Vous êtes sur la page 1sur 1

Laporan Kelab Matematik

Sehingga 31 Mac 2013

Ahli Kelab Matematik terdiri daripada 18 orang ahli daripada murid-murid darjah 4, 5
dan 6.Terdapat 7 orang guru penasihat yang diketuai oleh Pn Siti Nazariah Bt Samsudin.
Sehingga bulan Mac sebanyak 3 perjumpaan telah dijalankan. Berikut adalah butiran aktiviti
yang telah dilaksanakan sepanjang perjumpaan.

 Perjumpaan 1 (23 Jan 2013)


Aktiviti yang telah dijalankan ialah pelantikan ahli jawatankuasa kelab matematik
untuk tahun 2013. Selepas itu, satu lembaran kuiz telah diberikan kepada ahli-ahli
kelab untuk diselesaikan.

 Perjumpaan 2 (6 Feb 2013)


Pada perjumpaan ini, aktiviti permainan domida telah dijalankan. Permainan ini
menggalakkan ahli-ahli kelab berfikir dengan cepat bagi menyambung ayat-ayat
matematik supaya mendapat jawapan yang tepat dan betul.

 Perjumpaan 3 (13 Mac 2013)


Aktiviti pendaraban cepat telah dijalankan. Ianya berdasarkan teknik dan kaedah
“as fast as calculator” dan “smile rainbow”. Aktiviti ini bertujuan mendedahkan
kepada murid langkah-langkah mudah untuk menyelesaikan masalah darab.
Murid dapat mengikut kaedah ini dengan baik dan lancar.

Akhirnya, segala aktiviti yang dirancang setakat bulan Mac yang lalu dapat dijalankan
dengan lancar. Ahli-ahli kelab memberi kerjasama yang baik untuk setiap aktiviti yang
dijalankan. Semoga perjumpaan yang mendatang terus memberi kesan yang baik kepada setiap
ahli kelab.

Disediakan oleh:

(MOHAMAD HAFIZ BIN MD SAAD)


Setiausaha Kelab Matematik 2013.

Vous aimerez peut-être aussi