Vous êtes sur la page 1sur 17

NAMA KURSUS DAN KOD:

GGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

TAJUK:
MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL:
MELAHIRKAN SUMBER MANUSIA KOMPTEN DAN BERDAYA SAING.

TUGASAN KUMPULAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA AHLI KUMPULAN:


1. SITI NORBA’AYAH BT AYUP (GP07272)
2. NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS (GP06763)
3. NADIAH LIYANA BT MOHAMED KHAIRUZZAMI (GP06759)
4. JULINA BT TARIKAT (GP06738)
5. MAZWAN BINTI MUHAMAD YUSOF (GP06746)

PENSYARAH : EN JAMALUL LAI BIN ABDUL WAHAB


TAJUK SOALAN : MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN
VOKASIONAL: MELAHIRKAN SUMBER MANUSIA KOMPTEN DAN BERDAYA
SAING.

1 ) PENGENALAN

2)KANDUNGAN :

KONSEP/ DEFINISI/ TEORI/ ISU /IMPLIKASI/ CABARAN/ CADANGAN


PENYELESAIAN

A ) KONSEP ASAS PTV

Falsafah, prinsip dan polisi adalah penting bagi pendidikan Teknik dan Vokasional.
Ketiga-tiga elemen tersebut harus wujud dalam satu hubungan yang harmoni dan searah.
Tidak wajar untuk dikatakan bahawa prinsip adalah lebih penting daripada falsafah ataupun
polisi walaupun sejarah awal pembentukanprogram PTV memaparkan penggunaan prinsip
sebagai konsep asas.

Prinsip menjadi konsep asas kepada pembentukan Pendidikan Teknik dan


Vokasional(PTV) kerana orang teknikal vokasional dikenal sebagai individu yang praktikal.
Kita kenali sebagai (practitioners) yang lebih mementingkan amalan daripada teori.Falsafah
pada ketika itu dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak diperlukan untuk membentuk
program.

Sementara polisi berperanan sebagai asas bagi membina matlamat dan tujuan program
Sejarah juga membuktikan kepentingan dan peranan prinsip,falsafah dan polisi dalam
PTV.Pembentukan paradigm untuk PTV memerlukan falsafah yang selari dengan prinsip
serta polisi.
Konsep asas yang sama terus dijadikan landasan bagi pembentukan prinsip yang
baru. Ada juga konsep asas yang diubah bersesuaian dengan kehendakan semasa ataupun
digugurkan sebagai teorem atau prinsip.

B) DEFINISI

Sebelum diolah dan digarap idea menjadi rencana, definisi atau takrifan bagi setiap
pengertian tajuk perlu difahami oleh para pembaca. Antara istilahnya adalah :

i) Memperkasa – di istilahkan sebagai menjadikan hebat, unggul, terkenal,


perbuatan, usaha atau tindakan yang diperjuangkan.
ii) Pendidikan Teknik dan vokasional - Pendidikan yang menyediakan pelajar
untuk kehidupan dan pekerjaan, menyediakan tenaga yang mahir dan separa mahir
serta memenuhi keperluan firma dan industri, (Mohd Zulfadly Othman et al.
2010).
iii) Melahirkan - diterjemahkan sebagai mengeluarkan perasaan (fikiran, pendapat
dan lain-lain), mengadakan, mewujudkan.
iv) Sumber Manusia - makhluk yang mempunyai akal budi, insan, orang: ada pun
jenis tinggi sekali antara segala haiwan (Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat).
v) Kompeten - ditakrifkan sebagai cekap, layak, dapat menjalankan tugas dengan
sempurna, mempunyai kebolehan, pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan
sesuatu dengan cekap atau jayanya (Kamus Pelajar Edisi kedua).
vi) Berdaya saing - mempunyai kemampuan utuk bersaing dan maju (Kamus Pelajar
Edisi Kedua).

C) TEORI KONSTRUKTISEME

Dalam teori ini, pembelajaran bukan merupakan satu proses penghafalan maklumat di mana
jawapan betul diberikan oleh guru-guru. Selain itu, pembelajaran mesti bermula dengan isu-
isu berkait rapat dengan minat dan naluri ingin tahu pelajar yang dapat menarik minat pelajar.

Guru sebagaifasilitator perlu membantu proses ini dengan menggunakan strategi-strategi dan
kaedah-kaedah pengajaran yang menggalakkan pelajar-pelajar untuk membuat analisis,
tafsiran dan ramalan kendiri. Teori ini amat sesuai sekali untuk diaplikasikan ke dalam proses
pembelajaran dan pelajaran seiring sistem pendidikan masa kini yang menuntut supaya setiap
individu yang berkaitan mengaplikasikan kemajuan teknologi yang tersedia pada masa kini.
D) ISU

E) IMPLIKASI

Setiap perubahan yang ingin dilakukan pasti akan memberi implikasi kepada sesiapa
sahaja. Bagi transformasi ini, ia turut memberi implikasi kepada guru/pensyarah, pelajar dan
ibu bapa. Implikasi yang pertama merupakan terhadap guru/pensyarah di mana apabila
transformasi ini berlaku, para guru/pensyarah berasa tidak berpuas hati. Ini kerana mereka
terpaksa mengajar lebih masa berbanding sekolah harian dengan gaji yang sama. Selain itu
mereka turut dibekalkan National Occupational Skills Standard (NOSS) / Standard
Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) bagi Kolej Vokasional dan perlu menggubal
sendiri kertas penerangan, kertas tugasan dan kertas penilaian unutk pelajar (Sinar
Harian,2013)

Implikasi yang kedua adalah terhadap pelajar di mana transformasi ini akan memberi
laluan yang lebih baik bagi pelaar dalam menentukan masa depan mereka serta laluan kerjaya
mereka. Selain itu, ia turut memberi peluang yang labih luas kepada pelajar untuk
mendapatkan pendidikan menyeluruh dengan kursus pilihan mereka. Transformasi ijuga turut
memastikan pelajar dilengkapi dengan kemahiran tertentu sama ada kemahiran teknikal,
praktikal, pengetahuan akademik atau kemahiran pekerjaan. Melalui program transformasi
ini, pelajar juga dapat mengurangkan waktu untuk memperolehi Diploma di mana mereka
mengambil masa empat tahun bermula dari umur 16 tahun dan memperolehi diploma pada
usia 20 tahun berbanding pelajar lain yang memperolehi diploma pada usia 21 tahun dan
belum tentu memperoleh pekerjaan. (Nuraziemah,2013)

Implikasi yang ketiga adalah terhadap ibu bapa di mana ibu bapa risau mengenai
masa depan anak mereka kerana pelajar ini tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
hala tuju Kolej Vokasional tidak dijelaskan dengan terperinci, bagi pendapat mereka bahawa
peluang kerjaya bagi aliran vokasional juga tidak stabil dan mereka takut jika anak mereka
mengambil aliran vokasional ini, anak mereka tidak akan memperoleh kerjaya yang bagus
berbanding aliran sains atau kejuruteraan.(Robiah Sidin, 1998)

F) CABARAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

CABARAN PERTAMA: MENAMBAH BAIK PERSEPSI TERHADAP TEVT

Cabaran utama ialah berkaitan dengan persaingan, cabaran dan aspirasi yang sentiasa
meningkat dan seiring dengan transformasi pendidikan dan dasar-dasar negara sepertimana
yang terdapat di dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Program
Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Model Baru Ekonomi
(MBE) dan Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMK-11), pendidikan teknik dan vokasional
juga perlu selaras dengan matlamat pendidikan negara dengan memastikan bahawa keperluan
tenaga Negara dapat dipenuhi bagi jangka pendek mahupun panjang.

Secara umumnya, orang ramai di Malaysia terutama pelajar mempunyai persepsi yang
kurang baik terhadap pendidikan TEVT. Jika di negara/kawasan maju seperti Jerman, Austria
dan Taiwan, ramai pelajar memilih kerja teknikal dan vokasional sebagai kerjaya mereka,
tetapi belia di Malaysia enggan memilih aliran pendidikan alternatif ini sungguhpun mereka
lemah dalam akademik.

Sehubungan itu institusi TEVT perlu memastikan keluarannya adalah berkualiti dan
memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara dengan melahirkan warganegara yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial dan mencapai keseimbangan dan
kemakmuran diri serta dapat berbakti pada agama, bangsa dan negara.

TEVT adalah penyedia perkhidmatan untuk individu, ekonomi dan masyarakat dan
ianya mempunyai hubungan yang signifikan dengan pasaran kerja [6]. TEVT adalah
pendidikan yang menyediakan pelajar untuk kerjaya yang memerlukan kepakaran dalam satu
set tertentu [7].

keperluan untuk membangunkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan kemahiran


untuk menyokong ekonomi negara. Kerajaan akan terus memainkan peranan utama dalam
menyediakan laluan TEVT kerana berkeyakinan bahawa ia berpotensi untuk menghasilkan
para graduan yang bersedia diserap oleh pihak industri [9]. Ini adalah kerana melalui TEVT
ianya berkemampuan untuk menyediakan peluang pembelajaran dan memperbaiki peluang
kehidupan bagi semua lapisan masyarakat akan terus meningkat dan boleh menarik minat
pelatih, ibu bapa dan masyarakat terhadap pendidikan dan latihan vokasional.

Persepsi negatif ini sebahagian besarnya disebabkan oleh masalah-masalah yang berikut:

Masalah 1: TEVT Dijadikan Tempat Mengisi Pelajar Lemah

Sekolah vokasional sering dijadikan tempat mengisi pelajar yang tercicir dari sekolah
atau lemah pencapaian akademik (Jailani et al., --). Malah, mereka yang menuntut di sekolah
vokasional sering dianggap pelajar nakal dan tidak berdisiplin oleh orang ramai. Adakalanya
pihak berkenaan yang membuat promosi TEVT juka meggunakan perkataan menghina
seperti ‘untuk pelajar lemah’, ‘gagal dalam peperiksaan’, dan ‘belia menganggur’ sebagai
tarikan. Tindakan dan salah faham ini memberi gambaran kepada orang ramai bahawa
pendidikan TEVT sesuatu yang tidak berkualiti dan pada akhirnya akan menjejaskan usaha
kerajaan menjadikan TEVT sebagai pilihan utama pelajar. Oleh itu, penekanan promosi
TEVT harus diberi kepada pendidikan alternatif bagi mereka yang mempunyai bakat selain
akademik.

Masalah 2: Pengiktirafan Yang Rendah Oleh Kerajaan dan Masyarakat

Selama ini, pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaaan hanya memberi
perhatian dan bantuan kepada mereka yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi.
Banyak bantuan dari segi biasiswa, pinjaman dan peluang melanjutkan pelajaran akan
disediakan untuk golongan pelajar terbaik dalam akademik. Namun, keadaan yang sama tidak
berlaku kepada pelajar TEVT yang cemerlang mahupun mengharungkan nama negara di
arena antarabangsa. Sebagai contoh, Cik See WY yang telah memenangi pingat gangsa
kategori seni kecantikan dalam Pertandingan Kemahiran Dunia 2012 di London terpaksa
bekerja di Singapura untuk mendapatkan dana melanjutkan pelajaran dan pengalaman.

Pengiktirafan yang tidak seimbang antara pelajar cemerlang dalam akademik dan
TEVT juga berlaku di dalam liputan media tempatan. Satu contoh yang baik ialah wakil-
wakil Malaysia telah mencapai kejayaan yang besar dalam Pertandingan Kemahiran Asean
2010 di Bangkok (memenangi 7 pingat) dan Pertandingan Kemahiran Dunia 2012 di London
(memenangi 5 pingat daripada 10 acara ditandingkan). Malangnya, media tempatan sama ada
surat akhbar, radio atau televisyen hanya memberi liputan yang sangat kecil jika berbanding
dengan liputan televisyen yang dibuat oleh NTDTV dari Taiwan (www.ntdtv.com).

Masalah 3: Peluang Melanjutkan Pelajaran Tinggi Yang Terhad


Sijil TEVT diberi pengiktirafan yang tinggi dan setanding dengan sijil-sijil akademik
di banyak negara maju. Pelajar-pelajar TEVT boleh melanjutkan pelajaran mereka sehingga
tahap universiti mahupun pasca siswazah. Namun, pelajar TEVT di Malaysia menghadapi
kekurangan pilihan untuk melanjutkan pelajaran mereka selepas memperolehi diploma atau
diploma lanjutan. Sebagai contohnya, terdapat 11 buah universiti teknikal dan 50 buah
institut teknikal yang menawarkan ijazah tinggi di Taiwan sejak tahun 1990an (Mei, 2001).
Memandangkan Malaysia hanya mempunyai 4 buah universiti teknikal awam selepas tahun
2000.

2) CABARAN KEDUA: MENGARUS-PERDANAKAN TEVT

Cabaran kedua yang Berhubung kait dengan cabaran yang pertama, wujudnya
ketidakseimbangan dalam sistem pendidikan Malaysia di antara aliran TEVT dan aliran
akademik. Apa yang lebih membimbangkan ialah berlakunya marginalisasi terhadap
pendidikan TEVT di sebalik segala usaha kerajaan memperkasakan pendidikan TEVT. Antara
masalah yang menghalang usaha mengaras-perdanakan TEVT ialah:

Masalah 1: Bilangan Kemasukan Pelajar TEVT Yang Rendah

Persepsi negatif orang ramai terhadap pendididkan TEVT jelas digambarkan oleh
kadar kemasukan pelajar di pelbagai institusi TEVT berbanding dengan pendidikan
akademik. Pada tahun 2010, hanya seramai 25,000 pelajar memasuki sekolah teknik dan
vokasional jika berbanding dengan 453,000 pelajar yang menduduki SPM (JPK, 2011), iaitu
100 orang yang menuntut di sekolah menengah, lebih kurang 5 orang sahaja yang memilih
aliran kemahiran. Tambahan pula, enrolmen peringkat sijil di 70 buah kolej komuniti seluruh
negara hanya mencatatkan sebanyak 16,415 pelajar dan 17,814 pelajar pada tahun 2009 dan
2010 masing-masing, manakala enrolmen pada peringkat diploma hanya seramai 864 orang
dan 386 orang pada kedua-dua tahun berkenaan (Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia,
2010).

Pada keseluruhannya, enrolmen pelajar yang memasuki aliran teknikal dan vokasional
di peringkat menengah atas bagi Malaysia hanya 10% berbanding kadar purata 44% di negara
OECD (JPK, 2011). Di Singapura pula, kira-kira 75% daripada pelajarnya disalurkan kepada
latihan TEVT di semua peringkat, iaitu 25% ke Institut Pendidikan Teknikal, 40% ke
Politeknik dan 10% ke pusat latihan swasta (Law, 2007).
Masalah 2: Syarat Kemasukan Yang Terlalu Tinggi

Salah satu penghalang utama hasrat kerajaan mengarus-perdanakan pendidikan TEVT


datang daripada syarat kemasukan yang dikenakan kepada kebanyakan kursus TEVT didapati
terlalu tinggi bagi golongan sasarannya. Sistem pendidikan TEVT di Malaysia dibahagikan
kepada tiga aliran iaitu aliran teknikal untuk pelajar yang cemerlang, aliran vokasional untuk
pelajar sederhana dan aliran kemahiran untuk pelajar yang lemah dalam akademik. Aliran
teknikal mempunyai lebih banyak komponen akademik, manakala aliran vokasional dan
kemahiran lebih menekankan komponen praktikal.

Masalah 3: Tiada penyelarasan di antara agensi-agensi menawarkan kursus TEVT

Statistik kasar yang diperolehi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran


menunjukkan terdapat lebih kurang 538 buah institusi awam dan negeri yang menawarkan
pendidikan TEVT di Malaysia. Semua institusi TEVT ini diurus dan dikawal oleh pelbagai
kementerian dan kerajaan negeri yang berlainan. Jadual 4 menunjukkan taburan institusi
TEVT awam dan kementerian yang bertanggungjawab serta tahap kursus yang disediakan.

Keadaan ini bukan sahaja mengelirukan orang ramai dan merumitkan proses
permohonan kemasukan, tetapi juga mengakibatkan pembaziran sumber dari segi promosi,
penawaran kursus dan penempatan pelajar. Masalah yang paling besar ialah kualiti dan tahap
sijil TEVT yang dikeluarkan oleh kementerian dan institusi berlainan adalah tidak seragam.
Misalnya GiatMARA mempunyai sistem persijilan sendiri yang berlainan daripada Sijil
Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia.

3) CABARAN KETIGA: MENGATASI MASALAH POLARISASI KAUM DI TEVT

Cabaran ketiga ialah berkaitan dengan masalah polarisasi kaum yang menghalang
proses mentransformasikan TEVT di Malaysia. Fenomena ini wujud apabila pelajar dari
sesuatu kaum lebih cenderung kepada laluan pendidikan TEVT tertentu serta suasana dan
budaya pembelajaran di institusi TEVT awam tidak disukai pelajar bukan Bumiputera.

Masalah 1: Laluan Pendidikan TEVT Yang Berbeza Di Antara Kaum Berlainan

Laluan pendidikan TEVT dapat dibahagikan kepada lima kategori mengikut tempat
dan cara pembelajarannya, iaitu menuntut di institusi awam, menuntut di institusi swasta,
latihan sambil bekerja (program apperentis) di syarikat, melanjutkan pelajaran di luar negara
dan pembelajaran secara tidak formal di bengkel-bengkel kecil. Kelima-lima laluan
pendidikan TEVT tersebut mempunyai kebaikan dan kelemahan masing-masing dan pelajar
akan memilihnya mengikut kegemaran, kesesuaian, kelayakan dan tanggungan kewangan
dirinya sendiri. Misalnya, laluan pembelajaran secara tidak formal mempunyai banyak
kelemahan seperti tidak mempunyai sijil yang diiktiraf dan kurang pendedahan kepada
teknologi terbaru, tetapi ia amat digemari oleh mereka yang tercicir daripada sekolah dan
memerlukan pendapatan segera. Selain itu, banyak institusi swasta menawarkan sijil dari luar
negara dengan suasana pembelajaran yang lebih selesa tetapi kos pembelajarannya amat
tinggi.

Masalah 2: Suasana Pempelajaran TEVT Yang Tidak Mesra Kepada Kuam Bukan
Bumiputera

Antara dua sebab utama yang diberi oleh pelajar bukan Bumiputera mengapa mereka
tidak memilih institusi TEVT awam ialah kekurangan rakan sesama kaum di institusi awam
tersebut atau mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana kampus yang terlalu
menekan kepada budaya sesuatu kaum sahaja. Beberapa kes sebenar berlaku di mana pelajar
yang baru berdaftar di institusi TEVT awam menarik diri setelah mengetahui beliau adalah
pelajar bukan Bumiputera yang tunggal. Selain itu, ramai pelajar Cina enggan memohon
kepada institusi TEVT awam kerana mereka tidak pandai bertutur dalam Bahasa Malaysia.

4) CABARAN KEEMPAT: PENYEDIAAN DAN LATIHAN GURU PAV YANG


MENCUKUPI

Cabaran seterusnya adalah untuk mendapatkan tenaga pengajar yang mencukupi,


berkelayakan dan berpengalaman bagi melaksanakan program PAV secara berkesan. Tanpa
penglibatan dan sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang telah disediakan
mungkin terbengkalai begitu sahaja. Guru menjadi tunjang kepada sistem pendidikan,
pelaksana segala dasar, dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan.
Justeru itu, bidang perguruan adalah aspek yang signifikan bagi menjamin kegemilangan
sesebuah negara. Guru menjadi teras dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan
sistem pendidikan. Oleh itu, tidak dinafikan dalam memperkatakan tentang kepentingan
pendidikan, maka guru memainkan peranan utama untuk menyalurkan ilmu dan kemahiran
dalam pendidikan formal (Saedah & Mohammed Sani, 2012).
Apabila dilihat dari aspek penyediaan guru pula, sudah semestinya guru-guru yang
terlibat sepenuhnya dengan program PAV sepatutnya berdasarkan bidang pengkhususan di
peringkat ijazah pertama yang selari dengan CBT. Walaubagaimanapun, pengambilan guru di
peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak menawarkan pengkhususan matapelajaran
seperti mana yang ditawarkan di dalam program PAV.

5) CABARAN KELIMA: PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PAV

Cabaran ini menekankan kepada Pendidikan bahawa proses dan aktiviti bertujuan
yang boleh membawa kepada perubahan seseorang individu. Pada zaman moden ini guru
bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku
ke atas diri seseorang. Guru haruslah memahami idea perubahan dengan sempurna dan
menyusun strategi dengan rapi untuk memastikan perubahan dilaksanakan dengan jayanya
(Yahya & Lailinanita, 2011). Pengajaran kemahiran sosial dan nilainilai sosial (kemahiran
bukan kognitif) perlu diterapkan kepada pelajar di samping kurikulum yang sedia ada, supaya
mereka jelas pengintegrasian dalam tugasan teknikal di samping kerja amali bagi
membolehkan mereka boleh membuat jangkaan terhadap kerjaya masa depan sepertimana
yang diutarakan oleh Ramlee dan Rohana (2013). Melalui strategi pengajaran, pelajar
digalakkan untuk memahami, menemui, menganalisis, mensintesis isu-isu atau cabaran
(Krathwohl, 2002).

6) CABARAN KEENAM: PENYEDIAAN SUMBER, BAHAN DAN PERALATAN


PAV

Cabaran ini menjerus kepada Pendidikan Asas Vokasional(PAV) tidak hanya tertumpu
kepada pembelajaran secara teori sahaja tetapi melibatkan aktiviti amali. Aktiviti amali
dijalankan di bengkel/bilik-bilik khas kerana kelengkapan dan kemudahan yang ada dapat
membantu proses aktiviti amali (Nor Azeanie & Supli Effendi, 2010). PAV perlukan suasana
pembelajaran yang kondusif dan lengkap dengan peralatannya serta bengkel/bilik-bilik khas.
Pihak pentadbiran sekolah dan guru PAV perlu memastikan keadaan bengkel/bilik-bilik khas
adalah kondusif serta selamat sepanjang proses pdp berlaku.

Menurut Azizi dan Jesmin (2008), peralatan dan kemudahan fizikal adalah faktor
penting yang perlu dititikberatkan dan diselenggarakan dengan sebaik mungkin. Jika
sesebuah pusat kemahiran tidak mempunyai kemudahan fizikal yang lengkap, ini turut
mempengaruhi keberkesanan program-program yang dijalankan. Keberkesanan sesuatu
program turut tergendala atau terganggu kerana persekitaran dan suasana yang tidak selesa
dan tidak teratur. Oleh itu kepentingan aspek kemudahan dalam proses pembelajaran
memainkan peranan yang utama bagi menjamin keberkesanan. Kelengkapan bengkel
merangkumi alatan tangan dan mesin yang terdapat dalam bengkel atau makmal yang
mempunyai jangka hayat tertentu. Bengkel dan peralatan merupakan elemen penting dalam
pdp bercorak latihan kemahiran terutamanya yang melakukan kerja amali (Siti Atiqah, 2008).
Ia selari dengan pandangan Nurasyikin dan Norja Khairayarani, (2011) bahawa bengkel yang
diuruskan dengan baik dan sistematik akan membantu proses pdp. Ia bersesuaian dengan
kerja-kerja berbentuk amalan praktik yang dilakukan di dalam bengkel merupakan komponen
utama dalam pdp.

7) CABARAN KETUJUH: SISTEM PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN PAV

Cabaran yang terakhir ialah Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam
membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri, berketerampilan, berkeperibadian
mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Modal insan ini berupaya berfikir secara
kreatif dan kritis, berkemahiran menyelesaikan masalah dan mempunyai ketahanan serta
kebolehan untuk berhadapan dengan cabaran dunia global yang sering berubah mengikut
peredaran zaman (Noor Azreen, 2011).

Kesan perubahan kurikulum baru, membawa kepada peningkatan latihan dalam


institusi pendidikan. KPM perlu menyediakan satu ruangan untuk para guru meningkatkan
profesionalisme di samping meningkatkan kemahiran dan pengalaman dalam melaksanakan
sistem pentaksiran yang baru. Perubahan ketara dalam melaksanakan pentaksiran PAV tanpa
SPM memperlihatkan satu lagi inovasi dalam pendidikan. Justeru itu, pentaksiran untuk pdp
mestilah secara berterusan bagi memastikan setiap pelajar memahami dan menterjemahkan
kehendak tugasan. Melalui pentaksiran ini bukan sahaja dapat menilai kemajuan pelajar,
malahan proses pembinaan modal insan yang holistik (Reeves, 2000; Noor Azreen &
Sulaiman, 2012; & Ramli Rashidi, 2013).
G) CADANGAN PENYELESAIAN

Kerajaan baru di Malaysia sedang berusaha mentransformasi TVET untuk memenuhi


permintaan industri.Sebanyak 60% daripada pekerjaan yang diwujudkan dalam tempoh
RMKe-11 dijangka memerlukan kelayakan TVET, keperluan ini menjadikan TVET sebagai
platform penting bagi meningkatkan tenaga kerja mahir Malaysia. Kerajaan sentiasa
mempergiat kolaborasi dengan industri untuk meningkatkan pengambilan TVET, di samping
itu menambah baik kualiti program dan institusi, serta memperkukuh penjenamaan dan profil
TVET. Pendekatan ini akan menghasilkan graduan berkemahiran yang diperlukan industri
dan menjadikan TVET sebagai laluan pilihan.Transformasi ini dapat direalisasikan menerusi
pelaksanaan tiga strategi utama iaitu Memperkukuh Tadbir Urus TVET Untuk
Pengurusan Yang Lebih Baik, menerusi pemantapan kerangka kelayakan nasional dan
pengharmonian pelbagai sistem penarafan bagi institusi TVET awam dan swasta,sistem
akreditasi tunggal Sektor TVET sedia ada akan diperkukuh melalui penubuhan sistem tunggal
yang akan diguna pakai oleh MQA dan JPK bagi tujuan penyelarasan dan pemantauan TVET
yang lebih baik. Sistem baharu ini akan bertanggungjawab mengakreditasi program TVET
yang ditawarkan oleh institusi TVET awam dan swasta berdasarkan Kerangka Kelayakan
Malaysia (MQF) sedia ada yang akan disemak semula.Strategi ini membolehkan mobiliti
pelajar antara semua institusi TVET. cadangan seterusnya mengharmonikan sistem penarafan
institusi bagi memperbaiki kebolehbandingan. Kerajaan akan mengharmonikan pelbagai
sistem penarafan merentasi institusi TVET awam dan swasta kepada sistem penarafan
tunggal.Usaha ini termasuk sistem penarafan sedia ada yang diguna pakai oleh JPK bagi
institusi TVET swasta dan Sistem Penarafan Politeknik (PolyRate) serta Sistem Penarafan
Kolej Komuniti (MySpeKK) bagi institusi TVET awam. Sistem penarafan yang bersepadu ini
akan menilai kualiti institusi dan program berdasarkan kepada indikator keberhasilan seperti
keupayaan mendapatkan pekerjaan dan penglibatan industri. Menerusi sistem penarafan ini,
prestasi institusi akan dijadikan satu daripada faktor yang menentukan peruntukan dana untuk
institusi.

Selain itu kerajaan juga sedang berusaha Memperkasa kualiti dan penyampaian
program TVET untuk menambah baik keboleh pasaran graduan melalui pendekatan seperti
membolehkan industri menerajui pembangunan kurikulum, mengurangkan pertindihan
program dan penggunaan sumber, meningkatkan keberkesanan kos dan memperluas
pembiayaan TVET bagi menambah enrolmen. Menjayakan program yang diterajui industri
bagi mengurangkan jurang kemahiran JKI, dengan kerjasama wakil industri akan mengenal
pasti kompetensi yang relevan bagi setiap sektor dan subsektor. Model kerjasama baharu
akan membolehkan industri untuk turut sama terlibat dalam setiap rantaian nilai, terutama
dalam pembangunan dan penyampaian kurikulum bagi memastikannya lebih praktikal dan
terkini. Model kerjasama ini termasuklah perantisan, latihan amali, penempatan praktikum,
dan program berasaskan pekerjaan. Modul pembelajaran berasaskan “masalah/projek/hasil”
(PPP) yang melibatkan pelajar dalam dunia pekerjaan sebenar akan juga diterapkan dalam
kurikulum. Usaha akan terus dilaksanakan bagi mengarusperdana Sistem Latihan Dual
Nasional (SLDN) untuk melahirkan graduan TVET berkemahiran yang diperlukan oleh
industri. SLDN menawarkan latihan berasaskan industri, iaitu 70% daripada latihan
dilaksanakan di syarikat dan 30% di institusi TVET. Program 1MASTER SLDN akan
diperluas untuk menyokong keperluan kawasan pembangunan ekonomi dan permintaan
industri. Contohnya, Koridor Pembangunan Iskandar. SLDN khas untuk belia di luar sistem
pendidikan akan diperluas bagi menyediakan latihan dan pensijilan dan membolehkan
mereka mendapat pekerjaan yang lebih baik. SLDN juga akan menggalakkan lebih banyak
penyertaan daripada industri. Kerajaan turut mengurangkan program berimpak rendah dan
bertindan.Program berimpak rendah yang tidak diperlukan oleh industri dan menghasilkan
keupayaan mendapatkan pekerjaan yang rendah bagi graduan akan dihentikan. Sistem
berpusat sedia ada untuk kajian pengesanan bagi institusi TVET awam akan dinaik taraf dan
diperluas kepada institusi TVET swasta bagi membolehkan perbandingan dibuat terhadap
kebolehpasaran graduan. Di samping itu, lebih banyak penglibatan bersama pihak industri
dalam bentuk dialog berkala akan dilaksanakan bagi penilaian dan pengesahan program yang
berterusan. Program yang bertindan dalam kalangan institusi TVET awam akan dikurangkan
dengan menggalakkan pengkhususan dan mewujudkan pusat kecemerlangan dalam bidang
khusus dan kepakaran bagi mengoptimumkan sumber dan menghasilkan outcome graduan
yang lebih baik. Cadangan penyelesaian seterusnya adalah meningkatkan penjenamaan
untuk menarik minat terhadap TVET. Langkah ini akan dapat dicapai menerusi aktiviti
promosi yang menonjolkan TVET sebagai kerjaya pilihan yang menarik. Mempromosi TVET
sebagai laluan pilihan.SkillsMalaysia akan menyelaras kempen media secara khusus dan
berjadual untuk mendidik pelajar dan keluarga berkenaan peluang kerjaya dan keusahawanan
yang menarik ditawarkan oleh TVET.Usaha penggalakan ini menyediakan pelajar panduan
kerjaya yang jelas dan cerita kisah kejayaan. Pertandingan MySkills dan Pertandingan
Kemahiran Peringkat Antarabangsa untuk pelajar TVET akan menjadi platform untuk
meningkatkan imej TVET.Dengan mengiktiraf teknologis sebagai profesional, MBOT akan
menentukan dan mentadbir urus etika dan tingkah laku kerjaya dan menyediakan panduan
serta program pembangunan professional untuk peningkatan kerjaya. Dengan ini, MBOT
akan memartabatkan peranan dan pengiktirafan teknologis.

4) RUMUSAN

Sebagai kesimpulan, pendidikan vokasional haruslah berhadapan dengan beberapa cabaran


agar dapat diperkasakan demi memastikan pengurusan organisasi dan perkhidmatan di
Malaysia dapat memenuhi matlamat negara menjelang wawasan 2020. Sikap masyarakat
sendiri juga perlu diubah agar dapat memberi pandangan yang lebih positif terhadap
pendidikan teknik dan vokasional. Walaupun perubahan dari segi sikap dan nilai sesebuah
masyarakat itu akan memakan masa yang lama, namun usaha-usaha perlulah dijalankan
mulai dari sekarang. Generasi muda perlulah ditanam dengan sikap dan norma kehidupan
yang baik agar mereka mampu menjadi pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi.

Cabaran untuk memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional sememangnya adalah besar
sekiranya Negara ingin mencapai taraf negara maju dalam tahun 2020. Tidak dinafikan
bahawa asas sudah ada dalam pendidikan teknik dan vokasional pada masa ini yang mana ia
akan membolehkan semua pihak yang berkepentingan untuk merancang menuju ke arah cita-
cita tersebut. Namun begitu, dengan persaingan yang akan dihadapi pada tahun-tahun akan
datang khususnya dalam kegawatan ekonomi yang melanda negara kini, tenaga manusia yang
bakal dilahirkan oleh pendidikan teknik dan vokasional haruslah mempunyai daya saingan
dan peka kepada perubahan yang berlaku sekelilingnya. Mereka mestilah mempunyai
kemahiran yang secukupnya dan menjadi pekerja yang terpelajar. Penduduk yang terpelajar
akan mengukuhkan ekonomi dan dari kekuatan ekonomi terbinanya negara yang kuat dan
dihormati di peringkat antarabangsa.
5 ) RUJUKAN

Abdul Shukor Abdullah. 1997. Isu dan cabaran pendidikan vokasional dan teknikal di Abad
21. Ucap Utama Seminar Kebangsaan PTV. Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Selangor.

Ahmad Esa, Jailani Md. Yunos dan Noraini Kaprawi. 2008. Kokurikulum Di Politeknik
Membantu Graduan Menguasai Kemahiran Generik Dalam Sektor Perindustrian Di
Malaysia. Jurnal Persatuan PTV Malaysia. Jilid 2. Bil.1. M.s. 80-96.

Aminuddin, A. K. 2011. Reformasi dalam TVET: Perubahan masa hadapan. Journal of


Edupres, 1(S[5] Law, S. S. 2007. Vocational technical education and economic
development - The Singapore experience. Institute of Technical Education Singapore.

Baharudin Ali Masrom A-Haj, 2015. Reformasi Pendidikan Vokasional Dan Teknikal Di
Malaysia. Yayasan Selangor.

Falsafah Dan Dasar PTV Serta Perkaitannya Dengan RBT. Dicapai dalam
https://www.slideshare.net/abemiusa/pendidikan-teknik-dan-vokasional-sinopsis [10
April 2018]

Huang Jy. 2014. Memperkasakan Pendidikan Teknik Dan Vokasional: Isu, Cabaran Dan
Harapan Dalam Pengurusan Organisasi Dan Perkhidmatan Di malaysia.

Malaysia. 2015. Rancangan Malaysia KeSebelas 2016 – 2020.

Ismail Y. & Rahman, I. 2000. Pendidikan di Malaysia. Pembangunan Sumber Manusia di


Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

JPK. 2013. Memartabatkan Bangsa Berkemahiran Melalui Pertandingan. Jabatan


Pembangunan Kemahiran, Putrajaya.

KPM. 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan


Malaysia, Putrajaya.

KPM. 2012. Pemerkasaan Kolej Komuniti. Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala


Lumpur. September), 336–341.
KSM. 2015. Statistik pekerjaan dan perburuhan. Kementerian Sumber Manusia. Retrieved
from http://myhos.mohr.gov.my/ebook/istatistik1_2015/bil1_ 2015.

Kamaruddin, W., Wan, N., Ibrahim & Sani, M. 2010. Lecturer Efficacy, Professional and
General Competencies of Malaysian Polytechnic Technical Lecturers. Engineering
Education and Research in Higher Education, June 2010.

Malaysia. 2010. Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. Unit Perancang Ekonomi,


Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Malaysia. 2001. The third outline perspective plan 2001-2010. Kuala Lumpur, National
Printing Berhad.

Mohamad, M.M. & Che Razali, C. M. 2009. Keperluan Pembelajaran Sepanjang Hayat Bagi
Tenaga Pengajar Di Institut Latihan Kemahiran Di Malaysia. The 3rd Malaysian
Technical Universities Conference on Engineering and Technology, 613–623.

Mustafa, M. Z., Buntat, Y., Salleh, K. M., Madar, A. R., Maznor, M. (2011). Kompetensi
interpersonal dalam kalangan mahasiswa universiti berdasarkan kepada Model Human
Resource Development (HRD) Practice McLagan. Journal of Human Capital
Development, 4, 1–40.

Mohd Noor, N., & Hashim, M. N. 2011. Penglibatan pensyarah dalam program sangkutan
industri pensyarah (SIP): Satu kajian kes di Politeknik Kota Bahru (PKB). Persidangan
Kebangsaan Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknik Dan
Vokasional.

Mohamad, M. M., Razali, C., & Abd Jalil. 2009. The need of lifelong learning for instructors
in vocational training institutions. International Conference on Teaching and Learning
in Higher Education 2009.

Nuraziemah binti Biden & Yusri bin Kamin. 2013 Implikasi penjenamaan semula sekolah
menengah vokasional (SMV) kepada kolej vokasional (KV), 2nd International
Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013), 316-323

Nurhafiz Tamaldin. 2013. Kemahiran Mengajar Guru Pendidikan Teknik dan Vokasional
berpandukan Elemen Pengajaran 5E, Penglibatan, Penerokaan, Penjelasan, Pnghuraian
dan Penilaian. Tesis Sarjana. FakultiPendidikan UniversitiTeknologi Malaysia.
Othman, M., Kechik, A. A. & Ghazali, A. 2010. Rekabentuk universal kurikulum pendidikan
teknik dan vokasional. Edupress ….

Padzil, A. S. N. A., Hamzah, R., & Udin, A. 2011. Pendidikan PTV dalam membangunkan
tenaga manusia berminda kelas pertama. Journal of Edupres, 1(September), 279–286.

Paryono. 2010 TVET for Sustainable Development in SEAMEO Member Countries: Issues,
Challenges and Selected Best Practices. TVET in ESD Conference Proceedings.

Robiah Sidin, 1998. Pemikiran Dalam Pendidikan Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, p. 38-40

Saktirun, N. 2016. Persepsi Pelajar Terhadap Amalan, Kemahiran Dan Sikap Serta
Hubungannya Dengan Aspirasi Kerjaya Dalam Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah
Menengah Harian Daerah Batu Pahat. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan
Vokasional.

Sinar Harian. 2013 Mahu Lebih Banyak Tempat di Kolej Vokasional


http://www.sinarharian.com.my/nasional/mahulebihbanyaktempatdikolejvokasional1
149 655 (5 Mei 2016).
Siraj, S., & Ibrahim, M. S. 2012. Standard Kompetensi Guru Malaysia. Seminar Kebangsaan
Majlis Dekan Pendidikan IPTA (2012).