Vous êtes sur la page 1sur 2

AMALAN PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH (TQM) TERHADAP KOMITMEN GURU

822283

Perkembangan dalam sistem pendidikan di Malaysia yang berubah dengan

perkembangan teknologi menyebabkan manusia semakin dahagakan perubahan

sama ada dari segi cetusan teknologi ataupun perkembangan sistem pendidikan

yang sesuai dengan dunia teknologi. Dengan itu, perubahan sistem sukatan mata

pelajaran yang begitu susah dan mencabar memerlukan guru mendapatkan latihan

yang betul dan sesuai dengan sukatan yang diperkenalkan. Sebagaimana yang kita

tahu, sistem pendidikan berubah setiap tahun mengikut arus perdana dan keperluan

semasa.

Ekoran perubahan teknologi semasa yang sering bertukar arus mendorong sistem

pendidikan negara juga mengalami pertukaran arah dalam proses pengajaran dan

pembelajaran guru kepada anak-anak didik mereka. Kemampuan guru dalam

mengikut trend semasa menyebabkan pengetahuan sedia ada pelajar semakin

bercambah seperti cendawan.

Amalan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) penting dalam memastikan proses

perkhidmatan yang ditawarkan adalah bersesuaian serta dapat memberikan kesan

yang nyata terhadap komitmen guru dalam melaksanakan pengurusan pendidikan

yang lebih cemerlang kepada sekolah, pelajar, kerjaya dan pengajaran.

Guru yang mampu mengurus dan menyediakan pelajar dalam menghadapi dunia
mencabar ini penting dan menjadi satu komitmen serta tanggungjawab yang besar
dalam diri seseorang guru.

1.1 Objektif Kajian

Kajian ini untuk mengenal pasti :


1. Amalan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) terhadap komitmen guru sebagai

pengajar.

2. Amalan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) terhadap komitmen guru kepada

sekolah.

3. Amalan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) terhadap komitmen guru kepada

pelajar.

4. Amalan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) terhadap komitmen guru kepada

kerjaya.

5. Perbezaan komitmen guru mengikut demografi ( jantina, bidang dan pengalaman

mengajar ).

METHODOLOGI KAJIAN

DAPATAN KAJIAN

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN