Vous êtes sur la page 1sur 6

Abdul Azim Bin Azmi (252646) | Nur Fatin Shafinaz Binti Kharrul Sani (253346)

Kisah penentangan A.M Azahari di Brunei

Nama sebenar beliau ialah Sheikh Azahari bin Sheikh Mahmud namun lebih dikenali

sebagai A.M. Azahari. Beliau dilahirkan pada tanggal 3 September 1928 di Labuan dan

meninggal dunia pada 20 April 2002 di Indonesia. A.M Azhari merupakan seorang ahli politik

yang melakukan pemberontakan di Brunei. Beliau juga mempunyai darah kacukan Arab dan

Melayu. Pemberotakkan A.M Azahari di Brunei melibatkan tiga sudut utama iaitu Politik,

ekonomi dan sosial. Kemuncak pergolakan di Brunei pada Disember 1962.

Pemberontakan dilancarkan oleh Parti Rakyat Brunei yang diketuai oleh A.M Azahari.

Parti Rakyat Brunei memperkenalkan Negara Kesatuan Kalimantan Utara (NKKU) untuk ganti

pemerintahan lama, Sultan Omar Ali Saifuddien. A.M Azahari tidak menyenangi corak

pemerintahan baginda sultan kerana dianggap tidak demokratik. Beliau berhasrat untuk

memodenkan sistem pemerintahan negara selaras dengan dasar demokrasi moden. Baginda

Sultan menganggap tindakan A.M Azahari itu sebagai menderhaka kepada sultan. NKKU

terdiri daripada Sabah, Sarawak dan Brunei. Beliau membuat pertemuan dengan Tunku Abdul

Rahman, perdana menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 9 April 1962.

Rancangan awal A.M. Azahari adalah untuk menculik baginda sultan dan memaksa

baginda menurunkan tandatangan pengisytiharan kemerdekaan bagi ketiga-tiga wilayah

berikut iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei. Namun itu hanyalah angan-angan A.M. Azahari

semata-mata. Mengikut perancangan beliau, sebaik sahaja baginda menurunkan tandatangan

untuk mengisytiharkan kemerdekaan bagi ketiga-tiga wilayah tersebut, Azahari akan melantik

dirinya sebagai Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan juga Menteri Luar Negeri.
Abdul Azim Bin Azmi (252646) | Nur Fatin Shafinaz Binti Kharrul Sani (253346)

Menurut Tunku Abdul Rahman, sebab musabab mengapa A.M Azahari berbuat

demikian adalah kerana beliau menentang gagasan Malaysia. Beliau dapat melakukan hal

demikian melalui Majlis Mesyuarat Negeri kerana Parti Rakyat Brunei mempunyai suara

majoriti. Dengan erti kata lain, A.M Azahari bukan sahaja ingin mengambil alih tugas sultan,

malah beliau juga berhasrat ingin menggulingkan Persekutuan Tanah Melayu.

Matlamat penubuhan NNKU adalah berdasarkan Undang-undang Dasar Sementara

Negara Kesatuan Kalimantan Utara di mana dasar ini telah membuktikan bahawa beliau ingin

merebut kuasa sultan Brunei serta pemerintahan hal ehwal keselamatan dan luar negara

diberikan berada di bawah kekuasaan pihak British. Menurut dasar NKKU, kuasa tertinggi

dalam negara terletak di tangan Perdana Menteri manakala kedudukan sultan hanyalah simbol

kewujudan sistem pemerintahan sultan. Sultan akan digelar sebagai Seri Mahkota Negara.

Bidang kuasa sultan hanya meliputi adat istiadat dan keagamaan semata-mata. Oleh sebab

undang-undang sementara dibuat oleh A.M Azahari, tidak hairanlah jika kuasa tertinggi berada

di tangan beliau dan bukanlah sultan.

Dengan berlakunya pemberontakan ini, Parti Rakyat Brunei dapat memaksa Sultan Haji

Omar Ali Saifuddien untuk menerima kewujudan NKKU. A.M Azahari berpendapat bahawa

gagasan Malaysia tidak mampu menghalang perkembangan komunis dan oleh sebab itulah

PRB sendiri menentang pendirian Sultan Haji Omar Ali Saifuddien yang menerima gagasan

Malaysia. Namun begitu hujahnya dipatahkan oleh Tunku Abdul Rahman kerana menurut

beliau, penubuhan NKKU tidak dapat menangani masalah yang berlaku dan hal ini secara tidak

langsung menampakkan kecacatan terhadap perancangan yang dibuat oleh A.M Azahari

sendiri. Perancangan yang dibuat tidak diteliti secara terperinci untuk jangka masa yang

panjang. Hal ini terbukti apabila beliau hanya mendiamkan diri apabila diajukan soalan oleh

Tunku Abdul Rahman mengenai persediaan yang akan dilakukan untuk menghadapi ancaman

komunis.
Abdul Azim Bin Azmi (252646) | Nur Fatin Shafinaz Binti Kharrul Sani (253346)

A.M Azahari mempunyai angan-angan yang tinggi yang sebenarnya tidak mampu

beliau sendiri laksanakan. Namun begitu, A.M Azahari menafikan kenyataan Tunku Abdul

Rahman dengan mengada-adakan cerita bahawa Sultan Brunei sendiri berada di pihak Parti

Brunei sendiri. Beliau berkata demikian kerana ingin mendapat sokongan penuh daripada

rakyat Brunei. Khabar angin ini akhirnya sampai ke pengetahuan pihak British di mana baginda

dituduh menyokong pemberontakan yang dicetuskan oleh A.M Azahari. Biarpun begitu,

baginda dapat membersihkan namanya kembali apabila baginda menafikan tuduhan tersebut

sekeras-kerasnya.

Tuduhan yang dibuat oleh pihak British terhadap baginda sultan berkemungkinan untuk

mengaburi agenda sebenar pihak British yan sebenarnya merupakan antara dalang

pemberontakan tersebut berlaku. Tunku Abdul Rahman berjaya membongkarkan muslihat

A.M Azahari yang mana wujudnya kegiatan bawah tanah yang diselenggarakan oleh PRB

kepada Pesuruhanjaya British. PRB tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya dipergunakan

oleh pihak British demi kepentingan politik dan ekonomi Brunei untuk jangka masa yang

panjang.

Dengan membiarkan pemberontakan berlarutan lebih lama, British dapat bertapak di

Brunei dengan lebih lama tambahan pula wilayah itu kaya dengan minyak. British merupakan

dalang di sebalik tercetusnya pemberontakan di Brunei kerana di sebabkan provokasi pihak

British. Provokasi yang dicetuskan oleh British ini merupakan provokasi kedua di mana

rancangan Malaysia merupakan provokasi mereka yang pertama. Tanpa rancangan Malaysia,

nescaya tidak tercetuslah provokasi pemberontakan di Brunei ini.


Abdul Azim Bin Azmi (252646) | Nur Fatin Shafinaz Binti Kharrul Sani (253346)

KESAN SOSIAL

Antara kesan sosial yang telah berlaku adalah perarakan tunjuk perasaan telah diadakan

pada 23 Januari 1953 diketuai oleh A.M. Azahari berserta saudaranya A.M. Muhammad, A.M.

Nikman dan A.M. Othman. Sebelum perarakan dijalankan, mereka berkumpul di halaman

rumah Sheikh Mahmud di Kampung Padang Bandar Brunei berhampiran rumah Yang Amat

Mulia Pengiran Kerma Indera menasihati mereka supaya bersurai dan membatalkan tunjuk

perasaan itu, tetapi mereka tidak menghiraukannya malah sebahagiannya sudah berjalan

menuju ke arah Pejabat Resident British.

Walaupun pada awalnya perarakan itu berjalan secara aman tetapi didorong oleh

semangat dan perasaan marah terhadap pentadbiran British akhirnya ketika berada di kawasan

Pejabat Resident British, mereka berpecah dan terus merempuh kawasan tersebut. Ketika itu

walaupun pihak polis telah berkawal rapi di setiap penjuru bangunan kerajaan tetapi dengan

kebijaksanaan A. M. Azahari telah berjaya menembusinya dan beliau terus masuk ke Pejabat

Resident British menemui Mr. E.W. Cousens. Manakala pengikut-pengikutnya telah disekat

daripada memasuki pejabat kerana polis yang diketuai Superitendent K. Leeston Smith telah

bertindak memintas memecahkan barisan mereka.

Tindakan tersebut menimbulkan kemarahan penunjuk-penunjuk perasaan. Apabila

mereka enggan mengikut arahan, pihak polis terpaksa mengambil tindakan dan menangkap

mereka, antaranya A.M. Azahari, A.M. Nikman, A.M. Othman, A.M. Muhammad, H.B. Hidup

dan Awang Haji Tuah Bin Putih dan menerima pertuduhan mengadakan perhimpunan tanpa

kebenaran. Kesan daripada tunjuk perasaan tersebut menunjukkan pengaruh A.M. Azahari

semakin kuat, dan pengikut-pengikutnya bertambah ramai kerana menganggap gerakan A.M.

Azahari itu benar untuk memperjuangkan nasib orang-orang Brunei.


Abdul Azim Bin Azmi (252646) | Nur Fatin Shafinaz Binti Kharrul Sani (253346)

Disebabkan oleh kegagalan Brufipco didaftarkan, pada bulan Oktober 1953, pihak polis

telah mengesan percubaan rampasan kuasa terhadap Brunei menggunakan kekerasan oleh tiga

orang pemuda tempatan. Mereka telah ditangkap dan dihadapkan di mahkamah dan dijatuhi

hukuman penjara selama satu hingga dua tahun. Setelah A.M. Azahari gagal menubuhkan

Brufipco, kemarahan pengikut-pengikutnya telah diexploitasinya menjadi asas menubuhkan

parti politik yang dinamakan Parti Rakyat Brunei (PRB), tetapi sambutan terhadap cadangan

itu dingin.

Menurut H.M. Salleh sebanyak tiga kali undangan mesyuarat untuk maksud itu

dikeluarkan, orang yang diharapkan hadir tidak ramai. Tetapi apabila H.M. Salleh

menandatangani surat undangan itu, mesyuarat itu telah dihadiri oleh orang-orang yang bukan

sahaja diundang tetapi juga tidak diundang, bilangannya juga melebihi dua ratus orang. Maka

hasil daripada perundingan itu Parti Rakyat Brunei (PRB) ditubuhkan pada awal Januari 1955

di rumah H.M. Salleh, Kampung Kianggeh, Bandar Brunei dan telah didaftarkan pada 26

Januari 1956 dan parti ini dilarang mengadakan hubungan dengan Parti Rakyat Malaya

sebelum mendapat keizinan secara bertulis daripada pihak kerajaan.

KESAN EKONOMI

Keadaan kemajuan ekonomi orang Melayu di Brunei sejak Perang Dunia Kedua adalah

agak terkebelakang jika dibandingkan dengan orang-orang bukan Melayu di Brunei. Sebagai

Contoh di bidang perniagaan hampir keseluruhannya dimonopoli oleh orang Cina. Syarikatul

Islamiah dan Sharikatus Sahalah yang ditubuhkan oleh orang Melayu tidak berjaya kerana

dihimpit oleh orang-orang Cina yang telah menimbulkan berbagai-bagai tipu helah untuk

menyekat dan menggagalkan kemajuannya dan telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam

kalangan anak-anak muda Melayui Brunei.


Abdul Azim Bin Azmi (252646) | Nur Fatin Shafinaz Binti Kharrul Sani (253346)

Kegagalan itu telah membuka peluang kepada A.M. Azahari untuk menarik mereka

mengikut kepimpinannya melalui penubuhan syarikat perniagaan sebagai landasan

perjuangannya. Pada 28 Oktober 1952, A.M. Azahari dengan persetujuan orang Brunei yang

sering hadir dalam perbincangan dengannya mengadakan mesyuarat di Sekolah Tiong Hua,

Bandar Brunei untuk menubuhkan sebuah syarikat yang bernama Brunei Filem Production

Company (Brufipco). Beliau memilih syarikat perfileman sebagai tapak perjuangannya kerana

disedarinya perfileman ketika itu amat diminati dan popular kepada orang Brunei dan

rancangan ini lebih menarik minat orang Brunei melabur dalam syarikat tersebut.

Vous aimerez peut-être aussi