Vous êtes sur la page 1sur 1

Dewasa ini, komputer merupakan alat penting yang digunakan di kebanyakan sekolah di

negara kita. Sebagai contoh, komputer seringkali digunakan oleh guru-guru semasa menyampaikan
pengajaran kepada para pelajar. Kini boleh dikatakan ramai dalam kalangan murid sekolah telah
mahir dalam menggunakan computer seperti kata kata peribahasa alah bisa tegal biasa. Oleh itu,
terdapat banyak faedah belajar menggunakan komputer.

Antara faedah belajar menggunakan komputer ialah pelajar-pelajar dapat


berkongsi maklumat bersama-sama rakan. Hal ini demikian kerana rakan-rakan yang berkebolehan
dalam mengendalikan komputer akan saling menunjuk cara dan menyampaikan maklumat antara
satu sama lain. Sebagai contoh, memuat turun bahan pembelajaran daripada Internet dan lain-lain.
Oleh itu belajar menggunakan komputer akan membentuk perkongsian maklumat dalam kalangan
pelajar.

Seterusnya, faedah belajar menggunakan komputer ialah dapat menjimatkan masa sesi
pembelajaran. Pada kebiasaannya bahan-bahan pembelajaran akan disediakan terlebih dahulu oleh
guru atau pelajar. Selain itu, tugasan atau latihan pelajar juga dapat dijawab atas talian tanpa
memerlukan bahan edaran bersesuaian dengan kata peribahasa, masa itu emas. Oleh itu, faedah
belajar menggunakan komputer dapat menjimatkan masa dalam pembelajaran dan pengajaran di
dalam kelas.

Selain itu, belajar menggunakan komputer boleh meningkatkan prestasi akademik


seseorang pelajar di sekolah. Hal ini demikian kerana terdapat banyak informasi dan maklumat
terkini boleh dijadikan sumber ilmu. Sebagai contohnya, pelajar-pelajar boleh mengakses internet
untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam subjek tertentu. Jika ini dilakukan, sudah tentu
pelajar-pelajar boleh meningkatkan kejayaan dalam peperiksaan seperti kata cogan kata , Usaha
Tangga Kejayaan. Oleh itu, belajar menggunakan komputer akan memudahkan pelajar berjaya dalam
pelajaran.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu dengan menjadikan
komputer sebagai alat teknologi yang berkesan dalam pembelajaran. Di samping menjadikan
generasi yang celik komputer, kaedah ini juga mendatangkan banyak faedah. Hal ini bertepatan
dengan dasar kerajaan dan saranan Perdana Menteri ke arah konsep 1 Malaysia iaitu ‘Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Vous aimerez peut-être aussi