Vous êtes sur la page 1sur 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT KUANG

24000, KEMAMAN, TERENGGANU

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS RUMAH TANGGA


BIL 1/2017

TARIKH : 15 JANUARI 2017


MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : BILIK KETUA BIDANG VOTEK

KEHADIRAN
1. PN. RAFSHAH BT ISMAIL - GK TEKNIK DAN VOKASIONAL
2. PN HARNANI BINTI ISMAIL - KETUA PANITIA ERT

TIDAK HADIR BERSEBAB


-

AGENDA I : ALUAN PENGERUSI


1. Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah
2. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru ke mesyuarat
Makluman

AGENDA II : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


3. Pn. Harnani mencadangkan minit mesyuarat Bil 4/2016 disahkan.
4. Cadangan ini disokong oleh Pn. Rafshah.
Makluman
AGENDA III : PERKARA BERBANGKIT
5. Rujuk kepada Maklum balas Mesyuarat Bil 1/2017
Makluman

AGENDA IV : BUKU RANCANGAN MENGAJAR


6. Ketua bidang mengingatkan guru untuk menyiapkan buku rekod mengajar dan perlu
dihantar kepada ketua bidang setiap hari Khamis pada setiap minggu untuk disemak.
7. Guru juga diingatkan supaya melengkapkan RPT dan DSKP matapelajaran dengan
segera.
Tindakan ; Ketua Panitia
AGENDA V : PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN
8. Ketua panitia diingatkan untuk melengkapkan buku perancangan aktiviti tahunan Panitia
Ekonomi Rumah Tangga sebelum berakhir Januari.
Tindakan ; Ketua Panitia

AGENDA VI : PENYELIAAN BUKU NOTA DAN LATIHAN


9. Ketua Bidang meminta guru memberi nota dan latihan yang mencukupi kepada para
pelajar mengikut volume yang telah ditetapkan.
10. Beliau juga telah memberi jadual penyeliaan buku nota dan latihan dan guru perlu
mematuhi jadual tersebut.
Tindakan: Ketua Panitia

AGENDA VI: HAL-HAL LAIN


11. Pn Harnani memaklumkan bahawa beliau akan membeli modul pembelajaran ERT
Tingkatan 5 dan juga modul pembelajaran SRT Tingkatan 4 hasil penulisan jurulatih
kebangsaan bagi matapelajaran ERT dan SRT bagi kegunaan semasa Pdp.
Tindakan: Ketua Panitia

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang dan diakhiri dengan surah Al-Asr.

Disediakan oleh Disahkan oleh

…………………………… ………………………
Pn. Harnani Bt Ismail Pn Rafshah Bt Ismail
Pencatat minit Ketua Bidang Teknik & Vokasional
SMK Bukit Kuang

Vous aimerez peut-être aussi