Vous êtes sur la page 1sur 2

Antara manfaat kerja-kerja sukarela ialah dapat melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan

terutamanya kepada golongan remaja. Seseorang individu boleh belajar pelbagai kemahiran yang
tidak dapat dipelajari di sekolah mahupun di rumah. Antaranya ialah kemahiran berkomunikasi
dengan masyarakat sekelilng, pengurusan media dan mempelajari ertinya kerjasama. Kesannya, kerja-
kerja sukarela sebegini dapat melatih dan memupuk sifat kepimpinan di dalam seseorang individu.
Hal ini kerana mereka akan memberi motivasi kepada masyarakat yang lain dan dapat menguruskan
sesuatu organisasi tentang sesebuah aktiviti kesukarelawanan. Tegasnya, seseorang individu
hendaklah mencuba sekurang-kurangnya sekali dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ini.

Selain itu, aktiviti kesukarelawanan juga adalah salah satu alternatif untuk menghindarkan diri
daripada terjebak dengan gejala negatif. Seseorang individu akan banyak meluangkan masa
melakukan aktiviti yang lebih berfaedah seperti aktiviti kesukarelawanan daripada melakukan gejala
sosial. Antara contoh gejala negatif ialah mengamalkan budaya lepak bersama rakan sebaya,
melakukan vandalisme dan gangsterisme. Secara tidak langsung, remaja akan mempunyai lebih ramai
rakan yang mempunyai aura positif daripada negatif. Seseorang individu juga akan lebih
mengamalkan nilai-nilai murni akibat kesedaran yang telah dilalui ketika melakukan aktiviti
kemasyarakatan. Tuntasnya, remaja haruslah aktif melibatkan diri dalam program kemasyarakatan
agar gejala sosial di negara dapat dikurangkan.

Meskipun aktiviti kemasyarakatan mempunyai pelbagai kebaikan, terdapat segelintir masyarakat yang
tidak berminat dengan program ini. Punca dominan sesetengah masyarakat tidak berminat dengan
aktiviti seperti ini ialah kurangnya sikap kesedaran dengan masyarakat sekeliling. Sesetengah individu
akan menggunakan alasan 'sibuk' dan 'tiada masa' jika diajak untuk sertai. Kanak-kanak juga lebih
gemar bermain dengan gajet-gajet yang telah dibekalkan kepada mereka. Laman-laman sosial seperti
'Instagram', 'Twitter' dan 'Facebook' lebih menarik minat mereka berbanding dengan aktiviti
kemasyarakatan yang lebih mendatangkan faedah. Kesannya, anak muda akan lebih bersikap 'seperti
katak di bawah tempurung' yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling dan isu-isu semasa.

Selain itu, masyarakat yang bersifat kebendaan ataupun materialistik juga merupakan salah satu
faktor. Sesetengah individu tidak mahu terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Tidak dinafikan di
dunia yang serba moden kita memerlukan duit untuk meneruskan hidup. Kita hendaklah sedar akan
ganjaran yang kita tidak nampak di akhirat kelak. Secara realitinya, kita akan berasa lebih lega
daripada mendapat duit jika kita berjaya membuat seseorang itu gembira dan tersenyum. Kesannya,
duit yang dilaburkan untuk orang yang berkemampuan akan menjadi lebih berkat dan lebih
melimpah-ruah. Tegasnya, kita hendaklah bijak membahagikan duit kepada yang lebih memerlukan
dan keperluan kita.

Seterusnya, masyarakat yang bersifat hedonistik dan individualistik juga punca sesetengah masyarakat
tidak menggemari aktiviti kemasyarakatan. Budaya hedonistik ialah satu budaya atau cara hidup yang
suka akan hiburan dan keseronokan semata-mata tanpa menghiraukan perkara lain manakala
individualistik ialah suatu cara hidup yang mementingkan diri sendiri dan tidak suka akan teguran
atau pendapat orang lain. Segelintir individu yang memiliki sikap ini, mereka tidak akan
menghadirkan diri daripada menyertai aktiviti kesukarelawanan. Mereka lebih suka hidup dalam
dunia mereka sendiri seperti melayari internet, membaca buku atau melakukan kerja rumah tanpa
keluar dari rumah. Tegasnya, masyarakat Malaysia sememangnya mudah terpengaruh dengan budaya
tidak sihat ini.

Kesimpulannya, kita hendaklah berganding bahu bagi memperkenalkan lagi aktiviti kemasyarakatan
ini. Kita tidak boleh mengharapkan satu pihak sahaja untuk menggerakkan aktiviti ini. Sebagai
amsyarakat yang prihatin, kita haruslah peka akan program seperti ini dan sentiasa bersedia untuk
melibatkan diri. Tidak rugi malahan banyak manfaat jika kita sertai program seperti ini. Kepuasan
yang kita peroleh tidak akan kita dapat walaupun duit jutaan ringgit. Amalan yang murni ini dapat
dijadikan contoh kepada negara lain seterusnya meningkatkan imej negara ke persada antarabangsa
sebagai contoh negara yang prihatin.

Vous aimerez peut-être aussi