Vous êtes sur la page 1sur 12

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2010

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MAHKOTA

MASA PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAIAN PENYAMPAI

7.40 Berkumpul didewan


PAGI

Bacaan doa Dialah pemberi paling setia


Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Assalamu'alaikum wbt, salam sejahtera dan salam bahagia.


Yang Berusaha,

1. Pn. Hjh. Noriah bt. Osman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri

1
Mahkota,
2. Guru Penolong Kanan 1, Pn. Hjh. Aaini bt. Awang Besar,
3. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Hjh. Zuhrah bt. Sidek
4. Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum, Pn. Rohana bt. Kassim
5. Guru-guru, murid-murid serta seluruh warga Sekolah kebangsaan Seri
Mahkota yang dihormati sekalian.

Pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi
kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan untuk
berhimpun serta memeriahkan sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Sekolah.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah


tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.
Untuk itu, Majlis dengan hormatnya menjemput

Al-Fadhil Ustaz Mohd Sardi b. Idris, untuk memimpin bacaan doa. Silakan
ustaz.

Selesai Bacaan Doa Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohd Sardi b. Idris di

2
atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Nyanyian lagu rasmi Hadirin yang dihormati, seterusnya


1. Lagu Negaraku,
2. Lagu Negeri Pahang
3. dan Lagu Sekolah
akan dinyanyikan. Sekalian hadirin diminta kerjasama untuk berdiri.

Bacaan ikrar murid Beralih kita ke acara seterusnya, iaitu bacaan ikrar oleh wakil murid Sekolah Zuraini
kebangsaan Seri Mahkota. Untuk itu, majlis mempersilakan
____________________________________, untuk mengetuai bacaan ikrar.

Tuan-tuan sidang hadirin warga pendidik sekalian, diminta turut sama


melafazkan ikrar tersebut.

Selesai bacaan Ikrar... Terima kasih kepada pembaca ikrar serta sekalian warga dewan yang telah
bersama-sama membacakan ikrar dengan penuh bersemangat. @
Terima kasih kepada pembaca ikrar itu tadi.

3
Penyampaian Batu bernama si batu bata
Anugerah Sahsiah Tempat hinggap si burung kedidi
Terpuji Guru itu ibarat pelita
Menjadikan manusia berilmu, sahsiah terpuji

Acara pada pagi ini diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah Sahsiah
Terpuji.

Untuk menyempurnakannya, majlis dengan sukacita mempersilakan,


Nama: _________________________________
Jaw: ___________________________________
Untuk mengiringi Yang Berusaha
Nama: ___________________________________
Jaw: _____________________________________
naik ke pentas bagi menyampaikan anugerah.
Dipersilakan.

Selesai Penyampaian Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berusaha


Anugerah Nama: ______________________________________
yang telah sudi menyempurnakan penyampaian anugerah sebentar tadi.

4
Bacaan Perutusan Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Majlis pada pagi ini diteruskan Pn. Hjh.
Kementerian Pelajaran dengan mempersilakan Yang Berusaha Aaini bt.
Pendidikan Malaysia Nama: Pn. Hjh. Aaini bt. Awang Besar Awang Besar
(KPPM) Jaw: Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan seri mahkota (GPK 1)
untuk membacakan perutusan daripada Kementerian Pelajaran Pendidikan
Malaysia. Dengan hormatnya dipersilakan.

Selesai Bacaan Demikian tadi, bacaan perutusan daripada Kementerian Pelajaran Pendidikan
Perutusan (KPPM) Malaysia yang disampaikan oleh Yang Berusaha
Nama: Pn. Hjh. Aaini bt. Awang Besar
Jaw: Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan seri mahkota
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Bacaan Perutusan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan seri Mahkota Pn. Hjh.
Menteri Pelajaran diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha Noriah bt.
Dan Nama: Pn. Hjh. Noriah bt. Osman Osman
Perasmian Majlis Jaw: Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Mahkota (Guru Besar
Sambutan Hari Guru untuk menyampaikan ucapan/ membacakan perutusan daripada Menteri SK Seri

5
(potong kek) Pelajaran Malaysia, sekaligus merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Mahkota)
Peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Mahkota. Dengan hormatnya
dipersilakan.

Selesai Bacaan Dengan Bismillah kita mulai,


Perutusan Alhamdulillah wassala tannabi;
Menteri Pelajaran dan Dengan takdir Ilahi Rabbi,
pemotongan kek Selesailah sudah upacara merasmi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang


Berusaha
Nama: Pn. Hjh. Noriah bt. Osman
Jaw: Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Mahkota.
Dengan berakhirnya bacaan perutusan dan upacara pemotongan kek itu tadi,
maka, rasmilah Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan
Seri Mahkota bagi tahun 2010.

Ucapan wakil murid Majlis diteruskan pula dengan mempersilakan


Nama: _________________________________________ selaku
Jaw: _________________________________________

6
untuk menyampaikan ucapan daripada wakil murid. Dipersilakan.

Selesai Ucapan Terima kasih diucapkan kepada


wakil murid Nama: _______________________________________
Diatas ucapan sebentar tadi.

Nyanyian lagu: Bagi melengkapkan lagi majlis ini, semua guru dijemput naik ke pentas untuk Semua guru
1. Guru Malaysia menyanyikan dua buah lagu iaitu
2. Tema Hari Guru 1. Lagu Guru Malaysia dan juga
2. Lagu Tema Hari Guru

Persembahan murid Bersenjatakan pena keramat


1. Pantun (1 dan 2) Dan berbekalkan ilmu di dada yang sarat
2. Nasyid (1) Melangkah sang guru penuh semangat
Ke gelanggang pendidikan untuk berkhidmat
Dengan satu visi dan matlamat
Bagi mengangkat martabat umat
Di pentas watan dan sarwajagat
Demikian sifat Guru Berkualiti

7
Menjadi Pemangkin Kegemilangan Negara….
“Guru Pembina Negara Bangsa”

Hadirin yang budiman,


marilah pula kita, sama-sama menyaksikan persembahan oleh murid-murid
Sekolah Kebangsaan Seri Mahkota.

Persembahan pertama, dipersilakan


Nama: ____________________________________
Dari kelas: _________________
Untuk mendeklamasikan pantun
yang bertajuk: ___________________________
Dipersilakan.

Persembahan kedua, dijemput


Nama:_______________________________________
Dari kelas:____________________
Juga akan mendeklamasikan pantun.
bertajuk:__________________________________________
Dipersilakan.

8
Seterusnya persembahan nasyid daripada pasukan:
1. An-Nur

Untuk pengetahuan hadirin, pasukan ini terdiri daripada


Jum murid:____________ orang murid dari pelbagai kelas, dibawah pimpinan
________________________________.
Dipersilakan kumpulan An-Nur untuk naik kepentas.

3. syair Persembahan seterusnya daripada


Nama: Risdalila bt. Mohd Rofi
Dari kelas: 5 Bestari.
Beliau akan mendeklamasikan syair,
yang bertajuk___________________________________________.
Dipersilakan.

4. sajak Seterusnya persembahan daripada


Nama: Fatihah Adawiyah bt. Sa’ari

9
Dari kelas: 6 Bestari
Dengan sajaknya yang bertajuk____________________________
Dipersilakan.

5. nasyid (2) Kini tibalah persembahan yang terakhir iaitu nyanyian nasyid daripada,
Nama kump: Murid-murid kelas 5 Bestari.
kumpulan ini seramai______________ orang, yang dipimpin
oleh____________________________________. Dipersilakan naik ke pentas.

Selesai persembahan Anak mengkarung di tepi dahan,


Berjaga-jaga jangan terpijak,
Sudah terhibur dengan persembahan,
Pantun nasyid, syair dan sajak.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa…..


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta….
Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara….
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia….
Jika hari ini seorang peguam menang bicara…..

10
Jika hari ini seorang penulis terkemuka….
Jika hari ini siapa sahaja yang dewasa….
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa….
Dengan lembut sabarnya, mengajar tulis baca….

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya


Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku


Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Demikian antara mutiara kalimat penuh tulus daripada Sasterawan Negara

11
Allahyarham Usman Awang dedikasi khusus untuk para guru.
Semoga kalimat ini dapat sama-sama dihayati.

Acara penyampaian Dengan itu, maka sampailah kita ke kemuncak majlis iaitu acara penyampaian
hadiah murid kepada hadiah, murid kepada guru.
guru
Gunung Pantai tinggi mengawan
Dan Nampak dari Padang Temu
Sampai di sini tinggallah tuan,
BERSURAI……. Ada hayat kita bertemu

Dengan ini, berakhirlah sudah majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Kebangsaan Seri Mahkota bagi tahun 2010.

Sekian, selamat sejahtera dan wassalamu'alaikum wbt.

12

Vous aimerez peut-être aussi