Vous êtes sur la page 1sur 18

SURYATI BT.

UDAI
701016135770002

1.0. PENGENALAN

Komponen Sastera (KOMSAS) dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dalam


waktu pengajaran bahasa Melayu secara formal di bilik darjah bermula pada bulan Mac 2000.
Subjek KOMSAS diperuntukkan dua waktu dalam seminggu yang merangkumi genre sajak,
puisi tradisional, cerpen, prosa tradisional, novel dan drama. Ia selaras dengan kehendak
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Dalam konteks pendidikan negara, komponen sastera
memiliki rasional dan falsafah tersendiri, mengapa ia perlu dipelajari dan berada seiring
dengan pendidikan bahasa Melayu.
“...KOMSAS berperanan sebagai pembentuk emosi yang berkesan disamping
mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan dan
penghayatan”. (Nadzeri Isa:2008)
Merujuk kepada ungkapan ini, pelaksanaan KOMSAS boleh memainkan peranan
penting dalam pembentukan emosi kerana kesusasteraan Melayu yang merupakan wadah
fikiran, dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah membenarkan murid-murid atau
kanak-kanak sedar akan perasaan sendiri semasa mereka memikirkan perasaan orang lain.
KOMSAS juga dapat melahirkan pelajar yang mengenali, menghayati dan menghargai karya
sastera bagi memperkukuhkan kemahiran berbahasa serta meningkatkan ketrampilan
berbahasa di kalangan pelajar. Ini adalah sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) iaitu mewujudkan insan seimbang dan harmoni daripada segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Perkara ini dapat digambarkan melalui penggunaan genre cerpen.
Melalui genre, pelajar dapat mententeramkan perasaan. Ini kerana cerita dalam cerpen
memberi kesan kesatuan, lengkap dan berupaya menyampaikan amanat ataupun mesej,
memiliki unsur-unsur sempurna, padat, harmoni dan jelas. Pelajar yang terdedah dengannya
didapati lebih memahami maksud karya kesusasteraan Melayu yang dibacanya, khususnya
tentang realiti kehidupan. Malahan, dengan membaca karya kesusasteraan Melayu mereka
dapat menghayati dan menyelami perasaan insan lain secara kreatif dan kritis seperti yang
digambarkan dalam karya yang dibacanya itu.
Dalam tugasan ini, akan dibincangkan dengan lebih terperinci pelaksanaan komponen
sastera (KOMSAS) berlandaskan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam usaha
membantu penguasaan berbahasa pelajar dari aspek sistem bahasa dan seni bahasa dalam
pendidikan bahasa Melayu. Dengan itu, saya memilih teks antologi ‘Sehijau Warna Daun’
sebagai bahan perbincangan dan contoh serta mendapatkan data yang berkaitan bagi
HBML3103 1
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

menyokong fakta-fakta yang dihuraikan. Kemudian saya akan membuat ulasan tentang kajian
‘Pendidikan Sastera Perpaduan Menerusi KOMSAS Tingkatan 4: Pelaksanaan dan
Kesannya’ oleh Chew Fong Peng (Fakuliti Pendidikan, Universiti Malaya) berhubung
tentang pelaksanaan KOMSAS dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia.

2.0. PELAKSANAAN KOMSAS BERDASARKAN FALSAFAH PENDIDIKAN


NEGARA BAGI MEMBANTU PENGUASAAN BERBAHASA PELAJAR

Seterusnya, dibincang dan dihurai dengan lebih lanjut pelaksanaan komponen sastera
(KOMSAS) berdasarkan elemen-elemen intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam memenuhi
tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan secara tidak langsung membantu penguasaan
berbahasa pelajar.
Dasar Pendidikan di Malaysia ialah dasar pendidikan yang berpaksikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu yang merupakan satu usaha yang berterusan dari
peringkat awal pendidikan hingga ke peringkat seterusnya, yang semata-mata ke arah
memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu agar kemudiannya akan
tercapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Asas kepada penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula ialah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan perkembangan individu secara menyeluruh
dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta
kepatuhan kepada Tuhan. Selain itu, matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) adalah untuk memperkembang potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan
bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan
yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Hal ini bermakna matlamat KBSM itu
bertepatan dan selaras dengan kehendak FPK. Kesusasteraan Melayu yang diajar dalam
subjek Bahasa Melayu yang dikenali sebagai KOMSAS dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah itu memenuhi cita-cita FPK kerana matlamatnya juga mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Hal ini sesuai
kerana kesusasteraan mencerminkan masyarakat dan budaya serta merupakan manifestasi
kesenian melalui media bahasa yang kreatif lagi indah. Justeru, cara mengenal dan
memahami karya kesusasteraan Melayu melalui pendidikan Bahasa Melayu itu membolehkan
murid dapat memahami manusia di sekitarnya dan membolehkan penyerapan nilai-nilai
murni serta seterusnya membantu matlamat ke arah usaha melahirkan insan yang seimbang
HBML3103 2
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

dan harmonis. Di samping mendidik murid menikmati kehalusan dan keindahan gaya bahasa
dalam karya, komsas juga memberi peluang kepada mereka untuk menguasai sistem dan
tatabahasa Bahasa Melayu dengan baik.
Unsur intelek merupakan satu unsur utama dalam sesebuah karya sastera yang
menjadikan ia bukan hanya sebagai bahan hiburan semata-mata, tetapi lebih penting bahan
untuk pembaca mendapatkan ilmu pengetahuan. Jika diteliti bahan-bahan kesusasteraan
Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu, fikiran dan pemikiran yang ditimbulkan misalnya,
adalah mengenai soal-soal moral, masyarakat, ekonomi, politik, falsafah, agama, sosiologi,
sejarah dan lain-lain menjadi bahan teladan kepada pelajar ada diketengahkan oleh para
pengarang kesusasteraan Melayu. Bahan-bahan kesusasteraan Melayu menggarap hal-hal
tersebut dan banyak lagi. Malah, bahan tersebut sering diperlakukan sebagai ‘maklumat
budaya’ atau bagi bahan-bahan tradisional khususnya, teks kesusasteraan Melayu dianggap
sebagai maklumat tuntas atau ensiklopedia bangsa kerana banyaknya ilmu pengetahuan yang
terkandung di dalamnya. Jikalau kita mengharapkan pengalaman semata-mata memanglah
tidak cukup kerana pengalaman yang dilalui oleh insan hanya mengajar kita tentang
kehidupan yang agak terbatas. Namun, KOMSAS telah membuka dan menambah skop
pengalaman kita kerana KOMSAS menyediakan pengalaman-pengalaman manusia daripada
pelbagai budaya dan dari pelbagai zaman. Lebih-lebih lagi kerana setiap bahan kesusasteraan
Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu, khususnya akan menambah pengetahuan dan
pengalaman individu, seolah-olah kita yang membaca bahan itu akan mengalami segala yang
dialami oleh watak-watak dalam dunia cereka, di samping mengalami pengalaman daripada
pengarangnya. Sebagai contoh, alam yang segar dan indah di Tasik Biru, Sarawak,
mempengaruhi jiwa Kemala untuk menulis sajak ‘Tasik Biru, Bau, Sarawak’. Keindahan
tasik itu bukan hanya pada lahiriah, malahan dapat menusuk ‘mimpi-mimpi abstraksi’ dalam
dirinya:
apakah warnanya di sebalik lahiriah ini?
biru? hijau atau sesuatu yang
baru
bukan di depan kenyataan saja
tapi jua mimpi-mimpi abstraksi
jawapannya terendap
di kamar sutera rohani
wujud roh
menggamit makna.
(Sehijau Warna Daun, 2002: 13)

HBML3103 3
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

Penghayatan teks-teks kesusasteraan seperti novel, cerpen dan puisi melalui teknik-
teknik simulasi, sumbang saran, main peranan, lakonan, soal jawab dan perbincangan dalam
kelas mendorong pelajar terus berfikir bagi mencari jawaban kepadan setiap permasalahan,
dapat memupuk dan melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif. Hal ini selaras
dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berhasrat mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis, termasuk dalam aspek intelek. Selalunya konsep kreatif itu
merujuk perihal individu yang terpaksa membentuk semula hal tentang pemaknaan,
penilaian, keilmuan yang tersurat mahupun yang tersirat, serta membuat pertimbangan,
kesimpulan, dan keputusan. Manakala, konsep kritis pula merujuk hal-hal yang berhubungan
dengan penghayatan terhadap bahan kesusasteraan Melayu yang memerlukan penilaian dan
penaakulan. Oleh itu, kesusasteraan Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu amat penting
dalam membina manusia yang kreatif dan kritis. Mempelajari pantun dapat menjana fikiran
kritis di kalangan pelajar dan secara tidak langsung mengetahui aspek sistem bahasa dan seni
bahasa. Sebagai contoh puisi tradisional ‘Pantun Budi’:
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
(Sehijau Warna Daun, 2002:4)
Melalui pantun di atas, pemikiran kritis pelajar dijana melalui maksud sebenar pantun. Pelajar
menggunakan kemahiran berfikir secara kritis bagi mentafsir maksud tersirat yang
disampaikan melalui pantun itu. Pelajar mengaitkan makna hutang emas dan hutang budi
yang dijadikan perumpamaan yang merujuk kepada sesuatu hutang dalam bentuk harta atau
wang ringgit masih mampu dibayar tetapi hutang budi tidak terbalas. Disini pelajar cuba
meramal dan memberikan sebab munasabah yang secara tidak langsung dapat menjana
fikiran pelajar. Dari pantun ini juga, pemikiran kreatif pelajar dapat dijana. Ini kerana pantun
dapat menunjukkan masyarakat yang kreatif berbahasa. Bentuk dan bahasa yang biasa
digunakan bagi menghasilkan pantun biasanya menggunakan bahasa kiasan. Bahasa kiasan
banyak digunakan bagi menerangkan sesuatu perkara. Bahasa kiasan digunakan bagi
menggambarkan kehalusan cara teguran ataupun nasihat supaya pihak yang mendengar tidak
berasa kecil hati atau terguris.
Teks KOMSAS antologi ‘Sehijau Warna Daun’ dalam pendidikan bahasa Melayu
untuk Tingkatan 1 ini, menyajikan tulisan kreatif yang dihasilkan oleh ramai pengarang.
Pengarang menggunakan bahasa dengan baik bagi menyampaikan pengucapan fikiran dan
HBML3103 4
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

perasaan. Dengan kata lain aspek sistem bahasa dan seni bahasa adalah saluran penting bagi
pengarang menyalurkan pengalaman, pemikiran dan emosi. Ini penting bagi membolehkan
pembaca faham dan menghayati idea yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karya.
Berdasarkan pembacaan dan pemahaman saya, teks antologi ‘Sehijau Warna Daun’ ini
memaparkan banyak aspek-aspek sistem bahasa dan seni bahasa yang dapat membantu dan
memperkayakan penguasaan berbahasa pelajar. Sebagai contoh, dalam antologi ‘Sehijau
Warna Daun’, ada enam buah cerpen yang terpilih, iaitu; ‘Hadiah Hari Guru’, ‘Gema
Mengegar Kota’, ‘Makmal ZNF’, ‘Diari Seorang Pengawas’, ‘Sehijau Warna Daun’ dan ‘Pak
Usu’.
Cerpen-cerpen dalam teks antologi ‘Sehijau Warna Daun’ ada mengandungi pelbagai
bentuk ungkapan bahasa yang kreatif dan mempunyai unsur estetika bahasa (keindahan
bahasa). Aspek bahasa ini membolehkan guru melakukan pelbagai aktiviti bagi menjayakan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan di bilik darjah dan khususnya
dalam pendidikan bahasa Melayu. Sistem bahasa dan seni bahasa ini merujuk kepada
pelbagai penggunaan kata-kata atau diksi yang dipilih dan disusun menggunakan pilihan dan
susunan perkataan yang tepat dan sesuai. Ia juga ada kaitan dengan mesej yang ingin
disampaikan oleh pengarang. Antara diksi atau kata-kata yang digunakan adalah:

i. Bahasa Inggeris dan Arab.


Antara diksi yang digunakan adalah:

Diksi Bahasa Inggeris iaitu:

 Cerpen ‘Hadiah Hari Guru’ oleh Rejab F.I. iaitu supermarket dan
suspense. (Sehijau Warna Daun,2002:59)
 Cerpen ‘Makmal ZNF’ oleh Shamsinor Zaman Shamsuz Zaman
iaitu spiderman, street fighter, dan booster jet. (Sehijau Warna
Daun,2002:80 & 81)

Diksi Bahasa Arab (berunsur Islam) iaitu:

 Cerpen ‘Hadiah Hari Guru’ oleh Rejab F.I. iaitu Insya-Allah.


(Sehijau Warna Daun,2002:61)
 Cerpen ‘Pak Usu’ oleh Othman Rasul iaitu Alhamdulillah,
Assalamualaikum dan syukur. (Sehijau Warna Daun,2002:104)

HBML3103 5
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

ii. Simpulan bahasa


Di samping itu, gaya bahasa simpulan bahasa juga digunakan dalam cerpen-
cerpen ini. Simpulan bahasa dapat mengindahkan bahasa dan menarik perhatian
para pembaca. Contoh simpulan bahasa yang digunakan dalam beberapa cerpen
seperti:
 Cerpen ‘Hadiah Hari Guru’ oleh Rejab F.I. Anak emas bermaksud orang
yang sangat disayangi. (Sehijau Warna Daun,2002:58)
 Cerpen ‘Gema Mengegar Kota’ oleh Timah Baba. Berkaki ayam
bermaksud tidak memakai selipar atau kasut. (Sehijau Warna
Daun,2002:67)
iii. Peribahasa
 Selain simpulan bahasa, peribahasa juga digunakan dalam cerpen-cerpen
antologi ‘Sehijau Warna Daun’. Antaranya ialah, cerpen ‘Sehijau Warna
Daun’ oleh Zaen Kasturi, jangan seperti enau melepaskan pucuk masing-
masing bermaksud tiada permuafakatan dalam sesuatu perbincangan.
(Sehijau Warna Daun,2002:98)

Simpulan bahasa dan peribahasa yang digunakan jelas menggambarkan nilai estetika bahasa
yang tinggi. Ia juga jelas untuk menunjukkan betapa karya sastera mampu memberi
pengetahuan dan idea berkaitan peribahasa ataupun simpulan bahasa.

iv. Perbandingan
Selain itu, gaya bahasa perbandingan juga digunakan seperti personafikasi dalam
cerpen-cerpen antologi ‘Sehijau Warna Daun’. Antaranya adalah:
 Cerpen ‘Hadiah Hari Guru’ oleh Rejab F.I. Ada digambarkan sikap manusia
pada sesuatu objek. Contoh ayat: Rumput tidak berpeluang menghulurkan
pucuknya. (Sehijau Warna Daun,2002:53)
 Cerpen ‘Sehijau Warna Daun’ oleh Zaen Kasturi. Contoh ayat: ...rasa sebak
yang bertemu... (Sehijau Warna Daun,2002:94)
 Cerpen ‘Pak Usu’ oleh Othman Rasul. Contoh ayat: ...pertanyaan menerpa...
(Sehijau Warna Daun,2002:101)

Unsur gaya bahasa perbandingan mampu melatih pelajar memahami dan menilai penggunaan
personafikasi yang ada dalam cerpen dan seterusnya mengemukakan idea mereka dengan
bebas.
HBML3103 6
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

v. Dialog
Sebutan intonasi yang baik dapat membantu memberi kesan kepada pembaca iaitu
melalui penggunaan dialog. Contoh-contoh dialog yang digunakan adalah:
 Cerpen ‘Diari Seorang Pengawas’ oleh Ali Majod. Contoh ayat: “Sekarang
sudah tenggelam ya, cikgu?” tanya Rasyid. (Sehijau Warna Daun,2002: 66)

Dialog yang digunakan dalam cerpen boleh menimbulkan penghayatan yang lebih kepada
diri setiap pelajar. Aspek gaya bahasa ini mampu mencabar kemampuan pelajar dengan cara
pelajar perlu melakonkan episod di dalam cerita dan mereka dikehendaki memahami,
menghayati, menyelami perasaan, fikiran dan pengalaman, cita rasa serta tingkah laku watak-
watak dalam cerita. Secara tidak langsung, aktiviti berdialog membantu pelajar dalam
penguasaan bahasa mereka.
Oleh itu aspek sistem bahasa dan seni bahasa yang dibincangkan di atas, adalah unsur
intelek yang terdapat dalam sesebuah karya itu. Secara logiknya, unsur intelek bergantung
kepada cetusan perasaan dan pengalaman yang dilalui oleh pengarangnya terhadap sesuatu
permasalahan sosial, ekonomi mahupun politik pada kalangan masyarakat. Dalam proses
penghasilan sesebuah karya kreatif, aspek-aspek struktur seperti tema, watak dan perwatakan,
plot, gaya bahasa, latar, pusat penceritaan, dan perlambangan ialah suatu usaha untuk
melukiskan pernyataan, dan permasalahan masyarakat.
Karya-karya kesusasteraan Melayu juga memberi penekanan kepada unsur
rohani yang akan melahirkan insan yang menyedari dan menginsafi adanya Tuhan,
menyedari dan mensyukuri pemberian Tuhan, menyedari serta prihatin tentang
tanggungjawab, memupuk dan membina disiplin diri, membentuk akhlak mulia dan memiliki
jiwa yang tenteram dan tenang. Hal ini penting bagi memastikan bahawa insan yang
dilahirkan bukan hanya berjaya dari segi pencapaian akademik atau material, tetapi disertai
dengan kualiti kerohanian. Sehubungan dengan itu, kesusasteraan Melayu dalam pengajaran
Bahasa Melayu itu boleh disifatkan sebagai menekankan proses pengajaran dan pembelajaran
ke arah memupuk, dan memperkaya kehalusan perasaan, serta memperteguh rasa
penghargaan, dan keindahan terhadap bahan kesusasteraan Melayu. Nilai estetik yang ada
dalam pelbagai bahan kesusasteraan Melayu yang dibaca dalam subjek Bahasa Melayu itu
menekankan aspek-aspek pembangunan insan. Hal ini terserlah dalam genre pantun dan sajak
kerana memuatkan nilai moral, kebijaksanaan, budi bahasa, dan pemikiran-pemikiran
masyarakat Melayu. Baris-baris pembayang yang diketengahkan sering berhubung kait
dengan alam kehidupan seharian, manakala maksudnya adalah tentang psikologi, dan
HBML3103 7
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

kerohanian manusia. Demikian juga dengan sajak ‘Burung Tempua’ misalnya, menyarankan
agar pembaca mengambil iktibar daripada sikap burung tempua yang tekun dan rajin
berusaha.
Tanpa mengenal jemu
menganyam rapi
jerami dan rumput
mencipta rumah tempat berlindung
membina bilik tempat berteduh
dari hujan dan ribut
sering merempuh.
(Sehijau Warna Daun, 2002: 19)

Selain itu, KOMSAS dalam pengajaran Bahasa Melayu menekankan pembentukan


citra atau imej yang baik untuk khalayaknya. Imej dalam konteks ini menjurus pembinaan
insan. Hal sedemikian terpapar melalui pelbagai genre kesusasteraan Melayu. Malah, hal itu
sesuai pula dengan disiplin kesusasteraan Melayu itu sendiri, iaitu untuk mendidik dan
membina nilai-nilai akhlak murid. Penerapan nilai-nilai ini dilakukan melalui teks-teks
kesusasteraan yang bersifat kerohanian sebagai contoh, cerpen ‘Pak Usu’ oleh Othman Rasul,
mengemukakan cerita kerohanian yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan. Beliau
menceritakan kehidupan keluarga yang terpisah untuk beberapa lama tetapi akhirnya bersatu
kembali dalam situasi yang cukup harmonis. Penulis telah memusatkan nilai-nilai murni
melalui watak utamanya yatim piatu dan asalnya hidup miskin dan tabah dan gigih menuntut
ilmu, pemaaf dan mengenang jasa, sekalipun watak utamanya ialah seorang yang cacat
penglihatan.
Unsur emosi dalam FPK mengandungi hikmah yang mempunyai matlamat, iaitu
keyakinan kepada Tuhan, kepercayaan beragama, kemantapan jiwa, menghubungkan nilai
murni dengan norma masyarakat dan mempunyai sahsiah yang mulia. Unsur emosi yang
membezakan antara karya sastera dengan karya bukan sastera. Emosi yang dimanifestasikan
melalui watak dan perwatakan dalam sesebuah karya sastera, dapat dimanfaatkan ke arah
memiliki tingkah laku yang terkawal dan berperasaan tenang, memiliki dan memupuk
perasaan kasih sayang, memiliki semangat kekitaan dan perpaduan serta menghargai dan
menilai keindahan. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, KOMSAS dalam Bahasa Melayu
ialah unsur yang paling sesuai bagi menerapkan kecerdasan emosi. Pengurusan emosi yang
betul membolehkan manusia mangawal sikap dan perasaannya, memahami orang lain, dan
seterusnya berjaya pula menjalinkan hubungan positif sesama insan. Sebagai contoh, dalam
sajak ‘Puisi Buat Mama’ penyajak melukiskan bagaimana perpisahan yang terjadi
HBML3103 8
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

menyebabkan pengorbanan dan nilai kasih sayang seorang ibu kepada anak tiada dapat
diukur dengan kata-kata.
Kali ini
kita biarkanlah perpisahan ini
satu pengorbanan yang perlu
kerana hidup ini hanya akan bererti
bila kita tiba-tiba merasa kehilangan
dan diperlukan.
(Sehijau Warna Daun, 2002: 17)

Jika diteliti, kesusasteraan Melayu mempunyai sumber yang kaya dengan nilai dan
emosi. Malahan, kesusasteraan Melayu patut dimanfaatkan untuk membentuk keperibadian
generasi muda. Karya-karya kesusasteraan Melayu yang bermutu tinggi seperti novel, cerpen,
drama, sajak, syair dan prosa tradisional bukan sahaja berperanan sebagai wahana tetapi
mampu menggilap potensi diri murid. Seseorang murid yang menghayati watak dan
perwatakan dalam sesebuah karya yang dibacanya dapat memperkembang emosinya sendiri.
Contohnya watak dalam cerpen ‘Sehijau Warna Daun’ oleh Zaen Kasturi ada
memperlihatkan emosi seperti simpati, sedih, kecewa, pasrah dan sebagainya. Dengan itu,
pembaca yang menjiwainya akan turut beremosi dan bersimpati terhadap watak-watak yang
terdapat dalam novel tersebut.
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, pengajaran kesusasteraan Melayu dalam
Bahasa Melayu ialah unsur yang paling sesuai bagi menerapkan kecerdasan jasmani.
Perkembangan daripada segi jasmani boleh diterapkan melalui teknik-teknik yang biasa
digunakan oleh guru yang terlatih seperti teknik penggunaan deria, main peranan, simulasi,
bercerita, lakonan secara spontan atau berskrip, pentomin, boneka, perbincangan, permainan
bahasa kesusasteraan, dan kuiz. Murid-murid yang didedahkan dengan pelbagai teknik dalam
pengajaran kesusasteraan Melayu secara tidak langsung berupaya dalam pergerakan. Malah
mereka akan lebih aktif. Selain itu, perkembangan daripada segi jasmani ini bukan sahaja
melibatkan aktiviti di dalam bilik darjah, malahan melalui pelbagai aktiviti di luar kelas.
Contohnya apabila pihak sekolah mengadakan aktiviti seperti pertandingan pementasan
drama, teater atau sebagainya yang melibatkan murid untuk bergiat secara aktif dalam
sesuatu aktiviti yang telah dijalankan. Teknik sosiodrama, misalnya yang dilaksanakan oleh
guru adalah untuk mewujudkan perhubungan antara insan dan masyarakat. Antara langkah
yang boleh dijalankan adalah dengan meminta murid mengemukakan sesuatu masalah.
Selepas itu, guru akan meminta murid agar melakonkan permasalahan seperti yang difikirkan

HBML3103 9
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

oleh mereka. Kemudiannya, mereka akan berbincang tentang hasil perlakuan tersebut.
Melalui aktiviti ini, murid akan belajar untuk bergerak secara berkumpulan, tidak kira
kumpulan itu besar ataupun kecil, semata-mata untuk meningkat persefahaman pada
kalangan mereka yang terlibat. Dengan demikian, bakat dan kebolehan murid dapat
dicungkil.
Dengan yang demikian dan seperti yang telah dijelaskan, pengajaran dan pembelajaran
komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu diharapkan dapat
menyokong teras pembentukan individu ini, terutamanya daripada segi pemupukan ilmu,
kemahiran dan nilai yang berkaitan dengan aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani.
Penerapan elemen-elemen ini dalam karya kesusasteraan Melayu yang terpilih mampu
menjadikan murid insan yang berfikir tentang kebaikan, kehalusan budi pekerti, kesantunan
berbahasa, kecekalan hati, keindahan seni dan kebenaran, dan seterusnya menghargai
kehidupan dan nilai kemanusiaan. Oleh itu, keistimewaan KOMSAS dan manfaat daripada
penggunaannya dalam pendidikan Bahasa Melayu di sekolah-sekolah tidak dapat diragukan
lagi.

3.0. ULASAN KAJIAN PENDIDIKAN SASTERA PERPADUAN MENERUSI


KOMSAS TINGKATAN 4: PELAKSANAAN DAN KESANNYA OLEH
CHEW FONG PENG

3.1. Maklumat kajian


Tajuk kajian : Pendidikan Sastera Perpaduan Menerusi KOMSAS Tingkatan 4: Pelaksanaan
dan Kesannya.
Pengkaji : Chew Fong Peng
Penerbit : Jurnal Pendidikan Malaysia, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Tahun Terbitan :2009
3.2. Pendahuluan
Kajian ini ditulis oleh Chew Fong Peng daripada Fakulti Pendidikan Universiti
Malaya. Saya tertarik untuk memilih jurnal ini kerana persoalan yang dikemukakan iaitu
Pendidikan Sastera Perpaduan Menerusi KOMSAS Tingkatan 4: Pelaksanaan dan kesannya.
Dalam membangunkan sebuah negara yang aman dan maju, perpaduan dan keharmonian
masyarakat amatlah dititikberatkan. Memandangkan negara Malaysia adalah terdiri daripada
masyarakat majmuk yang berbeza fahaman, bahasa, budaya dan identiti bangsa, bukanlah
HBML3103 10
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

mudah untuk dicari titik keseimbangannya. Maka Dasar Pendidikan Negara telah
mengenalpasti Kesusasteraan Melayu sebagai mekanisme yang berkesan untuk mencapai
perpaduan rakyat Malaysia. Kajian yang talah dijalankan oleh pengkaji, mendapati wujudnya
beberapa masalah dan kesan dalam pelaksanaan pendidikan sastera perpaduan menerusi
KOMSAS di kalangan pelajar Tingkatan 4. Oleh itu kajian yang ditulis oleh Chew Fong Peng
daripada Universiti Malaya ini amat sesuai dibuat kajian oleh semua guru bahasa di sekolah,
iaitu peranan guru dalam mempengaruhi iklim pembelajaran sastera perpaduan melalui
KOMSAS di bilik darjah. Selain itu kajian ini juga berguna kepada pihak pentadbir
pendidikan khususnya pihak Biro Buku Pelajaran sebagai penunjuk kepada permasalahan dan
kesan yang berlaku di kawasan kajian. Malahan pihak Biro Buku Pelajaran yang
bertanggungjawab dalam pemilihan teks KOMSAS, seharusnya memandang serius akan
masalah yang dihadapi pelajar dalam usaha membentuk remaja dalam mengamalkan
semangat perpaduan. Dalam melihat tajuk kajian ini, saya amat berminat untuk mengetahui
lebih lanjut lagi tentang jurnal ini kerana secara peribadi saya dapat merasakan bahawa
terdapat banyak input-input yang mampu membantu pentadbir dan guru-guru merancang dan
memacu hala tuju kerja mereka mengikut acuan yang telah ditetapkan.
3.3. Pernyataan masalah
Kajian Chew Fong Peng, menyokong penuh usaha para pengkaji dan sarjana sastera
lain dalam mengakui kepentingan Kesusasteraan Melayu untuk mencapai perpaduan antara
kaum. Namun pengkaji mendapati secara keseluruhannya kajian-kajian dalam bentuk statistik
tentang sastera Melayu dan peranannya dalam pembinaan negara bangsa belum meluas.
Berdasarkan kajian Chew Fong Peng (2003), yang dilakukan secara statistik inferensi
menunjukkan sastera Melayu memberi impak perpaduan 4 peratus kepada khalayak sastera.
Ini menggambarkan sastera Melayu adalah salah satu mekanisme yang boleh digunakan
dalam memupuk perpaduan antara kaum.
Pengkaji telah mengemukakan fakta-fakta tentang pelaksanaan pendidikan sastera
perpaduan menerusi KOMSAS dengan baik sekali penyampaiannya. Pengkaji telah
menunjukkan bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia begitu perihatin terhadap
pelaksanaan pendidikan Kesusasteraan Melayu KOMSAS melalui Dasar Pendidikan Negara
dalam pembinaan integrasi kaum. Melalui kajian Chew, Kementerian Pelajaran Malaysia
telah berusaha keras misalnya pelaksanaan KOMSAS secara berperingkat mulai Mac 2000
hingga 2002 untuk sekolah menengah dan program pembelajaran sastera dalam Bahasa

HBML3103 11
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

Melayu di sekolah rendah untuk Tahun 4, 5 dan 6 secara berperingkat mulai tahun 2005
hingga 2007.
Pengkaji bersetuju bahawa pembelajaran sastera Melayu adalah sebagai usaha dalam
meningkat dan menanam minat pelajar membaca pelbagai genre sastera seperti novel, cerpen,
sajak (puisi moden), puisi tradisional, prosa tradisional dan drama. Oleh itu pelajar
menghayati nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera sebagai iktibar dan panduan
hidup, terutama nilai dan pengajaran yang berunsurkan perpaduan kaum yang menjadi
matlamat dan objektif pengajaran KOMSAS.
3.4. Tujuan kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau pencapaian kejayaan pelaksanaan dan
keberkesanan pendidikan perpaduan menerusi KOMSAS dalam melahirkan bangsa Malaysia
yang bersatu di sekolah menengah. Selanjutnya, menghalusi, menghuraikan dan menjawab
lima persoalan kajian iaitu mengenai kesesuaian bahan KOMSAS dalam mengwujudkan
integrasi nasional, jumlah teks KOMSAS yang berkaitan dengan integrasi nasional, bila dan
bagaimana pelaksanaan pendidikan sastera perpaduan di sekolah serta kesan daripada
pelaksanaannya.
3.5. Metodologi/Kaedah kajian
3.5.1. Sampel
Di dalam jurnal ini pengkaji telah menyatakan dengan jelas sampel yang diambil.
Sampel kajian ini terdiri daripada 60 orang pelajar Tingkatan 4 sebagai responden yang
berlainan jantina, kaum, agama dan aliran kelas di sekolah menengah kebangsaan di Petaling
Jaya. Pengkaji juga secara jelas menunjukkan jumlah taburan sampel kajian mengikut jantina,
kaum dan agama. Berdasarkan jantina, pelajar perempuan seramai 37 orang manakala pelajar
lelaki 23 orang. Taburan sampel mengikut kaum pula terdiri daripada 29 orang Melayu, India
19 orang dan Cina seramai 12 orang. Manakala mengikut agama pula, pelajar Islam seramai
29 orang, Hindu 17 orang, Buddha 12 0rang dan Kristian 2 orang.
3.5.2. Kaedah mengumpul maklumat
Pengkaji telah menerangkan dengan jelas prosedur kajian yang dijalankan iaitu
menggunakan kaedah kaji selidik dan pembinaan instrumen kajian adalah berdasarkan Teori
Weiner (1965) yang diubah suai dalam konteks pendidikan. Instrumen soal selidik ini terdiri
daripada dua bahagian iaitu bahagian pertama merupakan butiran mengenai taburan
demografi sampel (jantina, kaum dan agama). Bahagian kedua melibatkan lima persoalan
kajian yang meliputi kesesuaian buku teks, peranan guru dan kesediaan pelajar untuk
HBML3103 12
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

mempelajari integrasi nasional menerusi KOMSAS. Pengkaji menyatakan dengan jelas


penggunaan Skala Likert lima mata diguna dalam bahagian kedua untuk mendapatkan data
mengenai pelaksanaan pendidikan sastera perpaduan, pemprosesan data menggunakan
program SPSS versi 13.0, analisis diskiptif dalam menjawab kelima-lima persoalan tentang
kajian dan paparan data secara kuantitatif inferensi.
3.6. Dapatan kajian
Pengkaji telah mempersembahkan jadual berkaitan kelima-lima persoalan utama
kajian. Keputusan yang diperolehi dapat difahami oleh pembaca kerana dinyatakan dengan
teratur. Pengkaji juga telah menjelaskan dengan terperinci jawaban untuk setiap lima
persoalan utama kajian untuk memudahkan pembaca memahami keputusan kajian yang
dijalankan.
Dapatan kajian ini membukti dan menjawab persoalan-persoalan utama yang dikaji iaitu :
i. Genre teks KOMSAS Tingkatan 4 adalah menyeluruh yang memuatkan novel, puisi
tradisional, puisi moden, cerpen, drama dan prosa tradisional. Pelajar telah bersetuju
bahawa karya sastera moden lebih sesuai sebagai mekanisme untuk mewujudkan
integrasi nasional melalui pendidikan berbanding karya sastera tradisional.
ii. 100% pelajar bersetuju bahawa teks KOMSAS Tingakatan 4 iaitu Novel Bukit
Kepong dan Antologi Anak Laut tidak berkaitan atau bertemakan perpaduan kaum.
Namun seramai 56.7% mengatakan novel Bukit Kepong sahaja yang ada
mencerminkan unsur perpaduan kaum selebihnya pula menganggap novel Bukit
Kepong sebagai permusuhan antara dua kaum.
iii. Pendidikan sastera perpaduan dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran
KOMSAS, Ujian Lisan Berdasarkan Sekolah (ULBS), menerusi aktiviti Persatuan
Bahasa Melayu dan soal jawab pelajar yang berminat dengan guru mengenai integrasi
nasional semasa di dalam kelas.
iv. Guru-guru Bahasa Melayu bersungguh-sungguh mengajar KOMSAS dan berusaha
menarik minat pelajar menghayati teks KOMSAS serta menerapkan nilai murni dan
perpaduan kaum semasa pengajaran dan pembelajaran.
v. Sikap negatif pelajar Tingkatan 4 tentang pelaksanaan pendidikan sastera perpaduan
seperti kesukaran mempelajari bunga bahasa, istilah-istilah klasik, bahasa simbolik,
tiada berminat dan lain-lain.
vi. Kegagalan pelaksanaan pendidikan sastera perpaduan menerusi KOMSAS meskipun
KOMSAS telah diperkenalkan selama lapan tahun yang lalu.
HBML3103 13
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

3.7. Perbincangan dan interpretasi


Kesimpulan yang diperolehi menyatakan bahawa pelaksanaan sastera perpaduan
menerusi KOMSAS di negara ini masih tidak membuahkan hasil yang memberangsangkan
walaupun ada para pelajar bersetuju bahawa teks KOMSAS Tingkatan 4 sesuai untuk
mewujudkan perpaduan kaum. Kegagalan pelaksanaan sastera perpaduan menerusi
KOMSAS ini dirumitkan lagi oleh kesukaran segolongan pelajar dalam memahami istilah-
istilah dalam karya sastera tradisional lantas menyatakan teks tradisional tersebut tidak
mampu menjadi pemangkin perpaduan kaum. Kajian ini juga mendapati kurangnya unsur
perpaduan dalam teks KOMSAS Tingkatan 4 serta ketidaksesuaian kandungan contohnya
dalam novel Bukit Kepong.
Kajian juga menunjukkan pelaksanaan pendidikan sastera perpaduan sepatutnya
menunjukkan kesungguhan guru dan pelajar namun didapati kedua-dua pihak tidak
memainkan peranan yang sepatutnya. Ada kalangan guru menampakkan kesungguhan dalam
menyampaikan ilmu pendidikan KOMSAS namun teks KOMSAS tidak menerapkan unsur
integrasi nasional menyebabkan para pelajar tidak berminat kerana menganggap teks tersebut
bersifat keMelayuan atau Malay-centric.
Dari dapatan kajian, pengkaji mendapati majoriti pelajar tidak berminat mempelajari
KOMSAS dan keadaan menjadi semakin serius apabila unsur perpaduan kaum sangat kurang
disentuh dalam KOMSAS. Malahan didapati nilai murni yang terdapat dalam teks sebenarnya
hanya diamalkan oleh individu dan bukannya untuk melahirkan perpaduan. Hal ini
menyebabkan pelajar menganggap KOMSAS tidak penting untuk dipelajari.
Pengkaji juga menjelaskan pelajar menyedari kepentingan integrasi nasional tetapi
tidak mengetahui cara untuk melaksana dan mengekal hubungan mesra antara pelajar itu
sendiri. Mereka menyedari dengan mengekal hubungan mesra antara sesama pelajar
menjamin perpaduan namun mereka kurang berminat menanam kerjasama kumpulan dengan
rakan kaum lain. Keadaan ini menggambarkan kegagalan pelaksanaan pendidikan perpaduan
menerusi KOMSAS.
Pengkaji telah mencadangkan agar pihak Biro Buku Pelajaran bertindak segera dan
peka dalam pemilihan, penyediaan dan penyusunan buku-buku teks karya sastera yang dapat
membentuk remaja yang berperibadi tinggi, berinovatif dan mengamalkan semangat
perpaduan yang kental kearah melahirkan bangsa Malaysia yang mulia. Selain itu, peranan
guru juga tidak kurang pentingnya. Guru-guru perlu didedahkan dengan konsep pendidikan
sastera perpaduan, menerapkan unsur perpaduan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
HBML3103 14
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

KOMSAS di dalam kelas dan juga di luar kelas contohnya melalui kegiatan ko-kurikulum
sekolah. Akhir sekali pengkaji juga ada menyentuh kepentingan sikap positif dan peranan
pelajar untuk mempelajari ilmu daripada guru menerusi KOMSAS. Inisiatif pelajar sendiri
untuk mengamalkan unsur perpaduan dalam KOMSAS sama ada di dalam kelas maupun
dalam kehidupan seharian mampu menjadikan mereka pelajar yang cemerlang dalam
akademik, berakhlak mulia dan bergaul secara harmoni dengan kaum lain.
3.8. Rumusan/kesimpulan/cadangan
Kajian ini mempunyai kekuatan dan kelemahannya. Kekuatan kajian ini dapat
ditonjolkan melalui isu-isu yang dikemukakan seperti berikut:
i. Ketidaksesuaian bahan teks KOMSAS Tingkatan 4 sebagai mekanisme
mewujudkan perpaduan.
ii. Kegagalan pelaksanaan pendidikan sastera perpaduan menerusi KOMSAS
oleh guru.
iii. Pemilihan, penyediaan dan penyusunan karya teks KOMSAS yang tidak
menyeluruh dan representative oleh Biro Buku Pelajaran.
iv. Sikap tidak minat pelajar terhadap pendidikan sastera perpaduan menerusi
KOMSAS.
Kelemahan kajian ini, pengkaji hanya membuat kajian berdasarkan persampelan yang terdiri
daripada pelajar Tingkatan 4 sahaja, sedangkan seperti yang di ketahui pendidikan sastera
perpaduan ini juga diajar di peringkat semua murid sekolah menengah. Adalah lebih baik
kiranya kajian juga dilakukan ke atas semua teks KOMSAS selain dari teks KOMSAS
Tingkatan 4. Bagi saya, kajian ini hanya meliputi 20% daripada jumlah keseluruhan teks
KOMSAS yang diajar di sekolah menengah. Dengan itu, barulah kita dapat membuat
rumusan tentang kekurangan unsur perpaduan dalam teks KOMSAS yang digunakan di
sekolah.
Secara keseluruhannya kajian ini adalah sahih dan dihasilkan melalui kajian yang
mendalam melalui kerja lapangan yang dijalankan oleh ahli akademik dari Universiti Malaya.
Kajian ini penting kerana ia telah dapat mendedahkan tentang sesuatu isu yang berlaku iaitu
berkaitan pelaksanaan pendidikan sastera perpaduan menerusi KOMSAS yang kurang diberi
perhatian memandangkan ia kurang ketara berlaku di Malaysia. Jurnal ini telah menerangkan
secara jelas berkaitan dengan kajian pelaksanaan pendidikan sastera perpaduan menerusi
KOMSAS Tingkatan 4. Penulis juga telah menerangkan dengan terperinci bermula dari
penyataan masalahnya, tujuan kajian, kerangka konsep kajian, dapatan kajian dan sebab-
HBML3103 15
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

sebab berlakunya kegagalan pelaksanaan pendidikan sastera perpaduan menerusi KOMSAS


dan kesannya kepada pelajar dan negara Malaysia. Pengkaji telah mengemukakan bukti yang
kukuh di dalam kajian ini berdasarkan data kuantitatif inferensi. Kajian ini baik kerana hasil
maklumat kajian ini boleh menjadi panduan bagi pihak Biro Buku Pelajaran dan guru-guru
mewujudkan iklim belajar yang sihat untuk pendidikan sastera perpaduan menerusi
KOMSAS serta bertindak sebagai pemimpin yang berkaliber dan berketrampilan dalam
membawa pelajar-pelajar kepada hala tuju yang telah ditetapkan. Jurnal ini juga boleh
menyedarkan khalayak pembaca agar bersama-sama berusaha mencapai integrasi nasional
menerusi pendidikan sastera perpaduan dalam usaha pembentukan bangsa dan identiti
nasional menerusi KOMSAS.

4.0. PENUTUP
Kesimpulannya, pengajaran komponen sastera (KOMSAS) dalam subjek Bahasa
Melayu penting dalam pembinaan manusia yang seimbang, matang, prihatin, dan beretika
tinggi. Melalui perbincangan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan, khususnya
berdasarkan unsur-unsur JERI (intelek, rohani, emosi dan jasmani), contoh-contoh karya
sastera teks KOMSAS Antologi Sehijau Warna Daun dalam kurikulum kesusasteraan,
menunjukkan pelajaran KOMSAS ini penting kepada pelajar, bukan setakat menghafal cerita,
malah karya KOMSAS yang disenaraikan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kaya dengan
khazanah ilmu, nilai, budaya, pengalaman, etik dan pelbagai lagi. Bahkan, didapati di
dalamnya terangkum dunia keilmuan kesusasteraan yang tidak ada akhirnya yang sekali gus
memancarkan perkembangan tamadun sesuatu bangsa, termasuk budaya dan evolusi
masyarakatnya. Malahan melalui ulasan kajian ‘Pendidikan Sastera Perpaduan Menerusi
KOMSAS Tingkatan 4: Pelaksanaan dan Kesannya’ oleh Chew Fong Peng, penekanan
idealisme integrasi menerusi pendidikan kesusasteraan menerusi KOMSAS itu sendiri adalah
untuk membentuk remaja yang mengekalkan semangat perpaduan serta dilengkapi dengan
ciri-ciri kualiti sebagai insan sudah tentu menjadikan matlamat perpaduan negara lebih
mudah untuk direalisasikan. Dengan demikian tidaklah lagi timbul masalah atau perkara yang
mengelirukan guru dan pelajar kerana hakikatnya, pengajaran dan pembelajaran KOMSAS
dapat memperlengkap pengetahuan dan persediaan untuk mengajar dan belajar subjek Bahasa
Melayu dengan yakin, berperanan sebagai pembentuk emosi melalui penghayatan nilai-nilai
murni karya sastera dan sebagai mekanisme yang berkesan untuk mencapai perpaduan rakyat
Malaysia.
HBML3103 16
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

RUJUKAN

Abd Rahman Shaari. (1994). Sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu: Strategi Pendidikan
Bahasa Melayu Institut Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Chew Fong Peng. (2009). Pendidikan Sastera Perpaduan Menerusi KOMSAS Tingkatan 4:
Pelaksanaan dan Kesannya. Diperolehi pada 12 Jun 2010 dari laman sesawang
http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/articles%20for%20vol%2034_2_2009%20bm.ht
ml

Dr. Nadzeri Isa. (2010). HDML3103/HBML3103: Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa


Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia.

Fauziah Mat dan Asrul Sani. (2010). Nexus Pro PMR: KOMSAS. Selangor Darul
Ehsan:SASBADI Sdn. Bhd.

Kamarudin Husin. (1998). Perkaedahan mengajar bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan


Budiman.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sehijau Warna Daun: Antologi Kesusasteraan


Melayu Sekolah Menengah. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Naffi Mat. (2009). Teknik Mengajar KOMSAS: Komponen Sastera. Kuala Lumpur:
PTS Profesional.

Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir. (2007). Kewajaran Pengajaran Komsas Dalam Bahasa
Melayu. Diperolehi pada 12 Jun 2010 dari laman sesawang
http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/jurnal-peradaban- melayu_04.html

Rosli bin Abd. Manas. (2009) . Sastera perpaduan: Isu dan cabaran. Diperolehi pada 12 Jun
2010 dari laman sesawang http://aduweh.blogspot.com/2009/05/sastera-
perpaduan.html

HBML3103 17
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

LAMPIRAN

1. Sajak ‘Tasik Biru, Bau, Sarawak’. (Sehijau Warna Daun, 2002: 13)
2. Sajak “Burung Tempua”. (Sehijau Warna Daun, 2002: 19)
3. Sajak “Puisi Buat Mama”. (Sehijau Warna Daun, 2002: 17)
4. Puisi Tradisional ‘Pantun Budi’. (Sehijau Warna Daun, 2002:4)
5. Cerpen ‘Hadiah Hari Guru’ oleh Rejab F.I. (Sehijau Warna Daun,2002:53)
6. Cerpen ‘Hadiah Hari Guru’ oleh Rejab F.I. (Sehijau Warna Daun,2002:58)
7. Cerpen ‘Hadiah Hari Guru’ oleh Rejab F.I. (Sehijau Warna Daun,2002:59)
8. Cerpen ‘Hadiah Hari Guru’ oleh Rejab F.I. (Sehijau Warna Daun,2002:61)
9. Cerpen ‘Pak Usu’ oleh Othman Rasul. (Sehijau Warna Daun,2002:101)
10. Cerpen ‘Pak Usu’ oleh Othman Rasul. (Sehijau Warna Daun,2002:104)
11. Cerpen ‘Gema Mengegar Kota’ oleh Timah Baba. (Sehijau Warna Daun,2002:67)
12. Cerpen ‘Sehijau Warna Daun’ oleh Zaen Kasturi. (Sehijau Warna Daun,2002:94)
13. Cerpen ‘Sehijau Warna Daun’ oleh Zaen Kasturi. (Sehijau Warna Daun,2002:98)
14. Cerpen ‘Diari Seorang Pengawas’ oleh Ali Majod. (Sehijau Warna Daun,2002: 66)
15. Cerpen ‘Makmal ZNF’ oleh Shamsinor Zaman Shamsuz Zaman. (Sehijau Warna
Daun,2002:80 & 81)
16. Kajian Pendidikan Sastera Perpaduan Menerusi KOMSAS Tingkatan 4: Pelaksanaan
dan Kesannya (Jurnal Pendidikan Malaysia) oleh Chew Fong Peng.

HBML3103 18
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

Vous aimerez peut-être aussi