Vous êtes sur la page 1sur 1

Tasik ialah sejenis sifat rupa bumi (atau sifat fizikal) yang berbentuk takungan air pedalaman

yang bukan sebahagian lautan, yang lebih besar dan dalam berbanding kolam, airnya mengalir
perlahan tetapi tidak semestinya, ditempatkan di bawah lembangan (satu lagi ciri-ciri rupa bumi)
dan disalurkan oleh sungai.[1][2]
Tasik-tasik semula jadi biasanya terdapat di kawasan pergunungan, zon rengkahan, dan
kawasan yang baru atau sering mengalami pengglasieran. Tasik-tasik lain pula dijumpai
di lembangan endoreik atau sepanjang aliran sungai matang. Di sesetengah tempat di dunia
terdapat banyak sekali tasik kesan corak-corak penyaliran camuk yang ditinggalkan dari Zaman
Ais yang lalu. Semua tasik hanya wujud sementara sepanjang skala masa geologi, kerana
lambat-laun tasik akan ditimbus mendapan atau tumpah keluar dari lembangan yang
menakungnya.

Vous aimerez peut-être aussi