Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
PROPOSAL FORM
[CADANGAN PENYELIDIKAN]
(vers 1/2017)
Kajian Potensi Rayapan Ke Atas Cerun Tanah Baki Metamorf di Bangi, Selangor Menggunakan Kaedah
Keberintangan Geoelektrik Dan Analisis Mekanik Tanah
E-mail Address:
Alamat e-mel:
asirahrahmat@gmail.com
Study Mode (Please tick ( √ )):
Mod Pengajian (Sila tanda ( √ )):
Location of Research:
Tempat penyelidikan dijalankan:
1) Cerun di sebelah Pusat Kesihatan UKM
2) Cerun di persimpangan jalan menghala ke Teras Jernang
To : 7 Februari 2019
Hingga :
Bil Name
Nama Faculty/ School/ Centre/ Institute Academic Qualification/
Fakulti/ P.Pengajian/ Designation
Pusat/Institut Kelayakan Akademik/Jawatan
4
Executive Summary of Research Proposal (maximum 300 words)
(Please include the background of research, literature reviews, objectives, research methodology and expected
outcomes from the research project)
Tanah runtuh merupakan suatu proses pergerakan jasad bahan bumi menuruni cerun. Terdapat banyak jenis tanah
runtuh, salah satu daripadanya adalah tanah runtuh jenis rayapan. Tanah runtuh jenis rayapan dicirikan dengan
pergerakan tanah yang berterusan di bawah pengaruh graviti dan pergerakan ini sangat kecil namun konsisten dan kadar
pergerakannya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Resapan air hujan ke dalam cerun akan mempercepatkan kadar
rayapan tanah akibat pertambahan tekanan air liang sekaligus mengurangkan daya ricihan tanah yang menyebabkan
kekuatan tanah menurun. Kajian mengenai tanah runtuh secara rayapan ini akan dijalankan di cerun di sebelah Pusat
Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan cerun di persimpangan jalan ke Teras Jernang. Kedua-dua
kawasan tersebut terletak kira-kira 32 km dari bandar raya Kuala Lumpur.
Nurshafareena et al. 2013 menyatakan bahawa geologi kawasan Bangi terdiri daripada batuan filit dan batu pasir
sehingga kuarzit. Batuan di permukaan dan cerun yang terdedah kebanyakannya mengalami luluhawa tinggi menjadi
lempung berpasir, lodak berpasir atau pasir berlodak. Menurut Ali Yalcin (2007), tanah lempung yang terdapat kandungan
air yang tinggi disebabkan oleh air hujan lebih cenderung untuk berlakunya tanah runtuh. Tanah runtuh didefinisikan
sebagai pergerakan batuan, bumi atau debris yang menuruni cerun tanah (Cruden 1991). Menurut Nor Shahidah dan
Tarantino (2012), tanah runtuh lazimnya dipengaruhi oleh sifat kelikatan bahan bumi yang berlempung.
Survei keberintangan geoelektrik melibatkan kaedah multi elektrod dengan menggunakan susunan elektrod jenis Wenner
32SX dengan bantuan alat ABEM Terrameter SAS 1000 bagi mendapatkan imej keberintangan dua dimensi, seterusnya
akan diproses dan ditafsir menggunakan perisian RES2DINV. Alat Trimble R5 digunakan bagi mengenalpasti pergerakan
tanah secara rayapan dan direkodkan pergerakannya. Pencirian sifat fizikal tanah melibatkan ujian had Attenberg, ujian
pemadatan tanah, direction test dan analisis saiz butiran (ayakan dan hidrometer). Sifat kimia tanah dicirikan melalui
teknik pembelauan sinar-X (XRD) dan teknik pendafluor sinar-X (XRF).
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perkaitan unsur mineral di dalam tanah baki metamorf yang menyumbang
kepada sifat rayapan tanah, melihat profil dan struktur subpermukaan tanah yang berasosiasi dengan kadar rayapan,
mengkaji sifat mekanik tanah baki metamorf pada cerun dan melihat kaitannya terhadap pergerakan tanah secara
rayapan.
(a) Research background including Problem Statement, Hypothesis, Research Questions and Literature
Reviews.
Keterangan latar belakang penyelidikan termasuk kenyataan hipotesis / persoalan penyelidikan dan kajian
literatur.
Nurshafareena et al. 2013 menyatakan bahawa geologi kawasan Bangi terdiri daripada batuan filit dan batu
pasir sehingga kuarzit. Batuan di permukaan dan cerun yang terdedah kebanyakannya mengalami luluhawa tinggi
menjadi lempung berpasir, lodak berpasir atau pasir berlodak. Abdul Rahim Samsudin dan Tjia (1984) berpendapat
bahawa geologi di kawasan Bangi terdiri daripada batuan sedimen yang termetamorf.
Menurut Ali Yalcin (2007), tanah lempung yang terdapat kandungan air yang tinggi disebabkan oleh air hujan lebih
cenderung untuk berlakunya tanah runtuh. Tanah runtuh didefinisikan sebagai pergerakan batuan, bumi atau debris yang
menuruni cerun tanah (Cruden 1991). Menurut Nor Shahidah dan Tarantino (2012), tanah runtuh lazimnya dipengaruhi
oleh sifat kelikatan bahan bumi yang berlempung.
Fenomena tanah runtuh adalah suatu kejadian tabii yang sangat kompleks (Hamzah Husin et al 2015). Tanah runtuh
didefinisikan sebagai pergerakan batuan, bumi atau debris yang menuruni cerun tanah (Cruden 1991). Salah satu
fenomena yang dikaitkan dengan tanah runtuh adalah rayapan. Menurut M. Fajar (2013) rayapan tanah adalah sejenis
gelongsoran tanah yang bergerak secara perlahan dan hampir tidak dapat dipastikan pergerakannya.
References/ rujukan:
Abdul Rahim Samsudin & Tjia. 1984. Struktur geologi di permukaan dan di bawah tanah, kampus Universiti Kebangsaan
Malaysia. Sains Malaysiana 12(2): 71-83
Ali Yalcin. 2007. The effect of clay on landslides: A case study. Applied Clay Science 38(1):77-85
Anugrah, M.F. 2013. Tanah longsor di Indonesia. Prodi Pendidikan Geografi. Fakultas Ilmu Sosial. Universitas Negeri
Jakarta
Choun, Sian Lim, Mohamad Imam Hasan Reza, Nurshafareena Muhamad & Pereira, J.J. 2013. Input geologi untuk
sistem sokongan membuat keputusan dalam pengurusan risiko bencana: Kajian kes Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bulletin of the Geological Society of Malaysia 59: 73-84.
Cruden. D.M .1991. A very simple definition for a landslide. IAEG Bulletin: 27-29
Hamzah Husin, Mohammad Khairul Azhar Abdul Razab, Sarah Aziz Abd Ghani, Tajul Anuar Jamaludin. 2015. Tanah
runtuh di Malaysia: Geobencana atau geobahaya. Jurnal Teknologi 77(1): 229-235
Nor Shahidah Mohd Nazer & Tarantino, A. 2012. Creep response in shear of clayey geo-materials under saturated and
unsaturated conditions. E3S Web of Conferences 9
Example /Contoh:
This study embarks on the following objectives:
(b) Methodology
Kaedah penyelidikan
1) Novel theories
Teori
Nilai keberintangan geoelektrik menentukan sempadan lapisan tanah di bawah permukaan. Nilai keberintangan
geoelektrik bergantung kepada beberapa faktor antaranya ialah sifat fizik tanah seperti kandungan saiz butiran,
sama ada saiz kelikir, pasir, lodak dan lempung. Secara umumnya, jika nilai keberintangan geoelektrik adalah
rendah, lapisan tanah tersebut mempunyai kandungan air yang banyak. Namun, jika nilai keberintangan
geoelektrik adalah tinggi, maka lapisan tanah tersebut adalah kering atau terdiri daripada batuan pepejal
(batuan masif). Lapisan batuan yang terluluhawa tinggi menunjukkan nilai keberintangan geoelektrik yang
relatifnya rendah, iaitu pada luluhawa gred V dan VI. Batuan yang terluluhawa pada gred I sehingga IV pula
secara relatifnya memberikan nilai keberintangan geoelektrik yang tinggi.
Kajian ini lebih spesifik kepada penggunaan alatan geofizik dengan menggunakan kaedah keberintangan
geoelektrik dan melibatkan analisis mekanik tanah dalam menentukan potensi pergerakan tanah baki metamorf secara
rayapan. Di samping itu, kaedah ini juga boleh mengenalpasti faktor geologi yang lain yang mengawal kadar rayapan.
Kajian tentang faktor rayapan ke atas cerun akan membantu dalam mengkaji perbezaan kadar rayapan berdasarkan jenis
tanah yang terhasil sama ada dari batuan igneus, batuan sedimen dan juga batuan metamorf. Hal ini kerana faktor
komposisi mineral yang berbeza mungkin memberikan impak rayapan yang berbeza
ACCESS TO EQUIPMENT AND MATERIAL / KEMUDAHAN SEDIA ADA UNTUK KEGUNAAN BAGI
PENYELIDIKAN INI
Equipment Location
Peralatan Tempat
Please tick ( √ )
Sila tandakan ( √ )
Recommended:
Diperakukan:
A. Highly Recommended
Sangat Disokong
B. Recommended
Disokong
Comments:
Ulasan:
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ --------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ --------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------
Name: Signature:
Nama: Tandatangan:
Date:
Tarikh:
(Lampiran 1 Carta Alir Aktiviti Penyelidikan)
Tempoh perlaksanaan
Cuti semester
Jejak kunci