Vous êtes sur la page 1sur 3

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

HARI SUKAN NEGARA 2018

NO TEKS

UCAPAN ALUAN
1.
Bismilahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam 1 Murid 1 Sukan
Yang berusaha,
TUAN HAJI AZILAH BIN AHMAD, Pengetua SMK BUKIT KUANG,
Yang dihormati
UZTAZ ZULKIFLI BIN ABDUL GHANI , Penolong Kanan Pentadbiran
PN ROHAYA BT ISMAIL, Penolong Kanan HEM
EN M ROSLI BIN IBRAHIM, Penolong Kanan Kokurilulum
Ketua-ketua Bidang
Guru-guru yang dedikasi serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah,setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya pada pagi yang ceria ini, kita diberi
kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi menjayakan Hari Sukan Negara 2018. Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran semua hadirin
dan semoga dengan kehadiran ini akan menyuntik semangat kesukanan dalam setiap diri kita.
2.
NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Nyanyian Lagu 1 murid 1 Sukan.. Semua hadirin diminta bersedia.

Para hadirin dipersilakan duduk.

BACAAN DOA
3.
Hadirin yang dihormati,
Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan, marilah sama-sama kita menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan
dibaca oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Hassan Ashari Bin Tahhar. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Abu Hassan Ashari Bin Tahhar atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Semoga dengan
bacaan doa itu tadi majlis kita akan berjalan lancar serta diberkati Allah S.W.T.
UCAPAN PENGETUA
4.
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin yang dirahmati sekalian


Majlis pada pagi ini dimulakan dengan mempersilakan Yang Berusaha Tuan Pengetua, Tuan Hj Azilah Bin Ahmad untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan majlis. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Demikian tadi ucapan peramian oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua, Tuan Hj Azilah Bin Ahmad. Majlis merakamkan ucapan terima kasih

ACARA SENAMROBIK
5.
Seterusnya kita ke acara yang dinanti-nanti iaitu acara senamrobik.

PENUTUP
6.
Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam 1 Murid 1 Sukan
Yang berusaha,
TUAN HAJI AZILAH BIN AHMAD, Pengetua SMK BUKIT KUANG,
Yang dihormati
UZTAZ ZULKIFLI BIN ABDUL GHANI , Penolong Kanan Pentadbiran
PN RAHAYA BT ISMAIL, Penolong Kanan HEM
Ketua-ketua Bidang
Guru-guru yang dedikasi serta para pelajar yang dikasihi sekalian.
Ada sinar, ada bayangnya
Ada hujan, ada lopaknya
Ada rindu, ada dendamnya
Ada luka, ada parutnya
Pabila bertunang ada cincinnya
Pabila bergadai, ada surat untuk menebusnya
Dan pabila bertanding, adalah sijil dan hadiahnya

Alhamdulillah,syukur kita telah menjayakan Hari Sukan Negara 2018 dengan penuh semangat kesukanan pada pagi ini.Kini tibalah masanya
kita memberi penghargaan kepada semua pelajar yang telah terlibat dalam menjayakan majlis dengan menyampaikan hadiah kepada setiap
pemenang.
Dengan itu, majlis mempersilakan Tn Haji Zulkifli Bin Ab Ghani bagi mengiringi Tn Pengetua, untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.

Untuk kategori road relay perempuan/lelaki 14thn ke bawah :


Tempat ketiga dimenangi oleh......................
Tempat kedua dimenangi oleh.................
Tempat pertama dimenangi oleh...................

Untuk kategori road relay perempuan/lelaki 16thn ke bawah :


Tempat ketiga dimenangi oleh......................
Tempat kedua dimenangi oleh.................
Tempat pertama dimenangi oleh...................

Seterusnya, untuk acara tarik tali perempuan/lelaki 14thn ke bawah :


Tempat ketiga dimenangi oleh......................
Tempat kedua dimenangi oleh.................
Tempat pertama dimenangi oleh...................

Acara tarik tali perempuan/lelaki 16thn ke bawah :


Tempat ketiga dimenangi oleh......................
Tempat kedua dimenangi oleh.................
Tempat pertama dimenangi oleh...................

Dengan ini, maka berakhirlah program kita pada hari ini. Akhir kata Majulah Sukan Untuk Negara

Sekian, Wabillah hitaufiq walhiydaah assalamualaikum warahmatuallahiwabarakatuh.

Vous aimerez peut-être aussi