Vous êtes sur la page 1sur 5

SPSK PK07 - 1

MAKLUM BALAS MESYUARAT

Nama Mesyuarat : Taklimat Merentas Desa bil 2/2018


Tarikh : 6 Februari 2018
Tempat : Bilik Mesyuarat SMISTA

MUKA MAKLUM
PARA PERKARA TINDAKAN
SURAT BALAS

2 5.1 Surat kepada Pegawai Perhubungan untuk meminta bantuan rondaan polis di sekitar Setiausaha Sudah
Taman Tasik Permaisuri perlu dibuat dan dimaklum kepada En. Mohd Zulhanif. dimaklumkan
kepada En.
Zulhanif

2 5.3 Pengacara Majlis dan unit Hadiah & Cenderamata perlu bekerjasama dengan baik supaya Unit
susun atur hadiah ketika Majlis penutup adalah terancang dan teratur. Pengacara
Majlis dan
Unit Hadiah &
Cenderamata

2 5.4 Lagu atau bahan muzik yang dipasangkan ketika acara senamrobik haruslah sesuai dengan Pengurus
pelajar SMISTA. Senamrobik

2 5.6 Ketua rumah sukan harus menyediakan makanan tambahan kepada peserta sepanjang Pengurus
merentas desa seperti roti, air kotak dan sebagainya. Pasukan

3 5.8 Setiap pemenang harus dikumpulkan dan di susun mengikut kategori. Sebagai contoh, jika Pengurus
Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu
2 Januari 2014-Keluaran 03 | Pindaan 00
SPSK PK07 - 1

pelajar tersebut sudah sampai ke garisan penamat, maka pengurus pemenang harus Pemenang
mengambilnya dan menyusun atur mereka mengikut kategori yang telah ditetapkan. Unit
ini juga harus bekerjasama dengan unit Pengacara Majlis agar hadiah yang disediakan
adalah betul dan tepat mengikut kategori.

3 5.9 First Aid dan ubat-ubatan perlu disediakan ketika acara berlangsung. Pelajar ahli PBSM Unit
yang tidak dapat menyertai acara merentas desa perlu bersedia untuk bertugas Keselamatan
menyediakan rawatan bagi mereka yang sakit, jika ada. Cadangan tambahan dari Pn. & Pertolongan
Norlaila supaya disediakan ais di setiap check point disambut baik oleh ahli mesyuarat Cemas

3 5.11 Surat kepada pihak DBKL untuk membawa motor di kawasan acara merentas desa perlu Setiausaha
dibuat. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan runner bergerak ke setiap check point
dalam memastikan acara merentas desa berjalan lancar.

3 5.12 Pelajar perlu berada di dataran perhimpunan SMISTA seawal jam 7.30 pagi. Sepanjang
acara merentas desa berlangsung, pelajar tidak dibenarkan berkeliaran tanpa pantauan guru Unit Disiplin
kerana setiap tindakan dan akhlak pelajar dipandang oleh masyarakat luar terutama pelajar
perempuan

3 5.13 Cik Suriani bertanya tentang gimik semasa Majlis Penutupan. Unit Siaraya

4 5.14 Pn Norlaila mencadangkan tentang keperluan runner di setiap check point. Pelajar yang Pengarah
terakhir perlu dipantau dan dan tugas runner untuk memastikan pelajar tersebut sampai ke Program
garisan penamat dengan selamat.

4 5.17 Buku program haruslah disiapkan seminggu sebelum acara merentas desa di adakan. Unit Buku
Program

4 5.18 Hadiah untuk pemenang acara merentas desa sudah siap di label dan ditampal sticker baru Unit Hadiah &
Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu
2 Januari 2014-Keluaran 03 | Pindaan 00
SPSK PK07 - 1

untuk kegunaan tahun 2017. Unit Hadiah hanya perlu memastikan hadiah tersebut cukup Cenderamata
dan menyusun aturnya dengan teliti ketika Majlis Penutupan berlangsung.

4 5.19 Mengambil foto sepanjang acara berlangsung dan menyediakan laporan lengkap kejohanan Jurufoto &
Dokumentasi

4 5.20 Lokasi program hendaklah dipastikan bersih selepas tamat acara. Unit juga harus
memantau dengan ketat supaya pelajar tidak membuang sampah dan plastik di merata-rata Unit
tempat di sekitar program. Kebersihan

5 5.21 Hakim penamat haruslah berada di dalam dan bergabung dengan penjaga masa. En.
Khairul Aswad bertanya tentang laluan track, adakah laluan bermula dengan keluar sebelah
kanan masjid kemudian berakhir dengan laluan sebelah kiri, ini kerana dibimbangi berlaku Pengarah
pertembungan pelajar dengan orang ramai yang sedang menuju ke masjid untuk solat Program
Jumaat. Beliau juga mencadangkan agar dibuat satu peta laluan merentas desa dan
dibentang ketika mesyuarat. Mesyuarat bersetuju untuk belum memutuskan permulaan
laluan tracking.

5 5.24 Peralatan seperti bendera check point, tiang bendera, kayu, tape garisan penamat dan getah Unit Peralatan
warna warni yang akan diletakkan di setiap check point harus disediakan dengan lengkap
dan baik, kerana dikhuatiri pelajar sesat jika kekurangan arah laluan.

5 5.25 Makanan untuk guru-guru dan kakitangan SMISTA sudah siap ditempah dengan dewan
makan SMISTA iaitu menu nasi lemak dan ayam rempah. Unit makanan perlu memberi Unit Makanan
jumlah bilangan yang tepat kepada DM untuk mengelakkan pembaziran.

5 5.26 Penjaga untuk setiap check point akan diberitahu semula dalam mesyuarat akan datang Pengarah

6 5.27 Sediakan satu peta laluan merentas desa yang terperinci dan membuat pelan laluan untuk Unit Teknikal
diedarkan kepada guru-guru yang bertugas.

6 5.28 Skuad peronda harus ramai dan mereka sendiri perlu mengetahui jalan laluan track yang Skuad peronda
Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu
2 Januari 2014-Keluaran 03 | Pindaan 00
SPSK PK07 - 1

betul untuk memastikan keselamatan pelajar dan guru ketika acara merentas desa.

6 5.29 Guru rumah sukan harus memastikan pelajar yang sampai giliran 11-20 juga mendapat Pengurus
markah. Pasukan

Disediakan oleh : Tarikh : 2 Februari 2018

.......................................
(Siti Samihah binti Khamarulzaman)
Urus setia Mesyuarat

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


2 Januari 2014-Keluaran 03 | Pindaan 00
SPSK PK07 - 1

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


2 Januari 2014-Keluaran 03 | Pindaan 00

Vous aimerez peut-être aussi