Vous êtes sur la page 1sur 8

SK BANDAR RINCHING,

43500, SEMENYIH, SELANGOR

KERTAS KERJA
PELANCARAN
PROGRAM AMALAN GURU
PENYAYANG

TARIKH PELANCARAN : 14 JANUARI 2019

MASA : 7.30PG – 8.00PG


5.30PTG - 6.10PTG

HARI : SELASA

TEMPAT : FOYER A, SKBR

Anjuran :

Unit Bimbingan dan Kaunseling


SK Bandar Rinching
KERTAS KERJA
PELANCARAN PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG

1.0 PENGENALAN 
Perlaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar mengamal dan membudayakan sikap
kasih sayang di sekolah. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,
mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain.

Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat keperihatinan (concern)
terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara
mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling
menghormati, sentiasa ceria, prihatin, sabar dan sentiasa memastikan keselamatan murid
terjamin.

Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi
perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat professional guru dalam perhubungannya
dengan murid, ibubapa, komuniti, dan masyarakat.

2.0 OBJEKTIF

Objektif utama program ini ialah :

 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru


 Memupuk amalan penyayang dalam kalangan guru dan murid
 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah
 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah
 Menghargai sumbangan murid, ibubapa, komuniti, dan masyarakat kepada sekolah

3.0 MATLAMAT

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah berterusan serta merupakan budaya guru. Bagi fasa
pelaksanaannya, guru-guru perlu melaksanakan tiga aktiviti berikut :
 Mengalu-alukan kehadiran murid (sambut di pintu masuk sekolah)
 Pelaksanaan Program Mentor Mentee (murid tahun 6)
 Memberi penghargaan kepada murid
4.0 TEMPAT DAN SASARAN

Tarikh : 14 Januari 2019

Tempat : FOYER A, SK Bandar Rinching

Masa : 7.30 pagi hingga 8.00 pagi

5.30 petang hingga 6.10 petang

Sasaran : Semua warga SKBR sesi 2019

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

 Bina kertas kerja


 Perbincangan bersama jawatankuasa kerja
 Perasmian Program Amalan Guru Penyayang
 Pelaksanaan program
 Post Mortem dan penyediaan laporan

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Pelaksanaan Guru Penyayang dijalankan secara berterusan sepanjang tahun 2019. Ia akan
dilaksanakan secara berperingkat. Antaranya adalah dengan melaksanakan antiviti berikut :
 Mengalu-alukan kehadiran murid
 Pelaksanaan Program Mentor Mentee
 Memberi penghargaan kepada murid
- Kehadiran Awal
- Kehadiran Penuh
- % Kehadiran Tertinggi Antara Kelas
- Anugerah Khidmat bakti

AHLI JAWATANKUASA INDUK


PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG
SK BANDAR RINCHING
2019
Pengerusi : En. Sabarudin Bin Abu Bakar (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Pn. Rozinah Binti Hj Baharim (PK Pentadbiran)
: En. Razmi Bin Che Rose (PK Hal Ehwal Murid)

: En. Noorhisham Bin Juhari (PK Kokurikulum)


: Pn. Nuriyah Binti Hj Abd Malek (PK Petang)
: Pn. Muhaida Binti Mohammed (PK PPKI)
Penyelaras Program : Pn. Zurita Binti Ibrahim
Pen. Penyelaras : Pn. Zahrulmi bt. Che Daud (Guru B&K)
Setiausaha : Pn. Che Rosmini bt. Musa (Guru B&K)
Pen. Setiausaha : Pn. Osmizahalizawati bt. Osman (Guru B&K)
Bendahari : Pn. Fatimatun Zahrah bt. Ghazali (Guru B&K)

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM


Pengacara Majlis
Pn. Zahrulmi bt. Che Daud Dokumentasi
Pn. Osmizahalizawati bt. Osman Pn. Che Rosmini bt Musa
Pn. Osmizahalizawati bt. Osman
Bacaan Doa
YM Raja Anuar b. Raja Malik Reznan
En. Mohd Fauzi b. Ahmad Siaraya/LCD
En. Junaidi b. Kadir
Jurugambar En. Nor Azlan b. Halias
En. Ahmad Shahir bin En. Mohd Jais b. Chik
En. Izzuddin b. Md Amin
Banner
Buku Program Pn. Zurita bt. Ibrahim
Pn. Fatimatun Zahrah bt. Ghazali
Gimik Pelancaran
Unit Bimbingan dan Kaunseling
ATURCARA PROGRAM

MASA AKTIVITI
7.30pg / 5.30 ptg - Perhimpunan Rasmi Sekolah
8.00pg / 5.50 ptg - Ucapan aluan Pengerusi Majlis

- Bacaan doa oleh YM Raja Anuar b. Raja Malik Reznan

8.05 pg / 5.55 ptg - Ucapan dan Gimik Perasmian oleh Tuan Guru Besar En. Sabarudin b.

Abu Bakar
8.15 pg / 6.00 ptg - Simbolik Program Amalan Guru Penyayang

- Memotong Kek Hari Lahir (Murid)


8.30 pg / 6.10 ptg - Bersurai

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga Jumlah


Seunit
1. Bunting Program Amalan Guru 1 RM 30.00 RM 30.00
Penyayang
2. Hadiah Kehadiran Awal 10 RM 5.00 RM 50.00
( Botol Air )
3. Kek Hari Lahir Murid 2 RM 95.00 RM 190.00
Jumlah RM 270.00
(DALAM PERKATAAN : DUA RATUS SAHAJA TUJUH PULUH SHJ)

8.0 SUMBER PERUNTUKAN

8.1 Peruntukan PCG Bimbingan dan Kaunseling

1. Bunting Program Amalan Guru Penyayang RM 30.00


2. Hadiah Kehadiran Awal (Botol Air) RM 50.00
3. Kek Hari Lahir Murid RM 190.00

Jumlah RM 270.00

9.0 PENUTUP 

Adalah diharapkan dengan adanya program Amalan Guru Penyayang akan mencapai
objektif sebagaimana yang telah ditetapkan. Dengan ini ia bukan sahaja membawa kebaikan
kepada sekolah malah pada murid itu sendiri malahan boleh meningkatkan kesedaran
dikalangan ibu bapa agar mereka sedar bahawa tanggungjawab guru bukan semata-mata
untuk mengajar tetapi lebih daripada itu. Semoga perasaan kasih sayang di antara guru dan
murid akan berterusan.

10.0 PENGESAHAN DAN KELULUSAN

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.............................................. .....................................
Pn. Zurita bt. Ibrahim En. Razmi b. Che Rose
Guru Bimbingan & Kaunseling Penolong Kanan HEM
SK Bandar Rinching SK Bandar Rinching

Diluluskan/Tidak Diluluskan

...................................................…
En. Sabarudin b. Abu Bakar
Guru Besar
SK Bandar Rinching

Vous aimerez peut-être aussi