Vous êtes sur la page 1sur 5

SK NANGA ENTEBAN

95700 BETONG, SARAWAK

Disediakan oleh:
Cik Nor Adilla binti Che Mohamad
Ketua Inovasi SK Nanga Enteban
KERTAS KERJA PROJEK INOVASI SEKOLAH RENDAH
‘ENTEBAN’S INNOVATION-BBB Serbaguna’

1.0 PENGENALAN
Salah satu faktor keberkesanan sesi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) di
dalam kelas ialah penggunaan sumber Bahan Bantu Belajar (BBB) yang
menarik dan efektif terhadap murid. BBB yang berkesan mampu untuk
meningkatkan tahap kefahaman murid seterusnya dapat menjamin
peningkatan penguasaan murid dalam pelajaran.

2.0 RASIONAL PROJEK


Pelaksanaan projek inovasi ‘Enteban’s Innovation-BBB Serbaguna’ ini
adalah untuk:
2.1 Mengurangkan sampah di kawasan sekolah.
2.2 Menggalakkan budaya kitar semula bahan buangan dalam kalangan
murid sekolah.
2.3 Mempelbagaikan penggunaan bahan bantu belajar (BBB).
2.4 Menyediakan bahan keceriaan kelas yang berfungsi sebagai BBB.

3.0 PERNYATAAN MASALAH PROJEK ATAU PERSOALAN KAJIAN


Berdasarkan kepada proses pemerhatian terhadap murid tahap 1 dan
temubual yang dijalankan terhadap guru-guru di Sekolah Kebangsaan
Nanga Enteban, beberapa permasalahan yang dikenalpasti iaitu:
3.1 Kekangan masa guru untuk menyediakan BBB dan hiasan kelas.
3.2 Kekurangan BBB menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) kurang menarik minat murid.
3.3 Bahan terbuang seperti straw minuman yang banyak terdapat di
sekolah.

4.0 OBJEKTIF PROJEK


4.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan proses
Pembelajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan menggunakan BBB
serbaguna iaitu Enteban’s Innovation.

4.2 Objektif Khusus


i. Meningkatkan kefahaman murid terhadap PdP yang dijalankan.
ii. Mengurangkan sampah di kawasan sekolah.
iii. Menggalakkan budaya kitar semula bahan buangan dalam
kalangan murid sekolah.
iv. Mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM).
v. Menyediakan bahan keceriaan kelas yang berfungsi sebagai
BBM.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran ialah murid-murid (perserta kajian) dari tahap satu SK
Nanga Enteban, Betong. Seramai 5 orang murid dipilih daripada Tahun 1
untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia. Murid-murid ini merupakan murid
yang paling pasif di dalam kelas dan mencatatkan keputusan yang tidak
memuaskan berbanding rakan sekelas mereka yang lain.

6.0 KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK


Kesan daripada penggunaan BBM Serbaguna ini telah dapat:
1. Menarik minat murid lemah untuk bergiat aktif dalam proses PdP.
2. Membantu menceriakan kelas.
3. Membantu guru mata pelajaran lain untuk menjalankan PdP
menggunakan BBM yang sama.

7.0 ANGGARAN KOS PROJEK


(Rujuk pada lampiran)

8.0 PELAN PERANCANGAN PROJEK


Projek ini dilaksanakan berdasarkan kepada pelan Gelung Kajian Tindakan
Kemmis & Mc Taggart (1988).

1. MEMERHATI
•Menjalankan proses
pemerhatian
•Masalah murid lemah
dikenalpasti

2. MERANCANG
4. MEREFLEKS •Mencetuskan idea BBB
•Respon murid lemah Serbaguna menggunakan
terhadap PdP bahan terbuang yang
banyak terdapat di sekolah.

3. BERTINDAK
•Pertandingan antara Kelab di
peringkat sekolah.
•Pemilhan Projek Inovasi terbaik
•Bengkel BBB Serbaguna
bersama guru dan murid
9.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, pelaksanaan projek inovasi ini berjalan dengan
lancer seperti mana yang dirancang. Pada masa yang sama, projek inovasi
yang diberi nama ‘Enteban’s Innovation – BBB Serbaguna’ ini telah berjaya
mencapai matlamat yang diimpikan dengan jayanya. Namun begitu,
‘Enteban’s Innovation – BBB Serbaguna’ ini masih lagi dapat ditambahbaik
untuk masa akan datang bagi memaksimumkan lagi penggunaannya dalam
PdP.

Disediakan oleh,

____________________
(Nor Adilla Binti Che Mohamad )
Ketua Inovasi,
SK Nanga Enteban.

Disahkan oleh,

____________________
(En. Maktar bin Awang)
Guru Besar,
SK Nanga Enteban.
GAMBAR ‘ENTEBAN’S INNOVATION- BBB SERBAGUNA’