Vous êtes sur la page 1sur 5

MESYUARAT JAWATANKUASA DAKWAH

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

KERTAS :

PERSIDANGAN KALI : 2/2005

TARIKH : 27 APRIL 2005 (RABU)

MASA : 9.00 PAGI

TEMPAT : BILIK MESYUARAT MAIM,

TKT. 7, BANG. GRAHA MAJU,

MELAKA.

TAJUK : CADANGAN PENAMATAN PENGURUS JENAZAH


WANITA KAMPUNG JUS, MELAKA

________________________________________________________________

1. TUJUAN

1.1 Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan keputusan


mesyuarat mengenai masalah cadangan penamatan
Pengurus Jenazah Wanita Kariah Masjid Jus, Melaka.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Pengurus Jenazah Wanita Kampung Jus, Puan Hajjah Ros


bte Bujang telah dilantik pada 1 Mac 2000. Beliau
merupakan isteri kepada Pengerusi Jawatankuasa Kariah
pada masa itu, iaitu Tuan Haji Md. Daros bin Md Shah. Tuan
Haji Md Daros juga adalah merupakan Pengerusi JKKK
Kampung Jus pada masa itu.
2.2 Pada Ogos 2004, berlaku perukaran kepimpinan di
Kampong Jus di mana Pengerusi JKKK baru telah dilantik
iaitu En. Sabarudin bin Sulaiman. Pengerusi JKKK juga telah
membuat cadangan perlantikan baru pengerusi Kariah
Masid Jus yang baru iaitu Tuan Haji Haron bin Ahmad.
Walaupun begitu perlantikan ini tidak disahkan oleh Majlis
Agama Islam Melaka kerana perlantikan baru ditangguhkan
sehingga 31 Disember 2004.
2.3 Pengerusi Masjid Jus telah mencadangkan supaya PJW
baru, iaitu Puan Limah bte Tambi dilantik sebagai PJW
melalui permohonan bertarikh 27 Ogos 2004 dan disokong
oleh Penyelaras parlimen Alor Gajah pada masa itu dengan
alasan bahawa Puan Ros telah berpindah ke Kampung Jus
Permai, iaitu di luar daripada Kariah Jus (Lampiran A).
2.4 Pengerusi JKKK juga telah mencadangkan supaya Puan
Hajah Ros ditamatkan perkhidmatannya melalui surat yang
bertarikh 28 Disember 2004 dengan alasan Puan Ros
telah berpindah ke Kariah lain. (Lampiran B)
2.5 Pengerusi JKKK juga telah membuat perjumpaan dengan
Bahagian Pengurusan Masjid supaya melantik Puan Limah
bte Tambi dengan kadar yang segera kerana Puan Ros dan
suaminya Tuan Haji Md Daros bin Md Shah telah tidak
tinggal di Kariah Jus dan tidak hadir aktiviti-aktiviti masjid
sejak Ogos 2004. Puan Limah bte Tambi telah dilantik
sebagai PJW melalui surat bertarikh 29 Disember 2004.
2.6 Pada 25 Januari 2005, Puan Hajah Ros bte Bujang telah
menghantar surat kepada YAB Ketua Menteri Melaka
mengadu mengenai Pengerusi JKKK yang telah
mengumumkan penamatan jawatannya sebagai PJW. Puan
Hajah Ros menyatakan bahawa beliau masih berada di
Kampung Jus, hanya anaknya yang berpindah ke Jus
Permai. (Lampiran C)
2.7 Pada 8 Februari 2005, satu perjumpaan telah diadakan di
Masjid Al-Azim dengan Pengerusi JKKK Kampung Jus dan
Setiausaha Masjid, mereka menyatakan bahawa
penamatan Puan Hajah Ros berdasarkan perkara berikut:
2.7.1 Beliau tinggal di luar kariah
2.7.2 Masayarakat setempat tidak lagi menerima beliau.
2.7.3 Beliau tidak lagi mengikuti program di Masjid
Kampung Jus.
Laporan adalah sebagaiman Lampiran D.

2.8 Satu lagi perjumpaan telah diadakan pada 2 Mac 2005


bersama kepimpinan Kampung Jus. Perjumpaan dihadiri
oleh ( Lampiran E):
- Mohammad Azli Ab Rahman JAIM
- Tuan Haji Ab Wahid bin Ahmad KP Masjid
- Tuan Haji Mohd Shokri Mustaffa PAD Jasin
- Tuan Haji Jaafar bin Hashim Penyelarasa Jasin
- En Sabaruddin bin Haji Sulaiman Pengerusi JKKK
- Tuan Haji Haron bin Ahmad Pengerusi Masjid
- Md yatim bin Talib T. Peng. Masjid
- En Saat bin Musa Setiausaha
Masjid
- En M. Faizal b Hassan Tim SU /
Ket.Pemuda
- En Nordin bin Ibrahim AJK
- En Omar bin Amat Imam 2
2.9 Dalam perjumpaan itu, pengurusan JKKK dan pentadbiran
masjid yang hadir sepakat mengatakan bahawa Puan
Hajah Ros tidak sesuai untuk kekal sebagai PJW Kariah Jus.
Mereka mengharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan
secepat mungkin atas alasan beliau tidak disenangi oleh
masyarakat Kampung dan sudah tinggal di luar Kariah.
Pentadbiran Masjid jga mengemukakan minit mesyuarat
khas mengenai kes Puan Hajah Ros ( Lampiran F)
2.10 Pada 7 Mac 2005, Tuan Haji Daros memaklumkan bahawa
beliau dan isteri masih berada di Kampung Jus dan tidak
berpindah ke Kampung Jus Permai. Beliau memaklumkan
bahawa kes ini timbul kerana berlaku peralihan kasa politik
dan JKKK di Kampung Jus. Beliau menafikan isterinya tidak
disenangi oleh penduduk kampng, buktinya isteri beliau
menang sebagai Naib Ketua Wanita Cawangan Jus.

3. ASAS PERTIMBANGAN
3.1 Menurut seksyen 90 subseksyen (1) Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Negeri Melaka) 2002, menebut bahawa “
Perlantikan seseorang Pegawai Masjid selain Imam dan
Bilal bagi masjid yang ditetapkan di bawah subseksyen
88(2) atau disifatkan telah dilantik di bawah subseksyen
88(5) sebagai Pegawai Masjid, boleh ditamatkan dengan
notis bertulis oleh Majlis.
3.2 Subseksyen 88(2) hanya khusus untuk perlantikan
Pegawai Masjid di kalangan penjawat Awam.

4. SYOR
4.1 Mesyuarat adalah diminta samada bersetuju atau
sebaliknya dengan permohonan Pengerusi JKKK Kampung
Jus dan Pengerusi Jawatankuasa Kariah mengenai
penamatan jawatan Pengurus Jenazah Wanita, Puan Ros
bte Bujang.

5. KEPUTUSAN

5.1 Mesyuarat Jawatankuasa Dakwah Majlis Agama Islam


Melaka dipohon membuat keputusan samada setuju atau
sebaliknya dengan syor di para 4 di atas.

Vous aimerez peut-être aussi