Vous êtes sur la page 1sur 2

NAMA: NUR ASYIQIN BINTI TOMIM

NO. MATRIK: 044158


M/S: 148

11) Pusat beli-belah yang berdekatan

Dari Abi Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

((Kiamat tidak berlaku sehingga muncul fitnah-fitnah dan kedustaan dan pasar-pasar

semakin saling berdekatan))

Dan maksudnya ialah: pada zaman ini, pusat beli-belah atau pasar semakin banyak. Ini

menjadikan jarak antara satu pasar dengan pasar yang lain menjadi dekat. Manusia pada

zaman Rasulullah ‫ ﷺ‬memerlukan masa selama 4 bulan perjalanan pergi dan balik daripada

pasar-pasar di Mekkah dan Madinah ke negara Syam. Adapun pada hari ini, manusia

menggunakan pengangkutan yang memendekkan jarak perjalanan kepada 3 jam atau 2 jam

apabila menaiki kapal terbang dan kepada 1 hari apabila melalui jalan raya. Ia juga

membawa maksud bahawa pasaran kini semakin berkembang dan membiak. Dimana-mana

bandar pada hari ini tidak lagi hanya mempunyai sebuah pasaran tunggal bahkan ia

mempunyai puluhan pasaran di setiap kawasan sehingga ia saling berkait antara mereka.

Dan apa yang diucapkan oleh Rasulullah ‫ ﷺ‬adalah benar, dan Baginda seorang yang jujur

lagi dipercayai.

12) Orang-orang Tua yang bergaya seperti anak muda.

Dari Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah ‫ﷺ‬

((Akan muncul pada akhir zaman satu kaum yang mewarnakan rambut mereka dengan

warna hitam, bagaikan dada burung merpati. Mereka tidak akan mencium bau syurga.
Sabda Rasulullah ‫(( ﷺ‬dan elakkan mewarnakan hitam)

Fenomena ini kini telah tersebar di kalangan masyarakat Islam secara meluas, dan ada

antara orang yang berkata tentang pengharamannya dengan berkata, bahawa sesungguhnya

mewarnakan rambut dengan warna hitam, hukumnya makruh yang dibenci. Dan setiap

manusia yang mewarnakan rambut dengan warna hitam merupakan salah satu tanda

kiamat, dan ini merupakan tanda kiamat yang jelas pada hari ini dalam masyarakat Islam

kita. Dan perkara ini telah dibenarkan oleh Rasulullah ‫ﷺ‬. Dalam hadith ini juga, Rasulullah

‫ ﷺ‬menggambarkan tingkah laku golongan yang berada pada usia emas. Mereka tidak dapat

menerima kenyataan diri. Mereka mahu selalu muda. Rasulullah ‫ ﷺ‬menggambarkan,

mereka mewarnakan rambut yang sudah putih dengan warna hitam. Gambaran Rasulullah

‫ ﷺ‬itu dapat diperluaskan lagi dengan segala perilaku berpakaian, bergaul dan lain-lain

sebagaimana yang dilakukan oleh anak muda.

Vous aimerez peut-être aussi