Vous êtes sur la page 1sur 1

ABSTRAK

Budaya kahwin pada usia muda sudah lama berlaku. Bebanan dan tanggungjawab
sebagai pelajar tidak menjadi halangan mencari teman hidup. Mereka sanggup
memperjudikan nasib dan masa depan yang masih samar. Tindakan ini dapat
menghindari mereka daripada terus terjebak dengan gejala sosial yang menjatuhkan
maruah keluarga. Oleh yang demikian, penyelidik dalam kajian ini mengkaji berkaitan
hukum-hukum dan pandangan mahasiswi terhadap isu perkahwinan pada usia muda
ini. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan pandangan ulama tentang isu
kahwin muda, menganalisis dalil yang yang digunakan ulama terhadapisu kahwin
muda dan merumuskan baik buruk kahwin muda dan mengkaji persepsi pelajar siswi
USAS terhadap isu kahwin muda. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini,
pustakaan, pembacaan dan kaedah soal selidik. Dapatan kajian menunjukan bahawa
majoriti ulama yang menyatakan hukum wajib bagi orang yang sanggup untuk
berkahwin, kerana dia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina. Selain
itu, isu kahwin muda ini juga turut mempunyai kesan sama ada baik mahupun buruk
terutamanya yang masih bergelar pelajar. Kesimpulanya, penyelidik mendapati
bahawa perkahwinan pada usia muda ini ada baik buruknya serta para ulamak telah
membuat penentuan hukum berdasarkan kepada kedudukan dan kemampuan
seseorang untuk mendirikan rumah tangga.

Vous aimerez peut-être aussi