Vous êtes sur la page 1sur 11

1

ISI KANDUNGAN

1957: Hati Malaya … 2-4


Snowpiercer … 5-7
My Name is Khan … 8-10
Rujukan … 11
2

1957: Hati Malaya

Filem yang berkisarkan tentang perjuangan pemimpin terdahulu untuk mencapai


kemerdekaan iaitu 1957: Hati Malaya adalah filem arahan Shuhaimi Baba. Filem ini menekankan
beberapa elemen penting seperti bagaimana pemimpin terdahulu memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan oleh pihak British untuk mencapai kemerdekaan dan turut ditekankan bagaimana
semangat nasionalisme dibangkitkan dalam kalangan masyarakat Tanah Melayu ketika itu. Cerita
ini bermula dengan kehadiran 5 orang pemuda dan pemudi yang mempunyai latar belakang dan
pemikiran yang berbeza, dalam usaha menghasilkan sebuah buku. Di dalam cerita ini terdapat dua
figura utama yang ditonjolkan iaitu Tunku Abdul Rahman dan Dato’ Onn Jaafar. Pada permulaan
cerita telah ditunjukkan bagaimana orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan
Union. Satu persatuan iaitu United Malays Organisation (UMO) yang kemudiannya ditukar nama
United Malays National Organisation (UMNO) telah ditubuhkan oleh Dato’ Onn Jaafar dalam
perjuangan untuk menentang penubuhan Malayan Union. Orang Melayu telah berkumpul dan
telah menunjukkan solidariti kepada Raja-Raja Melayu sebagai tanda bantahan mereka terhadap
pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union yang pertama. Raja-Raja Melayu
pada ketika itub dipaksa untuk menurunkan tandatangan bagi mempersetujui pelantikan tersebut.
Setelah pembubaran Malayan Union, UMNO telah menumpukan perhatian kepada tadbir urus dan
politik. Mereka juga memberi fokus untuk mencapai kemerdekaan. Pihak British telah meminta
agar Persekutuan Tanah Melayu untuk memberi tumpuan kepada persepaduan antara kaum dalam
usaha untuk mencapai kemerdekaan. Pada ketika itu, persepsi kepada orang Cina adalah negatif
kerana mereka dituduh mempunyai sangkut paut dengan pihak komunis. Dato’ Onn Jaafar telah
melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Johor dan Presiden UMNO kerana dianggap
sebagai gila kuasa. Kemudiannya, beliau cuba membuka keahlian UMNO kepada orang bukan
Melayu dan telah diberi tentangan hebat. Beliau telah menubuhkan satu parti baru iaitu
Independence Malayan Party (IMP) yang membuka keahlian kepada semua kaum. “.. pertama
disebabkan pergerakan politik masa itu hendak mencapai kemerdekaan dan UMNO juga berjuang
untuk kemerdekaan. Untuk itu, UMNO mengambil sifat yang berfaham kebangsaan berdasar
Malayan dan menghindarkan dasar perkauman (Melayu) yang sempit dalam pandangan. Kedua,
Datuk Onn bercita-cita supaya UMNO menjadi parti politik pertama yang bukan berdasarkan
perkauman di Malaya. Datuk Onn juga berfikir bahawa dengan membuka keahlian UMNO kepada
bukan Melayu menjadikan UMNO slebih progresif dalamm pandangan dan dengan itu akan
3

menjatuhkan kedudukan kedudukan MCA yang sedia bersifat perauman China itu” (UMNO
Sepuluh tahun, 1946-1956). Orang UMNO mula memujuk Tunku Abdul Rahman untuk menerajui
mereka. Pada saat ini kita ditunjukkan bahawa orang Melayu telah berpecah kepada dua iaitu
UMNO dan IMP. Pada tahun 1954, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan satu perjumpaan dan
menyatakan hasrat untuk ke England bagi membincangkan tentang kemerdekaaan Tanah Melayu.
Beliau juga berkongsi bahawa mereka tidak mempunyai dana yang cukup untuk ke sana dan di
sini kita dapat lihat beberapa orang Melayu telah menunjukkan semangat kemerdekaan dengan
mengorbankan barang berharga mereka seperti barang kemas dan wang ringgit mereka. Pertemuan
dengan pihak England pada kali pertama telah gagal tetapi tidak mematahka semangat orang
Melayu. Satu politik permuafakatan telah dibentuk oleh UMNO, MCA dan MIC yang dikenali
sebagai Parti Perikatan bagi menghadapi Pilihanraya pada tahun 1955. Setelah yakin telah
memenuhi syarat pihak British, Tunku Abdul Rahman sekali lagi pergi ke England dan membawa
khabar gembira iaitu tarikh kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 31 Ogos 1957.

Bagi memenuhi hasrat kerajaan Britisih, satu politik permuafakatan telah dibentuk oleh
Tunku Abdul Rahman. Politik permuafakatan atau dikenali sebagai consosional politics
merupakan satu perkongsian kuasa di antara masyarakat umum yang terdiri daripada rakyat
sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian etnik, bangsa dan agama. Melalui politik
permuafakatan ini, setiap kaum dapat menyuarakan pandangan serta hak mereka di peringkat
pusat. Terdapat 4 ciri politik permuafakatan iaitu perkongsian kuasa, nisbah perkadaran, kuasa
veto dan autonomi segmental. Di Tanah Melayu, terdapat kepelbagaian kaum kerana dasar British
yang membawa masuk rakyat Cina untuk bekerja di lombong bijih timah dan rakyat India untuk
bekerja di ladang getah. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak British juga telah
membuka jurang antara kaum dan menyukarkan perpaduan. Demi mencapai hasrat untuk merdeka,
Tunku Abdul Rahman telah memperkenalkan Parti Perikatan iaitu sebuah parti politik
permuafakatan antara tiga parti politik iaitu UMNO yang mewakili orang Melayu, MIC mewakili
orang India dan MCA mewakili orang cina. Kejayaan politik permuafakatan ini dapat dilihat
dengan kemenangan yang diperoleh oleh Parti Perikatan dalam beberapa pilihan raya bermula
dengan pilihan raya peringkat bandaran Kuala Lumpur 1952. Dalam usaha mendapatkan
kemerdekaan, kabinet bayangan turut dilaksanakan yang dapat dilihat semua kaum mengambil
tempat. Antaranya Tun V.T. Sambathan dan Tun Tan Cheng Lock.
4

Selain itu, kita dapat lihat di dalam filem ini bagaimana Dato’ Onn Jaafar mendapat
tentangan yang hebat daripada orang Melayu kerana ingin membuka keahlian orang UMNO
kepada orang bukan Melayu kerana bagi beliau UMNO merupakan sebuah parti yang konservatif.
Dato’ Onn Jaafar kemudian telah keluar UMNO dan telah menubuhkan satu parti baru yang
membuka keahlian kepada semua kaum iaitu IMP. IMP pada ketika itu dianggap tidak relevan
kerana dianggap dasarnya seperti Malayan Union, penolakan ini dapat dilihat apabila IMP telah
gagal memenangi pilihan raya.

Di dalam filem ini, juga kita dipertontonkan dengan semangat nasionalisme yang tinggi
dalam kalangan penduduk Tanah Melayu pada ketika itu. Nasionalisme merupakan satu gerakan
ideologi dalam menegakkan autonomi, kesepaduan dan keperibadian bagi pihak suatu kelompok
sosial yang dianggap boleh membentuk negara bangsa (Rustam A. Sani, 2004). Kita dapat lihat
bagaimana orang melayu menentang Malayan Union demi menjaga autonomi bangsa Melayu di
tanah air sendiri. Orang Melayu juga dilihat tidak boleh menerima kemasukan orang bukan Melayu
dalam parti UMNO. Namun mereka tetap bersetuju untuk mengadakan suatu kerjasama dengan
bangsa lain melalui politik permuafakatan demi mencapai kemerdekaan. Semangat nasionalisme
yang tinggi juga dapat dilihat apabila penduduk Tanah Melayu rela berkorban harta benda mereka
demi membantu Tunku Abdul Rahman untuk mendapatkan dana bagi menghantar rombongan ke
England. Selain itu, demi mencapai kemerdekaan, perbezaan agama, bangsa dan budaya telah
diketepikan. Peristiwa ketika penduduk Tanah Melayu berkumpul beramai ramai di Dataran
Merdeka untuk melihat bendera Union Jack diturunkan serta lagu God Save the Queen
berkumandang buat kali terakhir di Tanah Melayu dan kemudiaannya bendera negara kita berkibar
buat julung kalinya telah menunjukkan bahawa sememangnya terdapat semangat nasionalisme
yang tinggi dalam diri mereka.

Sebagai rumusan, filem 1957: Hati Malaya merupakan sebuah naskhah yang baik untuk
melihat bagaimana para nasionalis berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Walaupun mempunyai
banyak halangan namun mereka sentiasa kekal positif dan sedikit pun tidak mengalah kerana
perjuangan mereka haya satu iaitu memerdekan Negara tercinta. Generasi muda juga wajar
mengambil semangat yang mereka tunjukkan dalam usaha mempertahankan kemerdekaan Negara
serta membawa Negara kita untuk terus maju ke hadapan.
5

Snowpiercer

Filem arahan pengarah dari Korea ini menceritakan tentang satu projek untuk menurukan
suhu dunia telah gagal dan telah membekukan seluruh dunia serta membunuh ramai orang.
Syarikat Wilford Industries yang diketuai oleh Wilford telah dilantik untuk membuat laluan kereta
api yang menghubungkan seluruh dunia. Selain itu, syarikat itu juga perlu membina keretapi yang
enjinnya boleh digunakan untuk selama-lamanya.

Filem ini telah menunjukkan satu teori yang sangat penting iaitu tentang ideologi
Marxisme iaitu gerakan pembebasan sosial di mana konsep perjuangan kelas bawahan terutama
golongan buruh untuk bangkit mempertahankan hak mereka dari terus ditindas oleh golongan
kapitalis. Hal ini ditunjukkan oleh semangat Curtis yang berjuang untuk menawan gerabak kereta
api.

Penumpang kereta api tersebut telah dibahagikan mengikut kasta dan darjat mereka. Orang
yang kaya dan mempunyai pengaruh diletakkan di gerabak hadapan manakala golongan berkasta
rendah telah diletakkan di gerabak belakang. Kehidupan mereka yang berada dalam gerabak
belakang telah mengalami satu tekanan yang dahsyat untuk meneruskan kehidupan. Di dalam
cerita ini juga ditunjukkan bagaimana mereka yang berada di gerabak hadapan dihidangkan
dengan makanan-makanan mewah, mereka juga mendapat layanan yang istimewa. Menurut
Gidden beliau mendefinisikan golongan menengah ini sebagai satu kumpulah sosial yang
mmepunyai “… similar attitudes and belief, linked to a common style of life, among members of a
class”. Mereka yang berada di gerabak belakang pula langsung tidak dihiraukan dan terpaksa
bersesak-sesak di dalam gerabak yang sempit. Selain itu, mereka juga telah telah hidup dalam
ketakutan kerana mereka turut diseksa.

Curtis merupakan merupakan ketua bagi golongan yang berada di gerabak belakang yang
telah merancang untuk menguasai kereta api setelah dua budak kecil diambil oleh pihak berkuasa.
Bapa kepada kanak-kanak tersebut telah memberontak dan telah dihukum dengan meletakkan
tangan di luar tingkap sehingga beku dan dipotong. Mereka telah bekerjasama dengan seorang
pegawai penjara Nam dan anaknya Yong dan telah merampas gerabak kereta api penjara. Mereka
juga telah memberikan dadah yang membolehkan mereka berhalusinasi sebgaai upah. Kehidupan
di dalam kereta api itu seolah-olah dalam dunia yang sebenar cuma mereka ditempatkan di dalam
kereta api kerana keadaan cuaca sejuk melampau di luar. Melalui cerita ini juga kita dapat lihat
6

bagaimana golongan bawahan memberontak untuk mendapatkan hak mereka untuk dilayan sama
rata dengan golongan atasan.

Seterusnya, Gilliam telah mencadangkan kepada Curtis untuk mengambil alih gerabak
bahagaian bekalan air untuk membolehkan mereka memanfaatkan rundingan mereka menjadi
muda dengan pihak Wilford kerana air merupakan satu sumber asas utama dalam kehidupan
sehari-hari. Perkara ini telah mengakibatkan pertempuran yang meragut banyak nyawa. Curtis
berjaya menjadikan seorang ketua menteri iaitu Mason sebagai tebuan. Mereka telah berjaya
menawan gerabak yang menempatkan orang-orang kaya.

Pengakhiran cerita ini bermula apabila mereka menawan gerabak yang mempunyai sekolah
dan seorang guru telah bertindak menembak secara rambang sehingga menyebabkan Gilliam mati.
Setelah itu, Curtis telah membunuh Mason dan merancang untuk ke pintu enjin bagi mematikan
kereta api tetapi telah ditembak oleh pembantu Wilford. Wilford telah mendedahkan bahawa
beliau dan Gilliam sengaja melakukan pemberontakan bagi mengurangkan populasi penumpang
kereta api. Akhir sekali, kereta api itu telah dimusnahkan.

Satu kelas mampu mengenal pasti kepentingannya di dalam masyarakat secara


menyeluruh melalui revolusi-revolusi yang telah berlaku sebelum ini. Kenyataan Marx tersebut
menggambarkan sejarah umat manusia diwarnai oleh perjuangan atau pertarungan antara
kelompok-kelompok manusia. Marx sendiri mengakui perjuangan kelas atau revolusi yang
tercetus bukan bermula sebagai satu kelas masyarakat, tetapi ia berfungsi sebagai wakil kepada
masyarakat bagi mengemukakan tuntutan dan manfaat bersama semua ahli dalam masyarakat
(McLellan 1977). Kenyataan ini boleh dikaitkan dengan cerita ini kerana Curtis telah dijadikan
wakil supaya memperjuangkan hak mereka. Menurut Marx terdapat beberapa kelas sosial dalam
teori perjuangan kelas antaranya freeman and slaves, patrician and plebeian, lord and serf, guild-
master and journeyman. Mereka semua ini adalah golongan penindas dan tertindas yang
dijalankan sama ada secara tebuka atau tertutup yang mana pada akhirnya akan wujud pembinaan
semula revolusi masyarakat yang baru. Itulah yang ditunjukkan dalam filem ini apabila mereka
berjaya menawan kereta api serta menghentikannya dan apabila mereka keluar dari kereta api,
mereka menemui satu kehidupan yang baru.
7

Jika dikaitkan dengan teori kapitalisme, terdapat dua kelas diperkenalkan iaitu bourgeois
(golongan kapitalis dan pemilik tanah) dan proletariat (semua kelas buruh upahan) iaitu orang
yang tidak memiliki punca-punca ekonomi dan menjual tenaga kepada kelas bourgeois untuk
mendapatkan upah. Kedua-dua golongan ini mempunyai fungsi yang berbeza yang mana
perbezaan inilah yang menjadi sebab berlaku perjuangan dan penentangan antara dua kelas sosial
(penindas dan tertindas). Golongan bourgeois ini dianggap kapitalis terhadap golong proletariat
dan itu mewujudkan perasaan tidak puas hati kerana hak mereka telah didikriminasi. Bagi menjaga
anggota kelas mereka, seperti Curtis telah berusaha untuk menjaga kepentingan berasas anggota-
anggota kelas mereka.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan, teori marxisme telah diguna pakai dalam filem ini yang
mana dapat memberi kesedaran tentang bagaimana golongan yang ditindas ini bangkit untuk
memperjuangkan hak mereka dan bagaimana sesuatu organisasi itu lumpuh jika terus tidak
dipandang golongan bawah yang menghadapi tekanan kehidupan. Hak-hak ekonomi dan politik
golongan ini perlu dikembalikan dan kita perlu pelihara kebebasan dan kemerdekaan seseorang
individu tanpa mengira kelas untuk memastikan sesebuah negara itu aman dan makmur.
8

My Name is Khan

“My name is Khan, I’m not a terrorist”adalah satu frasa yang paling diingati dalam cerita
arahan Karan Johar. File mini dibintangi oleh Shah Rukh Khan sebagai Rizwan Khan merupakan
seorang Muslim dan menderita penyakit Asperger’s Syndrome. Khan akan melakukan sesuatu
perkara berulang-ulang termasuklah percakapannya serta mempunyai ketakutan pada tempat-
tempat yang baharu tetapi Khan seorang yang bijak kerana beliau diasuh sehingga pandai untuk
memperbaiki barang. Khan mengalami penyakit ini sejak lahir lagi dan ketika di sekolah beliau
sering dibuli di Sekolah. Khan mempunyai seorang adik bernama Zakir yang sering cemburu
kerana hubungan ibu mereka sangat akrab dengan Khan. Zakir memutuskan untuk sambung
belajar di Amerika Syarikat kerana mendapat biasiswa.

Pada permulaan cerita, ditunjukkan Khan seorang yang suka mencari data tentang Presiden
Amerika Syarikat ketika itu iaitu George W. Bush melalui internet. Zakir mempelawa Kahn untuk
ke Amerika Syarikat kerana ibu mereka telah meninggal dunia. Khan juga merancang pesawat ke
Amerika Syarikat yang sama dengan perjalanan George W. Bush. Namun ketika di San Francisco,
beliau telah ditahan kerana dianggap sebagai pengganas dan jadual perjalaanan beliau ke Amerika
Syarikat untuk bertemu dengan George W. Bush terganggu. Beliau juga menulis segala apa yang
berlaku terhadap beliau di dalam buku nota.

Ketika berada di Amerika Syarikat, Khan telah bekerja bersama Zakir dan bertemu dengan
Mandira. Mereka telah dan memutuskan untuk berkahwin secara senyap. Perkahwinan mereka
ditentang oleh Zakir kerana berbeza agama. Mandira seorang Hindu, manakala Khan pula
seorang Muslim. Perkahwinan mereka tidak ada masalah sehingga terjadinya peristiwa serangan
pengganas di World Trade Centre, New York pada 11 September 2001. Apabila peristiwa itu
berlaku, Muslim di Amerika Syarikat tidak hidup dalam keadaan aman kerana mereka semua
dianggap pengganas dan punca berlakunya peristiwa 11 September itu. Kejadian itu juga memberi
impak yang negatif terhadap keluarga Khan. Anak Mandira, Sameer pula dibuli sehingga mati
kerana kawan-kawannya Islamphobia.

Khan di tuduh sebagai punca kematian Sameer dan hubungannya dengan Mandira bertukar
menjadi dingin. Khan merancang untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat dan
memberitahu bahawa walaupun dia seorang Islam tetapi dia bukanlah pengganas seperti apa yang
dianggap oleh penduduk Amerika Syarikat.
9

Khan telah ditahan pihak polis kerana beliau dianggap sebagai pengganas yang cuba
berbuat sesuatu terhadap Presiden Amerika Syarikat. Peristiwa Khan ditangkap itu menjadi isu
yang besar kerana Muslim yang tinggal di Amerika Syarikat didikriminasi dan dianggap sebagai
punca utama peristiwa 11 September. Berlaku perhimpunan dan provokasi di seluruh dunia dan
Khan dibebaskan.

Satu bencana alam telah berlaku di sebuah kawasan di Amerika Syarikat. Khan menjadi
orang pertama yang menghulurkan bantuan. Melalui peristiwa ini dapat ditunjukkan bahawa Islam
itu agama yang indah dan mulia yang turut membantu walaupun berbeza agama. Peristiwa ini
menarik perhatian penduduk Amerika Syarikat. Pada penghujung cerita, Khan ditemukan dengan
Presiden Amerika Syarikat dan Khan berucap dengan mengatakan bahawa dia dan anaknya
Sameer bukanlah seorang yang pengganas.

Teori politik yang dapat dikatikan melalui filem ini adalah Islamisme. Istilah Islamisme ini
diberikan oleh orang Barat untuk menunjukkan perjuangan gerakan Islam. Islamisme ini dianggap
sebagai satu ideology yang menegaskan bahawa Islam bukan hanya sekadar agama tetapi sebagai
satu sistem politik. Menurut Bayat, Islamisme adalah suatu istilah yang digunakan bagi
menerangkan arus perkembangan gerakan Islam. Konsep ini memfokuskan matlamat perjuangan
negara Islam yang bercirikan undang-undang secara menyeluruh (Bayat, 2007). Istilah ini juga
sebenarnya muncul selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah di turki kerana mereka
menganggap bahawa adalah amat penting untuk mengembalikan kegemilangan Islam dengan
melaksanakan pelbagai usaha yang bersesuaian kea rah menjayakan matlamat tersebut (Mashitah,
2004). Ideologi Islamisme ini seharusnya menjadi panduan kepada masyarakat keseluruhannya
dan peraturannya haruslah selari dengan syariat Islam.

Serangan ke atas World Trade Centre itu adalah berpunca daripada Al-Qa’ida. Serangan
itu membunuh seramai 2 995 orang termasuk pengganas dan menyebabkan kelumpuhan ekonomi
New York (Anders, 2011). Serangan yang amat dahsyat itu memberikan kesan yang negatif bukan
sahaja kepada pentadbiran Amerika Syarikat serta ekonomi malah ia turut memberi persepsi
negatif terhadap orang Islam yang dianggap sebagai pengganas. Serangan ini juga dikatakan
adalah yang akan berlaku jika Islamisme itu tidak ada batasan. Seperti yang kita ketahui terdapat
pelbagai kelompok umum. Antaranya adalah golongan fundamentalis, radikal, reformis, liberalis
dan sekularis.
10

Peristiwa 11 September 2001 telah menyebabkan hubungan Barat dengan Islam menjadi
buruk. Mereka mempunyai persepsi buruk atau dinamakan sebagai islamphobia. Menurut pelapor
PBB, Islamphobia ini adalah suatu permusuhan dan ketakutan tidak berasas terhadap islam dan
akibat ketakutan atau kebencian terhadap orang Islam atau majoriti daripada mereka. Perkara ini
juga memberi impak negatif kepada kumpulan-kumpulan Islam yang memperjuangkan tanah air
mereka seperti yang berlaku di Palestin dan Mesir kerana mereka juga dianggap pelampau atau
pengganas. Media-media Barat turut melaporkan berlaku keganasan di negara-negara tersebut oleh
orang Islam sendiri sedangkan keadaan di sana yang dimanipulasi oleh media Barat. Bagi mereka,
setiap yang dinamakan Islam itu cenderung untuk melakukan keganasan. Oleh itu dalam filem ini,
Khan sering menyebut bahawa nama dia Khan dan dia bukan pengganas untuk memberi kesedaran
kepada orang ramai bahawa Islam itu indah dan agama yang tidak memerlukan keganasan untuk
menguruskan pentadbiran negara.
11

RUJUKAN

1. McLellan, D. 1977. Karl Marx: Selected Writing. London: Oxford University.


2. Bayat, Asef. 2007 Islam and Democracy: What is the Real Question?. Leiden:
Amsterdam University Press.
3. Tarek Osman. 2016. Islamism: What it means for the Middle East and the World.
United States: Yale University Press.
4. Anders Strindberg & Mats Warn. 2011. Islamism. United Kingdom: Polity Press.
5. UMNO Sepuluh Tahun. 1946-1956. Penang: Daud Press.

Vous aimerez peut-être aussi