Vous êtes sur la page 1sur 3

Panduan Guru:

12 Pendekatan Memotivasikan Pelajar


Oleh: Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, Ph.

1. Penerangan Yang Jelas. Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak


cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa
yang patut mereka lakukan. Guru sepatutnya memberikan sedikit masa
untuk menjelaskan perkara berikut:

a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?


b. Apa kaitan sesuatu subjek dengan kehidupan?
c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.
d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.

2. Ganjaran. Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat


boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk
ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkannya,
mereka pasti mengulangi kebaikan ini dilain masa. Pelbagai bentuk
ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan dari tugas
harian, dan sebagainya.

Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi


tetapi juga terhadap usaha yang diberikan.

Berikan insentif agar pelajar berusaha untuk menguasai pengetahuan dan


maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain.

Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman
pelajar.

3. Tetapkan Matlamat. Setiap pelajar mestilah disuruh menetapkan


matlamat untuk setiap mata pelajaran yang diambil. Ikuti perkembangan
pelajar dan pastikan setiap pelajar mampu merealisasikan matlamat
masing-masing.

4. Ambil Berat. Pelajar akan memberikan tindakbalas yang positif terhadap


guru yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka. Memahami adalah
lebih baik dari menghukum. Ada ketikanya guru perlu bercerita kisah
lampau, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan,
dan lain-lain sebagai suatu teladan untuk pelajar. Dengan cara ini wujud
kemesraan antara guru dan pelajar. Ini penting untuk mewujudkan
jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggung jawab.
Sekiranya mereka lakukan kesilapan, pastikan mereka faham bahawa
semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu
manusia berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan. Sentiasa tanya
apa matlamat mereka? Apa perancangan mereka? Sejauh mana progres
mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya.

“Pelajar tidak prihatin sejauh mana anda tahu sehinggalah mereka tahu
sejauh mana anda prihatin terhadap mereka”.

Ada ketikanya guru perlu bertemu pelajar secara personal untuk


membuktikan yang mereka benar-benar ambil berat tentang mereka.
Malah usahakanlah untuk dari semasa ke semasa mengatur sessi
perbincangan personal ini dengan semua pelajar.

5. Penglibatan Pelajar. Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan


aktif pelajar dalam pembelajaran. Berdiri di depan kelas dan memberi
syarahan untuk memotivasikan mereka lambat laun tidak akan
meninggalkan sebarang kesan. Rangsang pelajar untuk terlibat dalam
aktiviti seperti perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar,
interaksi antara pelajar dan saling membantu. Pelajar akan lebih
bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh
itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja guru seperti mencari bahan
rujukan, mencari biografi orang tertentu, menyusun atur bilik darjah
mengangkat buku dan sebagainya.

6. Penuhi Keperluan Pelajar. Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar


memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan
kebebasan. Misalnya, memberikan peluang pelajar memilih satu dari dua
tiga tajuk untuk disiapkan, atau satu dari beberapa aktiviti untuk mereka
terlibat, memberikan mereka kuasa memilih. Adakan juga aktiviti
pembelajaran yang mereka rasa seronok kerana bebas menyumbang
sebarang ide.

7. Lebihkan Pembelajaran Visual. Berikan penerangan dalam bentuk yang


visual agar pelajar mampu memahami dan mengingati dengan lebih
berkesan. Gunakan bahasa visual, gambar, lakaran. Graf, carta, imej 3D
dan sebagainya. Berikan gambaran jelas dengan peta konsep agar pelajar
tahu apa kandungan penting sesuatu bab dan dapat melihat kaitan antara
satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam bab tersebut. Ini
membolehkan pelajar membentuk rangka asas terhadap satu-satu topik
baru dan seterusnya menimbulkan minat dan meningkatkan pemahaman
mereka.

8. Gunakan pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran dan


motivasi. Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang
membentuk pengalaman seseorang. Pelajar akan lebih mudah mengingat
dan memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi. Pelajar
akan lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsur-unsur kepelbagaian
emosi kerana mereka tidak akan bosan. Jangan malu untuk
mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi menarik minat
pelajar terhadap apa yang mahu anda sampaikan. Sebagai guru, hakikat
siapa anda tidak penting yang penting ialah siapa mereka 10 – 15 tahun
yang akan datang.
Setiap pendekatan emosi yang diambil sama ada marah, menghiburkan, tegas
dan sebagainya tidak lain hanya sekadar lakunan yang tujuannya untuk
membentuk dan mendidik.

9. Ajarkan Mereka Strategi Dan Teknik. Ajarkan mereka teknik


pembelajaran berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah
mengambil nota dan sebagainya. Tanam dalam fikiran pelajar bahawa
‘Belajar Itu Mudah’. Pecahkan sebarang halangan mental terhadap mata
pelajaran akibar terpengaruh oleh pendapat orang lain – Misalnya ramai
pelajar percaya bahawa ‘Kimia itu susah’.

10. Terima Pelajar Seadanya. Ramai guru yang berkata bahawa mereka
lebih suka sekiranya pelajar mereka semuanya rajin, pandai, gigih, tekun
dan berdisiplin. Mereka tidak sanggup terima kenyataan bahawa tidak
semua pelajar begitu. Mereka memandang pelajar yang bermasalah ini
dengan sebelah mata. Pelajar ini tidak dipedulikan sebab mereka rasa
mereka sukar dibentuk. Disinilan berbezanya antara guru biasa dengan
guru cemerlang. Guru cemerlang akan terima pelajar seadanya dan
menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar ini. Hanya dengan
memberikan yang terbaik sahaja maka seorang guru akan merasa puas
dengan kariernya. Ramai pelajar gagal kerana guru mereka telah
meramalkan kegagalan mereka.

Guru mesti sentiasa faham, mengajar bukan sekadar memberikan


maklumat dan penerangan semata-mata. Mereka juga perlu
mempengaruhi pelajar dari segi budaya, pemikiran dan tingkah laku.

Guru juga perlu berhati-hati dengan ucapan dan pandangan yang


dilontarkan kepada pelajar kerana kesannya sangat besar dalam hidup
pelajar.

Anda hanya ada dua cara untuk membuatkan anda sentiasa diingati oleh
pelajar – sebagai seorang guru yang disayangi; atau sebagai seorang guru
yang paling dibenci. Mana-mana guru yang berada diantara dua kategori
ini pasti akan dilupakan. Apa pilihan anda?

11. Berikan Kata Perangsang – Cipta beberapa kata jaya yang menjadi
perangsang kepada pelajar anda. Ulangi kata-kata ini. Lekatkan kata-kata
ini dalam kelas akan ia lazim dalam pemikiran pelajar.

12. Amalkan Prinsip ‘3F’ – iaitu ‘Firm’, ‘Fair’ dam ‘Friendly’ atau Tegas,
Saksama, dan Mesra

http://www.laman-map.com/majalah/guru1.htm

Vous aimerez peut-être aussi