Vous êtes sur la page 1sur 17

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 KUALA LUMPUR.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21


OLEH :
Dr. TUAN JAH BT TUAN YUSOF
PENSYARAH CEMERLANG JUSA C

1.0 Pengenalan

Pendidikan merupakan penyumbang utama pembangunan modal insan, sosial dan


ekonomi negara. Pendidikan juga adalah pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang
melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing
dalam pasaran kerja. Sistem pendidikan negara merupakan tunjang pembangunan
negara yang menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini dan
sebelumnya bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara. Dalam
usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global, kita tidak
boleh lalai, oleh itu Kementerian Pendiudikan Malaysia (KPM) perlu melaksanakan
perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan
pencapaian semua murid. Sesungguhnya proses pelaksanaan transformasi pendidikan
memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan
menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Justeru, transformasi
pendidikan negara perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik
proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan
Pembangunan Pendidikan. Sesungguhnya pelan ini menyediakan kerangka
pembangunan yang menyeluruh untuk menzahirkan transformasi sistem pendidikan
secara pantas dan mapan sehingga tahun 2025. Bersandarkan inisiatif yang
diperkenalkan bawah Bidang Keberhasilan Negara, pelan pembangunan ini
menggariskan perubahan besar yang dihasratkan oleh warga pendidik. Antara
perubahan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan termasuklah aspek pendekatan
pembelajaran murid, kaedah pemilihan guru, latihan guru, penyediaan ganjaran kepada
guru dan pemimpin sekolah serta pendekatan pengoperasian KPM. Dalam konteks ini
2

termasuklah kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dan


pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang menjadi paksi dan nadi pembelajaran berkesan
dan bermakna abad ke 21.

Kualiti pengajaran merupakan wahana paling berkesan untuk mentransformasikan


pendidikan rendah dan menengah, dan selanjutnya meningkatkan keberhasilan murid.
Kementerian beriltizam untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah dengan
memperkukuh amalan terbaik sedia ada, dan memberikan ganjaran kepada guru
berkualiti dalam bentuk laluan kerjaya yang lebih baik. Bagi mencapai matlamat
tersebut KPM menyemak semula kurikulum pendidikan untuk menerap dan
membangunkan kemahiran abad ke-21 yang menekankan kepada 4C’s, iaitu
communication, colaboration, critical thinking dan creativity seperti berfikiran kritis dan
kreatif serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang.

Sistem pendidikan Malaysia menjelang tahun 2025 harus berupaya mencapai


penyertaan menyeluruh pendidikan peringkat menengah, menempatkan diri pada
kedudukan kelompok sepertiga terbaik dalam pentaksiran peringkat antarabangsa,
memastikan semua murid menikmati peluang yang sama kepada pendidikan berkualiti
dan seterusnya menyemai identiti nasional dalam kalangan murid. Strategi pelaksanaan
dan sistem sokongan yang mantap, merangkum sistem penyampaian yang berkualiti
dan kepimpinan yang cekap dan berkesan agak kritikal bagi merealisasikan usaha
peningkatan kemenjadian murid. Walau bagaimanapun melalui sokongan dan
komitmen semua pihak yang berkepentingan dalam dan luar KPM, pelaksanaan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 akan merangsang dan
melestarikan usaha transformasi sistem pendidikan negara.

2.0 KEMAHIRAN ABAD KE-21


Di kebanyakan negara pakar pendidikan menyedari hakikat bahawa kanak-kanak memerlukan
kemahiran yang lebih daripada 3M (membaca, menulis dan mengira) setelah menamatkan alam
3

persekolahan. Hal ini disebabkan dalam dunia globalisasi pada abad ke-21, keperluan untuk
melahirkan modal insan berkualiti tinggi menjadi semakin penting.

Kebanyakan negara menerima konsep kemahiran abad ke-21 sebagai paksi kurikulum. Di
Singapura, seseorang individu itu dikatakan sebagai individu yang lengkap dengan kemahiran
abad ke-21 sekiranya individu itu mempunyai keyakinan diri, mengamalkan pembelajaran
kendiri, dapat memberi sumbangan yang aktif, dan warganegara yang prihatin. Di Finland,
kemahiran abad ke-21 berteraskan perkembangan kendiri, identiti budaya dan
keantarabangsaan, kemahiran media dan komunikasi, warganegara partisipatif,
bertanggungjawab terhadap persekitaran, menitiberatkan kesihatan dan masa depan yang
lestari.

Di Malaysia, kemahiran abad ke-21 yang dikenal pasti oleh KPM ialah kemahiran yang sesuai
dengan konteks tempatan dan dapat menyediakan warga Malaysia untuk bersaing pada
peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, kurikulum kebangsaan harus bermatlamat
melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi, dan bekerja
secara berpasukan.

Justeru kurikulum sekolah rendah dan menengah yang disemak dan dikaji semula akan
memastikan keseimbangan pengetahuan yang penting dengan kemahiran berfikir, dan nilai
untuk memastikan kejayaan murid pada masa akan datang seperti yang dijelaskan dalam
aspirasi murid.

3.0 KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ditakrifkan sebagai penggunaan minda secara
meluas untuk menghadapi cabaran baharu. Menurut Onosko dan Newmann (1994),
apabila seseorang itu perlu membuat tafsiran, menganalisis dan memanipulasikan
maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah, maka individu itu perlu
menggunakan minda secara optimum atau meluas. Dengan hanya mengaplikasikan
maklumat yang diperoleh lebih awal untuk menjawab soalan atau menyelesaikan
masalah dalam situasi baharu, perkara ini (penyelesaian masalah) tidak akan
4

membuahkan hasil. Selain takrif di atas, Menurut Zevin (1995),KBAT juga boleh
didefinisikan sebagai kemahiran memproses maklumat sedia ada dalam minda untuk
menghasilkan sesuatu yang baharu dan asli. Pelbagai kemungkinan penyelesaian
terhadap pelbagai masalah merupakan nadi kepada kemahiran berfikiran aras tinggi.
seseorang yang cekap menyusun maklumat bagi membentuk konsep dan idea secara
teratur dan membuat kesimpulan dengan tepat untuk tindakan yang sewajarnya
merupakan orang yang mampu dan cekap menggunakan akal untuk berfikir secara
meluas.

Berdasarkan definisi KPM, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan
seseorang individu untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Definisi ini selaras dan selari dengan
standard antarabangsa contohnya PISA dan OECD.

Menurut Pogrow (1985), KBAT merupakan aktiviti yang menggunakan pemikiran


peringkat tinggi melalui komputer untuk memperbaik kemahiran asas, keyakinan sosial
dan kemahiran penyelesaian masalah pelajar. Penguasaan kemahiran asas dan
keyakinan merupakan syarat yang penting untuk pelajar atau murid melibatkan diri
secara aktif dan cekap dalam aktiviti pembelajaran yang kompleks, iaitu menarik dan
mencabar. Ringkasnya, KBAT membantu murid membina strategi untuk
menghubungkaitkan idea-idea mereka secara sistematik dan berkesan. Dari perspektif
Islam, berfikir merupakan fungsi akal, iaitu entiti ghaib yang membezakan manusia
daripada haiwan.

Dalam dunia yang semakin mencabar ini, pemikiran di takuk lama sudah tidak releven
lagi kerana ini akan merugikan generasi muda. Justeru, KBAT perlu diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah selaras dengan era globalisasi dan
transformasi pendidikan negara.

Kemahiran belajar Abad ke-21 perlu diterapkan melalui aktiviti-aktiviti yang memerlukan
murid berfikir, merancang, berbincang, menilai, mereka cipta dan membuat keputusan
5

berlatarkan konsep Taksonomi Bloom yang dimurnikan oleh Anderson serta aliran
pemikiran Edward De Bono yang berkonsepkan Power of Perception.

4.0 TAKSONOMI BLOOM

Asal diterbitkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S.Bloom yang mempunyai 6 aras.
Taksonomi Bloom menyediakan sistem pengelasan untuk membantu guru, pentadbir,
pakar penyelidik membincangkan masalah dalam penilaian pendidikan. Taksonomi
Bloom merupakan suatu hierarki enam peringkat perkembangan pemikiran yang
menjadi semakin kompleks dan menacabar. Tahap pemikiran boleh digunakan untuk
membina soalan yang merentasi semua peringkat persekolahan dan dalam semua
bidang pembelajaran.

Model Taksonomi Bloom dikemas kini pada tahun 1990 oleh sekumpulan pengkaji
untuk memperbaik kelemahan dan mengambil kira perkembangan bidang pendididkan
dan psikologi yang berlaku pada separuh kedua abad ke-20. Lorin Anderson telah
membuat penambahbaikan pada taksonomi asal.

Dalam peringkat Taksonomi Bloom sememangnya merangkum unsur KBAT, iaitu


mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Peringkat tersebut memerlukan
murid menilai maklumat secara kritis, membuat ramalan, mencadangkan penyelesaian,
mencipta, menyelesaikan masalah berkaitan kehidupan seharian, menilai idea,
melahirkan pendapat, membuat pilihan dan membuat keputusan. Enam aras Taksonomi
Bloom, iaitu :

• Pengetahuan, iaitu mengingat kembali. Contoh: nyatakan, namakan, labelkan.

• Pemahaman, contoh: tulis semula, terangkan, jelaskan, huraikan.

• Aplikasi, iaitu menggunakan maklumat sedia ada dalam situasi baharu. Contoh:
selesaikan, ramalkan, bina, kenal pasti.

• Analisis, contoh: bandingbezakan, kategorikan.

• Sintesis, contoh: menggabungkan komponen kecil menjadi bentuk baharu.


6

• Penilaian, iaitu membuat pertimbangan, contoh : memberi justifikasi, alasan,


rasional, mentafsir, kritikan dan bukti.

Perubahan yang jelas berlaku ialah penamaan aras taksonomi yang disemak semula
ialah menggunakan kata kerja berbanding yang lama menggunakan kata nama dan
kedudukan dua aras paling atas. Taksonomi Bloom yang disemak semula lebih mudah
digunakan di semua peringkat persekolahan dan pengajian tinggi. Perubahan dibuat
dengan mengambil kira perkembangan pendidikan dan pembelajaran baharu.
7

5.0 PETA PEMIKIRAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Malaysia perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh
inovasi untuk mengekalkan daya saing di peringkat dunia. Untuk mencapai matlamat ini,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) & Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah bersama-sama
memperkenalkan projek i-THINK. Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk
kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam
menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif dalam i
kalangan murid sekolah. Peta pemikiran i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan
Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk
menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.

Penyediaan peluang sama rata serta pendidikan berkualiti untuk semua merupakan fokus
utama KPM. Matlamat pendidikan Malaysia telah dimanifestasikan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dengan tujuan muktamad untuk mencapai wawasan negara dalam menyediakan
anak-anak Malaysia supaya menjadi individu yang berpengetahuan dan berkemahiran ke arah
menghadapi cabaran Abad ke-21. Penekanan juga diberi kepada sains, teknologi dan teknologi
maklumat, selain daripada menyemai etika moral dan etika kerja yang baik. Ini menjadi
8

tumpuan utama untuk membangunkan kurikulum bertaraf dunia yang akan membantu guru, ibu
bapa dan murid agar seiring dengan kadar perubahan ekonomi dan teknologi yang bergerak
pantas

5.1 PROGRAM i-THINK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

Maksud i-THINK ialah innovative thinking atau Pemikiran Inovatif. Murid menggunakan alat
berfikir, iaitu lapan peta pemikiran i-THINK. Peta pemikiran merupakan alat berfikir bercorak
visual-verbal yang setipa satunya berdasarkan kepada proses pemikiran asas. Peta pemikiran
sesuai digunakan dalam PdP bagi membantu guru menyampaikan kandungan kurikulum yang
sedia ada dan melaksanakan aktiviti PdP dalam bentuk yang lebih bermakna dan
membolehkan murid memahami kemahiran kognitif yang abstrak melalui bentuk visual yang
konkrit. Setiap peta pemikiran mampu menjanakan idea dan membangunkan proses pemikiran
murid dalam aktiviti tertentu. Penggunaan peta pemikiran secara berterusan dalam PdP akan
membudayakan kemahiran berfikir ke arah membangunkan Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi
(KBAT).

Lapan peta pemikiran i-THINK ialah Peta Bulatan (Circle Map), Peta Buih (Bubble Map), Peta
Buih Berganda (Double Bubble Map), Peta Pokok (Tree Map), Peta Dakap (Brace Map), Peta
Alir (Flow Map), Peta Pelbagai Alir (Multi-Flow Map) dan Peta Titi (Bridge Map).
9
10

Sistem pendidikan di Malaysia melalui aspirasi murid memerlukan mereka mempunyai


kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skills (HOTS) seperti
yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-3025.
Ini amat bersesuaian dengan keperluan pembelajaran Abad ke -21. Kemahiran berfikir
aras tinggi memerlukan murid menggunakan minda secara meluas untuk menghadapi
cabaran-cabaran baharu. Ledakan teknologi maklumat telah merubah landskap
pendidikan di peringkat global di mana guru bukan lagi pendeta di atas pentas untuk
menjadi rujukan murid tetapi hanya menjadi fasilitator di sisi murid. Maklumat dapat
dicapai oleh murid melalui pelbagai corak pembelajaran yang berlaku dalam talian.
Dengan erti kata yang lain proses pembelajaran berlaku lebih awal daripada proses
pengajaran. Dalam hal ini murid harus mampu menggunakan daya pemikiran mereka
untuk menganalisis maklumat yang mereka terima. Penggunaan minda secara meluas
berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi
maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan
(Onosko dan Newmann ,1994). Perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda
adalah bertujuan untuk menghasilkan sesuatu yang baharu atau asli.

Di Malaysia konsep Pemikiran Aras Tinggi ini sudahpun dilaksanakan dan


soalan-soalan yang bercirikan HOTS diselitkan dalam peperiksaan. Walau
bagaimanapun pelbagai strategi harus dibentuk untuk meningkatkan lagi pemahaman
konsep ini. Oleh itu satu reka bentuk strategi yang mampu memudahkan guru dan
murid melaksanakannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran diperlukan.
Dalam hal ini Pensyarah Cemerlang Gred Khas C Dr. Tuan Jah Tuan Yusof dalam
penyelidikannya telah berjaya menghasilkan reka bentuk model dan strategi untuk
dijadikan panduan kepada guru dan murid bagaimana memupuk kemahiran berfikir
aras tinggi dalam p & P melalui teknik penyoalan, strategi didik hibur, penggunaan alat
berfikir i-Think dan TMK.

6.0 CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21

1. Berpusatkan murid/pelajar – murid/pelajar berperanan penting, guru sebagai


pemudah cara/fasilitator
11

2. Penggunaan komputer – alat penting untuk kelas abad ke-21 dan membantu
meningkatkan keberkesanan p & p.

3. Pembelajaran aktif – pelibatan yang aktif dalam kalangan murid/pelajar sama ada
dalam kumpulan perbincangan, melaksanakan aktiviti p & p dan penggunaan kompuetr.

4. Pembelajaran kendiri – kelas masih boleh berfungsi dengan baik semasa ketiadaan
guru

5. Persekitaran yang kondusif - tidak terlalu sesak dengan jumlah murid/pelajar yang
banyak dan peralatan seperti papan putih interaktif dan lcd projektor serta ruang yang
selesa dan selamat.

6. Pelajar faham dan mematuhi arahan – notis ditampal pada ruangan khas bagi
memudahkan murid/pelajar merujuk dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang
ditetapkan.

7. Saling menghormati – memiliki nilai peribadi dan kemahiran insaniah yang tinggi

8. Murid/pelajar betanggungjawab terhadap pembelajarannya – menggalakkan


murid/pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti p & p dengan memberikan
motivasi dan sokongan.

9. Penilaian berasaskan pencapaian – guru menjalankan penilaian berterusan dalam


setiap sesi p & p dengan pelbagai kaedah dan instrumen, tidak terikat dengan ujian
bertulis sahaja.

10. Pembelajaran kolaboratif – kaedah paling berkesan untuk meningkatkan kemahiran


berfikir dan berkomunikasi.

7.0 TEKNIK PENYOALAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Penekanan terhadap KBAT secara tidak langsung mengubah corak dan proses pembelajaran
dalam kelas, iaitu menjadikannya p & p lebih interaktif kerana murid perlu melibatkan diri
secara aktif dalam proses p & p. Dengan kata lain strategi pembelajaran lebih berpusatkan
murid, guru hanya berperanan sebagai fasilitator yang akan membimbing murid sehingga
berjaya mencapai objekif p & p pada hari tersebut. Proses pengajaran bukan lagi sehala
12

dengan guru berada di depan kelas mengajar, manakala murid hanya menyalin dan menghafal.
Sebaliknya guru perlu menggalakkan murid banyak bertanya dan membiarkan mereka
meneroka rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang diajarkan, dan seterusnya
mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan pengalaman kehidupan murid..

Kejayaan pelaksanaan PdP dapat dilihat melalui keputusan peperiksaan, iaitu cara murid
menjawab soalan berbentuk KBAT dalam penilaian formatif. Justeru guru memainkan peranan
penting untuk memahami dan mengaplikasikan unsur KBAT dalam PdP dengan menyediakan
soalan peperiksaan mengikut Taksonomi Bloom dan pemikiran aras tinggi yang mencabar
minda murid dalam penilaian formatif dan sumatif.

7.1 Tujuan Menyoal


Tujuan guru menyoal murid adalah untuk :
 Menilai pengetahuan sedia ada murid sebelum dan semasa aktiviti PdP dilaksanakan
 Menimbulkan perasaan ingin tahu dan menarik minat murid untuk terus belajar
 Membina pemahaman terhadap apa yang dipelajari khususnya pemahaman dan
pengetahuan baharu
 Membina sikap yang positif dan penghayatan, iaitu respons terhadap soalan yang
dikemukakan.
 Mengukuhkan pembelajaran kerana murid diberi peluang dan ruang untuk menjawab
soalan.
 Menilai pembelajaran dan kemajuan murid
 Meransang pemikiran kritikal
 Menjelaskan pemikiran melalui lontaran idea yang bernas dan logik
 Mencari sebab dan penjelasan terhadap sesuatu perkara atau isu
 Meneroka pandangan alternatif terhadap sesuatu persoalan
 Menguji implikasi dan akibat hasil tindakan dan keputusan yang dibuat.

Berdasarkan tujuan guru menyoal murid, maka guru harus mengemukakan soalan yang
berkesan supaya tujuan atau objektif menyoal tercapai dengan berkesan . Apakah yang
dimaksudkan dengan soalan yang berkesan. Soalan yang berkesan ialah soalan yang :
 Bermatlamat – untuk mencapai tujuan tertentu (seperti yang disenaraikan di atas)
 Ringkas – dinyatakan dengan perkataan dan ayat yang ringkas, jelas dan tepat.
 Memprovokasi pemikiran – meransang pemikiran dan tindak balas
 Menyoal siasat – melibatkan urutan atau soalan yang mebimbing dan terperinci
 Disesuaikan dengan tahap kelas – wajar dan berbeza

Menurut Karron G Lewis, Centre for Teaching Effectiveness, University Texas (KPM, 2013)
menjelaskan bahawa :
13

“Jika kita mengharapkan murid untuk melibatkan diri dalam proses


pemikiran yang lebih kreatif dan merangsangkan, kita sebagai guru
mesti menggalakkan murid bertanya soalan aras yang lebih tinggi”.

Penyataan di atas jelas menunjukkan guru memainkan peranan penting untuk menyediakan
dan merangka soalan yang akan dikemukakan kepada murid. Oleh itu, ada empat faktor yang
perlu diberikan perhatian oleh guru ketika merangka soalan supaya soalan yang dikemukakan
kepada murid berkesan dan mencabar minda murid. Empat faktor tersebut ialah :
 Soalan mestilah tepat dengan susunan perkataan yang jelas agar murid-murid dapat
memahami apa yang dimaksudkan dan jawapan yang dikehedaki.
 Soalan mestilah mempunyai aras yang berbeza-beza dan memprovokasi pemikiran,
iaitu merangsang pemikiran dan tindak balas.
 Pemilihan aras soalan pelu mengambil kira tahap kebolehan murid. iaitu disesuaikan
dengan tahap kelas.
 Ada unsur menyoal siasat, iaitu melibatkan urutan atau soalan yang membimbing dan
terperinci tetapi dinyatakan secara ringkas, tepat dan jelas.

7.2 Membangunkan Kemahiran Menyoal Guru


Dalam usaha meningkatkan kualiti soalan dan teknik penyoalan, maka guru perlu
melaksanakan perkara-perkara yang berikut :
 Merancang soalan berdasarkan tajuk dan mengikut aras Taksonomi Bloom
 Menyediakan soalan lanjutan selain soalan asas untuk dikemukakan kepada murid-
murid
 Menentukan soalan sama ada ditujukan kepada seluruh kelas, kumpulan atau individu
murid tertentu. Sebaik-baiknya dipelbagaikan, iaitu untuk individu, kumpulan dan semua
murid di dalam kelas supaya semua murid berpeluang memberikan respons terhadap
soalan yang dikemukakan dan guru boleh memilih atau mengenal pasti jawapan yang
berkualti dan menepati kehendak soalan.
 Memberikan masa atau ruang untuk murid berfikir tentang jawapan yang tepat dan
jelas.
 Menyeimbangkan antara antara soalan berbentuk fakta dengan pemikiran
 Mengemukakan soalan dalam nada perbualan atau bersahaja
 Mereka bentuk soalan yang memerlukan maklum balas berterusan.
 Menggalakkan murid mengemukakan lebih banyak soalan jenis lisan dan tuliasan
 Menggalakkan murid menyoal murid lain semasa perbincangan
 Menyambut atau menerima soalan yang dikemukakan oleh murid
 Mengumpul, membincangkan, mengkategorikan dan membangunkan soalan murid

Soalan-soalan yang Menerangkan  Bolehkah anda menjelaskan dengan


14

Pemikiran lebih lanjut.........


 Apakah yang kamu maksudkan
dengan.........?
 Bolehkah anda memberikan satu
contoh yang releven........?
 Bolehkan anda menjelaskan dengan
cara lain?
 Bolehkan anda menunjukkan saya....?
Soalan-soalan untuk Mencari Sebab dan  Mengapa anda berfikir bahawa.....?
Penjelasan  Bagaimana kita tahu bahawa..........?
 Apakah sebab-sebab anda..............?
 Apakah bukti yang kita ada untuk.....?
 Mengapa anda mengatakan
sedemikian?
Soalan-soalan yang Meneroka  Bolehkan anda meletakkannya dalam
Pandangan Alternatif cara yang lain?
 Adakah terdapat pandangan yang
lain?
 Apa yang perlu kita tahu sekiranya...?
 Sekiranya ada orang yang
memberikan cadangan bahawa....apa
tindakan anda seterusnya?
Soalan-soalan yang Menguji Implikasi  Apakah yang akan menyusul selepas
dan Akibat pendapat anda?
 Adakah pandangan itu selaras
dengan apa yang dinyatakan sebelum
ini?
 Apakah akibat sekiranya............?
 Adakah terdapat panduan umum
untuk........?
 Bagaimanakah anda dapat
menguji ......sama ada benar atau
tidak?
Tindak Balas Terhadap Soalan-soalan  Menganalisis soalan – Apakah yang
Murid anda maksudkan dengan.........?
 Menyusun semula soalan – Adakah
anda cuba menyatakan bahawa.......?
 Menyoal murid semula – Apakah
pendapat anda...........?
 Tanya soalan sokongan –
Bolehkah....sekiranya..........?
 Beri senarai kemungkinan –
Mungkinkah kita boleh...........?

Bagi pentaksiran KBAT, terdapat tiga prinsip yang perlu diambil kira, iaitu :
 Guru perlu mempersembahkan sesuatu yang dapat meransang pemikiran murid,
contohnya dalam bentuk petikan teks, visual, grafik, isu atau masalah.
15

 Guru perlu gunakan bahan yang baharu, iaitu bahan yang belum atau tidak digunakan
oleh guru di dalam bilik darjah.
 Guru perlu mempelbagaikan tahap kesukaran agar dapat membezakan tahap mudah
dengan tahap sukar
KPM menerusi Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan lima ciri item pentaksiran KBAT,
iaitu :
 Mesti menggunakan ransangan yang disebut sebagai stimulus yang terdiri daripada
petikan, gambar rajah, graf, grafik atau gambar untuk menjanakan kemahiran
membuat inferens dan menaakul secara kritis.
 Mempelbagaikan tahap atau aras pemikiran menggunakan pelbagai kata tugas untuk
mentaksir pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif untuk memberikan impak
yang lebih besar.
 Konteks yang baharu, iaitu merujuk kepada situasi baharu yang tidak lazim kepada
murid. Tujuannya adalah untuk merangsang pemikiran murid agar murid tidak sekadar
menyatakan semula apa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.
 Berdasarkan situasi sebenar kehidupan harian di dunia yang mencabar murid
menyelesaikan masalah menggunakan ilmu hasil pembelajaran pelbagai disiplin.
 Item yang dibina adalah asli dan autentik, iaitu berbeza setiap tahun. Soalan tidak
berulang dan melangkaui bahan dalam buku teks untuk mewujudkan situasi baharu
kepada murid.

7.3 Contoh Soalan KBAT

Bahan sumber PdP : Petikan akhbar


Tajuk : Tragedi Pesawat Mas MH370

1. Beri pendapat anda tentang tragedi pesawat MH370 (Aras penilaian)


Contoh hujah/jawapan :
Menyayat hati
Air mata dunia
Satu keajaiban yang tidak pernah berlaku sebelum ini
Kedalaman Lautan Hindi ialah 10 kali ganda ketinggian KLCC atau 7 km
16

(Murid mesti menjawab dengan ayat yang lengkap, bahasa hendaklah jelas dan lancar serta
menggunakan kosa kata yang sesuai dan tepat. Pengolahan ayat baik dan tidak berbelit-belit)

2. Sejauh manakah kehilangan pesawat MAS MH370 meningkatkan hubungan diplomatik


Malaysia pada peringkat global? (Aras penilaian)

3. Perincikan kehilangan pesawat MAS MH370 pada 8 Mac 2014 (Aras analisis)

4. Ciptakan pantun empat kerat atau sajak berdasarkan tema kemanusiaan berkaitan
pesawat MAS MH370 (Aras mencipta)

5. Lukiskan lakaran grafik peta penerbangan pesat MAS MH370 dari KLIA hingga ke
Lautan Hindi (Aras aplikasi)
6. Cerakinkan jumlah penumpang dan anak kapal pesawat MAS MH370 mengikut kategori
dan negara (aras analisis)
7. Bincangkan bagaimanakah pihak pengurusan koporat MAS menangani tragedi pesawat
MAS MH370 (Aras penilain)
8. Hubung kaitkan kehilangan pesawat MAS MH370 dengan kecanggihan teknologi masa
kini (Aras analisis)

9. Berikan justifikasi anda, mengapa kehilangan pesawat MAS MH370 dianggap misteri
dan mendapat perhatian seluruh dunia? (Aras Panilaian)

Bahan Sumber PdP : Lirik Lagu “Aku Yang Sekarang Bukan Yang Dulu” oleh Tegar.
1. Berdasarkan melodi lagu Aku Yang Sekarang Bukan Yang Dulu, cipta lirik lagu
bertemakan Amalan Hidup Sihat (Aras mencipta)
2. Buat banding beza kehidupan penyanyi Tegar dulu dan sekarang (Aras analisis)
3. Berikan justifikasi anda bagaimana bakat menjamin kehidupan seseorang ke arah yang
lebih baik? (Aras analisis)
4. Bincangkan sejauh manakah takdir mengatasi usaha seseorang? (Aras penilaian)
5. Tuliskan kisah penyanyi Tegar dalam bentuk cerpen yang menarik (Aras mencipta)
6. Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam lirik lagu “Aku Yang Sekarang Bukan
Yang Dulu” (Aras aplikasi)
17

7.4 Contoh Pengajaran Seni Bahasa secara Difik Hibur


Tahun 3
SK 4.1 SP 4.1.2
Bahan Sumber p & p : Lagu Kanak-kanak
Unsur KBAT : Aras Mencipta
Mengubah melodi Bangau oh Bangau kepada Tanya Sama Pokok.
Menggunakan peta alir untuk menyusun urutan cerita dalam lagu “Bangau oh Bangau”
Tahun 1
SK 4.1 SP 4.1.2
Tema : Keselamatan
Unsur KBAT : Analisis
Murid diminta menghuraikan langkah-langkah mengurangkan kemalangan jalan raya
menggunakan peta buih dan peta pokok.
Nyanykan lirik lagu mengikut melodi “Enjut-enjut Semut”

PENUTUP
Sistem pendidikan di Malaysia perlu berubah ke arah menghasilkan modal insan yang cerdas,
kreatif dan inovatif serta mampu bersaing di persada dunia. Untuk mencapai tujuan tersebut,
KBAT perlu diberikan tumpuan utama dalam transformasi pendidikan negara. Penekanan
terhadap KBAT secara tidak langsung mengubah corak dan proses pembelajaran di dalam
kelas, iaitu menjadikan PdP lebih interaktif kerana strategi pembelajaran lebih berpusatkan
murid.

Vous aimerez peut-être aussi