua kaedah utama perlindungan perbelanjaan perubatan utama adalah ___________.

a. Deduktibel dan takaful bersama


b. Takaful bersama dan bayaran bersama
c. Bayaran bersama dan bayaran balik
d. Tanpa tunai dan bayaran balik

Q23: Perhubungan di antara pengendali takaful semula dan takaful tertakluk kepada prinsip
berikut KECUALI:

a. Peserta asal tiada hak ke atas syarikat takaful semula dalam apa keadaan pun.
b. Sekiranya syarikat retakaful menjadi insolven, syarikat ‘cedant’ tidak bertanggungjawab
keatas pesertanya di bawah terma dan syarat kontrak.
c. Sekiranya syarikat pemberi menjadi insolven, syarikat retakaful masih bertanggungjawab
dibawah terma dan syarat kontrak.
d. Syarikat retakaful tidak mempunyai hak di dalam kontrak keatas salah laku peserta asal.

Q24: Proses pengurusan risiko adalah melibatkan:

I. Mengenalpasti risiko.
II. Pembangunan pelan pengurusan risiko.
III. Perlaksanaan pelan pengurusan risiko.
IV. Pemeriksaan dan penilaian risiko.

a. I dan II
b. I dan III
c. II, III dan IV
d. Semua di atas

Q25: Untuk membolehkan perlindungan takaful, kepentingan boleh lindung mesti memenuhi
syarat-syarat seperti berikut:

I. Boleh dinilai dari segi kewangan


II. Kerugian kewangan disebabkan oleh liabiliti undang-undang
III. Peruntukan dalam kontrak menyatakan seseorang itu mempunyai tanggungjawab
kewangan atas kerugian pihak ketiga
IV. Perhubungan peserta dan perkara yang dilindungi disahkan oleh undang-undang

a. I, II dan III
b. I, III dan IV
c. II, III dan IV
d. Semua di atas

Q26: Cara gantirugi dalam insurans harta benda diselesaikan adalah termasuk:

a. Bayaran tunai atau membaik pulih.


b. Bayaran tunai atau penggantian.
c. Bayaran tunai, membaik pulih atau penggantian.
d. Bayaran tunai, penggantian, dan membaik pulih atau mengembalikan kepada keadaan asal
sebelum kerugian.

Q27: Yang manakah dari pernyataan berikut TIDAK terdapat dalam Pelan Takaful
Penghospitalan dan Pembedahan?

a. Perbelanjaan pembedahan
b. Kos pergi balik hospital menggunakan pengangkutan persendirian
c. Rawatan kecemasan akibat kemalangan motor
d. Kos sebelum ke hospital

Q28: Apakah fungsi Pentadbir Pihak Ketiga dalam Takaful Perubatan dan Kesihatan?

a. Sebagai wakil kepada pengendali Takaful, yang bertanggungjawab menyelesaikan


pembayaran balik tuntutan dan tuntutan tanpa tunai
b. Wakil kepada Hospital Panel, yang bertanggungjawab mendaftar masuk dan daftar keluar
pesakit
c. Wakil kepada pengendali Takaful, yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil dan kad
takaful perubatan
d. Wakil kepada pengendali Takaful, yang bertanggungjawab menyelesaikan tuntutan samada
bayaran balik atau tanpa tunai
Q29: Aliran Mazhab utama yang manakah bersetuju sebulat suara bahawa semua jenis
perniagaan yang mengandungi unsur-unsur faedah/bunga (riba), ketidakpastian (gharar) dan
perjudian (maisir) dianggap tidak sah?

a. Shiah, Hanafi, Hanbali dan Mailki


b. Hanafi, Maliki, Shafii dan Hanbali
c. Shafii, Salafi, Zahiri dan Maliki
d. Shiah, Shafii, Zahiri dan Maliki

Q30: Allah berfirman di dalam Al-Qur’an,“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
makan riba sehingga berlipat ganda banyaknya. Hendaklah kamu takut kepada Allah supaya
kamu mendapat kejayaan.” – Al-Imran 3:130 Ayat tersebut melarang ________.

a. Maisir
b. Gharar
c. Riba
d. Jualah

Q31: Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada ejen takaful?

I. Pengetahuan yang mendalam mengenai produk takaful


II. Menjelaskan fakta, bukan memaksa atau mengugut
III. Tidak mengamalkan jualan paksa atau membuat bermacam-macam janji
IV. Memberi perkhidmatan berkualiti dan menepati masa

a. I dan II
b. I, II dan III
c. II, III dan IV
d. Semua di atas

Q32: Takaful semula merujuk amalan pengendali takaful __________.

a. memperbaharui sijil sedia ada


b. mengeluarkan sijil yang baru
c. berkongsi risiko dengan pengendali takaful lain
d. lindungi risiko yang sama dua kali

Q33: Pemodal di dalam kontrak Mudharabah dalam konteks takaful adalah ____________.

a. pengendali Takaful
b. peserta Takaful
c. ejen Takaful
d. pemilik Takaful
Q34: Matlamat utama kawal selia diri termasuk:

a. Untuk memperkenalkan undang-undang berkanun bagi mendisiplinkan industri.


b. Untuk menyediakan kayu ukur yang tidak dapat bertindak pantas kepada perubahan yang
diperlukan.
c. Untuk melaksanaakan kod amalan yang mempunyai kuasa undang-undang.
d. Menggalakkan keseragaman dalam amalan pasaran dan meningkatkan tahap kerjasama
didalam industri.

Q35: Yang manakah di antara contoh berikut adalah peril?

I. Kebakaran hutan
II. Gempa bumi
III. Perlanggaran kenderaan
IV. Lebih muatan

a. I dan II
b. I dan III
c. I, II dan III
d. Semua di atas

Q36: Waranti dalam kontrak takaful terbahagi kepada dua iaitu:

a. Lemah dan Utuh


b. Pengakuan dan Akujanji
c. Jaminan dan Penggantian
d. Sebenar dan Tegas

Q37: Di antara kontrak berikut, yang manakah digunakan oleh Pengendali Takaful di Malaysia?

I. Wakalah
II. Mudharabah
III. Musyarakah
IV. Waqf

a. I sahaja
b. I dan II
c. II dan III
d. Semua di atas

Q38: Secara amnya, ‘Muamalat’ bermaksud hubungan diantara _________.

a. manusia dengan manusia


b. manusia dengan makhluk Allah yang lain
c. manusia dengan Allah
d. manusia dengan alam sekitar
Q39: Ejen TIDAK dibenarkan:

I. Membiarkan kepentingan diri mengatasi tanggungjawab kepada prinsipal


II. Mengambil keuntungan atau rasuah secara rahsia dari mana-mana pihak beliau berurusan
bagi pihak prinsipal
III. Mendedahkan maklumat sulit dalam menjalankan tugas kepada pihak ketiga kecuali kepada
prinsipal
IV. Menyerahkan tugas kepada sub-ejen tanpa arahan prinsipal samada dengan pernyataan
atau perbuatan

a. I dan II
b. II dan IV
c. III dan IV
d. Semua di atas

Q40: EMPAT (4) kelas utama sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan yang biasa ditawarkan
pengendali takaful termasuk __________.

a. takaful perbelanjaan pergigian, takaful faedah tunai penghospitalan, takaful penyakit


kritikal dan takaful pendapatan hilang upaya
b. Takaful Perbelanjaan Perubatan, Takaful Faedah Tunai Penghospitalan, Takaful Penyakit
Kritikal dan Takaful Pendapatan Hilang Upaya
c. takaful perbelanjaan pergigian, takaful faedah tunai penghospitalan, takaful klinikal dan
takaful pendapatan hilang upaya
d. takaful perbelanjaan perubatan, takaful faedah tunai bersalin, takaful penyakit kritikal dan
takaful pendapatan hilang upaya

Q41: Pengendali takaful boleh memfaatkan kelebihan peraturan bilangan jumlah besar. Mereka
boleh menguruskan keterukan tinggi, frekuensi rendah dalam akaun mereka dengan
melaksanakan program takaful semula __________.

a. halang kerugian
b. pindah kerugian
c. bendung risiko
d. kongsi risiko

Q42: Pada 30hb Jun 2001, pengendali takaful di Malaysia dikehendaki untuk memiliki modal
berbayar sebanyak __________.

a. RM 50 Juta
b. RM 150 Juta
c. RM 100 Juta
d. RM 200 Juta
Q43: Apakah objektif utama Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia?

a. Menyeragamkan interpretasi Syariah,memperkuatkan aspek peraturan dan kawalan,


memantau dan menyediakan sekumpulan pakar penasihat shariah
b. Menyediakan dokumen undang-undang untuk Institusi kewangan islam patuh Syariah
c. Menasihati berkenaan polisi dan rizab persekutuan
d. Memastikan operator takaful menggandakan keuntungan

Q44: Perkara 4 dalam Garis Panduan perniagaan Takaful Perubatan dan Kesihatan
mendefinisikan perlindungan Takaful Perubatan dan Kesihatan sebagai ______________.

a. sijil takaful yang menyediakan manfaat tertentu seperti dinyatakan, terhadap risiko yang
boleh menjadikan seseorang itu hilang upaya sepenuhnya atau sebahagiannya, disebabkan
oleh kemalangan
b. pelaburan ke dalam sekuriti yang mana setiap seorang pelabur tak boleh melebihi 5% dari
modal berbayar syarikat yang dilaburkan atau tak melebihi 5% dari nilai keseluruhan dana
mengikut yang mana lebih rendah
c. menguatkuasakan dan melaksanakan kontrak takaful keatas takaful keluarga dan takaful
anuiti dimana manfaat adalah keseluruhanatau sebahagian perlu ditentukan berdasarkan
nilai daripada atau pendapatan daripada harta yang dinyatakan
d. sijil takaful yang menyediakan manfaat tertentu seperti dinyatakan, terhadap risiko yang
boleh menjadikan seseorang itu hilang upaya sepenuhnya atau sebahagiannya, disebabkan
sakit atau lemah anggota badan

Q45: Antara yang berikut yang manakah BUKAN organisasi yang menetapkan piawaian dan
mengawalselia perniagaan takaful?

a. Bank Pembangunan Islam (IDB)


b. Bank Negara Malaysia (BNM)
c. Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB)
d. Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan Institusi Kewangan Islam (AAOFI)

Q46: Antara elemen di bawah, yang manakah BUKAN berkenaan model takaful?

a. Ianya model patuh syariah


b. Peserta Takaful adalah pemilik dana takaful
c. Ianya berdasarkan kepada operasi perniagaan beretika
d. Kutipan Sumbangan dilaburkan ke dalam ekuiti konvensional dan Islam

Q47: Majlis Fatwa Kebangsaan menfatwakan jenis insurans yang dijalankan oleh syarikat
insurans adalah transaksi perniagaan yang terbatal. Apakah jenis insurans yang tersebut?

a. Insurans Kenderaan
b. Insurans Kemalangan Diri
c. Insurans Hartabenda
d. Insurans Hayat
Q48: Gharar wujud di dalam kontrak insurans bila mana:

I. Kedua-dua pihak yang terikat dengan kontrak insurans tidak tahu secara jelas apakah
sebenarnya kewajipan dan tanggungjawab mereka antara satu sama lain
II. Pihak yang diinsuranskan tidak mengetahui jumlah pampasan yang dibayar kepadanya
sekiranya berlaku kemalangan
III. Syarikat insurans tidak mengetahui bilakah peril/musibah akan berlaku
IV. Premium peserta akan dilaburkan kepelaburan tidak patuh Syariah

a. II dan III
b. I, II dan III
c. II, III dan IV
d. Semua di atas

Q49: Apakah konsep asas “Ta’awun”?

a. Saling bermaafan
b. Saling memberi maklumat
c. Saling membantu
d. Saling mencintai

Q50: Dalam Takaful Perubatan dan Kesihatan, keadaan sedia ada bermaksud _________.

a. keadaan dan penyakit peserta sebelum memohon Pelan Perubatan dan Kesihatan
b. keadaan perlu dipenuhi sebelum perlindungan diterima
c. penyakit yang dikenalpasti semasa tempoh perlindungan
d. keadaan dan penyakit yang dikenalpasti semasa tempoh menunggu

Q51: Yang manakah di antara pernyataan berikut adalah BENAR mengenai Pelan Takaful
Pendidikan Kanak-Kanak?

I. Pelan ini menyediakan perlindungan dan simpanan jangka panjang untuk membiayai
perbelanjaan pendidikan tinggi kanak-kanak.
II. Kanak-kanak akan disediakan dana yang diperlukan untuk pendidikan tinggi beliau apabila
sijil matang.
III. Ibu bapa yang menyertai pelan ini layak untuk mendapat pelepasan cukai perseorangan
sehingga RM6,000 setahun.
IV. Kanak-kanak akan disediakan manfaat kewangan sekiranya pembayar ditimpa musibah
yang dilindungi di bawah pelan ini.

a. I, II and III
b. I, II and IV
c. II, III and IV
d. Semua di atas
Q52: Di bawah kontrak takaful keluarga, risiko kemortalan ________ mengikut umur dan juga
tempoh kontrak.

a. menurun
b. meningkat
c. berkurangan
d. bertambah baik

Q53: Dokumen-dokumen berikut diperlukan dalam tuntutan hilang upaya kekal dan
menyeluruh akibat kemalangan, KECUALI:

a. Borang cadangan yang telah lengkap diisi


b. Salinan laporan polis yang diakui sah
c. Pengesahan perubatan dari doktor yang merawat
d. Sijil kematian

Q54: Jenis-jenis perlindungan Takaful Keluarga meliputi:

I. Pelan Perlindungan Individu


II. Pelan Perlindungan Gadaijanji
III. Pelan Perlindungan Berkumpulan
IV. Pelan Perlindungan Bangunan

a. I, II dan III
b. I, II dan IV
c. II, III dan IV
d. Semua di atas

Q55: Sijil takaful keluarga mengandungi maklumat-maklumat berikut, KECUALI:

a. Amaun tuntutan yang telah dibayar


b. Keterangan mengenai perlindungan
c. Syarat-syarat sijil
d. Pengecualian

Q56: Yang manakah di antara skim perlindungan takaful berikut menawarkan perlindungan
untuk mengelakkan kehilangan rumah kediaman sekiranya pemunya/pencari nafkah keluarga
berkenaan meninggal dunia?

a. Takaful Gadaijanji
b. Takaful Pembiayaan
c. Takaful Pendidikan
d. Takaful Empunya Rumah
Q57: Apabila nilai serahan tidak ditetapkan terlebih dahulu, pengiraan nilai-nilai itu perlu
mendapat pengesahan dari pihak _______.

a. Kewangan
b. Aktuari
c. Pelaburan
d. Saluran pentadbiran

Q58: Yang manakah di antara kenyataan berikut adalah BENAR?

a. Kemortalan wanita adalah lebih rendah dari kemortalan lelaki.


b. Kemortalan wanita adalah lebih tinggi dari kemortalan lelaki.
c. Kemortalan wanita adalah sama dengan kemortalan lelaki.
d. Kemorbidan wanita adalah lebih tinggi dari kemorbidan lelaki.

Q59: Kegagalan untuk melaporkan ke Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai dokumen sijil
boleh menyebabkan Pengendali Takaful didenda sehingga_________ bagi setiap kesalahan.

a. RM1,000
b. RM4,000
c. RM5,000
d. RM10,000

Q60: Pemindahan hak milik sijil kepada orang lain di bawah pelan Takaful Keluarga dikenali
sebagai:

a. Sijil amanah
b. Sijil perundangan
c. Penyerahan hak
d. Sijil percuma

Q61: Pengeluaran sebahagian boleh dibuat daripada ______________.

a. Akaun Peserta
b. Akaun Khas Peserta
c. Dana Pemegang Saham
d. Dana Kecemasan

Q62: Pengendali takaful boleh membuat pelaburan dalam instrumen pelaburan berikut:

I. Sukuk
II. Sekuriti yang diluluskan oleh Syariah
III. Bon yang mengandungi unsur faedah
IV. Akaun pelaburan am Mudharabah
a. I dan II
b. I, II dan III
c. I, II dan IV
d. II dan III

Q63: Siapakah yang layak membuat tuntutan sekiranya berlaku kematian terhadap peserta?

a. Pihak yang menguatkuasakan sijil berkenaan


b. Pemegang amanah
c. Rakan karib peserta
d. Semua di atas

Q64: Suatu sijil takaful di mana nilai serahan digunakan sebagai bayaran sumbangan tunggal
bagi menyediakan perlindungan dengan mengekalkan terma asal sijil, tetapi bagi jumlah
perlindungan yang dikurangkan dikenali sebagai:

a. Sijil yang dilanjutkan


b. Sijil berbayar
c. Sijil bertempoh
d. Sijil yuran

Q65: Ahmad merupakan pelabur yang sangat berhati-hati dan berminat untuk memperolehi
pendapatan yang stabil, disamping berharap dapat mengekalkan modal pelaburannya.
Dimanakah beliau sepatutnya melabur?

I. Sukuk Kerajaan dan Korporat


II. Akaun Pelaburan Am (GIA)
III. Dana Tunai
IV. Dana Khusus

a. I, II dan III
b. I, II dan IV
c. I, III dan V
d. II, III dan IV

Q66: Dana pertumbuhan ialah portfolio yang dibentuk bagi menyediakan:

a. Pendapatan yang maksimum


b. Kombinasi peningkatan modal dan pendapatan
c. Perlindungan
d. Peningkatan modal
Q67: Yang manakah diantara berikut merupakan ciri-ciri asas objektif pelaburan?

a. Pendapatan
b. Perlindungan
c. Spekulasi
d. Perjudian

Q68: Yang manakah di antara kenyataan berikut TIDAK BENAR mengenai penyerahan hak sijil
takaful?

a. Terdapat dua bentuk penyerahan hak iaitu penyerahan hak mutlak dan penyerahan hak
bersyarat
b. Penyerahan hak hendaklah dibuat secara bertulis
c. Penyerahan hak perlu disahkan oleh ejen takaful
d. Penyerahan hak ialah perpindahan hak dan liability sijil dari pemilik sijil kepada orang lain

Q69: Proses penilaian dan pemilihan risiko, penetapan bayaran sumbangan, penetapan terma
dan syarat perlindungan dikenali sebagai _________.

a. Pengunderaitan
b. Pemasaran
c. Tuntutan
d. Urus khidmat polisi

Q70: Maklumat penting bagi penilaian risiko yang lebih menyeluruh boleh didapati dari
sumber-sumber berikut, KECUALI:

a. Laporan ejen
b. Borang cadangan
c. Laporan polis
d. Laporan perubatan

Q71: Yang manakah di antara berikut TIDAK dianggap sebagai perbelanjaan permulaan dibawah
sijil Takaful Keluarga?

a. Kos pengiklanan
b. Kos pemeriksaan perubatan
c. Perbelanjaan pengeluaran sijil
d. Perbelanjaan urus khidmat sijil

Q72: Kemudahan penukaran dalam pelan takaful berkaitan pelaburan amat berguna bagi
tujuan:

a. Perancangan kewangan oleh pemegang sijil


b. Perancangan keuntungan oleh pengendali Takaful
c. Perancangan penjualan oleh pengurus dana
d. Perancangan aset oleh pemegang amanah

Q73: Yang manakah di antara mekanisma pelaburan berikut adalah bertujuan untuk
memperolehi peningkatan modal?

a. Bon Korporat
b. Saham Utama
c. Opsyen
d. Dana Pertumbuhan

Q74: Dana berkaitan pelaburan menawarkan kepada pemilik sijil bentuk pelaburan seperti
berikut:

a. Kepelbagaian portfolio spekulasi


b. Pulangan pelaburan yang dijamin
c. Kepelbagaian portfolio pelaburan
d. Pulangan pelaburan yang tinggi

Q75: Salah satu cara untuk menilai aset ialah melalui ‘nilai buku’, yang bermaksud:

a. Nilai buku di pusat sumber pengendali takaful


b. Nilai sebenar sekiranya aset berkenaan dijual dipasaran terbuka
c. Harga ketika aset berkenaan dibeli/diperolehi
d. Nilai yang diletakkan pada aset berkenaan didalam buku akaun pengendali takaful

Q76: Yang manakah di antara berikut BUKAN jenis perlindungan Takaful Keluarga?

a. Pelan Perlindungan Individu


b. Pelan Perlindungan Gadai janji
c. Pelan Anuiti
d. Pelan Perlindungan Harta

Q77: Yang manakah di antara berikut BUKAN maklumat yang perlu diberitahu oleh pencadang
dalam borang cadangan takaful keluarga?

a. Senarai hospital dan klinik pilihan


b. Maklumat diri
c. Sejarah peribadi dan keluarga
d. Maklumat perlindungan yang dipohon

Q78: Di antara berikut, yang manakah BUKAN faktor yang perlu diberi perhatian?

a. Objektif pelaburan
b. Pelan yang paling murah
c. Dana sedia ada
d. Horizon/prospek pelaburan
Q79: Yang manakah di antara pelan takaful berikut yang TIDAK disediakan oleh pengendali
takaful?

a. Pelan takaful gadaijanji


b. Pelan takaful perubatan dan kesihatan
c. Pelan takaful kehamilan
d. Pelan takaful berkumpulan

Q80: Dana harta ialah _______________.

a. struktur pelaburan yang menjanjikan pertumbuhan, iaitu peningkatan modal


b. struktur pelaburan yang mampu menjana pedapatan yang maksimum
c. struktur pelaburan yang menggabungkan pulangan peningkatan modal dan juga
pendapatan
d. pelaburan dalam portfolio hartanah dan instrumen kewangan berkaitan hartanah bagi
tujuan mendapatkan pulangan pelaburan

Q81: Yang manakah di antara berikut merupakan syarat-syarat pembatasan yang terdapat
dalam dokumen sijil?

a. Bunuh diri
b. Tempoh tenggang
c. Nilai serahan
d. Penguatkuasaan semula sijil yang telah luput

Q82: Di antara berikut, yang manakah BUKAN contoh kepentingan boleh lindung dalam Takaful
Keluarga?

a. Setiap individu mempunyai kepentingan yang tidak terhad terhadap hayatnya sendiri.
b. Ibubapa mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap hayat anak-anaknya yang
dibawah umur majoriti.
c. Pemberi hutang mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap hayat sipenghutang
setakat baki pinjaman sahaja.
d. Seseorang individu mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap hayat jirannya.

Q83: Yang manakah diantara berikut BUKAN sebab-sebab mengapa penilaian liabiliti
pengendali takaful keluarga perlu dilakukan?

a. Untuk mengetahui sama ada pengendali takaful dan kesemua dana di bawah
pengurusannya adalah kukuh dan stabil
b. Untuk menentukan amaun lebihan yang diperolehi untuk dikongsi keuntungannya antara
pemegang saham dan pengendali takaful
c. Untuk menguji kecukupan skala sumbangan sedia ada
d. Untuk menentukan samada perlu diadakan perubahan dalam operasi perniagaan
pengendali takaful
Q84: Yang manakah di antara pernyataan berikut TIDAK BENAR mengenai sijil Takaful Keluarga?

a. Sijil takaful keluarga yang menawarkan perlindungan untuk tempoh yang terhad dikenali
sebagai takaful bertempoh.
b. Pelan pendidikan kanak-kanak menawarkan perlindungan asas sahaja.
c. Sijil takaful yang menawarkan perlindungan dan juga pelaburan dipanggil pelan takaful
berkaitan pelaburan.
d. Dalam sijil takaful keluarga berserta keuntungan, manfaat yang disediakan adalah lebih
tinggi kerana sijil menerima keuntungan/lebihan daripada dana takaful.

Q85: Risiko tambahan dalam takaful keluarga secara amnya boleh dikelaskan kepada kategori-
kategori berikut, KECUALI:

a. Kemortalan Tambahan Meningkat


b. Kemortalan Tambahan Sumbangan
c. Kemortalan Tambahan Paras
d. Kemortalan Tambahan Berkurangan

Q86: Sebelum manfaat kematangan dibayar kepada peserta, pengendali takaful memerlukan
bukti-bukti asas berikut, KECUALI:

a. Bukti umur peserta


b. Bukti kematian peserta
c. Pengenalan diri pihak yang layak menerima manfaat kematangan
d. Bukti peserta masih hidup

Q87: Apakah yang dimaksudkan dengan surplus/lebihan dana?

a. Perbezaan diantara nilai aset dengan nilai liabiliti


b. Keuntungan dana risiko
c. Perbezaan diantara pendapatan dan perbelanjaan dana risiko
d. Perbezaan nilai pada awal tahun dan penghujung tahun

Q88: Apakah keperluan yang perlu dipenuhi oleh penanggung/pengendali dibawah Rangka
Kerja Modal Berasaskan Risiko?

a. Untuk mengira Nisbah Kecukupan Modal (CAR)


b. Untuk mengemukakan laporan mengenai status Nisbah Kecukupan Modal (CAR) kepada
Bank Negara Malaysia
c. Untuk melantik juruaudit luar bagi menyediakan laporan mengenai Nisbah Kecukupan
Modal
d. Untuk membangunkan sistem pemantauan Nisbah Kecukupan Modal
Q89: Perbelanjaan pembaharuan ialah kos yang biasanya ditanggung setiap tahun sepanjang
tempoh sijil Takaful Keluarga termasuk perbelanjaan-perbelanjaan berikut:

I. Komisen pembaharuan
II. Perbelanjaan mengutip sumbangan
III. Perbelanjaan urus khidmat sijil
IV. Perbelanjaan bayaran tuntutan

a. I, II and III
b. I, III and IV
c. II, III and IV
d. Semua di atas

Q90: _________ adalah satu perjanjian yang sah di sisi undang-undang antara pihak-pihak yang
berkenaan.

a. Kontrak
b. Surat probet
c. Penyelesaian tuntutan
d. Bukti umur

Q91: Sijil yang telah luput boleh dikuatkuasakan semula apabila syarat-syarat berikut dipenuhi:

I. Bukti kesihatan yang kekal memuaskan


II. Membayar amaun sumbangan yang bertunggak
III. Penyelesaian tuntutan kematangan
IV. Mendapat pengesahan dari ejen takaful yang berkenaan

a. I dan II
b. I dan III
c. I, II dan III
d. II dan IV

Q92: Di antara berikut, yang manakah tidak layak mendapat potongan cukai pendapatan bagi
individu yang bekerja?

a. Caruman KWSP
b. Sumbangan takaful keluarga
c. Bantuan kewangan kepada anak-anak dibawah tanggungan
d. Bil perubatan peribadi

Q93: Apakah tujuan mengadakan buku daftar tuntutan?

a. Untuk merekodkan surplus/lebihan untuk peserta


b. Berfungsi sebagai pemberitahuan tuntutan rasmi kepada pengendali takaful
c. Untuk memenuhi keperluan dibawah Akta Bank Pusat
d. Untuk kegunaan peribadi pengendali takaful

Q94: Jika peserta dilahirkan pada 21 Mac 1965 dan tarikh cadangan yang dikemukakan ialah
pada 1 Januari 1998, berapakah umur harijadi yang telah lepas?

a. 31 tahun
b. 32 tahun
c. 33 tahun
d. 30 tahun

Q95: Yang manakah diantara kenyataan berikut adalah BENAR mengenai saham utama dan
saham biasa?

a. Saham utama lebih terjamin berbanding dengan saham biasa tetapi keuntungan yang
diperolehi adalah lebih rendah.
b. Saham biasa adalah lebih terjamin berbanding dengan saham utama tetapi menjanjikan
keuntungan yang lebih rendah.
c. Saham utama adalah lebih terjamin berbanding dengan saham biasa dan lebih
menguntungkan.
d. Saham biasa adalah lebih terjamin berbanding dengan saham utama dan lebih
menguntungkan.

Q96: Yang manakah di antara berikut BUKAN faktor yang menentukan amaun sumbangan yang
perlu dikenakan di bawah sijil takaful keluarga?

a. Umur dan jantina pencadang.


b. Keadaan kesihatan pencadang yang terkini.
c. Jenis pelan/sijil perlindungan yang diperlukan.
d. Pekerjaan pencadang

Q97: Yang manakah di antara berikut merupakan ciri-ciri penting Takaful Keluarga?

I. Kemudahan membuat pengeluaran sebahagian


II. Menyediakan kemudahan simpanan dan pelaburan jangka panjang
III. Menyediakan pilihan tempoh sijil matang
IV. Boleh disertai oleh orang Islam sahaja

a. I dan II
b. I, II dan III
c. I, II dan III
d. Semua di atas
Q98: Bayaran manfaat takaful ketika sijil matang hendaklah dibuat berdasarkan

i. Jumlah keseluruhan ansuran/sumbangan takaful yang dibayar oleh peserta dari tarikh
kemasukan sehingga ke tarikh bayaran terakhir seperti yang dinyatakan dalam sijil.
ii. Jumlah keuntungan yang dijana daripada pelaburan dana sumbangan didalam Akaun
Peserta.
iii. Perkongsian surplus/lebihan daripada pelaburan Dana Pemegang Saham.
iv. Jumlah keseluruhan surplus/lebihan yang diperuntukkan berdasarkan penilaian aktuari
ke atas Akaun Khas Peserta.

a. I, II dan III
b. I, II dan IV
c. II, III dan IV
d. Semua di atas

Q99: _________ merujuk kepada jangkaan tempoh masa pelabur perlu menyimpan (hold)
pegangan sekuriti atau portfolio pelaburannya.

a. Kepelbagaian
b. Horizon pelaburan
c. Ekuiti pelaburan
d. Dagangan jangka sederhana

Q100: Di antara berikut, yang manakah dokumen yang TIDAK diperlukan dalam membuat
tuntutan kematangan sekiranya pemegang polisi ialah peserta itu sendiri?

a. Bukti umur
b. Bukti kemandirian
c. Sijil kematian
d. Dokumen sijil

www.tbeexam.com

www.ibfim.com.my

Vous aimerez peut-être aussi