Vous êtes sur la page 1sur 235

Fakulti Sains Sosial Gunaan

ABCC1103
Pengantar Komunikasi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ABCC1103
PENGANTAR
KOMUNIKASI
Massila Hamzah
Arfah Yusof

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato' Dr Mansor Fadzil
Prof Madya Dr Mohd Yusuf Ahmad
Open University Malaysia

Penulis Modul: Massila Hamzah


University Teknologi MARA

Arfah Yusof
Universiti Kebangsaan Malaysia

Penyederhana: Dr Mohd Yusoff Hj Abdullah


Universiti Kebangsaan Malaysia

Norfardilawati Musa
Open University Malaysia

Dibangunkan oleh: Centre for Instructional Design and Technology


Open University Malaysia

Edisi Pertama, April 2013 (CBFC1103)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Disember 2016, ABCC1103


Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-
mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden, Open University Malaysia
(OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus xiăxv

Topik 1 Konsep Asas Komunikasi 1


1.1 Definisi-definisi Komunikasi 1
1.2 Kepentingan Komunikasi 6
1.2.1 Komunikasi dalam Kehidupan Peribadi 7
1.2.2 Peningkatan Kerjaya 7
1.2.3 Etika dalam Berkomunikasi 8
1.2.4 Adaptasi dalam Masyarakat Pelbagai Budaya 8
1.2.5 Kesan Perubahan Teknologi dan Perhubungan 9
1.3 Elemen-elemen dalam Proses Komunikasi 10
1.3.1 Sumber 11
1.3.2 Penerima 13
1.3.3 Mesej 14
1.3.4 Saluran 17
1.3.5 Gangguan 19
1.3.6 Maklum Balas 21
1.3.7 Rangka Rujuk 22
1.3.8 Konteks 22
1.4 Fungsi-fungsi Komunikasi 23
1.4.1 Fungsi Memberitahu 25
1.4.2 Fungsi Mendidik 26
1.4.3 Fungsi Memujuk 27
1.4.4 Fungsi Menghiburkan 28
1.4.5 Mensosialisasikan Masyarakat 29
Rumusan 30
Kata Kunci 30

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 2 Ruang Lingkup Bidang Komunikasi 31


2.1 Ruang Lingkup Komunikasi 32
2.1.1 Komunikasi Intraperibadi 32
2.1.2 Komunikasi Antara Peribadi/Antara Perorangan 34
2.1.3 Komunikasi Kumpulan 38
2.1.4 Komunikasi Awam 40
2.1.5 Komunikasi Massa 43
2.1.6 Komunikasi Organisasi 46
2.1.7 Komunikasi Antara Budaya 48
2.1.8 Komunikasi Dalam Talian 50
Rumusan 57
Kata Kunci 57

Topik 3 Model-model Komunikasi 58


3.1 Beberapa Perspektif Model Komunikasi 58
3.1.1 Model Linear 60
3.1.2 Model Interaktif 62
3.1.3 Model Transaksi 63
Rumusan 65
Kata Kunci 65

Topik 4 Mengenal Diri dan Komunikasi 66


4.1 Komunikasi sebagai Satu Sistem 67
4.2 Komunikasi dan Jati Diri 68
4.2.1 Konsep Diri dan Komunikasi 69
4.2.2 Gender dan Pembentukan Diri 74
4.2.3 Kemahiran Komunikasi dalam 76
Proses Memulakan Interaksi
4.2.4 Strategi Mengurangkan Ketidakpastian 77
dalam Komunikasi
4.3 Komunikasi dengan Ahli Keluarga 78
Rumusan 84
Kata Kunci 85

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 5 Komunikasi dalam Konteks Hubungan 86


5.1 Komunikasi dan Hubungan Peribadi 87
5.1.1 Kepentingan Membentuk Hubungan Peribadi 88
5.2 Evolusi Hubungan Peribadi 88
5.2.1 Fasa-fasa Hubungan dan Keperluan Komunikasi 90
5.2.2 Mengawal Konflik dalam Perhubungan Peribadi 92
5.3 Komunikasi di Tempat Kerja 94
5.3.1 Fungsi Komunikasi di Tempat Kerja 94
5.3.2 Faktor yang Mempengaruhi Hubungan 95
Peribadi di Tempat Kerja
5.4 Komunikasi dan Masyarakat 98
5.4.1 Memahami Konsep Masyarakat 98
5.4.2 Komunikasi dan Perubahan Sosial dalam 101
Masyarakat
5.5 Memahami Komunikasi dalam Hubungan antara Budaya 102
5.5.1 Pengertian Budaya dan Konsep Antara Budaya 103
5.5.2 Implikasi Budaya dalam Konteks Hubungan 104
Peribadi
Rumusan 105
Kata Kunci 107

Topik 6 Komunikasi Lisan 108


6.1 Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan 108
6.2 Simbol dan Makna dalam Komunikasi Lisan 110
6.3 Fungsi Komunikasi Lisan 112
6.4 Aspek Sintaks, Semantik dan Pragmatik dalam Bahasa 113
6.4.1 Sintaks 113
6.4.2 Semantik 114
6.4.3 Pragmatik 114
6.5 Meningkatkan Keberkesanan Mesej 116
6.6 Fungsi Bahasa 117
6.7 Komunikasi Lisan yang Berkesan 119
6.8 Halangan dalam Komunikasi 120
Rumusan 122
Kata Kunci 123

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Topik 7 Komunikasi Bukan Lisan 124


7.1 Mengenal Komunikasi Bukan Lisan 125
7.2 Isyarat dalam Komunikasi Bukan Lisan 126
7.3 Ciri-ciri Komunikasi Bukan Lisan 136
7.4 Fungsi-fungsi Komunikasi Bukan Lisan 138
7.5 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Komunikasi 140
Bukan Lisan
7.6 Kekuatan Komunikasi Bukan Lisan 142
7.7 Garis Panduan untuk Komunikasi Bukan Lisan 143
yang Efektif
Rumusan 144
Kata Kunci 145

Topik 8 Mengenal Media Massa 146


8.1 Definisi Komunikasi Massa 146
8.2 Sejarah Perkembangan Komunikasi Massa 151
8.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Komunikasi Massa 155
8.4 Model Komunikasi Massa 156
Rumusan 159
Kata Kunci 160

Topik 9 Fungsi dan Kesan Media Massa 161


9.1 Fungsi Media Massa 161
9.1.1 Mengawasi (Surveillance) 163
9.1.2 Mengintepretasi 164
9.1.3 Menghubung (Linkage) 164
9.1.4 Sosialisasi dan Menyebarkan Nilai 165
9.1.5 Menghibur 165
9.1.6 Memujuk 166
9.1.7 Mempengaruhi 166
9.2 Tujuan Menggunakan Media Massa 168
9.2.1 Memenuhi Keinginan untuk Mengetahui 168
9.2.2 Mengurangkan Tekanan 168
9.2.3 Untuk Bersosial 169
9.3 Kesan-kesan Komunikasi Massa 170
9.3.1 Individu dan Masyarakat 170
9.3.2 Kritikan Sosial 170
9.3.3 Keperluan Media dan Keperluan Sosial 171
9.3.4 Jurang Pengetahuan 171

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

9.4 Perkaitan antara Fungsi dan Kesan Media dengan Teori 172
9.4.1 Penggunaan dan Kepuasan 172
9.4.2 Penentuan Agenda 172
9.4.3 Analisis Penyuburan (Cultivation Analysis) 173
9.4.4 Perbezaan Individu (Individual Differences) 174
9.5 Cabaran Berinteraksi dengan Media Massa 174
9.5.1 Isu-isu Etika 175
9.5.2 Pemikiran Kritikal terhadap Komunikasi Massa 176
9.5.3 Kebergantungan Media 177
Rumusan 177
Kata Kunci 178

Topik 10 Mengenal Teknologi Komunikasi 179


10.1 Teknologi Komunikasi Media 180
10.2 Percantuman Teknologi Maklumat dan Komunikasi 181
10.3 Kesan Teknologi terhadap Landskap Media 184
10.3.1 Media Cetak dalam Era Digital 184
10.4 Cabaran Percantuman Teknologi dan Komunikasi Media 190
10.4.1 Isu-isu Globalisasi Media 191
Rumusan 197
Kata Kunci 198

Topik 11 Teknologi Komunikasi Maklumat dalam Konteks Hubungan 199


11.1 Teknologi Komunikasi dalam Konteks Hubungan 200
Manusia
11.2 Teknologi Komunikasi dan Identiti Diri 200
11.3 Implikasi Teknologi Komunikasi dalam Hubungan 202
Peribadi
11.4 Teknologi Komunikasi dalam Interaksi Bukan Lisan 204
11.5 Implikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam Konteks Organisasi 206
11.6 Implikasi Teknologi Maklumat terhadap Komunikasi 208
Kumpulan
11.7 Etika dalam Komunikasi Maya 210
Rumusan 214

Rujukan 215

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


viii ISI KANDUNGAN

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus ini dengan teliti dari awal hingga akhir.
Ia menyatakan kandungan kursus secara ringkas mengenai kursus ini dan
bagaimana anda boleh menggunakannya untuk memahami kandungan bahan
kursus. Ia juga mencadangkan jumlah masa yang anda boleh peruntukkan untuk
menamatkan kursus ini dengan sepenuhya. Sentiasa rujuk Panduan Kursus
secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat
membantu untuk menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang
mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
ABCC1103 Pengantar Komunikasi merupakan salah satu kursus yang
ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia
(OUM). Kursus ini bernilai 3 jam kredit dan perlu disempurnakan dalam masa
15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Ini adalah kursus teras bagi pelajar yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda
Komunikasi dan Sarjana Muda Komunikasi Multimedia. Modul ini bertujuan
untuk menjelaskan konsep-konsep asas dalam komunikasi, sejarah
perkembangannya, dan fungsinya dalam hubungan manusia.

Sebagai pelajar sistem terbuka dan jarak jauh, anda seharusnya dapat belajar
secara kendiri dan mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang
tersedia. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan bahan kursus,
keperluan kursus dan bagaimana kursus ini dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawai OUM yang memerlukan pelajar mengumpulkan masa
sebanyak 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Oleh yang demikian,
kursus yang bernilai 3 jam kredit ini memerlukan tumpuan masa selama 120 jam
pembelajaran. Jadual 1 memberikan anggaran penggunaan 120 jam pembelajaran
terkumpul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam 5
perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri empat atau lima sesi tutorial 10
Penyertaan dalam talian 12
Ulang kaji 18
Tugasan dan Peperiksaan 15
JUMLAH JAM PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal komunikasi sebagai satu disiplin yang penting dan
kepentingannya dalam pelbagai konteks kehidupan;
2. Menerangkan ruang lingkup komunikasi;
3. Mengenal pasti isu-isu berkaitan perkembangan bidang komunikasi; dan
4. Membincangkan implikasi teknologi komunikasi maklumat terhadap
komunikasi.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini dibahagikan kepada 11 topik. Sinopsis bagi setiap topik seperti di
bawah:

Topik 1 membincangkan definisi komunikasi, elemen-elemen asas komunikasi


dan kepentingan serta fungsi komunikasi dari pelbagai perspektif.

Topik 2 membincangkan ruang lingkup komunikasi yang melibatkan pelbagai


konteks yang berbeza.

Topik 3 menerangkan model-model awal yang digunakan dan bagaimana


komunikasi berlaku dalam konteks yang berbeza.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

Topik 4 melihat sistem komunikasi dan orang ramai sebagai satu cabang penting
dalam komunikasi. Selain itu, ia menerangkan bagaimana komunikasi
mempengaruhi proses adaptasi diri dan sejauh mana ia mempengaruhi
pembentukan jati diri dalam kehidupan sosial, sama ada dalam entiti keluarga
atau dalam masyarakat dan budaya.

Topik 5 membincangkan sistem komunikasi dari segi keperluan komunikasi.


Komunikasi di tempat kerja dijelaskan menerusi fungsi dan faktor yang
mempengaruhi hubungan peribadi di tempat kerja. Makna budaya juga
dibincangkan.

Topik 6 menerangkan aspek-aspek penting dalam komunikasi lisan dalam


menentukan keberkesanan komunikasi. Beberapa isu berkaitan kepentingan
bahasa dan fungsinya juga dibincangkan untuk menjelaskan implikasi terhadap
komunikasi lisan.

Topik 7 mengkaji prinsip asas dan fungsi simbolik komunikasi bukan lisan.
Pelbagai contoh komunikasi bukan lisan dibincangkan untuk menjelaskan
peranan dan keberkesanan komunikasi yang kompleks ini. Cadangan-cadangan
untuk mengatasi halangan dalam komunikasi bukan lisan yang bertujuan
meningkatkan keberkesanan komunikasi juga dibincangkan.

Topik 8 menekankan beberapa perspektif komunikasi massa dari aspek sejarah


dan perkembangan. Pelbagai konsep penting dalam komunikasi massa
diperkenalkan dalam topik ini.

Topik 9 menerangkan fungsi dan kesan komunikasi media massa terhadap


masyarakat. Fokus perbincangan mengambil kira implikasi fungsi dan kesan
media massa terhadap pelbagai aspek identiti dan hubungan manusia.

Topik 10 mengkaji cabaran-cabaran bidang komunikasi terhadap landskap


media dalam era informasi terkini. Komunikasi dalam ruang siber, isu akses
kepada maklumat, letusan maklumat, cabaran dan implikasi teknologi
komunikasi maklumat juga dibincangkan.

Topik 11 membincangkan implikasi teknologi dan kesan-kesannya terhadap


manusia. Perbincangan memberi tumpuan kepada konflik identiti dan isu etika
dalam dunia siber.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik, anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan membantu anda mengukur dan mempertingkatkan penguasaan
kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.
Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik
berkenaan.

Perkataan Penting: Pada akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa
penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat
menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca
topik berkenaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada prasyarat kelulusan daripada kursus lain diperlukan bagi menjalani
kursus ini.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik   Konsep Asas
1 Komunikasi
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan beberapa definisi komunikasi;
2. Menghuraikan bagaimana komunikasi melibatkan semua aspek
kehidupan;
3. Menerangkan elemen-elemen asas dalam proses komunikasi; dan
4. Mengenal pasti fungsi utama komunikasi.

 PENGENALAN
Terdapat pelbagai definisi komunikasi yang diberikan oleh beberapa sarjana
yang cuba menerangkan tentang proses komunikasi. Walau bagaimanapun,
definisi-definisi ini tidak banyak berbeza kerana para sarjana ini dipengaruhi
oleh konteks dan perubahan yang sering berlaku dalam senario komunikasi.

Mengetahui pelbagai definisi komunikasi dapat membantu menjelaskan dengan


lebih terperinci bagaimana suatu proses komunikasi itu berlaku.

1.1 DEFINISI-DEFINISI KOMUNIKASI

AKTIVITI 1.1

Berdasarkan pemahaman anda, apakah yang dimaksudkan dengan


komunikasi? Bolehkah kita mengatakan bahawa komunikasi adalah
satu bentuk perhubungan manusia melalui pertuturan? Jelaskan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

Definisi umum menganggap komunikasi sebagai satu proses interaksi dan


perkongsian makna, pertukaran idea dan pendapat atau perkongsian
maklumat sama ada dalam bentuk penulisan, simbol, bunyi-bunyian atau
pertuturan, disampaikan secara bersemuka ataupun menggunakan media
massa.

Terdapat pelbagai definisi komunikasi. Ada yang melihatnya sebagai satu


tindakan menyalurkan maklumat, idea-idea dan perlakuan. Tujuan komunikasi
adalah untuk memastikan bahawa mesej daripada seseorang individu kepada
individu lain diterima. Perkataan „komunikasi‰ adakalanya digunakan secara
silih berganti dengan perkataan interaksi atau perhubungan.

Untuk meluaskan lagi pemahaman anda tentang maknanya, kita akan melihat
definisi komunikasi yang lain. Setiap definisi mempunyai tujuan tertentu yang
bermaksud untuk disesuaikan dengan suatu masa dan konteks yang tertentu.
Walaupun komunikasi dianggap satu proses yang kompleks, ia boleh dilihat dari
pelbagai dimensi bergantung pada konteks; peranan sumber dan penerima;
tujuan; dan maksud simbol-simbol yang terlibat. Sekarang kita akan mengkaji
definisi komunikasi dari pelbagai perspektif, berdasarkan kepada tujuan
komunikasi itu dilaksanakan.

(a) Wood (2001)


Wood mengemukakan empat aspek penting dalam definisi komunikasi
sebagai satu proses yang sistemik melibatkan individu-individu yang
berinteraksi menggunakan beberapa simbol khusus untuk membentuk dan
menginterpretasi makna. Ini boleh dilihat dalam Jadual 1.1 berikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI  3

Jadual 1.1: Empat Aspek Penting Komunikasi

Proses Komunikasi adalah berterusan dan sering mengalami perubahan.


Adalah sukar untuk menentukan bila komunikasi itu berlaku dan
berakhir. Ia dipengaruhi oleh banyak faktor.
Sistemik Komunikasi berlaku dalam sebuah sistem yang berkait rapat. Ia
memberi kesan antara satu sama lain. Sistem wujud dari sekecil
keluarga sehinggalah kepada sistem yang lebih besar seperti
organisasi, komuniti atau kumpulan etnik.
Simbolik Komunikasi adalah simbolik. Ia melibatkan simbol-simbol yang
abstrak, arbitrari dan kabur maksudnya.
Makna Makna sangat penting untuk menerangkan fenomena tertentu. Makna
juga boleh dilihat menerusi simbol. Makna dalam komunikasi boleh
dilihat dari dua tahap, iaitu:
(i) Tahap kandungan makna dalam mesej; dan
(ii) Tahap hubungan makna ă apa yang dinyatakan tentang
perhubungan antara komunikator dan mesej.

Sumber: Wood (2001)

(b) Verdeber dan Verdeber (2002)


Komunikasi adalah suatu proses pembentukan dan perkongsian makna dalam
perbualan tidak formal, interaksi kumpulan atau perucapan awam. Proses
komunikasi melibatkan seorang komunikator, konteks, mesej, perantara, elemen
gangguan dan maklum balas.

(c) Gamble dan Gamble (2002)


Komunikasi ditakrifkan sebagai proses pemindahan makna, sama ada secara
sengaja atau sebaliknya. Gamble mengaitkan pengalaman dengan perlakuan yang
diperhatikan, dan tanggapan mengenai perlakuan tersebut. Jika perlakuan yang
diperhatikan ditafsirkan sebagai mesej, atau ia memberi kesan kepada perlakuan
yang lain, maka ini bermakna komunikasi telah berlaku.

(d) Hybels dan Weaver (2001)


Komunikasi adalah suatu proses perkongsian idea, maklumat dan perasaan yang
melibatkan ucapan, penulisan, tingkah laku dan bahasa tubuh. Ringkasnya, apa jua
reaksi yang memberikan makna kepada suatu mesej adalah komunikasi.

(e) Trenholm (2001)


Konsep komunikasi boleh dilihat dari tiga perspektif: psikologi, konteks sosial dan
pragmatik. Komunikasi ditakrifkan sebagai satu gabungan konsep untuk melihat
bagaimana individu menggunakan simbol (dalam bentuk perkataan) membentuk
keseragaman dalam makna untuk dikongsi dengan yang lain.

Dari perspektif psikologi, maksud komunikasi tertumpu kepada apa yang terjadi
dalam fikiran ketika mesej dipindahkan dan diterima. Sebaliknya, dari konteks

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

sosial melihat komunikasi sebagai suatu proses di mana individu menggunakan


medium komunikasi untuk membentuk gambaran kolektif realiti. Perspektif ini
memberi tumpuan kepada perhubungan antara komunikasi dan budaya yang
dikongsi. Berbeza daripada dua perspektif sebelum ini, pragmatik melihat
komunikasi sebagai satu sistem yang saling berkaitan dan melibatkan tindakan
yang seterusnya akan membentuk corak-corak tertentu. Menurut perspektif ini,
setiap individu mempunyai gaya komunikasi mereka tersendiri.

Berdasarkan definisi yang dikemukakan, ia adalah jelas bahawa objektif orang yang
berkomunikasi atau berinteraksi dengan orang lain ialah untuk membentuk
Âkeseragaman‰ dengan orang tersebut (lihat Rajah 1.1). Dalam kata lain, apabila
berkomunikasi, kita cuba untuk berkongsi fikiran, kepercayaan dan nilai-nilai sosial
dengan orang lain untuk mencari satu „keseragaman‰ antara komunikator yang terlibat.
Mencapai „keseragaman‰ dalam interaksi adalah sangat mustahak kerana tanpanya,
akan menyebabkan salah faham (communication breakdown) berlaku.

Selain daripada keseragaman, penghantaran/transmisi sesuatu yang kita


rasakan juga adalah elemen penting dalam komunikasi. Ringkasnya, definisi
konvensional komunikasi adalah untuk berkongsi dan memindahkan idea dalam
kalangan bukan sahaja individu, tetapi juga kumpulan dan komuniti.
Perkongsian di sini merujuk kepada pertukaran idea antara personaliti, budaya
dan amalan. Penghantaran, dari sudut lain, merujuk kepada perantara dalam
bentuk teknologi yang digunakan untuk menghantar mesej.

Rajah 1.1: Tujuan komunikasi untuk mencari „keseragaman‰ sesama manusia

Dalam kajian komunikasi, kita mengkaji perhubungan manusia yang berlaku dalam
kumpulan, organisasi atau masyarakat. Kita cuba untuk memahami bagaimana
manusia mempengaruhi antara satu sama lain, memaklumkan dan dimaklumkan,
menghibur atau memberi hiburan. Untuk memahami komunikasi dalam kalangan
manusia, perkara pertama yang perlu difahami ialah bagaimana manusia berkaitan
antara satu sama lain.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI  5

Apabila perhubungan berjalan lancar, individu akan berasa puas hati dan
gembira dengan pengalaman tersebut. Jika sebaliknya yang berlaku, salah faham
dan konflik akan mengganggu perhubungan.

Setiap definisi komunikasi adalah tentang fungsi dan kegunaannya seperti yang
dipaparkan dalam Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Definisi komunikasi

Sebagai kesimpulan, definisi komunikasi boleh dibahagikan kepada tiga kategori


seperti berikut:
(a) Penghantaran atau pengagihan maklumat dengan penyampaian idea-idea,
pengetahuan, pemikiran dan mesej.
(b) Penjanaan idea-idea untuk tujuan tertentu.
(c) Perkongsian makna antara sumber dan penerima dalam membentuk
hubungan.

SEMAK KENDIRI 1.1


Berikan contoh-contoh senario di mana komunikasi digunakan untuk
melakukan perkara berikut:
(a) Membentuk keseragaman antara seseorang dengan yang lain;
(b) Mengedarkan maklumat;
(c) Memindahkan idea; dan
(d) Berkongsi maklumat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

AKTIVITI 1.2

1. Konsep „Seni untuk Masyarakat‰ sering didokong oleh artis


seperti penyair, pelukis, pemuzik, dan sebagainya. Adakah anda
tahu bahawa media yang digunakan oleh mereka juga adalah
satu bentuk komunikasi yang boleh menghubungkan artis
tersebut dengan masyarakat? Apakah pendapat anda tentang
perkara ini?

2. Apakah komunikasi?
(a) Komunikasi adalah satu proses tindakan berdasarkan
maklumat.
(b) Komunikasi adalah satu proses di mana individu
menentukan makna kepada ransangan untuk difahami
secara keseluruhannya.
(c) Komunikasi adalah penghantaran idea, emosi dan
kemahiran dengan menggunakan grafik, simbol dan
perkataan.
(d) Komunikasi adalah suatu perkongsian maklumat.
(e) Komunikasi adalah suatu proses di mana seorang individu
memberitahu sesuatu kepada orang lain melalui perkataan
bertulis atau lisan.

Yang manakah antara semua definisi di atas memberi maksud yang


paling tepat tentang komunikasi? Apakah yang boleh anda
rumuskan tentang komunikasi berdasarkan definisi-definisi di atas?

„Tidaklah mencukupi sekiranya seseorang itu mempunyai otak yang


baik. Apa yang lebih penting ialah dia tahu menggunakannya.‰
Descartes, 1639.

1.2 KEPENTINGAN KOMUNIKASI


Pernahkah anda terfikir tentang kepentingan komunikasi dalam kehidupan
seharian anda?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI  7

Apakah yang dijangkakan akan berlaku jika komunikasi tidak wujud dalam
kehidupan seharian anda?

Komunikasi berlaku setiap masa dan kadangkala ia terjadi tanpa disedari.


Seseorang itu melibatkan diri dalam komunikasi sama ada secara lisan atau
bukan lisan. Ini boleh dilihat dari pelbagai bentuk aktiviti seperti berbual,
mendengar, berfikir, menonton filem, menonton televisyen, mendengar radio,
berbincang dalam kumpulan, atau bertafakur. Seseorang yang mendiamkan diri
juga mungkin berkomunikasi dalam dirinya sambil memikirkan sesuatu.

Kemampuan untuk berkomunikasi dengan baik dan berkesan sering kali dikaitkan
dengan kejayaan seseorang mengadaptasi diri dalam pelbagai situasi sama ada dalam
hubungan peribadi, antara rakan yang berbeza budaya, dan dalam kehidupan
profesional serta peribadi seseorang. Kegagalan untuk berkomunikasi dengan baik
akan menjejaskan pembentukan suatu perhubungan. Kepentingan komunikasi boleh
dilihat dalam beberapa aspek yang melibatkan:
(a) Kehidupan peribadi;
(b) Peningkatan kerjaya;
(c) Etika dalam berkomunikasi;
(d) Adaptasi dalam masyarakat pelbagai budaya; dan
(e) Perubahan dalam teknologi dan hubungan.

1.2.1 Komunikasi dalam Kehidupan Peribadi


Seseorang individu melihat dirinya dari sudut pandangan orang lain seperti
interaksi yang berlaku antara kawan, kenalan, pasangan, pelajar dengan
pensyarah, atau ibu bapa dengan anak-anak mereka. Dalam hubungan peribadi,
komunikasi merupakan asas interaksi antara dua atau lebih individu.

1.2.2 Peningkatan Kerjaya


Kemampuan berkomunikasi mempengaruhi kejayaan seseorang dalam
kerjayanya (rujuk Rajah 1.3). Memang tidak dapat dinafikan bahawa memiliki
kepakaran dalam bidang tertentu adalah amat penting, tetapi kemampuan untuk
berkomunikasi dengan baik dan berkesan merupakan satu kelebihan yang
dicari-cari oleh setiap majikan. Ini kerana seseorang individu yang boleh
berkomunikasi dengan baik mampu bertutur, mendengar, berfikir, dan
menyesuaikan dirinya dalam suatu kumpulan yang ahlinya datang daripada
budaya yang sama atau berbeza. Ia juga membantu dalam menjana idea dengan
jelas.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
8  TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

Rajah 1.3: Komunikasi penting dalam peningkatan kerjaya

1.2.3 Etika dalam Berkomunikasi


Kita perlu menjaga etika dalam berkomunikasi kerana ia melibatkan prinsip-
prinsip moral atau apa yang wajar dan tidak wajar dilakukan. Isu-isu berkaitan
etika kadangkala boleh merosakkan perhubungan, menjejaskan interaksi antara
pekerja dan majikan, menyebabkan pemimpin kehilangan kepercayaan
pengikutnya, mewujudkan huru-hara dalam masyarakat atau memecah-
belahkan ikatan persahabatan dan keluarga. Secara ringkasnya, isu-isu etika
dalam komunikasi adalah berkaitan dengan rasa tanggungjawab dan sikap
menghormati seseorang dalam proses berkomunikasi.

1.2.4 Adaptasi dalam Masyarakat Pelbagai Budaya


Kehidupan dalam masyarakat atau komuniti berbilang kaum memerlukan
seseorang untuk menyesuaikan diri supaya dapat hidup dalam keadaan aman
damai (rujuk Rajah 1.4). Pengetahuan, sensitiviti, rasa hormat dan sikap yang
positif terhadap latar belakang budaya, bahasa, kepercayaan dan cara hidup
orang lain boleh membantu dalam berkomunikasi dengan pihak mereka.

Rajah 1.4: Menghormati budaya lain menyumbang kepada komunikasi yang lebih baik
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI  9

1.2.5 Kesan Perubahan Teknologi dan Perhubungan


Kemajuan teknologi telah mengubah kaedah komunikasi dalam kalangan orang
ramai. Teknologi memudahkan penyampaian, perkongsian serta penerimaan
mesej dengan pantas bagi mereka yang mempunyai akses kepada maklumat
tersebut. Komunikasi maya telah membawa banyak implikasi terhadap
hubungan peribadi dan juga komuniti. Perubahan teknologi membolehkan
orang ramai berkomunikasi tanpa sempadan dan sekatan (rujuk Rajah 1.5).

Rajah 1.5: Kemajuan teknologi dalam komunikasi

AKTIVITI 1.3
Pada pendapat anda, apakah implikasi teknologi terhadap komunikasi
bersemuka? Terangkan.

„Saya mahu mencipta perisian komputer. Saya tahu perisian komputer


boleh menjadi satu perniagaan yang besar. Saya tidak tahu sama ada saya
akan berjaya atau tidak, tetapi saya mempunyai visi bahawa komputer
akan menjadi alat yang bernilai di atas setiap meja dan akhirnya di setiap
rumah‰.
(Bill Gates, 1993.)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

1.3 ELEMEN-ELEMEN DALAM PROSES


KOMUNIKASI
Komunikasi adalah satu proses yang tiada permulaan dan tiada penghujungnya.
Proses menyalurkan maklumat adalah berterusan. Oleh yang demikian,
komunikasi dikatakan sebagai satu proses yang dinamik.

Proses komunikasi menggambarkan bagaimana kita sebagai manusia adalah


saling berkaitan antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, dalam usaha untuk
memahami proses komunikasi, kita perlu memahami terlebih dahulu elemen-
elemen yang membentuk komunikasi. Persoalan yang timbul adalah sama ada
wujud hubungan antara elemen tersebut.

Menurut Berlo (1960), apabila komunikasi terjadi antara satu individu dengan
yang lain, sumber dan penerima mesti mempunyai sistem kod yang sama. Jika
sistem kod berbeza, maka tidak akan berlaku langsung sebarang bentuk
komunikasi. Untuk memahami ini dengan lebih lanjut, kita mesti melihat
elemen-elemen yang terdapat dalam komunikasi. Dengan memahami beberapa
elemen ini, kita boleh mengenal pasti kelemahan dan kekuatan proses
komunikasi. Rajah 1.6 menunjukkan hubungan antara elemen asas dalam proses
komunikasi. Antara elemen tersebut adalah:
(a) Sumber
(b) Penerima
(c) Mesej
(d) Saluran
(e) Gangguan
(f) Maklum Balas
(g) Rangka Rujuk
(h) Konteks

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI  11

Rajah 1.6: Elemen-elemen asas dalam proses komunikasi

1.3.1 Sumber
Sumber merupakan punca sesuatu mesej. Setiap orang boleh menjadi sumber ă
sama ada seorang individu, sebuah kumpulan, persatuan atau sesebuah
organisasi. Dalam proses komunikasi, sumber adalah sesiapa sahaja yang
mempunyai pendapat, idea, perasaan atau mesej yang ingin disampaikan
kepada orang lain. Jika sumber mengatakan sesuatu atau menerangkan sesuatu
kepada orang lain, proses ini dipanggil pengekodan atau membentuk mesej.
Sebagai contoh, penjelasan bagi suatu masalah yang diberikan oleh guru
Matematik kepada pelajar-pelajar beliau merupakan mesej. Proses komunikasi
yang berkesan memerlukan sumber untuk mempunyai empat ciri yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.7.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

Rajah 1.7: Empat ciri penyampai yang berkesan

(a) Kemahiran dalam Berkomunikasi


Keupayaan untuk bertutur dan menulis adalah sangat penting untuk sumber.
Komunikasi dengan orang-orang yang tidak menggunakan bahasa yang sama
seperti yang kita lakukan, memerlukan pendekatan yang berbeza dalam
menyampaikan mesej. Sebagai contoh, sukar bagi kita untuk berkomunikasi
dengan individu yang pekak atau bisu, melainkan kita menggunakan bahasa
isyarat atau bentuk komunikasi lain yang difahaminya.

Sumber juga mesti mempunyai keupayaan untuk mempertimbangkan dan


menilai sesuatu. Ini adalah penting dalam proses pengekodan. Jika sumber
tidak mampu untuk proses pemikiran yang normal, individu itu akan
menghadapi halangan dalam usaha untuk menyampaikan mesej beliau,
yang akan mengakibatkan komunikasi tidak berkesan.

(b) Sikap
Sumber harus mempunyai sikap berbaik sangka terhadap mesej yang
diterima dan yakin bahawa apa yang dikomunikasikan kan memberi
manfaat kepada pendengarnya. Jika sikap negatif wujud, ia adalah amat
sukar untuk proses komunikasi berjalan lancar atau berkesan. Hubungan
antara sikap dan mesej juga penting. Jika terdapat kejanggalan antara
kedua-duanya, proses komunikasi akan menjadi tidak berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI  13

Sebagai contoh, seseorang yang tidak yakin dengan mesejnya sendiri akan
mengalami kesukaran untuk menyampaikannya. Akibatnya, penonton
mungkin hilang keyakinan kepadanya dan mengabaikan mesej beliau.

(c) Tahap Pengetahuan


Tahap pengetahuan sumber tentang suatu perkara perlu diselaraskan
kepada tahap pengetahuan penontonnya agar mesej yang disampaikan
berkesan.

Sebagai contoh, seorang yang pakar dalam isu-isu kesihatan berkaitan


dengan jerebu seharusnya tidak perlu terlalu teknikal dalam menjelaskan
punca-punca dan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil. Jika penonton
beliau, hanya suri rumah biasa, mereka akan bertambah keliru dengan
penyampaian pakar tersebut.

(d) Kedudukan dalam Masyarakat atau Sosiobudaya


Susun atur, norma dan sistem budaya kebanyakan masyarakat telah wujud
sejak beribu tahun. Kita perlu memahami dan menerima peraturan-
peraturan yang ditetapkan orang lain ini kerana mereka membentuk
sebahagian asas tentang bagaimana kita seharusnya berkomunikasi. Jika
kita tidak mengetahui peraturan suatu masyarakat atau menentang
mereka, kita boleh dianggap sebagai anti-sosial. Sebagai contoh, dalam
masyarakat Melayu, kanak-kanak yang berjalan berulang-alik di hadapan
orang tua mereka yang sedang bercakap dianggap sebagai tidak sopan atau
tidak menghormati orang tua mereka.

1.3.2 Penerima
Penerima dalam proses komunikasi merupakan sasaran sesuatu mesej. Penerima
boleh terdiri daripada seorang individu, sebuah kumpulan kecil, sesebuah
organisasi atau sebilangan besar orang. Dalam komunikasi massa, penerima
mesej dipanggil penonton. Penonton atau penerima biasanya mempunyai ciri-
ciri tertentu seperti kemahiran berkomunikasi, sikap, tahap pengetahuan, serta
kedudukan dalam sistem sosiobudaya.

Ciri-ciri seorang penerima mempunyai persamaan dengan sumber. Walaupun


sumber mesti mempunyai kemahiran mengenkod (kemahiran bertutur dan
menulis), penerima perlu mempunyai kemahiran untuk mendekod (mendengar
dan membaca) mesej.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

(a) Kemahiran dalam Berkomunikasi


Penerima perlu mempunyai kemahiran untuk berkomunikasi, iaitu
kemampuan untuk mentafsir mesej yang disampaikan kepadanya. Ini adalah
penting untuk mereka mengetahui kebaikan dan kelemahan sesuatu mesej.

(b) Sikap
Dalam berkomunikasi, penerima perlu juga mempunyai sikap yang positif
dalam mentafsir sesuatu mesej. Jika terdapat konflik disebabkan oleh
pertembungan dalam sikap sumber dan penerima maka komunikasi yang
berlaku tidak akan memberi sebarang manfaat.

Keberkesanan sesuatu mesej yang disampaikan sangat bergantung pada


sikap penerima terhadap sumber. Jika penerima selesa dengan sikap
sumber, ia mungkin mempertimbangkan mesej yang disampaikan oleh
sumber. Sebaliknya, jika penerima tidak selesa dengan sikap sumber, ia
mungkin tidak akan memberi perhatian kepada mesej tersebut.

(c) Tahap Pengetahuan


Tahap pengetahuan adalah penting bagi sumber dan penerima. Jika
penerima mempunyai pengetahuan tentang apa yang diperkatakan oleh
sumber, mesej akan mudah difahami. Jika penerima tidak mempunyai
pengetahuan awal tentang sesuatu perkara, ia adalah agak sukar atau
mustahil untuk memahami mesej yang disampaikan.

(d) Kedudukan dalam Sistem Sosiobudaya


Sebagaimana sumber, penerima juga perlu mengetahui norma, peraturan dan
budaya yang wujud dalam sistem sosial. Ini adalah untuk memastikan
bahawa tiada salah faham yang akan berlaku dan proses komunikasi dapat
berjalan lancar.

1.3.3 Mesej

Pernahkah anda menonton sebuah filem perang? Adakah anda tahu mesej
yang disampaikan apabila bendera putih dikibarkan?

Mesej adalah maksud yang terkandung dalam perkataan-perkataan atau simbol-


simbol yang digunakan oleh sumber untuk menyampaikan dan meluahkan
hasrat mereka. Ia adalah hasil daripada proses pengenkodan yang dilaksanakan
oleh sumber berdasarkan kepada pemikirannya.

Sesuatu mesej seharusnya mengandungi idea dan perasaan yang ingin


disampaikan kepada penerima. Mesej mengandungi idea serta perasaan yang
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI  15

ingin dikongsi antara sumber dan penerima. Namun, idea dan perasaan hanya
dapat dikomunikasikan menerusi simbol tertentu sama ada secara lisan, bukan
lisan, konkrit ataupun abstrak.

Secara ringkasnya, apa sahaja yang mempunyai makna boleh diistilahkan


sebagai mesej. Sebagai contoh, pengurus menunjukkan wajah yang serius semasa
mesyuarat apabila dia menerima laporan jualan yang menunjukkan penurunan
dalam jualan. Pastinya, mesej yang perlu difahami oleh kakitangan pemasaran
adalah bahawa mereka perlu memikirkan satu strategi promosi untuk
komunikasi pemasaran bersepadu yang berkesan.

Terdapat tiga ciri utama yang harus dimiliki oleh mesej jika ingin disampaikan
secara berkesan kepada penerima. Ia adalah:

(a) Kod Mesej


Kod adalah satu kumpulan simbol, yang boleh memberi makna apabila ia
disusun dengan betul. Ia digunakan dalam aktiviti harian untuk tujuan
komunikasi. Suatu kod mempunyai makna yang universal. Isyarat yang
sedia ada di lebuh raya, bangunan dan di kebanyakan tempat awam juga
adalah contoh-contoh kod (lihat Rajah 1.8). Malah, bahasa yang kita
gunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain adalah kod.

Perkataan dalam suatu bahasa adalah simbol lisan yang melambangkan


satu perkara atau idea tertentu. Simbol tanpa ungkapan lisan adalah satu
cara berkomunikasi tanpa menggunakan perkataan. Bahasa merupakan
kod paling penting yang pernah dicipta dan diterima oleh orang ramai di
seluruh dunia. Ia digunakan sebagai kemudahan untuk membantu kita
hidup lebih selesa kerana ia boleh difahami oleh semua yang melihat
(seperti dalam bahasa bertulis) dan mendengar (seperti dalam bahasa
pertuturan) kepadanya.

Rajah 1.8: Contoh mesej kod yang wujud di lebuh raya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

(b) Kandungan Mesej


Pernahkah anda menerima ÂmemoÊ daripada rakan sekerja? Rujuk kepada
memo dalam Rajah 1.9. Adakah anda boleh memahami mesej dalam memo
tersebut?

Komunikasi yang berkesan memerlukan mesej yang jelas isi


kandungannya. Kandungan mesej yang tidak jelas tidak akan difahami
oleh penerima. Isi kandungan di sini merujuk kepada maklumat yang
diperolehi dan didapati dalam mesej yang dienkodkan oleh sumber kepada
penerima. Isi kandungannya adalah terdiri daripada tajuk, topik, matlamat
dan jangkaan yang dirujuk sebagai mesej (lihat Rajah 1.9).

Rajah 1.9: Contoh kandungan mesej yang lengkap

(c) Pengolahan Mesej


Jika isi kandungan mesej tidak disediakan dengan betul, maka mesej tidak
akan difahami. Merangka atau mengolah sebuah mesej yang baik akan
menyumbang kepada pemahaman yang lebih jelas maksudnya. Rajah 1.10
merupakan satu contoh mesej yang tidak lengkap.

Dalam membentuk suatu mesej, sumber perlu memilih dan menguruskan


kod dan kandungan mesej. Bagaimana seseorang menyediakan mesej
bergantung pada beberapa faktor. Salah satu faktor tersebut adalah gaya
atau stail penyediaan mesej. Seseorang yang berhasrat untuk
berkomunikasi juga mempengaruhi penyediaan sesuatu mesej.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI  17

Rajah 1.10: Contoh mesej tidak lengkap

SEMAK KENDIRI 1.2


Berdasarkan Rajah 1.10, mengapa anda fikir mesej adalah sukar
untuk difahami?

1.3.4 Saluran
Saluran boleh ditakrifkan sebagai satu alat atau perantara yang menyalurkan
mesej daripada sumber kepada satu atau lebih penerima. Pemilihan saluran
menentukan keberkesanan komunikasi. Setiap saluran mempunya kelemahan
dan kelebihan masing-masing. Untuk mendapatkan kesan yang baik, cara yang
paling berkesan ialah menggunakan beberapa saluran untuk menghantar
sesuatu mesej. Selain daripada itu, pilihan sesuatu saluran mesti mengambil kira
kesesuaian dengan situasi dan penerima. Secara umum, saluran boleh didapati
dalam bentuk berikut (lihat Rajah 1.11).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

Rajah 1.11: Saluran-saluran komunikasi

(a) Saluran Media


Media terdiri daripada:
(i) Media cetak seperti akhbar, majalah dan buku.
(ii) Media elektronik seperti televisyen, radio dan Internet.
(iii) Media tradisional seperti teater, wayang kulit dan opera.

(b) Saluran Bersemuka


Perbezaan yang jelas boleh dilihat antara kaedah menyalurkan maklumat
atau mesej menggunakan media massa. Saluran bersemuka melibatkan
interaksi secara langsung antara sumber dan penerima. Sumber dan
penerima adalah dalam situasi yang sama. Ini adalah jenis komunikasi dua
hala dan dikatakan lebih mesra secara semulajadinya. Dalam situasi
sebegini, proses menyalurkan mesej melibatkan maklum balas yang mana
kesannya adalah cepat dan segera. Contoh perantara yang biasanya terlibat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI  19

dalam saluran mesej bersemuka termasuklah seorang individu dengan


jiran-jirannya, anggota masyarakat dan pemimpin mereka, dan sebagainya.

Dalam menentukan keberkesanannya, beberapa soalan perlu


dipertimbangkan semasa komunikasi.

(i) Penggunaan Saluran yang Bersesuaian


Sebelum menghantar suatu mesej, seseorang itu perlu
mempertimbangkan saluran yang paling sesuai atau tersedia untuk
digunakan bagi tujuannya agar penerima boleh menerima mesej yang
disampaikan dalam cara yang paling mudah diakses dan difahami.

(ii) Keupayaan Saluran yang Digunakan


Dalam memilih saluran untuk menghantar suatu mesej, sumber perlu
mempertimbangkan kesesuaiannya. Contohnya, televisyen bukanlah
satu saluran yang baik untuk menghantar mesej dalam bentuk ayat
yang panjang. Media elektronik mempunyai kemampuan yang
berbeza. Radio hanya mampu untuk menyalurkan mesej audio (kesan
suara) sementara televisyen boleh digunakan untuk menghantar
mesej visual dan juga audio. Sementara itu, akhbar dan majalah
adalah untuk mesej-mesej yang bertujuan untuk dibaca. Internet
merupakan saluran komunikasi yang paling canggih tanpa sebarang
batasan, tiada sempadan ruang dan masa tetapi perlu mudah diakses.

Perbezaan jenis-jenis media komunikasi ada kelemahan dan kelebihannya.


Oleh yang demikian, pemilihan saluran mestilah disesuaikan dengan
keupayaan penerima dan mesej. Pada masa ini, akses kepada teknologi dan
aplikasi merupakan topik-topik hangat yang diperbincangkan, kerana
wujudnya jurang digital dalam kalangan mereka yang mampu dan tidak
mampu, dan juga antara yang kaya maklumat dan yang miskin maklumat.

AKTIVITI 1.4

Pada pendapat anda, bolehkah kaedah menghantar mesej menerusi


Internet, seperti e-mel atau chat menggantikan komunikasi
bersemuka?

1.3.5 Gangguan
Gangguan adalah sebarang bentuk halangan yang wujud dalam proses
komunikasi. Kewujudan gangguan menghalang seseorang penerima daripada

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

menerima mesej dengan jelas dan tepat. Bunyi bising enjin yang kuat (roaring)
contohnya boleh menghalang mesej daripada dihantar, diterima dan difahami
dengan tepat.

Gangguan dalam komunikasi boleh diklasifikasikan sebagai fizikal, mental atau


fisio-psikologi. Elemen gangguan merupakan yang pertama diperkenalkan oleh
Shannon dan Weaver menerusi model penyiaran pada tahun 1949. Ia berlaku
kerana beberapa faktor seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.12.

Rajah 1.12: Elemen-elemen gangguan

(a) Gangguan Fizikal


Gangguan fizikal berlaku apabila sumber gangguan berpunca daripada
persekitaran atau keadaan sekeliling. Contohnya: bunyi bising daripada
lalu lintas kenderaan semasa kita berbual dengan rakan. Ia mengganggu
tumpuan kita tentang makna mesej yang telah disampaikan.

(b) Gangguan Fisio-Psikologi


Gangguan sebegini berlaku disebabkan pengaruh tahap pengetahuan asas,
sikap terhadap mesej atau sumber dan keupayaan komunikasi kita.
Perbezaan budaya juga dianggap sebagai gangguan jika kita tidak
memahami budaya tersebut.

(c) Gangguan Mental


Gangguan mental berpunca daripada pemikiran kita sendiri. Contohnya,
fikiran yang terganggu dengan peperiksaan yang semakin hampir, masalah
kesihatan dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI  21

1.3.6 Maklum Balas


Maklum balas merujuk kepada respon yang berlaku apabila seorang penerima
memberikan reaksi atau tindak balas kepada mesej yang dihantar oleh sumber.
Dalam komunikasi antara individu, maklum balas adalah spontan. Misalnya, jika
sumber bertanya, „Apa khabar awak sekarang?‰ dan penerima membalas, „Baik,
terima kasih‰. Maklum balas mungkin juga ditunjukkan melalui riak wajah
sewaktu menjawab (lihat Rajah 1.13). Jawapan dan air muka yang terpamer di
wajah penerima adalah maklum balas kepada mesej yang dihantar oleh sumber.
Begitu juga dengan lawak A yang menyebabkan B tersenyum dan ketawa adalah
berkesan dalam mendapatkan maklum balas. Apabila maklum balas positif,
sumber mungkin meneruskan komunikasinya. Sebaliknya, jika maklum balas
yang diterima adalah negatif, ia mungkin akan menghentikan sahaja perbualan
tersebut.

Dalam proses komunikasi massa, maklum balas tidak sepantas seperti


komunikasi bersemuka. Maklum balas komunikasi massa adalah tertangguh
atau lewat dan lambat untuk diperolehi.

Maklum balas dalam konteks komunikasi massa akan dibincangkan kemudian.


Kepentingan maklum balas dilihat dalam tindakan yang mesti diambil oleh
seseorang individu. Selain itu, kepastian akan diperolehi terhadap idea atau
perasaan yang mana bertujuan untuk dikongsikan antara sumber dan penerima.
Perkembangan terkini dalam teknologi komunikasi maklumat membolehkan
maklum balas yang pantas, contohnya penggunaan e-mel dalam pencarian
maklumat menerusi Internet. Kini telefon bimbit boleh memberikan maklum
balas yang cepat.

Rajah 1.13: Maklum balas dalam komunikasi bersemuka atau menerusi telefon

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

1.3.7 Rangka Rujuk


Rangka rujuk merupakan pengalaman atau pengetahuan tentang sesuatu yang
menjadi topik untuk berkomunikasi. Komunikasi tidak akan mempunyai
sebarang kesan jika sumber dan penerima tidak mempunyai rangka rujuk yang
sama. Katakanlah seorang individu yang mempunyai pengalaman bermain
luncur ais (ski) di luar negara bercerita dengan seorang sahabatnya di kampung
tentang cara dan pengalamannya bermain luncur ais di sana. Jika rakannya tidak
mempunyai pengalaman seumpamanya, dia tidak akan dapat menggambarkan
apa yang disampaikan kepadanya.

Seperti yang dilihat di sini, jika penerima kurang atau tiada pengetahuan tentang
apa yang dibincangkan, ia tidak mampu untuk memahami dan mengikut apa
yang dibincangkan oleh sumber. Justeru, komunikasi dalam kes ini telah gagal
dan adalah tidak berkesan. Untuk memastikan komunikasi berkesan, kedua-dua
sumber dan penerima perlu mempunyai rangka rujuk yang sama. Ini kerana
setiap individu yang terlibat dalam proses komunikasi mempunyai pengalaman
yang tersendiri.

Dengan itu, hanya mesej yang difahami oleh kedua-dua belah pihak boleh
membantu untuk menjayakan suatu komunikasi. Lebih luas ruang lingkup
rangka rujuk, lebih besar kemungkinan komunikasi menjadi berkesan.

1.3.8 Konteks
Komunikasi berlaku dalam konteks tertentu; ia tidak berlaku dalam
„kekosongan‰. Kadangkala ia berlaku dalam situasi yang semula jadi tanpa
disedari. Konteks komunikasi merujuk kepada situasi atau keadaan sekeliling di
mana berlakunya komunikasi. DeVito (2001) menyatakan bahawa komunikasi
berlaku dalam konteks tertentu yang mempengaruhi bentuk dan isi
kandungannya. Kadangkala konteks juga tidak jelas dan dalam keadaan tertentu
mendominasi (sama ada menstimulasi atau menghalang) mesej daripada
disampaikan. Setiap konteks ini adalah saling berkaitan dan mempengaruhi
antara satu sama lain, memberi kesan kepada apa yang dikomunikasikan. Ia juga
mempengaruhi persekitaran, tingkah laku dan tindakan selain menentukan
jenis-jenis komunikasi yang perlu digunakan.

AKTIVITI 1.5
Bincangkan elemen-elemen komunikasi dan bagaimana ia
memberi kesan kepada aspek-aspek sosiobudaya masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI  23

„Apakah kerja yang paling sukar di dunia ini? Fikirkan‰.


(Emerson, 1836).

1.4 FUNGSI-FUNGSI KOMUNIKASI


Pernahkah anda terfikir beribadah sebagai satu bentuk komunikasi? Apakah
fungsi-fungsi komunikasi individu yang lain? Adakah komunikasi membantu
anda dalam kehidupan seharian?

Fungsi komunikasi bergantung pada tujuan ia dilaksanakan. Ia dapat dilihat dari


perspektif yang berbeza. Jika ia dilihat dari perspektif sumbernya (penghantar
mesej), komunikasi mempunyai fungsi untuk memberitahu, menghiburkan,
belajar, memahami atau membuat keputusan tentang isu tertentu. Seandainya ia
dilihat dari perspektif sosial pula, komunikasi memainkan peranan-peranan
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.14 berikut.

Rajah 1.14: Beberapa peranan komunikasi dari perspektif sosial

Untuk memahami dengan lebih terperinci tentang fungsi-fungsi komunikasi,


cuba bayangkan beberapa situasi yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.
Komunikasi memainkan peranan penting dalam semua aspek kehidupan kita,
sama ada di pejabat (menulis surat, memberi arahan, berkomunikasi melalui e-
mel) atau dimana-mana seperti di sekolah (mengajar dan belajar), atau di rumah
(berbual di ruangan siber), kita berkomunikasi untuk tujuan-tujuan tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

Cuba bayangkan bagaimana dan mengapa komunikasi berlaku. Seorang guru


berkomunikasi secara bersemuka dengan sekumpulan pelajar sekolah. Seorang
anak menelefon ibunya untuk bertanyakan berita tentang ayahnya di kampung
atau A menghantar mesej kepada kawan untuk berkongsi perasaan atau seorang
tua duduk dan termenung di tepi tasik. Dirancang atau sebaliknya, komunikasi
berlaku di mana-mana dan pada setiap masa. Dalam setiap situasi yang
digambarkan tadi, komunikasi memainkan peranan penting dalam
menghubungkan seseorang dengan yang lain, sama ada dalam diri mereka atau
antara individu atau sekumpulan manusia.

Sekumpulan pelajar berkomunikasi dengan guru mereka dalam proses


pembelajaran sesuatu; seorang ahli perniagaan berkomunikasi untuk
memperluaskan peluang perniagaannya ke luar negara (lihat Rajah 1.15); dan
seorang ibu berkomunikasi dengan anaknya untuk mengukuhkan ikatan
kekeluargaannya. Komunikasi membina perhubungan antara insan dan juga
memberikan mereka peluang untuk mengenali diri mereka dengan lebih baik.

Kemajuan dalam teknologi maklumat atau IT membolehkan komunikasi


dilaksanakan dengan lebih cepat dan pantas melalui rangkaian elektronik.
Seorang pengurus yang beroperasi dari jarak jauh dan ingin berkomunikasi
dengan rakan perniagaannya di negara lain boleh melakukan sedemikian
melalui email. Penggunaan komputer dan Internet membolehkan kita untuk
berinteraksi dengan orang lain di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Malah mesyuarat perniagaan antara individu dari bahagian negara atau dunia
yang berbeza boleh dijalankan melalui teknologi maklumat seperti tele-sidang.

Rajah 1.15: Perniagaan secara elektronik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI  25

Proses komunikasi sangat berkait rapat dengan pencarian maklumat. Apabila


pengetahuan komunikasi dipelajari sebagai satu bidang atau disiplin, pakar-
pakar dan penyelidik-penyelidik komunikasi sering kali menganggap
komunikasi mempunyai fungsi yang berbeza. Rajah 1.16 menunjukkan fungsi-
fungsi komunikasi ini.

Rajah 1.16: Fungsi-fungsi komunikasi

1.4.1 Fungsi Memberitahu


Pada hari ini, orang ramai secara umumnya memperoleh berita dan maklumat
tentang hal ehwal semasa melalui surat khabar, radio dan televisyen. Di samping
itu, Internet juga menjadi semakin popular sebagai saluran bagi orang ramai
untuk mendapatkan maklumat dengan mudah.

Fungsi ini adalah salah satu fungsi komunikasi yang sering digunakan dalam
kehidupan orang ramai (lihat Rajah 1.17). Fungsi ini bertujuan untuk
memaklumkan kepada orang lain mengenai perkara-perkara tertentu yang
dirasakan oleh komunikator perlu diketahui oleh orang lain. Terdapat banyak
contoh komunikasi dijalankan untuk jenis fungsi ini, sebagai contoh: papan
tanda dengan tanda-tanda seperti "Jangan Merokok", "Sila Beratur", "Ke Kiri",
"Berhati-hati di jalan raya" dan sebagainya.

Fungsi memberitahu menumpukan kepada komunikator atau sumber


maklumat, manakala penghantaran mesej bertujuan untuk memaklumkan
orang ramai. Malah, maklumat adalah sesuatu yang sangat penting dalam
memberikan kita pengetahuan. Setiap individu memerlukan maklumat untuk
menguruskan kehidupan harian mereka. Maklumat adalah penting

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

terutamanya dalam proses membuat keputusan. Ia juga membolehkan orang


ramai untuk mengambil tindakan tertentu. Tanpa maklumat, ia adalah sukar
bagi seseorang untuk membuat keputusan. Sudah tentu, anda mesti telah
mendengar mesej penyampai dalam program-program radio yang
memberitahu anda tentang keadaan jalan raya di bandar untuk hari tersebut.
Seseorang yang memandu kereta dari tempat kerja mungkin mendapati
maklumat ini berguna untuk membuat keputusan. Sebagai contoh, jika
terdapat banjir kilat atau kesesakan lalu lintas di hadapan, orang ramai boleh
membuat keputusan untuk menggunakan jalan alternatif dalam perjalanan
balik ke rumah mereka.

Berdasarkan penjelasan sebelum ini, komunikasi juga memainkan peranan


penting dalam proses mendapatkan maklumat. Melalui proses komunikasi,
maklumat diedarkan secara berterusan dan dikongsi bersama oleh
komunikator dan penerima untuk mewujudkan persefahaman. Walau
bagaimanapun, kita perlu memastikan bahawa maklumat yang dihantar boleh
difahami oleh penerima ă atau tidak ia akan menjadi sia-sia.

Rajah 1.17: Fungsi komunikasi untuk memberitahu

1.4.2 Fungsi Mendidik


Komunikasi juga memainkan peranan dalam menyampaikan bahan-bahan
pendidikan. Pendidikan/pembelajaran berlaku sejak zaman kanak-kanak
sehingga seseorang menjadi dewasa. Seorang pendidik menjadi pelakon utama
dalam menyumbang pengetahuannya dengan cara berinteraksi bersama guru
atau pelajar. Dalam kehidupan, kita tidak hanya belajar melalui pengalaman
peribadi tetapi juga daripada pengalaman orang lain. Sebagai contoh, seorang
pelajar yang belajar bersungguh-sungguh dan biasanya mencapai keputusan
yang baik mempunyai keyakinan terhadap guru, dan sanggup dan bersedia
untuk menerima ilmu. Dalam konteks ini, tujuan komunikasi adalah untuk
memindahkan pengetahuan kepada penerima. Fungsi mendidik menunjukkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI  27

kepentingan sumber dan penerima maklumat untuk memastikan fungsi yang


boleh dilakukan dengan cekap.

Terdapat banyak program yang disiarkan di televisyen yang mengandungi


unsur-unsur pendidikan yang bertindih dalam fungsi mereka untuk
memaklumkan dan menghiburkan. Program seperti "Discovery Science", "TVIQ"
dan "Art Attack" di ASTRO sebagai contoh, jelas melaksanakan fungsi
pendidikan, seperti yang dilakukan oleh klip "Teleinfo" yang menyediakan
penonton dengan pelbagai jenis maklumat. Pengetahuan yang diperoleh
daripada program-program ini boleh membantu seseorang untuk berfikir secara
kritis atau memahami mengapa perkara-perkara kompleks tertentu berlaku di
persekitarannya.

1.4.3 Fungsi Memujuk


Komunikasi memainkan peranan yang amat penting dalam proses pemujukan.
Fungsi komunikasi ini adalah berbeza daripada dua fungsi yang dibincangkan
sebelum ini. Fungsi pemujukan bertujuan mengubah sikap dan tingkah laku
seseorang. Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna bahawa dengan
menggunakan komunikasi kita dengan mudah dapat memujuk sesiapa sahaja
untuk melakukan apa yang kita mahu mereka lakukan. Jika kita merujuk kepada
buku-buku yang ditulis mengenai psikologi sosial, kita akan mengetahui bahawa
tidak semua orang boleh diyakinkan atau dipujuk untuk mengubah sikap
mereka. Terdapat banyak contoh pemujukan yang boleh dilihat dalam iklan dan
klip video yang disiarkan dalam media.

Sudah tentu, anda pernah melihat iklan-iklan di akhbar dan televisyen, atau
mendengarnya di radio. Tujuan utama iklan adalah untuk mempengaruhi kita
untuk membeli produk yang diiklankan. Pemujukan di sini bukan sahaja untuk
menyebarkan maklumat, malah ia dijangka akan menembusi dan memenangi
perasaan dan emosi khalayak sasaran. Sebagai contoh, iklan pembersih muka
yang digunakan oleh bintang filem popular menyebarkan mesej bahawa pencuci
tersebut adalah sebab mengapa kulitnya licin dan cantik. Seperti yang boleh
dilihat di sini, iklan memainkan emosi orang-orang yang menonton atau
mendengarnya. Implikasi yang dibawa ialah "jika pembeli mahu kulit yang
sedemikian, gunakan produk ini".

AKTIVITI 1.6
Apakah simbol yang anda lihat di sekeliling anda berfungsi untuk
menyampaikan mesej yang meyakinkan kepada penonton mereka?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

1.4.4 Fungsi Menghiburkan


Fungsi komunikasi menghiburkan adalah yang paling meluas dalam kehidupan
seharian. Pawagam, televisyen dan program radio, komedi, drama, lakaran,
komik dan kartun semua adalah contoh-contoh bagaimana komunikasi
digunakan untuk menghiburkan. Memandangkan orang ramai gemar dengan
program-program hiburan, fungsi komunikasi ini telah menjadi sangat popular
dan mendapat permintaan yang tinggi. Majalah-majalah hiburan misalnya
mempunyai ramai peminat dan mendapat jualan baik di pasaran. Program-
program drama komedi tempatan dan yang diimport telah menarik berjuta-juta
penonton. Radio juga menyiarkan lagu-lagu popular untuk menghiburkan
pendengar. Berbual-bual dengan rakan-rakan juga adalah satu bentuk hiburan.
Sebelum kewujudan televisyen dan radio, orang ramai menghiburkan diri
dengan mendengar cerita rakyat atau dengan menonton pertunjukan boneka.

Secara umumnya, keberkesanan fungsi ini boleh dilihat melalui reaksi seseorang
individu ketika berkomunikasi. Seseorang akan berasa gembira dan terhibur
apabila dia diminta untuk menceritakan tentang zaman kanak-kanaknya, zaman
sekolah atau saat manis sebagai seorang remaja. Ringkasnya, apabila seseorang
itu dibuat untuk melupakan kesedihan beliau, maka fungsi komunikasi untuk
menghiburkan telah dicapai. Oleh kerana fungsi hiburan ini popular, telah ada
usaha untuk memasukkan unsur-unsur pendidikan, maklumat dan pujukan
dalam hiburan. Oleh itu, kita kini boleh melihat kemunculan konsep baharu
dalam fungsi hiburan komunikasi seperti edutainment (gabungan pendidikan
dan hiburan) dan infotainment (gabungan maklumat dan hiburan).

Televisyen mempunyai banyak program yang menggabungkan fungsi hiburan


dan pemujukan komunikasi. Sebagai contoh, unsur-unsur perpaduan dalam
kalangan kaum yang digabungkan dalam drama-drama siri dan rayuan patriotik
yang terhasil dalam lagu-lagu seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan
Malaysia Tanah Air Ku. Program kanak-kanak kini telah menjadi sasaran kedua-
dua konsep edutainment dan infotainment.

AKTIVITI 1.7
Buat senarai program televisyen yang menyalurkan mesej
menggunakan kedua-dua konsep edutainment dan infotainment.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI  29

1.4.5 Mensosialisasikan Masyarakat


Fungsi komunikasi ini melibatkan keupayaan untuk membimbing anggota
masyarakat menggunakan kaedah atau tingkah laku yang sesuai dengan
kehidupan sosialisasi. Di sini juga kita boleh melihat pertindihan fungsi-fungsi
pembelajaran atau pendidikan yang telah dibincangkan di atas.

Dalam proses sosialisasi, anggota masyarakat mempelajari dan mengamalkan


aspek-aspek seperti kemahiran sosial, kepercayaan dan norma. Sebagai contoh,
ibu bapa mengajar anak mereka untuk menghormati orang yang lebih tua.
Fungsi komunikasi ini bertujuan untuk menggalakkan tingkah laku yang sesuai
dalam kalangan anggota masyarakat. Melaluinya, individu tersebut
mewujudkan hubungan dengan kawan-kawan, kumpulan kecil, ahli keluarga,
rakan sekerja dan juga anggota masyarakat yang lain.

Dalam situasi kehidupan sebenar, suatu proses komunikasi tidak tertumpu


kepada satu fungsi sahaja. Fungsi untuk mesosialisasikan anggota sesebuah
masyarakat melibatkan keupayaan individu untuk menyesuaikan diri mereka
dalam pelbagai konteks komunikasi. Bagaimana seseorang itu menyesuaikan diri
mereka dengan rakan-rakan, rakan sekerja, kumpulan sosial dan anggota
masyarakat tertentu ă semuanya melibatkan komunikasi.

SEMAK KENDIRI 1.3


1. „Dalam situasi komunikasi yang ideal, mesej diterima dan
difahami seperti yang dikehendaki. Walau bagaimanapun,
apabila mesej tidak dikomunikasikan seperti mana yang
dijangkakan, akan timbul konflik berkaitan mesej yang dihantar‰.
Bincangkan.

2. Terangkan kenyataan berikut:


(a) Komunikasi sebagai satu proses.
(b) Implikasi budaya terhadap komunikasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

 Beberapa pakar telah memberikan definisi komunikasi yang berbeza. Namun


demikian, tidak ada definisi yang cukup tepat untuk memberikan makna
khusus atau merangkumi makna sebenar komunikasi.

 Komunikasi melibatkan idea, pengetahuan, perasaan dan makna yang ingin


dikongsikan. Proses perkongsian makna tidak berlaku secara sehala.

 Dalam kebanyakan situasi komunikasi, perkongsian dua hala berlaku secara


tersurat atau tersirat melalui simbol-simbol yang mempunyai pelbagai tafsiran.

 Pada masa yang sama, wujud elemen gangguan yang memberi kesan kepada
keberkesanan komunikasi.

 Kesan keupayaan untuk menyesuaikan diri kita dalam pelbagai konteks


komunikasi merupakan satu suasana komunikasi yang harmoni dan berkesan.

 Elemen-elemen asas komunikasi terdiri dari sumber, penerima, mesej,


saluran, gangguan, maklum balas, rangka rujuk dan konteks.

 Fingsi-fungsi komunikasi adalah untuk memberitahu, mendidik, menghibur,


memujuk dan mensosialisasikan masyarakat.

 Biasanya, proses komunikasi akan melibatkan beberapa fungsi komunikasi


digabungkan bersama untuk menjana komunikasi yang lebih berkesan.

 Dalam mencapai komunikasi yang baik, seseorang harus mampu dan


bersedia untuk mengenal pasti gabungan fungsi-fungsi komunikasi yang
boleh membawa kejayaan dalam strategi komunikasi atau pelan untuk
dilaksanakan.

Gangguan Penerima
Komunikasi Rangka rujuk
Konteks Saluran
Maklum balas Sumber
Mesej

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik   Ruang
2 Lingkup
Bidang
Komunikasi
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan ruang lingkup komunikasi;
2. Menghuraikan bentuk komunikasi yang berbeza; dan
3. Menjelaskan kepentingan komunikasi dalam pelbagai konteks.

 PENGENALAN
Sejarah tamadun manusia mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang
komunikasi. Sejarah komunikasi bermula 2,000 tahun yang lalu di mana semasa
era Greek, ahli-ahli falsafah seperti Aristotle dan Socrates menganggap retorik
sebagai satu aspek penting dalam kehidupan sivil.

Pertengahan abad kedua puluh menyaksikan perkembangan pengucapan awam


sebagai akibat daripada isu-isu sosial semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua.
Dari pengucapan awam, bidang komunikasi mula menyaksikan kesan
propaganda dan media terhadap orang ramai. Hasilnya, penyelidikan empirikal
(pembuktian secara saintifik) dalam bidang komunikasi telah dimulakan. Kajian
pada masa itu mengkaji pengaruh penceramah, kredibiliti dan kepimpinan serta
pujukan.

Dalam tahun 1960an dan 1970an, tumpuan telah diberi pada komunikasi antara
perorangan yang menggabungkan perspektif kemanusiaan dan saintifik
komunikasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

Ini termasuk komunikasi dalam keluarga, tingkah laku bukan lisan dan
pembuatan keputusan. Bermula dari tahun 1970an hingga tahun 1990an, pakar-
pakar mengalihkan perhatian mereka kepada perspektif kritikal dengan
mengkaji bagaimana bentuk komunikasi dan dibentuk oleh konteks sosial,
teknologi, sejarah dan politik yang berlaku pada masa tertentu (Wood, 2001).

Berdasarkan sejarah pembangunan komunikasi, kita dapat melihat bahawa


ruang lingkup komunikasi berlaku dalam pelbagai situasi seperti yang
diperlukan pada masa itu. Semua ini akan dirumuskan dan pelbagai perspektif
komunikasi yang akan dibincangkan dalam topik ini. Penerangan ringkas
mengenai ruang lingkup komunikasi akan membantu anda dalam memahami
subjek ini dengan lebih baik.

2.1 RUANG LINGKUP KOMUNIKASI


Terdapat beberapa jenis komunikasi. Ia adalah:
(a) Komunikasi Intraperibadi;
(b) Komunikasi Antara Peribadi/Perorangan;
(c) Komunikasi Kumpulan;
(d) Komunikasi Organisasi;
(e) Komunikasi Awam;
(f) Komunikasi Massa;
(g) Komunikasi Antara Budaya; dan
(h) Komunikasi Dalam Talian.

2.1.1 Komunikasi Intraperibadi


Fikirkan "apa yang anda boleh sumbangkan kepada negara", dan bukannya "apa
yang negara boleh sumbangkan kepada anda". Proses untuk memikirkan
jawapan kepada soalan ini dianggap komunikasi intraperibadi.

Komunikasi intraperibadi atau komunikasi kendiri (self-talk) adalah satu proses


komunikasi yang berlaku dalam diri individu. Anda juga boleh menganggap
konsep komunikasi intraperibadi serupa dengan berfikir. Ini kerana ia berkaitan
dengan proses kognitif yang berlaku dalam diri sendiri. Apa yang kita fikirkan
tetapi tidak disuarakan (verbalise) juga dianggap sebagai komunikasi. Proses
pemikiran ini berlaku dalam diri sendiri (intrapersonal), dan apabila seseorang
bercakap kepada diri sendiri, ia dipanggil monolog (lihat Rajah 2.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  33

Komunikasi intraperibadi sebenarnya adalah asas untuk semua jenis dan tahap
komunikasi antara manusia. Seperti yang kita lihat dalam banyak keadaan, kita
bercakap perkara-perkara yang ada dalam minda kita. Seseorang yang
berkomunikasi sesama sendiri melakukan aktiviti berfikir, pembelajaran,
memerhati, menilai dan membimbing tindakan yang akan diambil. Sama ada
secara sedar atau tidak, proses komunikasi intraperibadi berlaku dalam diri kita
sepanjang masa. Ini bermakna seseorang yang berkomunikasi sesama sendiri
sebenarnya berfungsi sebagai penerima-pengirim. Otak berfungsi sebagai
saluran, yang memproses apa yang difikir dan dirasai. Dalam komunikasi
intraperibadi, maklum balas berlaku apabila idea di bawah pertimbangan
ditolak, diterima atau diganti dengan yang lain.

Rajah 2.1: Proses komunikasi intraperibadi

Pernahkah anda mendengar tentang muhasabah diri? Sebenarnya, proses


berfikir ini berlaku dalam diri kita pada setiap masa. Kita sering kali berfikir
sama ada perlu untuk melakukan suatu perkara itu atau sebaliknya.

Selain memikirkan tentang sesuatu, kita juga berfikir mengenai artifak atau
peristiwa di sekeliling kita, dan kejadian yang sedang berlaku. Kita juga akan
memikirkan idea semasa perbincangan dan tentang diri kita. Secara tidak
langsung, proses ini melibatkan proses penilaian. Dalam kes ini, kita melihat diri
kita sebagai model yang menerima dan memproses mesej, menyimpan dan
mengimbas kembali mesej yang diterima. Kita sering menggunakan komunikasi
intraperibadi dalam proses mengingat atau mengharapkan sesuatu,
mempertimbangkan sesuatu, menenangkan diri dan membuat keputusan.
Sebagai contoh, Diana yang menerima bonus untuk prestasi kerja cemerlang
pasti akan berasa sangat gembira pada hari tersebut. Sebaliknya, Raimi, yang
ditinggalkan oleh teman wanitanya, tentu akan marah, kecewa atau berasa
muram pada ketika itu.

Seseorang yang berkomunikasi secara intraperibadi juga akan menyoal dirinya


sendiri, berfikir secara rasional dan membuat keputusan. Dalam kata lain,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

walaupun seseorang tidak berinteraksi dengan individu lain dalam komunikasi


intraperibadi, pengalaman lalu akan mempengaruhi atau menentukan apa yang
sedang difikirkan. Rajah 2.2 menunjukkan antara faktor yang mempengaruhi
komunikasi intraperibadi.

Rajah 2.2: Faktor-faktor yang mempengaruhi komunikasi intraperibadi

AKTIVITI 2.1
Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang dihadapi ketika
berkomunikasi secara intraperibadi? Senaraikan tiga cabaran yang
anda boleh jangkakan.

2.1.2 Komunikasi Antara Peribadi/Antara Perorangan


Sebahagian daripada kehidupan sosial melibatkan komunikasi antara peribadi.
Komunikasi antara peribadi adalah satu cabang komunikasi yang penting dalam
hubungan manusia. Secara ringkas, keupayaan untuk berkomunikasi secara
antara peribadi adalah penentu kejayaan atau kegagalan hubungan yang sedia
ada.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  35

Komunikasi antara peribadi diwujudkan apabila seseorang berinteraksi dengan


yang lain. Selalunya komunikasi antara peribadi melibatkan emosi. Sebagai
contoh, empati adalah sangat penting dalam memahami perasaan orang lain.

Komunikasi antara peribadi biasanya dirujuk sebagai dua atau lebih individu
yang berinteraksi secara bersemuka. Ia adalah satu proses yang membolehkan
seseorang untuk mengekalkan dan membina hubungan dengan orang lain. Ia
juga kadang-kadang boleh membawa konflik kepada hubungan yang telah
lama wujud. Komunikasi antara peribadi mungkin berlaku secara tidak formal
atau secara formal. Ini dapat dilihat dalam Rajah 2.3 di bawah.

Rajah 2.3: Komunikasi antara peribadi

Komunikasi antara peribadi juga disebut sebagai komunikasi diadik (dyadic


communication) yang unik kerana ia berlaku secara langsung, bersifat peribadi,
tidak formal dan berlaku secara spontan (Trenholm, 2001). Umumnya, ciri-ciri
asas komunikasi antara peribadi adalah ditunjukkan dalam Rajah 2.4.

Rajah 2.4: Ciri-ciri asas komunikasi antara peribadi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

(a) Komunikasi Bersemuka


Komunikasi bersemuka berlaku apabila dua individu berkomunikasi
secara bertentangan antara satu sama lain tanpa menggunakan saluran
perantaraan atau medium yang kompleks. Biasanya, komunikasi sebegini
berlaku secara spontan. Penghantar dan penerima komunikasi
menggunakan satu saluran perantaraan untuk mendapatkan maklumat,
mesej dan tindak balas yang dihasilkan. Dalam komunikasi seumpama ini,
tindak balas biasanya cepat dan pantas.

(b) Komunikasi Melibatkan Kedua-dua Pihak Memberi dan Menerima


Maklumat
Komunikasi antara peribadi adalah komunikasi dua hala, iaitu, melibatkan
dua orang yang saling menghantar dan menerima mesej antara mereka.
Sebagai contoh dalam Rajah 2.5, dua rakan di pejabat, Nazul dan Mustafa,
cuba untuk menyelesaikan masalah dan mengurangkan kekeliruan
mengenai perkara-perkara tertentu. Selepas mendengar isu-isu yang
dibangkitkan, mereka berdua akan cuba untuk memahami mesej yang
disampaikan. Jika Mustafa bertindak balas dan memberi pandangan beliau
mengenai perkara itu, maka perhubungan akan terjalin. Namun, jika Nazul
masih tidak berpuas hati dengan perbincangan itu, mereka pastinya akan
terus memberi jawapan tertentu sehingga mereka berjaya mencapai kata
sepakat sekali gus mencapai tujuan komunikasi. Contoh komunikasi antara
individu adalah individu yang berada dalam kalangan ahli keluarga,
rakan-rakan, jiran, guru atau rakan-rakan pejabat.

Rajah 2.5: Kedua-dua pihak memberi dan menerima maklumat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  37

(c) Jarak antara Kedua Pihak yang Berkomunikasi adalah Rapat


Dalam komunikasi antara peribadi, jarak antara kedua-dua individu
mestilah dekat. Ruang di antara mereka bergantung pada keselesaan
mereka dan juga perhubungan yang dibentuk. Sebagai contoh, jika kita
berbual dengan kawan-kawan rapat dan ahli keluarga, jarak di antara kita
adalah lebih dekat berbanding dengan orang asing atau kenalan baru. Jarak
ini sebenarnya menunjukkan keakraban yang wujud antara kedua belah
pihak.

(d) Maklumat yang Disampaikan Berbentuk Lisan dan Bukan Lisan


Komunikasi antara peribadi tidak semestinya secara lisan atau dalam
bentuk bertulis sahaja. Tindak balas juga boleh melalui pergerakan seperti
ekspresi muka, pergerakan badan atau nada suara. Isyarat yang
dipaparkan oleh seseorang semasa berkomunikasi adalah penting untuk
mengukuhkan hujah supaya mesej yang dihantar tidak diragukan. Sebagai
contoh, A menyatakan bahawa beliau berpuas hati dengan cadangan
perniagaan yang disediakan oleh B tetapi ekspresi wajah beliau
menunjukkan seribu tanda tanya. Tanpa keraguan, B merasakan bahawa A
berhasrat untuk meluahkan rasa tidak puas hati beliau mengenai kertas
cadangan yang dikemukakan. Kertas cadangan tersebut merupakan satu
komunikasi dalam bentuk bertulis, manakala respon yang diberikan oleh A
adalah komunikasi bukan lisan.

SEMAK KENDIRI 2.1

Buat nota ringkas mengenai ciri-ciri yang dilihat dalam komunikasi


antara peribadi.

„Otak yang berguna adalah lebih baik daripada seratus tangan yang kuat‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

2.1.3 Komunikasi Kumpulan


Komunikasi Kumpulan terdiri daripada interaksi antara individu yang berlaku
dari semasa ke semasa sehingga ia membentuk satu entiti. Komunikasi
kumpulan melibatkan interaksi bagi tujuan menyelesaikan masalah, membentuk
idea-idea baharu dan mendapat pengalaman baharu. Secara umum, ia
bermaksud bertukar-tukar dan menerima maklumat antara ahli kumpulan.

Komunikasi kumpulan, sama ada besar atau kecil, mempunyai elemen-elemen


menarik di mana ia berupaya untuk mengawal dan mempengaruhi operasi dan
aktiviti kumpulan itu.

Kita sedia maklum bahawa pada hakikatnya, manusia biasanya suka bergaul
sesama sendiri sehingga terbentuknya kumpulan sosial tertentu. Kumpulan
biasanya terdiri daripada 3 hingga 20 individu. Pembentukan kumpulan sosial
sama ada formal atau tidak formal, mempunyai peranan dalam memberikan
kepuasan dan kekuatan psikologi untuk menyokong masyarakat dan
persaudaraan yang rapat.

Komunikasi kumpulan ini boleh dilihat dalam kumpulan kerja, kumpulan terapi,
ahli jawatankuasa organisasi, kumpulan berorientasikan tugas, kumpulan
membuat keputusan dan kumpulan sosial. Dalam komunikasi kumpulan kecil,
tumpuan diberi kepada peranan dan tanggungjawab ahli kumpulan untuk
menguruskan konflik yang timbul atau menentukan agenda dalam mencapai
objektif kumpulan (lihat Rajah 2.6).

Rajah 2.6: Komunikasi kumpulan

Komunikasi kumpulan mempunyai lima ciri seperti yang disenaraikan dalam


Jadual 2.1 di bawah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  39

Jadual 2.1: Ciri-ciri Komunikasi Kumpulan

Interaksi Komunikasi diwujudkan melalui interaksi, manakala


rangkaian komunikasi yang dibentuk dan digunakan,
menyatukan ahli kumpulan. Hanya melalui interaksi, mesej
boleh dihantar dan dikongsi sebagai kumpulan yang mampu
untuk berfungsi dan membentuk kombinasi khas.
Bilangan ahli Bilangan ahli dalam kumpulan menentukan keperluan dan
dalam kumpulan kualiti perhubungan. Oleh kerana kumpulan menjadi lebih
besar, komunikasi akan menjadi lebih rumit. Mesej dan idea
untuk dikongsi bersama kadang-kadang mungkin mengalami
komplikasi.
Hubungan yang Perhubungan antara ahli dalam suatu kumpulan adalah unik
dikongsi dan berdasarkan kepada amalan, norma, perlakuan yang
diterima dan diikuti sehingga struktur yang stabil dan kukuh
terbentuk. Dalam kata lain, kesepakatan yang kuat wujud
dalam hubungan ahli kumpulan. Walau bagaimanapun, ini
bergantung pada komitmen dan penglibatan ahli-ahli dalam
aktiviti kumpulan.
Kesaling- Perhubungan antara ahli membentuk matlamat yang sama
bergantungan dalam kalangan ahli. Tindakan setiap ahli memberi kesan
kepada yang lain.
Identiti kolektif Setiap ahli menganggap dan merasakan dirinya sebagai salah
seorang daripada ahli kumpulan.

Komunikasi kumpulan sering menghadapi pelbagai cabaran komunikasi. Cabaran-


cabaran yang mungkin dihadapi dalam komunikasi kumpulan ditunjukkan dalam
Rajah 2.7.

Rajah 2.7: Cabaran-cabaran dalam komunikasi kumpulan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

Sebagai maklumat tambahan, anda boleh melawati laman web di


http://www.tp.edu.sgl/pblconference/full/mohammad

AKTIVITI 2.2
Pernahkan anda menyertai Pengakap atau Pergerakan Pandu Puteri?

Pada pandangan anda, apakah perbezaan antara kumpulan dan pasukan?

2.1.4 Komunikasi Awam


Pernahkah anda ke ceramah atau kuliah yang diadakan di tempat-tempat awam?

Apakah tujuan utama anda pergi ke sana?

Apakah objektif utama ceramah seperti yang dijalankan oleh pihak penganjur?

Komunikasi awam adalah komunikasi yang bertujuan menyampaikan maklumat


kepada sebilangan besar khalayak. Satu contoh ialah seorang penceramah yang
memberi ucapan motivasi kepada pelajar atau membentangkan kertas kerja di
satu seminar antarabangsa.

Terdahulu, komunikasi awam dikenali sebagai pengucapan awam. Ini adalah


kerana komunikasi awam berlaku di tempat-tempat awam seperti di dewan,
bilik kuliah, auditorium atau tempat di mana orang awam berkumpul. Dalam
komunikasi awam, penceramah adalah sumber maklumat dan penonton adalah
penerima.

Komunikasi awam berlaku secara rasmi dan mempunyai struktur yang tertentu.
Penghantar mesej tidak boleh berinteraksi dengan orang awam seperti dalam
komunikasi antara peribadi kerana jarak dan bilangan besar orang yang terlibat.

Komunikasi awam mempunyai unsur-unsur komunikasi sebagaimana dalam


jenis lain komunikasi: ada sumber dan penerima, mesej dihantar, saluran
komunikasi dan maklum balas (lihat Jadual 2.2).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  41

Jadual 2.2: Elemen-elemen Komunikasi dalam Pengucapan Awam

Elemen-elemen
Contoh
Komunikasi
Sumber  Pengucap (komunikator)
 Kadangkala bertindak sebagai penerima semasa sesi soal
jawab
Penerima  Pengucap (komunikator)
 Penonton
Mesej  Maklumat tentang topik yang disampaikan secara lisan
Saluran  Mesej melalui komunikasi bukan lisan
 Suara dan isyarat bukan lisan
 Alat bantuan seperti poster, slides, persembahan
PowerPoint
Maklum Balas  Tepukan gemuruh
 Isyarat bukan lisan oleh pengucap/komunikator
 Soalan-soalan yang dikemukakan
 Maklum balas bukan lisan oleh penonton

Pengucapan awam perlu dirancang terlebih dahulu. Untuk lebih berkesan,


beberapa faktor perlu diambil kira (lihat Rajah 2.8).

Rajah 2.8: Faktor-faktor penting dalam pengucapan awam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

Penceramah mesti tahu jenis khalayak yang mendengar ucapan. Analisis


penonton membantu penceramah untuk mengetahui latar belakang demografi
dan pasti akan membantu dalam memahami apa yang mahu diketahui dan
didengari. Penceramah juga boleh membuat andaian tentang reaksi penonton.
(a) Dengan mengambil kira tujuan ucapan, penceramah boleh memilih dan
memberi tumpuan kepada topik-topik yang sesuai dengan objektif yang
dikehendaki, sama ada untuk memberitahu, memujuk atau menasihati.
Selain itu, penceramah juga akan mempunyai peluang untuk menjalankan
kajian yang mencukupi untuk mengukuhkan hujah-hujah yang akan
dibentangkan kepada orang ramai.
(b) Lokasi ceramah.
(c) Masa yang diperuntukkan untuk memberi ceramah.

Pengetahuan tentang Apa, Siapa, Di mana dan Bila akan membantu penceramah
untuk membuat persediaan awal dalam menyediakan pengucapan awam yang
berkesan.

Komunikasi awam juga mempunyai beberapa ciri umum. Antaranya:


(a) Komunikasi yang berlaku secara bersemuka tetapi melibatkan bilangan
khalayak yang besar.
(b) Komunikasi berlaku di tempat awam.
(c) Komunikator menyampaikan ucapan formal yang dirancang dan
mempunyai mesej yang berstruktur.
(d) Komunikasi awam mempunyai objektif khusus. Mesej disampaikan dengan
tujuan memberitahu atau mempengaruhi. Khalayak juga mempunyai
peranan untuk mempengaruhi yang lain agar mereka mengubah fikiran,
nilai dan norma.
(e) Saluran yang digunakan dalam menyampaikan mesej menggunakan suara
yang boleh diterima dengan jelas oleh khalayak yang besar. Ini dibantu
oleh alat bantuan audio visual (gambar, brosur, slides PowerPoint).
(f) Interaksi dan maklum balas antara sumber dan penerima maklumat adalah
sangat kecil atau terhad. Ini dapat dilihat dalam reaksi khalayak ă semasa
dan selepas ucapan disampaikan.

Komunikasi awam adalah suatu yang tidak mudah untuk dilakukan. Cabaran
utama bergantung kepada sumber, iaitu komunikator. Ia adalah sukar untuk
memahami kehendak dan potensi orang ramai dari pelbagai latar belakang.
Ringkasnya, penceramah harus membuat persediaan awal mengenai topik yang
hendak disampaikan, di samping memahami penonton dan tahu tentang apa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  43

yang dianggap ucapan yang baik. Pertama sekali, penceramah mestilah


mempunyai kredibiliti. Mempraktikkan etika yang baik semasa menyampaikan
ucapan juga adalah penting dalam membuat ucapan awam yang berkesan.

SEMAK KENDIRI 2.2


Apakah langkah-langkah yang perlu dipertimbangkan sebelum
membuat pengucapan awam?

2.1.5 Komunikasi Massa


Komunikasi massa adalah satu bidang komunikasi yang mendapat perhatian
ramai dan kajian yang meluas. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan
komunikasi massa?

Ramai orang salah faham tentang maksud sebenar komunikasi massa.


Komunikasi massa kadang-kadang dirujuk sebagai komunikasi umum. Ia
berbeza daripada jenis komunikasi yang lain. Walau bagaimanapun, terdapat
banyak definisi untuk menjelaskan makna sebenarnya.

Secara umum, komunikasi massa melibatkan proses perkongsian maklumat


dengan menggunakan pelbagai media perantara yang ditujukan kepada
penonton yang besar. Mediator di sini merujuk kepada fungsi media sebagai
saluran untuk menyampaikan mesej kepada penonton dan dikenali sebagai
media massa. Secara ringkas, komunikasi massa mempunyai ciri-ciri berikut:
(a) Terdapat perantara media antara sumber dan penerima maklumat.
(b) Khalayak komunikasi massa terdiri daripada sekumpulan individu yang
pelbagai jenis dan tingkah laku.
(c) Jarak di antara sumber dan penerima adalah jauh.
(d) Sumber tidak tahu siapa khalayak yang menerima maklumatnya.
(e) Komunikasi berlaku secara formal.
(f) Maklumat disediakan oleh sumber yang terdiri daripada individu-individu
tertentu atau sekumpulan individu (penerbit, pelakon, pengarah dan
penyunting).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

Beberapa perantara media massa disenaraikan dalam Jadual 2.3 berikut.

Jadual 2.3: Perantara Media Massa


Jenis Media Contoh
Media Cetak Buku, majalah dan akhbar
Media Penyiaran Radio dan televisyen
Media Digital Komputer, Internet, audio visual digital, permainan video DVD
dan laman web.

AKTIVITI 2.3
Komunikasi juga berlaku melalui media semula jadi. Berikan contoh-
contoh media semula jadi.

Dengan kewujudan perantara media, mesej boleh dihantar kepada khalayak


yang lebih luas di mana jarak di antara penghantar dan penerima tidak menjadi
penghalang. Sebagai contoh, jika pengguna media mahu mengetahui tentang
perkembangan ekonomi dunia atau politik, ataupun maklumat mengenai
persidangan terbaru pemimpin dunia, mereka boleh mendapatkan maklumat
tersebut melalui akhbar-akhbar cetak atau dalam talian atau televisyen.

Rajah 2.9: Contoh maklumat yang diperoleh daripada media massa


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  45

Mesej dalam komunikasi massa adalah sangat berstruktur dan diterima oleh
khalayak ramai. Media massa adalah pengganda besar maklumat dan berupaya
membentuk satu jaringan atau ÂsaluranÊ untuk menyebarkan maklumat.

Mengapa komunikasi massa dikatakan berbeza daripada komunikasi lain?

Komunikasi massa berbeza daripada lain-lain jenis komunikasi dalam aspek-


aspek berikut:
(a) Interaksi atau hubungan antara sumber dan penerima adalah sangat terhad
atau tidak wujud.
(b) Maklum balas terhad kerana pertukaran maklumat yang minima yang
kadangkala tidak wujud langsung antara sumber dan penerima.
Contohnya, surat kepada penyunting atau maklum balas kepada
Webmaster mungkin hanya dibalas selepas satu jangka masa yang lama.
(c) Mesej dihantar melalui perantara media dibentuk dan dicorakkan oleh
profesional yang bekerja dalam organisasi media tersebut sebagai
„pengampang (gatekeepers). Pengampang ini menentukan jenis mesej,
bagaimana ia dipersembahkan dan bila ia sepatutnya diberitahu kepada
orang awam atau pengguna media.
(d) Media massa mempunyai potensi untuk memberi impak kepada orang
awam dengan tujuan untuk memaklumkan, memujuk atau mempengaruhi
tingkah laku dan pemikiran.

SEMAK KENDIRI 2.3

Media massa dan komunikasi massa sering kali dianggap serupa.


Adakah telefon satu contoh perantara media massa?

Terdapat banyak kajian lanjutan mengenai kesan media massa kepada orang
ramai, model media massa, pemilihan media oleh khalayak yang memberikan
kepuasan, ekonomi dan pemilikan media, serta implikasi teknologi kepada
media dan orang awam.

Dalam era digital sekarang, komunikasi massa menghadapi pelbagai cabaran


dan menimbulkan isu mengenai peranan media dalam pembangunan teknologi
seperti isu etika, isu kawalan media, implikasi maklumat kepada khalayak sosial,
dan ledakan maklumat merentasi sempadan antarabangsa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

2.1.6 Komunikasi Organisasi


Pakar-pakar telah memberikan pelbagai pandangan mengenai pengertian
komunikasi dalam organisasi, atau dikenali sebagai komunikasi organisasi.
Goldhaber (1986) melihat komunikasi dalam organisasi sebagai:
(a) Komunikasi yang berlaku dalam satu sistem yang kompleks dan
dipengaruhi oleh persekitaran, faktor dalaman dan luaran.
(b) Komunikasi yang melibatkan mesej dan alirannya, tujuan, hala tuju dan
media.
(c) Komunikasi yang melibatkan manusia, sikap, perasaan, perhubungan dan
kemahiran yang mereka miliki.
Mengapakah komunikasi organisasi dikaji dan dianggap sebagai cabang penting
komunikasi? Sama seperti jenis komunikasi yang lain, komunikasi organisasi
penting dalam menubuhkan satu organisasi yang ideal. Kepentingan komunikasi
organisasi dirumuskan dalam Rajah 2.10.

Rajah 2.10: Kepentingan komunikasi organisasi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  47

AKTIVITI 2.4

Sekiranya anda bekerja dalam organisasi yang mempunyai skop


pengkhususan kerja yang berbeza, apakah jenis komunikasi yang anda
rasa sering diaplikasikan dan apakah bentuk hubungan yang mungkin
berlaku?

Komunikasi organisasi memberi tumpuan kepada aliran maklumat formal dan


tidak formal dalam konteks organisasi. Jenis-jenis komunikasi yang
dimaksudkan ini adalah:
(a) Komunikasi Ke Bawah (Downward Communication) ă aliran komunikasi
yang berlaku dari peringkat atasan yang berkuasa (kumpulan pengurusan)
ke peringkat bawahan (staf).
(b) Komunikasi Ke Atas (Upward Communication) ă aliran komunikasi yang
berlaku dari staf peringkat bawahan ke peringkat lebih tinggi (penyelia
atau supervisor).
(c) Komunikasi Mendatar (Horizontal Communication) ă perkongsian
maklumat dalam kalangan rakan sekerja dalam unit yang sama.
(d) Komunikasi Silang-Rangkaian (Cross-channel Communication) ă
komunikasi yang diwujudkan antara jabatan yang berbeza. Maklumat
dikongsi merentasi sempadan fungsional jabatan-jabatan dan antara orang
bawahan atau penyelia.
(e) Grapevine ă Aliran komunikasi tidak formal yang berlaku dalam rangkaian
yang tidak menentu (menegak, mendatar dan bersilangan). Penghantaran
mesej desas-desus ini bermula daripada interaksi antara staf tentang rahsia
yang dikongsi bersama dan dibincangkan. Mesej tersebar dengan cepat
tetapi kebenaran kandungannya sukar untuk dipastikan (Pace & Faules,
1989).

Setiap jenis komunikasi di atas mempunyai fungsi yang berbeza mengikut


kesesuaiannya. Saluran komunikasi yang efektif menentukan keberkesanan
mesej dan objektif dalam mengkoordinasi maklumat yang hendak disampaikan
dalam sesebuah organisasi.

Salah satu isu penting yang dibincangkan dalam komunikasi organisasi ialah
implikasi teknologi terhadap aliran maklumat. Kewujudan teknologi telah
mengubah struktur dan proses komunikasi organisasi pada masa kini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

2.1.7 Komunikasi Antara Budaya

AKTIVITI 2.5
Apa yang anda fikir telah menyebabkan revolusi IRC (Internet Relay
Chat)? Kemunculan IRC pada peringkat permulaan Internet suatu
ketika dahulu telah membolehkan manusia di seluruh dunia
berkomunikasi secara langsung merentasi sempadan geografi dan
masa. Komunikasi telah berkembang dengan meluas yang
membolehkan perbincangan yang interaktif. Apakah implikasi IRC
yang anda jangkakan pada masa akan datang?

Hampir setiap masa, seseorang indvidu melibatkan komunikasi dengan orang


lain. Tidak semua individu mempunyai latar belakang dan amalan yang serupa.
Keberkesanan komunikasi tidak bergantung hanya pada keupayaan seseorang
untuk bercakap secara lisan atau ekspresi melalui komunikasi bukan lisan. Tidak
semua interaksi dalam kalangan orang ramai mencapai objektif mereka.
Sebaliknya, faktor paling penting ialah untuk memahami corak komunikasi yang
melibatkan budaya yang berbeza. Hanya dengan memahami budaya orang lain
seseorang itu akan mampu menjangkakan, menyesuai dan mengasimilasi diri
dalam satu perhubungan yang bermakna dengan yang lain.

Rajah 2.11: Komunikasi antara budaya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  49

Komunikasi antara budaya adalah komunikasi yang simbolik dan telah


ditafsirkan (interpretative) yang dianggap sebagai satu proses kontekstual
kerana darjah perbezaan dalam kalangan individu yang berinteraksi. Ia adalah
proses komunikasi yang melibatkan ahli masyarakat yang berbeza budaya, adat,
peranan dan peraturan (lihat Rajah 2.11).

Gamble & Gamble (2002) melihat komunikasi antara budaya sebagai satu proses
pentafsiran dan perkongsian makna dengan seseorang dari latar belakang budaya
yang berbeza. Perbezaan dalam maksud budaya oleh Gamble dilihat dalam beberapa
corak, umpamanya komunikasi antara ras/kaum, komunikasi antara etnik,
komunikasi antarabangsa dan komunikasi antara budaya (lihat Rajah 2.12).

Rajah 2.12: Perbezaan budaya yang dimaksudkan oleh Gamble

Apakah halangan dalam usaha untuk menyesuaikan diri seseorang dalam


konteks perbezaan budaya? Cabaran-cabaran dalam komunikasi antara budaya
wujud kerana:
(a) Seseorang yang mengamalkan budaya yang berbeza menganggap apa yang
berlaku di sekelilingnya secara berbeza atau membuat perbandingan antara
budaya yang diamalkan dengan orang lain.
(b) Setiap budaya mempunyai penerimaan yang berbeza tentang peranan
seseorang.
(c) Setiap budaya mempunyai pandangan yang berbeza terhadap objektif yang
dianggap penting dalam kalangan ahli sesuatu budaya itu.
(d) Budaya mempengaruhi asas untuk identiti seseorang (Trenholm, 2001).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

SEMAK KENDIRI 2.4

Apakah cabaran yang dihadapi dalam komunikasi antara budaya?

Dalam komunikasi antara budaya, interaksi yang mudah boleh menjadi


kompleks kerana salah faham yang kerap timbul dalam interaksi pelbagai
budaya. Komunikator yang gagal untuk memahami budaya komunikator yang
lain dalam sesebuah interaksi dianggap sebagai tidak sensitif atau kadangkala
tidak sopan.

Salah faham budaya boleh menyebabkan seseorang kehilangan peluang untuk


membangunkan komunikasi yang baik dan ia juga boleh menambah ketegangan
pada hubungan.

AKTIVITI 2.6
Malaysia terkenal dengan kepelbagaian bangsanya, bahasa dan
budaya yang merentasi segenap pelusuk Negara. Apakah yang anda
faham dengan maksud budaya? Adakah bangsa mewarisi budaya
daripada satu generasi ke satu generasi atau berlaku penyesuaian
dalam kalangan masyarakat setempat?

2.1.8 Komunikasi dalam Talian


Dalam era teknologi komunikasi maklumat, komunikasi diwujudkan melalui
media elektronik. Apa yang paling nyata ialah ia telah menjadi isu yang paling
hangat dibincangkan dalam disiplin komunikasi.

Corak aliran maklumat tidak lagi sama seperti sebelum ini. Kaedah
menyampaikan maklumat digital kini mengambil alih kaedah konvensional.
Maklumat menjadi komoditi yang tidak lagi sukar untuk diperolehi. Kaedah
komunikasi telah dipelbagaikan selaras dengan perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi. Mereka yang terlibat dalam komunikasi dalam talian
tidak bersemuka secara fizikal tetapi hanya melalui pengantara elektronik dalam
dunia siber. Perhubungan yang dibangunkan secara maya tidak menyalurkan
mesej secara lisan seperti dalam kes komunikasi bersemuka. Rajah 2.14, adalah
satu contoh kaedah komunikasi melalui perkhidmatan Internet. E-mel semakin
popular dalam menyampaikan mesej.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  51

Rajah 2.13: Contoh kaedah komunikasi melalui Internet iaitu E-mel

Percantuman teknologi menunjukkan gabungan teknologi komputer,


telekomunikasi, elektronik dan teknologi media massa. Internet, misalnya,
berperanan sebagai pengantara media kerana keupayaannya untuk mengakses
penonton secara meluas. Ini dapat dilihat daripada penggunaan laman web.

Internet mempunyai ciri-ciri komunikasi peribadi dengan penggunaan e-mel,


kumpulan sembang (chat group) dan kumpulan perbincangan elektronik.
Perbincangan dalam talian juga mempunyai kualiti yang sama untuk
komunikasi massa dan interaksi peribadi. Secara khususnya, komunikasi dalam
talian mampu menghubungkan individu atau kumpulan merentasi sempadan
ruang, jarak dan masa. Semua urusan dan interaksi antara ahli keluarga yang
tinggal di tempat yang jauh, pasangan yang dipisahkan oleh benua atau pelajar
yang berada jauh dari tutor mereka kini boleh berhubung melalui Internet
seperti e-mel sebagai perantara komunikasi.

Perkhidmatan yang disediakan melalui Internet bukan sahaja boleh membantu


golongan pengguna, malah ia menawarkan perkhidmatan yang lebih murah
berbanding kaedah komunikasi konvensional. Sesuatu kumpulan boleh
berkongsi maklumat menerusi papan buletin dan newsgroup. Ciri-ciri interaktif
teknologi komunikasi elektronik membolehkan seseorang individu atau
kumpulan untuk berinteraksi secara spontan melalui chatting. Hari ini, teknologi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

telah mengubah cara manusia berkomunikasi ă komunikasi bertulis kini


dilaksanakan secara dalam talian. Telefon bimbit juga telah mengubah kaedah
komunikasi lisan kepada penggunaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Sistem
Pesanan Multimedia (MMS).

Rajah 2.14: Kaedah komunikasi interaktif menerusi chatting

Walaupun teknologi komunikasi dan maklumat berpotensi merevolusi cara


manusia berkomunikasi, ia juga menimbulkan pelbagai cabaran dalam
hubungan seharian dan proses komunikasi. Ringkasnya, ruang lingkup
komunikasi boleh dirumuskan seperti dalam Rajah 2.15.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  53

Rajah 2.15: Ruang lingkup komunikasi

AKTIVITI 2.7
1. Berikan contoh situasi di mana berlakunya:
(a) Komunikasi intraperibadi
(b) Komunikasi antara peribadi
(c) Komunikasi awam
(d) Komunikasi kumpulan kecil

2. Apakah komunikasi formal dan komunikasi tidak formal dalam


sesebuah organisasi?

3. Terdapat banyak jurnal yang membincangkan isu-isu


komunikasi. Senaraikan 10 jurnal seumpamanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

Perkembangan dan Prospek Disiplin Komunikasi


Perkembangan awal bidang komunikasi bermula dengan kajian retorik dan
ucapan dalam komunikasi. Kajian dalam bidang komunikasi kebanyakannya
memberi tumpuan terhadap teori, aplikasi dan kesan bahasa lisan dan tingkah
laku bukan lisan terhadap komunikasi. Hari ini, bidang komunikasi berkembang
dengan meluasnya.

Pengetahuan komunikasi bukan sahaja terhad kepada satu kajian disiplin sahaja,
tetapi ia adalah satu bidang pengajian pelbagai disiplin yang mempunyai
hubungan erat dengan bidang pengajian lain. Sebagai contoh, dalam bidang
antropologi, ahli antropologi mengkaji hubungan dalam masyarakat dan sistem
komunikasi mereka. Dalam usaha pembelajaran bagaimana bahasa berkembang,
bidang komunikasi menyumbang kepada kajian manusia dan aktiviti
komunikasi yang berlaku. Dalam bidang psikologi pula, pengetahuan dalam
bidang komunikasi menyumbang untuk mengkaji proses perubahan sikap,
bersama-sama dengan bagaimana untuk memujuk, mempengaruhi, dan lain-
lain. Manakala dalam ilmu sosiologi, pengetahuan komunikasi membantu dalam
pemahaman dinamik kumpulan, mengkaji hubungan antara individu, konteks
kumpulan dan masyarakat. Oleh itu, pengetahuan dalam bidang komunikasi
boleh membantu anda menyumbang kepada bidang-bidang lain juga.

Komunikasi telah bercabang kepada bidang ilmu kewartawanan (media cetak


seperti akhbar, majalah dan buku-buku), penyiaran (radio, televisyen dan media
elektronik filem), pengiklanan, perhubungan awam, komunikasi politik,
komunikasi antara budaya, komunikasi antarabangsa dan komunikasi
pembangunan. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah
menyumbang kepada satu lagi bidang, iaitu komunikasi multimedia.
Percantuman teknologi telah menyebabkan pelbagai kombinasi dalam bidang
penyiaran, teknik pengeluaran dan komunikasi dalam hubungan manusia.
Komunikasi dalam talian melalui Internet,webcasting dan kewartawanan dalam
talian adalah bidang yang semakin popular.

SEMAK KENDIRI 2.5

Apakah prospek kerjaya untuk seorang pelajar yang memilih untuk


belajar dalam bidang komunikasi?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  55

Jadual 2.4: Jenis-jenis komunikasi


Jenis Komunikasi Tujuan Soalan Kemahiran
 Bagaimanakah  Meningkatkan
konsep kendiri „self-esteem‰,
dibentuk? memperbaiki
Bagaimana kesedaran diri,
konsep kendiri memperbaiki
mempengaruhi kebolehan
komunikasi? menganalisa
 Bagaimana dan
Untuk berfikir, menyelesaikan
Intraperibadi kebolehan
menganalisis, masalah,
menganalisa
Komunikasi bertindak menambah
dan
dalam diri sendiri balas dan kawalan diri,
menyelesaikan
bertaakul mengurangkan
masalah
diperbaiki dan tekanan dan
diajar? menguruskan
konflik diri.
 Apakah
hubungan
antara
personaliti dan
komunikasi?
 Apakah  Memperbaiki
keberkesanan keberkesanan
antara komunikasi
peribadi? antaraperibadi.
 Mengapa orang Menjalinkan dan
menjalinkan mempertahankan
hubungan? perhubungan
antara kekasih,
Untuk  Apakah yang
Antara peribadi keluarga dan
meneroka, mengikat
rakan-rakan.
Komunikasi berhubung, hubungan
antara dua kasih sayang,  Memperbaiki
mempengaruhi kebolehan untuk
individu dan membantu keluarga dan
rakan-rakan? menyelesaikan
masalah.
 Apa yang
memisahkan
mereka?
Bagaimana
hubungan
mereka boleh
diperbaiki?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI

 Apakah ciri-ciri  Meningkatkan


yang ada pada keupayaan ahli
seorang ketua? kumpulan.
 Apakah antara  Memperbaiki
kualiti seorang kepimpinan.
ketua yang  Menggunakan
bagus? kumpulan
 Apakah untuk
peranan ahli mencapai
dalam objektif
sesebuah tertentu seperti
Untuk
kumpulan? menyelesaikan
berkongsi
 Apakah masalah.
maklumat,
Komunikasi perkara yang
bertukar idea,
Kumpulan Kecil paling baik
menyelesaikan
masalah dan yang
membantu. kumpulan
boleh capai dan
perkara yang
paling teruk
yang boleh
berlaku kepada
kumpulan?
 Bagaimana
sesuatu
kumpulan itu
boleh dijadikan
efektif?
 Apakah  Mengkomuni-
struktur kasikan
organisasi yang maklumat
paling sesuai dengan efektif.
untuk ucapan  Meningkatkan
pemujukan? keupayaan
 Bagaimana untuk
khalayak memujuk.
  Untuk dianalisis  Menghasilkan,
Awam:
memaklum, secara berkesan mengurus dan
Komunikasi oleh mempengaruhi dan menghantar
seseorang kepada dan diadaptasikan mesej dengan
khalayak awam menghiburkan kepada situasi? lebih berkesan.
 Bagaimana
untuk
menghasilkan
idea terbaik
untuk
dikomunikasik
an kepada
khalayak?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI  57

 Apakah fungsi  Meningkatka


media? n keupayaan
 Bagaimana untuk
media menggunaka
mempengaruhi n media
media? dengan lebih
Massa: berkesan.
Untuk  Bagaimana kita
  Komunikasi menghibur, boleh  Meningkatka
dengan khalayak mempengaruhi mempengaruhi n keupayaan
penonton yang dan media? untuk
besar melalui mengawal
memaklumkan  Apakah cara
media/pengantara media,
untuk menapis
memahami
mesej dalam
pengaruh
media?
iklan dan
 Bagaimana kewartawana
iklan n yang tidak
beroperasi? objektif.

 Jadual di atas menerangkan beberapa jenis komunikasi yang menunjukan


bilangan peserta dalam proses komunikasi daripada seorang individu
(intraperibadi) hinggalah kepada khalayak yang terdiri daripada
ribuan/jutaan orang (massa) dan soalan serta kemahiran yang diperolehi.

 Terdapat pelbagai jenis komunikasi dan setiap satunya mempunyai ciri-ciri


dan fungsi yang berbeza.

 Ruang lingkup komunikasi terbahagi kepada intraperibadi, antara peribadi/


peorangan, kumpulan, organisasi awam, massa, antara budaya dan talian.

 Ruang lingkup bidang komunikasi menunjukkan bahawa proses komunikasi


tidak berlaku secara rawak; malah ia meliputi pelbagai konteks kehidupan
dan mempunyai tujuan yang jelas.

Antara peribadi Massa


Intraperibadi Publik
Komunikasi kumpulan kecil

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Model-model
3 Komunikasi
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan perspektif awal model-model komunikasi;
2. Menghuraikan proses komunikasi menerusi model-model yang
dibentangkan; dan
3. Menerangkan perubahan dalam model-model komunikasi dari
awal hingga sekarang.

 PENGENALAN
Dalam topik sebelumnya, anda telah diperkenalkan kepada konsep-konsep asas
dan komponen komunikasi, yang akan banyak membantu dalam pemahaman
anda tentang proses komunikasi dan kepentingannya dalam kehidupan kita.
Skop komunikasi yang luas telah menjadikannya satu bidang yang unik.

Sebenarnya, banyak model komunikasi digunakan untuk menerangkan


bagaimana proses komunikasi berlaku dalam konteks yang berbeza.
Memperkenalkan model-model komunikasi ini kepada anda akan membantu
anda memahami dengan jelas proses yang berlaku.

3.1 BEBERAPA PERSPEKTIF MODEL


KOMUNIKASI
Bagaimana model boleh membantu anda untuk memahami komunikasi? Di
samping menentukan komunikasi, pakar-pakar menggunakan model untuk
menjelaskan bagaimana perkara-perkara tertentu berlaku. Dalam konteks
komunikasi, model mewakili hubungan, aliran, struktur dan interaksi yang
berlaku. Model membantu untuk memudahkan penjelasan idea dan proses yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MODEL-MODEL KOMUNIKASI  59

kompleks. Ia telah digubal daripada yang paling mudah kepada yang lebih
kompleks bergantung pada penyampaian proses komunikasi yang berlaku.

Prosedur dalam menerangkan proses komunikasi boleh dilihat dari pelbagai


perspektif. Model komunikasi awal seperti Model SMCR (Source, Message, Channel
dan Receiver) oleh David K. Berlo mencadangkan empat elemen utama dalam proses
komunikasi, iaitu sumber, mesej, saluran dan penerima (lihat Rajah 3.1).

Model SMCR menekankan hubungan antara sumber dan penerima sebagai


pemboleh ubah penting dalam proses komunikasi. Menurut model ini,
keberkesanan proses komunikasi yang berlaku adalah berdasarkan kepada
beberapa faktor yang terdapat pada sumber dan penerima seperti kemahiran
komunikasi, sikap sumber dan penerima terhadap mesej yang dihantar atau
diterima, ilmu pengetahuan yang dimiliki, amalan budaya dan kesan sistem
sosial terhadap komunikasi. Elemen-elemen lain mesej dan saluran boleh dilihat
dalam Rajah 3.1 berikut.

Rajah 3.1: Model SMCR Berlo

Wood (2001) membahagikan model komunikasi kepada tiga jenis, iaitu model
linear, model interaksi dan model transaksi. Rajah 3.2 di bawah, menunjukkan
tiga jenis model komunikasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 3 MODEL-MODEL KOMUNIKASI

Rajah 3.2: Tiga jenis model komunikasi

3.1.1 Model Linear


Model Linear merangkumi model awal yang dijelaskan oleh Harold Lasswell,
Claude Shannon dan Warren Weaver. Dalam model komunikasi linear, proses
komunikasi berlaku sehala pada masa-masa tertentu antara sumber (pengekod)
dan penerima (pendekod) mesej. Dalam erti kata lain, sumber bertindak balas
kepada penerima. Model ini bagaimanapun adalah terlalu mudah. Model
komunikasi awal menerangkan secara ringkas bagaimana komunikasi berlaku.
Tiga komponen asas dalam model komunikasi awal adalah:
(a) Penghantar (sumber yang menghantar mesej)
(b) Saluran (perantara yang digunakan untuk menghantar mesej)
(c) Penerima (penerima mesej yang dihantar)

Harold Laswell (1948), seorang saintis politik, membentangkan model yang


mudah dan paling berguna untuk menerangkan proses komunikasi. Untuk
menerangkan proses komunikasi, beliau tidak menggunakan gambar rajah.
Sebaliknya, beliau mencadangkan beberapa soalan asas yang disenaraikan di
bawah:
(a) Siapa?
(b) Apa yang dikatakan?
(c) Melalui saluran apa?
(d) Kepada siapa?
(e) Apakah kesannya?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MODEL-MODEL KOMUNIKASI  61

Pada 1949, Shannon dan Weaver telah menyatakan soalan-soalan ini dalam
bentuk grafik.

Model Lasswell dianggap sebagai model "lisan" dan merupakan model


komunikasi terawal. Model ini menggambarkan komunikasi sebagai satu proses
pemujukan. Penyampaian mesej dalam model ini berlaku dalam satu hala dari
sumber kepada penerima dan setiap mesej dianggap sebagai berkesan.

Model-model awal ini tidak lengkap dan hanya tertumpu pada proses
komunikasi sehala. Walau bagaimanapun, hakikatnya terdapat perkongsian
makna dalam interaksi. Tambahan pula, mengikut proses komunikasi dalam
model, orang yang menerima mesej adalah pasif. Ini bukan satu pandangan yang
tulen tentang bagaimana proses komunikasi berlaku. Untuk menilai model,
seseorang mesti mempertimbangkan penyesuaian model dari perspektif masa ia
telah digubal. Hakikatnya adalah pandangan awal dalam menerangkan proses
komunikasi melalui model sehala bersesuaian dengan penggunaan umum dan
penerimaan terhadap komunikasi semasa era tersebut. Walaupun terdapat
banyak kelemahan pada model awal dan mereka tidak digunakan secara meluas,
semua model komunikasi yang digunakan hari ini telah dibangunkan dan
digubal berpandukan model-model awal ini.

Claude Shannon dan Warren Weaver mencadangkan model komunikasi yang


kemudiannya diubah suai untuk menerangkan tentang komunikasi antara
manusia seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Model Linear

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 3 MODEL-MODEL KOMUNIKASI

Dalam model ini (lihat Rajah 3.3), sumber maklumat akan menghasilkan mesej
dalam bentuk ucapan, penulisan atau gambar untuk dihantar kepada orang lain.
Dengan menggunakan isyarat yang bersesuaian, mesej dihantar menerusi
saluran tertentu kepada penerima.

Model Shannon dan Weaver memperkenalkan elemen gangguan dalam proses


komunikasi. Elemen gangguan ini menjejaskan isyarat yang dihantar menerusi
proses komunikasi.

3.1.2 Model Interaktif


Oleh kerana wujudnya tindak balas kepada mesej daripada sumber kepada
penerima, satu lagi elemen telah ditambah dalam model komunikasi, iaitu
maklum balas. Maklum balas adalah tindak balas kepada mesej yang diterima
sama ada secara lisan atau bukan lisan.

Rajah 3.4: Model komunikasi interaktif

Dalam model komunikasi interaktif (lihat Rajah 3.4), Wilbur Schramm,


penyelidik perintis dalam komunikasi, menekankan bahawa komunikator
menghasilkan dan mentafsir makna daripada mesej yang diterima dalam
konteks pengalaman peribadinya. Beliau mengemukakan dua konsep penting
dalam komunikasi:
(a) Rangka rujuk (frame of reference); dan
(b) Lapangan pengalaman (Field of experience).

Bagi beliau, pengalaman yang telah dilalui oleh sumber dan penerima
membentuk rangka rujuk atau lapangan pengalaman mereka.

Setiap individu terlibat dalam proses komunikasi mempunyai pengalamannya


sendiri. Walau bagaimanapun, mesej tersebut hanya berkesan jika kedua-dua
pihak memahami makna mesej tersebut. Justeru, berdasarkan pengalaman unik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MODEL-MODEL KOMUNIKASI  63

mereka, hanya mesej yang difahami oleh kedua-dua sumber dan penerima akan
menentukan keberkesanan komunikasi itu. Ini bermaksud perkongsian
maklumat dan pengalaman antara dua individu tersebut dalam komunikasi akan
mempengaruhi kekerapan proses pertukaran mesej antara mereka. Pertindihan
atau pertemuan pengalaman dan persamaan antara kedua-dua komunikator
akan meningkatkan pemahaman antara satu sama lain. Malangnya, pengalaman
peribadi juga menjadi sebab mengapa salah faham berlaku dalam komunikasi.

Dalam model dua hala yang diperkenalkan oleh Osgood, komunikasi memberi
penekanan kepada individu yang terlibat dalam proses komunikasi, bukan
kepada saluran sahaja seperti dalam model yang diperkenalkan oleh Shannon
dan Weaver. Model Osgood menunjukkan setiap individu mempunyai fungsi
yang sama kerana mereka mengenkod, mentafsir dan mendekod mesej. Apa
yang jelas dalam model ini ialah bahawa terdapat perubahan dalam peranan
mereka yang berkomunikasi. Dalam kes ini, wujud maklum balas terhadap
mesej yang dihantar. Model ini menggambarkan satu proses komunikasi yang
lengkap di mana sumber atau penerima berupaya untuk mengenkod mesej yang
dihantar dan kemudiannya mendekod mesej yang diterima.

Model interaktif menunjukkan perkembangan yang lebih baik proses


komunikasi jika dibandingkan dengan Model Linear. Model tersebut
mencadangkan elemen maklum balas dan lapangan pengalaman yang
menerangkan proses komunikasi dengan lebih jelas. Namun, ia masih tidak
menerangkan dengan lebih tepat proses komunikasi yang sebenarnya berlaku.
Menurut model interaktif, komunikasi berlaku secara berturutan di mana A
berinteraksi dengan B yang kemudiannya memberikan maklum balas kepada A.
Ini bermakna A bertindak sebagai sumber dan B bertindak hanya sebagai
penerima. Hakikatnya ialah komunikasi tidak berlaku secara sehala, penyampai
tidak berfungsi semata-mata sama ada sebagai sumber atau penerima; kedua-
duanya saling menghantar dan menerima mesej.

3.1.3 Model Transaksi


Komunikasi adalah satu transaksi antara komunikator, yang berlaku dalam
konteks sistem tertentu. Dalam konteks tertentu, sistem mempunyai kesan
kepada apa dan bagaimana komunikasi dijalinkan. Komunikasi berlaku di
sekolah, pasar, bilik mesyuarat, rumah, dalam kumpulan budaya tertentu, dalam
kalangan ahli kumpulan sosial atau dalam majlis-majlis keagamaan.

Konteks di mana berlakunya komunikasi mempengaruhi cara mesej dienkod,


ditafsir atau didekod. Dalam beberapa situasi, lapangan pengalaman bertindak
sebagai rangka rujuk yang membantu proses pemahaman. Dalam kata lain,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 3 MODEL-MODEL KOMUNIKASI

lapangan pengalaman bertindak sebagai penapis untuk menerima atau menolak


sesuatu mesej.

Rajah 3.5: Model transaksi

Dalam model transaksi di atas (Rajah 3.5), sumber dan penerima


bertanggungjawab untuk menghantar dan menerima mesej. Sumber dan
penerima berkongsi mesej yang dihantar atau diterima daripada pelbagai
saluran. Mesej sentiasa bertimbal balik, menunjukkan bahawa perhubungan
dibina dalam sistem tertentu. Pada masa yang sama, gangguan mungkin wujud
atau timbul dan memberi kesan kepada penyampaian atau penerimaan mesej.

Gangguan mungkin ada dalam persekitaran. Faktor-faktor fizikal, fisiologi dan


psikologi mempengaruhi pentafsiran mesej dalam pelbagai cara yang berbeza.
Bunyi bising dari mesin atau kanak-kanak menjerit dalam persekitaran di mana
A dan B berkomunikasi adalah antara contoh gangguan. Selain itu, gangguan
mungkin berpunca dari dalam diri komunikator sendiri, sama ada dalam
fikirannya atau pendengarannya. Pengalaman hidup atau kenangan yang
mengganggu, juga adalah halangan untuk berkomunikasi. Pengalaman-
pengalaman ini sering berubah setiap kali seseorang itu berinteraksi dengan
orang lain. Fikiran A terganggu, mungkin selepas bergaduh dengan isterinya;
justeru mengganggu tumpuannya semasa berbincang dengan B. Deria yang
sensitif terhadap bau yang kurang menyenangkan atau sakit kepala
mempengaruhi pentafsiran dan tanggapan terhadap seseorang yang kita sedang
berkomunikasi dan terhadap mesej yang diterima.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MODEL-MODEL KOMUNIKASI  65

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Apakah model komunikasi?

2. Bolehkah lukisan, carta, rajah, piktogram atau kartun dianggap


sebagai model?

 Setiap interaksi yang dijalin melibatkan perkongsian makna antara


penghantar dan penerima mesej.

 Walau bagaimanapun, proses komunikasi yang ditunjukkan menerusi model-


model dalam topik ini bertujuan untuk membolehkan kita menggambarkan
bagaimana komunikasi berlaku.

 Memahami proses komunikasi juga akan meningkatkan pemahaman kita


tentang kekuatan dan kelemahan komunikasi.

 Pemikiran Penting dalam Model Komunikasi adalah seperti berikut:


 Harold Lasswell: Kesan mesti dicapai bila berlakunya komunikasi.
 Claude Shannon & Warren Weaver : Gangguan semantik boleh menjadi
halangan komunikasi yang paling utama.
 Wilbur Schramm: Pertindanan pengalaman menjadikan lebih mudah
untuk berkomunikasi dengan jayanya.
 John White & Matilda White Riley: Keahlian dalam kumpulan utama
mempengaruhi bagaimana mesej dihantar dan diterima.
 David K. Berlo: Beberapa faktor penting yang berkaitan dengan sumber,
mesej, saluran, dan penerima mesti dipertimbangkan.

Model interaktif Model transaksi


Model linear

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengenalan
4 kepada Diri
dan
Komunikasi
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menerangkan maksud komunikasi sebagai satu sistem;
2. Menghuraikan perhubungan antara komunikasi dan masyarakat;
3. Menjelaskan konsep kendiri; dan
4. Mengenal pasti faktor-faktor yang membentuk konsep kendiri.

 PENGENALAN
Sistem komunikasi merangkumi semua proses komunikasi yang berlaku dalam
perhubungan manusia; sama ada peribadi, kumpulan kecil atau besar, ataupun
organisasi.

Mengenali diri seseorang dan membentuk identiti diri sendiri adalah penting
dalam perhubungan manusia. Hanya melalui kesedaran diri, seseorang dapat
menyesuaikan diri mereka dalam pelbagai tahap dan konteks komunikasi.

Topik ini akan meneroka sejauh mana tanggapan mempengaruhi perhubungan


yang dijalinkan dalam kalangan rakan dan sahabat di tempat kerja serta dalam
kalangan ahli masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI  67

4.1 KOMUNIKASI SEBAGAI SATU SISTEM

SEMAK KENDIRI 4.1

Adakah wujud sistem dalam komunikasi, dan jika ada, apakah


sistem yang dimaksudkan itu?

Dalam topik sebelum ini, kita telah membincangkan kepentingan komunikasi


dalam kehidupan seharian. Sebagai satu proses, komunikasi melibatkan
tindakan dinamik dalam perhubungan manusia yang tidak mempunyai
permulaan dan pengakhiran yang khusus.

Sistem adalah hasil gabungan bahagian yang bertindak balas dan bergantung
antara satu sama lain sehingga akhirnya ia membentuk satu bahagian yang
lengkap. Setiap bahagian yang membentuk sistem adalah gabungan subsistem
yang berfungsi dan diuruskan dalam sistem yang berkaitan. Sebagai contoh, jika
seseorang itu tidak sihat, proses pemikirannya juga tidak dapat berfungsi
dengan baik. Akibatnya, seluruh badan terjejas, termasuk perasaan beliau.
Dalam sistem yang kompleks, kerosakan pada satu bahagian akan menjejaskan
bahagian-bahagian lain. Komputer adalah satu lagi contoh sistem yang
menjalankan tugas mengikut set arahan yang tertentu. Kerosakan pada Unit
Pemprosesan Pusat (CPU) yang merupakan nadi semua aktiviti komputer akan
menyebabkan kegagalan dalam pemprosesan data.

Faktor persekitaran dan masa adalah elemen yang mempengaruhi sistem


tertentu. Interaksi dalam bahagian sistem komunikasi juga akan membentuk
elemen-elemen baharu. Sistem dibentuk secara berkumpulan, sebagai contoh,
akan membentuk norma, budaya dan amalan yang mengubah corak komunikasi
yang menentukan kejayaan atau kegagalan semangat berkumpulan. Dalam
perhubungan peribadi, elemen kepercayaan adalah penting dan mungkin
mengubah perhubungan antara manusia.

Dalam komunikasi sesama insan, kewujudan sistem memberikan kesan dan


mempengaruhi proses komunikasi. Untuk membentuk pentafsiran dalam
komunikasi, setiap individu mesti mengambil kira sistem yang mana berlakunya
komunikasi. Komponen dalam sistem membentuk elemen berinteraksi apabila
komunikasi berlaku. Sesuatu yang berlaku kepada sistem tersebut memberi
kesan bukan sahaja kepada satu sistem tetapi juga kepada sistem yang lebih
besar dan kompleks di mana wujudnya perhubungan. Implikasi pertelingkahan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

domestik antara suami dan isteri, sebagai contoh, tidak hanya kepada sistem
keluarga di rumah sahaja tetapi juga di tempat kerja.

Setiap sistem yang terbentuk tidak akan sentiasa menjalani keadaan yang
seimbang sepanjang masa. Perubahan pasti berlaku dan ia akan menggugat atau
mengganggu sistem dalaman dan luaran. Oleh itu, kita perlu menyesuaikan diri
dengan sistem atau beberapa sistem untuk memenuhi keperluan komunikasi
dalam pelbagai konteks. Seseorang mungkin mempunyai kemahiran untuk
berkomunikasi tetapi komunikasi akan gagal jika kita tidak boleh menyesuaikan
diri kepada situasi yang berbeza.

4.2 KOMUNIKASI DAN JATI DIRI


Teori mengenai jati diri dilihat dari pelbagai sudut psikologi. Tingkah laku
seseorang individu berubah mengikut keperluan. Pada masa yang sama,
perubahan juga berlaku dalam persekitaran. Pengalaman, sebagai contoh, boleh
mengubah seseorang dan membentuk jati dirinya.

Wood (2001) melihat konsep jati diri sebagai satu proses. Proses ini boleh dilihat
menerusi interaksi dalam diri kita, antara diri kita dan orang lain dan dalam
kalangan ahli sesebuah kumpulan.

Secara asasnya, komunikasi hadir dalam diri kita sendiri dan akan berakhir juga
dalam diri kita. Ini kerana komunikasi memainkan peranan penting dalam
pembentukan jati diri. Seseorang tidak boleh menghuraikan idea, menyatakan
keperluan atau berinteraksi dengan berkesan tanpa komunikasi.

Apabila kita berkomunikasi, secara sedar atau tidak, kita sedang membentuk
kod dalam fikiran kita berdasarkan kepada emosi kita untuk diinterpretasi oleh
orang lain. Begitu juga, bagaimana kita melihat diri kita mempengaruhi cara kita
berkomunikasi. Berdasarkan perhubungan yang dijalin, komunikasi memainkan
peranan penting dalam pembentukan jati diri dan bagaimana individu melihat
diri mereka

Jati diri seseorang bergantung pada imej yang dipaparkan. Lambang jati diri
mungkin boleh dilihat menerusi gaya yang dipaparkan oleh individu tertentu
seperti cara berpakaian, gaya rambut, tingkah laku bukan lisan, perhiasan diri
dan dekorasi rumah, kesemuanya mempengaruhi pandangan orang lain
terhadap mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI  69

AKTIVITI 4.1

Anda dijemput untuk menghadiri majlis peringkat negeri untuk


meraikan Hari Raya Aidilfitri. Berdasarkan situasi yang anda alami,
fikirkan beberapa contoh konsep kendiri yang positif dan negatif yang
mungkin menjejaskan cara anda berkomunikasi di majlis sedemikian.

Tanggapan umum seseorang melibatkan bagaimana orang lain melihat kepada


seseorang itu. Persepsi mereka terhadap orang tersebut akan menentukan cara
mereka menerimanya. Gambaran yang dibentuk terhadap golongan ini boleh
menyebabkan anda memperbaiki keyakinan diri dan harga diri atau sebaliknya.

Beberapa konsep penting yang berkaitan dengan identiti diri seperti konsep
kendiri dan bagaimana ia dibentuk; kesedaran diri; dan pendedahan diri (lihat
Rajah 4.1) akan dibincangkan dalam subtopik berikut.

Rajah 4.1: Konsep jati diri

4.2.1 Konsep Diri dan Komunikasi


Konsep jati diri dan konsep diri adalah sangat sinonim. Sama kesnya dengan
komunikasi, jati diri atau konsep diri adalah proses yang tidak ada permulaan
mahupun penghujung. Ia sering berubah mengikut konteks, peristiwa, masa dan
tempat. Ia adalah berkait rapat dengan persepsi orang lain terhadap diri
seseorang yang akan mencorakkan tingkah laku seseorang dan pada masa yang
sama membentuk imejnya.

Mengenali diri seseorang bukanlah suatu yang mudah. Seseorang itu belajar
banyak perkara tentang dirinya melalui pengalaman hidupnya sendiri. Persepsi
seseorang tentang dirinya adalah berasaskan kepada pengalaman baru dan lama

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

beliau dan latar belakang budaya yang diamalkan. Oleh itu, mempunyai konsep
kendiri yang stabil akan membolehkan seseorang untuk memiliki imej diri yang
positif kerana dia hanya memberi tumpuan kepada kekuatan yang dimilikinya.

Kadangkala seseorang mungkin tidak mengenali dirinya walaupun setelah


melalui pelbagai pengalaman dalam hidup. Sebagai orang biasa, kita mungkin
mempunyai kekuatan atau kelemahan tertentu. Mengetahui tentang "diri"
memerlukan seseorang untuk menilai dirinya dari sudut pandangan sendiri dan
dari pendapat orang lain mengenainya. Ini juga termasuk apa yang difikirkan
tentangnya dan kepercayaan yang dipegang tentang dirinya. Gabungan sikap
dan kepercayaan yang didukung oleh seseorang terbentuk sepanjang
pengalaman hidupnya. Ia adalah persepsi dan pandangan yang terbentuk dalam
diri seseorang yang mencorakkan tindakan yang menggambarkan jati dirinya
dalam pelbagai aktiviti. Seorang pakar psikologi, Karen Horney, mentakrifkan
"diri" sebagai kekuatan yang wujud dalam setiap insan yang unik pada setiap
orang yang berfungsi sebagai asas untuk pembentukan diri seseorang (Beebe,
Beebe dan Redmund, 1999).

Terdapat dua komponen dalam diri seseorang: imej diri dan harga diri (lihat
Rajah 4.2). Imej diri adalah gambaran yang ingin ditunjukkan oleh seseorang
tentang dirinya, manakala harga diri melihat sejauh mana seseorang itu mungkin
menilai dan menerima dirinya berdasarkan kepada atribut sosial, fizikal dan
psikologi (Gamble & Gamble, 2002) (Seller & Beall, 2002).

Rajah 4.2: Dua komponen dalam diri

Memandangkan konsep "diri" adalah penting dalam setiap tindakan untuk


berkomunikasi, konsep kendiri dan kesedaran diri mempengaruhi corak positif
atau negatif komunikasi (DeVito, 2002). Dengan mempercayai kebolehan sendiri
dan persepsi orang lain terhadap keupayaan sendiri, akan mempengaruhi
tindakan dan tingkah laku seseorang terhadap harga diri beliau.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI  71

Terdapat banyak cara seseorang boleh belajar tentang dirinya. Pakar psikologi
dan sosiologi telah mengenal pasti pelbagai peristiwa atau keadaan yang boleh
membantu individu untuk belajar tentang diri mereka sendiri; antaranya adalah
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.3.

Rajah 4.3: Empat situasi mengenali diri

Konsep kendiri dan bagaimana seseorang melihat dirinya mempengaruhi


bagaimana kita berkomunikasi dan memberi maklum balas kepada orang lain.
Selain melihat diri sendiri berdasarkan kaca mata orang lain, satu lagi faktor
penting dalam mengenali diri sendiri adalah untuk membuat perbandingan
sosial antara diri sendiri dan orang lain. Dengan cara ini, seseorang berpeluang
untuk belajar dan memilih apa yang terbaik untuk diri kerana ini secara tidak
langsung membolehkan kita melihat diri dari perspektif yang berbeza.

Konsep yang dikenali sebagai „self-fulfilling prophecy‰ atau ramalan yang


mewujudkan diri sendiri menyatakan bahawa pandangan seseorang tentang
dirinya boleh mempengaruhi tindakan atau tingkah lakunya dalam situasi
tertentu. Oleh itu, jika seseorang ingin meningkatkan atau memperbaiki
komunikasinya dengan yang lain, dia perlu menilai semula jati diri yang telah
dipaparkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

AKTIVITI 4.2
Pakar mengatakan bahawa terdapat pelbagai „diri‰ yang menunjukkan
pelbagai peranan digambarkan oleh seseorang dalam kehidupannya.
Nyatakan peranan anda dalam situasi berikut:
(a) Di rumah
(b) Di pejabat
(c) Dalam kelas
(d) Chatting secara dalam talian (online)

Rajah 4.4 menunjukkan faktor-faktor yang menyumbang kepada konsep kendiri


seseorang. Antara faktor tersebut adalah:
(a) Gambaran imej yang diberi oleh orang lain;
(b) Perbandingan sosial;
(c) Amalan, norma dan budaya; dan
(d) Pentafsiran dan penilaian.

Rajah 4.4: Asas pembentukan konsep „diri‰

Konsep diri dibentuk oleh pelbagai faktor. Interaksi dengan orang lain
sebenarnya membantu seseorang mengenali diri mereka. Imej yang dipaparkan
oleh seseorang sewaktu berinteraksi dengan individu tersebut mencerminkan
dirinya. Ia seolah-olah melihat refleksi sendiri. Sebagai contoh, maklum balas
yang seseorang dapat daripada rakan sekerjanya setelah selesai pekerjaan. Ia
adalah maklum balas yang membentuk jati diri individu tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI  73

Jati diri seseorang juga dipengaruhi oleh kawan-kawannya termasuklah orang-


orang yang ditemui semasa zaman kanak-kanak, di sekolah, di tempat kerja,
tempat latihan, serta pasangan hidupnya sendiri.

Perhubungan dengan kumpulan etnik, profesional, sosial dan juga politik sangat
penting dalam pembentukan jati diri seseorang. Seseorang itu dilabel mengikut
kumpulan yang dikaitkan dengannya.

Lambang diri juga mempengaruhi pembentukan jati diri. Apa yang diinginkan
atau diimpikan oleh seseorang sering berubah mengikut keperluan dan
kemahuan diri. Ini berlaku apabila seseorang individu itu melihat, memantau
dan menilai diri mereka sehinggakan dia menyedari keperluan untuk
membentuk peranan baharu. Ini akhirnya akan membentuk identiti beliau
sendiri.

Setiap individu mungkin merasakan dirinya mempunyai peranan tertentu.


Misalnya, peranan sebagai seorang anak kepada ibunya, suami kepada isterinya,
ayah kepada anaknya, sahabat kepada rakannya, pelajar kepada gurunya atau
peranan sebagai seorang yang matang. Peranan yang ditunjukkan juga
bergantung pada gender. Peranan ini seterusnya mempengaruhi pembentukan
jati diri. Dalam kehidupan, sesiapa yang mempunyai hubungan yang rapat
menyumbang kepada pembentukan dirinya. Ahli keluarga yang rapat seperti
ibu bapa, abang dan kakak adalah penyumbang penting kepada diri seorang
kanak-kanak. Dalam situasi tertentu di mana hubungan yang rapat antara
keluarga dan ahli keluarga luas (extended family), datuk, nenek dan saudara
mara rapat yang lain membantu dalam proses pembentukan diri seseorang.
Apabila kita dewasa, orang yang berada di persekitaran kita seperti rakan-rakan,
guru atau rakan sekerja mempengaruhi pembentukan jati diri kita.

Tanggapan atau persepsi juga adalah proses aktif yang berkait rapat dengan
pentafsiran keadaan, seseorang atau peristiwa yang berlaku. Tanggapan
seseorang terhadap diri kita menyumbang kepada persepsi tentang jati diri kita.
Pengaruh persepsi yang berbeza bergantung pada faktor-faktor seperti budaya,
peranan sosial, kemampuan psikologi dan proses kognitif. Semua faktor ini
mempengaruhi pentafsiran orang lain terhadap kita dan memberi kesan kepada
corak komunikasi dalam diri kita dengan orang lain. Terdapat pelbagai cara
yang diklasifikasikan sebagai inisiatif yang membantu untuk mengukuhkan jati
diri dan membina cara komunikasi yang efektif seperti dalam Jadual 4.1 di
bawah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

Jadual 4.1: Tiga Cara untuk Mengukuhkan Jati Diri dan Gaya Komunikasi Seseorang

Mengimbas kembali ciri-ciri positif, umpamanya apa yang membawa kejayaan


atau kebolehan bergaul dengan orang lain. Kebolehan mengatasi kelemahan dan
merancang masa depan dengan lebih terurus.

Menjangkakan apa yang bakal terjadi serta cara-cara mengatasi keadaan yang
sukar diatasi dan memikirkan cara mengatasi masalah tersebut.

Mewujudkan lawak jenaka atau humor dalam kehidupan harian untuk


membantu mengurangkan ketegangan.

AKTIVITI 4.3
Selepas menghadiri satu Rumah Terbuka peringkat negeri, apakah
pendapat anda tentang sejauh mana implikasi budaya terhadap jati
diri? Apakah nilai jati diri yang anda pamerkan?

4.2.2 Gender dan Pembentukan Diri


Salah satu konsep dalam mengenali diri adalah perspektif budaya terhadap
genus atau gender. Gender adalah elemen penting dalam membentuk „diri‰
seseorang yang sering kali dikaitkan dengan identiti sosial.

Gender sering disamakan dengan lelaki atau perempuan. Namun pengertian ini
tidak diterima secara universal dan sering kali dibahaskan. Teori psikoanalitik
menyatakan bahawa penglahiran kesedaran dan gender berlaku ketika kita
masih bayi dan kita membesar dengan respon daripada orang di sekeliling kita.
Oleh itu, identiti berlaku apabila gender menjadi sebahagian daripada konsep
diri seseorang.

Ciri-ciri „maskulin‰ biasanya dikaitkan dengan mereka yang tegas, berjaya dari
segi material dan mempunyai tubuh yang kuat. Ciri-ciri feminin, sebaliknya,
merujuk kepada mereka yang halus budi pekerti dan lemah lembut serta
berminat untuk memperbaiki kualiti hidup. Individu maskulin cenderung untuk
tidak berkompromi dan tegas, sementara individu yang feminin lebih bersikap
kompromi apabila menyelesaikan konflik.

Bayi dilabelkan menerusi gendernya dan kehidupannya dicorakkan sejak lahir.


Ini berlaku umpamanya menerusi pemilihan warna, jenis mainan dan pemilihan
nama-nama tertentu. Secara tidak langsung, ciri-ciri yang dikaitkan dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI  75

jantina seseorang itu melahirkan gender stereotaip dan persepsi ini


mempengaruhi „diri‰ bayi sehinggalah ia dewasa.

Perbezaan dalam jangkaan dan corak kehidupan lelaki dan wanita boleh dilihat
dalam perkara-perkara berikut:

(a) Pendengaran
Wanita dibesarkan untuk menjadi golongan yang responsif semasa
mendengar. Mereka juga memberikan respon. Respon tersebut merujuk
kepada minat mereka dalam topik yang menjadi perbualan. Lelaki
biasanya akan membuat kenyataan apabila dirasakan oleh mereka bahawa
mereka mempunyai sesuatu yang ingin dikatakan. Di tempat kerja dan
dalam perhubungan peribadi, wanita sering menganggap lelaki tidak
memaksimakan proses pendengaran kerana jati diri mereka yang kurang
ekspresif. Sebagaimana wanita, lelaki mempunyai pandangan mereka
sendiri tentang respon wanita. Mereka sering menganggap respon wanita
itu sebagai gangguan, dan seolah-olah untuk mendapat perhatian.

(b) Tahap Keakraban


Wood (2001) menyatakan bahawa gender tidak mempengaruhi cara lelaki
dan wanita melihat keakraban sebagai aspek penting dalam bersosialisasi.
Apa yang membezakan kedua-duanya ialah tentang aspek bagaimana
mereka membentuk dan merasakan keakraban. Wanita didapati lebih
bebas dalam menyuarakan pendapat dan perasaan mereka sebagai satu
cara untuk mewujudkan keakraban. Ini juga dikenali sebagai „closeness in
dialogue‰. Lelaki, walau bagaimanapun adalah berlainan. Keakraban
hanya akan berlaku daripada aktiviti yang dijalankan bersama seseorang.
Ini dipanggil „closeness in doing‰.

(c) Tanggapan terhadap Kuasa


Terdapat perbezaan yang jelas dalam tanggapan gender terhadap kuasa
(Wood, 2001). Biasanya, lelaki menganggap kuasa sebagai sesuatu yang
telah sedia ada dalam diri mereka dan sepatutnya digunakan untuk
mengangkat status seseorang individu. Wanita pula menggunakannya
untuk memperkasa individu lain dan secara langsung membentuk suasana
saling bekerjasama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

4.2.3 Kemahiran Komunikasi dalam Proses Memulakan


Interaksi
Caputo, Hazel dan McMahon (1994) menjelaskan bahawa beberapa kemahiran
komunikasi perlu dimiliki oleh seseorang individu dalam proses memulakan
interaksi atau membentuk satu hubungan. Bagaimana orang lain melihat kita
adalah berkaitan dengan gaya komunikasi yang mempunyai hubungan yang
rapat dengan jati diri seseorang. Seseorang tanpa kemahiran komunikasi
kadangkala akan menjauhkan diri daripada apa-apa interaksi dengan orang lain.
Ini pastinya mempengaruhi cara dia berkomunikasi dengan orang lain dan
bagaimana orang lain berkomunikasi dengannya. Berdasarkan kepada
tanggapan dan andaian seseorang terhadap yang lain, bagaimana seseorang
menerima seorang yang lain akan mempengaruhi iklim komunikasi. Apakah
langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan tanggapan baik
terhadap seseorang?

(a) Langkah Pertama dalam Berkomunikasi


Sebelum memulakan suatu perhubungan atau interaksi dengan seseorang,
kita perlu memastikan diri mempunyai penampilan yang baik dan sesuai.
Ini akan memudahkan lagi untuk kita diterima sebagai seorang kawan,
kenalan, rakan sekerja ataupun teman hidup. Interaksi yang baru sahaja
bermula dengan ucapan mesra, perbualan yang bersahaja dan sesuai
dengan keadaan akan membantu seseorang untuk memiliki komunikasi
awal yang baik dan membantu membentuk perhubungan yang baik.

(b) Interaksi Permulaan


Perbualan yang bersahaja di peringkat permulaan perbualan adalah
kemahiran sosial yang membolehkan kita untuk mengenali orang lain. Ia
boleh dilaksanakan dengan mencuba untuk mengenali dan mengingati
beberapa maklumat tentang latar belakang rakan baru tersebut. Senyuman,
keramahan dan sikap mesra akan meninggalkan kesan psikologi yang baik
terhadap perhubungan yang baru terbentuk. Begitu juga dengan maklumat
penting seperti nama, tempat tinggal, dan sebagainya. Semua ini
membantu menjadikan perhubungan lebih rapat dan juga memperbaiki
proses perbualan. Mengingati perbualan yang pernah dibincangkan juga
boleh membantu. Sikap suka mengkritik atau menimbulkan perkara-
perkara negatif berkaitan anda, orang lain atau organisasi hanya akan
mengeruhkan iklim perbualan.

Dalam keadaan tertentu, pandangan mata penting kerana ia sering


menunjukkan keikhlasan kita semasa berkomunikasi. Ia juga dalam norma
komunikasi, iaitu menunjukkan kesopanan dalam komunikasi. Jika

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI  77

perbincangan berjalan lancar, proses komunikasi yang berlaku berpotensi


untuk mara ke tahap perhubungan yang lebih intim.

SEMAK KENDIRI 4.2

Nyatakan dua cara yang boleh membantu memulakan hubungan


peribadi yang baik.

4.2.4 Strategi Mengurangkan Ketidakpastian dalam


Komunikasi
Terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan untuk membina perhubungan
dan memastikan proses komunikasi berjalan lancar.

Keterbukaan Diri
Proses penzahiran diri atau keterbukaan akan mewujudkan persefahaman antara
individu yang terlibat yang akan membawa hubungan tersebut ke tahap
persahabatan. Hubungan ini juga akan berterusan apabila individu terbabit
merasakan bahawa mereka dihargai. Di samping itu, ini juga akan membantu
mengurangkan ketidaktentuan dalam hubungan yang dijalinkan antara
individu.

Proses pendedahan diri mungkin berlaku sekiranya berlaku perkara-perkara


berikut:
(a) Ia tidak berlaku secara rawak tetapi berterusan;
(b) Perlu saling memberi dan menerima daripada kedua-dua belah pihak;
(c) Wujud perhubungan yang lebih bermakna; dan
(d) Hubungan memberi kesan kepada orang lain.

Sebelum kita memulakan suatu proses komunikasi, kita perlu tahu tahap
motivasi diri kita sendiri. Memahami konsep diri adalah penting kerana ia
membantu kita untuk menentukan maklumat yang kita hendak kongsikan
dengan yang lain. Kesimpulannya, walaupun kita berkongsi maklumat dengan
orang lain dalam proses pendedahan diri, kita juga perlu lebih bijak untuk
menyimpan maklumat penting yang kita anggap sangat peribadi atau ia akan
merosakkan proses komunikasi tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

AKTIVITI 4.4

Pernahkah anda membaca tentang Tingkap Johari? Apakah kaitan yang


dapat anda perhatikan antara „diri‰ anda dan perhubungan anda
dengan rakan-rakan atau ahli keluarga?

4.3 KOMUNIKASI DENGAN AHLI KELUARGA


Kita telah membincangkan soal gender dalam pembentukan jati diri. Setiap
individu dibesarkan dalam sebuah keluarga. Pendidikan awal dan interaksi
antara ahli keluarga secara tidak langsung membentuk jati diri seseorang. Dalam
kata lain, ibu bapa dan ahli keluarga yang lain menentukan siapa diri kita.
Hidup seseorang dibentuk oleh pengalaman keluarganya yang kemudian
mencorakkan jati diri dan cara berkomunikasi seseorang. Pengalaman keluarga
merupakan pengaruh yang kuat dalam perkembangan kehidupan seseorang.

Setiap orang berasal dari sebuah keluarga. Konsep keluarga berbeza dari satu
masyarakat yang lain. Keluarga secara umumnya bermaksud sekumpulan ahli
keluarga dan keturunan yang tinggal dan berkongsi hidup bersama-sama. Sistem
keluarga yang dibentuk memerlukan ahlinya berinteraksi dan berkongsi
tanggungjawab antara mereka pada peringkat antara peribadi. Oleh itu,
seseorang perlu meneliti corak interaksi dalam sistem keluarga bagi memahami
dan bukan hanya diri sendiri malahan juga hubungan sesama manusia yang
membentuk hubungan kekeluargaan. Ini seterusnya akan membantu dalam
menilai diri sendiri dan keluarga dan kemudian mewujudkan satu cara
komunikasi yang berkesan dan mengajar kita bagaimana menyesuaikan diri
dengan ahli-ahli lain dalam masyarakat di sekeliling kita.

Seseorang itu tidak boleh lari daripada terlibat dalam beberapa jenis kehidupan
berkeluarga. Perhubungan yang wujud kadangkala kelihatan baik tetapi pada
masa yang lain sarat dengan masalah. Oleh itu, peranan ahli keluarga sentiasa
berubah mengikut situasi, pengalaman dan masa. Keperluan sebuah keluarga
juga boleh mempengaruhi interaksi anggotanya.

Hubungan antara manusia adalah kompleks dan subjektif, terutamanya apabila


berkaitan dengan ahli keluarga. Walau bagaimanapun, hubungan kekeluargaan
adalah asas untuk mengenali perhubungan sosial. Memandangkan setiap
keluarga mempunyai kehidupan sosial atau masyarakatnya sendiri, memahami
hubungan kekeluargaan adalah penting.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI  79

Hubungan intim antara ahli keluarga memberikan sokongan fizikal atau emosi.
Hasil didikan dan amalan kehidupan keluarga menimbulkan konsep nilai diri,
kekuatan peribadi, personaliti dan jati diri seseorang. Seseorang itu sering dinilai
berdasarkan perbuatan beliau dan asal usulnya.

4.3.1 Komunikasi dalam Sistem Keluarga


Memandangkan komunikasi dalam sistem keluarga adalah simbolik, tumpuan
komunikasi perlulah kepada keluarga secara keseluruhannya dan bukan kepada
individu dalam keluarga tersebut. Oleh itu, dalam proses memahami
komunikasi dalam keluarga, konteks komunikasi dalam sistem keluarga secara
keseluruhan perlu diteliti terlebih dahulu.

Teori dalam sistem keluarga menganggap keluarga sebagai satu sistem yang
dinamik kerana perhubungan dan komunikasi di dalamnya adalah berkait rapat.
Gaya kehidupan berkeluarga adalah satu pengalaman yang universal untuk
setiap orang. Walaupun sebuah keluarga mungkin terdiri daripada ahli yang
kelihatan seperti beberapa individu terpencil tetapi pada hakikatnya, mereka
adalah satu unit. Konflik antara abang dan bapa mempunyai banyak implikasi
kepada situasi harian keluarga tersebut yang mana mereka adalah
sebahagiannya. Begitu juga dengan kelahiran anak kelima yang pastinya boleh
menjejaskan semua ahli keluarga yang lain.

Pendekatan kepada sistem keluarga secara umumnya melihat keluarga sebagai


satu unit atau sistem yang berbeza. Semakin besar keluarga, lebih rumit
perhubungan yang wujud antara ahli keluarga. Proses komunikasi keluarga
terhasil daripada hubungan interaktif dan saling bergantungan dalam kalangan
ahli keluarga. Proses ini berlaku melalui penghasilan mesej-mesej yang
disampaikan melalui jaringan kekeluargaan.

Kita perhatikan empat perkara utama dalam konsep komunikasi sistem


kekeluargaan. Ia adalah seperti berikut:
(a) Tidak wujud sebuah keluarga yang sempurna. Ini hanyalah mitos
komunikasi walaupun tidak dinafikan bahawa setiap ahli dalam sistem
keluarga cuba untuk membentuk identiti tersendiri hasil daripada
pengalaman gembira dan sedih dalam kehidupan mereka.
(b) Komunikasi dalam sistem keluarga adalah satu proses yang berlaku
apabila ahli keluarga berbincang dan berkongsi makna dengan ahli
keluarga yang lain. Menerusi interaksi ini, kita mencorak dan menentukan
identiti dan hubungan ahli dalam keluarga dan masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

(c) Keluarga yang sihat akan berusaha untuk menyesuaikan dan mencorakkan
perubahan bagi mempertahankan keakraban dalam keluarga serta
mengawal dan mengendalikan konflik yang berlaku.
(d) Keluarga adalah contoh terbaik dalam konteks komunikasi yang
melibatkan pelbagai generasi, iaitu, daripada ahli keluarga yang kecil
sehinggalah yang dewasa dan warga emas.

Sistem keluarga adalah satu sistem yang sangat kompleks. Ia dibentuk oleh
proses yang berlaku dalam komponen sistem tersebut. Jika komponennya
berubah, komponen yang lain akan bertindak balas kepada perubahan tersebut,
sama ada turut sama berubah atau sekadar menerima pengaruh yang diadaptasi
daripada perubahan tersebut.

Littlejohn (1983) menyatakan bahawa sistem terdiri daripada empat elemen yang
boleh digunakan untuk memahami sistem dalam sebuah keluarga. Elemen-
elemen yang dimaksudkan di sini adalah objek, ciri-ciri, hubungan dan
persekitaran. Walaupun sistem mungkin jenis yang tertutup atau terbuka, empat
elemen tersebut mesti dibenarkan untuk memainkan peranan mereka supaya
sistem boleh berfungsi untuk memastikan kesejahteraan, sama ada dalam sistem
sosial atau masyarakat, organisasi, individu atau sistem keluarga itu sendiri
(lihat Rajah 4.5).

Rajah 4.5: Sistem keluarga


Sumber: Littlejohn, S. (1989). Theories of Human Communication (3rd edition)
Wadsworth Publishing: USA.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI  81

Walau apa pun bentuk keluarga, komunikasi memainkan peranan penting


dalam menentukan kualiti kehidupan dalam sistem tersebut. Banyak kajian yang
telah dilakukan terhadap komunikasi dalam hubungan kekeluargaan mendapati
bahawa permasalahan timbul dalam sistem kekeluargaan kerana kurangnya
proses komunikasi.

4.3.2 Kepentingan Komunikasi dalam Sistem Keluarga


Komunikasi yang berkualiti dalam keluarga adalah penting untuk menjalinkan
hubungan yang harmoni dalam kalangan ahli keluarga berdasarkan ciri-ciri
berikut (lihat Rajah 4.6).

Rajah 4.6: Kepentingan komunikasi dalam sebuah keluarga

(a) Kebergantungan antara Ahli Keluarga


Setiap ahli bagi sistem keluarga adalah berkaitan antara satu sama lain.
Mereka memerlukan satu sama lain agar sistem tersebut boleh berfungsi
dengan berkesan dan efektif. Perlakuan setiap individu akan
mempengaruhi dan memberi kesan jangka panjang dari segi emosi dan
psikologi kepada ahli keluarga yang lain. Justeru, perlu ada keseimbangan
dalam perlakuan yang ditunjukkan untuk mengekalkan komunikasi dalam
sistem keluarga tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

(b) Sistem yang Tersendiri


Setiap keluarga mempunyai norma-norma tersendiri untuk memimpin
perilaku mereka agar bersesuaian dengan cara kehidupan yang diamalkan
keluarga tersebut. Perilaku ini hakikatnya saling berkaitan, bertimbal balik
(reciprocal) dan mempunyai corak tertentu serta berulang-ulang. Mereka
dilihat sebagai unik atau asing dan kadangkala mengelirukan bagi individu
yang bukan ahli keluarga.

(c) Tindak Balas Interaksi yang Kompleks


Ahli keluarga berbeza dalam cara mereka bertindak dan ini membawa
kepada tindak balas kompleks yang diberikan oleh ahli keluarga yang lain.
Kadangkala, tindak balas ini tidak logik kerana ia mungkin timbul
berpunca daripada masalah dalam keluarga itu sendiri.

Rajah 4.7 menggambarkan satu proses interaksi dalam keluarga.

Rajah 4.7: Proses interaksi dalam sistem sesebuah keluarga

Berdasarkan contoh di atas, kita boleh melihat proses interaktif dalam


sistem keluarga. Ibu bapa yang sibuk mungkin mengabaikan
tanggungjawab mereka dan tidak memberi perhatian yang mencukupi
kepada anak-anak mereka. Oleh yang demikian, kanak-kanak itu berasa
diabaikan dan boleh melakukan perkara yang tidak diduga seperti
berbohong dalam usaha untuk menarik perhatian ibu bapanya. Apabila ibu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI  83

bapa menyedari keadaan tersebut dan mula memberi perhatian kepadanya,


dia akan menggalak mereka untuk mengubah sikap. Ini mungkin
mendorong ibu bapa untuk memberi perhatian yang lebih kepada anak
mereka. Proses interaktif ini biasanya berlaku berulang kali dalam sebuah
sistem keluarga.

(d) Mengadaptasi Diri


Komunikasi sebagai satu sistem memerlukan keseimbangan. Walau
bagaimanapun, keadaan yang seimbang adalah agak sukar untuk dicapai
terutamanya dalam sistem keluarga yang sangat kompleks. Oleh itu, demi
mencapai keseimbangan, setiap ahli keluarga perlu dapat menyesuaikan
diri dengan mereka untuk sebarang bentuk perubahan tanpa mengira sama
ada ia dijangka atau tidak. Perubahan yang berlaku adalah sebahagian
daripada pengalaman kehidupan bekeluarga. Ini kerana keluarga bukanlah
satu sistem yang mempunyai ciri-ciri yang kekal. Sistem keluarga mungkin
sering berubah untuk mewujudkan integrasi dan evolusi dalam proses
mewujudkan komunikasi yang berkesan.

(e) Bersifat Terbuka


Sistem keluarga adalah sebhagaian daripada sistem sosial yang bersifat
terbuka. Mengamalkan keterbukaan dalam keluarga melibatkan proses
komunikasi yang sihat dalam kalangan ahli keluarga. Hanya dengan
bersifat terbuka ini, seseorang itu boleh difahami dengan mudah.

Dalam institusi keluarga, interaksi sering kali berlaku antara sistem sosial
dan sistem lain seperti sebuah institusi pendidikan, kesihatan, ekonomi dan
sebgainya. Aktiviti komunikasi dalam sistem-sistem ini boleh bersifat
positif atau negatif untuk memastikan sistem sosial terus beroperasi dalam
keadaan yang harmoni dan stabil. Jika situasi yang sama diaplikasikan
dalam sistem kekeluargaan, komunikasi yang harmoni pasti dapat
dibentuk.

(f) Keperluan Berkongsi Maklumat


Setiap sistem keluarga memerlukan satu mekanisme untuk memudahkan
proses komunikasi antara setiap ahli keluarga. Perkongsian maklumat
mempunyai implikasi terhadap hubungan antara ahli keluarga. Namun
demikian, tidak semua ahli keluarga berkongsi jenis maklumat yang sama.
Perkongsian maklumat mungkin bercanggah, menyebabkan sama ada
hubungan menjadi lebih rapat atau kadang-kadang menimbulkan salah
faham dalam kalangan ahli keluarga. Walau bagaimanapun, perkongsian
maklumat adalah sangat penting dalam membantu mewujudkan
keseragaman, kestabilan, integrasi dan penyelarasan dalam sistem
keluarga.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

AKTIVITI 4.5

Bagaimana konflik berlaku dalam hubungan kekeluargaan? Apakah


faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya konflik dan
apakah implikasinya terhadap komunikasi dalam kalangan ahli
keluarga?

Komunikasi sering dilihat sebagai satu proses transaksional yang melibatkan


proses pembentukan perkongsian makna. Perilaku dalam komunikasi dengan
ahli keluarga adalah sama dengan orang-orang yang membantu kita dalam
menyampaikan mesej yang berkesan kepada penerima lain, sebagai contoh,
tingkah laku yang kita amalkan semasa menyampaikan satu ucapan yang
bermakna.

Mesej berbentuk sokongan memberikan keyakinan dalam hubungan


kekeluargaan dengan anak-anak dan pada masa yang sama, memupuk jati diri
yang kukuh dalam diri mereka. Ini mungkin boleh dilihat daripada kata-kata
perangsang dan semangat kepada anak-anak yang menduduki peperiksaan.
Ucapan sedemikian bukan sahaja menggalakkan seseorang rasa dihargai, tetapi
juga meningkatkan keyakinannya apabila menghadapi dan berkomunikasi
dengan orang lain, yang berada di luar „sistem keluarga‰. Mesej berbentuk
kawalan memberitahu ahli keluarga bahawa terdapat peraturan tertentu dalam
keluarga. Ia menjelaskan apakah jenis perilaku yang diterima dalam keluarga
tersebut.

 Sebahagian besar kehidupan kita digunakan untuk berinteraksi dengan


orang di sekeliling. Komunikasi dengan orang lain membantu seseorang
untuk mengenali dirinya sendiri.

 Begitu juga, dalam perhubungan dan interaksi yang dikongsi dengan orang
lain, melihat perbezaan diri dengan orang lain juga mempengaruhi jati diri
seseorang. Hubungan dengan rakan-rakan, tanggapan diri dan pengaruh
keluarga kesemuanya membantu dalam pembentukan jati diri kita.

 Ringkasnya, semua faktor ini menentukan sama ada diri seseorang itu
diterima atau sebaliknya oleh orang lain. Memiliki jati diri yang disukai dan
diterima oleh individu lain atau masyarakat membantu membentuk
komunikasi yang berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI  85

 Komunikasi dalam sebuah keluarga melibatkan komunikasi antaraperibadi.


Dalam sebuah sistem keluarga, individu digabungkan sama ada melalui
ikatan perkahwinan atau keluarga angkat. Keluarga adalah pengaruh yang
paling hebat dalam pembentukan jati diri.

 Setiap insan mempunyai pengalaman hidup yang berbeza-beza dan


tersendiri. perkongsian kehidupan berkeluarga mendorong pembentukan jati
diri seseorang berbeza daripada yang lain. Ini berlaku kerana perbezaan
individu yang mempunyai latar belakang yang berbeza dan ini bergantung
pada cara setiap individu itu dibesarkan dalam sistem keluarga dan budaya
masing-masing.

 Konflik dan tekanan dalam sebuah keluarga berlaku sekiranya kurang


komunikasi antara ahli keluarga.

Gender Pembentukan diri


Jati diri Pendedahan diri
Konsep diri

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Komunikasi
5 dalam
Konteks
Hubungan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan pendekatan asas tentang sistem komunikasi dalam
persahabatan;
2. Menerangkan tiga tahap perhubungan dalam persahabatan; dan
3. Mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi dalam perhubungan
peribadi.

 PENGENALAN
Komunikasi terbentuk apabila wujud interaksi antara seorang individu dengan
individu lain sama ada secara formal atau tidak formal. Kita telah
membincangkan konsep-konsep asas dalam hubungan antara peribadi dalam
komunikasi. Dalam topik ini, kita akan membincangkan perhubungan antara
peribadi secara lanjut dengan memberikan tumpuan kepada perhubungan yang
dijalinkan menerusi persahabatan.

Hubungan dalam persahabatan selalunya terbentuk pada tahap-tahap tertentu.


Komunikasi dalam persahabatan dan antara individu berkaitan yang
berinteraksi secara bersemuka. Sistem terbentuk dalam perhubungan yang rapat
boleh berlaku secara formal atau tidak formal dan pastinya akan melibatkan
ramai individu. Persahabatan mungkin terjalin di sekolah, padang permainan,
pasar atau pejabat dan dalam kalangan individu. Hubungan sedemikian

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KOMUNIKASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN  87

melibatkan aktiviti yang membentuk, membina, mengekalkan dan adakalanya


menjejaskan persahabatan yang telah terjalin.

5.1 KOMUNIKASI DAN HUBUNGAN PERIBADI


Hubungan peribadi dalam persahabatan terjalin apabila wujudnya komunikasi
antara seorang individu dengan seorang atau beberapa individu lain.
Persahabatan yang terjalin adalah satu dimensi penting dalam komunikasi
antara peribadi. Ia adalah satu perhubungan yang unik kerana komitmen yang
dimeterai antara individu tersebut berdasarkan kepada peraturan tertentu,
bentuk hubungan dan konteks persekitaran.

Pepatah Melayu menyatakan bahawa rakan ketawa senang dicari tetapi rakan
menangis sukar ditemui. Benarkah pandangan ini? Pernahkah kita terfikir
apakah yang menyebabkan suatu hubungan itu berkekalan? Apakah yang
menyebabkan persahabatan yang telah wujud sekian lama berakhir?

Dalam kehidupan seharian, kita sering dikaitkan dengan orang lain dan
menjalinkan hubungan sosial dengan rakan-rakan sama ada tua atau muda. Kita
bukan sahaja berinteraksi tetapi juga cuba untuk mewujudkan hubungan
peribadi yang rapat dengan orang yang berada dalam jaringan komunikasi kita.
Apa yang penting dalam hubungan peribadi ini ialah komitmen antara individu
dalam persahabatan yang dibentuk. Apabila kita menganggap seseorang sebagai
rakan, kita mengandaikan orang tersebut adalah rapat dengan kita dan
berkongsi ideanya dengan kita.

Klasifikasi persahabatan bergantung pada pengalaman, keperluan dan latar


belakang peribadi seseorang. Walau bagaimanapun, sama ada sedar atau tidak,
kita sebenarnya mempunyai objektif tertentu dalam menjalinkan hubungan
komunikasi dengan orang yang kita anggap sebagai sahabat. Sesetengah orang
percaya bahawa hubungan yang rapat akan membawa kegembiraan dalam
kehidupan, manakala ada orang lain berpendapat hubungan yang rapat hanya
membawa kepada kesukaran dan masalah dalam kehidupan. Benarkah
persahabatan memberi makna kepada kehidupan kita atau hanya menambah
kesengsaraan?

Perbincangan kita seterusnya akan memberi tumpuan kepada beberapa aspek


yang berkaitan dengan komunikasi dalam persahabatan. Isunya ialah bagaimana
komunikasi mempengaruhi persahabatan yang kekal dan bagaimana konflik
antara individu boleh dikawal untuk menjalinkan hubungan yang lebih baik dan
bermakna.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 5 KOMUNIKASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN

Apakah corak komunikasi yang boleh dilihat dalam persahabatan? Dengan


memerhatikan simbol atau petunjuk tertentu dalam persahabatan, kita boleh
lihat peranan komunikasi lisan dan bukan lisan dalam hubungan sedemikian.

5.1.1 Kepentingan Membentuk Hubungan Peribadi


Beberapa objektif menjalinkan persahabatan adalah:

(a) Memenuhi Kehendak Manusia atau Insani


Manusia tidak dilahirkan bersendirian. Mereka mempunyai keperluan tertentu
yang perlu dipenuhi. Kebanyakan orang memerlukan persahabatan untuk
mengelakkan rasa sunyi, menyelesaikan konflik atau disayangi. Manusia juga
memerlukan antara satu sama lain untuk hidup dan memenuhi hasrat mereka
untuk bersosialisasi. Ia adalah normal bagi orang ramai untuk berasa
diperlukan. Hubungan terjalin bagi tujuan mendapatkan perhatian daripada
orang lain dan memenuhi kehendak untuk memiliki dan dimiliki.

Perasaan sunyi menyukarkan seseorang untuk menjalinkan suatu


hubungan dengan orang lain. Hubungan yang akrab melibatkan perasaan
untuk mencintai dan dicintai. Seseorang akan merasa lebih mudah untuk
menyesuaikan dirinya dalam hubungan dengan orang lain jika dia selesa
dengan mereka.

(b) Mengawal Keadaan


Setiap individu berusaha untuk membentuk dan mempertahankan
pengaruh mereka dalam satu persahabatan. Dalam keadaan tertentu,
seseorang berhasrat untuk memastikan bahawa hubungan mereka adalah
stabil, selesa dan berada dalam kawalan mereka.

5.2 EVOLUSI HUBUNGAN PERIBADI


Persahabatan dibentuk dalam keadaan yang unik menerusi tahap-tahap tertentu
seperti yang digambarkan dalam Rajah 5.1 di bawah.

Rajah 5.1: Tahap-tahap evolusi perhubungan peribadi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KOMUNIKASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN  89

(a) Tahap 1: Permulaan Persahabatan


Pada tahap awal persahabatan, hubungan bermula dengan interaksi dalam
bentuk perkenalan antara seseorang individu dengan teman barunya.
Hubungan pertama melibatkan tanggapan awal antara satu sama lain.
Pada peringkat ini, seseorang itu akan menilai secara peribadi tentang
individu dengan melihat secara umum stail berpakaiannya, daya tarikan,
stail pertuturannya, sikap atau komunikasi bukan lisannya. Berdasarkan
penilaian tersebut, tanggapan akan terhasil. Dalam membina tanggapan ini,
seseorang itu biasanya melihat kepada persamaan yang mungkin wujud
antara mereka dan kemudiannya memutuskan sama ada hubungan akan
diteruskan atau sebaliknya.

Di peringkat awal ini juga individu bertukar-tukar idea dalam usahanya


untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang minat atau persamaan yang
wujud antara mereka kerana dengan mengenali seseorang, kita akan berasa
lebih tenang, dan selesa berkomunikasi dan berkongsi idea.

(b) Tahap 2: Hubungan yang Rapat


Hubungan yang rapat diwujudkan apabila seseorang itu merasakan
hubungan mereka adalah menggembirakan. Pada tahap ini, perasaan
seseorang untuk memerlukan antara sama lain terbentuk. Sesiapa yang
mencapai tahap persahabatan ini adalah lebih terbuka untuk berkongsi
kegembiraan dan kesedihan mereka. Percaya dan komitmen pada
peringkat ini adalah penting kerana mereka akan mula berkongsi
perancangan dan harapan. Akhirnya, individu yang terlibat dalam
hubungan ini akan mula menjalinkan persahabatan. Mereka kemudiannya
akan melakukan banyak aktiviti bersama-sama. Hubungan sebegini
ditemui dalam kalangan rakan akrab atau pasangan kekasih yang berniat
untuk membina keluarga sendiri.

(c) Tahap 3: Hubungan yang Kukuh


Hubungan pada tahap ini memerlukan komitmen. Individu yang terlibat
akan merancang masa depan mereka dan bersetuju untuk berkongsi
kehidupan mereka bersama. Hubungan ini tidak hanya melibatkan
hubungan yang romantik tetapi juga antara sahabat karib, rakan
perniagaan dan sebagainya. Sebagai contoh, teman serumah yang bersetuju
untuk tinggal bersama akan berkongsi untuk membayar sewa rumah, bil-
bil dan makanan. Rakan perniagaan juga merancang untuk masa depan
syarikat yang mereka miliki. Kerjasama kumpulan juga penting dalam
kalangan anggota tentera ketika berperang.

Hubungan peribadi yang berkembang dari satu tahap ke tahap yang lain
bergantung pada keputusan yang dibuat oleh kedua-dua pihak. Keputusan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 5 KOMUNIKASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN

untuk mengekalkan persahabatan boleh menjadi sama ada kekal pada peringkat
awal kenalan atau meneruskan keintimannya pada tahap yang lebih kukuh.

5.2.1 Fasa-fasa Hubungan dan Keperluan Komunikasi


Setiap individu mesti melalui pelbagai peringkat untuk membina satu hubungan
peribadi dan persahabatan di sepanjang kehidupannya. Hubungan yang
berbeza biasanya dibentuk
sepanjang kehidupan seseorang itu kerana keperluan individu itu sendiri
berubah-ubah mengikut umur dan persekitaran mereka. Umumnya, terdapat
beberapa peringkat komunikasi dalam persahabatan yang berlaku semasa
pelbagai fasa kehidupan kita (lihat Rajah 5.2).

Rajah 5.2: Fasa komunikasi dalam hubungan persahabatan

(a) Zaman Kanak-kanak


Semasa zaman kanak-kanak, kecenderungan adalah untuk memilih
berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan-rakan yang berdasarkan ciri-
ciri fizikal seperti ketinggian, saiz serta perkara berkaitan fizikal yang
dimiliki oleh rakan-rakan. Proses mewujudkan persahabatan di peringkat
ini adalah berdasarkan kepada kebolehan dan persamaan antara satu sama
lain yang ditemui semasa menghabiskan masa berinteraksi sesama mereka.
Semua orang akan cuba menonjolkan diri mereka sendiri.

Hubungan yang diwujudkan boleh membentuk persahabatan. Apabila ini


berlaku, mereka akan cenderung untuk berkomunikasi dalam lingkungan
rakan-rakan yang sama. Situasi sebegini mendorong mereka untuk
berkongsi ruang yang sama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KOMUNIKASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN  91

Dalam konteks komunikasi antara sahabat, kanak-kanak mempunyai


kecenderungan untuk berkongsi minat dan menunjukkan sensitiviti
mereka terhadap perasaan dan keadaan di sekeliling mereka. Kanak-kanak
sering berkomunikasi dengan tujuan untuk mencipta persefahaman dan
tujuan yang sama.

(b) Zaman remaja


Budaya komunikasi dalam kalangan rakan-rakan adalah berbeza dengan
komunikasi bersama ahli keluarga. Pengalaman berkomunikasi dengan
rakan-rakan sering mencipta hubungan yang akrab dalam kalangan
mereka. Justeru, keinginan untuk membentuk hubungan yang rapat
menyebabkan remaja membentuk personaliti kumpulan mereka sendiri.

Remaja juga melihat persahabatan sebagai satu pengiktirafan dan


penerimaan. Pemilihan individu tertentu yang boleh dianggap sebagai
sahabat dibuat berpandukan kualiti-kualiti peribadi dan kemampuan
untuk memahami sikap, perasaan dan pemikiran yang lebih bersifat intim
dan diadik. Remaja lebih suka berkomunikasi dengan rakan-rakan yang
boleh dijadikan tempat mereka mengadu, berkongsi masalah dan
berkongsi pendapat.

Antara ciri sebuah persahabatan yang dititikberatkan pada peringkat


remaja adalah:
(i) Saling mempercayai antara satu sama lain dalam melaksanakan
tanggungjawab yang diharapkan dalam sebuah persahabatan;
(ii) Keikhlasan dalam berkomunikasi dengan rakan-rakan dan dalam
memberi dan menyatakan pandangan serta pendapat;
(iii) Mempunyai keyakinan diri dan mampu untuk mempertahankan sifat
kendiri mereka; dan
(iv) Kebolehpercayaan terhadap rakan-rakan adalah dianggap penting
dalam hubungan remaja. Jika berlakunya kecurangan, individu
tersebut dianggap sebagai telah melanggar norma dan tidak
menghormati rakan-rakannya.

Keupayaan untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan-rakan


membantu remaja membincangkan pelbagai isu. Proses komunikasi adalah
penting dalam membantu mereka membentuk jati diri yang stabil di
sepanjang tahap pembesaran mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 5 KOMUNIKASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN

(c) Zaman Dewasa


Persahabatan yang berlaku semasa tahap fasa dewasa membentuk
kepercayaan dan memberikan kesan mendalam. Walau bagaimanapun,
halangan wujud apabila seseorang dipisahkan dari segi geografi dan
mempunyai keperluan individu yang berbeza. Pada peringkat dewasa,
kehidupan seseorang menjadi lebih kompleks kerana keperluan bekerja,
bergaul dengan masyarakat yang lain dan memulakan hubungan rapat
dengan seseorang yang lain. Kadangkala, persaingan dalam kehidupan
menjadi punca seseorang itu enggan atau menghindarkan diri daripada
hubungan yang sedia ada dengan orang dewasa.

(d) Zaman Warga Emas


Pada peringkat ini, golongan warga tua lebih suka membentuk hubungan
dalam kumpulan yang kecil. Komunikasi di tahap ini agak tertutup dan
terhad kepada beberapa orang rakan yang sama usia. Sementara itu,
perkongsian mesej di peringkat ini memberi tumpuan kepada pengalaman
hidup, rohani atau keluarga. Sementara itu, perkongsian mesej di peringkat
ini memberi tumpuan kepada pengalaman hidup, rohani atau keluarga.

5.2.2 Mengawal Konflik dalam Perhubungan Peribadi


Setiap persahabatan yang wujud tidak semestinya berakhir dengan kegembiraan.
Dalam hubungan peribadi, perubahan keadaan, masa dan persekitaran boleh
mempengaruhi iklim persahabatan. Apabila seseorang individu dalam sebuah
kumpulan gagal memenuhi keperluan sesebuah perhubungan, persahabatan
tersebut akan menghadapi kesukaran. Jika pertikaian yang dibangkitkan dalam
hubungan peribadi tidak boleh diimbangi, ia boleh mengakibatkan konflik.
Konflik pastinya akan menyebabkan masalah komunikasi yang membawa
kepada hubungan yang tidak stabil.

Apakah faktor yang mencetuskan konflik dalam hubungan peribadi? Apabila


wujud ketidakseimbangan atau perbezaan antara individu, situasi yang asalnya
harmoni akan berubah. Perbezaan pendapat yang tidak boleh diselesaikan akan
membawa kepada pertikaian atau pertengkaran. Kadang-kadang, hubungan
tanpa konflik juga boleh menyebabkan persahabatan semakin jauh kerana setiap
pihak merasakan begitu selesa bahawa tidak ada isu yang akan dibincangkan
(lihat Rajah 5.3).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KOMUNIKASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN  93

Rajah 5.3: Faktor-faktor konflik dalam hubungan peribadi

Apabila suatu perhubungan menjadi semakin renggang, mesej yang dikongsi


juga akan semakin berkurangan. Komunikasi yang wujud menjadi satu rutin
dan kepentingan peribadi lebih diutamakan. Keadaan menjadi lebih keruh
apabila konflik tidak boleh dibendung lagi. Pada masa ini, komunikasi tidak lagi
membantu perhubungan dan ini menjejaskan persahabatan yang telah lama
dijalinkan.

Apakah cara untuk menyelesaikan konflik? Memang tidak dinafikan bahawa


konflik peribadi sukar untuk diselesaikan. Penyelesaian konflik dalam kalangan
individu ada masanya boleh dicapai dan adakalanya hanya menemui jalan
buntu.

Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi perbezaan dalam suatu hubungan.


Individu boleh memahami situasi tersebut menerusi perbincangan yang bersifat
terbuka dan memberi tumpuan kepada masalah yang berlaku. Adalah penting
untuk mendengar dan memahami masalah yang berlaku. Apabila wujudnya
persefahaman, barulah penyelesaian dapat dicapai untuk memuaskan semua
kemahuan dan kehendak pihak-pihak yang terlibat dalam konflik berkenaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 5 KOMUNIKASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN

5.3 KOMUNIKASI DI TEMPAT KERJA


Apabila kita mengkaji komunikasi di tempat kerja, kita sebenarnya melihat
komunikasi antara peribadi yang berlaku dalam sesebuah organisasi. Cara
organisasi berfungsi bergantung pada aktiviti organisasi tersebut dan sejauh
mana anggotanya menggerakkan operasi organisasi berkenaan.

Sistem perhubungan dalam organisasi terdiri daripada perhubungan individu


sehinggalah kepada perhubungan kompleks yang melibatkan seluruh organisasi.

Setiap anggota organisasi berinteraksi secara bersemuka atau dalam talian


dengan ketua mereka, orang bawahannya atau individu lain yang berada di luar
organisasi. Lebih kompleks sistem dalam sesebuah organisasi itu, lebih kompleks
jugalah hubungan antara anggotanya. Oleh itu, corak komunikasi yang
diamalkan dalam sesebuah organisasi sangat penting untuk membina satu
hubungan yang harmoni dalam suasana kerja yang kondusif.

Persekitaran kerja yang baik dan kepimpinan yang baik meningkatkan


profesionalisme, pengurusan dan kualiti kerja, serta semua yang menyumbang
ke arah pencapaian matlamat organisasi. Hubungan yang baik antara majikan
dan pekerja sebuah organisasi akan menyumbang kepada produktiviti yang
lebih tinggi dan pulangan yang lebih baik.

5.3.1 Fungsi Komunikasi di Tempat Kerja

AKTIVITI 5.1
Apakah perbezaan antara komunikasi diadik dan komunikasi
kumpulan dalam organisasi?

Mengapakah komunikasi dianggap penting di tempat kerja? Sesebuah organisasi


mempunyai hierarki dan prosedur formal bagi memastikannya berfungsi dengan
baik. Komunikasi adalah salah satu elemen penting dalam organisasi, tidak kira
di mana dan bila ianya berlaku, sama ada dalam mesyuarat, surat-menyurat
formal atau tidak formal, e-mel, temu janji atau interaksi harian dalam pejabat.

Bagaimanakah maklumat yang disalurkan dalam organisasi, sama ada dengan


rakan perniagaan atau mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dengan organisasi berkenaan, dapat mempengaruhi prestasi sesebuah
organisasi? Setiap bentuk interaksi, bermula dengan temu duga sehinggalah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KOMUNIKASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN  95

kepada hubungan berasaskan kerja harian, melibatkan perlakuan anggota


organisasi.

Struktur organisasi dibentuk oleh individu hasil daripada proses komunikasi di


tempat kerja. Dalam perhubungan antara majikan dan pekerja, fungsi
komunikasi adalah untuk mengawal, memberi dorongan, memaklumkan serta
menyuarakan emosi. Iklim komunikasi dalam sesebuah organisasi dicipta oleh
persepsi ahlinya yang terhasil daripada perhubungan antara majikan dan pekerja
di tempat kerja.

Komunikasi dalam kalangan anggota organisasi berlaku pada setiap masa dan
dalam setiap aktiviti. Interaksi yang berlaku dalam komunikasi yang bersifat
terbuka di tempat kerja membentuk satu iklim organisasi yang kondusif.
Mempercayai dan saling menghormati menyatukan ahli-ahli organisasi,
menyebabkan mereka berpuas hati dalam menjalankan kerja mereka. Konflik, di
sisi lain, akan membawa kepada salah faham atau saling melemparkan kata-kata
kesat atau menyebabkan ahli mengalami tekanan emosi. Semua ini akhirnya
membawa kepada ketidakpuasan kerja.

SEMAK KENDIRI 5.1

1. Apakah kepentingan komunikasi di tempat kerja?


2. Apakah faktor yang menyumbang kepada komunikasi berkesan
dalam organisasi?

5.3.2 Faktor yang Mempengaruhi Hubungan Peribadi


di Tempat Kerja
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi komunikasi antara anggota
sesebuah organisasi di tempat kerja (lihat Rajah 5.4).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 5 KOMUNIKASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN

Rajah 5.4: Faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan peribadi di tempat kerja

(a) Peranan dan Tugas


Setiap individu dalam organisasi mempunyai tugas dan tanggungjawab
yang khusus. Seseorang pekerja digaji untuk memenuhi peranan yang
diberikan oleh pihak pengurusan organisasinya. Seorang pengurus, sebagai
contoh, bertanggungjawab untuk mengetuai sekumpulan eksekutif dan
pada masa yang sama, memelihara kepentingan organisasi. Secara formal,
tugas mereka pada peringkat ini adalah untuk melaporkan kepada pihak
pengurusan atasan tentang prestasi staf dan tahap pencapaian syarikat.
Tugas formal menentukan siapa yang terlibat dalam jaringan komunikasi.
Pengurus berkomunikasi dengan anggota dari jabatan atau unit lain dalam
organisasi atau di luar organisasi. Dia juga berinteraksi secara formal
dengan kenalan. Dalam apa jua situasi, komunikasi dibentuk dalam
jaringan formal dan tidak formal.

(b) Iklim Komunikasi dalam Organisasi


Iklim komunikasi sesebuah organisasi mempengaruhi situasi kerjanya. Ia
memberi kesan terhadap anggotanya dan perhubungan antara mereka.
Keterbukaan akan menyumbang kepada iklim yang kondusif untuk
menggalakkan komunikasi dua hala; sementara situasi yang kaku
menghalang komunikasi yang berkesan dan mengakibatkan ketidakpuasan
kerja.

Saiz dan jenis organisasi, formal atau tidak formal, juga akan menentukan
iklim komunikasi. Lebih besar dan formal sesebuah organisasi, lebih
kompleks komunikasi yang berlaku dalam organisasi berkenaan. Faktor
lain yang mempengaruhi iklim komunikasi adalah corak kepimpinan yang
diamalkan dalam organisasi tersebut.

(c) Aliran Komunikasi dalam Organisasi


Aliran komunikasi mempengaruhi hubungan kerja dan maklumat yang
dikongsi antara anggota organisasi. Dari perspektif pengurusan,
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 KOMUNIKASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN  97

perkongsian maklumat antara majikan, pekerja dan individu di luar


organisasi adalah penting. Justeru, anggota sesebuah organisasi perlu
memahami proses penyaluran maklumat tersebut.

(d) Perantara Komunikasi


Maklumat yang disalurkan secara efektif dalam organisasi biasanya adalah
dalam bentuk penulisan, gambar, gabungan penulisan dan gambar serta
gabungan pertukaran lisan, penulisan dan gambar. Teknologi maklumat
yang ada pada hari ini telah memperkenalkan cara baru dalam komunikasi
keorganisasian. Automasi pejabat telah mengubah kaedah komunikasi
yang dulunya telah dilaksanakan secara manual.

Pemilihan perantara komunikasi yang digunakan di tempat kerja bergantung


pada beberapa faktor seperti berikut:
(a) Sumber perantara yang tersedia dalam organisasi.
(b) Keberkesanan kos dalam komunikasi secara menyeluruh dengan semua
anggota organisasi. Penggunaan mel elektronik atau e-mel, sebagai contoh,
adalah lebih cepat dan menjimatkan kos berbanding surat-menyurat biasa.
(c) Kesan perantara yang digunakan dalam organisasi, sama ada berjaya
dalam mencapai objektif mesej yang dihantar dan kecepatan maklum balas
yang diterima.
(d) Kapasiti alat perantara yang diaplikasikan dan sejauh mana komunikator
dapat menghantar maklumat dan memahami mesej yang dihantar adalah
penting. Kemampuan anggotanya menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi adalah penting dalam menentukan maklumat diterima dan
digunakan secara berkesan. Kemahiran menggunakan aplikasi komputer
dan perisiannya memudahkan perjalanan tugas dan komunikasi dalam
serta luaran sesebuah organisasi.

Pemilihan perantara komunikasi boleh mempengaruhi kesan komunikasi yang


diinginkan. Maklumat boleh disalurkan dari atas ke bawah atau sebaliknya dan
melibatkan gabungan media, pengguna dan jenis aktiviti komunikasi yang
dijalankan.

Komunikasi formal dalam persekitaran kerja perlu dikenal pasti, dirancang


secara menyeluruh dan dilaksanakan secara berterusan. Ia perlu peka kepada
situasi dan keperluan organisasi, terbuka kepada idea dan menyesuaikannya
dengan objektif organisasi. Komunikasi yang dibebankan dengan kekaburan dan
ketidaktentuan akan menimbulkan pelbagai reaksi dan salah faham dalam
kalangan anggotanya. Memahami peranan setiap anggota dalam komunikasi
adalah penting bagi mengelakkan konflik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 5 KOMUNIKASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN

SEMAK KENDIRI 5.2

Apakah perantara komunikasi yang paling popular digunakan dalam


kalangan ahli organisasi?

AKTIVITI 5.2

1. Terangkan jenis-jenis temu duga yang biasanya diadakan di


organisasi.
2. Apakah perbezaan antara temu bual dan temu duga?

5.4 KOMUNIKASI DAN MASYARAKAT


Kehidupan dalam sebuah masyarakat memerlukan pelbagai perkara penting
yang perlu dipertimbangkan. Amalan komunikasi yang bagus melibatkan bukan
sahaja diri sendiri tetapi juga orang lain. Keupayaan untuk menyesuaikan diri
dalam situasi sosial sangat berguna dalam membina hubungan peribadi dengan
kumpulan lain.

5.4.1 Memahami Konsep Masyarakat


Seperti yang dinyatakan oleh Mandelbaum (1972), konsep masyarakat adalah
seperti berikut:
(a) Masyarakat terdiri daripada individu yang mengorientasikan diri mereka
sebagai penghuni dalam ruang lingkup persekitaran tertentu.
(b) Norma dan budaya sesebuah masyarakat bergantung pada sejauh mana
persepsi sosial dibentuk untuk menerima dan mengadaptasi aspek-aspek
kehidupan tersebut.
(c) Masyarakat sering berubah dan perubahannya ditonjolkan dalam proses
komunikasi yang berlaku.

Rajah 5.5 merumuskan tiga konsep masyarakat seperti yang dinyatakan di atas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KOMUNIKASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN  99

Rajah 5.5: Tiga konsep masyarakat

Oleh itu, proses komunikasi dalam masyarakat menjadi lebih kompleks


disebabkan kewujudan sistem dalam masyarakat itu sendiri. Antara halangan
yang merumitkan komunikasi dalam masyarakat adalah faktor penduduk,
pertindihan peranan dan tugas dan kewujudan kilang-kilang, kawasan
perumahan, kawasan cenderung jenayah, kawasan penempatan haram, dan
sebagainya (lihat Rajah 5.6).

Rajah 5.6: Faktor-faktor yang merumitkan komunikasi dalam masyarakat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 5 KOMUNIKASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN

Untuk meneliti sistem komunikasi yang berlaku dalam suatu komuniti, tiga
faktor perlu dipertimbangkan. Ini ditunjukkan dalam Rajah 5.7.

Rajah 5.7: Sistem komunikasi dalam masyarakat

(a) Saluran
Saluran yang digunakan sebagai perantara komunikasi perlu mampu
mencapai matlamat komunikasi yang dihantar dalam mesej kepada
seluruh komuniti dengan berkesan.

Pelbagai bentuk media seperti suratkhabar atau media elektronik


berkemampuan untuk menghantar mesej yang boleh diterima dan
difahami oleh anggota masyarakat di seluruh pelosok Negara yang
berbeza.

(b) Pemprosesan Maklumat


Ini melibatkan tugas-tugas seperti penyimpanan dan penghantar
maklumat, serta mengekod dan mendekodnya. Pusat pemprosesan
maklumat boleh diwujudkan di pelbagai komuniti untuk membentuk
anggota masyarakat.

(c) Kod
Semua simbol yang digunakan dalam kod perlu dibentuk menjadi satu
sistem yang boleh ditafsirkan dengan mudah oleh orang ramai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KOMUNIKASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN  101

Selain daripada faktor-faktor yang diterangkan di atas, sistem komunikasi yang


berkesan perlu mengambil kira dua aspek penting berikut:
(a) Wujud sistem komunikasi berkesan yang mengintegrasikan pelbagai bentuk
media yang diterima oleh masyarakat
Sistem komunikasi yang berkesan bertujuan untuk memastikan semua
maklumat boleh disebarkan dengan meluas. Pengintegrasian pelbagai
bentuk media membolehkan masyarakat memilih satu saluran berita yang
bermakna dan sesuai serta selaras dengan keperluan mereka. Saluran ini
perlu juga memudahkan proses pencapaian maklumat yang diperlukan.
(b) Sistem penyimpanan maklumat yang berkesan dan bebas daripada
pengaruh mana-mana pihak
Sistem ini perlu konsisten dengan kemampuan masyarakat dan institusi
yang menyebarkan maklumat agar masyarakat boleh menggunakan
maklumat dengan berkesan.

Kita juga perlu memberi perhatian kepada sumber maklumat dalam konteks
masyarakat. Biasanya, institusi yang mempunyai pengaruh dan kemampuan
kewangan yang tinggi mempunyai keupayaan untuk menyebarkan maklumat
dengan meluas. Institusi sebegini berupaya membentuk orientasi pemikiran
masyarakat yang terhasil daripada pengantara maklumat yang selektif.

Komunikasi dalam masyarakat perlu juga mengambil kira kewujudan


kemudahan fizikal, seperti kemudahan telekomunikasi, pengangkutan dan
kemudahan asas yang lain.

5.4.2 Komunikasi dan Perubahan Sosial dalam


Masyarakat
Hubungan komunikasi dan perubahan sosial dalam masyarakat boleh
dianalisis dalam pelbagai cara seperti yang boleh dilihat dalam Rajah 5.8.
(a) Proses perubahan sosial mempunyai hubungan langsung terhadap proses
komunikasi
Ini melibatkan peningkatan pengetahuan termasuk teknik, idea, maklumat,
institusi dan amalan kebudayaan.
(b) Proses perubahan sosial membawa perubahan dalam cara kehidupan
Ini terbukti dalam penggunaan alatan teknologi yang berfungsi sebagai
media komunikasi yang menjana interaktiviti dalam hubungan masyarakat.
Perubahan ini boleh meningkatkan penglibatan masyarakat dalam proses
penerimaan dan penyebaran maklumat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 5 KOMUNIKASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN

(c) Menjana Kebebasan untuk Menyuarakan Pendapat


Masyarakat mempunyai peluang untuk menyuarakan pendapat dengan
bantuan teknologi komunikasi pada masa kini. Walau bagaimanapun,
situasi tersebut dipengaruhi oleh peningkatan kesedaran anggota
masyarakat terhadap kualiti mesej yang dihantar menerusi media dan
keperluan kuantitatif terhadap pelbagai bentuk maklumat.

Rajah 5.8: Hubungan komunikasi dan perubahan sosial dalam masyarakat

5.5 MEMAHAMI KOMUNIKASI DALAM


HUBUNGAN ANTARA BUDAYA
Aspek penting lain dalam hubungan manusia adalah budaya. Konsep budaya
boleh dilihat menerusi pelbagai pendekatan dan meliputi makna yang cukup
luas. Implikasi budaya berlaku dalam banyak aspek kehidupan dan pada masa
yang sama memberi kesan kepada corak komunikasi yang diamalkan.

Dalam interaksi antara individu atau komunikasi kumpulan, budaya


mempengaruhi proses komunikasi. Kegagalan untuk memahami dan
mempertimbangkan faktor budaya menyebabkan tu komunikasi itu sia-sia
sahaja. Akibatnya, salah faham berlaku dan membawa kepada konflik dan sekali
gus mempengaruhi komunikasi. Kegagalan memahami budaya menyebabkan
penolakan terhadap komunikasi yang ingin dibentuk dan merumitkan
pembentukan komunikasi yang harmoni dalam sesebuah masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KOMUNIKASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN  103

5.5.1 Pengertian Budaya dan Konsep Antara Budaya


Budaya boleh dilihat dari pelbagai perspektif. Sarjana antropologi mentakrifkan
budaya sebagai satu sistem yang kompleks mengandungi pengetahuan,
kepercayaan, seni, moral, adat dan semua bentuk perlakuan manusia sebagai
anggota suatu masyarakat itu.

Budaya juga dilihat sebagai satu proses simbolik yang dipelajari, diamalkan dan
diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain menerusi
komunikasi. Seseorang itu tidak dianggap sebagai sebahagian daripada budaya
hanya kerana dia dilahirkan dalam budaya tertentu (enculturation).

Budaya berkaitan dengan kepercayaan, sikap, nilai, kekayaan dan kasih sayang.
DeVito (2000) mengaitkan budaya sebagai artifak yang disalurkan menerusi
komunikasi, selain daripada kepercayaan dan tingkah laku seseorang.

Pendekatan subjektif terhadap budaya menggabungkan kepercayaan, nilai dan


norma yang memandu tingkah laku seseorang. Tingkah laku seseorang terhasil
daripada persepsi dan jangkaannya terhadap kehidupan. Budaya dilihat sebagai
perkongsian satu set idea dan amalan dalam isi minda (mental software) yang
mengawal tingkah laku seseorang.

Rajah 5.9 merumuskan pengertian budaya.

Rajah 5.9: Pengertian budaya

Komunikasi adalah aktiviti yang sangat dipengaruhi oleh budaya. Bagaimana


komunikasi dibentuk memberi kesan kepada reaksi khalayak terhadap
seseorang, kepercayaan atau sikap mereka. Dalam kata lain, memahami
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
104  TOPIK 5 KOMUNIKASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN

hubungan manusia melalui komunikasi dan budaya akan meningkatkan


keberkesanan komunikasi di samping mempertingkatkan hubungan yang lebih
baik dalam kalangan individu walaupun berbeza budaya.

AKTIVITI 5.3

Apakah perbezaan antara norma dan nilai?

5.5.2 Implikasi Budaya dalam Konteks Hubungan


Peribadi
Populasi dunia terdiri daripada pelbagai bangsa yang menuturkan bahasa yang
berbeza dan mengamalkan adat dan cara hidup yang berlainan. Hari ini, kita
boleh melihat persahabatan yang biasa atau hubungan peribadi yang intim
bergantung pada kemampuan ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai budaya
yang berbeza berkomunikasi antara satu sama lain.

Perbezaan dalam masyarakat pelbagai budaya yang luas dan seterusnya


menjana pelbagai tafsiran dan jangkaan dalam proses perkongsian makna.
Budaya Barat menekankan individualisme dalam kehidupan, manakala
keperluan utama dalam membentuk hubungan peribadi dalam budaya Timur
adalah adat, tanggungjawab dan kesetiaan.
Budaya mempengaruhi bentuk dan kandungan mesej. Terdapat pelbagai
halangan dalam memahami komunikasi antara budaya. DeVito (2002), Wood
(2001), Beebe, Beebe & Redmund (1999) mengenal pasti beberapa faktor seperti:

(a) Wujud persamaan dalam individu daripada latar belakang budaya yang
berbeza. Keadaan ini mungkin menjadi lebih teruk apabila terdapat
kecenderungan untuk melihat dan menilai orang lain dari perspektif
budaya sendiri dan menganggap budaya sendiri sebagai yang terbaik,
positif dan semula jadi, yang dipanggil sebagai "etnosentrisme". Tahap
„etnosentrisme mempengaruhi tingkah laku komunikasi dalam individu,
kumpulan, komunikasi awam dan massa.

(b) Kemampuan kognitif memberi kesan apa dan bagaimana seseorang itu
membentuk persepsi.

(c) Bahasa pertuturan memberi kesan kepada mesej yang dihantar dan
menyebabkan interpretasi makna berbeza di antara budaya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KOMUNIKASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN  105

(d) Setiap budaya mempunyai cara penerimaan dan penglihatan yang berbeza
terhadap peranan seseorang. Persepsi yang mempengaruhi konstruk diri
terhadap stereotaip dan skema kognitif akan membawa kepada tindakan
tertentu, atribut atau bias terhadap budaya lain. Secara tidak langsung, ia
membentuk pandangan yang berbeza tentang matlamat yang dianggap
penting dalam kalangan pakar dalam budayanya.

(e) Stereotaip, prejudis dan salah anggap yang digunakan sebagai kriteria
dalam satu budaya yang berbeza akan menjadi batu penghalang kepada
komunikasi yang berkesan. Sebagai contoh, tanggapan terhadap bangsa,
nilai, rupa fizikal dan gender mempengaruhi komunikasi antara budaya.

(f) Kecenderungan untuk menilai seseorang secara negatif atau positif boleh
menyebabkan kegagalan untuk menerima dan memahami pemikiran dan
perasaan pihak-pihak yang berinteraksi dan menghalang komunikasi
antara pelbagai budaya.

AKTIVITI 5.4

1. Apakah globalisasi dalam konteks komunikasi antara budaya?

2. Apakah implikasi teknologi komunikasi terhadap hubungan


peribadi antara pasangan?

3. Terangkan kepentingan konsep-konsep berikut:


(a) Empati
(b) Grapevine

 Dalam konteks hubungan, komunikasi antara peribadi melibatkan


perkongsian emosi dengan orang lain. Empati, sebagai contoh, adalah
sangat penting dalam memahami perasaan orang lain ketika
berkomunikasi.

 Setiap tahap hubungan memerlukan pemahaman yang konsisten dalam


kalangan individu tanpa mengambil kira umur dan latar belakang budaya
mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 5 KOMUNIKASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN

 Sebelum seseorang dapat memahami emosi temannya, adalah penting


untuknya memahami dirinya terlebih dahulu.

 Sedar tentang faktor-faktor yang menimbulkan konflik menyebabkan


seseorang bertindak dengan objektif dan bukan berlandaskan emosi.

 Sebagai seorang manusia biasa, seseorang itu tidak boleh lari daripada
perasaan gembira, risau, marah, takut atau malu. Apa jua perasaan yang
seseorang itu miliki, ia mestilah dikawal dengan sebaik mungkin untuk
mengelakkan suatu persahabatan daripada terjejasnya.

 Dalam persekitaran tempat kerja, adalah lebih baik bagi seseorang yang
mampu untuk mengendalikan hubungan pekerjaan dan juga membentuk jati
diri yang kuat berbanding dengan orang yang gagal untuk mengadaptasi
hubungan di tempat kerja.

 Gabungan konsep komunikasi dan budaya bermakna komunikasi terjalin


antara individu yang berasal dari pelbagai budaya, kepercayaan, nilai dan
tingkah laku.

 Hakikatnya, budaya adalah pengaruh yang besar dalam menjelaskan.


Mempertahankan, mengubah dan menentukan corak komunikasi. Seseorang
boleh mendapat peluang untuk mempelajari budaya lain ketika proses
komunikasi.

 Pengetahuan, pemahaman dan penerimaan budaya lain secara tidak


langsung memudahkan proses komunikasi.

 Dalam komunikasi antara budaya, interaksi yang mudah boleh


menyebabkan kerumitan dan salah faham yang membawa kepada konflik
dalam hubungan. Disebabkan kegagalan untuk memahami, menghormati
dan sensitif terhadap budaya lain, seseorang boleh dianggap sebagai biadab.
Salah faham budaya orang lain boleh menyebabkan hubungan bermusuhan.
Seseorang mungkin kehilangan peluang untuk mewujudkan komunikasi
yang berkesan dalam konteks hubungan beliau dengan orang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KOMUNIKASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN  107

Antarabudaya Konflik
Budaya Media komunikasi
Hubungan peribadi Sistem komunikasi
Keperluan komunikasi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Komunikasi
6 Lisan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan maksud komunikasi lisan;
2. Menghuraikan dua jenis komunikasi lisan dan perbezaannya;
3. Menilai fungsi bahasa dalam mempengaruhi keberkesanan
komunikasi lisan; dan
4. Mengenal pasti halangan dalam membentuk komunikasi lisan yang
berkesan.

 PENGENALAN
Topik ini mendalami satu lagi aspek penting dalam menentukan komunikasi
yang berkesan. Aspek yang dimaksudkan di sini adalah komunikasi lisan dan
bukan lisan, kesannya terhadap hubungan manusia dan interaksi dengan
persekitaran. Perbincangan mengenai komunikasi lisan adalah tidak lengkap
tanpa mengambil kira aspek bahasa sebagai kod dalam mesej yang disampaikan.
Komunikasi lisan melibatkan budaya, jantina dan bahasa yang sesuai untuk
konteks komunikasi.

6.1 KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN


Komunikasi lisan merujuk kepada komunikasi yang diucap, manakala
komunikasi bukan lisan diperhatikan melalui mesej-mesej daripada gerak isyarat
dan tindakan yang ditunjukkan. Sebagai contoh, Armand menyatakan niatnya
untuk berjumpa dengan rakan-rakannya pada malam Sabtu dan meminta
kebenaran daripada ibu bapanya untuk menggunakan kereta ibunya.
Komunikasi yang berlaku di sini adalah komunikasi lisan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN  109

Kadang kala agak sukar untuk membincangkan komunikasi lisan dan bukan
lisan secara berasingan. Ini kerana kedua-dua perlakuan ini berlaku serentak
sewaktu kita berbicara. Sebagai contoh, jika Armand menulis nota kepada
ibunya tentang niatnya untuk meminjam kereta ibunya, komunikasi yang
digunakannya ini ialah komunikasi berbentuk tulisan tetapi tidak diucap.
Komunikasi bukan lisan berlaku apabila ibunya menunjukkan emosinya
menerusi ekspresi wajah seperti tersenyum atau marah. Ekspresinya akan
menentukan sama ada ibunya setuju atau sebaliknya tentang permintaannya itu.
Walau bagaimanapun, mesej yang disampaikan adalah bukan dalam bentuk
bahasa atau linguistik.

Apa yang jelas di sini ialah terdapat makna yang diberikan dan mesej yang
disampaikan oleh dua individu yang berinteraksi dalam komunikasi yang telah
berlaku. Mesej yang dihantar boleh dilihat dalam pelbagai keadaan. Dalam
ucapan yang diberikan pada satu majlis, orang yang bercakap dengan suara
yang tidak jelas pasti akan membuat pendengar berasa bosan. Dalam senario
tersebut, komunikasi mungkin tidak mencapai matlamatnya.

Pandangan dan teguran atau sapaan yang berterusan daripada seorang lelaki
kepada seorang wanita muda yang baru ditemuinya mungkin menunjukkan
bahawa lelaki tersebut menaruh minat kepada wanita berkenaan. E-mel
mungkin tidak difahami sepenuhnya oleh penerima sekiranya ia ditulis
menggunakan bahasa yang mengelirukan. SMS yang menggunakan banyak
singkatan mungkin disalahtafsirkan oleh penerima mesej.

Dalam hubungan bersemuka, isyarat lisan dan bukan lisan kerap berlaku. Isyarat
bukan lisan mempunyai pengaruh yang besar terhadap tanggapan pertama
kepada suatu keadaan. Dalam kebanyakan situasi, tanggapan atau persepsi
bukan lisan mungkin lebih diterima. Ini berlaku apabila seorang individu
menilai gaya antara peribadi, kredibiliti pemimpin atau maklum balas dengan
mengambil kira tafsiran berdasarkan kepada emosi dan perilaku.

Sebenarnya, komunikasi lisan dan bukan lisan adalah dua bentuk komunikasi
yang sering diamalkan dalam konteks komunikasi bersemuka atau sebaliknya.
Kedua-dua jenis komunikasi ini adalah berkait rapat antara satu sama lain.

Komunikasi lisan berlaku dalam bentuk pertuturan dan penulisan. Walau


bagaimanapun, kedua-duanya perlu dilihat dari perspektif yang berbeza. Dalam
perbincangan, komunikasi berlaku apabila pengucap berinteraksi dan ia berlaku
secara transaksional. Pertukaran maklumat dan penghantaran mesej dilihat
menerusi maklum balas antara kedua belah pihak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN

Dalam hubungan peribadi, pemilihan dan penggunaan bahasa mungkin adalah


bersahaja. Keadaan akan menjadi berbeza untuk ucapan dalam satu kumpulan
formal yang mana bahasa perlu diberi penekanan. Namun, maklum balas yang
diterima daripada khalayak mungkin membolehkan pengucap untuk mengubah
strateginya agar khalayak dapat menerima atau memahami dengan lebih baik
ucapan yang disampaikannya.

Dalam komunikasi lisan berbentuk tulisan, penerimaan mesej mungkin tidak


dapat dipastikan. Ini menyukarkan lagi penulis untuk memilih perkataan atau
ayat yang bersesuaian menggunakan tatabahasa dan nahu yang tepat untuk
difahami dengan mudah oleh orang yang membacanya.

AKTIVITI 6.1
Fikirkan satu situasi atau kejadian di keliling anda. Senaraikan bentuk
komunikasi lisan yang anda lihat.

6.2 SIMBOL DAN MAKNA DALAM


KOMUNIKASI LISAN
Komunikasi lisan ialah komunikasi yang berlaku antara individu yang memberi
penekanan kepada penggunaan bahasa sama ada menerusi penulisan atau
pertuturan dalam memberikan pendapat atau berkongsi makna dengan yang
lain. Komunikasi lisan juga dianggap sebagai komunikasi yang terbaik dalam
usaha untuk menyampaikan mesej kepada orang lain.

Dalam komunikasi lisan, terdapat simbol atau kod tertentu yang menerangkan
situasi, individu, atau suatu kejadian yang berlaku. Biasanya, simbol-simbol
yang dirujuk di sini adalah dalam bentuk huruf, nombor atau perkataan yang
menghasilkan suatu bahasa.

Sebagai contoh, perkataan „besar hati‰ dan „kecewa‰ dihasilkan melalui


gabungan huruf-huruf menghasilkan perkataan. Kedua-dua perkataan
menerangkan emosi atau perasaan. Setiap perkataan mempunyai makna yang
khusus dan berlaku dalam situasi tertentu.

Penggunaan kod dan simbol dalam komunikasi lisan membantu seseorang


dalam memahami, menginterpretasi makna atau melabel sesuatu yang dilihat,
didengar atau dibaca. Antara lain, seseorang mungkin mempunyai peluang
untuk membuat penilaian atau andaian dalam proses komunikasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN  111

Bahasa yang kita gunakan setiap hari adalah dalam bentuk kod komunikasi. Jika
A bertutur dalam bahasa Inggeris dengan B yang berpendidikan Cina, masalah
mungkin timbul kerana B mungkin tidak memahami bahasa Inggeris. Ini
bermaksud kod yang digunakan tidak sama dan komunikasi antara mereka
menjadi sukar. Ekspresi wajah B akan menunjukkan sama ada mesej tersebut
diterima atau sebaliknya.

SEMAK KENDIR 6.1

Apakah ciri-ciri simbol dalam komunikasi lisan?

Simbol tidak mempunyai perkaitan dengan apa yang dijelaskan secara


intrinsik. Hakikatnya, ia berubah mengikut masa. Simbol adalah abstrak dan
kabur (Wood, 2001).

Simbol-simbol digunakan secara meluas. Semua pengguna jalan raya faham


dengan warna merah, hijau dan kuning yang terdapat pada lampu isyarat di mana
sahaja mereka berada. Hari ini, ikon komputer seperti print , close, copy dan paste
difahami kerana ia menjelaskan tentang arahan-arahan tertentu kepada pengguna
komputer. Emotikon pula dicipta dalam komunikasi dalam talian. Selain itu
antara singkatan yang berkaitan komputer yang terkenal termasuklah WWW,
yang difahami sebagai World Wide Web , FAQ sebagai akronim untuk
Frequently Asked Questions dan mel elektronik yang lebih dikenali sebagai
e-mel.

Simbol mungkin memberikan makna yang tidak jelas apabila komunikasi


berlaku dalam konteks budaya yang berbeza. Makna yang tidak jelas bagi suatu
simbol itu menyebabkan salah faham dan merumitkan lagi komunikasi. Justeru,
adalah penting untuk seseorang menggunakan bahasa yang jelas dan konkrit
dari bahasa yang maknanya sukar untuk difahami atau diinterpretasi.

Makna-makna bahasa lisan adalah berbeza mengikut konteks dan hubungan


antara komunikator. Contohnya, Nana yang berkawan rapat dengan Zizi
berkata, „Jangan cuba nak tipu aku‰ atau „Berambus!‰ Perkataan tersebut
meskipun kasar, tidak mungkin akan dipandang serius oleh Nana. Namun, jika
Zizi mengatakan perkara yang sama kepada seorang sahabat atau teman baru
yang tidak rapat dengannya, pasti akan memberi kesan yang berbeza.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN

AKTIVITI 6.2

1. Bincangkan simbol-simbol lain dalam bahasa aplikasi


komputer yang boleh dikategorikan sebagai komunikasi lisan.
2. Berikan tiga contoh bahasa kiasan yang membawa makna
dalam bahasa Melayu.

6.3 FUNGSI KOMUNIKASI LISAN


Komunikasi lisan telah digunakan untuk tujuan memujuk, mengubah
pandangan seseorang terhadap sesuatu mengikut apa yang dikehendaki sejak
era Aristotle lagi.

Sebagai seorang komunikator (sumber), penting untuk mereka mempunyai


kefasihan dan kelancaran ketika berucap di hadapan khalayak. Ini dikenali
sebagai retorik. Ucapan lisan menggunakan bahasa untuk mempengaruhi
proses komunikasi kerana bahasa mempunyai fungsi-fungsi berikut:
(a) Menerangkan makna mesej yang tersurat dan yang tersirat;
(b) Membantu menguasai realiti komunikasi yang berlaku;
(c) Membolehkan proses berfikir, menginterpretasi dan memilih;
(d) Membentuk atau mengelakkan pembentukan hubungan menerusi
komunikasi;
(e) Membentuk identiti atau identiti sosial individu;
(f) Membantu mencari dan berkongsi maklumat;
(g) Menyesuaikan diri dengan situasi dalam pelbagai konteks komunikasi; dan
(h) Memantau proses komunikasi yang berkesan.

Dalam membincangkan sesuatu secara lisan, penggunaan bunyi dan makna


boleh ditafsirkan secara berasingan. Ini boleh dinilai semasa mesej disampaikan.
Sebagai contoh, „ Saya tidak bersetuju dengan pendapat awak‰.

Dari segi perkataan, kita akan mengandaikan bahawa seseorang itu


membangkang pendapat orang lain. Namun, jika kita mendengar
pengucapannya dengan teliti, kita akan faham mesej sebenar yang cuba
disampaikannya. Jika pengucapannya disampaikan dengan nada yang kasar,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN  113

diikuti dengan perlakuan tertentu, kita mungkin mengetahui mesej sebenar yang
tersirat dalam ucapannya.

Dengan menggunakan bahasa, kita juga dapat membentuk situasi yang kita
inginkan. Situasi tersebut mungkin suatu keadaan yang menggembirakan atau
sebaliknya. Dengan bahasa juga kita mampu memperdayakan orang lain.

Bahasa juga mengandungi perkataan-perkataan yang menguji minda seseorang.


Selain itu, bahasa juga menggalakkan kita untuk berfikir secara rasional dan
logik.

Bahasa mempunyai makna yang unik dan spesifik mengikut apa yang ingin kita
katakan. Bahasa yang digunakan ketika berkomunikasi membolehkan seseorang
untuk mengubah struktur ayat mengikut keperluan dan kehendaknya.

6.4 ASPEK SINTAKS, SEMANTIK DAN


PRAGMATIK DALAM BAHASA
Terdapat pelbagai pendapat tentang kepentingan bahasa dalam komunikasi.
Penjelasan yang paling mudah ialah bahasa telah dibentuk untuk menerangkan
konsep-konsep yang kompleks dan abstrak. Bahasa juga digunakan untuk
memperdaya atau mempengaruhi seseorang. Bahasa yang digunakan
seharusnya difahami bagi memudahkan komunikasi dalam kehidupan peribadi.
Bagaimana bahasa digunakan dan difahami oleh penerima akan mempengaruhi
perhubungan dan persahabatan.

Terdapat tiga aspek utama yang menyumbang kepada komunikasi lisan dan
bukan lisan ialah sintaks, semantik dan pragmatik.

6.4.1 Sintaks
Sintaks adalah pengajian bahasa yang berkaitan dengan susunan atau aturan
perkataan yang digunakan untuk berinteraksi. Ia merujuk kepada peraturan atau
sistem yang perlu diikuti dalam penggunaan bahasa. Nahu memberi makna
kepada bahasa. Sebagai contoh, jika ayat, „Mari kita pergi jalan-jalan‰,
diterbalikkan kepada „Jalan-jalan pergi kita mari‰, sudah pasti kita tidak akan
memahami ayat tersebut kerana ia mengelirukan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN

6.4.2 Semantik
Semantik adalah perkongsian makna. Semantik merujuk kepada hubungan atau
perkaitan antara perkataan dengan perasaan, idea dan konteks tertentu.

Makna boleh dilihat dalam dua bentuk, iaitu makna denotatif dan makna
konotatif.
(a) Denotatif ialah perkataan yang mempunyai makna yang konkrit dan
boleh dilihat, ditemui atau dirujuk dalam kamus. Makna-maknanya telah
diterima umum.
(b) Konotatif adalah abstrak dan merujuk kepada makna yang agak
tersendiri. Kadang kala, makna konotatif ini diselindungkan atau
dikaitkan dengan emosi, perasaan atau pengalaman. Justeru, perkataan
yang mempunyai aspek konotatif sering kali menimbulkan masalah
kerana kewujudan elemen yang melibatkan emosi dan perasaan. Ini dapat
dilihat dalam beberapa contoh seperti „kebebasan‰, „penyingkiran‰ dan
„hak asasi‰. Perkataan sedemikian biasanya digunakan oleh mereka
semasa membuat protes atau demonstrasi jalanan. Slanga-slanga yang
digunakan oleh kumpulan tertentu juga mempunyai aspek konotatif.

6.4.3 Pragmatik
Pragmatik merujuk kepada bagaimana bahasa digunakan untuk berinteraksi. Ia
menjangkaui urutan nahu (grammar) dan makna perkataan. Tumpuannya ialah
tentang bagaimana menggunakan ayat semasa berkomunikasi. Aspek pragmatik
bahasa juga dikenali sebagai tingkah tuturan (speech act).

Apakah kepentingan aspek pragmatik? Ia melibatkan penggunaan ayat,


perkataan dan bahasa di tempat yang sepatutnya bagi tujuan tertentu seperti
menyoal, memuji, mengugut dan sebagainya.

Dalam keadaan tertentu, bahasa digunakan untuk mencapai tujuan yang


dikehendaki seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN  115

Rajahe 6.1: Tujuan menggunakan bahasa

(a) Latar Belakang Budaya


Komunikasi antara individu berlaku berdasarkan kepada norma-norma
yang diwujudkan oleh suatu komuniti atau kumpulan. Ini kerana budaya
atau situasi kadang kala berbeza. Sebagai contoh, cara kita bercakap
dengan kanak-kanak dan cara kita berkomunikasi dengan rakan-rakan
adalah berbeza. Sama juga apabila kita berkomunikasi dengan suami/isteri
dan rakan sekerja.

(b) Imej
Menonjolkan diri dalam kumpulan yang berinteraksi antara satu sama lain
adalah dianggap penting. Ini adalah supaya orang selesa dari segi
pembentangan atau penerimaan idea.

(c) Hubungan
Terdapat perbezaan dalam bahasa yang digunakan antara seorang individu
dengan yang lain. Sebagai contoh, kasihan atau kasih sayang pastinya
dinyatakan secara berbeza antara kenalan lama dan baru, adik beradik, ibu
bapa, rakan-rakan, kekasih dan pasangan suami isteri.

(d) Situasi
Tempat yang berbeza memerlukan kita untuk menggunakan cara
berkomunikasi yang berbeza. Sebagai contoh, komunikasi di pejabat, di

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN

majlis hari jadi, dalam kalangan ahli politik, dalam masjid, di majlis
keramaian, kematian dan sebagainya. Peristiwa yang berbeza memerlukan
cara pertuturan yang berbeza agar komunikasi bersesuaian bagi setiap
situasi tersebut.

(e) Tingkah Tuturan


Ini merujuk kepada tujuan komunikasi dan bagaimana untuk memujuk,
memuji, menyatakan rasa kasihan atau marah terhadap seseorang atau
sesuatu.

(f) Konteks dan Kandungan


Apa yang dituturkan berbeza antara seseorang individu dengan individu
yang lain. Artis yang terlibat dalam filem dan teater adalah berbeza
daripada ahli falsafah, ahli psikologi, doktor dan tokoh korporat. Yang
pastinya, terdapat pelbagai peringkat kandungan komunikasi untuk
kumpulan individu yang berbeza.

SEMAK KENDIRI 6.2


Apakah makna aspek bahasa sintaks, semantik dan pragmatik?
Bagaimana kita boleh mengaplikasikannya dalam komunikasi lisan
dan bukan lisan?

6.5 MENINGKATKAN KEBERKESANAN MESEJ


Menggunakan bahasa dalam komunikasi meliputi aspek semantik, sintesis dan
pragmatik. Walaupun ketiga-tiganya adalah sama penting, komunikator yang
baik sering memberi tumpuan kepada faktor pragmatik. Ini kerana aspek
pragmatik menggambarkan kemahiran kita menggunakan sesuatu ayat. Sejauh
mana tahap pragmatik wujud bergantung pada pengalaman, kepekaan dan
latihan yang diperoleh. Selain itu, konteks komunikasi juga mestilah diberi
penekanan kerana seseorang individu mungkin bertutur atau berkomunikasi
secara lisan atau bukan lisan dalam gaya bahasa yang sama dalam setiap situasi.

Satu lagi aspek penting dalam komunikasi lisan dan bukan lisan ialah kemahiran
retorik dalam bahasa dan pembentukan frasa-frasa dan parafrasa yang sesuai
dengan konteks komunikasi itu. Kemahiran semantik yang tinggi membolehkan
kita membentuk dan menghantar idea dan pemahaman baru dari aspek
kontekstual dan konseptual suatu mesej.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN  117

6.6 FUNGSI BAHASA


Anda mungkin pernah dengan pepatah Melayu ini, „ Yang baik itu budi,
yang indah itu bahasa. Apakah kaitannya dengan komunikasi lisan?

Bahasa sering kali dianggap bersifat neutral dan tidak akan menimbulkan
masalah dalam komunikasi. Bahasa digunakan dalam aktiviti seperti bertukar-
tukar pendapat, menonton televisyen, mendengar radio, belajar, membaca surat
khabar atau menghantar dan menerima mesej menerusi e-mel. Bahasa mungkin
membawa ketenteraman kepada sesebuah negara dengan menyelesaikan konflik
atau menyebabkan sesebuah negara itu berperang. Bahasa selalunya dianggap
remeh dan tidak penting walaupun adakalanya ia mampu mempengaruhi fikiran
dan perasaan, yang kemudiannya mempengaruhi tindakan seseorang.

Bahasa adalah alat komunikasi yang penting. Tanpa bahasa, ia adalah sukar
untuk kita meneruskan kehidupan seharian. Bahasa adalah sistem atau lambang,
bukti atau simbol yang menjelaskan perasaan, idea dan makna. Bahasa juga
menyatakan inti pati pemikiran terutama dalam komunikasi, sama ada secara
lisan atau bukan lisan. Bahasa melibatkan sintaks, tatabahasa, perkataan, bunyi
dan makna. Melalui bahasa yang betul, mesej boleh difahami dan dihantar
kepada penerima. Seseorang yang menguasai bahasa mempunyai kelebihan
berbanding orang lain.

Komunikasi yang berkesan boleh dicapai menerusi bahasa yang baik dengan
makna yang jelas. Dalam kata lain, tanpa bahasa, komunikasi lisan dan bukan
lisan mungkin tidak mempunyai apa-apa makna.

Umumnya, bahasa digunakan dalam komunikasi antara orang ramai


mempunyai fungsi-fungsi berikut:

(a) Memperoleh dan Berkongsi Maklumat


Bahasa adalah penting untuk proses pertukaran maklumat. Ia
membolehkan seseorang membentuk kategori dan mentafsir situasi yang
berlaku di sekitarnya. Juga, melalui bahasa, maklumat boleh diperoleh
dengan menjelaskan, menggambarkan, menyatakan dan menunjukkan
maklumat yang telah diperoleh dan menyampaikannya kepada orang
lain. Perkongsian maklumat melalui bahasa adalah sangat penting. Di
sinilah letaknya bukti kepentingan bahasa dalam komunikasi. Bahasa
yang difahami membolehkan komunikasi yang berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN

(b) Menceriakan Suasana


Dalam situasi yang tegang, bahasa digunakan untuk menceriakan suasana,
seperti berbual-bual, menulis surat, bercakap atau bertutur. Dengan
berinteraksi, kita mampu mengubah situasi di samping meningkatkan
keyakinan diri.

(c) Mengawal dan Meluahkan Emosi


Bahasa digunakan untuk meluahkan perasaan. Seseorang yang mengalami
tekanan mungkin meluahkan perasaannya dengan menjerit sekuat hati
atau berkongsi masalahnya dengan berdoa, menulis atau bercerita untuk
mengurangkan beban.

(d) Menyampaikan Maksud yang Tersurat dan Tersirat


Apa yang tersimpan dalam lubuk hati anda boleh ditunjukkan dengan jelas
menggunakan bahasa yang baik dan suara yang jelas. Pada masa yang
sama, penggunaan parabahasa boleh mengaburkan makna sebenar sesuatu
ayat atau kebenaran. Penggunaan bahasa sedemikian biasanya mempunyai
objektif tertentu seperti mengelakkan diri daripada menyakiti perasaan
mana-mana pihak yang sedang berkomunikasi.

(e) Merapatkan atau Menjarakkan Hubungan


Bahasa yang ramah bunyinya atau mesra nadanya membantu seseorang
menjalinkan hubungan. Jika kita menyukai seseorang, kita akan
menghubunginya untuk bertanyakan khabar, menghantar e-mel atau berbual
untuk merapatkan lagi perhubungan dan berinteraksi antara satu sama lain.
Walau bagaimanapun, jika seseorang itu tidak disukai, orang akan cuba
untuk mengelakkan diri daripada bercakap dengannya.

(f) Membentuk Imej dan Identiti Diri


Kesopanan bahasa mencerminkan identiti diri seseorang. Dengan kata lain,
kita berupaya mengenali watak seseorang dengan melihat bagaimana dia
berkomunikasi dan menggunakan bahasa.

(g) Mengawal Tingkah Laku atau Keadaan


Bahasa boleh mempengaruhi, membentuk peraturan, memujuk atau
mengawal persepsi atau penerimaan oleh orang lain. Dalam kebanyakan
keadaan, bahasa mempengaruhi keadaan. Mesej dalam bahasa ditafsirkan
dalam pelbagai konteks penerimanya. Bahasa juga adakalanya boleh
menimbulkan konflik apabila ia disalahtafsirkan.

(h) Memantau Proses Komunikasi


Bahasa membolehkan kita membincangkan apa yang dikatakan oleh orang
lain tentang topik tertentu, dan pada masa yang sama memantau makna

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN  119

yang ingin kita perkatakan. Bahasa juga menjadi medium untuk proses
komunikasi yang berkesan dan mengawal proses komunikasi.

6.7 KOMUNIKASI LISAN YANG BERKESAN


Dalam aktiviti berkomunikasi, kita pastinya mahukan khalayak menerima apa
yang kita katakan. Walau bagaimanapun, pelbagai halangan boleh wujud dalam
proses penyampaian mesaj kepada penerima.

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada keberkesanan komunikasi


lisan. Untuk memastikan komunikasi lisan yang berkesan, beberapa aspek perlu
dipertimbangkan:

(a) Memastikan bahawa simbol dan bahasa yang digunakan memberi makna
yang tepat, sesuai dan jelas agar ia mudah difahami. Ini kerana simbol dan
bahasa memberi makna yang berbeza dalam konteks dan situasi budaya
yang berbeza-beza. Perbezaan budaya dan pengalaman kehidupan
memberikan interpretasi serta tanggapan yang berbeza dalam kalangan
orang ramai. Walaupun ia adalah sukar untuk seseorang mengelakkan
salah faham yang timbul dalam komunikasi lisan, penggunaan bahasa
yang baik akan membantu mengurangkan kekeliruan tersebut.

Kesesuaian bahasa dalam komunikasi seharusnya dipertimbangkan kerana


terdapat situasi tertentu yang memerlukan penggunan bahasa tertentu.
Bercakap dengan presiden bagi sebuah syarikat antarabangsa atau ucapan
awam yang memerlukan bahasa formal tentu berbeza jika dibandingkan
perbualan di dalam kedai kopi bersama kawan-kawan sekampung.
Komunikasi antara peribadi biasanya berlaku secara tidak formal.

Mesej menerusi bahasa yang diselitkan unsur jenaka menjadikan


komunikasi lisan lebih menarik jika dibandingkan dengan perbualan yang
serius. Mesej yang mempunyai kesan yang kuat boleh meninggalkan kesan
jangka panjang dalam memori penerima.

(b) Kesahihan sumber boleh ditakrifkan sebagai penerimaan terhadap


kebenaran sumber komunikasi dalam situasi komunikasi yang
diwujudkan.

Dalam konteks ucapan, sebagai contoh, kepakaran sumber maklumat


meningkatkan kesahihan maklumat tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN

Dalam ucapan atau syarahan awam, sumber yang sah adalah penting kepada
khalayak. Jika khalayak bertanyakan soalan yang tidak boleh dijawab oleh
pengucap, khalayak akan berasa ragu tentang kredibiliti pengucap tersebut.

Walaupun mampu bertutur di depan khalayak, kepakaran sumber tidak mampu


memastikan keberkesanan mesej yang disampaikan. Sumber mestilah boleh
dipercayai oleh khalayaknya.

Tanggapan „boleh diterima dan dipercayai‰ bergantung pada sejauh mana


sumber dianggap tidak mempunyai niat tersembunyi. Seorang agen pemasaran
mempromosikan produk yang dianggap tidak boleh dipercayai jika promosi
yang beliau lakukan tidak logik, tidak boleh diterima atau dianggap sebagai
terlalu memaksa. Perkara yang sama boleh dikatakan tentang politik. Orang
ramai akan hilang kepercayaan terhadap calon sesebuah parti jika dia
mempunyai reputasi buruk kerana suka menaburkan janji-janji palsu atau
mempunyai skandal hubungan sulit.

Sejauh mana seseorang itu mempersembahkan dirinya secara berkesan boleh


membantunya untuk menguasai khalayaknya. Komunikator yang dinamik
mampu untuk menghantar mesej dengan yakin, bersemangat, lantang, tegas dan
berterus terang.

Karisma atau daya tarikan adalah salah satu faktor yang boleh menyumbang
kepada keberkesanan komunikasi. Karisma tidak berkaitan dengan paras rupa
atau ciri-ciri fizikal seorang komunikator. Namun, ia berkaitan dengan
kemampuan bertuturnya, latar belakang dan ideologinya.

Seorang komunikator yang mampu mempengaruhi khalayaknya akan


menguasai proses komunikasi yang lancar dan perhatian penuh dari
khalayaknya.

6.8 HALANGAN DALAM KOMUNIKASI


Terdapat banyak halangan yang menyebabkan komunikasi lisan kurang
berkesan. Bahasa yang digunakan boleh disalahertikan dan berubah menjadi
konflik komunikasi yang sukar untuk dibendung.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN  121

Beberapa sebab yang menghalang komunikasi lisan termasuklah:

(a) Penerimaan atau andaian bahawa bahasa hanya mempunyai satu makna
tertentu
Kesukaran dalam memahami bahasa atau salah faham maksud boleh
menyebabkan komunikasi kurang berkesan. Dalam komunikasi, seseorang
seharusnya sensitif terhadap penerima mesej. Mereka perlu mengkaji
konteks di mana komunikasi lisan digunakan agar maksudnya difahami,
diterima dan ditafsirkan seperti yang disampaikan.

(b) Perbezaan budaya


Bahasa dalam komunikasi lisan memberi mesej yang berbeza dalam
budaya yang berbeza. Bahasa yang generik hanya difahami oleh orang
tertentu sahaja.

Dalam budaya konteks rendah seperti yang diamalkan di AS, apa yang
diucapkan menjadi tujuan ia dikomunikasikan dan menepati apa yang
dimaksudkan oleh komunikator. Pendekatan dan makna adalah jelas.
Malahan, tiada maksud tersirat di sebalik mesej.

Ia adalah berbeza dengan budaya konteks tinggi di mana situasi yang


bertentangan berlaku dalam budaya konteks tinggi, apa yang
dikomunikasikan diinterpretasi menurut konteks yang diamalkan. Dalam
konteks budaya, apa yang terjadi dalam komunikasi mengambil kira
perasaan dan tanggapan yang tersirat. Walaupun bahasa sesuatu bangsa
itu boleh difahami dan diaplikasikan, kegagalan untuk menyesuaikan
bahasa tersebut kepada amalan budaya etnik boleh menimbulkan masalah
dalam komunikasi lisan. Berkomunikasi dengan seseorang yang telah
berumur seperti seorang ibu saudara, kakak, datuk atau nenek juga
memerlukan penggunaan bahasa yang sesuai. Oleh itu, banyak faktor perlu
dipertimbangkan dalam komunikasi lisan dalam konteks budaya yang
berbeza. Kegagalan untuk memahami atau menyesuaikan komunikasi
dengan amalan budaya sering kali membawa kepada salah faham.

(c) Gagal mengambil kira perbezaan individu


Perbezaan antara individu boleh dilihat dari latar belakang peribadi,
bangsa, etnik, amalan budaya dan jantina.

Banyak kajian telah mengenal pasti perbezaan antara lelaki dan wanita.
Walau bagaimanapun, terdapat stereotaip terhadap jantina yang menjadi
halangan dalam komunikasi lisan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN

AKTIVITI 6.3

1. Apakah maksud konsep-konsep berikut?


(a) Mesej tersirat (Metamessages)
(b) Parabahasa (Paralanguage)

2. Terangkan tiga sebab mengapa bahasa dianggap sebagai bersifat


simbolik?

 Menggunakan bahasa dan menyesuaikannya dalam komunikasi lisan, sama


ada dalam pertuturan atau penulisan, bermakna memilih bahasa atau simbol
yang diadaptasi mengikut penggunaan, keperluan dan situasi yang khusus.

 Bahasa adalah sangat penting kerana ia merupakan satu sistem simbol yang
digunakan dalam komunikasi.

 Bahasa digunakan untuk menerangkan, menjelaskan, melabel dan


membincangkan perkara tertentu. Mesej menerusi bahasa akan menjadi lebih
bermakna sekiranya seseorang boleh mengatasi kelemahan dalam bahasa
ketika digunakan dalam pelbagai konteks komunikasi.

 Kesannya, bahasa boleh dipelajari dan digunakan secara kreatif dalam


komunikasi lisan. Seseorang yang berkomunikasi secara lisan perlu sedar
bahawa bahasa yang digunakan mempunyai sebab dan akibatnya.

 Pemilihan bahasa dan stail komunikasi lisan mempunyai hubungan yang


rapat dengan tanggapan penerima terhadap seseorang individu. Jika anda
menggunakan perkataan yang menyinggung perasaan atau tidak sopan atau
kasar, ini akan mempengaruhi tanggapan dan pendapat seseorang terhadap
anda.

 Individu yang berkomunikasi secara lisan atau dalam bentuk penulisan perlu
menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan masa dan situasi serta
kepentingannya menghasilkan komunikasi yang berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KOMUNIKASI LISAN  123

Bahasa Semantik
Komunikasi lisan Sintaks
Pragmatik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Komunikasi
7 Bukan Lisan

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep komunikasi bukan lisan;
2. Mengenal pasti lapan jenis isyarat dalam komunikasi bukan lisan;
3. Menerangkan ciri dan fungsi komunikasi bukan lisan;
4. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi komunikasi bukan
lisan; dan
5. Menyenaraikan kekuatan komunikasi bukan lisan.

 PENGENALAN
Terdapat banyak kajian yang dilaksanakan tentang komunikasi bukan lisan dan
kesannya terhadap proses komunikasi. Seseorang berupaya menyampaikan
reaksinya kepada orang lain tanpa menyuarakan apa-apa dan ia berlaku tanpa
disedarinya. Kita boleh lihat bahawa kebanyakan tindakan dan perasaan
seseorang dipaparkan oleh tingkah lakunya semasa dia sedang berinteraksi.
Kajian mengenai komunikasi bukan lisan telah membuktikan bahawa 65%
pengertian interaksi antara orang ramai datang daripada komunikasi bukan
lisan. Topik ini akan membincangkan ciri-ciri komunikasi bukan lisan serta
kepentingannya, implikasi dan cabaran pada komunikasi yang berkesan.

Sebelum kita meneruskan, apakah yang anda faham dengan komunikasi bukan
lisan? Mari kita ketahui jawapannya dengan membaca topik ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KOMUNIKASI BUKAN LISAN  125

7.1 MENGENAL KOMUNIKASI BUKAN LISAN


Kesan komunikasi kadang-kadang sukar untuk difahami. Sebagai contoh, dalam
konteks tempat kerja sendiri, kadang-kadang kita boleh rasa apabila kehadiran
atau cadangan kita dalam perbincangan diabaikan. Misalnya, tindakan Ramu
menyuarakan pendapatnya dalam mesyuarat tidak dipedulikan oleh Encik Syed
iaitu bosnya. Ramu akan merasakan bahawa dia tidak disukai oleh pegawai
atasannya, manakala bosnya menganggap tindakan beliau sebagai biadap kerana
menyatakan pendapatnya dengan kuat.

Kita sering kali berfikir bahawa komunikasi sebagai mesej yang dihantar
menerusi ucapan atau penulisan. Komunikasi bukan lisan, dari sudut lain,
dilihat dalam tingkah laku seseorang individu. Ia adalah dalam bentuk maklum
balas, berbeda dengan komunikasi lisan.

Wood (2001), Gamble & Gamble (2002), Trenholm & Jensen (1998) dan ramai lagi
mengemukakan definisi-definisi mereka tentang komunikasi bukan lisan. Secara
umum, semua bentuk komunikasi dengan tujuan untuk menyampaikan mesej
atau maklum balas tanpa perkataan adalah komunikasi bukan lisan. Suara yang
sedih, wajah yang masam, senyuman yang sinis, cara berpakaian, perhiasan
peribadi, cara duduk atau berdiri, isyarat tangan dan jarak dari orang lain
semasa bercakap; semua ini mengukuhkan mesej dalam komunikasi.
Komunikasi bukan lisan yang dipaparkan menerusi tingkah laku, sifat dan objek,
selain daripada kata-kata, memberi makna sosial (Seiler & Beall, 2002).

Komunikasi bukan lisan mempunyai pelbagai fungsi. Ia boleh menyampaikan


sesuatu mesej sama ada secara disengajakan atau sebaliknya. Komunikasi lisan
digunakan ketika bercakap dengan seseorang atau dalam suatu kumpulan.
Makna perkataan yang digunakan dikukuhkan dan dijelaskan menerusi nada
suara, ekspresi wajah dan reaksi isyarat semasa menyampaikan suatu mesej.
Menghadiri mesyuarat pertama, atau konsert penghibur solo, atau mendengar
pembentangan kuliah memberikan implikasi tertentu kepada komunikator atau
penyanyi. Sebagai contoh, Adli boleh dianggap sebagai seorang penceramah
yang pandai menghiburkan pendengar. Manakala Nasir, seorang penyanyi yang
terkenal, boleh dianggap sebagai pengacara konsert yang membosankan. Oleh
itu, persepsi adalah berkait rapat dengan komunikasi bukan lisan.

Walau bagaimanapun, komunikasi bukan lisan juga boleh mengubah makna


sebenar komunikasi. Ia boleh menimbulkan kekeliruan atau mengaburi makna
sebenar dalam komunikasi. Seseorang yang prihatin pada isyarat bukan lisan
akan memahami apa yang dikatakan dan pada masa yang sama dapat
menghuraikan perhubungan yang wujud.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 7 KOMUNIKASI BUKAN LISAN

AKTIVITI 7.1

Apakah maksudnya apabila lampu isyarat bertukar kepada lampu


hijau ketika memandu di jalan raya? Berikan contoh-contoh lain
komunikasi bukan lisan di sekitar anda.

7.2 ISYARAT DALAM KOMUNIKASI BUKAN


LISAN
Bahasa digunakan untuk menyatakan dengan jelas makna dalam kandungan
sesuatu mesej. Dalam kebanyakan interaksi bukan lisan, simbol-simbolnya
terdapat dalam pelbagai bentuk. Apa yang jelas ialah, setiap corak atau kiu (cue)
tingkah laku bukan lisan perlu ditafsirkan maknanya. Rajah 7.1 menyenaraikan
lapan jenis isyarat dalam komunikasi bukan lisan.

Rajah 7.1: Isyarat-isyarat komunikasi bukan lisan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KOMUNIKASI BUKAN LISAN  127

(a) Kinesics
Pergerakan badan dan apa yang boleh dilihat pada wajah menggambarkan
seribu makna. Tingkah laku yang ditunjukkan memberitahu orang lain
pelbagai perkara tentang seseorang itu. Ini termasuklah perasaan, emosi
dan tujuan sesuatu dilakukan.

Anggukan kepala, gerakan bibir atau pandangan bermakna mampu


mempengaruhi perasaan seseorang. Mata mampu menyatakan kebencian,
kesungguhan, kemarahan, kasih sayang, kebimbangan atau juga kebosanan.

Banyak makna tersurat atau tersirat boleh difahami dengan meneliti muka
orang yang sedang berinteraksi dengan kita. Dalam sesetengah keadaan, ia
adalah sukar bagi seseorang untuk mengawal ekspresi mukanya sendiri.

Isyarat yang menunjukkan bahawa seseorang itu tidak mahu diganggu


juga boleh diperhatikan pada wajah seseorang. Apabila seseorang
menunjukkan keramahan atau wajah yang tersenyum, maka persepsi kita
adalah bahawa dia mempunyai sikap yang terbuka dan boleh dibawa
berbincang. Seorang bapa yang memalingkan mukanya atau sengaja tidak
mempedulikan anaknya, menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang
sukar untuk dibawa berunding.

Ekspresi wajah boleh dikenal pasti dengan mudah apabila ia berlaku secara
spontan dan reaksi sedemikian biasanya berlakunya dalam beberapa saat
sahaja. Walau bagaimanapun, ekspresi wajah ini boleh juga sengaja dibuat-
buat mengikut keadaan atau situasi.

Ekspresi wajah bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari tetapi ia lahir


dengan sendiri dari naluri dan emosi. Melalui pengamatan air muka, kita
boleh mempelajari sama ada seseorang itu bercakap benar atau sebaliknya.
Sekiranya ekspresi wajahnya adalah bertentangan dengan apa yang
dikatakan, maka kita tahu bahawa individu tersebut tidak bercakap benar.
Namun, jika kita dapati wajahnya merah padam, ia menunjukkan bahawa
individu tersebut cuba untuk menyembunyikan perasaan sebenarnya.

Ringkasnya, riak wajah dan ekspresi wajah akan menentukan sama ada
komunikasi yang dibina antara dua individu akan mesra pada pertemuan
pertamanya atau sebaliknya.

Ada wajah yang menunjukkan dengan jelas sama ada individu tersebut
gembira, marah atau penuh dengan rasa kebencian, dan sebagainya.
Sebagai contoh, seorang wanita yang sering melihat lelaki lain akan
menyebabkan teman lelakinya berasa cemburu dan ini akan ditunjukkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 7 KOMUNIKASI BUKAN LISAN

pada ekspresi wajahnya yang tidak gembira. Ekspresi wajah sedemikian


berlaku secara spontan tanpa disedari oleh teman lelakinya itu.

Terdapat keadaan di mana seseorang itu mampu mengubah mimik


mukanya yang lain secara spontan. Pelakon misalnya sangat pandai
berbuat demikian. Terdapat juga individu yang menunjukkan emosi
mereka tanpa menyedarinya.

Sesetengah individu tidak pandai menunjukkan emosi menerusi ekspresi


wajah. Golongan ini sangat sukar untuk dikenal pasti perasaannya kerana
ekspresi wajah mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi. Selain
daripada golongan ini, terdapat juga golongan yang menunjukkan ekspresi
wajah yang berbeza dengan emosi atau situasi sebenar. Sebagai contoh,
seseorang itu tersenyum walaupun pada hakikatnya dia sedang bersedih.

Gerak mata juga adalah antara isyarat komunikasi bukan lisan. Pergerakan
mata seseorang dan pandangannya mempunyai makna-makan tertentu
yang boleh diterjemahkan oleh individu yang melihatnya.

Dengan memberikan isyarat mata tertentu, kita boleh mengetahui sama ada
seseorang itu suka atau tidak suka tentang sesuatu perkara. Isyarat ini
mampu melahirkan perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-
kata. Sebagai contoh, apabila kita melihat suatu peristiwa yang
mengejutkan atau tidak dijangkakan, reaksi mata diiringi dengan wajah
terkejut pasti kelihatan. Reaksi sebegini berlaku secara spontan.

Mata juga berkemampuan memberi jawapan terhadap banyak persoalan


yang timbul. Adakalanya mereka juga menyembunyikan perasaan sebenar
yang dirasai. Keadaan ini sering kali berlaku apabila seseorang itu cuba
untuk menyembunyikan kesalahan yang telah dibuat. Melihat ke arah lain
misalnya mungkin menggambarkan perasaan bersalah.

AKTIVITI 7.2
Dalam keadaan bagaimanakah anda pernah melihat eskpresi wajah
yang tidak menggambarkan emosi sebenar seseorang itu?

(b) Penampilan Fizikal


Ciri-ciri fizikal seseorang dan penampilannya boleh membentuk tanggapan
pertama kita terhadap seseorang individu. Contohnya, ketinggian, berat
badan, warna kulit, bentuk badan, jantina, saiz, warna mata, rambut dan
bentuk wajah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KOMUNIKASI BUKAN LISAN  129

Berdasarkan kepada semua ciri ini, kita sering membentuk stereotaip


terhadap orang. Pada masa yang sama, stereotaip ini sering kali dikukuhkan
oleh budaya dan media. Masyarakat sering mengambil kira penampilan
fizikal sebagai faktor utama apabila menilai orang lain.

Bentuk fizikal sering kali berkait rapat dengan budaya. Apa yang dianggap
sebagai satu bentuk yang ideal adalah berbeza mengikut budaya.

AKTIVITI 7.3
Berikan beberapa contoh stereotaip terhadap penampilan fizikal
yang anda tahu.

(c) Artifak (objek)


Artifak boleh menunjukkan identiti seseorang dari segi jantina, gaya,
situasi, agama, patriotisme, profesionalisme, personaliti, status dan minat.

Cara berpakaian juga berkaitan dengan status seseorang dan imej. Seorang
wanita yang memakai pakaian yang cantik dan aksesori peribadi seperti
rantai leher, gelang, cincin dan kasut bertumit tinggi dengan gincu dan
bedak muka serta alis mata yang diwarnakan menunjukkan imej tertentu
kepada khalayak. Seseorang yang mahu menunjukkan imej profesionalnya
mungkin mengenakan sut berwarna gelap apabila bertemu dengan
pelanggan. Seseorang yang berhasrat untuk menghadiri majlis
penyampaian anugerah akan memakai pakaian yang berjenama.

Artifak juga sering kali digunakan untuk menunjukkan identiti sesebuah


negara. Simbol-simbol nasional atau bendera digunakan untuk menghiasi
dewan apabila pemimpin negara memberikan ucapan.

Kita juga sering melihat seseorang menghias dinding pejabatnya dengan


anugerah, gambar atau pingat-pingat keberanian yang diterima untuk
menunjukkan status atau sebagai kenangan. Semua bentuk artifak digunakan
dengan tujuan untuk mengkomunikasikan mesej-mesej bukan lisan.

AKTIVITI 7.4
Songket adalah artifak kebudayaan Melayu yang semakin dilupakan
oleh generasi masa kini. Ia merupakan hasil tenunan benang emas oleh
wanita di Pantai Timur. Ia dipakai oleh golongan istana pada masa lalu.
Apakah artifak lain yang anda ketahui?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 7 KOMUNIKASI BUKAN LISAN

(d) Haptics (sentuhan)


Haptics atau sentuhan, adalah satu bentuk primitif komunikasi bukan lisan
yang menyampaikan makna dalam perhubungan.

Setiap individu mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap haptic.


Reaksi seseorang juga adalah berbeza apabila disentuh. Sentuhan yang
dianggap biasa oleh seseorang individu, mungkin dianggap sebagai biadap
atau tidak sopan kepada orang lain. Sentuhan yang dianggap biasa
sekiranya dilakukan dengan ketiadaan orang lain, dianggap sebagai
memalukan apabila dilakukan dalam khalayak ramai. Dalam erti kata lain,
tanggapan terhadap haptic atau sentuhan mungkin positif atau negatif.

Haptic dalam konteks komunikasi bukan lisan merujuk kepada sentuhan


menggunakan tangan, lengan atau anggota badan lain seseorang. Sentuhan
mungkin dalam bentuk cubitan, cuitan, genggaman, pelukan dan
sebagainya.

Sentuhan, apabila digunakan dalam keadaan tertentu, mungkin


menggambarkan kekuatan, empati atau kefahaman. Walau bagaimanapun,
setiap individu mempunyai perlakuan menyentuh yang berbeza.
Penyelidikan atau kajian tentang komunikasi bukan lisan telah mengenal
pasti beberapa objektif sentuhan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.2.

Rajah 7.2: Tujuan sentuhan dalam komunikasi bukan lisan

Sentuhan juga digunakan sebagai satu bentuk kawalan tingkah laku.


Sebagai contoh, seorang rakan menahan rakannya daripada bertengkar di
hadapan khalayak ramai bagi mengelakkan berlakunya sesuatu adegan
yang tidak diingini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KOMUNIKASI BUKAN LISAN  131

Selain itu, sentuhan juga boleh digunakan untuk melahirkan kesan emosi
yang positif. Sebagai contoh, pelukan antara kawan di lapangan terbang
boleh memberi pelbagai makna. Antaranya ia mungkin membawa maksud
selamat tinggal, selamat kembali atau selamat jalan. Begitu juga, apabila
seseorang itu sedih dengan kematian orang yang dikasihi, satu pelukan
simpati akan membuat orang itu berasa lebih baik dan tenang.

Sentuhan juga dilakukan untuk menunjukkan emosi kepada seseorang


yang rapat dengan kita. Contohnya, seorang ibu yang memegang rapat
anaknya untuk menunjukkan betapa kanak-kanak itu disayangi. Sentuhan
juga adalah elemen penting dalam kebanyakan budaya yang digunakan
untuk menandakan tahap persahabatan antara individu.

Selain itu, sentuhan adakalanya berlaku apabila seseorang itu bergurau


senda. Selalunya apabila kita bergurau dengan kawan-kawan, kita
berkemungkinan bertingkah laku secara agak kasar. Walau bagaimanapun,
jika kita bergurau dengan seseorang yang kita sayang, sentuhan yang
ditunjukkan mungkin lebih lembut. Apa pun tujuannya, sentuhan
menunjukkan keakraban sesuatu perhubungan itu.

(e) Chronemics (tanggapan dan penggunaan masa)


Faktor masa merupakan satu lagi elemen penting dalam komunikasi kita
dengan orang lain. Sikap kita terhadap individu atau majlis ditunjukkan
dalam cara kita memberi keutamaan kepada penggunaan masa. Sebagai
contoh, seorang yang selalu menepati masa mempunyai reputasi yang lebih
baik berbanding individu yang kerap lewat.

Penggunaan masa adalah dipengaruhi oleh budaya. Contohnya, dalam


„waktu Malaysia‰ lambat 30 minit masih dianggap sebagai sesuatu yang
biasa dan boleh diterima; tetapi di Amerika atau Jerman misalnya, kita
perlu meminta maaf dan menjelaskan sebab kelewatan kita bagi
mengelakkan dianggap sebagai biadap.

Kesesuaian masa juga adalah satu faktor penting dalam komunikasi bukan
lisan. Contohnya, Susan yang menghubungi Rahizi pada pukul 10.00
malam untuk membincangkan tentang kerja mungkin dianggap sebagai
tidak bertimbang rasa. Begitu juga, jika Ah Seng pergi ke rumah Ramli
pada waktu senja atau waktu Maghrib. Ini dianggap sebagai sesuatu yang
kurang sensitif terhadap waktu tersebut memandangkan Ramli seorang
Muslim.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 7 KOMUNIKASI BUKAN LISAN

Jangka masa seseorang menghabiskan masa dengan seseorang juga


menunjukkan keutamaan yang diberikan kepada seseorang itu. Pastinya
kita lebih suka menghabiskan masa dengan seseorang yang kita suka, jika
dibandingkan dengan orang yang kita tidak suka.

AKTIVITI 7.5
Sekiranya kuliah bermula pada jam 8.30 pagi tetapi anda hadir pada
jam 9.00 pagi, apakah tanggapan yang mungkin difikirkan oleh
pensyarah terhadap anda?

(f) Paralanguage
Paralanguage merupakan satu aspek komunikasi vokal yang bergantung
pada cara kita bercakap. Ia digunakan bersama-sama dengan ucapan
dengan tujuan untuk mengukuhkan apa yang dituturkan. Ciri-ciri
paralanguage melibatkan nada suara, kelajuan, kekuatan suara dan kualiti.
Ini termasuklah bunyi keluhan, ketawa, mengerang, diam sejenak atau
ritma bunyi. Persepsi adalah berkait rapat dengan paralanguage kerana ia
melibatkan persepsi dan penilaian ciri-ciri fizikal dan personaliti seseorang.

Suara seseorang individu menjelaskan banyak petunjuk untuk


mentafsirkan makna dalam sesuatu mesej. Kiu vokal digunakan untuk
menunjukkan perasaan. Sebagai contoh, bisikan digunakan dalam
perhubungan yang intim; sementara nada suara yang tinggi menunjukkan
kemarahan.

Suara juga mungkin mempengaruhi tanggapan seseorang dan oleh kerana


itu, kiu vokal dikawal untuk mengukuhkan sesuatu imej. Setiap daripada
kita biasanya tahu bagaimana untuk mengawal suara untuk menunjukkan
kegembiraan, kesedihan atau kemarahan. Mereka yang mempunyai suara
yang kasar dan kuat dianggap sebagai agresif. Seorang Ketua Pegawai
Eksekutif yang marah dalam mesyuarat cuba untuk mengawal perasaan
marahnya. Seseorang yang bercakap di hadapan sekumpulan pelajar perlu
mengawal suaranya. Seorang yang menghadiri temu duga kerja juga perlu
mengawal suaranya.

Dalam kata lain, gaya ucapan boleh menunjukkan emosi seseorang


individu. Nada suara boleh menunjukkan sama ada seseorang itu takut
atau tidak selesa, sedih atau tidak gembira.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KOMUNIKASI BUKAN LISAN  133

Kadangkala nada suara mungkin tidak menunjukkan setiap emosi. Sebaliknya


terdapat isyarat-isyarat bukan lisan seperti ekspresi wajah yang menunjukkan
emosi seseorang. Contohnya, seorang pembaca berita mungkin
memperlahankan bacaannya apabila melaporkan berita tentang kematian,
sementara seorang pengulas sukan mungkin menggunakan nada riang dan laju
untuk menggambarkan semangat juang peserta dalam sukan tersebut.

Ketika berkomunikasi dengan orang lain, kita biasanya membezakan nada


suara untuk menekankan makna-makna tertentu. Nada yang mendatar
mungkin tidak menarik perhatian dan kemungkinan besar khalayak akan
berasa bosan. Namun, nada yang sengaja dibuat-buat juga mungkin
menghilangkan minat khalayak jika mereka rasa perucap bersikap terlalu
dramatik.

(g) Proxemics (Ruang Peribadi)


Penggunaan ruang memainkan peranan yang berkesan dalam komunikasi.
Jarak dan ruang personal dalam komunikasi bukan lisan boleh dilihat dari
aspek kemesraan, peribadi, jarak sosial atau jarak rasmi; mencerminkan
tahap perhubungan antara dua atau lebih individu.

Biasanya, setiap individu cuba untuk mengenal pasti dan mempertahankan


ruang peribadinya sendiri. Walau bagaimanapun, kita perlu menghormati
ruang orang lain bagi mengelakkan sebarang pergeseran.

Sama ada secara sedar atau sebaliknya, faktor jarak memainkan peranan
penting dalam komunikasi. Dalam suatu perbualan antara seseorang
individu dengan yang lain, pengkaji komunikasi mengenal pasti jarak
komunikasi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.3.

Rajah 7.3: Zon jarak dalam komunikasi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 7 KOMUNIKASI BUKAN LISAN

(i) Jarak Mesra/Intim


Jarak komunikasi mesra digambarkan sebagai satu kawasan yang
kurang daripada 18 inci atau sekitar 46sm. Individu yang berada
dalam lingkungan jarak sedemikian dilihat berbual secara intim,
hampir berbisik antara satu sama lain. Topik perbualan dalam jarak
mesra merupakan sesuatu yang sulit. Individu yang berinteraksi
dalam jarak mesra biasanya telah mengenali antara satu sama lain
dan mempunyai perhubungan yang intim. Dalam hubungan yang
rapat atau intim, komunikasi bukan lisan boleh dilihat menerusi
pergerakan, sentuhan dan renungan. Proses interaksi dilihat begitu
mesra.

(ii) Jarak Peribadi


Dalam komunikasi jarak peribadi (satu kaki setengah hingga empat
kaki atau secara kasarnya antara 0.45m hingga 1.2m), interaksi antara
individu juga menunjukkan hubungan yang rapat. Topik perbualan
biasanya berkaitan dengan perkara peribadi; walaupun bukan sulit.
Jarak sebegini sesuai untuk interaksi dengan rakan-rakan, saudara
mara atau dalam kalangan ahli keluarga.

(iii) Jarak Sosial


Jarak komunikasi sosial berlaku apabila jarak di antara seorang
individu dengan yang lain adalah antara satu kaki setengah dan 12
kaki (0.45m dan 3.6m). Jarak sebegini berlaku dengan individu yang
perhubungannya adalah tidak rapat. Perkara ini sering dilihat dalam
kalangan individu yang berinteraksi atas urusan rasmi seperti
perbincangan di dalam bilik mesyuarat, pertemuan atau temu duga
dengan pemimpin atau tokoh, temu duga kerja atau perjumpaan
sosial.

(iv) Jarak Awam


Jarak awam berlaku pada jarak kira-kira 12 kaki (3.6m) atau lebih.
Jarak sebegini tidak melibatkan interaksi antara individu kerana
komunikasi yang berlaku adalah dalam proses sehala. Dalam keadaan
sedemikian, pengucap menggunakan nada suara yang tinggi agar
didengari.

(h) Senyap
Kadang-kadang seseorang „mendiamkan diri‰ atau „diam seribu bahasa‰.
Isyarat senyap adalah satu aspek komunikasi bukan lisan. Mendiamkan
diri adakalanya memberikan lebih banyak makna daripada berkata
sesuatu. Pasangan yang memahami antara satu sama lain tidak
memerlukan kata-kata untuk menyatakan perasaan mereka. Seseorang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KOMUNIKASI BUKAN LISAN  135

yang sangat marah mungkin berdiam diri dan ini mungkin menyakitkan
hati orang lain di sekelilingnya kerana mereka tidak dapat mengagak apa
yang difikirkannya. Apa yang nyata, komunikasi tidak boleh dibina
dengan berkesan jika keadaan ini berlaku.

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Senaraikan lapan jenis isyarat dalam komunikasi bukan lisan.

2. Apakah tujuan sentuhan dalam komunikasi bukan lisan?

3. Berdasarkan kepada jarak komunikasi dalam gambar di atas,


apakah bentuk komunikasi yang wujud?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 7 KOMUNIKASI BUKAN LISAN

7.3 CIRI-CIRI KOMUNIKASI BUKAN LISAN


Semua jenis komunikasi bukan lisan berkongsi beberapa ciri. Semua tingkah laku
komunikasi bukan lisan memaparkan emosi, perasaan dan mesej. Terdapat lima i
komunikasi bukan lisan seperti yang disenaraikan dalam Rajah 7.4.

Rajah7.4: Ciri-ciri komunikasi bukan lisan

(a) Berlaku Secara Langsung dan Tanpa Disedari


Perilaku bukan lisan berlaku tanpa disedari oleh seseorang. Sama ada
secara sedar atau tidak, kita adakalanya memandang, senyum, berpura-
pura tidak mendengar atau mengeluh. Tingkah laku bukan lisan juga boleh
membawa mesej tertentu.

Sebagai contoh, Siew Lan cuba meyakinkan Rajoo bahawa dia berminat
dengan pendapatnya. Namun, secara tidak sedar, keadaan Siew Lan seperti
diawang-awangan semasa bercakap dengannya meyakinkan Rajoo bahawa
Siew Lan tidak mengendahkan pendapatnya. Duduk dengan kaki bersilang
sambil menongkat dagu, atau menguap atau bercakap kepada rakan-rakan
sewaktu orang lain sedang menyampaikan ucapan adalah petanda bahawa
pendengar telah hilang minat dan tumpuan. Dalam keadaan tertentu,
terdapat percubaan untuk menunjukkan isyarat melalui komunikasi bukan
lisan dengan sengaja sebagai strategi untuk menyampaikan mesej.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KOMUNIKASI BUKAN LISAN  137

(b) Mengukuhkan Mesej Lisan


Menggabungkan tingkah laku dan isyarat bukan lisan boleh mengukuhkan
makna sesuatu mesej.

Contohnya, Camilia, dalam perbincangannya dengan Mazni, secara tiba-


tiba meninggikan suaranya dan menghentak meja. Tindakan sebegini
menyatakan tentang betapa seriusnya perkara yang dibincangkan. Jika
Mazni bersikap mendiamkan diri tanpa sebarang reaksi, Camilia mungkin
membuat tanggapan salah bahawa Mazni tidak acuh atau takut untuk
bertindak balas kerana bersalah.

(c) Bergantung pada Konteks Komunikasi


Komunikasi bukan lisan membawa makna yang berbeza-beza dalam
konteks yang berbeza.

Faktor-faktor budaya, masa, ruang, situasi, tempat dan tahap perhubungan


mempunyai kesan komunikasi yang berbeza. Menghentak meja sewaktu
perbincangan di pejabat untuk menekankan suatu isi pastinya berbeza
ketika dilakukan oleh seorang ayah apabila dituduh sebagai seorang yang
tidak berguna oleh isterinya.

Antara penentu perhubungan adalah maklum balas dari interaksi, seperti


menunjukkan sikap yang mesra atau berkuasa. Seseorang yang tidak suka
diganggu akan mendiamkan diri untuk menunjukkan bahawa dia berkuasa
atau mengawal situasi tersebut.

Sebagai contoh, apabila Ani memeluk adik perempuannya disebabkan


kesedihan atas kematian ayahnya, adalah lebih bermakna jika
dibandingkan dengan pelukan Karmen, seorang kenalannya. Begitu juga
dengan renungan dua orang yang sedang bercinta, pastinya kesannya tidak
sama dengan dua orang asing yang merenung antara satu sama lain.

Dalam konteks budaya, komunikasi lisan dan bukan lisan dikawal oleh
amalan dan peraturan budaya yang tertentu. Budaya yang diamalkan
memberi tafsiran yang berbeza. Menerusi proses sosialisasi, budaya
dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan. Tingkah laku dalam
komunikasi bukan lisan melibatkan interpretasi yang berbeza bergantung
pada latar belakang kehidupan dan bangsa, kumpulan, komuniti dan
budaya enik. Soal masa, pakaian, cara bercakap, sentuhan dan penggunaan
artifak boleh mempengaruhi pentafsiran mesej dalam komunikasi.

Jarak komunikasi antara seorang lelaki dan seorang wanita juga berbeza
jika dibandingkan antara lelaki dengan lelaki. Namun, antara wanita jarak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 7 KOMUNIKASI BUKAN LISAN

sesama mereka adalah rapat dan ini suatu yang semula jadi bagi mereka.
Namun jarak perbualan yang rapat sesama lelaki boleh disalahtafsirkan.

(d) Melibatkan Mesej yang Kabur


Mesej bukan lisan boleh menjadi sesuatu yang kabur. Justeru, kita perlu
mengelakkan daripada membuat andaian tentang apa sahaja yang berlaku.

(e) Berbeza daripada Komunikasi Lisan


Komunikasi bukan lisan mungkin mempunyai makna yang berbeza
dengan komunikasi lisan yang boleh mengelirukan penerima mesej. Ini
selalunya berlaku apabila penerima cuba untuk menyesuaikan apa yang
dikatakan dalam komunikasi lisan dengan tindakan yang ditunjukkan
ketika berkomunikasi.

7.4 FUNGSI-FUNGSI KOMUNIKASI BUKAN


LISAN
Komunikasi bukan lisan mempunyai fungsi-fungsi tertentu dalam proses
komunikasi. Terdapat lima fungsi komunikasi bukan lisan seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 7.5.

Rajah 7.5: Lima fungsi komunikasi bukan lisan

Dalam berkomunikasi sama ada secara lisan atau bukan lisan, sumber
menghantar mesej atau maklumat kepada penerima. Pergerakan bukan lisan
sebenarnya mengukuhkan maklumat yang diterima oleh penerima, yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KOMUNIKASI BUKAN LISAN  139

membolehkan beliau untuk memahami mesej dengan lebih jelas. Kombinasi


komunikasi lisan dan bukan lisan menghasilkan komunikasi yang lebih
berkesan.

Kita sering membuat tanggapan atau tafsiran awal tentang orang yang baru
dikenali berpandukan ciri-ciri luarannya. Jika seseorang berpakaian kemas, kita
akan menyukainya berbanding seseorang yang berpakaian selekeh. Apabila kita
melihat Siti dan Azizi berbual mesra di kafe, kita akan menganggap bahawa
mereka mempunyai hubungan rapat lebih daripada hanya seorang sahabat. Kita
juga melihat mereka sebagai sepasang kekasih. Walaupun ia mungkin salah,
tanggapan tersebut telah pun kita bentuk dalam minda kita.

Kadang-kadang kita tidak mahu orang lain tahu apa yang kita rasa, jadi kita
cuba untuk menyembunyikannya. Namun, muka yang masam dan ton suara
yang tidak sesuai boleh mendedahkan apa yang kita rasa. Muka yang masam
misalnya adalah komunikasi bukan lisan yang dengan jelas menggambarkan
kemarahan. Sebaliknya, kegembiraan yang kita rasa apabila menerima suatu
hadiah boleh ditunjukkan dengan satu senyuman.

Komunikasi bukan lisan juga membantu anda untuk meneruskan sesuatu


interaksi. Menerusi kiu komunikasi bukan lisan, seseorang mungkin meneka dan
mengandaikan tindakan yang bersesuaian untuk diambil. Contohnya, Zamil
mungkin tahu bagaimana untuk meneruskan perbualan, mengubah topik atau
menghentikan perbincangan berdasarkan kepada maklum balas yang
ditunjukkan oleh Zaiton. Di sinilah komunikasi bukan lisan membantu beliau
untuk memutuskan sama ada hendak meneruskan perbualannya atau
sebaliknya.

Dalam komunikasi elektronik, komunikasi bukan lisan melibatkan


penggunaan simbol seperti emotikon untuk menyampaikan „perasaan‰.
Rajah 7.6 menunjukkan contoh emotikon yang boleh dihantar menerusi
„message tools‰ dalam Internet.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 7 KOMUNIKASI BUKAN LISAN

Rajah 7.6: Contoh emotikon yang boleh dihantar menerusi „messenger tools‰ dalam
Internet

Kiu tingkah laku bukan lisan yang ditunjukkan oleh seseorang yang duduk
dengan resah gelisah, menyatakan bahawa beliau tidak berminat dengan mesej
yang disampaikan. Adalah lebih baik untuk menghentikan komunikasi tersebut
kerana mesej yang ingin dihantar berkemungkinan tidak diterima langsung.

Untuk menjadi komunikator yang berkesan, kita perlu mengambil kira isyarat
bukan lisan dan ucapan lisan untuk menilai atau menyesuaikan strategi
komunikasi kita.

SEMAK KENDIRI 7.2


1. Apakah lima ciri komunikasi bukan lisan?
2. Nyatakan fungsi-fungsi komunikasi bukan lisan.

7.5 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


KOMUNIKASI BUKAN LISAN
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi tingkah laku dalam komunikasi
bukan lisan. Faktor-faktor tersebut digambarkan dalam Rajah 7.7.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KOMUNIKASI BUKAN LISAN  141

Rajah 7.7: Enam faktor yang mempengaruhi komunikasi bukan lisan

Ruang dan masa dalam komunikasi bukan lisan boleh dalam bentuk peribadi
atau fizikal. Penggunaan ruang dan masa adalah sesuatu yang normal dan ia
adalah hasil daripada suatu proses sosialisasi dengan keluarga, kawan-kawan
dan jiran. Ruang melibatkan lokasi dan juga jarak dalam komunikasi.

Ruang dalam komunikasi antara individu juga mencerminkan keakraban


seseorang dengan orang lain. Jarak peribadi menentukan sejauh mana kita
menerima individu lain.

Menghormati ruang orang lain dalam komunikasi membantu membentuk satu


iklim komunikasi yang baik. Sebaliknya, tindakan melanggar ruang yang
dianggap peribadi oleh orang lain boleh mengganggu proses komunikasi.

Penggunaan masa juga berkaitan dengan status dan pengaruh seseorang


individu. Ruang peribadi ditentukan oleh faktor-faktor seperti psikologi,
keadaan, topik perbincangan dan budaya. Dengan itu, saiz ruang peribadi
adalah berbeza mengikut individu. Seperti mana ruang kawasan, setiap dari kita
tidak suka jika ruang individu kita diceroboh.

Tahap persahabatan, jantina, status dan keadaan psikologi seseorang lazimnya


mempengaruhi penerimaan kita terhadap seseorang. Kita mungkin tidak peduli
jika seorang kawan yang dikenali duduk berhampiran kita, sambil ketawa mesra
sewaktu bercakap atau berbincang. Namun, kita mungkin tidak selesa jika
seorang kenalan baru duduk berhampiran kita dan berkelakuan sedemikian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 7 KOMUNIKASI BUKAN LISAN

Jantina juga mempengaruhi had ruang peribadi. Dalam budaya orang timur,
terdapat beberapa batasan pergaulan antara lelaki dan wanita.
Seorang kanak-kanak mungkin rasa tidak selesa apabila orang asing
mengajaknya untuk duduk bersama. Seorang pelajar yang diundang untuk
makan malam bersama Canselor universiti pasti akan berasa tidak selesa dan
malu; sebaliknya lebih suka makan dengan rakan-rakan beliau. Status yang
berbeza antara mereka mempengaruhi ruang komunikasi.

Perbezaan umur juga mempengaruhi jarak komunikasi antara individu. Ini


dapat dilihat dalam satu perbualan antara seorang lelaki tua dan seorang lelaki
muda. Jika ia dimulakan oleh orang tua itu, dia lebih selesa untuk berada pada
jarak yang dekat. Bagi orang muda pula, jarak yang jauh lagi adalah lebih selesa.
Ini adalah untuk menunjukkan bahawa dia menghormati orang yang lebih tua.

Persamaan dari segi kaum dan budaya memudahkan hubungan. Seorang


individu akan berdiri atau bercakap pada jarak yang lebih dekat jika terdapat
persamaan dan sebaliknya.

Satu lagi faktor penting ialah psikologi. Setiap individu mempunyai ciri-ciri
psikologi yang berbeza. Apa yang membezakan antara seorang individu dan
satu lagi adalah konsep kendiri atau personaliti. Jika seseorang itu yakin dengan
dirinya, dia adalah seorang yang terbuka dan mudah untuk berinteraksi dengan
orang lain. Seorang individu yang pemalu biasanya memerlukan kawasan ruang
peribadi yang luas.

AKTIVITI 7.6
Mengapa pengetahuan sosial penting dalam membentuk komunikasi
bukan lisan yang berkesan? Pada pendapat anda, apakah perbezaan
dalam komunikasi bukan lisan antara peradaban Barat dan Timur?

7.6 KEKUATAN KOMUNIKASI BUKAN LISAN


Selepas mengkaji bagaimana komunikasi bukan lisan berlaku, mari kita selidik
kekuatannya.

(a) Tingkah laku komunikasi bukan lisan adalah lebih mudah untuk ditafsir dan
dikenal pasti. Kita boleh meneka apa yang telah berlaku dengan
memerhatikan tindak balas seseorang. Salah satu ciri yang boleh dinilai
adalah keikhlasan seseorang, yang biasanya digambarkan dalam ekspresi
muka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KOMUNIKASI BUKAN LISAN  143

(b) Komunikasi bukan lisan lebih berkesan dalam menyampaikan emosi. Kita
boleh menyampaikan perasaan kita melalui mimik muka atau tingkah laku
berbanding menerusi kata-kata. Seseorang tidak perlu menyatakan secara
lisan bahawa dia marah atau gembira; mesej yang dimaksudkan itu dapat
disampaikan dengan menunjukkan muka gembira, tersenyum, muka sinis
atau marah.

(c) Komunikasi bukan lisan mempunyai makna yang universal dan merentasi
sempadan bahasa atau semantik. Mimik muka seperti marah dan gembira,
benci dan terkejut boleh difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat dari
budaya yang berbeza.

(d) Dengan menggunakan komunikasi bukan lisan, tidak perlu lagi bagi
seseorang untuk mengatur, membentuk dan menstruktur ayat untuk
menyampaikan makna atau mesej. Melalui tingkah laku bukan lisan, makna
boleh disampaikan secara semula jadi melalui pergerakan badan, mimik
muka, dan lain-lain.

AKTIVITI 7.7

Apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan persepsi yang


salah dalam komunikasi bukan lisan?

7.7 GARIS PANDUAN UNTUK KOMUNIKASI


BUKAN LISAN YANG EFEKTIF
Komunikasi bukan lisan boleh menyebabkan pelbagai tafsiran. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang boleh diambil sebagai panduan
untuk membentuk komunikasi yang berkesan. Terdapat dua tindakan yang
boleh dilakukan seperti yang dipaparkan dalam Rajah 7.8.

Rajah7.8: Garis panduan komunikasi bukan lisan


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
144  TOPIK 7 KOMUNIKASI BUKAN LISAN

(a) Berwaspada ketika membuat interpretasi atau menilai komunikasi bukan


lisan yang diperhatikan pada orang lain
Membuat generalisasi atau andaian umum tentang tingkah laku seseorang
tidak selalunya tepat. Makna yang diandaikan dalam komunikasi bukan
lisan bergantung pada konteks tertentu. Oleh itu, kita perlu berwaspada
dan sensitif terhadap apa yang kita lihat selain daripada menilai keadaan
yang berlakunya komunikasi. Untuk mengelakkan tanggapan yang salah
terhadap seseorang, kita perlu berfikiran terbuka dan memahami budaya
orang lain terlebih dahulu sebelum kita membuat penilaian.

(b) Mengawal perilaku bukan lisan dalam diri sendiri


Seseorang mungkin membentuk pelbagai tanggapan atau salah faham
tentang kita berdasarkan kepada komunikasi bukan lisan dan tingkah laku
kita. Oleh itu, kita perlu sedar tindakan kita untuk mengelakkan wujudnya
persepsi yang salah.

AKTIVITI 7.8
1. Sejauh mana kerberkesanan komunikasi lisan jika dibandingkan
dengan komunikasi bukan lisan di tempat kerja anda?

2. Persepsi merupakan satu proses kognitif yang mempengaruhi


komunikasi bukan lisan.
(a) Nyatakan makna dan proses yang terlibat dalam
pembentukan persepsi.
(b) Bagaimana persepsi mempengaruhi komunikasi bukan
lisan?

3. Berikan contoh-contoh bagaimana rakan anda menggunakan


komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan untuk
mengukuhkan persahabatan mereka.

 Perbezaan dan persamaan wujud antara komunikasi lisan dan bukan lisan.

 Komunikasi bukan lisan berlaku secara spontan tanpa kawalan. Isyarat


komunikasi bukan lisan berlaku secara serentak dengan komunikasi lisan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KOMUNIKASI BUKAN LISAN  145

 Walau bagaimanapun, ia terdedah kepada pelbagai tafsiran, sama ada tepat


atau tidak. Setiap bentuk komunikasi bukan lisan menggambarkan budaya
dan identiti peribadi seseorang.

 Faktor-faktor budaya, jantina dan amalan kehidupan juga mempengaruhi


komunikasi bukan lisan.

 Perbezaan antara budaya membawa pelbagai makna yang boleh disalah


tafsir dan melemahkan komunikasi yang berkesan. Satu lagi faktor yang
perlu diambil kira dalam komunikasi bukan lisan adalah kesan-kesan
teknologi semasa terhadap komunikasi.

 Kehadiran teknologi juga mempunyai implikasi terhadap kaedah


komunikasi bukan lisan.

 Dengan mengambil kira kesan komunikasi bukan lisan tidak jelas, adalah
penting bagi seseorang untuk memahami dan menerima gaya komunikasi
yang pelbagai.

Artifak Penampilan fizikal


Chronemics Proxemics
Haptics Senyap
Kinesics Zon jarak
Paralanguage

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengenalan
8 kepada
Media Massa
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep asas komunikasi massa;
2. Menghuraikan tiga keunikan dan aspek perbezaan komunikasi
massa dengan komunikasi lain;
3. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi media massa; dan
4. Membandingkan beberapa model komunikasi massa.

 PENGENALAN
Komunikasi massa adalah satu proses menyampaikan maklumat dan hiburan
kepada orang ramai di seluruh dunia melalui saluran media massa seperti buku-
buku, filem, televisyen, radio, akhbar dan media dalam talian. Keupayaan media
massa untuk mendekati rakyat walau di mana mereka berada menjadikannya
lebih berpengaruh kepada fikiran masyarakat. Proses penghantaran maklumat
melalui komunikasi massa adalah satu proses yang kompleks yang melibatkan
institusi media, pengamal media, pengiklan dan orang awam daripada pelbagai
latar belakang. Topik ini akan membincangkan konsep komunikasi massa dan
kesannya terhadap orang ramai.

8.1 DEFINISI KOMUNIKASI MASSA


Terdapat banyak definisi yang digunakan untuk menerangkan komunikasi massa.
Apabila seseorang bercakap tentang media, dia sebenarnya merujuk kepada saluran
yang digunakan dalam komunikasi massa. Secara umum, komunikasi massa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENGENALAN KEPADA MEDIA MASSA  147

melibatkan satu proses perkongsian maklumat daripada sumber-sumber dengan


menggunakan media yang ditujukan kepada orang ramai.

Dalam konteks komunikasi massa, komunikator adalah mereka yang


menghasilkan mesej yang disalurkan kepada orang awam melalui media massa.
Orang ramai terdiri daripada pengguna media termasuk mereka yang menonton
filem/televisyen, mendengar radio, membaca akhbar, membaca buku-buku atau
majalah dan melayari Internet untuk berhubung dan menyampaikan mesej.
Komunikasi massa juga meliputi teknologi berkomputer seperti Web dan
WebTV.

Komunikasi massa dianggap berbeza daripada lain-lain bentuk komunikasi


kerana ia melibatkan gabungan insan, mesej, saluran tertentu, gangguan,
maklum balas, konteks dan kesan-kesan tertentu.

Mari kita lihat definisi komunikasi massa:


(a) Dominick (2002) menerangkan komunikasi massa sebagai satu proses
menghantar mesej oleh institusi yang kompleks kepada orang awam yang
luas, berbeza-beza dan dari pelbagai lokasi.
(b) Gamble & Gamble (2002) menggambarkan komunikasi massa sebagai satu
proses menghantar mesej diproses oleh pengawal sebelum dihantar kepada
orang awam melalui saluran yang luas termasuk media cetak, audio dan visual.
(c) Vivian (2002) menerangkan komunikasi massa sebagai satu proses yang
melibatkan kelompok komunikator menyampaikan pelbagai mesej kepada
khalayak ramai melalui media massa.

Kesemua definisi di atas melibatkan kumpulan-kumpulan berikut:

(a) Komunikator
Mereka yang menghasilkan mesej adalah komunikator massa. Maklumat
disediakan oleh pelbagai individu yang menghasilkan kandungan mesej.
Komunikator termasuklah penulis lirik, penulis skrip, animator, wartawan,
penyampai rancangan dan pengamal media.

(b) Mesej
Mesej adalah kandungan maklumat seperti cerita, cerita pendek, novel,
filem, rancangan televisyen, berita, lirik lagu, iklan di akhbar, papan tanda
atau laman web. Mesej dalam komunikasi massa amat berstruktur dan
diterima oleh khalayak yang ramai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 8 PENGENALAN KEPADA MEDIA MASSA

(c) Media Massa


Dalam konteks komunikasi massa, mesej dihantar menerusi saluran
tertentu. Media massa adalah perantara yang mengandungi, menyimpan
dan menghantar mesej. Ia juga termasuklah institusi yang menggunakan
perantara sedemikian untuk menyalurkan mesej.

Ringkasnya, media massa terdiri daripada media cetak dan elektronik


termasuklah organisasi media, pengamal media, polisi dan teknologi yang
digunakan untuk komunikasi massa. Contoh media cetak adalah akhbar,
majalah dan buku sementara media elektronik termasuklah radio, filem,
rakaman, televisyen dan komputer.

Dengan menggunakan media sebagai perantara, mesej boleh disalurkan


kepada orang ramai. Jarak antara komunikator dan penerima maklumat
bukanlah satu halangan kerana maklumat boleh disalurkan atau diperoleh
daripada media massa dalam jangka masa tertentu.

(d) Pengampang (Gatekeeper)


Pengampang merujuk kepada individu atau kumpulan yang berperanan
memilih, mengubah, menerima atau menolak mesej-mesej yang disalurkan
menerusi komunikasi massa.

(e) Khalayak
Khalayak pula merujuk kepada pengguna dan penerima mesej daripada
media. Khalayak sasaran komunikasi massa terdiri daripada individu-
individu yang berlainan keperluan dan latar belakang dan, dari lokasi yang
berbeza. Dalam konteks media massa, saiz khalayak tidak boleh
ditentukan. Komunikasi dibangunkan menerusi komunikasi massa berlaku
secara rasmi sementara sumbernya adalah jauh dari penerima, yang terdiri
daripada sesiapa sahaja yang menggunakan media, sama ada media cetak
atau elektronik.

Dalam konteks komunikasi massa juga, khalayak tidak mempunyai kaitan


atau kawalan yang minima terhadap maklumat yang diterima. Dalam
komunikasi massa, maklum balas dari khalayak adalah sangat terhad.

Komunikasi massa boleh dianggap sebagai satu bentuk komunikasi yang unik.
Keunikan komunikasi massa boleh dilihat dari beberapa aspek seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 8.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENGENALAN KEPADA MEDIA MASSA  149

Rajah 8.1: Tiga aspek unik komunikasi massa

Berdasarkan Rajah 8.1, komunikasi massa boleh dikatakan sebagai:


(a) Satu sumber yang kompleks dan beroperasi dalam organisasi atau institusi
yang berasaskan keuntungan.
(b) Khalayak adalah ramai, berada di mana sahaja dan dipisahkan oleh lokasi
dan sempadan, ruang dan masa. Mereka juga mempunyai keinginan, minat
dan keperluan yang berbeza-beza.
(c) Komunikasi berlaku menerusi perantara, yang memerlukan penggunaan
teknologi untuk mengekod dan nyahkod maklumat.

Sama seperti bentuk-bentuk komunikasi yang lain, komunikasi massa juga berlaku
sehala; sumber dan penerima membina perhubungan antara satu sama lain.
Komunikasi massa juga berbeza dengan komunikasi lain. Perbezaan jelas komunikasi
massa boleh dilihat dari aspek-aspek yang ditunjukkan dalam Rajah 8.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 8 PENGENALAN KEPADA MEDIA MASSA

Rajah 8.2: Perbezaan komunikasi massa

(a) Kemampuan Menyampaikan Mesej


Media mampu menghantar mesej kepada ratusan atau ribuan pengguna
(khalayak) dalam masa yang sama walaupun latar belakang dan identiti
mereka tidak diketahui.

(b) Interaksi yang Terhad


Interaksi atau hubungan antara sumber dan penerima adalah sangat terhad
atau tidak wujud sama sekali.

(c) Peralatan
Proses transmisi maklumat adalah sangat bergantung pada peralatan
teknikal, alat pemancar atau teknologi yang mampu mencapai khalayak
yang berada di lokasi yang berselerak.

(d) Maklum Balas yang Terhad


Pertukaran maklumat antara sumber dan penerima adalah sangat minimal,
atau kadang kala tidak wujud sama sekali.

(e) Pembentuk Maklumat


Individu atau kumpulan khusus yang bekerja dengan organisasi formal
akan mengkonsepsikan dan menghasilkan mesej yang dihantar menerusi
media dengan tujuan untuk menarik minat khalayak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENGENALAN KEPADA MEDIA MASSA  151

(f) Mesej yang Berbentuk Umum


Mesej yang dihasilkan ditujukan kepada khalayak yang mempunyai
pilihan untuk menerima atau menolaknya.

(g) Kesan Media


Keberkesanan media boleh dilihat dalam peranannya sebagai penyalur
maklumat untuk memberitahu, menghibur, memujuk atau mempengaruhi
tingkah laku dan fikiran khalayak dalam masa yang singkat.

(h) Dikawal oleh Pengampang (Gatekeeper)


Mesej yang akan dihantar kepada khalayak dikawal oleh pengamal atau
kumpulan tertentu.

(i) Maklum Balas


Maklum balas adalah minimal dan lambat jika dibandingkan dengan jenis-
jenis komunikasi yang lain.

SEMAK KENDIRI 8.1

Berikan kategori media bagi contoh-contoh berikut:

Contoh Media Kategori

Buku, majalah, akhbar


Radio dan televisyen
Komputer, World Wide Web,
Internet, digital audio visual,
permainan video DVD

8.2 SEJARAH PERKEMBANGAN KOMUNIKASI


MASSA
Perkembangan media berlaku secara berperingkat-peringkat atau era.
Sesetengah pakar mengkategorikan pembangunan berdasarkan kepada
kemajuan industri dan revolusi teknologi. Menurut mereka, sejarah media
bermula dengan teknologi percetakan yang dicipta oleh Johannes Gutenberg
(1398-1468) yang akhirnya berkembang menjadi media interaktif hari ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 8 PENGENALAN KEPADA MEDIA MASSA

Perkembangan media berlaku seiring dengan tamadun kehidupan manusia.


Tumpuan media komunikasi telah membawa perubahan besar kepada
pembangunan media komunikasi. Teknologi digital hari ini telah mengubah
landskap media. Perkembangan teknologi telah mengubah cara maklumat
dikongsi.

Marshall McLuhan telah mengikuti perubahan yang dihadapi oleh masyarakat


Barat dengan mengenal pasti bentuk media mengikut empat zaman utama
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.3 (Wood, 2001):

Rajah 8.3: Empat era komunikasi massa

(a) Zaman Kesukuan


Pada ketika era ini, tradisi lisan merupakan bentuk utama komunikasi.
Orang ramai berkomunikasi secara bersemuka dan menerima maklum
balas secara langsung. Tradisi lisan termasuklah penceritaan, majlis-majlis
kebudayaan dan transmisi lisan dalam bentuk maklumat dan hiburan.

Pergantungan kepada tradisi lisan telah membentuk masyarakat yang


bersepadu dan menjadikan pancaindera pendengaran sebagai teras utama
kehidupan. Tradisi ini masih wujud di beberapa komuniti yang terpinggir
dan kumpulan yang memilih untuk menjauhkan diri daripada pemodenan.
Ia juga masih jelas dalam sesetengah masyarakat di negara-negara
membangun. Keupayaan untuk mengingati maklumat menjadi sangat
penting. Walau bagaimanapun, oleh kerana keperluan orang ramai
meningkat, komunikasi dalam kumpulan menjadi lebih pelbagai.

(b) Zaman Penulisan dan Pembacaan


Inovasi huruf fonetik dalam era ini berlaku dalam kebanyakan masyarakat.
Dalam era ini, masyarakat hidup dalam keadaan yang stabil dan kompleks
di mana anggota masyarakat terbuka kepada komunikasi di pelbagai
peringkat. Ini menggalakkan penggunaan bahasa dalam bentuk bertulis.
Institusi agama dalam masyarakat era ini menggunakan komunikasi lisan
dan bertulis. Ini membawa kepada aktiviti-aktiviti surat-menyurat,
penyimpanan rekod dan penulisan manuskrip.

Dalam masyarakat di mana majoritinya adalah buta huruf, pembawa


utusan yang terlatih untuk menghafal mesej lisan yang panjang dianggap
sebagai pakar dalam komunikasi. Medium asas dalam masyarakat era ini
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 PENGENALAN KEPADA MEDIA MASSA  153

ialah bahan tulisan tangan yang diedarkan hanya dalam kalangan


kumpulan elit agama dan berpendidikan. Penulisan ini adalah berdasarkan
kepada satu sistem simbol yang membolehkan orang ramai untuk
berkomunikasi tanpa perlu berinteraksi secara bersemuka.

Komunikasi bertulis pada era ini secara tidak langsung mengubah


kehidupan manusia. Orang ramai berpeluang mengakses maklumat luar
dari masyarakat setempatnya. Dengan adanya bahan-bahan bertulis nyata
telah mengurangkan keperluan untuk menghafal maklumat yang
dikehendaki dalam komunikasi lisan. Pengenalan huruf membolehkan
orang ramai untuk mengoptimumkan kebolehan visual dan mendengar.
Tradisi ini juga menggalakkan pembangunan komunikasi berbentuk linear.

(c) Zaman Percetakan


Zaman ini bermula apabila mencipta mesin cetak pada abad ke-15.
Penggunaan peralatan jenis logam telah dapat mempercepatkan kaedah
percetakan. Sekali gus ia dapat mengurangkan kos percetakan. Pada
peringkat ini, kebolehan membaca telah berkembang dengan meluas dan
bahan-bahan bacaan lebih mudah diperoleh oleh anggota masyarakat.
Sebelum berlakunya inovasi mesin cetak ini, buku-buku adalah sangat
sukar untuk diperoleh sementara maklumat hanya dimiliki oleh
sebahagian kecil dalam masyarakat. Sistem percetakan Guternberg mampu
mencetak beribu-ribu salinan bahan bacaan dari satu sumber dengan kos
yang rendah.

Revolusi percetakan membolehkan penerbitan secara massa dan


mencetuskan Revolusi Industri, terutamanya di bandar-bandar besar. Ini
juga membawa kepada perpindahan besar orang kampung ke bandar-
bandar. Kumpulan pekerja berasaskan pertanian semakin berkurangan,
sementara pekerja dalam bidang industri semakin berkembang pesat. Ini
menggalakkan aktiviti membaca dalam kalangan orang ramai bagi
memenuhi keperluan-keperluan pekerjaan yang semakin kompleks.
Hasilnya lahirlah surat khabar yang merupakan media massa pertama,
diikuti dengan filem, radio dan televisyen.

Bahan visual dan penulisan yang seragam telah membentuk masyarakat


yang homogen kerana maklumat yang sama telah sampai kepada khalayak
ramai. Khalayak mempunyai peluang untuk mendapatkan buku, justeru
minat mereka dalam membaca dan memperoleh ilmu semakin bertambah.
Pada masa yang sama, khalayak telah terpisah kerana mereka tidak lagi
perlu tinggal bersama. Komunikasi bersemuka pada peringkat ini adalah
tidak penting.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 8 PENGENALAN KEPADA MEDIA MASSA

(d) Zaman Elektronik


Penciptaan telegraf bermula semasa era elektronik. Dalam era ini, media
dianggap sebagai gambaran taraf ekonomi masyarakat.

Radio dan televisyen menjadi lebih terkenal dan merupakan alternatif


pilihan untuk buku-buku dan bahan-bahan bercetak. Secara tidak
langsung, peranan media cetak menjadi kurang penting. Media elektronik
telah maju dengan perkembangan teknologi komputer. Televisyen kabel
dan satelit, sebaliknya, telah membolehkan program-program disiarkan di
luar sempadan.

Menurut McLuhan, zaman elektronik telah membolehkan orang ramai


mengakses dan berkongsi maklumat di mana sahaja mereka berada. Media
massa sekarang lebih interaktif dan membolehkan pemecahan khalayak menurut
cita rasa masing-masing. Khalayak media baharu juga lebih terbuka kepada
maklumat yang lebih pantas dan mudah untuk diakses. Mereka lebih terdedah
kepada kejadian yang berlaku di sekeliling mereka termasuk perubahan-
perubahan dalam sistem politik dan ekonomi dunia. Mesej disampaikan dalam
jangka masa yang singkat yang menjadi asas kepada konsep perkampungan
sejagat yang diperkenalkan oleh McLean.

Corak komunikasi yang berbentuk massa muncul apabila elemen-elemen sains


dan industri mencipta teknologi dalam percetakan, kamera, filem, radio dan
televisyen. Penciptaan ini telah meningkatkan lagi keupayaan pancaindera
manusia. Masyarakat yang berkembang serentak dengan perkembangan ini
kebanyakannya berpusat di institusi seperti sekolah, kerajaan dan institusi sosial
yang besar. Tanggungjawab sebelum ini dipikul oleh individu diambil alih oleh
institusi-institusi ini. Penggunaan satelit dan teknologi digital memperluaskan
peranan komunikasi sebagai alat untuk menghubungkan orang ramai. Walau
bagaimanapun, ia boleh memberi kesan yang buruk kepada masyarakat. Kita
akan membincangkan implikasi teknologi dalam topik akhir nanti.

AKTIVITI 8.1

Senaraikan lima contoh akhbar bercetak di Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENGENALAN KEPADA MEDIA MASSA  155

8.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


KOMUNIKASI MASSA
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kewujudan dan fungsi
komunikasi massa seperti yang dilihat dalam Rajah 8.4.

Rajah 8.4: Empat faktor yang mempengaruhi komunikasi massa

(a) Keperluan Pengoperasian


Asas pengoperasian penubuhan sesebuah organisasi media menentukan
peranan komunikasi massa. Sebuah media organisasi biasanya ditubuhkan
oleh kerajaan atau organisasi swasta yang berasaskan keuntungan kerana
penubuhannya memerlukan perbelanjaan modal yang besar. Ia menjana
keuntungan menerusi periklanan atau jualan produk dan perkhidmatan
secara langsung kepada pengguna bagi mengekalkan operasinya.

(b) Faktor Undang-undang


Faktor undang-undang mempengaruhi kandungan dan persembahan
komunikasi massa iaitu rancangan-rancangan yang mengandungi unsur-
unsur ganas dan seks.

(c) Persaingan antara Media


Persaingan antara organisasi media membawa kepada pertumbuhan
industri selain mempertingkatkan tahap profesionalisme pengamal media.
Ini telah menjurus kepada penambahbaikan dalam penyampaian mesej
kepada khalayak secara umumnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 8 PENGENALAN KEPADA MEDIA MASSA

(d) Format Media


Format media mempengaruhi keberkesanan dan kemampuannya untuk
memenuhi kehendak dan keperluan khalayak. Organisasi media
memerlukan khalayak yang besar untuk menggunakan produk atau
perkhidmatan mereka untuk mencapai matlamat dan fungsi mereka.
Akhbar bercetak, radio, buku, televisyen, filem, majalah dan laman web
menyalurkan maklumat berasaskan kepada format yang berbeza untuk
menarik khalayak.

AKTIVITI 8.2
1. Berikan contoh-contoh bagaimana seseorang menggunakan
media untuk:
(a) Keperluan peribadinya; dan
(b) Keperluan profesionalnya.

2. Senaraikan jenis-jenis media dalam kalangan pengguna di


Malaysia.

8.4 MODEL KOMUNIKASI MASSA


Masihkah anda ingat model-model komunikasi yang dibincangkan dalam Topik 1?
Apakah persamaan dan perbezaan antara model komunikasi dan model komunikasi
massa?

Dalam membincangkan model komunikasi massa, Dominick (2002)


membandingkan dua jenis model berdasarkan perkembangan teknologi
komunikasi dan kesannya terhadap aliran mesej dalam komunikasi massa.
Model-model berkenaan ditunjukkan dalam Rajah 8.5.

Rajah 8.5: Dua model komunikasi massa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENGENALAN KEPADA MEDIA MASSA  157

(a) Model Komunikasi Massa Tradisional


Model komunikasi massa tradisional merupakan adaptasi daripada model asas
komunikasi termasuk organisasi media massa, perantara media dan khalayak (lihat
Rajah 8.6).

Rajah 8.6: Model komunikasi massa tradisional


Sumber: Dominick (2002)

Rajah 8.6 menunjukkan aliran maklumat yang berlaku dalam persekitaran


di mana ia disampaikan oleh sumber kepada penonton melalui pengantara
seperti TV, radio, akhbar dan majalah. Sumber adalah terhad, manakala
penerima adalah ramai dan pelbagai.

Model ini juga menunjukkan peranan pengampang (gatekeepers) dalam


menapis dan menentukan corak persembahan berita, program hiburan,
filem, drama atau dokumentari yang disampaikan kepada penonton. Para
pengampang, yang merupakan sumber maklumat, merujuk kepada editor,
pengeluar televisyen, pengiklan dan pengarah bilik berita. Maklumat yang
ditapis akan melalui proses percetakan atau penayangan. Sebagai contoh,
Julia, seorang wartawan hiburan, menulis satu artikel mengenai kehidupan
seorang penyanyi yang semakin meningkat, iaitu Bob. Artikel lain yang
ditulis adalah tentang Della, seorang penyanyi baharu. Editor majalah
Entertainment mendapati artikel mengenai Della mempunyai nilai berita
yang lebih kerana popularitinya yang semakin meningkat. Editor
memutuskan untuk mengendalikan rencana mengenai Bob dalam ruang
kecil pada halaman dalaman, manakala cerita Della pula dipaparkan pada
muka hadapan bersama-sama dengan gambar yang berwarna.

Penerima atau khalayak dianggap sebagai penerima mesej yang secara aktif
mengekod, mentafsir dan nyahkod mesej-mesej. Khalayak boleh
membincangkan isu-isu dan maklumat yang diperoleh dari televisyen,
radio atau surat khabar dengan yang lain; namun, interaksi antara sumber
dan penerima adalah sangat minimum.

(b) Model Komunikasi Massa Internet


Media massa biasa seperti radio dan televisyen sedang mengalami evolusi
kepada bentuk-bentuk baharu seperti teks video, high-definition television
(HDTV) dan World Wide Web yang kesemuanya dalam bentuk digital.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 8 PENGENALAN KEPADA MEDIA MASSA

Kemajuan teknikal seperti pemampatan digital (digital compression),


media jalur lebar dan rangkaian fiber optik akan meningkatkan kualiti
media yang sampai ke rumah pengguna (khalayak). Perkhidmatan
interaktif terkini yang terdapat dalam rangkaian media baharu ini juga
memberikan khalayak peluang untuk menempah barangan terpilih.
Teknologi digital telah memungkinkan kita untuk mengintegrasi teks,
audio, grafik komputer dan video menerusi rangkaian multimedia seperti
desktop publishing.

Model komunikasi massa Internet menggambarkan hubungan antara


penyampai yang terlibat dalam transmisi mesej menggunakan teknologi
komunikasi massa. Jika dibandingkan dengan era tradisional, model
baharu ini menunjukkan bagaimana sumber dapat menyampaikan mesej
kepada lebih ramai khalayak.

Dalam konteks komunikasi massa, Internet menyediakan pilihan kepada


khalayak dengan maklumat yang tiada batasnya. Penerbit Web boleh
menilai dan memperbaiki persembahan dan format berdasarkan kepada
maklum balas yang diterima.

Berita dalam talian melibatkan tiga sumber berita iaitu:


(a) Teknologi;
(b) Individual (sumber berita); dan
(c) Pengguna.

Dalam model ini, jelas sekali tiada pengampang untuk menapis, memilih atau
mengawal mesej-mesej.

Internet, dengan keupayaannya untuk menyampaikan maklumat melangkaui


kekangan masa dan halangan geografi, memberikan banyak pilihan. Melalui
laman sukan, sebagai contoh, Armand boleh menonton permainan ragbi secara
langsung tanpa perlu menunggu akhbar atau menonton siaran yang dirakam
pada hari berikutnya. Hypertext pula menyediakan platform untuk carian
maklumat yang diperlukan oleh pengguna.

Model komunikasi massa Internet yang dibentangkan mungkin tidak lengkap.


Namun, ia cukup untuk menerangkan konsep komunikasi massa dan proses
yang terlibat. Model komunikasi massa tradisional sebelum ini telah dikritik dan
tidak lagi sesuai dalam era Internet hari ini, terutamanya dalam mengenal pasti
sumber-sumber berita. Selain itu, transmisi mesej dalam model tradisional hanya
melibatkan komunikasi sehala. Untuk menggambarkan situasi itu, bayangkan
situasi di mana satu segmen berita yang ditayangkan secara langsung kepada

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENGENALAN KEPADA MEDIA MASSA  159

khalayak, yang mana pengampangnya (gatekeepers) tidak boleh dikenal pasti.


Mereka mungkin terdiri daripada wartawan berita, pembuat dasar dalam
organisasi media, pengiklan, pembekal perkhidmatan talian atau pemilik stesen
televisyen.

SEMAK KENDIRI 8.2

Apakah perbezaan antara media baharu dan media lama?

AKTIVITI 8.3

1. Mengapakah pengampang dikatakan tidak wujud dalam


komunikasi massa Internet?

2. Cari satu artikel penyelidikan dari mana-mana jurnal komunikasi


yang membincangkan isu berkenaan kesan media massa.
Lampirkan salinan artikel tersebut dan jawab soalan-soalan
berikut:
(a) Apakah tujuan penyelidikan berkenaan?
(b) Berdasarkan penemuan penyelidikan, apakah peranan
media yang dikaji oleh penyelidik tersebut?

3. Apakah perbezaan antara media baharu dan media „hibrid‰ atau


hybrid?

 Media massa adalah alat komunikasi yang membolehkan maklumat dan


pengalaman dirakam dan dipindahkan kepada khalayak yang besar dalam
pelbagai bentuk.

 Komunikasi massa memungkinkan jurang waktu dan massa dikurangkan di


samping memudahkan akses kepada maklumat.

 Perhubungan antara media massa dan khalayak adalah sangat rapat. Proses
transmisi mesej menerusi komunikasi massa menggunakan pengantara
media massa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 8 PENGENALAN KEPADA MEDIA MASSA

 Dalam proses penyaluran maklumat, pelbagai pihak terlibat dalam


menentukan mesej yang akan dihantar kepada khalayak.

 Pakar memberikan pendapat dan pandangan dalam membincangkan kesan


media massa pada penonton dari konteks pemilihan media, penentuan
agenda, penggunaan dan implikasinya ke atas tingkah laku khalayak.

 Kombinasi sistem komputer, telekomunikasi dan media massa telah


membawa perubahan ketara kepada fungsi komunikasi massa media.

 Sumber media massa hari ini adalah lebih pelbagai, kurang dominan dan
profesional.

 Peranan pengampang kian terhapus yang mana mesej diprogramkan untuk

 Dalam komunikasi massa hari ini, pengguna menentukan dan memilih


media yang mereka suka. Keutamaan khalayak telah berubah daripada
media massa yang pasif kepada media interaktif yang baharu.

Faktor undang-undang Komunikasi massa


Format media Pengampang
Keperluan operasi Persaingan antara media

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik   Fungsi dan
9 Kesan Media
Massa
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan tujuh fungsi media massa;
2. Mengenal pasti tiga tujuan penggunaan media massa;
3. Menghuraikan empat kesan media massa; dan
4. Menerangkan tiga cabaran dalam komunikasi massa.

 PENGENALAN
Dalam topik sebelumnya, kita telah diperkenalkan kepada konsep asas
komunikasi massa dan melihat bagaimana ia menjadi teras dalam kehidupan
masyarakat. Evolusi komunikasi massa telah banyak memberi kesan kepada
hubungan antara individu (antara perorangan) dan masyarakat. Dalam topik ini,
anda akan diperkenalkan kepada fungsi dan kesan komunikasi massa dari
pelbagai perspektif. Topik ini juga akan melihat kesan media kepada khalayak.

9.1 FUNGSI MEDIA MASSA


Pakar telah menganalisis pelbagai fungsi dan kegunaan komunikasi massa.
Sebagai contoh, Dominick (2002) melihat fungsi media massa dari perspektif
berikut (lihat Rajah 9.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA

Rajah 9.1: Dua perspektif fungsi media massa

Ahli masyarakat perlu berkomunikasi untuk membentuk hubungan dengan


orang lain. Oleh kerana masyarakat berkembang, keperluan komunikasinya juga
semakin meningkat. Seiringan dengan itu, masyarakat memerlukan pengantara
komunikasi yang boleh memenuhi keperluan-keperluan tersebut.

Umumnya, komunikasi massa pada tahap makro memenuhi tujuan-tujuan


berikut (Rajah 9.2).

Rajah 9.2: Tujuh fungsi utama komunikasi massa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA  163

9.1.1 Mengawasi (Surveillance)


Pengawasan lebih dikenali sebagai pemberitaan dan peranan maklumat yang
disebarkan melalui media. Rajah 9.3 di bawah menggambarkan fungsi
pengawasan.

Rajah 9.3: Pengawasan media

Berikut adalah penerangan lanjut mengenai dua fungsi pengawasan:

(a) Memberi Amaran


Pengawasan dalam bentuk amaran digunakan untuk mengingatkan
khalayak (masyarakat) tentang kejadian-kejadian yang dijangkakan akan
berlaku. Contohnya, media memberi amaran tentang ancaman seperti
bencana alam, gempa bumi, banjir kilat, tsunami, pemanasan global,
jangkaan kemerosotan ekonomi dan peningkatan kadar inflasi atau perang.

Kita telah lihat bagaimana televisyen atau radio dihentikan sementara


programnya untuk menyiarkan berita tentang bencana alam yang berlaku
atau memberikan amaran tentang wabak penyakit atau perang, dan
sebagainya.

(b) Pengawasan Instrumental


Pengawasan berbentuk instrumental membantu masyarakat untuk
mendapatkan maklumat seperti harga di bursa saham, produk baharu, idea
fesyen, resepi dan sebagainya. Peranan ini bukan hanya dikhususkan
kepada media akhbar sahaja. Media lain seperti penerbitan ringkas dan
majalah teknikal juga menjalankan peranan mengawasi.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
164  TOPIK 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA

9.1.2 Mengintepretasi
Media massa tidak hanya menawarkan fakta-fakta dan data tertentu. Ia juga
memberikan maklumat tentang matlamat, makna dan kepentingan sesuatu
peristiwa.

Fungsi interpretasi oleh media massa berkait rapat dengan fungsi pengawasan.
Pengampang media akan menentukan berita yang layak untuk disebarkan
mengikut turutan kepentingan dan keutamaan. Tidak semua berita yang
diterima disebarkan oleh stesen-stesen televisyen dan radio. Selain menyiarkan
berita, media juga memberikan ruang untuk khalayak memberi komen dan
maklum balas. Perbincangan dan kritikan mengenai implikasi dasar, sebagai
contoh, yang muncul dalam ruangan Surat kepada Editor, juga merupakan
sebahagian daripada interpretasi khalayak tentang suatu berita itu. Berdasarkan
bahan-bahan ini, penonton menerima pelbagai pandangan yang mereka boleh
nilai sendiri. Tafsiran maklumat seperti isu-isu pendidikan dan kenaikan harga
barangan pengguna juga boleh didapati dalam ruangan editorial akhbar-akhbar.

9.1.3 Menghubung (Linkage)


Media massa juga mampu menghubungkan elemen-elemen yang berbeza dalam
masyarakat. Sebagai contoh, percubaan pengiklan untuk menggabungkan
keperluan pembeli dengan produk penjual. Pengundi dapat tahu tentang
perwakilan yang diundi menerusi akhbar, televisyen, radio dan laman web.
Media elektronik atau akhbar merupakan saluran yang berkesan untuk
mengumpulkan dana bagi kanak-kanak yang sakit dan mangsa perang serta
bencana alam.

Komuniti yang terpisah tetapi berkongsi kepentingan bersama juga boleh


disatukan dengan media. Kemajuan dalam IT telah membolehkan penyebaran
maklumat dengan pesat dan meluas, mengatasi kekangan masa dan sempadan.

Pelbagai laman Web, ÂnewsgroupsÊ dan Âchat roomsÊ telah membangunkan


platform untuk dua atau ramai orang bagi membentuk komuniti maya.
Kemudahan dalam talian yang disediakan mampu menghubungkan pelbagai
masyarakat untuk berkongsi pengalaman antara satu sama lain.

Kadang kala media Internet juga mewujudkan hubungan dan menyatukan


kumpulan-kumpulan sosial yang sebelum ini tidak sedar bahawa mereka
mempunyai kepentingan bersama. Fungsi untuk mengaitkan dan
menghubungkan juga menunjukkan keupayaan media menyediakan saluran
kepada ahli-ahli masyarakat untuk menonjolkan bakat dan minat mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA  165

Namun, fungsi ini juga mempunyai kelemahannya tersendiri. Antara lain, ia


boleh memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan tertentu yang tidak
berpuas hati untuk bersatu dan protes yang membawa kepada revolusi. Ini boleh
mengancam keamanan masyarakat.

9.1.4 Sosialisasi dan Menyebarkan Nilai


Proses penyebaran dan transmisi nilai dalam masyarakat dikenali sebagai proses
sosialisasi. Fungsi sosialisasi merujuk kepada cara seseorang individu menerima
tingkah laku dan nilai sesebuah kumpulan.

Media massa memainkan peranan dalam memaparkan nilai-nilai yang berbeza


dan amalan masyarakat. Melalui pemerhatian, pendengaran dan pembacaan,
seseorang boleh belajar tentang bagaimana tindakan masyarakat dan nilai-nilai
yang dipegangnya.

Kadang-kadang, media digunakan sebagai alat propaganda untuk menerapkan


nilai-nilai dan amalan tertentu. Ini dilihat dalam program-program yang
memberi nasihat mengenai isu-isu kesihatan dan keselamatan seperti
kepentingan menggunakan topi keledar, mengurangkan pengambilan gula
seseorang dan memelihara harta benda awam.

Antara pelbagai jenis media yang ada sekarang, yang mana satu paling
berpotensi untuk menghantar nilai di kalangan ahli masyarakat? Televisyen
nampaknya mempunyai potensi besar dalam pergaulan masyarakat kerana ia
mampu menyampaikan mesej kepada khalayak yang lebih luas berbanding
dengan jenis media lain.

9.1.5 Menghibur
Fungsi yang paling penting dalam komunikasi massa adalah untuk menghibur.
Pada hari ini, kebanyakan isi rumah mempunyai sekurang-kurangnya satu set
televisyen di rumah, sekali gus membolehkan orang ramai untuk menonton
filem-filem, muzik, sukan berita, program hiburan, sitkom dan kartun setiap
hari. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk melanggan televisyen kabel pada
harga yang mereka mampu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA

9.1.6 Memujuk
Fungsi pemujukan media boleh dilihat dari cara pengiklan mempengaruhi
khalayak sasar mereka. Sebagai contoh, media penyiaran akan menunjukkan
iklan untuk syampu, aksesori kereta, produk kawalan berat badan dan promosi
jualan mega, dan lain-lain, untuk mendorong penonton membelanjakan wang
mereka.

Oleh kerana penonton terdedah kepada pelbagai mesej dari semua jenis media,
mereka tidak terkecuali daripada unsur-unsur pujukan. Program dokumentari
atau wawancara mempunyai unsur-unsur pemujukan tidak langsung. Surat
khabar juga menggunakan bahagian editorial mereka dan bersifat "op-ed"
(editorial bertentangan) untuk mengemukakan pendapat dan memujuk.

AKTIVITI 9.1

1. Berikan contoh-contoh bagaimana rancangan televisyen


menyalurkan nilai-nilai kepada masyarakat Malaysia.
2. Apakah „iklan politik‰? Apakah pandangan anda terhadap
penggunaan iklan politik sebagai satu perantara pemujukan?
3. Apakah tujuan iklan politik dalam media massa?

9.1.7 Mempengaruhi
Media mampu menyatukan masyarakat dengan menyebarkan mesej yang akan
memberi kesan kepada semua orang. Sebuah akhbar tempatan, sebagai contoh,
menyediakan pengetahuan dan pengalaman yang dikongsi bersama masyarakat.
Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi mereka untuk bertindak ke atas
isu yang akan datang. Dalam keadaan tertentu, media membantu untuk
mempengaruhi pandangan orang ramai mengenai subjek.

Perkembangan terkini dalam teknologi maklumat dan komunikasi telah


mempercepatkan penyebaran maklumat, tanpa mengira masa dan tempat.
Mana-mana pengguna yang mempunyai akses Internet yang pantas akan
mendapat maklumat dengan serta-merta. Internet adalah satu platform yang
mempunyai potensi untuk mempengaruhi pencarian maklumat, jika
dibandingkan dengan media cetak. Isu atau peristiwa yang baru sahaja berlaku
boleh disampaikan sepantas kilat dan boleh diakses oleh penonton. Badan-badan
sosial dan masyarakat boleh menggunakan Internet sebagai platform untuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA  167

menyuarakan pandangan kolektif mereka dan sebagai medium untuk


komunikasi.

Selepas mempelajari fungsi komunikasi massa di peringkat analisis makro, kita


akan meneroka pula fungsi komunikasi massa di peringkat mikro. Pada tahap
ini, kita akan melihat bagaimana individu menggunakan media dalam
kehidupan sehariannya.

Fungsi media di peringkat mikro yang dinyatakan dengan jelas dalam teori
kegunaan dan kepuasan. Menurut teori ini, khalayak mempunyai keperluan
tertentu. Khalayak secara aktif memilih media yang paling memenuhi keperluan
mereka untuk mendapatkan maklumat, untuk melegakan perasaan kekosongan
atau kebosanan, untuk menghiburkan diri sendiri, untuk melarikan diri daripada
masalah dan lain-lain.

Seseorang boleh beralih kepada pelbagai jenis media sambil melakukan tugas
lain. Sebagai contoh, membaca akhbar The Star semasa bersarapan pagi,
mendengar Radio Era atau HitzFM semasa memandu ke pejabat, mendengar CD
penyanyi kegemaran ketika mengemas rumah, menonton "Attack Art" semasa
menyediakan makan malam atau membaca "Cosmopolitan" atau "Anjung Seri"
sebelum tidur. Semua aktiviti seperti ini menunjukkan bagaimana media massa
memenuhi kehendak individu.

AKTIVITI 9.2

Berikan contoh-contoh bagaimana Internet bertindak sebagai satu


platform untuk mempengaruhi tindakan kolektif sesebuah komuniti
atau masyarakat?

SEMAK KENDIRI 9.1

Senaraikan fungsi-fungsi utama komunikasi massa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA

9.2 TUJUAN MENGGUNAKAN MEDIA MASSA


Seseorang itu menggunakan media untuk banyak tujuan. Namun, secara
umumnya terdapat tiga tujuan utama penggunaan media massa (Rajah 9.4).

Rajah 9.4: Tiga tujuan menggunakan media massa

9.2.1 Memenuhi Keinginan untuk Mengetahui


Manusia secara semula jadinya mempunyai sifat ingin tahu; keinginan untuk
menimba ilmu pengetahuan adalah sangat kuat. Media adalah satu medium
yang berkesan dan menarik untuk mendapatkan maklumat, sekali gus
memberikan kepuasan kognitif kepada mereka.

Terdapat banyak kajian yang dijalankan untuk mengetahui mengapa seseorang


memilih media tertentu. Beberapa penemuan kajian menunjukkan bahawa
penonton menggunakan media tertentu kerana mereka ingin tahu kejadian
terbaru atau untuk memuaskan hati mereka dengan ilmu pengetahuan.

9.2.2 Mengurangkan Tekanan


Seseorang mungkin mahu menjauhkan diri dari perkara-perkara rutin dalam
kehidupan atau untuk melarikan diri dari realiti. Media memainkan peranan
untuk memenuhi keperluan ini dan mengurangkan kebosanan. Dengan
menggunakan media, seseorang itu berpeluang untuk mengurangkan tekanan,
meningkatkan semangat, beristirehat atau mengurangkan tekanan emosi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA  169

9.2.3 Untuk Bersosial


Dengan menonton televisyen, seseorang itu boleh berinteraksi dengan orang lain
untuk bertukar idea dan pendapat mengenai suatu peristiwa dan program.
Perbualan sosial akan menjadi lebih selesa jika seseorang itu boleh bercakap
dengan orang lain tentang filem "box-office", program National Geographic atau
drama terkini.

Persamaan yang wujud dalam hubungan sosial boleh mewujudkan iklim


komunikasi yang lebih menarik dan berkesan.

Media juga digunakan untuk memenuhi keperluan parasosial yang terbaik.


Teknologi komunikasi digital membolehkan seseorang untuk berkomunikasi
dengan orang lain walau di mana jua mereka berada. Dengan adanya Internet
sekarang menimbulkan persoalan mengenai fungsi media sosial. Internet secara
khusus telah menarik perhatian terutama dalam fungsinya untuk mewujudkan
dan mengekalkan komuniti maya.

Walaupun telefon dianggap sebagai satu medium komunikasi antara peribadi


(interpersonal), ia juga telah menjadi satu sumber hiburan dan alat untuk
mendapatkan produk dan perkhidmatan tertentu. Internet memainkan peranan
penting sebagai rangkaian perniagaan di mana produk boleh diperoleh dalam
talian (online). Iklan „pop-up‰ dalam Internet juga boleh meningkatkan strategi
pemasaran dan promosi dengan mempengaruhi khalayak untuk membeli suatu
produk atau perkhidmatan.

AKTIVITI 9.3

Bolehkah media mengurangkan rasa bosan anda? Bagaimana anda


menggunakan media untuk menghabiskan masa lapang anda,
menghilangkan ketegangan dan menghiburkan diri sambil berehat?

SEMAK KENDIRI 9.2

Terangkan secara ringkas tujuan-tujuan menggunakan media massa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA

9.3 KESAN-KESAN KOMUNIKASI MASSA


Pelbagai jenis media komunikasi telah memberikan kesan yang berbeza kepada
khalayak; ada yang positif dan ada juga yang negatif. Terdapat beberapa faktor
yang boleh dirujuk dalam membincangkan kesan-kesan jenis komunikasi ini.
Umumnya terdapat empat kesan komunikasi massa seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 9.5 berikut.

Rajah 9.5: Empat kesan komunikasi massa

9.3.1 Individu dan Masyarakat


Dalam membincangkan kesan media, kadang kala adalah sukar untuk
membuktikan sejauh mana media memberi kesan kepada sikap dan tingkah laku
khayalak. Namun, kebanyakan kajian mengaitkan peranan individu dengan
masyarakat. Berita dalam media berpotensi untuk menghalakan tumpuan khalayak
kepada kejadian yang disiarkan dan membuatkan ia kelihatan sangat penting.

9.3.2 Kritikan Sosial


Salah satu perubahan positif dari teknologi maklumat komunikasi adalah
peningkatan dalam kadar celik masyarakat. Contohya, ahli antropologi telah
mendokumentasikan perbezaan jelas antara masyarakat buta huruf dan
masyarakat yang boleh membaca serta menulis. Masyarakat pada era media
cetak berperanan mencetus tamadun berteraskan kemajuan sains dan teknologi.
Pengkritik sosial menganggap perubahan tersebut disebabkan oleh penentuan
budaya (cultural determinism).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA  171

Dalam proses komunikasi massa, ribuan pekerja dan sejumlah wang yang besar
telah diperuntukkan untuk mengumpul, menstruktur, membentuk dan
menyebarkan mesej kepada berjuta individu yang mewakili khalayak massa.

Ada pendapat mengatakan bahawa komunikasi massa bukanlah satu cara yang
berkesan untuk mengubah sikap dan nilai khalayak kerana ia tidak dapat
memenuhi semua keperluan dan kepercayaan mereka. Mesej-mesej yang cuba
untuk mempengaruhi penerima juga perlu bersaing dengan mesej-mesej yang
berlawanan dengannya.

9.3.3 Keperluan Media dan Keperluan Sosial


Tahukah anda masalah yang dihadapi masyarakat ialah ketidakseimbangan
sosial? Apa yang menyebabkan ketidakseimbangan ini berlaku?

Apabila masyarakat menjadi lebih berstrata, kekayaan, ekonomi dan


pembelajaran akan menjadi tidak seimbang. Hasil ketidakseimbangan ini,
menyebabkan tekanan meningkat apabila masyarakat mula berinteraksi. Dalam
keadaan sebegini, apakah yang boleh dilakukan media untuk mengubah
keadaan tersebut?

Program-program pendidikan ada ditayangkan dalam Disney Channel and


TVIQ. Program-program ini berjaya dalam menarik minat kanak-kanak kerana
unsur-unsur „edutainment‰ yang dipersembahkan.

Selain program-program televisyen, perpustakaan awam dan sekolah


membolehkan kanak-kanak mendapatkan akses kepada pendidikan menerusi
majalah, buku-buku, akhbar atau jurnal.

Selain itu, telefon, telefon pintar dan Internet boleh memperbaiki akses kepada
maklumat selain meningkatkan kualiti kehidupan orang-orang yang terpinggir.

9.3.4 Jurang Pengetahuan


Perspektif ini mengambil kira jurang antara mereka yang berada dan yang tidak
berada (the haves and the have-nots). Mereka yang kaya dengan maklumat dan
pengetahuan atau „the have‰ adalah mereka yang kebanyakannya kaya dengan
pengetahuan kerana akses yang meluas kepada perpustakaan dan komputer
peribadi yang membolehkan mereka mendapatkan maklumat terkini.
Sebaliknya, mereka yang tidak berada atau the have-nots, mempunyai akses
yang terhad kepada komputer, kurang peluang untuk mendapatkan maklumat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA

Banyak kajian telah membincangkan jurang pengetahuan yang wujud akibat


kemajuan dalam teknologi media. Dalam keadaan sedemikian, kumpulan yang
mempunyai akses kepada maklumat dari pelbagai bentuk media, sama ada
bercetak atau elektronik, dilihat sebagai kumpulan yang mempunyai kelebihan.

9.4 PERKAITAN ANTARA FUNGSI DAN KESAN


MEDIA DENGAN TEORI
Banyak kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan-kesan media. Pakar
menggunakan penemuan tersebut untuk membentuk teori-teori menjelaskan
fungsi dan kesan media seperti yang dihuraikan dalam subtopik berikut.

9.4.1 Penggunaan dan Kepuasan


Perspektif ini menyatakan bahawa khalayak akan memilih media yang mereka
rasakan boleh memenuhi keperluan dan kepentingan mereka dalam masa yang
cepat. Dalam kata lain, khalayak membuat keputusan dalam memilih media dan
menggunakan media. Seseorang yang bosan dengan membaca mungkin
memutuskan untuk mendengar lagu di radio atau menonton berita di televisyen.

Dalam memilih suatu program televisyen, kanak-kanak mungkin lebih seronok


apabila mereka berpeluang menonton rancangan „Mickey Mouse‰ atau
„Pokemon‰. Jika guru mereka menayangkan program dokumentari, tumpuan
kanak-kanak tersebut akan hilang. Begitu juga, seorang dewasa yang berminat
dengan filem aksi mungkin tidak mendapat kepuasan sepenuhnya jika dia
menemani rakannya untuk menonton cerita komedi romantik.

Menurut perspektif kegunaan dan kepuasan ini juga, khalayak diandaikan aktif
membuat pilihan antara media yang mampu memberikan kepuasan kepada
mereka atau dapat memenuhi keperluan mereka untuk mencari dan mengakses
maklumat, mengurangkan rasa kosong, mendapat hiburan dan sebagainya.

9.4.2 Penentuan Agenda


Perspektif penentuan agenda merujuk kepada pandangan bahawa media
membentuk agenda untuk khalayak. Menurut perspektif ini, media mungkin
tidak dapat mengubah pandangan seseorang individu tentang sesuatu isu, tetapi
ia boleh mengubah persepsi individu tersebut tentang apa yang penting
kepadanya. Media berupaya melibatkan khalayak dan mempengaruhi mereka
berdasarkan kepada idea, kejadian dan berita tertentu. Sebagai contoh,
sekumpulan lima orang pelajar ditahan kerana berkelakuan kasar dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA  173

menyebabkan kecederaan kepada guru mereka. Hanya pelajar yang bernama


Salman dilaporkan di muka depan sebuah akhbar tempatan. Dalam konteks ini,
media menentukan agenda untuk menarik perhatian orang ramai.

Kadang kala, apa yang media tidak laporkan adalah lebih penting daripada apa
yang disiarkan. Kemungkinan ada maklumat penting yang tidak disiarkan.
Kemungkinan juga berita-berita tertentu yang sepatutnya dicetak di muka
hadapan akhbar dan menerima liputan dalam berita perdana/berita utama tidak
disiarkan. Pengampang (gatekeeper) media memainkan peranan dalam
menentukan berita mana yang sepatutnya diberi keutamaan dalam media.

Konsep yang telah diperkenalkan oleh Kurt Lewin pada 1947, menjelaskan
peranan pengampang (individu atau kumpulan) yang memilih dan menentukan
berita yang melepasi aliran kawalan maklumat sebelum ia sampai kepada
khalayak. Pengampang terdiri daripada editor majalah dan akhbar, penerbit
radio dan televisyen, pengiklan, kumpulan politik, dan pemilik stesen yang
mempengaruhi dalam menentukan maklumat yang hendak disampaikan kepada
khalayak.

Peranan pengampang adalah tidak hanya menapis maklumat dan


kandungannya tetapi juga menentukan sumber maklumat. Kumpulan editor,
penulis skrip, penerbit atau sesiapa yang terlibat dalam bahagian pemilihan
program menentukan apa dan siapa yang harus dipaparkan dalam berita atau
siapa pakar yang boleh dijemput untuk segmen tertentu bagi sesebuah program
televisyen.

AKTIVITI 9.4

Bayangkan sebuah insiden besar telah berlaku di Malaysia. Nyatakan


media mana yang berkemungkinan akan membuat liputan kejadian
ini. Nyatakan pandangan anda sebagai seorang pengguna media
tentang bagaimana media di Malaysia membuat liputan kejadian
sebegini.

9.4.3 Analisis Penyuburan (Cultivation Analysis)


Perspektif analisis penyuburan diperkenalkan oleh George Gerbner dan rakan-
rakannya dari University of Pennsylvania menyatakan bahawa media televisyen
mempromosi „worldviews‰ atau pandangan dunia yang tidak tepat tetapi
khalayak menganggap dan menerimanya sebagai realiti kehidupan. Persepsi
tentang realiti hidup serupa dengan apa yang digambarkan dalam televisyen.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA

Analisis penyuburan menumpukan bagaimana pendedahan yang berpanjangan


kepada media memberi kesan kepada tingkah laku dan pandangan khalayak.

Fikirkan tentang filem Melayu, Hindustan dan Hollywood yang ditonton dalam
televisyen. Gaya hidup yang ditunjukkan biasanya lebih menarik dan selesa jika
dibandingkan dengan kehidupan sebenar. Namun, apa yang ditonton dalam
televisyen dipercayai akan membentuk perspektif khalayak secara kumulatif.
Dalam kata lain, semakin lama seseorang menonton televisyen, semakin
cenderung ia mempercayai apa yang ditonton adalah satu realiti. Hakikatnya,
terdapat hubungan yang kuat antara imej media dan bagaimana seseorang
melihat realiti kehidupan.

9.4.4 Perbezaan Individu (Individual Differences)


Perspektif perbezaan individu merujuk kepada bagaimana khalayak mempunyai
pelbagai karakter yang dipengaruhi oleh media. Khalayak media berbeza latar
belakang dari segi umur, jantina, tahap pendidikan, kedudukan sosioekonomi,
lokasi tempat tinggal, tahap intelektual dan juga pengalaman.

Dalam mengkaji kesan dan fungsi media, penyelidik awal meneroka pelbagai
perspektif Model Komunikasi. Salah satu perspektif tersebut dilihat dalam
Model Jarum Suntikan (Hypodermic Needle Model). Khalayak dalam konteks
model ini menerima mesej secara langsung dan memprosesnya secara individu
dan dalam kumpulan. Dalam model ini, komunikasi massa dianggap sebagai
mempunyai Âkuasa magisÊ dengan kesan yang kuat yang mampu mempengaruhi
dan meracuni fikiran khalayak ramai. Ini sering kali berlaku dalam maklumat
yang disiarkan dalam bentuk propaganda.

Dalam Model Pemimpin Pendapat (Opinion Leaders Model) atau ÂTwo-Step


ModelÊ, khalayak dilihat sebagai satu entiti sosial yang luas. Model ini merujuk
kepada individu tertentu yang berkarisma tinggi dan mampu mempengaruhi
sekumpulan khalayak yang besar dalam membuat pilihan. Pengaruh ini terbukti
apabila ahli politik berjaya meraih sokongan; atau apabila duta produk dan
selebriti mempengaruhi anda untuk membeli produk atau perkhidmatan,
memilih fesyen-fesyen terkini atau kosmetik.

9.5 CABARAN BERINTERAKSI DENGAN


MEDIA MASSA
Komunikasi massa mempunyai fungsi tertentu dan memainkan peranan penting
dalam kebanyakan aspek kehidupan manusia. Khalayak sebagai pengguna
media juga mempunyai tanggungjawab yang besar. Khalayak yang sering

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA  175

terdedah kepada media perlu memahami apa yang dipaparkan kepada mereka
menerusi media.

Antara cabaran yang dihadapi oleh khalayak media massa ditunjukkan dalam
Rajah 9.7.

Rajah 9.6: Tiga cabaran Media Massa

9.5.1 Isu-isu Etika


Antara isu etika utama dalam komunikasi massa termasuklah ketepatan
maklumat, kebenaran fakta dan privasi. Khalayak sebagai pengguna perlu sedar
peranan yang dimainkan oleh media massa dalam menyalurkan maklumat.

Prinsip asas etika komunikasi massa ialah memberikan khalayak kebenaran


tentang suatu isu dan kebebasan memilih untuk menilai isu tersebut. Khalayak
sebenarnya mempunyai peranan untuk mengelakkan sebarang manipulasi
maklumat daripada berlaku. Prinsip etika dalam komunikasi adalah penting
kerana ia menunjukkan hormat kepada individu, kumpulan atau institusi yang
terlibat dalam proses komunikasi. Dengan kewujudan garis panduan etika yang
baik, dapat mengelakkan daripada wujudnya paksaan mengenakan nilai
seseorang kepada orang lain.

Walau bagaimanapun, khalayak dan pengamal media sering kali ditayangkan


dengan situasi yang memerlukan mereka untuk menilai, memilih dan mencari
keseimbangan antara kebenaran dan kepentingan diri. Sebagai contoh, seorang
wartawan yang membuat liputan berita tentang salah laku seorang artis boleh
menjatuhkan reputasi individu tersebut. Tindakan menerbitkan berita tersebut

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA

oleh wartawan berkenaan diambil atas dasar "hak rakyat untuk tahu". Persoalan
yang timbul daripada tindakan sedemikian adalah apa yang penonton benar-
benar perlu tahu, dan bagaimana ia penting bagi mereka untuk tahu?

Isu-isu etika sering kali dibincangkan kerana kesannya terhadap khalayak.


Contohnya, wartawan hiburan dari Majalah ABC yang memanipulasi berita
tentang skandal seorang bintang filem. Walaupun berita tersebut berjaya
meningkatkan jualan majalah berkenaan, ia dianggap sebagai tidak beretika
dalam pelaporan berita. Dalam situasi lain, seorang individu yang mengiklankan
produknya menerusi Internet untuk mendapatkan keuntungan yang besar juga
dianggap sebagai tidak beretika jika beliau menipu dalam pengiklanannya.

Isu etika dalam komunikasi massa penting kerana ia melibatkan tanggungjawab


sosial dan persoalan moral. Khalayak perlu mampu menilai secara kritikal
berdasarkan kepada kandungan media atau maklumat yang mereka terima.
Sering kali persoalan moral menjadi satu dilema kepada khalayak.

9.5.2 Pemikiran Kritikal Terhadap Komunikasi Massa


Komunikasi massa tidak beroperasi secara bersendirian. Ia berinteraksi dengan
elemen lain dalam persekitarannya. Tidak ada individu tunggal, kumpulan atau
organisasi yang mempunyai pengalaman yang sama. Inilah yang membezakan
reaksi mereka terhadap mesej-mesej yang dipaparkan dalam media. Antara
soalan penting yang khalayak perlu fikirkan ialah:
(a) Bagaimana media memberi kesan kepada individu dalam masyarakat?
(b) Bagaimana realiti media diubah suai dari kandungan asalnya?
(c) Sejauh mana benarnya kandungan media?
(d) Mengapakah sesuatu berita itu mendapat perhatian?
(e) Adakah sumber kandungan media sahih dan terkini?
(f) Adakah pelaporan berita itu adil dan benar?
(g) Adakah laporan berita berat sebelah?
(h) Adakah imej yang diterima berbentuk stereotaip?
(i) Apakah pandangan masyarakat diambil kira?
(j) Apakah tafsiran dan pandangan penonton tentang isu-isu tertentu?
(k) Sejauh manakah pengamal media beretika dalam melaporkan sesuatu isu
dalam media?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA  177

Selain TV, semua soalan di atas boleh diaplikasikan kepada khalayak media
komunikasi massa yang lain seperti radio, laman Web, Internet, buku, muzik,
majalah, papan tanda dan sebagainya.

9.5.3 Kebergantungan Media


Kebergantungan khalayak kepada media juga boleh membawa kesan-kesan
negatif kepada mereka. Ketika ini, masyarakat didedahkan kepada pelbagai
maklumat dari pelbagai sumber media. Khalayak perlu bijak memilih dari
pelbagai sumber, dan bukannya bergantung pada hanya satu bentuk media
untuk mendapatkan maklumat mereka.

AKTIVITI 9.5

Apakah implikasi teknologi komunikasi terhadap media landskap?


Fokuskan perbincangan anda kepada media cetak (akhbar) dan media
elektronik (televisyen).

 Komunikasi massa mempunyai fungsi penting dalam semua aspek


kehidupan kita dalam masyarakat.

 Terdapat interaksi yang berterusan antara khalayak dan media untuk


mengetengahkan aktiviti harian manusia.

 Media menyediakan pengawasan terhadap apa-apa yang berlaku dalam


persekitaran dengan tujuan untuk mempengaruhi tingkah laku penonton.

 Kepelbagaian media massa hari ini membuka pintu kepada dunia maklumat
dan hiburan yang tidak pernah dialami sebelum ini.

 Para penonton sebagai pengguna media yang mempunyai pilihan untuk


menentukan penggunaan media; dan mampu untuk memahami dan menilai
secara kritis maksud di sebalik kandungan mesej media.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA

Kebergantungan media Mentafsir


Kritikan sosial Pengawasan
Membujuk Penyebaran nilai
Menghiburkan Penyuburan
Menghubung

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik   Pengenalan
10 kepada
Teknologi
Komunikasi
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT);
2. Menghuraikan cabaran-cabaran percantuman teknologi dan media;
3. Menjelaskan kesan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
terhadap landskap media;
4. Membincangkan kesan teknologi dalam konteks perhubungan; dan
5. Mengenal pasti cabaran-cabaran teknologi yang wujud dalam
komunikasi.

 PENGENALAN
Kemunculan era maklumat bermakna teknologi komunikasi dan maklumat telah
menjadi elemen penting dalam dunia komunikasi. Bidang ini juga telah
mengalami perubahan yang besar selaras dengan kemajuan teknologi. Landskap
media telah berkembang ekoran akses kepada teknologi komunikasi dan
maklumat meningkat. Rangkaian Internet global, yang bermula dengan
penciptaan komputer, telah membentuk medium baharu dalam zaman
maklumat ini. Oleh yang demikian, ia boleh dikatakan bahawa teknologi
komunikasi telah membawa kepada pembentukan hubungan yang tidak
dihadkan oleh sempadan fizikal semata-mata.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 10 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI KOMUNIKASI

Topik ini akan membincangkan beberapa konsep penting berkaitan ICT dan
kesannya terhadap landskap media.

10.1 TEKNOLOGI KOMUNIKASI MEDIA


Kemajuan teknologi telah mengakibatkan evolusi dalam penggunaan media
pada setiap peringkat perkembangan manusia. Oleh itu, teknologi juga telah
mengubah proses komunikasi antara orang ramai. Jenis-jenis media yang
mempengaruhi cara orang ramai berkomunikasi telah dibincangkan sebelum ini
dalam Topik 1.

Teknologi merujuk kepada bukan sahaja sebagai satu sistem perkakasan yang
mempunyai fungsi tersendiri tetapi juga sebagai sebahagian daripada kehidupan
masyarakat. Teknologi komunikasi dan maklumat menyebarkan maklumat
menerusi peralatan telekomunikasi seperti telefon, kabel dan satelit. Hubungan
antara teknologi komunikasi dan maklumat dan komunikasi boleh dilihat
apabila perkakasan (peralatan) dan perisian (program komputer) digunakan
untuk membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain. Rangkaian
penyiaran satelit, televisyen, video digital, CD-ROM, cakera video digital,
perakam audio-visual, alat-alat komunikasi tanpa wayar seperti telefon, telefon
bimbit dan Internet ialah hanya beberapa contoh ICT. Kombinasi perkakasan dan
perisian inilah yang menghasilkan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Teknologi media elektronik bermula dengan penggunaan telegraf pada tahun


1850. Teknologi ini merupakan satu perubahan besar dari zaman percetakan.
Tidak seperti teknologi percetakan, telegraf membolehkan orang ramai
berkomunikasi pada jarak yang jauh. Ini disusuli pula dengan penciptaan
telefon, satu hasil langsung daripada ciptaan telegraf, yang membawa
komunikasi ke tahap yang lebih maju. Telefon membolehkan komunikasi jarak
jauh yang cepat dan serentak serta memudahkan penyampaian maklumat yang
berkesan. Penciptaan telefon membawa perubahan besar kepada bentuk
komunikasi manusia, tidak seperti komunikasi berbentuk cetak seperti media
bertulis.

Proses berkomunikasi menerusi teknologi digambarkan dalam Rajah 10.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI KOMUNIKASI  181

Rajah 10.1: Ciri-ciri teknologi komunikasi massa

Rangkaian komunikasi terbentuk apabila orang ramai berkomunikasi antara satu


sama lain dan berkongsi nilai, matlamat dan kepentingan mereka untuk
membentuk satu sistem berasaskan kepada teknologi. Berkomunikasi menerusi
rangkaian teknologi membantu mempercepatkan proses komunikasi dan
membawa kepada penyebaran mesej dan maklumat yang pantas dan berkesan.
Ia juga membantu menjalinkan hubungan antara komunikator yang dipisahkan
oleh lautan dan sempadan. Revolusi dalam rangkaian komunikasi ini telah
mengubah cara maklumat dikongsi dan disebarkan menerusi ICT.

10.2 PERCANTUMAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


DAN KOMUNIKASI
Teknologi komunikasi telah menjana satu aliran maklumat yang terkini dan
membawa kepada zaman maklumat yang mengintegrasikan pelbagai elemen
teknologi. Hakikatnya, integrasi teknologi telah memudahkan akses dan
penyampaian maklumat. Percantuman media merujuk kepada integrasi
teknologi media massa, komputer dan telekomunikasi. Konsep percantuman
media telah diperkenalkan oleh Nicholas Negroponte dari Institut Teknologi
Massachusetts (MIT) pada tahun 1978 (Biagi, 2001).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 10 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI KOMUNIKASI

Rajah 10.2: Konsep percantuman media


Sumber: Biagi, S. 2001. Media/Impact: An introduction to mass media.
Wadsworth, CA

Rajah 10.2 menggambarkan konsep percantuman media dan pertindihan antara


tiga industri utama ini dan bagaimana ia mempengaruhi antara satu sama lain.
Ini seterusnya membawa kepada perkembangan teknologi selanjutnya.

(a) Industri Media


Industri media merangkumi bidang-bidang berikut:
(i) Visual (filem, televisyen dan dokumentari) dan audio (studio dan
aktiviti rakaman) penyiaran; dan
(ii) Percetakan (buku, majalah, jurnal, dan sebagainya).

(b) Industri Telekomunikasi


Industry telekomunikasi melibatkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
teknologi satelit, telefon bimbit, operator kabel dan talian telefon jarak jauh.
Faktor-faktor ini membolehkan maklumat dihantar dengan kadar yang
cepat.

(c) Industri Komputer


Industri komputer melibatkan pelbagai bentuk pengeluaran peralatan,
seperti perisian dan perkhidmatan yang berkaitan dengan Internet, bagi
tujuan untuk menyimpan dan menyalurkan maklumat dalam bentuk data
digital menerusi laman web (Straubhaar & LaRose, 2000).

Percantuman teknologi adalah hasil penyimpanan maklumat dalam bentuk


digital menerusi sistem pengkomputeran. Salah satu ciri-ciri percantuman
teknologi ialah aplikasi maklumat digital, di mana maklumat boleh
diperoleh menerusi sistem pengkomputeran. Komunikasi digital merujuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI KOMUNIKASI  183

kepada format komputer yang boleh dibaca (computer-readable).


Kronologi percantuman teknologi ditunjukkan dalam Jadual 10.1.

Jadual 10.1: Kronologi Percantuman Teknologi

Ciptaan komunikasi digital 1940-an


Ciptaan Transmission Control Protocol/Internet Protocol (TCP/IP) 1960-an
Lahirnya Internet ciptaan ARPANET Awal 1970-an
Ciptaan komputer peribadi Lewat 1970-an
Terciptanya Hypertext Transfer Protocol (HTTP) 1980-an
Internet diperkenalkan kepada orang awam 1992
Ciptaan Mosaic Browser 1992

Komputer membolehkan mesej dihantar, diproses, disimpan dan dikongsi secara


langsung. Program e-mel dan chat dalam talian serta instant messaging
bermakna komunikasi boleh dibangunkan dengan mudah. Media baharu ini
membolehkan komunikasi „one-to-many‰.

Penghasilan dan pembentukan pelbagai bentuk teknologi baharu dalam industri


komunikasi dan telekomunikasi bertujuan untuk proses saling penghantaran,
penyimpanan, penyaluran dan pencarian semula maklumat (Straubhaar &
LaRose, 2000).

Selain itu, kabel dan teknologi fiber optik telah merevolusi cara manusia
berkomunikasi. Maklumat boleh ditawarkan secara langsung dari sumber-
sumber di seluruh dunia dengan cepat dan mudah. Ini memungkinkan individu
dan organisasi untuk berkongsi maklumat dan kepakaran bagi menyebarkan
maklumat.

Pelbagai jenis media membolehkan maklumat dirakam, disimpan dan dikesan


semula dalam bentuk digital menerusi komputer. Ini bermakna, bahawa media
cetak dan teknologi penyiaran boleh diintegrasi dengan menggunakan teknologi
komputer. Teknologi digital juga membenarkan maklumat disimpan dalam
jumlah yang besar.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkembangan teknologi


komunikasi, sila layari laman web berikut: http://www.worldhistorysite.com/
communication.html

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 10 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI KOMUNIKASI

10.3 KESAN TEKNOLOGI TERHADAP


LANDSKAP MEDIA
Topik ini akan membincangkan perkembangan dua media dalam era digital:
(a) Media cetak · contohnya buku, majalah; dan
(b) Media elektronik · contohnya televisyen, radio, filem dan rakaman.

10.3.1 Media Cetak dalam Era Digital


Media cetak seperti yang kita ketahui, telah mengalami perubahan besar-
besaran, dan sebahagiannya akan diperincikan di bawah ini:

(a) Akhbar
Teknologi percetakan menyumbang kepada perkembangan industri
persuratkhabaran. Perubahan yang dibawa oleh teknologi ini mempunyai
kesan yang besar kepada pencarian berita, periklanan dan penyebaran.
Internet juga telah mengubah cara wartawan mencari maklumat. Tips kini
biasanya diperolehi menerusi e-mel dan menggunakan kaedah yang sama
untuk memastikan kesahihannya. Kajian boleh dilakukan menggunakan
laman web berita, chat-rooms dan newsgroups.

Dengan merujuk kepada penghasilan berita, teknologi satelit membolehkan


penghantar akhbar dari agensi editorial berita ke lokasi-lokasi yang jauh.
Suatu ketika dahulu, media cetak (akhbar) merupakan sumber berita yang
paling utama. Walau bagaimanapun ia telah dipelbagaikan dalam
membekalkan maklumat kepada pembaca dengan mengemukakan berita
melalui ruang siber. Akhbar dalam talian kini dilihat sebagai alternatif
yang berdaya maju dalam menyampaikan berita kepada rakyat. Apa pun,
akhbar bercetak dan dalam talian mempunyai fungsi yang sama, iaitu
mengumpul, menilai dan menyampaikan maklumat kepada penonton
yang besar.

Pada tahun 1980-an, komputer pada awalnya menghantar berita ke rumah-


rumah menerusi teks video. Namun, konsep World Wide Web (WWW)
yang ada sekarang membolehkan berita disebarkan dengan lebih meluas.
Kini, terdapat beribu-ribu akhbar yang diterbitkan dalam talian.

Sempadan ruang dan masa bukan lagi satu halangan kepada sesiapa yang
memerlukan berita terkini. Melalui laman-laman web dan „push
technology‰, orang ramai boleh mengakses berita terkini dengan cepat.
Pada masa yang sama, sistem ini menyimpan berita arkib yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI KOMUNIKASI  185

membolehkannya dibaca semula pada masa yang lain. Selain itu, dokumen
hypertext ini dihubungkan dengan dokumen-dokumen lain yang serupa,
sekali gus membolehkan dan memudahkan pencarian topik-topik berita
yang berkaitan.

Kemunculan syarikat-syarikat enjin carian seperti Yahoo!, Excite, Lycos,


Alta Vista, Infoseek dan Web Crawler telah mendorong syarikat-syarikat
akhbar untuk bersaing dalam membentuk dan membangunkan laman web
mereka sendiri bagi menarik sejumlah pembaca dan pengiklan yang tinggi.
Enjin carian memudahkan penyemakan pangkalan data yang
mengandungi berjuta-juta dokumen web yang wujud di pelbagai pelayan
web.

(b) Majalah
Apabila Internet mula diperkenalkan, kebanyakan penerbit majalah
percaya bahawa ia akan mengancam penerbitan majalah-majalah bercetak.
Ini kerana peluang yang banyak diberikan oleh Internet, seperti penerbitan
majalah dalam talian secara percuma.

Majalah-majalah dalam talian adalah satu medium baharu yang bersaing


secara langsung dengan majalah bercetak. Menjelang tahun 1995, konsep
majalah dalam talian mula menjadi semakin popular. Rajah 10.3
menerangkan kelebihan-kelebihan mengaplikasikan Internet dalam
industri majalah.

Rajah 10.3: Kelebihan mengeksploitasi internet dalam industri majalah


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
186  TOPIK 10 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI KOMUNIKASI

(c) Buku
Secara tradisionalnya, buku bercetak mempunyai pelbagai kelemahan
kerana kesukaran dalam mengedit, memperbaiki dan menambah
kandungannya. Industri penerbitan telah menggunakan teknologi digital
untuk memperluaskan pasarannya.

Ekoran daripada ini, buku tidak perlu lagi dicetak untuk penerbitan dan
pemasaran. Kemunculan Internet telah membawa kepada pengeluaran
buku digital yang dikenali sebagai e-books. E-books yang boleh dimuat
turun dalam talian berserta hyperlinks tambahan kini telah menggantikan
buku teks tradisional.

Penerbitan buku-buku digital bermaksud maklumat boleh disebarkan dan


dipasarkan kepada klien, pembaca dan pengguna umumnya secara
langsung menerusi Internet.

Ia juga membolehkan maklumat yang sebelumnya dicetak dalam bentuk


buku boleh diperoleh dengan lebih mudah dan murah.

AKTIVITI 10.1

Namakan beberapa contoh penerbit buku dalam talian.

10.3.2 Media Elektronik dalam Era Digital

Rajah 10.4: Media elektronik dalam era digital

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI KOMUNIKASI  187

(a) Radio
Sejak 1920-an, perkembangan penyiaran radio telah selaras dengan
perkembangan industri muzik dan teknologi rakaman.

Perkembangan teknologi dalam penyiaran radio telah membawa kepada


kemunculan teknologi digital yang sofistikated melalui percantuman
komputer, telekomunikasi dan teknologi penyiaran. Internet dan
perkhidmatan WWW juga telah memudahkan proses muat turun perisian
(software) yang diperlukan oleh kebanyakan pengguna pada waktu yang
sama. IBOC (in-band, on-channel), radio satelit dan radio siber (radio
Internet) merupakan radio digital DAB, teknik yang digunakan untuk
menghantar isyarat dalam format digital yang berkualiti. DAB juga
berupaya menghantar isyarat kepada penerima yang „mobile‰.

Kelebihan utama rangkaian penyiaran digital adalah keupayaannya


menghantar data melalui saluran-saluran radio kepada khalayak yang
besar. Sistem ini mampu menghasilkan kualiti audio dan data secara
serentak dalam bentuk teks dan imej. Hari ini, beribu-ribu stesen radio
mempunyai laman web mereka sendiri, malah ada yang menawarkan
perkhidmatan radio siber kepada penonton.

AKTIVITI 10.2
Apakah radio Internet? Namakan dua stesen radio Internet yang
anda tahu.

(b) Penyiaran Televisyen


Industri televisyen ketika ini dalam persaingan dengan saluran-saluran
penyiaran kabel, saluran televisyen satelit, video games dan Internet.
Perkembangan WebTV (1996) menggunakan Internet dan TV kabel
membawa kepada kemunculan teknologi televisyen digital pada tahun
1997, dengan penggunaan televisyen analog. Pada tahun 1998, High
Definition Television (HDTV) menandakan satu era baharu dalam
penyiaran. Kesannya kepada teknologi penyiaran telah melibatkan
penyumbang rancangan, pengiklan dan identifikasi kedudukan
perkhidmatannya. Kelebihan televisyen digital digambarkan dalam Rajah
10.5.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 10 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI KOMUNIKASI

Rajah 10.5: Antara kelebihan televisyen digital

(c) Filem
Teknologi digital telah membantu industri perfileman menjadi lebih stabil
dan dibangunkan selaras dengan perkembangan teknologi.
(i) Pada awal 1990-an, studio-studio produksi filem mula menggunakan
komputer untuk suntingan digital dan teknik-teknik kesan khas.
(ii) Toy Story (1995) merupakan filem pertama yang menggunakan
komputer sepenuhnya.
(iii) Pada tahun 1998, filem made-for-the-web dihasilkan menggunakan
teknologi video streaming.
(iv) Pada tahun 1999, filem mula diedarkan ke pawagam-pawagam
menerusi satelit dalam bentuk fail elektronik terus kepada cakera
penerima pawagam tersebut.
(v) Pada tahun 2000, filem ditayangkan menerusi Internet secara digital
untuk pertama kalinya (Rodman, 2001).

Dalam pembikinan filem, teknik-teknik animasi digital 2D dan 3D sering


kali menjadi alternatif utama pengarah dalam menghasilkan imej filem
yang lebih hidup, menarik dan berkesan. Titanic, Spiderman, The Hulk,
Dinosaur dan Chicken Run, contohnya, merupakan filem-filem yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI KOMUNIKASI  189

menggunakan teknologi animasi digital dalam hampir separuh daripada


penggambarannya. Monsters Inc., Shrek dan Toy Story adalah beberapa
lagi contoh filem yang menggunakan teknologi animasi digital sepenuhnya
dalam penggambarannya.

Pembikin filem cenderung menggunakan teknologi digital kerana:


(i) Ia membantu menghasilkan filem yang lebih menarik dari segi estetik;
(ii) Ia membantu mengurangkan kos produksi, terutamanya bagi filem-
filem animasi.

SEMAK KENDIRI 10.1

1. Bagaimana animasi 2D dan animasi 3D berbeza antara satu sama lain?

2. Apakah kelebihan menggunakan Internet dalam industri majalah?

(d) Rakaman dan Audio


Kini, revolusi audio dan video telah dibangunkan bersama-sama dengan
Internet. Akses Internet yang meluas bermakna cakera padat bukan lagi
menjadi pilihan utama khalayak. Sekarang ini mereka mempunyai
alternatif lain untuk mendapatkan maklumat.

Muzik boleh dipromosi melalui film soundtracks atau OST, periklanan dan
publisiti dalam pelbagai media. Format audio telah banyak berkembang sejak
tahun 1950-an, dari LP dan rekod, pita, kaset, kepada cakera padat (CD).

Terima kasih kepada Internet, penonton boleh memuat turun muzik dalam
bentuk yang dikenali sebagai MP3 (Motion Picture Kumpulan Kejuruteraan
Audio Layer 3). Teknik ini membolehkan muzik untuk dikodkan dalam bentuk
cakera padat, yang kemudiannya akan diprogramkan ke dalam komputer. Dari
segi pemasaran, industri muzik boleh mengedarkan produk kepada seluruh
khalayak yang lebih besar dan meraih keuntungan dengan pemasaran di
Internet, di samping rangkaian jualan, kelab rekod dan kedai muzik.

Format video juga telah berkembang dengan meluas terima kasih kepada
teknologi digital. Ia telah dikembangkan dari VTR (rakaman pita video) pada
tahun 1950-an, VCR (rakaman kaset video), VHS (Video Home System) dan LD
(cakera laser) pada tahun 1980-an, sehinggalah kepada DVD (cakera video
digital) pada tahun 1996 (Rodman, 2001).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 10 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI KOMUNIKASI

AKTIVITI 10.3
Adakah anda merasakan bahawa teknologi komunikasi yang
ditawarkan oleh Internet telah mengambil alih peranan media
elektronik yang lain? Bincangkan.

10.4 CABARAN PERCANTUMAN TEKNOLOGI


DAN KOMUNIKASI MEDIA
Internet, yang sinonim dengan istilah "lebuh raya maklumat", merujuk kepada
konsep network-to-network, yang merupakan satu kaedah komunikasi yang
menghubungkan maklumat dari seluruh dunia melalui rangkaian berkomputer.
Dengan adanya rangkaian-rangkaian berkomputer ini bermakna mesej dan
maklumat boleh disampaikan oleh komunikator dengan seseorang atau
sekumpulan penyampai dalam tempoh yang singkat.

Percantuman teknologi dan media telah menghasilkan pelbagai cabaran, seperti


yang diperincikan dalam Rajah 10.6.

Rajah 10.6: Cabaran-cabaran percantuman teknologi dan media

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI KOMUNIKASI  191

10.4.1 Isu-isu Globalisasi Media


Dalam zaman maklumat tanpa sempadan, globalisasi media telah membolehkan
penggunaan media dan sistem pengantara komunikasi, yang memberikan
pelbagai implikasi.

Konsep globalisasi media dibangunkan ekoran peningkatan penggunaan


perantara media dan komunikasi dalam proses interaksi. Globalisasi dalam
konteks media komunikasi melibatkan pengurusan dan pembentukan media. Ia
merujuk terutamanya kepada kepelbagaian kombinasi media digunakan sebagai
satu perantara komunikasi. Salah satu keperluan proses globalisasi adalah
penekanan terhadap kemampuan manusia untuk mengawal pelbagai bentuk
maklumat yang tersedia dalam persekitaran mereka.

Isu-isu globalisasi media juga sering kali dikaitkan dengan budaya imperialisme.
Imperialisme budaya menggambarkan ketidaksamaan aliran media (penyiaran
elektronik, televisyen, filem, muzik, berita dan maklumat). Budaya imperialisme
berlaku apabila pihak-pihak tertentu mengawal kandungan media, khususnya
dalam industri pengeksportan media, pengiklanan dan dalam pemilikan institusi
media.

Budaya imperialisme kerap dikaitkan kepada ketidakseimbangan media dari


aspek aliran maklumat dan berita dalam sesebuah negara. Ini kerana setiap
negara mempunyai corak pembangunan yang berbeza untuk pengantara
komunikasi. Program-program tempatan yang disiarkan kebanyakannya
dihasilkan oleh negara itu untuk tontonan tempatan. Oleh itu, jika mereka
dihasilkan berdasarkan idea-idea, genre dan model negara-negara lain, maka apa
yang dipaparkan di media tempatan, sedikit sebanyak, mencerminkan gaya
hidup yang global.

Perkembangan teknologi serta industri komunikasi dan telekomunikasi juga


memberi kesan kepada budaya masyarakat tertentu di dunia. Isu-isu sosial dan
hak-hak pengguna mula mendapat perhatian dan sering dibincangkan kerana
proses penyebaran maklumat yang berlaku dengan pantas dan tanpa batasan.
Rajah 10.7 merumuskan isu-isu yang dihadapi dalam globalisasi media.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 10 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI KOMUNIKASI

Rajah 10.7: Isu globalisasi media

10.4.2 Aliran Maklumat


Keupayaan teknologi untuk mengatasi sempadan ruang dan masa membawa
pelbagai implikasi dari aspek aliran maklumat. Kebebasan maklumat berlaku
apabila tidak ada halangan dalam aliran maklumat. Pada masa yang sama,
pemilikan sumber-sumber maklumat juga menyumbang kepada
ketidakseimbangan aliran maklumat dari aspek keperluan, kehendak, moral,
budaya dan ledakan maklumat. Di samping itu untuk memilih saluran mesej
yang memenuhi keperluan mereka, pengguna juga boleh ditenggelami dengan
mesej-mesej yang tidak diperlukan yang mungkin tidak sesuai. Capaian individu
kepada laman web dan forum tertentu boleh mendedahkan pengguna kepada
pornografi dan laungan elektronik (flaming). Internet sebenarnya adalah satu
sistem maklumat yang mempunyai kelonggaran dari segi pengurusan. Ia adalah
berbeza daripada media konvensional kerana tidak ada kawalan pemilikan
berpusat.

Mowlana (1997) menyatakan bahawa aliran maklumat berlaku pada dua


peringkat, seperti yang dilihat dalam Rajah 10.8.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI KOMUNIKASI  193

Rajah 10.8: Peringkat aliran maklumat

Aliran maklumat di tahap penghasilan maklumat ditentukan oleh sumber yang


bertindak sebagai komunikator dan bertanggungjawab untuk menentukan mesej-
mesej yang akan disampaikan. Di peringkat penyebaran, walau bagaimanapun,
mesej-mesej akan disebarkan melalui pelbagai pengantara kepada pengguna.

Dalam proses aliran maklumat, kawalan terutamanya adalah penting.


Penyebaran maklumat dalam ruang siber adalah berbeza dari kaedah tradisional.
Pengguna mempunyai akses langsung kepada saluran penyebaran maklumat.
Mereka bukan sahaja bertindak sebagai pengguna tetapi juga membentuk cara
maklumat disebarkan.

Keupayaan teknologi untuk menyalurkan maklumat tanpa had bermakna ia


boleh diakses oleh sesiapa yang mempunyai teknologi. Oleh itu, ia perlu
dikawal, seperti yang digambarkan dalam Rajah 10.9.

Rajah 10.9: Pengawalan aliran maklumat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 10 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI KOMUNIKASI

Kesan positif aliran maklumat boleh dilihat dari beberapa aspek masyarakat,
termasuklah individu, institusi, antara kumpulan, etnik, minoriti dan negara.

Dari aspek individu, aliran maklumat telah mempengaruhi corak pemikiran


individu, dari segi ideologi dan persekitarannya. Aliran maklumat membantu
meningkatkan pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan peraturan dan
memahami implikasi undang-undang.

Di peringkat institusi, aliran maklumat telah membuka peluang untuk


membentuk satu proses komunikasi yang lebih berkesan dengan pelbagai
institusi masyarakat, sama ada institusi politik, komersial, keagamaan atau
ketenteraan.

Dari aspek ekonomi, teknologi komunikasi telah membawa perubahan kepada


aliran ekonomi dan perdagangan dalam sesebuah negara. Ia bukan sahaja
membantu mempercepatkan proses transaksi perdagangan, tetapi juga
membawa satu transformasi baharu dari segi corak pengendalian dan proses jual
beli perkhidmatan yang biasanya berlaku dalam transaksi ekonomi
konvensional.

10.4.3 Kewujudan Komuniti Baru


Umumnya, sesebuah komuniti adalah satu kumpulan individu yang hidup
bersama dalam suatu ruang fizikal tertentu. Kita sering kali mendengar isu
komuniti siber ekoran dari perkembangan teknologi komunikasi maklumat.
Kumpulan-kumpulan ini berkomunikasi secara dalam talian (online), yang
membentuk komuniti online. Komuniti online juga dikenali sebagai komuniti
maya, dan ia menggabungkan rangkaian teknologi sebagai satu pengantara
komunikasi untuk berintegrasi dan memperkasakan komunitinya.

Menerusi teknologi modem mudah alih, cakera satelit, telefon bimbit, personal
digital assistants (PDA) dan teknologi berkomputer, seseorang individu boleh
membentuk satu komuniti yang berkomunikasi dengan mereka yang
menggunakan teknologi yang sama. Satu implikasi komuniti online adalah
komunikasi boleh berlaku tanpa interaksi secara bersemuka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI KOMUNIKASI  195

Kesan teknologi terhadap komuniti digambarkan dalam Rajah 10.10.

Rajah 10.10: Kesan teknologi media komunikasi terhadap komuniti

(a) Masyarakat tidak lagi terbatas kepada kawasan geografi yang sama tetapi
akan berkembang menjadi masyarakat yang lebih luas tanpa had. Ahli-ahli
masyarakat berhubung melalui teknologi komunikasi (komuniti maya).

(b) Jurang digital (digital divide) timbul akibat ketidakseimbangan hak-hak


dan peluang-peluang untuk memiliki teknologi kerana ketidakupayaan
untuk memilikinya sendiri (the technological haves and have nots). Ia
berkait rapat dengan idea yang mempunyai akses kepada maklumat.
Dalam kebanyakan kes, golongan yang kaya mempunyai peluang yang
lebih tinggi untuk memiliki akses kepada teknologi dan kepakaran,
berbanding dengan orang-orang yang kurang berkemampuan. The "haves"
dapat mengakses Internet dan keadaan ini adalah bertentangan dengan
golongan yang tidak berada atau "haves not".

Kumpulan yang tidak mempunyai akses kepada maklumat dan tidak dapat
memilikinya akan ketinggalan. Perbezaan dalam akses kepada teknologi
menyebabkan ketidakseimbangan dalam aliran maklumat, lantas
membahagikan masyarakat kepada kumpulan-kumpulan yang berbeza.

Selain itu, jurang digital juga berkaitan dengan isu akses yang
menyebabkan pengasingan diri. Satu akibat daripada ketidakseimbangan
ini ialah ia melebarkan jurang kekayaan antara dunia ketiga dan negara-
negara maju.

Faktor yang menyebabkan jurang digital termasuklah kekangan ekonomi,


polisi kerajaan, kekurangan atau ketiadaan infrastruktur untuk menyokong
penggunaan teknologi, seperti perkhidmatan dan talian telefon, faktor-

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 10 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI KOMUNIKASI

faktor geografi (sama ada bandar atau luar bandar), kemampuan untuk
membayar perkhidmatan dalam talian, isu-isu sosial (jantina, umur,
bangsa), penguasaan bahasa, kekurangan kepakaran dan latihan dan
sebagainya.

(c) Peningkatan kualiti hidup. Banyak maklumat dan berita terkini boleh
diperoleh dengan mudah menerusi sumber-sumber dalam talian untuk
membantu kita dalam kehidupan peribadi dan profesional.

AKTIVITI 10.4

Bagaimana teknologi boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan


sesebuah komuniti? Bincangkan.

(d) Komuniti online mempunyai kesan negatif terhadap komunikasi


antaraperibadi. Interaksi dengan ahli keluarga dan kawan-kawan semakin
berkurangan. Ini berlaku kerana banyak masa dihabiskan untuk
berkomunikasi dalam talian (online) daripada berinteraksi secara
bersemuka.

Namun, komuniti online juga mempunyai kesan positif, kerana ia


mendisiplinkan aktiviti-aktiviti ekonomi menjadi lebih efisien, sofistikated
dan maju dari segi teknologi. E-commerce, contohnya, menyediakan
peluang kepada masyarakat agar lebih terdedah kepada pasaran ekonomi
yang lebih meluas dan global.

(e) Pengurusan ruang siber merupakan cabaran utama yang terhasil daripada
teknologi komunikasi maklumat. Isu-isu utama termasuklah rangka kerja
dan peraturan, yang memastikan teknologi tidak disalahgunakan atau
dieksploitasi sehingga boleh mengancam kebebasan berkomunikasi dalam
talian. Apakah undang-undang yang menentang kebebasan bersuara, hak
intelektual dan aliran maklumat?

Ada kalanya, limpahan pengiklanan di Internet boleh mengaburkan


maklumat sebenar yang dicari oleh seseorang. Ini adalah sama dengan
serangan ke atas hak peribadi (privasi) pengguna yang berlaku melalui
iklan dalam talian yang mengumpul maklumat peribadi pengguna.
Walaupun e-mel itu sepatutnya eksklusif kepada pemiliknya, ia masih juga
boleh dicapai oleh syarikat-syarikat pengiklanan dalam talian dan Internet
Service Providers (ISP).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI KOMUNIKASI  197

Kesahihan maklumat juga merupakan isu bermasalah. Kandungan


maklumat Internet boleh disiarkan oleh sesiapa sahaja. Ketidaktentuan
pemilikan maklumat adalah isu kontroversi yang masih tidak dapat
diselesaikan, walaupun sehingga hari ini.

AKTIVITI 10.5
Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pengguna berkaitan
dengan teknologi komunikasi?

 Media dan teknologi komunikasi telah mengubah pengalaman komunikasi


hari ini. Keperluan untuk berkomunikasi tidak lagi bergantung kepada
media tradisional seperti televisyen, radio, filem dan bahan-bahan bercetak.

 Interaksi antara orang ramai sekarang juga berlaku dalam ruang siber dan
komunikasi boleh diwujudkan secara dalam talian (online).

 Teknologi komunikasi menggunakan komputer untuk menyebarkan,


menyimpan dan memproses data dan maklumat dengan cepat. Inovasi ini
kemudiannya tersebar kepada bidang media dan telekomunikasi yang
kemudiannya membawa kepada kemunculan Internet.

 Revolusi dalam teknologi memberi kesan kepada cara kita berkomunikasi.


Kesan teknologi terhadap media tidak terhad kepada pengantarannya sahaja,
tetapi juga kandungan makna komunikasi itu sendiri.

 Isu ledakan maklumat, globalisasi dan komuniti online mempunyai kesan


kepada kehidupan seharian.

 Internet menawarkan maklumat tanpa sempadan. Tanpa mengambil kira


sama ada teknologi akan terus kekal atau berubah mengikut perkembangan,
manusia akan terus dihadapkan dengan pelbagai pilihan.

 Literasi media dan teknologi membentuk manusia menjadi khalayak yang


perlu mengadaptasi diri mereka dalam era maklumat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 10 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI KOMUNIKASI

Akhbar Penyiaran televisyen


Buku Radio
Filem Rakaman audio
Majalah Teknologi maklumat dan komunikasi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik   Teknologi
11 Maklumat
dan
Komunikasi
dalam Konteks
Hubungan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan implikasi teknologi maklumat dan komunikasi
kepada pelbagai tahap hubungan;
2. Menerangkan implikasi etika terhadap komunikasi ruang siber; dan
3. Mengenal pasti cabaran-cabaran teknologi dalam konteks
hubungan.

 PENGENALAN
Dalam topik sebelum ini, kita telah membincangkan konsep-konsep utama
teknologi maklumat dan komunikasi serta implikasinya terhadap landskap
media digital. Hari ini, teknologi telah mengubah cara kita melihat diri kita
sendiri, persekitaran kita dan hubungan kita. Kehidupan dalam dunia siber
membolehkan kita untuk membentuk semula identiti kita dalam cara yang kita
suka. Media sosial telah mengubah cara kita berinteraksi dengan masyarakat,
menjadikan hubungan lebih kompleks.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
KONTEKS HUBUNGAN

Bukan sahaja kita perlu menerima cara baharu kita berinteraksi antara satu sama
lain, tetapi juga kita perlu mengubah cara kita melihat teknologi itu sendiri.

Topik akhir ini akan menumpukan kepada implikasi teknologi terhadap pelbagai
tahap hubungan manusia termasuk dalam ruang siber.

11.1 TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM


KONTEKS HUBUNGAN MANUSIA
Pernahkah anda mencuba untuk memulakan satu hubungan peribadi secara
maya? Apakah alasan anda berinteraksi secara dalam talian?

Kita menghabiskan sebahagian besar kehidupan kita berinteraksi dengan orang


di sekeliling kita; kita membina hubungan dengan berkongsi pengalaman dan
perasaan secara lisan dan bukan lisan. Jadi, hari ini kita boleh memilih untuk
membentuk hubungan sama ada secara nyata atau dalam talian (online).

Dalam era komunikasi global ini, Internet membolehkan orang ramai di seluruh
dunia untuk membentuk hubungan melalui komuniti maya dan rangkaian-
rangkaian sosial.

Kesan teknologi, perkembangan dan cara kita menggunakannya dibincangkan


secara meluas. Teknologi komunikasi telah dan akan terus digunakan untuk
memberikan perubahan sosial. Oleh kerana masyarakat bergelut untuk berdepan
dengan cara baharu berkomunikasi yang tersedia, mereka perlu menyesuaikan
diri dengan cara tersebut dengan cepat.

11.2 TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN IDENTITI


DIRI
Seperti yang dibincangkan dalam topik sebelum ini, salah satu aspek penting
budaya siber adalah berkaitan dengan pembentuk identiti. Identiti diri
dipengaruhi oleh persepsi dan penerimaan seseorang individu oleh orang lain.
Namun, dalam komunikasi ruang siber, pertemuan manusia dan mesin
(teknologi) menambah dimensi idea „cyborg‰ yang dikemukakan oleh Donna
Haraway dalam manifestonya.

Bagaimanakah berkomunikasi dalam talian membantu seseorang itu melihat


dirinya? Bagaimanakah ia mempengaruhi seseorang dan apakah implikasinya
dalam komunikasi antaraperibadi?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM  201
KONTEKS HUBUNGAN

Tidak seperti komunikasi bersemuka, seseorang boleh membentuk satu pesona


yang berbeza dalam komunikasi dalam talian (online). Pelbagai bentuk identiti
boleh dibentuk untuk menggambarkan perbezaan rupa, budaya, kehidupan,
gender dan ciri-ciri psikologi. Sebagai contoh, seseorang mendakwa lebih muda,
kurus atau lebih menarik daripada dirinya yang sebenarnya. Dengan teknologi,
seseorang berupaya mengubah, mencipta dan mempelbagaikan identiti dirinya.

World Wide Web (WWW) adalah contoh teknologi yang membentuk sebahagian
komunikasi interaktif yang unik. Pada masa lalu, individu mengiklankan,
mencetak dan menyediakan autobiografi untuk memperkenalkan suatu produk
atau perkhidmatan, atau untuk dikenali ramai. Sekarang dengan Internet,
dokumen itu boleh diterbitkan dalam laman web ciptaan sendiri dan boleh
diakses oleh ramai orang.

Seseorang mempunyai peluang untuk memainkan peranan sebagai webmaster


dalam penulisan dan penerbitan material atau artikel tertentu. Interaksi yang
berlaku adalah satu hala kecuali jika terdapat alamat e-mel yang boleh
dihubungi kemudiannya.

Melalui WWW, seseorang itu boleh mereka identiti baharu semasa berinteraksi
dengan orang lain. Dalam kata lain, teknologi bukan sahaja mengubah apa yang
difikirkan tentang seseorang tetapi juga menyediakan peluang untuk mencipta
identiti yang diingini. Internet, contohnya melalui Multiple User Domain (MUD),
membolehkan orang ramai membentuk komuniti maya dan identiti yang
tersendiri. Kaedah interaksi menerusi MUD juga membolehkan individu
bereksperimen dan membentuk identiti baru yang diinginkan, dan
menyingkirkan identiti sebenar yang tidak diingini. Mereka boleh membina
hubungan dan interaksi dengan rakan-rakan lain komuniti maya.

Sesiapa sahaja boleh mencipta biografinya secara online yang boleh merangkumi
aktiviti-aktiviti sosial, asal keluarga, gender, hobi, pengalaman hidup dan
sebagainya.

Bagi seseorang yang merasa janggal dalam institusi sosial, Internet menyediakan
cara mudah untuk berinteraksi dengan orang lain menerusi laman-laman
rangkaian sosial, papan buletin elektronik, Internet Relay Chat Rooms (IRC),
Multi User Domain/Dimensions or Dungeons (MUD) dan Multi-user dungeon
Object Oriented (MOOs). Ini adalah bahagian yang boleh dikaji tentang isu-isu
etika dalam komunikasi dalam talian. Identiti-identiti dalam talian sering
dipersoalkan. Di sini, terserah kepada imaginasi anda bagaimana anda boleh
menggambarkan diri anda dalam talian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
KONTEKS HUBUNGAN

Mengetahui identiti seseorang yang kita berkomunikasi adalah perlu untuk


memahami dan menilai interaksi yang berlaku:
(a) Adakah seseorang itu ikhlas dalam hubungan dalam talian seperti
hubungan bersemuka?
(b) Jika seseorang tidak bernama (anonymous), sejauh mana dia akan hormat
dan bersopan sewaktu berinteraksi dengan orang lain dalam talian?
(c) Adakah seseorang yang menggunakan identiti dalam talian lebih
meyakinkan atau lebih agresif berbanding seorang yang menggunakan
identiti sebenar?
(d) Bolehkan pengguna membuat keputusan yang baik dalam dunia maya?

AKTIVITI 11.1

Apakah cabaran berkomunikasi secara chatting di Internet?

11.3 IMPLIKASI TEKNOLOGI KOMUNIKASI


DALAM HUBUNGAN PERIBADI
Pada masa lalu, hubungan peribadi memerlukan seseorang berada dekat di
antara satu sama lain. Bertemu secara bersemuka dengan kerap merupakan cara
yang terbaik untuk membina hubungan yang rapat. Sebaliknya, jarak yang jauh
akan menimbulkan cabaran dalam hubungan peribadi (Wood, 2001).

Apakah kenyataan ini benar dalam era teknologi komunikasi hari ini? Apakah
implikasi teknologi komunikasi terhadap hubungan peribadi?

Inovasi dalam teknologi komunikasi telah memberi kesan kepada cara kita
membentuk hubungan. Kita boleh bertemu dengan individu yang tinggal
beratus atau beribu kilometer dari kita, dalam zon masa dengan perkhidmatan
terjemahan dalam talian jika kita bercakap menggunakan bahasa yang berbeza.
Teknologi ini juga membantu kita untuk kekal berhubung dengan rakan-rakan
dan keluarga dari rumah atau apabila berjauhan.

Hari ini, e-mel dan online Voice Over Internet Protocol (VOIP) dan program-
program chat merupakan alat komunikasi yang sangat popular dalam kalangan
ahli keluarga dan rakan-rakan ketika mereka berjauhan antara satu sama lain.
Bagi mereka yang pemalu, berinteraksi menggunakan e-mel atau kumpulan chat
dalam talian memberikan mereka lebih keyakinan daripada mereka bercakap
secara bersemuka dengan orang lain. Individu yang sakit seperti mereka yang
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM  203
KONTEKS HUBUNGAN

menghidap thalassemia atau kanser sekarang boleh berbual dengan mereka yang
mengalami penyakit yang sama, dan memberi/menerima sokongan emosi
antara satu sama lain. Dalam cara ini, teknologi boleh mempertingkatkan kualiti
kehidupan.

AKTIVITI 11.2

Berapa lama anda mengambil masa untuk berkomunikasi dalam


talian? Apakah tujuan anda berkomunikasi dalam talian?

Alat-alat komunikasi dalam talian seperti Facebook atau chat room menjadikan
ia lebih mudah untuk mencari individu yang mempunyai pendapat dan minat
yang sama. Mereka boleh memilih bagaimana mereka mahu berkomunikasi,
berapa banyak tentang diri mereka ingin didedahkan atau sejauh mana
keakraban sesuatu hubungan itu sepatutnya.

Golongan muda hari ini tidak ditenggelami oleh pelbagai cara berkomunikasi.
Kebanyakan kanak-kanak belajar menggunakan komputer di usia yang awal dan
ramai murid-murid sekolah rendah mempunyai telefon bimbit. Kebanyakan
rumah mempunyai konsol permainan, membolehkan orang ramai bermain
permainan video dengan orang lain yang berada di seluruh dunia pada masa
yang nyata. Bagi kebanyakan kanak-kanak hari ini, menghabiskan masa dengan
kawan-kawan secara maya adalah lebih kurang sama dengan melepak di pusat
membeli-belah.

Teknologi menjadikan ia lebih mudah bagi orang yang kurang keyakinan diri
(low self-esteem) untuk terlibat dalam perhubungan dengan orang lain. Mereka
boleh meluahkan perasaan mereka dalam persekitaran yang lebih selesa sewaktu
dalam talian, kerana setiap individu seolah-olah sama. Tidak kira bagaimana
mereka berpakaian, menggayakan rambut mereka atau bagaimana mewahnya
mereka, dalam dunia maya mereka semua adalah sama.

Namun demikian, seperti berkomunikasi dalam dunia sebenar, komunikasi


dalam dunia siber juga mempunyai cabarannya; antaranya adalah keberkesanan
mesej, kekaburan sumber dan kandungan, serta isu etika.

(a) Keberkesanan Mesej


Terdapat kemungkinan timbulnya salah faham mesej bertulis apabila kita
tidak boleh melihat ekspresi wajah atau bahasa badan seseorang yang kita
sedang berkomunikasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


204  TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
KONTEKS HUBUNGAN

(b) Kekaburan Sumber dan Kandungan


Komunikasi dalam talian penuh dengan kekaburan. Semua orang boleh
menulis apa sahaja. Mereka boleh menggambarkan diri mereka sebagai apa
sahaja contohnya mahir tentang sesuatu subjek. Sukar untuk kita pastikan
sejauh mana mereka itu boleh dipercayai.

(c) Isu Etika


Isu-isu etika sering kali ditimbulkan dalam komunikasi dalam talian
melibatkan kebenaran dan kejujuran identiti diri dalam dunia siber.
Seseorang itu boleh menggunakan nama sama serta mengubah umur,
gender, penampilan, pekerjaan dan tempat tinggal. Atas alasan ini, adalah
lebih baik untuk kita berhati-hati dengan maklumat-maklumat peribadi
yang kita ingin kongsikan sehingga kita berpuas hati dengan pengenalan
diri seseorang itu.

Ini terutamanya benar untuk remaja dan kanak-kanak. Internet boleh menjadi
satu tempat yang merbahaya kepada kanak-kanak. Jadi adalah penting untuk
ibu bapa memantau jenis-jenis laman web yang diakses oleh anak-anak mereka.
Ruang siber adalah luas dan sukar untuk pihak berkuasa memantaunya. Idea
„bahaya berurusan dengan orang yang tidak dikenali‰ jelas kelihatan dalam
komunikasi dalam talian. Bukan sahaja itu, Internet tidak mempunyai tapisan
automatik, jadi anda perlu memantau jenis-jenis kandungan web yang dilihat
oleh anak-anak anda.

AKTIVITI 11.3

Terangkan konsep-konsep berikut:


(a) Netizen (b) Ketagihan Internet

11.4 TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM


INTERAKSI BUKAN LISAN
Seperti yang dibincangkan sebelum ini, komunikasi bukan lisan sama
pentingnya dengan komunikasi lisan. Apabila bercakap, ekspresi wajah anda
dan bahasa tubuh mengukuhkan lagi apa yang anda katakan. Malah penampilan
anda juga memberi kesan kepada mesej yang cuba disampaikan.

Seperti dalam kehidupan sebenar, komunikasi bukan lisan juga wujud dalam
ruang siber. Dengan peningkatan komunikasi menerusi teknologi yang paling
kerap digunakan dalam bentuk SMS, chat dan e-mel, peluang untuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM  205
KONTEKS HUBUNGAN

tersalahfaham „intonasi‰ daripada apa yang diperkatakan wujud. Adalah sangat


sukar untuk membaca emosi di sebalik mesej bertulis yang ringkas.

Sebagai penyelesaiannya, simbol-simbol yang dikenali sebagai emotikon atau


„Internet shorthand‰ telah menggantikan kiu komunikasi bukan lisan. Dengan
menggunakan simbol-simbol ini, seseorang yang berkomunikasi dalam talian
akan berpeluang untuk meluahkan perasaannya dengan lebih berkesan kerana
emotikon boleh menunjukkan emosi individu yang kita sedang berkomunikasi.
Kebanyakan emosi seperti gembira, marah, sedih atau bosan boleh disampaikan
menerusi pelbagai simbol yang berbeza. Selain itu, emotikon juga memainkan
peranan menggantikan intonasi suara dan ekspresi wajah (lihat Rajah 11.1).
Berikut adalah beberapa contoh simbol „shorthand‰ yang orang ramai gunakan
untuk menyampaikan perasaan atau mood tanpa perlu menaip penerangan
secara panjang lebar.

Rajah 11.1: Emotikon dan abreviasi dalam komunikasi dalam talian

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
KONTEKS HUBUNGAN

11.5 IMPLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN


KOMUNIKASI DALAM KONTEKS
ORGANISASI
Memang tidak dapat dinafikan bahawa inovasi dalam teknologi komunikasi
telah mengubah cara organisasi beroperasi. Teknologi juga telah mengubah
struktur organisasi kerana ia membawa paradigma baharu dalam operasi
sesebuah organisasi.

Perubahan-perubahan ini menggantikan struktur hierarki formal menyusun dan


mengurus hubungan dalam sesebuah organisasi dan antara organisasi. Menerusi
teknologi komunikasi, maklumat dikawal dan dikongsi dalam kalangan ahli
sesebuah organisasi.

Kesan teknologi komunikasi boleh dilihat dalam beberapa aspek termasuklah


perkembangan sistem maklumat, isu-isu pentadbiran, budaya kerja, sistem
perakaunan, struktur dan fungsi sesebuah organisasi, stail pengurusan,
pembuatan keputusan, etika dan budaya sesebuah organisasi.

Selain itu, kesan-kesan ini juga boleh dilihat dalam pengendalian kerja,
pembentukan dan struktur kumpulan dalam organisasi, dan peranan-peranan
pengurusan. Sebagai contoh, sesetengah operasi sekarang diautomasikan dan ini
telah membawa kepada perubahan dalam keperluan kakitangan. Akses kepada
maklumat dalaman dan luaran boleh diperolehi dengan mudah. Contohnya,
dalam sesebuah organisasi yang bertumpukan kepada import dan eksport,
proses pembilan dan penjualan produk boleh dilaksanakan secara online.

Pengkomputeran juga membolehkan automasi banyak tugas yang suatu masa


dahulu dilakukan secara manual. Pekerja-pekerja pejabat hari ini menggunakan
banyak program komputer seperti pemproses kata (word processing), hamparan
elektronik (spreadsheets), penerbitan meja (desktop publishing), perakaunan dan
persembahan multimedia. Program-program ini membolehkan kerja dijalankan
dengan cepat dan sistematik. Komputer juga membenarkan untuk penyimpanan,
pencarian dan perkongsian data dengan lebih berkesan. Kakitangan boleh
berkomunikasi dengan lebih baik menerusi e-mel dan media lain seperti tele-
persidangan.

Aplikasi rangkaian membolehkan semua komputer dihubungkan supaya


maklumat organisasi boleh disimpan dalam satu lokasi tetapi diakses dari mana-
mana sahaja dalam organisasi menerusi rangkaian dan terminal data. Ini juga
membolehkan kakitangan bekerja dari jauh, dari rumah atau sewaktu dalam
perjalanan perniagaan. Rakan-rakan sekerja boleh bekerjasama untuk satu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM  207
KONTEKS HUBUNGAN

dokumen pada waktu yang sama di seluruh dunia (Straubhaar & LaRose, 2000:
322). Sesetengah tugas yang sebelum ini adalah mustahil untuk dilakukan pada
masa lalu kini telah menjadi kenyataan.

AKTIVITI 11.4

Berikan contoh-contoh organisasi maya di Malaysia.

Internet adalah perkembangan yang menarik dalam konteks komunikasi dalam


kalangan kakitangan organisasi. Sebagai contoh, penggunaan e-mel menyediakan
kaedah untuk komunikasi dalaman dan luaran. Maklumat dan mesej boleh
dihantar dengan cepat, murah dan diterima oleh ramai kakitangan, bukan sahaja
di pusat operasi malah di cawangan-cawangan lain juga. E-mel adalah satu
kaedah penghantaran mesej dalam bentuk fakta (sebagai contoh, perwakilan akan
tiba pada 10.00 malam) tetapi ia tidak mampu menghantar komunikasi bukan
lisan (misalnya ekspresi wajah, intonasi suara, kontak mata, dan sebagainya)

Pada masa kini, sistem maklumat komputer dan rangkaian telah menggantikan
banyak sistem tradisional penyimpanan rekod berasaskan kertas.

Satu lagi trend dalam kalangan syarikat-syarikat adalah penggunaan


persidangan video untuk mengurangkan tempoh perjalanan pengurus-pengurus
yang dahulunya diperlukan untuk melaksanakan tugas mereka seperti
mesyuarat jabatan, latihan, pembangunan produk, motivasi staf, mesyuarat
dasar dan bina kumpulan.

AKTIVITI 11.5

1. Terangkan konsep-konsep berikut:


(a) Organisasi Maya
(b) Teleworking

2. Pilih satu organisasi dan huraikan latar belakangnya.


Berdasarkan pemerhatian anda, senaraikan cabaran-cabaran
komunikasi yang dihadapi oleh kakitangan dalam era teknologi
maklumat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
KONTEKS HUBUNGAN

11.6 IMPLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT


TERHADAP KOMUNIKASI KUMPULAN
Dalam topik sebelum ini, anda telah diperkenalkan dengan komunikasi
kumpulan. Komunikasi dalam kumpulan boleh dilihat dalam kumpulan kerja
dan kumpulan sosial.

Dalam era ruang siber, komuniti elektronik dan kumpulan kerja dibentuk secara
online. Apakah perbezaan antara kumpulan dalam ruang siber dan realiti?
Apakah persamaan antara kumpulan kerja dan kumpulan sosial?

Antara cabaran yang kumpulan kerja organisasi perlu menyesuaikan diri


termasuklah penetapan agenda untuk mencapai matlamat dan menguruskan
konflik. Ahli kumpulan kerja memerlukan kemahiran untuk berkomunikasi
menerusi teknologi atau secara bersemuka. Oleh kerana Internet membolehkan
komunikasi yang segera, penjadualan boleh menjadi satu isu.

Komputer dan Internet mencipta kaedah baru dalam perbincangan dan


perhubungan. Pelbagai kumpulan ă sama ada sosial atau profesional ă
mempunyai peranan yang sama seperti dalam kehidupan sebenar. Keunikan
berinteraksi dalam ruang siber adalah ia memberi peluang untuk berkomunikasi
tanpa mengambil kira latar belakang, gender, kaum, budaya, penampilan, kualiti
suara, warna kulit atau umur ahli sesebuah kumpulan online itu.

AKTIVITI 11.6

Pernahkah anda menyertai kumpulan dalam talian? Apakah fungsi


kumpulan tersebut dalam hidup anda?

Melalui Internet dan perkhidmatan yang disediakan, maklumat boleh diperolehi


dan dihantar dengan mudah dalam masa yang singkat. Menerusi e-mel,
ListservsÊ dan Usenet, ahli-ahli kumpulan boleh berkomunikasi dengan ahli lain
dalam kumpulan tersebut. Satu ciri unik Internet, sebagai contoh, boleh dilihat
dalam keupayaannya untuk menghantar mesej kepada sejumlah besar ahli
kumpulan. Antara perkhidmatan Internet yang memudahkan komunikasi
kumpulan ialah instant messaging, mailing lists dan chat.
(a) Instant Messaging: Ini adalah panggilan telefon menerusi Internet di mana
mesej dihantar oleh teks yang ditaip. Penerima boleh membaca teks
tersebut apabila menekan kekunci „return‰. Contoh-contoh instant
messaging adalah ICQ dan AOL Messenger.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM  209
KONTEKS HUBUNGAN

(b) Mailing Lists: Mesej boleh ditransmisikan melalui e-mel kepada anggota
kumpulan yang besar walau di mana jua mereka berada. Mailing lists
disusun mengikut topik-topik tertentu dan dimiliki secara persendirian.
(c) Chat: Ini boleh digunakan dalam berkomunikasi menerusi chat groups
perlu akses Internet pada masa yang sama dan aktif berkomunikasi antara
satu sama lain.

Kelebihan kumpulan yang mengaplikasikan teknologi dalam operasinya adalah


ia menghubungkan ahli-ahli kumpulan yang jauh dan dekat menerusi telefon
dan e-mel. Kerjasama antara ahli kumpulan boleh dicapai dengan cepat. Sistem
sokongan komputer melalui rangkaian dan perisian groupware dapat
mengkordinasikan kerja ahli kumpulan. Dokumen yang dikongsi dalam
kumpulan kerja online boleh disunting dengan mudah, dimanipulasi dan
diberikan perhatian segera oleh pihak-pihak yang berkaitan. Kebaikan lain yang
boleh dilihat ialah dengan penggunaan teknologi ini persidangan atau mesyuarat
secara bersemuka tidak perlu dilakukan. Operasi boleh dilaksanakan tanpa
kehadiran setiap ahli. Secara tidak langsung, teknologi membantu proses
pembuatan keputusan, mempertingkatkan produktiviti dan penglibatan ahli-ahli
dalam kumpulan.

AKTIVITI 11.7

1. Apakah kelemahan menggunakan teknologi maklumat dalam


komunikasi sesebuah kumpulan kerja?

2. Pada pandangan anda, adakah komunikasi kumpulan online


dalam ruang siber lebih berkesan jika dibandingkan dengan
kumpulan yang bertemu dalam realiti sebenar (real space)?

Internet telah membentuk kumpulan maya yang bertemu dan berinteraksi


dengan ahli-ahlinya secara online, yang antaranya kumpulan elektronik
(electronic groups), komuniti maya (virtual community) dan kumpulan dalam
talian (online groups).

Rangkaian komuniti elektronik dibentuk apabila interaksi dan perkongsian


makna berlaku dalam ruang siber. Dengan pembentukan kumpulan seperti
kumpulan aktivis sosial, kumpulan politik, kumpulan peminat sukan, kumpulan
ibu bapa, kumpulan guru, dan sebagainya, pandangan boleh disuarakan dan
dikongsi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
KONTEKS HUBUNGAN

Bagi komuniti yang menghadapi masalah kesihatan seperti kanser, diabetes,


obesiti, thalassemia, masalah emosi dan sebagainya, kewujudan laman-laman
web, chat rooms dan papan buletin elektronik menyediakan ruang untuk
membincangkan isu-isu pada bila-bila masa. Teknologi telah mendorong
komuniti elektronik melibatkan diri dalam menyelesaikan isu-isu sosial dan
bertindak dengan berkesan dan kolektif.

11.7 ETIKA DALAM KOMUNIKASI MAYA


Apakah yang anda faham dengan kepentingan etika dalam komunikasi?
Mengapakah perlu untuk seseorang itu bersopan sewaktu berkomunikasi dalam
talian? Dalam situasi yang tegang, bagaimana anda mengawal perasaan anda
ketika berkomunikasi dengan orang lain?

Berbeza dengan bahasa kasar yang dituturkan dalam keadaan marah, bahasa
yang dihantar menerusi komunikasi elektronik mempunyai kesan terhadap
penerimanya. Mesej yang kesat bahasanya dan dihantar kepada seseorang akan
kekal untuk beberapa lama dan boleh dibaca semula sebelum dipadamkan.
Penerima mesej-mesej sedemikian mungkin telah secara perlahan-lahan
melupakan mesej tersebut tetapi bukan kesannya kerana ia telah menyinggung
perasaan mereka.

Prinsip asas etika komunikasi adalah untuk memberikan kebebasan untuk


mengetahui kebenaran sesuatu isu dan memberi pilihan kepada seseorang itu
untuk menilai. Dengan menerima prinsip etika dalam komunikasi, kita tidak
mahu maklumat tersebut diputar belit. Selain itu, prinsip etika dalam
komunikasi juga penting kerana ia boleh memberi penghormatan kepada
seseorang individu, sesebuah kumpulan atau institusi yang terlibat dalam proses
komunikasi. Dengan ketersediaan garis panduan tentang etika yang baik, kita
boleh mengelakkan paksaan nilai-nilai yang dimiliki dan dipegang oleh orang
lain. Bagaimana tentang prinsip-prinsip asas dalam komunikasi di ruang siber?

Isu-isu etika dalam ruang siber adalah mencabar dan menimbulkan kontroversi.
Isu etika yang utama dalam komunikasi berkaitan dengan ketepatan maklumat,
kebenaran fakta, tanggungjawab mempertahankan kebebasan dan privasi.
Antara lain, etika dalam menggunakan teknologi juga melibatkan penggunaan
atau akses yang tidak dibenarkan kepada sistem komputer, perisian ciplak, hak
intelektual pengguna, pembohongan, salah faham, penyalahgunaan maklumat,
kerahsiaan, kebebasan dan kebocoran berita.

Pemeliharaan hak-hak peribadi dan kebebasan adalah salah satu isu utama etika
dalam dunia siber. Komunikasi dalam talian yang boleh dianggap sebagai rahsia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM  211
KONTEKS HUBUNGAN

oleh seseorang individu sebenarnya boleh diceroboh oleh pengiklan di Internet.


Media interaktif, e-mel, akses kepada pangkalan data komputer dan rangkaian
membeli-belah dari rumah, sebagai contohnya, adalah mekanisma yang
digunakan untuk mengumpulkan maklumat pengguna. Maklumat yang
dikumpulkan boleh dijual kepada syarikat-syarikat pasaran antarabangsa. Iklan-
iklan banner di Internet boleh dilihat setiap kali seseorang itu melayari Internet.
Persoalan tentang kebebasan tanpa gangguan menjadi lebih rumit dalam dunia
siber. Kebebasan adalah tidak terhad kepada setakat mana maklumat tentang
pengguna Internet boleh dikumpulkan dan disimpan oleh orang lain.

Perbualan peribadi dan perbincangan menerusi mesej-mesej e-mel, rakaman


panggilan telefon, pemasangan pita rakaman dan kamera untuk tujuan
pengawasan dan penyiasatan merupakan cabaran kepada pengguna teknologi
komunikasi.

Hakikatnya, gabungan teknologi baharu berpotensi untuk memusnahkan


kebebasan dan hak peribadi individu. Apakah kepentingan etika dalam ruang
siber? Mengapakah etika dalam ruang siber perlu diambil kira, sedangkan
identiti orang yang kita berkomunikasi tidak diketahui?

Isu-isu etika komunikasi dalam dunia siber penting kerana:


(a) Berkomunikasi dalam talian adalah berbeza dengan cara berkomunikasi
yang lain kerana ketiadaan kiu komunikasi bukan lisan dan nada suara.
(b) Ia dianggap sebagai sesuatu yang perlu dibendung oleh peraturan dan
undang-undang tertentu.
(c) Komunikasi dalam persekitaran siber melibatkan orang biasa (orang awam
dan individu) yang mempunyai perasaan. Mereka boleh rasa tertekan
dengan bahasa-bahasa yang kasar dan diperdaya dengan mudah seperti
dalam kehidupan normal. Oleh itu, etika dalam membangunkan hubungan
perlu diambil kira.
(d) Amalan-amalan tidak beretika juga berlaku dalam hubungan kerja. Mesej
menerusi e-mel boleh disebarkan tanpa had dan kesannya sangat jelas.
Memo yang dihantar kepada semua kakitangan atau ahli sesebuah
organisasi boleh memberi kesan negatif kepada moral pekerja. Lawak yang
disebarkan kepada kakitangan tentang seseorang mungkin menimbulkan
situasi kerja yang kurang harmonis atau memalukan seseorang.
(e) Sumber mesej dalam bentuk khabar angin, kritikan dan maklumat salah
dalam ruang siber tidak dapat dikenal pasti. Oleh itu, meneliti dan menilai
ketepatan mesej yang diterima atau dihantar kepada khalayak yang besar
harus menjadi tanggungjawab setiap orang dalam dunia siber, sama ada
mereka bertindak sebagai sumber ataupun penerima.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
KONTEKS HUBUNGAN

Memahami etika dalam komunikasi adalah sesuatu yang tidak bermakna jika
tiada pemahaman yang mendalam tentang situasi dalam ruang siber. Tingkah
laku seseorang sewaktu berinteraksi dengan suatu komuniti online adalah
penting dalam memberikan pelbagai implikasi kepada budaya. Ini terutamanya
benar jika peraturan dalam amalan kebudayaan tidak diketahui langsung atau
tidak diambil kira sewaktu berinteraksi dalam dunia siber.

Komunikasi dalam kalangan orang ramai hari ini termasuklah interaksi online
yang telah menyebabkan hubungan antara manusia menjadi lebih kompleks dan
penuh dengan kekaburan. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
memberi kesan kepada proses komunikasi khususnya terhadap penerima.
Komunikasi yang dibina secara dalam talian sememangnya melibatkan etiket
interaksi dalam dunia siber. Oleh itu, etiket dalam hubungan komunikasi adalah
sangat penting kerana ia berkait rapat dengan pandangan individu antara satu
sama lain. „Netiquette‰ merupakan peraturan terhadap komunikasi dalam
Internet. Saling menghormati dan bersopan dalam Internet menjadi garis
panduan untuk komunikasi dalam situasi sosial di Internet. Dalam kata lain,
netiquette membantu membentuk komunikasi yang beretika. Pengkaji-pengkaji
dalam bidang pengkomputeran mengenal pasti beberapa garis panduan etiket
untuk komunikasi di Internet seperti berikut:
(a) Membaca FAQs sebelum memulakan soalan yang berulang.
(b) Menulis dalam huruf besar bermaksud anda cuba memberi penekanan
kepada sesuatu dalam mesej atau memberi makna yang anda menjerit.
(c) Elakkan menggunakan Internet semasa „kesesakan laluan‰ kerana ia akan
menyebabkan kesukaran dalam mengakses Internet. Gunakan masa yang
sesuai untuk mendapatkan talian.
(d) Gunakan cara ringkas untuk menyampaikan maklumat, umpamanya
ketika menggunakan e-mel.
(e) Dalam e-diskusi, seseorang perlu menerima ahli-ahli baharu dengan
bersopan.

Etiket dalam dunia siber termasuklah garis panduan untuk saling menghormati
dan bersopan ketika berinteraksi dengan pengguna Internet yang lain. Namun,
terdapat beberapa halangan untuk melaksanakannya seperti penguasaan bahasa
Inggeris di Internet dan kepelbagaian pengguna Internet dari latar belakang
budaya yang berbeza.

Etiket dalam dunia siber atau netiquette menggariskan aspek-aspek tingkah laku
atau protokol yang dirujuk sebagai bermoral ketika berkomunikasi di Internet
menerusi e-mel, mailing list atau newsgroups.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM  213
KONTEKS HUBUNGAN

Peraturan biasa yang digunakan sebagai garis panduan dalam komunikasi


menggunakan e-mel, listservs, chat rooms dan discussion boards adalah seperti
berikut:
(a) Mesej dibaca dan difahami dengan baik.
(b) Mesej yang hendak dihantar perlu dibaca agar mudah difahami dan tidak
disalahtafsir.
(c) Gunakan emotikon untuk menjelaskan makna.
(d) Kenali khalayak yang akan menerima mesej tersebut.
(e) Bersabar, berfikiran terbuka dan cuba fahami orang baru dalam listservs,
discussion boards, e-mel, chat rooms dan teknologi komunikasi yang lain.
(f) Menyalin semula bahagian mesej yang berkaitan dengan maklum balas
agar penghantar asal mesej tersebut akan faham konteks maklum balas
berkenaan dengan mudah.
(g) Pastikan nama dan topik mesej dinyatakan dengan jelas.
(h) Fokus kepada topik setiap mesej.
(i) Taip menggunakan huruf kecil.
(j) Cuba faham situasi penerima mesej yang mungkin tidak fasih dalam
bahasa Inggeris. Untuk mendapatkan kepastian, seseorang itu perlu
bertanya terlebih dahulu sebelum memberikan maklum balas.
(k) Elakkan membuat andaian tentang penerima mesej.
(l) Bersopan dan sensitif terhadap perasaan orang lain.

Peraturan dalam ruang siber adalah berbeza daripada kehidupan dalam dunia
sebenar. Ketiadaan elemen-elemen komunikasi bukan lisan menyukarkan proses
pentafsiran mesej yang diterima. Satu perkara yang sering dilupakan dalam
komunikasi ruang siber adalah fakta bahawa interaksi berlaku dengan orang lain
yang juga mempunyai perasaan. Kiu komunikasi bukan lisan yang tidak diambil
kira akan menyebabkan pelbagai salah faham, kesilapan dan konflik dalam
komunikasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


214  TOPIK 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
KONTEKS HUBUNGAN

AKTIVITI 11.8

1. Adakah netiquette merupakan satu bentuk peraturan yang


formal?

2. Nyatakan peraturan dalam komunikasi ruang siber yang anda


rasakan penting selain daripada garis panduan yang disenaraikan
di atas.

3. „Dalam berkomunikasi di ruang siber, seseorang cenderung untuk


bertindak dengan kelakuan yang kurang „netiquette‰. Mengapa
ini berlaku? Berikan pandangan anda tentang pernyataan di atas.

 Internet dan kemudahan yang disediakannya menawarkan peluang untuk


orang ramai berinteraksi secara maya dengan orang lain.

 Dalam interaksi maya, identiti boleh diubah untuk tidak dikenali sementara
persona boleh dicipta.

 Identiti diri yang wujud dalam dunia fizikal adalah sukar untuk disahkan
dalam dunia maya.

 Bidang komunikasi yang luas bukan sahaja melibatkan interaksi antara


seseorang individu dan individu lain atau antara individu dengan
kumpulan; ia juga mungkin melibatkan sesebuah institusi dan mereka yang
terlibat dalam industri media elektronik (online).

 Perbezaan latar belakang orang ramai menyebabkan perbezaan dalam


pentafsiran, penilaian, pemahaman dan penerimaan terhadap sesuatu mesej.

 Isu-isu etika memberi implikasi perlunya kod tingkah laku dalam kalangan
pengguna komunikasi ruang siber.

 Memahami etika komunikasi membantu seseorang menjadi lebih berhati-hati


dan bersopan santun semasa berkomunikasi dalam ruang siber.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


RUJUKAN  215

Rujukan
Beebe, S. A., Beebe, S. J., & Redmond, MV. (1999). Interpersonal communication
relating to others., USA: Allyn & Bacon.

Biagi, S. (2001). Media impact: An introduction to mass media. USA: Wadsworth.

Caputo, JS., Hazel, HC., & McMahon, C. (1994). Interpersonal communication:


competency through critical thinking. Needham Heights, MA: Allyn &
Bacon.

DeVito, JA. (2002). Essentials of human communication. Boston: Allyn & Bacon/
Pearson Education.

Dominick, J. R. (2002). The dynamics of mass communication: Media in the


digital age. New York: McGraw Hill Companies Inc.

Galvin, K. M., & Brommel, B. J. (1991). Family communication: Cohesion and


change (3rd, ed.). New York: Harper Collins Publisher Inc.

Gamble, TK., & Gamble, M. (2002). Communications. New York, USA: McGraw-
Hill.

Goldhaber, G. M. (1974). Organizational communication. USA: C. Brown


Company Publishers.

Hashim Fauzy Yaacoob,(2001). Communication between people. Skudai:


Universiti Teknologi Malaysia Pulication.

Hybels, S., & Weaver, RL. (2001). Communicating effectively. New York, USA:
McGraw-Hill Companies Inc.

Littlejohn, S. (1989). Theories of human communication (3rd ed.). Belmont, CA:


Wadsworth Publishing.

Maimunah Osman. (2000). Hubungan berkesan: Hubungan interpersonal.


INTAN: Kuala Lumpur.

Mowlana, H. (1986). Global information and world communication: New


frontiers in international relations. New York: Longman.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


216  RUJUKAN

Pace, R. W., & Faules, D. F. (1989). Organizational communication. New Jersey,


USA: Prentice-Hall Inc: Englewood Cliffs.

Rodman, G. (2001). Making sense of media: An Introduction to mass


communication. MA: Allyn & Bacon.

Seiler, WJ. Beall ML. (2002). Communication. Making Connections. Boston, USA:
Allyn & Bacon.

Severin, W. J. Tankard Jr. J W. (1988). Teori Komunikasi. (Terjemahan) Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Straubhaar, J., & LaRose, R. (2000). Media now: Communications media in the
information age. USA: Wadsworth Publishing

Tennholm, S. (2001). Thinking through communication: An introduction to the


study of human communication. Boston: Allyn & Bacon.

Verderber, F. V., & Verderber. (2002). Communicate. USA: Wadsworth a division


of Thomson Learning.

Vivian, J. (2002). The media of mass communication. USA: Allyn & Bacon.

Wood, J. T . (2001). Communication mosaics. USA: Wadsworth, a division of


Thomson Learning Inc.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Vous aimerez peut-être aussi