Vous êtes sur la page 1sur 2

LAPORAN AKTIVITI MINGGU KEMERDEKAAN ANJURAN KELAB RUKUN NEGARA

1.0 PELAKSANAAN PROJEK

1.1 Perancangan

Fasa perancangan aktiviti ini telah dimulakan pada 6 Ogos 2018 yang bersamaan
dengan hari Isnin. Setiap ahli jawatankuasa Kelab Rukun Negara telah memberikan idea
dan buah fikiran dalam merancang program ini. Hasil daripada perbincangan tersebut,
Setiap ahli kelab telah sebulat suara untuk melaksanakan beberapa aktiviti untuk dijalankan
pada masa lapang Ahli Kelab Rukun Negara di sekolah. Seterusnya beberapa siri
perjumpaan juga telah dijalankan bagi tujuan memurnikan pergerakan dengan lebih
terperinci seperti penyediaan bahan dan sebagainya. Dalam fasa ini, kami ahli Kelab Rukun
Negara berupaya untuk mengamalkan perkongsian ilmu secara terbuka dan mampu
berinteraksi dengan pihak luar. Disamping memupuk nilai keterbukaan, kami juga berupaya
menerapkan nilai muafakat dan rasional dalam diri setiap individu.

1.2 Pelaksanaan

Pelaksanaan aktiviti Minggu Kemerdekaan anjuran Kelab Rukun Negara telah


dijalankan pada 13 Oktober 2018 hingga 17 Oktober 2018 yang bertempat di Sekolah
Kebangsaan Batu Payong. Aktiviti ini melibatkan Ahli Kelab Rukun Negara tahap 1 dan
tahap dua. Oleh itu, Ahli Kelab Rukun Negara diminta untuk berada di Dewan Serbaguna
SK. Batu Payong pada jam 9.00 pagi dan guru-guru yang turut terlibat juga turut hadir.
Sebelum aktiviti dimulakan, Taklimat mengenai program Minggu Kemerdekaan akan
disampaikan oleh Pengerusi Kelab Rukun Negara. Taklimat tersebut telah mengambil masa
selama 30 minit. Berdasarkan taklimat tersebut, murid-murid diterangkan berkaitan dengan
aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu kemerdekaan. Hal ini bertujuan,
untuk memastikan agar program ini berjalan dengan lebih lancar seperti yang telah
dirancang. Terdapat dua aktiviti yang dijalankan iaitu Aktiviti Kuiz Kemerdekaan dan Aktiviti
Mewarna.

Aktviti ini dijalankan pada hari yang berlainan dan mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada para ahli Kelab Rukun Negara. Terdapat beberapa objektif yang
hendak dicapai dalam melaksanakan aktiviti sebegini. Antaranya ialah menggilap
pengetahuan para ahli Kelab rukun Negara mengenai Hari Kemerdekaan. Selain itu, aktiviti
mewarna dijalankan dengan tujuan merangsang daya kreativiti murid melalui penggunaan
pelbagai pensel warna dan sekaligus dapat meningkatkan kemahiran murid dari segi motor
halus. Sepanjang aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan, para ahli Kelab Rukun Negara memberi
kerjasama yang baik dan dapat menjayakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

1.3 Selepas Aktiviti

Setelah kedua-dua aktiviti tersebut dijalankan, sesi refleksi dilaksanakan Sesi refleksi
ini melibatkan seluruh ahli Kelab Rukun Negara. Melalui sesi refleksi, para guru dapat
mengetahui sejauh mana aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat memberi kesan kepada diri
seseorang murid dari segi semangat patriotisme dalam diri. Setiap ahli Kelab Rukun Negara
diberi peluang untuk memberi pendapat dan maklum balas terhadap aktiviti-aktiviti yang
telah dilaksanakan. Diharapkan pada masa hadapan, aktiviti-aktiviti yang lebih menarik
dapat dijalankan supaya para ahli Kelab Rukun Negara lebih bersemangat sejajar dengan
Prinsip Kelab Rukun Negara.

Vous aimerez peut-être aussi