Vous êtes sur la page 1sur 3

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

BPMN3123
BUSINESS ETHICS

DISEDIAKAN UNTUK
( )

DISEDIAKAN OLEH
DAYANGKU MAS AFHILA BINTI AWANGKU SHAHMINAN
259842

TARIKH
PENGENALAN

Sistem pendidikan pada masa kini sedang mengalami perubahan yang amat

pesat.Pelbagai kaedah baru diperkenalkan bagi menjadikan pengajaran pendidik lebih berkesan

dan pembelajaran murid lebih berkesan.Penggunaan ICT merupakan salah satu kaedah baru yang

mampu mencapai tujuan tersebut.

Di dalam dunia teknologi maklumat masa kini,di mana kita sering dihujani dengan

maklumat yang begitu banyak,adalah amat penting bagi kita untuk mengurus maklumat-

maklumat ini.Kita yang berada dalam dunia pendidikan ini perlulah melihat kepada penggunaan

teknologi yang canggih dalam membentuk sistem yang dapat memberi pengetahuan yang

berguna kepada murid.Pada zaman ini,penggunaan ICT semakin meluas kepada semua golongan

dan tidak terhad kepada golongan dewasa sahaja malahan golongan kanak-kanak juga tidak

ketinggalan dalam mengikut rentak arus globalisasi ini..Kanak-kanak boleh menerokai perkara-

perkara baru.

Menurut Tan Sri Muhyidin Yassin (Kosmo Online, April 2010),kurikulum baru yang

digubal menggabungkan elemen kreativiti,inovasi dan kemahiran hidup dalam proses

P&P,membabitkan semua mata pelajaran,adalah sebahagian agenda kerajaan untuk

menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua.Tan Sri Muhyidin berkata usaha untuk

menggabungkan lebih banyak aspek kreativiti dan inovasi dalam sistem pendidikan negara tidak

akan sempurna tanpa ICT.

Kanak-kanak hari ini adalah generasi komputer (Papert,1996).Teknologi memainkan

peranan penting dalam proses P&P kanak-kanak (Haugland & Wright,1997).ICT menawarkan

pendekatan baru untuk belajar dan penguasaan kemahiran baru.Oleh itu,kanak-kanak perlulah

didedahkan kepada ICT dengan cara yang bermakna.


Menurut Duff et al (2008),kajian terhadap kanak-kanak menunjukkan respon yang

lemah dalam intervasi membaca dan kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian

kemahiran bahasa mereka.Duff et al telah menjalankan intervensi membaca dalam kalangan

peserta kajian tetapi mereka masih memerlukan bantuan yang berterusan apabila belajar

kemahiran bahasa.

Vous aimerez peut-être aussi