Vous êtes sur la page 1sur 2

Analisis Dan Tafsiran Penyata Kewangan Untuk Membuat Keputusan

Analisis Penyata Kewangan Dan Perbandingan Prestasi


Analisis Penyata Kewangan
1. Analisis yang dilakukan ke atas butir-butir dalam
a. Akaun perdagangan dan untung rugi
b. Penyata kedudukan kewangan
2. Tujuan analisis penyata kewangan
a. Membantu pihak pengurusan menilai prestasi perniagaan dan seterusnya membuat keputusan
kewangan perniagaan
b. Membantu pihak luar membuat keputusan mengenai kemudahan kredit
c. Membantu pihak pelabur membuat keputusan yang berkaitan dengan pelaburan
Jenis Nisbah Dalam Analisis Penyata Kewangan
1. Analisis penyata kewangan melibatkan analisis nisbah
2. Analisis nisbah merupakan satu kaedah untuk menginterpretasikan data-data kewangan tertentu yang
terdapat dalam penyata kewangan
3. Analisis nisbah ini berfungsi sebagai petunjuk atau alat pengukur kedudukan kewangan serta sebagai
perbandingan dan tafsiran
4. Jenis-jenis nisbah kewangan
a. Nisbah keuntungan – mengukur kemampuan sesebuah perniagaan memperoleh keuntungan
i. Peratus untung kasar atas kos jualan (tokokan) – menghitung peratus tambahan pada kos
jualan bagi mendapatkan harga jualan
untung kasar
peratusuntung kasar atas kos jualan ( tokokan )= ×100
kos jualan
ii. Peratus untung kasar atas jualan (margin untung kasar) – menghitung peratus untung
kasar bagi setiap ringgit jualan
untung kasar
peratusuntung kasar atas jualan= × 100
jualanbersih
iii. Peratusan untung bersih atas jualan (margin untung bersih) – menghitung peratus untung
bersih bagi setiap ringgit jualan
untungbersih
peratusuntung bersih atas jualan= × 100
jualanbersih
iv. Pulangan atas modal – menghitung peratus untung bersih bagi setiap ringgit yang
dilaburkan
untungbersih
pulangan atas modal= ×100
modal awal
b. Nisbah kecekapan – mengukur keupayaan perniagaan mengurus inventori serta mengukur
keupayaan mengutip hutang dan membayar hutang
i. Tempoh pembayaran hutang – menghitung tempoh purata perniagaan membayar hutang
kepada pembekal
akaun belum bayar
tempoh pembayaran hutang= × 365 hari
belian kredit
ii. Kadar pusingan ganti inventori – menghitung berapa kali inventori ditukar ganti
sepanjang tempoh perakaunan
kos jualan
kadar pusingan gantiinventori ( bilangan kali )=
inventori purata
inventori purata
kadar pusingan gantiinventori setahun ( bilangan hari )= ×365 hari
kos jualan
inventori awal+inventori akhir
inventori purata=
2
iii. Tempoh kutipan hutang – menghitung tempoh purata perniagaan mengutip hutang
daripada pelanggan
akaun belumterima
tempoh kutipan hutang= ×365 hari
jualan kredit

c. Nisbah kecairan – mengukur keupayaan perniagaan membuat pembayaran kepada pihak luar
i. Nisbah semasa – mengukur kemampuan perniagaan membayar hutang jangka pendek
aset semasa
nisbah semasa=
liabiliti semasa
ii. Nisbah ujian asid – mengukur kemampuan perniagaan membayar hutang jangka pendek
dengan segera
aset semasa−inventoriakhir
nisbahujian asid =
liabiliti semasa
Perbandingan Prestasi Perniagaan
1. Tujuan perbandingan prestasi perniagaan
a. Mengetahui kekuatan dan kelemahan perniagaan
b. Merancang dan mengawal masa depan perniagaan
c. Membuat keputusan mengikut matlamat perniagaan demi memaksimumkan keuntungan
2. Jenis perbandingan prestasi perniagaan
a. Antara tempoh
i. Antara tempoh dalam tahun perakaunan semasa
ii. Antara tempoh perakaunan
b. Antara perniagaan dalam industri yang sama
3. Cara-cara untuk meningkatkan prestasi perniagaan berdasarkan perbandingan prestasi
a. Meningkatkan jumlah jualan dengan menambahkan unit keluaran. Jualan boleh ditambah melalui
perniagaan dalam talian
b. Mengurangkan kos jualan dan belanja operasi melalui kawalan dan penjimatan
c. Menggiatkan aktiviti promosi untuk menarik pelanggan. Perniagaan juga boleh memperkenalkan
produk dengan menyertai pameran
d. Meningkatkan pelaburan untuk menambahkan modal perniagaan
4. Tujuan perbandingan prestasi antara perniagaan dalam industri yang sama
a. Mengetahui kedudukan perniagaan yang lebih baik
b. Membantu pihak pengurusan memperbaiki prestasi perniagaan

Vous aimerez peut-être aussi