Vous êtes sur la page 1sur 4

SOALAN TEMUBUAL KERJA KURSUS SEJARAH PT3

“KAJIAN TENTANG MASYARAKAT TEMPAT TINGGAL ANDA”

Maklumat Asas :

1. Nama : Ab Karim bin Harun


2. Umur :
3. Alamat :
4. Pekerjaan: Pengerusi JKKK Daerah Melaka Tengah

Skrip Temuramah

Saya : Saya ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga kepada encik
kerana sudi ditemubual mengenai kajian tentang Taman Pandan Maju.

Tokoh wawancara : Ini memang sebahagian dari tugas saya untuk memperkenalkan asal-usul
Lorong Pandan secara amnya dan Taman Pandan Maju secara khususnya kepada golongan muda
seperti kamu. Saya berharap kamu akan lebih menghargai kewujudan taman kamu nanti.

Saya : Bolehkah encik menceritakan tentang asal usul kawasan ini sebelum kewujudan Taman
Pandan Maju ini?

Tokoh : Taman ini dibina di atas tanah kebun-kebun sayur dan sawah-sawah padi. Penempatan
terawal dikawasan lorong pandan ini adalah Taman Kesidang yang dibina pada awal tahun 70an
yang telah dirasmikan oleh bekas ketua menteri Melaka iaitu Tan Sri Rahim Tamby Chik.
Kemudian pada tahun 1990, sebuah taman baru dibina bersebelahan dengan Taman Kesidang
iaitu Taman Saga Sek 1 dan 2 dan Taman Anika. Kemudian Taman Pandan Jaya dibina sekitar
akhir tahun 90an yang merupakan kawasan perumahan kos rendah dan sederhana. Lanjutan dari
itu barulah Taman Pandan Maju dibangunkan pada tahun 2002. Taman ini terletak di Lorong
Pandan yang mana asalnya ianya adalah sebuah lorong kecil. Kemudian telah diperlebarkan
menjadi jalanraya 2 hala. Pada tahun 2000, akibat pembangunan yang pesat sekitar lorong
pandan, jalan ini telah diperlebarkan lagi menjadi jalan raya 4 hala. Tetapi unuknya masih lagi
menggunkan nama Lorong Pandan.

Saya : Pada tahun bilakah Taman Pandan Maju ini mula dibina? Siapakah Pengasas Taman Pandan
Maju?

Tokoh : Tahun dibina pada tahun 2002 di atas tanah keluasan hampir 6 ekar. Taman Pandan
Maju ini tiada pengasasnya kerana tanah ini milik kerajaan yang di daftarkan di bawah rezab
Melayu. Mungkin boleh dikatakan ianya dibangunkan oleh pemaju perumahan yang dilantik oleh
kerajaan.

Saya: Mengapakah Taman Pandan Maju ini ditubuhkan.

Tokoh: Tujuan taman ini dibina adalah untuk menceriakan lagi suasana di sekitar lorong pandan
ini. Sebelum ini kebanyakkan rumah yang dibina di sekitar lorong pandan adalah rumah-rumah
kos rendah, flat mampu milik dan rumah kos sederhana. Tapi di taman pandan maju ini, kerajaan
berhasrat untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bumputera dengan menawarkan rumah
kos sederhana tinggi iaitu rumah berkembar dengan harga yang mampu milik yang disasarkan
khas untuk oleh golongan bumiputera

Saya : Bagaimana Taman Pandan Maju ini mendapatkan namanya?

Tokoh : Saya yakin ianya bersempena dengan nama lorong pandan yang juga dikenali dengan
nama jalan datuk Wira Poh Ah Tiam.

Saya : Apakah tanda aras/”landmark” yang terdapat di Taman Pandan Maju Ini?

Tokoh : Senang sahaja, lorong pandan itu sendiri adalah tanda arasnya. Sebenarnya lorong
pandan ini unik kerana nama sahaja lorong tetapi ianya sebeanrnya adalah jalanraya utama yang
menjadi penghubung bagi lebuhraya alor gajah Melaka tengah dan jasin. (AMJ)

Saya: Bagaimanakah senibina dan reka bentuk perumahan disini?

Tokoh: Semuanya telah ditetapkan oleh pemaju. Tetapi bisanya penghuni akan melakukan
pengubahsuaian dengan memohon kebenaran dari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

Saya: Apakah faktor-faktor yang telah menarik minat masyarakat untuk mendiami Taman Pandan
Maju ini?

Tokoh: Terdapat beberapa faktor. Pertama dari segi fizikal, dimana taman ini terletak
dikedudukan yang sangat strategik. Kawasan di sini sangat sesuai untuk pertumbuhan bandar
kerana tanahnya yang rendah. Walaupun begitu kawasan ini selamat dari di landa banjir. Kedua
adalah disebabkan faktor ekonomi. Kalau kita lihat di kawasan sekitar lorong pandan ini terdapat
kepelbagaian ekonomi yang dijalankan kerana terletak di tengah-tengah bandar yang
menawarkan pelbagai jenis pekerjaan. Ketiga adalah faktor sosial iaitu terdapat kemudahan
pendidikan, kemudahan kesihatan dan kemudahan pengangkutan. Disini, jaringan jalanrayanya
amat baik kerana menjadi penghubung bagi lebuh raya Alorgajah-melaka Tengah dan Jasin
(AMJ)..
Saya : Bolehkah encik/puan menceritakan tentang perkembangan Taman Pandan Maju ini dari
segi fizikal ctnya, dari segi keluasan, penduduk, kemudahan dan infrastruktur.

Tokoh : Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, taman ini terletak di lorong pandan yang pada
mulanya hanyalah ada sebatang lorong kecil dan akhirnya berkembang menjadi sebuah jalanraya
yang maju iaitu jalanraya 4 hala. Perkembangan ini menyebabkan berlakunya pertumbuhan
bandar baharu dengan lebih pesat. Taman Pandan Maju sendiri asalnya hanyalah mempunyai 28
buah rumah sahaja tetapi sekarang telah pun memepunyai Fasa ke2 iaitu menempatkan
sebanyak 29 buah unit rumah lagi. Keluasanya juga telah bertambah dari 6 ekar menjadi 12 ekar
dan sudah pasti bilangan penduduk juga telah bertambah. Ini apa yang saya boleh lihat dari segi
perubahan fizikal. Kawasan ini juga menyediakan berbagai kemudahan seperti sekolah-sekolah,
kemudahan kesihatan dan kemudahan perkhidmatan seperti pejabat pos. Beberapa surau juga
telah dibina dimana Surau Al-Hikmah telah dibina di bersebelahan taman pandan maju dalam
tahun 2006 untuk dikongsi bersama dengan penghuni taman seri pandan. Selain itu taman ini
juga terletak berhampiran dengan masjid tengkera. Saya boleh katakan bahawa kawasan ini
dilengkapi dengan infrastruktur yang baik.

Saya : Daripada pengamatan encik/puan, bagaimanakah kesan aktiviti ekonomi terhadap


kehidupan sosial masyarakat di Taman Pandan Maju ini ?

Tokoh : Pada pendapat saya taraf sosioekonomi di taman ini adalah baik samada dari segi kualiti
kehidupan atau kesejateraan masyarakatnya.

Saya : Bagi pandangan encik / puan, faktor yang menyumbang kepada pengukuhan semangat
perpaduan masyarakat Taman Pandan Maju .

Tokoh : Aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan membentuk perpaduan antara penghuni di


taman ini. Sebagai contohnya, saya dimaklumkan di taman ini akan diadakan jamuan hari raya
pada setiap tahun. Pada jamuan tersebut selain menyambut kehadiran adil fitri, penghuni taman
juga meraikan majlis hari lahir penduduk taman. Ini amat bagus kerana menjadi platform terbaik
untuk mengeratkan silaturahim dan kerjasama sesame hali taman.

Saya : Apakah cabaran- cabaran yang dapat dikenalpasti dalam mengekalkan perpaduan di
Taman Pandan Maju?

Tokoh :_Selalunya kekangan masa. Ini cabaran bagi semua taman. Oleh itu masyarakat kena ubah
gaya hidup agar lebih mementingkan semangat perpaduan antara sesame jiran dengan cuba
menghadiri apa-apa sahaja aktivi yang telah dianjurkan oleh taman masin-masing.
Saya: Apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menjamin memupuk dan mengekalkan
perpaduan masyarakat di kawasan Taman Pandan Maju ?

Tokoh: Saya berharap agar pengerusi taman dapat menganjurkan aktivi gotong royong kerana ia
bukan sahaja dapat memupuk perpaduan tapi dapat membudayakan sikap penjagaan
kebersihan.

Saya : Ribuan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada encik/puan kerana sudi diwawancara.
Terima kasih juga sudi meluangkan masa bersama dengan saya untuk slot ini.

Tokoh : Saya harap semua maklumat ini dapat membantu kamu dalam menyelesaikan tugasan
kamu. Selamat maju jaya dalam pelajaran.

Vous aimerez peut-être aussi