Vous êtes sur la page 1sur 7

TRAGEDI 13 MEI 1969

1.0 LATAR BELAKANG ISU PERISTIWA 13 MEI

Kepelbagaian kaum di negara ini adalah disebabkan daripada dasar ekonomi British
sebelum perang iaitu pecah dan perintah. Pada masa itu, pendatang cina dan India
dianggap sebagai pekerja sementara di negara ini dan perkara tersebut diterima
dengan sikap toleransi yang baik dari kaum Melayu. Walau bagaimanapun, sikap
toleransi itu telah dieksploitasi oleh British menyebabkan aliran masuk pendatang
Cina dan India ke negara ini bertambah. Tarikh 13 Mei 1969 akan tetap terpahat
sebagai tarikh hitam dalam lipatan sejarah negara. Tragedi tersebut yang lebih
dikenali sebagai “Peristiwa 13 Mei” seharusnya dijadikan sebagai iktibar kepada
seluruh rakyat Malaysia supaya ianya tidak berulang lagi. Peristiwa pada tarikh
tersebut yang berlaku di Kuala Lumpur adalah disebabkan oleh rusuhan kaum
antara orang Melayu dan Cina yang juga disertai oleh orang India. Ini adalah
rentetan daripada pilihanraya umum ketiga yang berlangsung pada 10 Mei 1969.
Dalang sebenar yang mencetuskan rusuhan kaum empat dekad lalu itu masih belum
dapat dikenalpasti oleh pihak polis, pasukan keselamatan dan kerajaan. Peristiwa
bermula apabila Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di
kawasan Batu, Selangor dan menyaksikan parti tersebut menang 50:50 di Selangor.
Untuk meraikan kemenangan tersebut, beliau telah mendapatkan kebenaran polis
untuk berarak pada 11 Mei 1969 yang telah menyebabkan kesesakan jalan raya di
sekitar Kuala Lumpur. Perarakan tersebut diadakan hingga ke Jalan Campbell dan
Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru sedangkan penduduk Kampung Baru
adalah terdiri daripada 30,000 orang Melayu yang juga merupakan kubu UMNO. Ini
membuatkan UMNO merasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang.
Perarakan kemenangan tersebut berlanjutan sehingga 12 Mei itu di mana kaum
Cina berarak sambil menghina orang Melayu dan turut meneriak slogan mengenai
tenggelamnya kapal Perikatan iaitu logo Perikatan malah ada yang meludah dari
atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan. Apabila perbuatan pihak
pembangkang tersebut tidak tamat, pada 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dari Parti Gerakan telah mengeluarkan
kenyataan maaf di atas kelakuan para penyokong mereka namun, ianya sudah
terlewat untuk mengekang rusuhan daripada berlaku. Di Jinjang, Kepong, seorang
Cina yang meninggal dunia atas sebab sakit tua telah diarak sepanjang jalan
dengan kebenaran polis. Walau bagaimanapun, perarakan kematian tersebut

1
TRAGEDI 13 MEI 1969

bertukar menjadi perarakan meraikan kemenangan pilihan raya sambil menghina


kaum Melayu. Walau bagaimanapun, UMNO bercadang membuat perarakan balas
pada 7.30 petang 13 Mei tetapi ramai orang Melayu berkumpul di depan rumah
Menteri Besar pada awal pagi. Terdapat juga orang Melayu dari Kuala Lumur
seperti dari Morib, Banting dan Perak menyertai perarakan tersebut. Mengikut
laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (Mageran), pergaduhan bermula di Setapak
sekitar pukul 6 petang apabila sekumpulan pemuda Cina telah menghalang
beberapa orang Melayu dengan cara membaling botol kaca dan batu ke arah
mereka yang dalam perjalanan mahu menyertai perarakan UMNO di Kampung Baru.
Situasi tersebut sampai ke pengetahuan orang Melayu yang berkumpul di Kampung
Baru. Itu membuatkan orang-orang Melayu mula bergerak pada pukul 6.30 petang
dari Kampung Baru dan menyerang orang Cina dengan bersenjatakan parang dan
keris. Rumah-rumah kedai dan juga kenderaan orang Cina di sekitar Kuala Lumpur
dibakar dan dimusnahkan. Sekiranya orang Melayu terserempak dengan orang
Cina, mereka turut dibunuh. Dalam masa 45 minit, rusuhan merebak di sekitar
Kuala Lumpur. Askar Melayu telah mengambil alih kawalan dari FRU. Perintah
berkurung 24 jam diumumkan di mana sesiapa yang tidak mematuhi perintah
berkenaan akan ditembak mati oleh pihak askar. Di satu kejadian pula, sekumpulan
pemuda Cina bertindak mengepung Panggung Odeon di Jalan Tuanku Abdul
Rahman, Kuala Lumpur. Terdapat beberapa iklan dalam bahasa Cina disiarkan
pada skrin pawagam yang menyuruh penonton berbangsa Cina keluar dari
panggung manakala penonton Melayu yang tidak boleh membaca tulisan Cina tidak
keluar dari panggung berkenaan. Setelah itu, pemuda-pemuda Cina berkenaan
menyerbu masuk ke dalam panggung lantas menyerang dan menyembelih penonton
yang ada dan turut membakar pawagam tersebut. Kebanyakan penonton di dalam
panggung tersebut mati dengan mengerikan termasuklah dua orang Askar Melayu.
Peranan Askar Melayu dalam situasi peristiwa 13 Mei sebagai penyelamat orang
Melayu di Kampung Baru adalah tidak dinafikan. Walau bagaimanapun, rusuhan
kaum tidak berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang,
Perlis, Johor dan Negeri Sembilan. Cuma di Melaka berlaku sedikit kekecohan.
Angka korban rasmi peristiwa hitam tersebut menunjukkan 196 terkorban, 439
cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. Terdapat juga statistik tidak rasmi di mana
jumlah kematian dari kaum Melayu adalah seramai 86 orang, Cina seramai 342
orang dan 3 orang dari lain-lain kaum. Walau bagaimanapun, statistik tersebut tidak
2
TRAGEDI 13 MEI 1969

begitu tepat kerana ramai yang melihat banyak lori digunakan untuk mengangkut
mayat-mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers pada ketika itu.
Walau bagaimanapun, peristiwa 13 Mei tersebut berakhir 6 hari kemudian. Walau
bagaimanapun, ada pihak yang menyifatkan rusuhan tersebut sebenarnya lebih
berunsur “politik” kerana tiada pergaduhan antara orang Cina dan Melayu yang
berlaku di negeri-negeri yang dinyatakan di atas.

2.0 PUNCA

Peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku di semenanjung Malaysia adalah suatu rusuhan
kaum yang pertama dan terburuk dalam sejarah negara. Ianya berlaku akibat
rentetan daripada beberapa faktor. Sebelum 13 Mei, keadaan di Kuala Lumpur
3
TRAGEDI 13 MEI 1969

sebenarnya dikatakan sudah sedia tegang ekoran daripada perarakan


pengkebumian seorang ahli Parti Buruh yang ditembak mati oleh polis dalam satu
kejadian di Kepong. Mengikut Dr. Kua Kia Song dalam bukunya “May 13;
Declassified Documents on the Malaysian Riots 1969” ada menceritakan kronologi
tragedi tersebut. Tercetusnya peristiwa tersebut adalah selepas Parti Gerakan
Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif
Rakyat (PPP) telah berjaya menewaskan Parti Perikatan di mana Parti Perikatan
gagal mendapat majoriti 2/3 di parlimen dalam pilihan raya umum, pada 10 Mei
1969. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan Berjaya dibentuk oleh Parti
Perikatan. Berikutan kemenangan gabungan tiga parti pembangkang berkenaan,
mereka telah meminta keizinan polis untuk berarak di Selangor bagi meraikannya
pada tarikh 11 Mei dan 12 Mei 1969. Sebagai simbolik kemenangan menyapu
bersih kerusi dalam pilihanraya tersebut, kaum Cina telah mengikat penyapu kepada
kenderaan dalam perarakan tersebut. Ini menyebabkan sesetengah orang
merasakan perbuatan menggunakan penyapu tersebut seolah-olah untuk
menghalau kaum Melayu dan ini menimbulkan kemarahan kaum Melayu. Rentetan
daripada perasaan itu, pada pagi 13 Mei, sekumpulan pemuda Melayu UMNO
berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di
Kampung Baru dengan tujuan asalnya adalah untuk mengadakan perarakan balas
terhadap perarakan pembangkang. Walau bagaimanapun, perarakan mereka itu
adalah tidak dirancang dan juga tidak mendapat keizinan daripada pihak polis. Ada
di antara mereka yang membawa bersama senjata. Menteri Besar Selangor pada
ketika itu iaitu Dato’ Harun Idris berusaha untuk menenteramkan keadaan. Walau
bagaimanapun, beberapa perkara buruk telah terjadi antaranya pembunuhan kaum
Melayu oleh kaum Cina. Ini berlanjutan menjadi pergaduhan, merosakkan harta
benda dan pembunuhan sehingga keadaan menjadi tidak terkawal. Ini membuatkan
Pusat Kawalan Kecemasan pada malam itu telah mengisytiharkan perintah
berkurung di mana semua rakyat dilarang keluar dari rumah pada masa-masa yang
tertentu. Pada 16 Mei, Yang di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri pada
ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara
dan ini menjadikan kerajaan berparlimen dibubarkan.

Dasar pecah dan perintah semasa di bawah jajahan British antara punca utama
berlakunya peristiwa hitam itu. Ini kerana, pengkelasan ekonomi dan tempat tinggal

4
TRAGEDI 13 MEI 1969

mengikut kaum adalah antara yang terkandung dalam dasar berkenaan. Contohnya
adalah orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan, orang-
orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil manakala
kaum India tinggal di lading sebagai pekerja ladang. Apabila berlakunya faktor-
faktor berkenaan, kaum-kaum di Tanah Melayu tidak dapat berhubung dengan baik
antara satu sama lain. Ini menyebabkan wujudnya jurang untuk menjalinkan
hubungan harmoni di antara kaum tersebut. Perasaan prasangka antara kaum pun
turut ada. Antara punca lain berlakunya peristiwa 13 Mei ini adalah latar belakang
pendidikan yang berbeza di mana wujudnya empat aliran sistem pendidikan iaitu
Melayu, Cina, India dan Inggeris. Dua daripadanya adalah untuk kaum Cina dan
India di mana sukatan pelajaran adalah datang dari negara asal dan ia berkiblatkan
negara mereka sendiri. Ini menyebabkan semangat Tanah Melayu tidak dapat
diterapkan ke dalam diri kaum Cina dan India.

Selain daripada itu, semasa Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu, tentera Jepun
memberi layanan yang istimewa kepada orang Melayu kerana dipengaruhi dengan
slogan “Negara Asia untuk Orang Asia”, manakala orang Cina dilayan dengan teruk
oleh tentera Jepun. Orang Cina pula memusuhi Jepun kerana Jepun pernah
menyerang China dan ini menimbulkan perasaan dendam antara satu sama lain.
Lanjutan dari layan berat sebelah tersebut, wujud perasaan permusuhan antara
orang Melayu dan Cina.

Walau bagaimanapun, punca paling utama berlakunya peristiwa buruk tersebut


adalah apabila berlakunya penyentuhan isu-isu sensitif semasa Pilihan Raya Umum
1969 iaitu isu hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan dengan mendakwa
hak kaum-kaum lain telah diketepikan sedangkan hakikatnya, kedudukan taraf
ekonomi kaum Melayu adalah jauh ke bawah berbanding dengan kaum Cina. Isu
bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan juga menjadi pertikaian pihak
pembangkang. Pihak pembangkang sebelum itu pernah membangkitkan isu-isu
sensitif berkenaan semasa pilihan raya pada tahun 1964. Akibat gagal dalam pilihan
raya berkenaan, mereka telah mengambil tindakan seperti “Malaysian Malaysia”
bagi menghapuskan hak istimewa orang Melayu. Pihak pembangkang juga tidak lari
daripada menyentuh isu hak kerakyatan orang bukan Melayu

5
TRAGEDI 13 MEI 1969

Apabila pembangkang menang pada pilihan raya 1969, kaum Melayu risau dan
menjadi marah kerana pembangkang mungkin mengetepikan Perlembagaan
Malaysia.

6
TRAGEDI 13 MEI 1969

RUJUKAN

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri (1971). Raksa Raya Malaysia. Institut
Terjemahan & Buku Malaysia Berhad, 73-75

Mohd. Safar Hasim (1986, Januari 28). Pengaliran Berita Antarabangsa : Satu
Kajian Terhadap Laporan Kejadian 13 Mei, 1969 Oleh Akhbar Barat.
Akademika,

Vous aimerez peut-être aussi