Vous êtes sur la page 1sur 2

AKTIVITI 2 : Halangan Komunikasi

MASA : 60 minit

OBJEKTIF : Murid meningkatkan kemahiran halangan dalam berkomunikasi.

BAHAN-BAHAN: Kertas Arahan komunikasi (KAK) (Lampiran 2); aksi senyum, gembira, marah,

runsing, sedih; Mencari tiga jenis barang berwarna putih, biru, dan hitam;
berbual-bual dengan rakan.

LANGKAH :

1. Peserta diminta berbaris mengikut kumpulan (anggaran 10-13 orang dalam satu kumpulan)

2. Peserta diminta berdiri dalam jarak 1-2 meter antara satu sama lain dalam barisan masingmasing.

3. Setelah memastikan peserta berada dalam kedudukan selesa serta membolehkan aktiviti

diteruskan, fasilitator memberi ‘kertas arahan komunikasi’ (KAK) kepada peserta pertama untuk

dibaca serta diingatkan.

4. Seterusnya fasilitator memberi peserta pertama tadi tugasan lain (seperti membuat aksi

senyum, gembira, marah, runsing, sedih) yang boleh dijadikan halangan komunikasi atau cubaan

melekakan peserta daripada mengingat maklumat “KAK”.

5. Lanjutan aktiviti seterusnya, peserta pertama dibenarkan untuk sampaikan secara lisan

maklumat “KAK” kepada peserta kedua, juga untuk disampaikan kepada peserta seterusnya.

Catatan : Fasilitator boleh adakan pelbagai halangan komunikasi mengikut kreativiti dan

kesesuaian situasi masing-masing.

6. Pemberian “Halangan Komunikasi” dilakukan setiap kali selepas peserta menerima maklumat

“KAK”.

7. Peserta terakhir dalam kumpulan masing-masing diminta menyampaikan berita hangat kepada

semua peserta kursus.

8. Fasilitator memproseskan rumusan bersama peserta-peserta.


REFLEKSI/RUMUSAN

1. Halangan hidup akan menjejaskan komunikasi yang berkesan.

2. Kita akan hilang tumpuan apabila berhadapan dengan halangan, maka mesej yang disampaikan

tidak tepat dan jelas.

3. Kita perlu sentiasa menyemak mesej yang disampaikan untuk mengelakkan berlakunya

halangan komunikasi.

Lampiran Kertas Arahan Komunikasi (KAK)

Pak Ali naik basikal terlanggar tin sardin. Pak Ali jatuh
terguling-guling, terus terbaring. Pak Ali jumpa duit
syiling lima puluh sen, lalu simpan dalam tin. Pak Ali
masukkan duit dalam bank. Pak Ali keluarkan duit dari
bank. Pak Ali kumpul duit beli basikal baru, warna biru.
Pak Ali naik basikal jumpa budak-budak main piring
terbang, meluru macam peluru.

Vous aimerez peut-être aussi