Vous êtes sur la page 1sur 11

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEC2903

PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

NAMA : YONG SZE SZE

NOMBOR MATRIK : 861117496148002

NO KAD PENGENALAN : 861117-49-6148

NOMBOR TELEFON :

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

SEPTEMBER 2018

1
ISI KANDUNGAN

No. Isi Kandungan Muka Surat

1.0 PENGENALAN 3

2.0 LAPORAN ANEKDOTAL 4

3.0 ALASAN UNTUK TINGKAH LAKU TIDAK WAJAR 4

4.0 STRATEGI UNTUK MENGURUSKAN TINGKAH LAKU 7

5.0 KESIMPULAN 9

RUJUKAN 10

2
1.0 PENGENALAN

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan pendidikan awal
dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Ia menjadi
tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah. Oleh
sebab itu guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan
prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran
pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan
pendidikan prasekolah. Pengetahuan ini dapat membantu guru dalam menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Kanak-kanak prasekolah mempunyai
pelbagai latar belakang, karenah serta tabiat yang telah dibiasakan semasa di rumah. Oleh itu,
guru harulah pandai dan kreatif dalam mengurus tingkah laku kanak-kanak ini apabila berada
dalam bilik darjah.

Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah
laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus
atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.
Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan
pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku
distruktif, distruptif dab sikap bergantung.

Dalam tugasan ini, satu scenario dalam kelas tadika akan diperhatikan dan kemudian
direkodkan secara anekdotal, iaitu satu cara menulis atau mencatat berdasarkan pemerhatian
sebenar didalam situasi tertentu (Mortensen & Schmuller, 1964). Rekod anekdot adalah
penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa dan perubahan yang signifikan
yang berlaku pada seseorang murid. Guru boleh menerangkan peristiwa tingkah laku atau
insiden dengan perkataan atau gambar. Oleh itu, guru perlu sediakan buku kecil atau helaian
kertas yang diletakkan di tempat yang mudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam rekod
anekdot adalah nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku. Ulasan guru
dan tindakan guru. Guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai bagi membantu
murid itu.

3
Setelah itu, huraian tentang sebab yang mempengaruhi sikap kanak-kanak tersebut akan di
bincangkan serta strategi terbaik untuk menangani kanak-kanak tersebut. Akhir sekali,
tindakan “uncle” dalam situasi tersebut akan di analisis sama ada ianya membantu kanak-
kanak tersebut ataupun tidak.

2.0 LAPORAN ANEKDOTAL

Situasi ini berlaku di dalam sebuah kelas tadika yang terdiri daripada beberapa orang kanak-
kanak lelaki dan perempuan. Masing-masing kelihatan sedang mewarna di meja masing-
masing. Terdapat beberapa orang dewasa yang sedang menemani kanak-kanak ini membuat
kerja. Daripada tajuk pada video ini, ini merupakan hari pertama kanak-kanak ini bersekolah
tadika.

Seterusnya, perakam video pula adalah seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 30an.
Berdasarkan pemakaian dan cara beliau berkomunikasi, beliau bukan seorang cikgu tetapi
berkemungkinan adalah bapa kepada salah seorang kanak-kanak. Ini di kuatkan lagi dengan
beliau membahasakan dirinya sebagai “uncle” kepada kanak-kanak tersebut. Kebiasaannya
bagi seorang guru, pasti akan menggunakan kata ganti diri “cikgu”, namun beliau tidak
menggunakan kata ganti diri tersebut.

Kelihatan dalam video, satu situasi di mana seorang kanak-kanak yang membahasakan
dirinya “Abang” sedang menangis dan menyebut tentang “ummi” nya yang tidak ada didalam
kelas tersebut. Abang menangis dan meminta agar uncle menelefon umminya kerana sudah
lama tidak bercakap dengan umminya. Apa yang di lakukan oleh uncle ialah dia melarikan
perhatian abang untuk bercakap dan meminta umminya datang ke sekolah dengan cara
menawarkan ais krim kepada abang dan kawan-kawannya yang lain.

Pada mulanya abang tidak berminat dengan tawaran tersebut dan masih mahu berjumpa
umminya. Namun apabila uncle menawarkan ais krim untuk kawan-kawannya, abang terus
menunjukkan minat yang sama. Setelah beberapa minit, abang dapat ditenangkan walaupun
kelihatan air mata nya yang belum kering.

3.0 ALASAN UNTUK TINGKAH LAKU TIDAK WAJAR

Tingkah laku tidak wajar ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif
ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya
terbahagi kepada tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.

4
Tingkah laku positif merupakan tingkah laku kanak-kanak merupakan tingkah laku yang baik
untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini, kanak-kanak akan lebih
bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap ingin
tahu kanak-kanak akan membantu guru dlam meransang pemikiran kanak-kanak dan penting
dalam perkembangan kognitif mereka. Dengan sikap ingin tahu kanak-kanak ini, guru dapat
membina aktiviti yang lebih melibatkan penerokaan kerana pada tahap ini, kanak-kanak akan
suka pada aktiviti seperti ini.

Kanak-kanak yang cepat belajar juga merupakan tingkah laku yang positif kerana akan
memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana, guru
tidak perlu melakukan proses pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar. Guru Cuma
perlu fikirkan aktiviti pengayaan uantuk kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang proaktif
juga merupakan tingkah laku positif. Kanak-kanak proaktif berbeza dengan kanak-kanak
hyperaktif. Ini kerana kanak-kanak proaktif merupakan kanak-kanak yang suka melibatkan
diri pada aktiviti, suka bermain dan lebih mudah dikawal oleh guru. Kanak-kanak pintar
cerdas jarang dijumpai namun jika terdapat kanak-kanak seperti ini, guru harus pandai
memberikan aktiviti yang menarik agar mereka tidak mudah bosan. Berikut pula contoh-
contoh tingkah laku negatif:

a) Hiperaktif

Hiperaktif adalah tingkah laku yang menunjukkan tingkah laku kurang tumpuan iaitu tidak
selari dengan tahap perkembangan mereka. Kanak-kanak hiperaktif juga mudah lupa dengan
aktiviti harian mereka dan lalai dalam membuat tugasan. Maka, mereka sukar untuk mengikut
arahan dan gagal menyudahkan kerja sekolah.

b) Agresif

Tingkah laku bermasalah jenis agresif dapat dikenal pasti apabila terdapat beberapa
perubahan pada individu. Antaranya seperti tidak dapat tidur malam dan mimpi ngeri,
perasaan takut yang amat sangat dan tingkah laku agresif. Selain itu, kanak-kanak ini juga
akan cepat naik marah, tidak sabar menunggu giliran dan tidak menerima teguran atau komen
orang lain. Kanak-kanak ini juga sering melawan dan menganggap dirinya adalah yang
terbaik.

c) Separation Anxiety

5
Tingkah laku ini juga dikenali sebagai kebimbangan. Tingkah laku ini dapat ditunjukkan
melalui perasaan kurang senang atau takut akibat andaian bahawa sesuatu yang tidak diingini
akan berlaku. Perkara ini terjadi akibat daripada pengalaman emosi yang tidak
menggembirakan yang pernah dialami oleh seseorang.

d) Overdependency

Tingkah laku overdependency adalah tingkah laku yang sering bergantung kepada orang lain.
Kanak-kanak seperti ini tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri kerana memilik
pendirian yang kurang tegas dan tiada tujuan. Perkara ini terjadi kerana kanak-kanak
mendapat perlindungan yang terlalu melampau dan sering kali dimanjakan. Ini menyebabkan
kanak-kanak itu menjadi kurang yakin. Mereka akan sering bimbang dan tertekan jika tiada
pertolongan diberikan.

e) Withdrawal

Withdrawal atau pengasingan diri adalah tingkah laku yang suka menjauhkan diri daripada
orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku yang ditunjukkan ini dijadikan sebab untuk
membela diri supaya dapat elakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.

Dalam situasi yang digambarkan di dalam video tersebut, abang boleh diklasifikasikan
dengan tingkah laku negatif Overdependency ataupun bergantungan. Ini kerana jelas
kelihatan dirinya yang takut, bimbang dan risau tanpa kehadiran ibunya didalam kelas
tersebut. Selain itu, kebergantungannya pada pendapat kawan-kawannya juga jelas di
tunjukkan dengan tindakan nya yang respon kepada tawaran ais krim uncle selepas kawan-
kawannya hendakkan ais krim tersebut.

Antara sebab kepada tingkah laku bergantungan ini ialah kerana hari tersebut merupakan hari
pertama abang bersekolah, dan sudah pasti kali pertama terpisah dengan ibu nya. Oleh yang
demikian, dia merasa tidak selamat dan was-was dengan keadaan sekeliling yang masih baru
dan dengan orang-orang yang masih belum dikenali sepenuhnya. Sedangkan di tawarkan ais
krim juga hampir ditolaknya, itu menunjukkan bahawa dia tidak mempercayai uncle tersebut.

Selain itu, abang juga sedang cuba mengadaptasi kan satu suasana baru. Jika selama 4 tahun
sebelum ini, abang bangun pagi pada jam 10 pagi, tetapi pada hari tersebut, dia kena bangun,
mandi dan bersiap pada jam 7 pagi. Ini merupakan sesuatu yang diluar kebiasaan nya
dilakukan oleh abang. Jika sebelum ini abang lebih banyak bermain dengan ibu, ataupun adik

6
beradik yang lain, tetapi di sekolah, yang ada Cuma kawan-kawan yang baru dikenali. Oleh
yang demikian, dia mengekspresikan perasaan ini dengan menangis dan meminta untuk
ibunya datang ke sekolah menemuinya.

4.0 STRATEGI UNTUK MENGURUSKAN TINGKAH LAKU

Terdapat tiga perkara asas dalam pengurusan tingkah laku. Perkara tersebut adalah
peneguhan, hukuman, prompts dan kiu.

a) Peneguhan

Peneguhan merupakan satu bentuk objek, stimuli atau perbuatan. Ia diberikan kepada tingkah
laku tertentu dengan tujuan untuk meningkatkan kekuatan dan kekerapan tingkah laku
tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa tingkah laku dapat digalakkan melalui amalan
peneguhan.

b) Hukuman

Hukuman merupakan satu bentuk tingkah laku yang diberikan selepas melakukan sesuatu
tingkah laku yang salah. Hukuman boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian
pertama adalah satu tingkah laku tertentu terjadi. Bahagian kedua pula menyatakan tentang
satu konsikuen semerta mengikuti tingkah laku tersebut dan bahagian ketiga adalah
sebahagian hasil daripada tingkah laku yang kemungkinan tidak berlaku lagi di masa akan
datang. Hukuman juga merupakan pengawal tingkah laku yang kuat. Hukuman boleh
dikategorikan kepada dua iaitu hukuman positif dan hukuman negatif.

Hukuman positif adalah bentuk tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan pemberian
satu ransangan yang tidak menyenangkan. Manakala hukuman negatif adalah tingkah laku
yang diberikan dan diikuti dengan penarikan ransangan yang meneguhkan.

c) Prompts

Prompts adalah ransangan yang digunakan untuk meningkatkan penglibatan individu dalam
melaksanakan tingkah laku yang betul. Ia diberikan sebelum atau semasa tingkah laku itu
dilakukan. Terdapat dua jenis prompts iaitu respon dan stimulus. Prompts respon adalah
tingkah laku individu lain yang meransangkan respon yang diperlukan. Antaranya adalah
prompts lisan, gesture, tunjuk cara dan fizikal. Manakala prompts stimulus pula melibatkan

7
perubahan, penambahan atau penarikan pada stimulus. Ini adalah bertujuan untuk
memastikan respon yang betul diperolehi.

d) Kiu

Kiu adalah amalan yang membolehkan murid untuk membezakan objek atau konsep yang
relevan dengan objek atau konsep yang lain. Contohnya, guru membezakan suku kata dengan
mengunakan warna merah dan warna hitam. Hal ini akan membantu murid untuk
membezakan suku kata pertama dengan suku kata kedua di samping dapat memudahkan
proses bacaan.

Langkah-langkah yang teratur dan sistematik perlu diambil bagi menghasilkan perubahan
yang spesifik bagi tingkah laku yang tidak diingini. Antaranya adalah dengan menentukan
strategi, melaksanakan strategi yang dipilih, memastikan matlamat tercapai, mengenal pasti
matlamat yang dikehendaki, mengaplikasikan teknik pembelajaran dan teknik psikologi yang
sudah dikaji bagi mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku yang dikehendaki.

Saayah Abu (2008) mengatakan tujuan modifikasi tingkah laku adalah supaya guru
memahami persekitaran murid-murid dan bertimbang rasa apabila mengambil sebarang
tndakan yang melibatkan tingkah laku mereka. Satu cara mengendalikan disiplin bilik darjah
daripada tingkah laku yang paling kecil kepada yang paling sukar dikawal adalah tidak
memberi perhatian apabila murid ini selalu bergerak di dalam kelas.

Tingkah laku boleh diuruskan dengan mengaplikasikan beberapa teknik. Antara teknik-teknik
tersebut adalah dengan menggunakan alat pengukuran personal (personal tools), teknik
pencegahan (preventives technique), dan tindakan pembetulan (correction measure).

Teknik pertama iaitu alat pengukuran personal yang boleh dilaksanakan dengan
menggunakan kaedah kedekatan fizikal (physical proximity). Kaedah ini dilaksanakan dengan
guru mendekati sendiri murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Kaedah seterusnya
adalah dengan menggunakan mobiliti fizikal (physical mobility) iaitu dengan berjalan ke
hadapan, ke belakang, ke tepi atau mengelilingi kelas sambil membuat pengawasan. Eksperisi
wajah atau pandangan guru yang menyenangkan, menarik, marah, kecewa atau benci turut
tergolong dalam teknik pertama ini. Kesimpulannya, guru perlu mahir dalam menggunakan
teknik ini.

8
Teknik kedua pula adalah berkaitan dengan pencegahan. Teknik ini dapat mengurangkan
ketegangan dan menggalakkan proses pengajaran supaya menjadi lancar. Selain itu, melalui
teknik ini iklim yang positif dan persekitaran yang terurus dapat diwujudkan. Maka bagi
mewujudkan suasana seperti ini, antara kaedah yang boleh digunakan adalah dengan meminta
murid supaya mematuhi rutin bilik darjah, membuat sistem mengutip buku serta murid
menerima bentuk peraturan yang digubal. Guru juga boleh memberitahu tentang perlakuan
yang diterima atau tidak.

Teknik yang terakhir adalah dengan melaksanakan tindakan pembetulan. Tindakan ini dapat
dilaksanakan dengan menangani masalah secara spontan dan menghentikan dengan baik
tanpa merosakkan apa-apa. Selain itu, pengubahsuaian tingkah laku positif dan menghentikan
tingkah laku negatif serta mengharmonikan iklim bilik darjah juga dapat membantu dalam
melaksanakan teknik tindakan pembetulan ini. Guru juga boleh menggunakan hukuman yang
diketahui oleh murid dan relevan seperti ketuk-ketampi. Di samping itu, jika murid masih
melakukan tingkah laku bermasalah itu, guru boleh menukar tempat dan berjumpa dengannya
selepas pengajaran. Melalui perjumpaan ini, guru boleh membimbing perlakuannya supaya
menjadi lebih baik. Maka, guru haruslah sentiasa memperjelaskan atau mengingatkan mereka
berkaitan dengan tingkah laku tersebut.

Dalam situasi ini, uncle telah melaksanakan tindakan pembetulan. Beliau telah menangani
abang dengan mengalihkan perhatian abang daripada ibunya kepada sesuatu yang sangat
digemari oleh kanak-kanak. Tindakan beliau menawarkan aiskrim adalah bijak kerana kanak-
kanak yang lain juga turut berminat untuk menerima tawaran ini. Ini menjadikan abang yakin
dan ikut sama hendak kan ais krim tersebut. Dengan itu, abang pun beransur tenang dan kelas
kembali seperti biasa.

5.0 KESIMPULAN

Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah
laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus
atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

9
Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi
aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang
melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada
dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl
Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi
diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka
dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari
perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah
laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang
masa dan mempunyai masalah psikologi.

Mengikut (PL94-142) Masalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada
keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang
ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran. Tingkah Laku
Bermasalah Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada
positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.

Sebagai kesimpulannya pendidikan prasekolah penting kerana ia meliputi aspek fizikal,


mental, bahasa, sosial, moral, pekerti, emosi dan agama walaupun kepentingan ini sukar
ditentukan secara objektif. Implikasi yang besar akan berlaku sekiranya pendidikan awal
kanak-kanak ini diabaikan oleh ibu bapa. Keluarga sedemikian dianggap sebagai pendera
emosi pesakit skizofrenia dan tidak kurang bezanya dengan pendera emosi pada kanak-kanak.
Ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam mengawal sikap dan
layanan pada mereka yang sakit dan lemah supaya mereka cepat sembuh.

(2502 patah perkataan)

RUJUKAN

Jamila K.A Mohamed.(2006).Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa.Batu


Caves,Selangor : PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.

Mohammad Fauzi (2008). Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 1. Diperolehi pada
September 26, 2008 daripada http://uniprof.wordpress.com/2008/01/07/pengurusan-
definisi-sejarah-dan-konsep-siri-1/

10
Nordin Mamat.(2005).Asas Sosial Kanak-kanak.Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd.

Prof Madya Dr.Rohani Abdullah,Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad.(2004). Panduan
Kurikulum Pra Sekolah.Universiti Putra Malaysia : PTS Publication & Distributors Sdn
Bhd.

Rohani Abdullah.(2001).Perkembangan Kanak-kanak Penilaian Secara Portfolio. Universiti


Putra Malaysia : Penerbit UPM.

Saayah Ramli.(2008).Menjadi Guru Tadika.Batu Caves,Selangor : PTS Publication &


Distributors Sdn Bhd.

11

Vous aimerez peut-être aussi