Vous êtes sur la page 1sur 16

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBEF2103

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

SMP PPG MAC 2012

Name : LAY MOI CHU


Matric number : 690615015542001
NRIC : 690615-01-5542
E-mail sddress : mclay020506@gmail.com

Tutor‟s name : HJ MOHAMAD TAHA BIN SAMSUDIN


Learning Centre : Batu Pahat Learning Centre
ISI KANDUNGAN

Page

1. Pengenalan 1
1.1 Tujuan Kajian 1

2. Faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik 4


2.1 Faktor-faktor luaran (Persekitaran) 4
(a) Faktor Persekiratan Keluarga 4
(b) Faktor Persekitaran Sekolah 6

2.2 Faktor-faktor dalaman 7


(a) Faktor Kecerdasan 7
(b) Faktor Emosi 9

3. Langkah-langkah yang melibatkan murid-murid dengan pencapaian


akademik yang berbeza. 11
3.1 Kempen Keluarga Penyayang 11
3.2 Program Pengayaan dan Pemulihan 11
3.3 Peneguhan Positif dan Negetif 13
3.4 Mempelbagaikan Bentuk Penilaian dan Mengendalikan Masalah Emosi
13
3.5 Mempelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran untuk Menarik
Minat Pelajar. 14

4. Kesimpulan 14

Rujukan 16
1. PENGENALAN

Perbezaan pencapaian akademik pelajar sentiasa menjadi topik perhatian kepada ibu
bapa, para pendidik serta masyarakat. Di luar negara, perkara-perkara yang berkaitan
isu ini telah dikaji pada awal abad ke-19 dan bersejarah lama. Di negara kita,
penyataan yang paling kritikal ialah sistem peperiksaan amat mengutamakan prestasi
akademik. Dalam sistem pendidikan yang sedia ada, pencapaian akademik adalah
parameter untuk mengukur pelajar samada dapat meneruskan pengajian mereka atau
tidak. Dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian pelajar, ibu bapa, pendidik
mahupun pelajar sendiri telah melabur masa dan tenaga dengan sesungguhnya, tetapi
niat baik dan komitmen tidak semestinya mampu untuk mendapat pulangan yang
memuaskan, kerana perbezaan pencapaian pelajar bukan sahaja satu sebab atau satu
faktor, malahan faktor-faktor lain juga menpengaruhinya. Faktor-faktor lain amat
penting untuk dikaji supaya masalah yang ditemui dapat ditangani, justeru dapat
mendorong pelajar menuju ke arah yang lebih cemerlang.

Slavin (1997) berpendapat kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar
belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di
rumah, jantina, bakat dan juga minat. Selain itu, Papalia (2001) juga berpendapat
bahawa manusia juga dipengaruhi oleh faktor persekitarannya, seperti gaya hidup
keluarganya, status sosio-ekonomi ibu bapanya, suasana di sekolah, suasana di rumah
di mana dia dibesarkan, komuniti dan masyarakat di mana dia tinggal, pekerjaan ibu
bapanya dan cara keluarganya mengisi masa lapang dan masa cuti sekolah.

Pada pendapat saya, banyak faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar
boleh diringkaskan kepada dua aspek iaitu faktor-faktor luaran dan faktor-faktor
dalaman. Faktor-faktor luaran termasuk persekitaran keluarga, persekitaran sekolah,
masyarakat, budaya. Faktor-faktor dalaman termasuk kecerdasan, minat, usaha dan
emosi.

1.1 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang telah


mempengaruhi aspek pencapaian akademik dua orang murid kelas Tahun 4, Sekolah
SJK (C) SENTRAL PALOH yang bernama So Jia Wen (murid berpencapaian
akademik baik) dan Tong Di Yuan (murid yang berpencapaian akademik lemah).

Dalam kajian ini, saya telah menggunakan cara soal selidik dan bertemubual dengan
dua orang pelajar ini. Selain itu, saya juga mengumpulkan maklumat latar belakang
mereka daripada guru data sekolah. Di samping itu, saya juga memerhati sikap
pembelajaran mereka semasa Pembelajaran dan Pengajaran dijalankan. Maklumat-
maklumat daripada kawan sekelasnya juga amat bermanfaat untuk saya menkaji
faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik mereka.

2. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK

2.1 Faktor-faktor luaran (Persekitaran)

Persekitaran boleh diertikan individu atau objek yang ditemui serta peristiwa yang
dihadapi dalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan
perkembangan dirinya. Papalia (2001) menyata bahawa persekitaran merupakan
perkara yang bukan genetik yang mempengaruhi seseorang individu.Persekitaran
yang mempengaruhi seseorang individu termasuklah perapatan diri sendiri dengan ibu
bapanya melalui asuhan dan interaksi, pengaruh adik-beradik, ahli keluarga lain
semasa berada di rumah. Selain itu, Persekitaran yang lain seperti persekitaran
sekolah dan media juga menjadi pengaruh kepada individu., contohnya, guru-guru,
rakan sebaya, bahan media cetak, bahan media elektronik ( television, komputer).

Faktor-faktor persekitaran berikut adalah faktor yang telah mempengaruhi pencapaian


dua orang anak murid saya.

a) Faktor Persekitaran Keluarga

Keluarga memainkan peranan yang penting di dalam pertumbuhan dan perkembangan


seseorang pelajar. Ahli keluarga yang paling memberi kesanan terhadap anak-anak
ialah ibu bapa. Mereka ialah pembentuk sahsiah anak-anak mereka. Baumrind (di
dalam Santrock, 2001) berpendapat bahawa asuhan yang berkesan ialah Authoritatif,
iaitu memberi kebebasan kepada anak-anak untuk berkembang tetapi memberi
sedikit kawalan ke atas tingkah laku mereka. Dengan cara ini, anak-anak dapat
membina sikap berdikari, berkendiri asertif, mudah berkawan, suka bekerjasama,
tinggi harga diri dan orientasi pencapaian. Beliau juga menyatakan bahawa bentuk
asuhan “Indulgent” akan membawa akibat gagal mengawal tingkah laku anak-anak.

Saya amat bersetuju dengan pendapat yang dinyata di atas.

So Jia Wen berasal dari sebuah keluarga yang bahagia. Walaupun ibu bapanya tidak
berpendidikan yang tinggi, tetapi mereka amat mementingkan pendidikan terhadap
anak-anak mereka. Cara kehidupan mereka amat sihat. Bapa Jia Wen adalah
Pengerusi PIBG sekolah kami, manakala ibunya adalah suri rumah tangga. Walaupun
ibunya tidak berakademik tinggi, tetapi dia berusha dalam membimbing anak-
anaknya mahupun dari segi pelajaran atau tinggah laku mereka. Ibu bapanya adalah
ibu bapa Authoritatif. Pada masa lapang, Jia Wen dan adik-beradiknya boleh melaku
segala aktiviti yang disukai seperti melayari internet, menyertai aktiviti kawan-kawan,
menonton wayang dan sebagainya. Perhubungan antara ibu bapa dengan adik-beradik
Jia Wen adalah mesra dan mereka dibenarkan bebas berkomunikasi secara lisan
dengan ibu bapanya. Ibu bapanya juga bersifat menyokong dan membantu
perkembangan mereka. Jiakau mereka menemui masalah, semua ahli keluarga akan
mengambil perhatian dan berbincang bersama-sama. Walaupun Jia Wen ialah anak
bongsu, tetapi ibu bapanya tidak sebelah hati terhadapnya. Segala galakkan atau
dendaan adalah bersama rata dengan abang kakaknya. Dengan perkembangan yang
positif ini, sikap berdikari dan berharga diri yang tinggi telah dipupuk pada Jia Wen.
Segala tugasan yang diberi oleh guru-guru, Jia Wen dapat menyelesaikannya pada
masa yang ditentukan. Dia juga berazam hendak mendapat 7A seperti mana
keputusan kakaknya pada tahun 2010 dalam peperiksaan UPSR.

Tong Di Yuan datang dari sebuah keluarga yang beranak ramai. Walaupun ibu
bapanya terlibat dengan mereka, tetapi kurang memberi tunjuk ajar atau kurang
mendisplinkan tingkah laku mereka. Ibu bapanya membiarkan mereka berbuat sesuka
hati. Oleh itu, selepas sekolah, Di Yuan akan buangkan beg sekolahnya di atas lantai,
lalu duduk di depan television dan menonton karton yang disukainya dengan sepuas-
puasnya. Oleh kerana dia adalah anak bongsu dalam keluarga ini, dia tidak ditugaskan
seperti membersihkan rumah. Dengan ada masa lapang yang banyak, dia selalu
merayau-rayau di sekeliling kampung. Abang-abangnya selalu bergaul dengan
pemuda-pemuda sekampung yang bersikap suka ponteng sekolah, berambut panjang,
lumba motor pada waktu tengah malam dan merokok. Secara tidak langsung, Di Yuan
pun rasa itulah cara kehidupannya. Dengan tiada bantuan dan galakkan daripada ahli
keluarga, Di Yuan selalu tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diarah oleh guru
pada masa yang ditetapkan. Dia berpendapat bahawa belajar adalah satu kehidupan
yang agak menderitakan nyawanya. Dia tidak mahu meneruskan pelajarannya ke
sekolah menengah seperti abang-abangnya yang bersekolah setakat Tahun 6 sahaja.
Ini mengakibatkan pencapaian akademiknya rendah.

b) Faktor Persekitaran Sekolah


Persekitaran sekolah memainkan peranan penting di dalam pertumbuhan seseorang
pelajar. Sekolah merupakan agen sosialisasi yang lebih luas seperti guru, rakan sebaya,
jantina, kawan yang berlain umur dan sebagainya. Di sekolah seseorang pelajar dapat
mempelajari tentang norma atau peraturan di dalam kumpulan yang besar. Pelajar-
pelajar dapat belajar tentang nilai-nilai moral dengan lebih mendalam serta cara
berkomunikasi atau berinteraksi dengan orang lain. Selain itu, sekolah juga
merupakan agensi yang menyampaikan ilmu pengetahuan yang penting. Oleh itu,
suasana pembelajaran adalah amat penting kerana ianya akan mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar.

Skinner dan Belmont (1993) mengkaji bahawa tingkah laku seseorang guru dengan
penglibatan pelajar dalam pembelajaran mempunyai kait hubung yang rapat. Ahli
psikologi Rosenthal juga menguam bela guru memainkan peranan utama dalam masa
pembelajaran mereka. Galakan yang lebih daripada guru, rasa pencapaian pelajar akan
menjadi lebih intensif, lebih kondusif untuk membangunkan personality yang positif.
Sebaliknya, kekurangan galakkan daripada guru, kemahuan pelajar untuk pencapaian
juga akan menjadi lebih rendah, senang memutus asa dan mudah membentuk
personaliti yang negetif.

Dalam kelas, Jia Wen selalu dipuji oleh guru kerana kerjanya kemas, tepat pada
kehendak guru, susunan kerjanya senang ditanda oleh guru dan kurang kesalahan.
Menurut Elliot (1972), Athony (1977) dan Riding (1979) pelajar sekolah rendah yang
berpersonaliti ekstrovert mampu memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang.
Jia Wen merupakan pelajar yang berpersonaliti ekstrovert. Sikap yang suka bergaul
dan mudah mesra bersama murid sekelas selalu dicontohi dalam kelas. Semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas, Jia Wen ialah pelajar yang
paling aktif dan cepat mengeluarkan pendapatnya antara rakan-rakannya. Tingkah
laku sedemikian selalu disokong dan dipuji oleh guru. Ini telah meningkatkan sikap
ingin mencuba dan daya usaha untuk mencapai tahap yang lebih tinggi lagi. Secara
automatik, pencapaian akedemiknya juga meningkat.

Sebaliknya, Walaupun Di Yuan juga seorang murid yang berpesonaliti


ekstrovert,tetapi tidak mampu memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang.
Dia merupakan pelajar yang bermasalah dan selalu didenda oleh guru. Dalam kajian
ini, saya pernah bertemubual dengan Di Yuan. Didapati sebenarnya dia pernah
berusaha menyiapkan kerjanya, malangnya latihan yang tidak habis-habis
menyebabkannya menimbulkan perasaan bosan untuk menyelesaikannya. Menurut
katanya, selain latihan semasa perlu disiapkan, “ hutangan latihan” juga perlu dibuat,
contohnya salah satu perkataan ejaan, perlu membuat pembetulan 10 kali, jika salah
10 perkataan, dia perlu membuat pembetulan 100 kali. Ini telah menyebabkannya
tidak dapat menghabis-habiskan kerja hariannya. Dia juga menimbulkan perasaan
yang tidak adil terhadapnya, iaitu guru selalu membanding beza antaranya dengan
pelajar yang cemerlang. Guru selalu memarahinya dan merotannya di hadapan murid
lain. Pernah sekali, dia cuba menyelesaikan latihan Matematik dengan usaha sendiri,
tetapi disalahkan bahawa jawapannya adalah disalin daripada kawannya, sebenarnya
adalah kawannya yang menyalin jawapannya. Dia berasa sangat kecewa. Suasana
sekolah yang tidak baik akan mengakibatkan pelajar mengalami kemunduran dan
kebosanan dalam kehidupan dan pembelajaran.

2.2 Faktor-faktor Dalaman


a) Faktor Kecerdasan
Piagiet (1950) berpendapat kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau
menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. Menurut Kalat
(1999), kecerdasan adalah gabungan antara kebolehan umum dan kemahiran praktis.
Gardner (1983) berpendapat bukan terdapat hanya satu cara untuk menyelesaikan
masalah, tetapi terdapat pelbagai cara, iaitu individu menggunakan beberapa set
proses kognitif untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk. Teori ini
dikenali sebagai Teori Pelbagai Kecerdasan.

Asas pendidikan negara kita sekarang masih dipengaruhi oleh persepsi pendidikan
tradisional, iaitu lebih mencenderungi ke atas Kecerdasan Bahasa - Linguistik dan
Kecerdasan Logik – Matematik. Pendidikan di sekolah hanya mementingkan kedua-
dua kecerdasan ini kerana ianya disamakan dengan pendidikan intelektual. Pendidikan
Interlektual pula disamakan dengan memupuk kecerdasan linguistik dan kecerdasan
logik sebagai teras pendidikan. Akhirnya, pelajar yang lebih mencenderungi kedua-
dua kecerdasan ini, dialah pelajar yang cemerlang. Pelajar So Jia Wen adalah satu
contoh yang baik. Didapati Jia Wen lebih mencenderungi dalam mata pelajaran
ketiga-tiga bahasa, Matematik dan Sains. Ini boleh dibukti dengan keputusan
peperiksaan sekolah. Keputusan mata pelajarannya adalah seperti berikut.

Subjek BM1 BM2 BI BC1 BC2 MT SN KT KH MZ PM PJ


Gred A A A A A A A A B B A B

Menurut keputusan yang terpapar di atas, diketahui bahawa kesemua mata pelajaran
Gred A adalah berhubungkait dengan kecerdasan bahasa dan logik. Anugerah akhir
tahun sekolah, mata pelajaran yang diambil kira ialah BM1, BM2, BI, BC1, BC2, MT,
SN,KT dan PM. Mata pelajaran seperti Kemahiran Hidup, Muzik, Pendidikan
Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Seni Visual adalah mata pelajaran
sampingan. Mata pelajaran ini tidak diambil kira untuk menilai seseorang pelajar.
Jika penilaian seseorang pelajar cemerlang berdasar penilaian ini, Jia Wen adalah
pelajar yang berakademik cermelang.

Mari kita bersama-sama mengkaji keputusan Tong Di Yuan.

Subjek BM1 BM2 BI BC1 BC2 MT SN KT KH MZ PM PJ


Gred E D C C D B B C A B C A

Melalui keputuasan yang terpapar di atas, Di Yuan memang lemah dalam mata
pelajaran yang diambil kira dalam menilai seseorang pelajar berakademik cemerlang.
Dari segi kecerdasan, didapati dia lebih mencenderungi kederdasan Kinestetik-badan
dan Kecerdasan Visual-Ruang-Spatial. Di Yuan sangat aktif dalam aktiviti Ko-
kurikulum sekolah terutamanya dalam bahagian permainan. Dia selalu mewakili
sekolah menyertai pertandingan-pertandingan seperti pertandingan bola keranjang,
lumba lari 100 meter dan 200 meter. Pada hari sukan, Di Yuan merupakan peserta
yang paling aktif dan cemerlang, namanya disebut berkali-kali, tepukan untuknya
tidak berhenti-henti dan menaik ke pentas untuk menerima anugerah berulang-ulang.
Walaupun prestasi cemerlang dalam bahagian sukan, tetapi Di Yuan masih dianggap
sebagai seorang pelajar yang berakademik lemah kerana pendidikan kita masih
menitiberatkan pada sebahagian mata pelajaran sahaja.

b) Faktor Emosi
Faktor emosi dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi pembelajaran seseorang
pelajar. Justeru itu ia akan membawa implikasi terhadap pencapaian akademik mereka.
Umumnya pencapaian akademik yang cemerlang sering dikaitkan dengan kecerdasan
pelajar yang tinggi sedangkan aspek emosi tidak diberikan penekanan sewajarnya.
Walau bagaimanapun, ahli psikologi telah menyedari akan kepentingan peranan
kecerdasan emosi pelajar dalam menjayakan pencapaian akademik mereka.
Erikson (1968) mendapati bahawa keadaan kritikal dalam diri seseorang pelajar boleh
mempengaruhi keadaan emosi pelajar tersebut. Piaget (1950) pula berpendapat
bahawa domain kognitif dan kesannya mempengaruhi perkembangan intelek pelajar
yang seterusnya mempengaruhi emosi menerusi persepsi, pembelajaran dan ingatan.
Teori Perkembangan Etika dan Kognitif oleh Perry (1970) mendapati bahawa emosi
pelajar dipengaruhi oleh sistem nilai diri dan nilai komitmen dari dalam
dirinya.Menurut Golemen (1995) juga, tahap kecerdasan emosi seseorang individu
adalah merupakan faktor utama kepada penentuan kejayaan seseorang individu,
terutamanya pelajar. Dalam bukunya, Emotional Intelligence, Golemen (1995)
berpendapat bahawa kecemerlangan seseorang individu adalah bergantung kepada
20% daripada kecerdasan intelek dan 80% lagi adalah bergantung kepada pengurusan
emosi secara berkesan. Ini jelas menunjukkan bahawa tahap “pengurusan emosi”
yang baik adalah faktor yang amat dititkberatkan dalam kehidupan seseorang individu
yang berjaya (Zainuddin, 2000).

Setiap hari, Jia Wen pergi ke sekolah dengan sikap yang positif. Daya utama
menyebakan Jia Wen bersikap positif adalah dia belajar dengan bertujuan. Dia belajar
bersungguh-sungguh untuk mencapai 7A dalam peperiksaan UPSR yang akan datang.
Selain itu, dia tidak rasa tekanan terhadap kerja sekolahnya, kerana kesemua tugasan
yang diberi oleh guru-guru dapat diselesai sebelum menghadiri sekolah. Minat juga
merupakan daya penggerak kepada Jia Wen suka ke sekolah. Dia menanti-nanti
loceng berbunyi supaya dapat belajar mata belajaran yang disukainya seperti Bahasa
Cina, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Di samping itu, kepujian daripada guru-
guru dan hubungan persahabatan yang rapat dengan rakan sekelasnya juga merupakan
faktor yang penting mempengaruhi Jia Wen bersikap positif menemui
pembelajarannya. Dengan emosi yang gembira, yakin diri dan senang hati, tentulah
pencapaian akademiknya akan meningkat.

Menurut Habibah dan Noran Fauziah (1997) dalam buku mereka yang bertajuk
“Psikologi Personaliti”, ketakutan dan kerisauan adalah perasaan yang wujud apabila
seseorang menjangka bahawa sesuatu perkara buruk akan berlaku. Di Yuan selalu
tidak dapat menyelesaikan kerja sekolah, apabila tiba masanya hendak pergi ke
sekolah, dia amat risau akan dendaan daripada guru. Dia pergi ke sekolah dengan
tidak bertujuan, kecuali aktiviti sukan. Dia pergi ke sekolah dengan paksaan, dia tidak
berminat belajar. Punca utama tidak berminat belajar ialah tidak faham apa yang
dibelajari dan selalu dimarah oleh grur. Lupaan juga merupakan satu faktor yang
mempengaruhi Di Yuan tidak berdaya belajar, contohnya, jika guru memberi 10
perkataan untuk ejaan, dia berusaha untuk mengingatkan, tetapi akhirnya gagal
menulis perkataan-perkataan tersebut semasa aktiviti ejaan. Dengan emosi yang
ketakutan, kerisauan dan kebimbangan, Di Yuan tidak dapat mencapai keputusan
yang baik.

3. LANGKAH-LANGKAH YANG MELIBATKAN MURID-MURID DENGAN


PENCAPAIAN AKADEMIK YANG BERBEZA

3.1 Kempen Keluarga Penyayang


Keluarga bukan hanya berfungsi untuk memperkembangkan zuriat sahaja tetapi juga
melanjutkan nilai-nilai yang terdapat dalam masyarakatnya kepada generasi baru.
Keluarga merupakan pusat kehidupan emosi, tempat di mana kita akan mendapat
sokongan atau kepastian. Keluarga merupaka pusat asuhan utama dan pertama
seseorang individu. Menurut Kamus Dewan (2003), gaya asuhan didefinisikan
sebagai perihal mendidik, peliharaan, penjagaan, tunjuk ajar dan bimbingan. Menurut
Darling dan Steinberg (1993), gaya asuhan didefinisikan sebagai sikap yang ada pada
ibu bapa berkaitan dengan membesarkan anak, seperti yang digambarkan melalui
interaksi mereka dengan anak mereka. Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau
orang dewasa yang menjadi contoh kepada anak-anak. Secara umumnya istilah
corak asuhan memberi maksud mendidik, menjaga dan mengawal anak-anak.
Memandang penerangan di atas, saya bercadang sekolah boleh mengadakan satu
Kempen Keluarga Penyayang yang berkaitan dengan kepentingan keluarga terhadap
kanak-kanak. Dalam Kempen ini, beberapa aktiviti boleh dilaksanakan, seperti
 Ceramah yang yang berkaitan kepentingan pendidikan seseorang anak
pada masa akan datang.
 Menonton tayang berkaitan peranan seorang ibu bapa terhadap anak-anaknya
(contoh tajuk wayang, PARTNERS FOREVER)
 Berinteraksi antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan slot pertukaran
pendapat pendidikan di rumah, gaya kehidupan keluarga masing-masing.
 Mepamerkan hasil-hasil pencapaian pelajar-pelajar.
 Untuk menjayakan kempen ini, tindakan susulan perlu diadakan seperti
lawatan keluarga pelajar atau dengan borang soal selidik untuk lebih
memahami kemajuan mereka.
 Pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan BIPG sekolah iaitu
menanjurkan Pelancongan Keluarga Penyayang.

Tujuan kempen ini boleh membantu ibu bapa insaf betapa pentingnya berteman
dengan anak-anak dan jangan sekali-kali berfikir „ mereka tahu menjaga sendiri‟,
kerana inilah yang banyak terlibat ponteng sekolah, tiada minat untuk belajar dan
berpencapaian akademik lemah. Melalui kempen ini, ibu bapa juga dapat menerima
maklumat daripada pihak sekolah dan mengenal pasti tindak tanduk anak-anak
mereka. Kempen ini diharapkan dapat membantu ibu bapa lebih memahami keperluan
anak-anak mereka agar membantu mereka mencapai ke tahap yang lebih cemerlang.

3.2 Program Pengayaan dan Pemulihan

Guru perlu berkebolehan menilai kebolehan dan perkembangan pelajar. Dalam hal ini,
guru perlu berupaya menentukan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu
pelajarnya yang berbeza daripada segi kebolehan dan minat. Guru juga perlu
mempunyai banyak pengetahuan terutama dari segi latar belakang pelajar serta
berkenaan pelajaran yang akan di ajar (Logan & Logan, 1974)

Jia Wen adalah pelajar yang pintar cerdas manakala Di Yuan adalah pelajar lambat.
Program Pengayaan dan Pemulihan amat sesuai dilaksanakan dan akan mewujudkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.

Pengayaan bermakna memberi murid-murid kerja-kerja tambahan yang lebih


sofistikated dan lebih merangsang pemikiran tetapi mengekalkan mereka bersma-
sama rakan sebaya mereka.Matlamatnya adalah seperti berikut:

 mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar


mengikut tahap kebolehan muri-murid
 meningkatan minat, bakat dan pengembangan kendri di kalangan murid-murid
 mengisi masa lapang murid-murid mengikut minat dan bakat mereka
 meluaskan skop bacaan murid-murd daripada pelbagai sumber

Aktiviti-aktiviti pengayaan yang dicadangkan adalah seperti berikut:

 Bacaan tambahan / latihan tambahan


 Kerja projek
 Permainan dan rekreasi

Pemulihan adalah usaha mengajar semula murid yang belum menguasai kemahiran
asas dengan menggunakan teknik yang dipermudahkan, sama ada secara individu atau
kumpulan kecil. Matlamatnya adalah seperti berikut:

 Penguasaan kemahiran 3M melalui pelbagai gaya pembelajaran atau bahan


pembelajaran.
 Mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi.
 Memupuk konsep kendiri positif dan keyakinan diri murid.
 Mengembangkan bakat dan potensi murid.
3.3 Peneguhan Positif dan Negetif
Menurut Skinner (1953), di dalam teori pelaziman operan gerak balas boleh dikuatkan
atau dihapuskan jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditujukkan.
Faktor ganjaran dan dendaan berperanan membentuk perkembangan individu. Semasa
pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru haruslah memberi peneguhan positif
kepada tingkah laku yang disukai. Contohnya, cikgu memuji murid-muridnya yang
dapat membaca perkataan yang ditunjukkan. Guru juga boleh mengunakan „Token
Ekonomi‟ untuk menggalak pelajar sekiranya mereka bersikap positif atas tugasan
mereka.Guru juga hendak memberi peneguhan negatif untuk mengelakkan tingkah
laku yang tidak disukai. Sebagai contoh, seseorang murid dibenarkan menggunakan
perisian komputer sekiranya dia berjaya menghabiskan tugasan yang diberikan oleh
gurunya. Mengikut prinsip ini, Cikgu boleh menyelang seli aktiviti yang menarik
dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar
pembelajaran murid. Guru juga perlu berhati-hati apabila memberi peneguhan negatif
kepada murid-muridnya kerana ia mungkin akan dianggap sebagai hukuman.

3.4 Mempelbagaikan Bentuk Penilaian dan Mengendali Masalah Emosi


Setiap pelajar merupakan individu yang mempunyai kecerdasan yang tersendiri.
Menurut Gardner (1983), setiap individu berpotensi dan berbakat. Cara yang paling
penting dan berguna untuk mencungkilkan kebakatan dan potensi individu ialah
membantu mereka mencari di mana keupayaan dan kecekapannya dimaparkan.
Penilaian kertas dan pensil tidak akan dapat menggambarkan kecerdasan sebenar
seseorang pelajar. Untuk menggalakkan kreativiti, guru boleh menilai pelajar semasa
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, melalui lakonan, pembentangan di hadapan
kelas dan sebagainya. Mata pelajaran lain seperti Seni Visual, Pendidikan Jasmani,
Muzik juga harus dimasukkan dalam penilaian seperti Pentaksiran KSSR yang sedang
dilaksanakan pada Tahun 1 & 2. Selain itu, guru juga harus memberi tujuk ajar
kepada pelajar tentang strategi mengendali masalah emosi dan membantu pelajar
mengenal pasti kelebihan dan kelemahan pada dirinya. Apabila pelajar berupaya
mengawal emosi mereka, mereka akan memberi penumpuan terhadap proses
pembelajarannya.
3.5 Mempelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran untuk Menarik
Minat Pelajar
Murid-murid tahun 4 kebiasaannya terdiri daripada mereka yang berusia antara 9 dan
10 .Mengikut Teori Jean Piaget, peringkat perkembangan ini dikenali sebagai
peringkat operasi konkrit iaitu peringkat di mana murid-murid memerlukan objek
yang konkrit sebagai bahan sokongan dalam pembelajarannya. Oleh itu, dalam setiap
sesi pengajaran dan pembelajaran, guru dicadangkankan menggunakan bahan bantu
mengajar yang menarik dan sesuai seperti kad suku kata, kad imbasan bergambar dan
sebagainya sebagai rangsangan kepada murid-muridnya semasa mengajar mereka
menguasai kemahiran bacaan. Selain itu, guru juga hendaklah merancang bagaimana
cara untuk menggunakan pendekatan dan aktiviti yang sesuai dengan peringkat
perkembangan kognitif murid-muridnya. Guru perlu menyusun aktiviti pembelajaran
daripada senang kepada susah bagi menjamin murid-murid memperoleh hasil
pembelajaran yang berkesan. Namun demikian, perkara yang perlu dititik beratkan
oleh guru ialah tentang isi dan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disediakan perlu
sesuai dengan peringkat perkembangan kognitif murid-muridnya.

4. Kesimpulan

Kesimpulannya, Setiap individu adalah berbeza daripada individu yang lain.


Pencapaian akademik dua orang pelajar yang saya kaji juga dipengaruhi faktor-faktor
luaran seperti persekitaran keluarga dan persekitaran sekolah. Faktor-faktor dalaman
seperti kecerdasan yang berbeza dan emosi menghadapi pembelajaran mereka juga
mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Kesedaran guru tentang perkara ini
amat perlu kerana dapat mendorong, membimbing murid ke tahap yang lebih
cemerlang. Menerusi kajian, didapati antara pelajar yang cermelang dan lemah, guru
perlu mengenal pasti keperluan murid dan memilih pendekatan, kaedah, teknik, dan
bahan yang sesuai agar dapat menyelesaikan masalah pelajar lambat menguasai
kemahiran pembelajaran dan memperluaskan lagi pengalaman dan pengetahuan
pelajar berpintar cerdas. Hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa juga amat
penting kerana dapat lebih memahami tingkah laku dan pencapaian mereka mahupun
di sekolah atau di luar kawasan sekolah. Akhirnya, kecemerlangan seseorang tidak
seharusnya hanya memberi tumpuan pada akademik malahan kecerdasan menyeluruh
harus diperhatikan. Jika pelajar diberi keyakinan atas keupayaan mereka, mereka
akan lebih berusaha dan akan mencapai ke arah yang lebih cemerlang.

(3128 patah perkataan)


RUJUKAN

Antony S. R. Manstead and Agneta H. Fischer (2002). Culture and Emotion


Psychology .Press Ltd.

Child, D.(1993). Psychology And The Teacher. New York : Cassel.

Darling-Steinberg (1993), Family and School Capital:Towards a Context Theory of


Students’ School Outcomes.USA: Kluwer Academic Publishers.

Diane.E. Papalia (2001). Child Deveploment.USA: McGraw-Hill College

Erikson (1968), Theory-Directed Nursing Practice. New York :Springer Publishing


Company, Inc.

Fakulti Pendidikan (2005). Bantuan Panduan Projek Sarjana Muda Fakulti Pendidikan.
Universiti Teknologi Malaysia.

Gardner, Howard. (1983) "Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences." New
York: Basic Books.

Goleman (1995), Emotional Intelligence. San Francisco: Jossey-Bass

Kementerian Pendidikan (1982). The Philosophy of Education in Malaysia

Piaget, J. (1950/1995). Explanation in sociology, New York: Routledge.

Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2011),
HBEF2103 Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur:Open University Malaysia

Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Psikologi pendidikan 1. Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Slavin, R.E.(1997). Educational Psychology. Boston : Allyn and Bacon

Woolfolk, A.E. (2001). Educational Psychology. Boston: Allyn and Bacon

Vous aimerez peut-être aussi